Bab 4 pengenalan pengurusan

33
BAB 4: PENGENALAN PENGURUSAN

Transcript of Bab 4 pengenalan pengurusan

Page 1: Bab 4 pengenalan pengurusan

BAB 4: PENGENALAN PENGURUSAN

Page 2: Bab 4 pengenalan pengurusan

OBJEKTIF P&P

SUPAYA PELAJAR DAPAT…..

• Memahami definisi organisasi dan pengurusan.• Memahami fungsi dan proses pengurusan.• Memahami peringkat pengurusan.• Memahami peranan pengurusan.• Mengaplikasi kemahiran pengurusan.

Page 3: Bab 4 pengenalan pengurusan

DEFINISI ORGANISASI

Gabungan dua atau lebih orang yang bekerja secara sistematik dan berstruktur untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 4: Bab 4 pengenalan pengurusan

FUNGSI PENGURUSAN

MENGAWAL

MEMIMPIN

MENG-ORGANISASI

MERANCANG

P

Page 5: Bab 4 pengenalan pengurusan

DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan ialah pencapaian matlamat organisasi secara efektif dan efisien melalui proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi.

(Richard L. Daft, 2006 m.s 8)

Page 6: Bab 4 pengenalan pengurusan

MERANCANG

Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 7: Bab 4 pengenalan pengurusan

MENGORGANISASI

Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi.

Page 8: Bab 4 pengenalan pengurusan

MEMIMPIN/MENGARAH

Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 9: Bab 4 pengenalan pengurusan

MENGAWAL

Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan.

Page 10: Bab 4 pengenalan pengurusan

PERINGKAT PENGURUSAN

atasan

pertengahan

bawahan

Page 11: Bab 4 pengenalan pengurusan

PENGURUSAN ATASAN

• Bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu organisasi secara menyeluruh.

• Tumpuan kepada perancangan jangka panjang.• Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar,

polisi dan matlamat organisasi serta membimbing organisasi agar interaksinya dengan persekitaran adalah baik.

• Lazimnya dipanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), President, Vice President.

Page 12: Bab 4 pengenalan pengurusan

PENGURUSAN PERTENGAHAN

• Pengurusan pertengahan adalah bertanggungjawab kepada melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.

• Peringkat pengurusan ini merangka keputusan jangka sederhana berpandukan objektif pengurusan atasan.

• Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan dan kadangkala bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi.

• Membuat laporan kepada pengurus atasan.• Cth; Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia,

Pengurus Jabatan.

Page 13: Bab 4 pengenalan pengurusan

PENGURUSAN BAWAHAN

• Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi yang bukan terdiri daripada pihak pengurusan.

• Tumpuan kepada perancangan jangka pendek.• Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan

kerja operasi, perlaksanaan tugas harian pekerja agar matlamat organisasi tercapai.

• Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.

Page 14: Bab 4 pengenalan pengurusan

PERANAN PENGURUSAN

• PERANAN ialah satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan yang disandang.

• Berdasarkan Henry Mintzberg terdapat 10 peranan pengurus yang boleh dikelaskan kepada 3 bahagian:

Penjalinhubungan

Pemberimaklumat

Pembuatkeputusan

Page 15: Bab 4 pengenalan pengurusan

PENGURUS SEBAGAI PENJALIN HUBUNGAN PERORANGAN

Pemimpin(LEADER)

Penghubung(LIAISON)

Tunggak(FIGUREHEAD)

Page 16: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai tunggak (figurehead)

• Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara.

• Cth: menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan anugerah dan menandatangani dokumen rasmi.

Page 17: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai pemimpin (leader)

• Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja melaksanakan kerja.

• Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi apa yang telah dirancang.

Page 18: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai pegawai perhubungan (liaison)

• Mengekalkan hubungan jaringan (networking) sama ada di dalam atau di luar organisasi.

• Cth: Pengurus berinteraksi dengan pekerja, pelanggan, pembekal dsb.

Page 19: Bab 4 pengenalan pengurusan

PENGURUS SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN

Usahawan

Pengagihsumber

Perunding

Menangani gangguan

Page 20: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai usahawan (entrepreneur)

• Berperanan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada perubahan dan inovasi.

• Cth, CEO sentiasa memperolehi idea-idea baru dan kreatif untuk mempertingkatkan prestasi syarikat.

Page 21: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai menangani gangguan (disturbance

handler)

• Membuat keputusan atau bertindak serta merta terhadap masalah-masalah supaya persekitaran organisasi yang berkonflik itu kembali kepada kekuatan yang stabil dan harmoni .

• Cth: Tindakan menyelesaikan masalah-masalah seperti mogok, rungutan pekerja, ketidakpuasan hati dsb.

Page 22: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan sebagai pengagih sumber (resource allocator)

• Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang terhad diagih dan digunakan oleh semua ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

• Cth: Pengurus mengagihkan sumber-sumber dana, masa, peralatan dan sumber manusia.

Page 23: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai perunding (negotiator)

• Mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa.

• Cth: CEO berunding dengan wakil kesatuan pekerja; Pengurus jualan berunding dengan Jabatan Pengeluaran untuk mendapatkan tawaran istimewa bagi pelanggan utamanya.

Page 24: Bab 4 pengenalan pengurusan

PENGURUS SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT (INFORMATIONAL

ROLE)

Pemantau (monitor)

Penyebar (disseminator)

Jurucakap(spokesperson)

Page 25: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai pemantau (monitor)

• Sentiasa memberi perhatian kepada persekitaran dalaman dan luaran untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

• Cth: Pengurus sentiasa memantau keadaan sekeliling seperti perubahan dasar kerajaan, peluang pelaburan baru dan masalah isu yang mempengaruhi organisasinya.

Page 26: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai penyebar maklumat

(disseminator)

• Menyebar maklumat penting yang diperolehi sama ada dari dalam atau luar organisasi kepada ahli organisasi.

• Cth: Pengurus mendapat tahu tentang pelanggan yang muflis, memaklumkan kepada pengurus jualan menghentikan bekalan.

Page 27: Bab 4 pengenalan pengurusan

Peranan pengurus sebagai jurucakap (spokesperson)

• Mewakili unit/jabatan untuk memberi maklumat yang jelas kepada pihak pengurusan atasan dalam organisasi atau berkomunikasi dengan individu/kesatuan pekerja di luar organisasi.

• Cth: Pengurus menyampaikan maklumat kepada ahli organisasi dan orang luar melalui ucapan, laporan dan memo.

Page 28: Bab 4 pengenalan pengurusan

KEMAHIRAN PENGURUS

kemanusiaan

konseptual

teknikalPENGURUS

Page 29: Bab 4 pengenalan pengurusan

KEMAHIRAN KONSEPTUAL• Kemampuan untuk melihat organisasi secara

keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi.

• Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai matlamat organisasi.

• Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan kesan jangka panjang.

Page 30: Bab 4 pengenalan pengurusan

KEMAHIRAN KEMANUSIAAN• Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan

mempengaruhi orang dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap orang lain.

• Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat seperti bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai atasan, berbincang dan berhubung dengan pekerja.

• Cth: Pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani masalah prestasi pekerja, membekalkan maklumbalas kepada pekerja, memotivasi pekerja dan mengawal aktiviti-aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.

Page 31: Bab 4 pengenalan pengurusan

KEMAHIRAN TEKNIKAL

• Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu.

• Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti harian organisasi.

• Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan atasan untuk merangka polisi, dasar dan objektif organisasi.

• Dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk memberi nasihat, penjelasan dan tunjuk ajar tentang aspek teknikal secara terperinci kepada pekerja.

Page 32: Bab 4 pengenalan pengurusan

PERKAITAN ANTARA JENIS KEMAHIRAN DGN TAHAP PENGURUSAN

Pengurus Bawahan

Pengurus Pertengahan

Pengurus Atasan

Tingkat Pengurusan

Kemahiran Konseptual

Kemahiran Kemanusiaan

Kemahiran Teknikal

Page 33: Bab 4 pengenalan pengurusan

tamat