BAB 4 Rumusan

download BAB 4 Rumusan

of 1

Transcript of BAB 4 Rumusan

  • 7/28/2019 BAB 4 Rumusan

    1/1

    Eng Ah Seow NPQEL 2103 A1 SRI1 Laporan Progran Penandaarasan

    Rumusan 41

    BAB 4

    RUMUSAN

    Saya bersyukur kepada semua warga sekolah SJK ( C ) Pai Chee kerana telah membantu

    saya menyiapkan penulisan laporan ini dengan jayanya.

    Semasa mengumpul data , maklumat, bertemubual dengan Guru Besar, Ketiga-

    tiga orang GPK dan guru-guru. Saya dapat meninjau kecemerlangan sesebuah program

    ditentukan oleh pemimpin, pelapis pemimpin , tenaga guru, dan murid-murid. Semoga

    segala idea dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh dari sekolah ini dapat dibawa balik

    untuk menambahbaik bidang-bidang yang ada di sekolah saya .

    Selama 2 minggu saya berada di sekolah ini, saya dapati Guru Besar di sekolah ini

    mengamalkan beberapa jenis stail kepimpinan. Langkah beliau menggabungkan stail-stail

    kepimpinan yang bersesuaian mengikut situasi adalah dianggap bijak kerana ini menyokong

    pendapat Hersey dan Blanchard (1977) yang mengatakan tidak ada satu pun stail kepimpinan

    yang dikatakan paling berkesan.

    Pengurusan dan kepimpinan Guru Besar dapat dijadikan sebagai teladan kepada saya.

    Beliau berjaya memimpin SJK ( C ) Pai Chee sebagai sekolah yang bukan sahaja mencapai

    kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta

    mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan murid-murid

    bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

    Saya berharap agar apa yang telah dipelajari dari pemerhatian dan kajian yangdilakukan ini akan dapat membantu saya dalam bidang pengurusan dan kepemimpinan pada

    masa depan.