Bab 4;Guru & Alam Pendidikan

14
4.0 GURU DAN DUNIA PENDIDIKAN – 2 JAM PERANAN GURU DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM ALAM PENDIDIKAN 4.0.1 GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU 4.0.2 GURU SEBAGAI PENGAMAL KEMAHIRAN 4.0.3 GURU SEBAGAI PENYEMAI 4.0.4 GURU SEBAGAI PENDIDIK 4.0.5 GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI 4.0.6 GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN 4.0.7 GURU SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT MASYARAKAT 4.0.8 GURU SEBAGAI PEMBENTUK BANGSA 4.0.9 GURU SEBAGAI PENYEBAR PENGETAHUAN 4.0.10 GURU SEBAGAI SEORANG INTELEKTUAL 4.0.11 GURU SEBAGAI PAKAR RUNDING 4.0.12 GURU SEBAGAI PEMBIMBING 4.0.13 GURU SEBAGAI PENGURUS 4.0.14 GURU SEBAGAI 4.0.15 GURU SEBAGAI PATRIOTIK

description

Bab 4;Guru & Alam Pendidikan

Transcript of Bab 4;Guru & Alam Pendidikan

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya Falsafah Pendidikan, ilmu merangkumi beberapa aspek seperti berikut:

Ilmu sebagai kepercayaan, pendapat dan kebenaran umum misalnya agama, adat, nilai, sikap asas terhadap kehidupan iman.

Ilmu sebagai kecekapan diri, misalnya kemahiran-kemahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek

Ilmu yang dilahir daripada kotemplasi, penikmatan dan kajian kendiri, seperti ilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek, iaitu mencari ilmu untuk kebaikan fikiran, dan seni halus, iaitu seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik , tarian dan lakonan

Dalam konteks masa kini, ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapat manusia melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains.

Sumber Ilmu dibahagi kepada tiga:

a. Pendekatan rasionalis lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi daripada penaakulan semata-mata.

b. Pendekatan empiris lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan yang sah dapat diperolehi daripada organ deria manusia.

c. Pendekatan pragmatikdiperolehi daripada cara perhubungan manusia dengan alam sekeliling iaitu idea atau fakta dikatakan benar apabila telah diuji secara saintifik.

(wahyu, hadis/sunnah,guru/ulama, pengalaman, deria, akal, intuisi, ilham dll)

KONSEP ILMU

Confucius mentakrifkan ilmu sebagai memperolehi kefahaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang benar Al Ghazali menganggap ilmu sebagai kefahaman tentang agama dan kemahiran untuk kehidupan.

PERKAITAN ANTARA ILMU, IMAN DAN AMAL

Ilmu merupakan komponen utama yang mengubah manusia daripada jahil kepada berpengetahuan; daripada mundur kepada maju; daripada bebal, jumud kepada insan rabbani dan daripada tidak beriman kepada berikan. Dalam Islam, ilmu yang berpaksikan tauhid ialah ilmu utama yang disanjung.

Iman merupakan komponen yang membawa manusia ke arah mengenal dan yakin tentang kewujudan Pencipta. Iman juga dihubungkan dengan kepercayaan dan akidah.

Amal komponen yang menunjukkan bukti kebijaksanaan manusia menggunakan ilmu untuk kesejahteraan dan pengabdian diri kepada Allah. Tingkah laku atau perbuatan yang menunjukkan seseorang itu beriman berdasarkan ilmu yang dimiliki.

Oleh itu, iman melibatkan pengakuan dan kepercayaan kepada Allah dan rasul dan dibuktikan dengan perlakuan. Perlakuan yang paling rendah adalah seperti membuang sampah di jalan. Iman tanpa ilmu adalah sesat. Amal pula tidak diterima oleh Allah tanpa iman. Ilmu tanpa amal tidak berguna

Perkaitan antara ilmu, iman dan amal

BUDAYA ILMU

Kewujudan suatu keadaan di mana wujudnya aktiviti ilmu pengetahuan dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat dan ditrima sebagai nilai utama dalam amalan hidup

Guru-guru boleh mengoperasikan budaya ilmu melalui beberapa aktiviti budaya:

Sifat Orang Yang Berbudaya Ilmu

Sebagai seorang yang profesional, guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diikhtiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu diperolehi oleh guru ialah seperti di bawah:

KEMAHIRAN BELAJARMerujuk kepada kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasi untuk menyelesaikan masalah.

KEMAHIRAN BERFIKIRMerujuk kepada kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain.

KEMAHIRAN PEMUDAH CARAPeranan sebagai fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.

KEMAHIRAN MENGAJARKemahiran membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan

KEMAHIRAN MERANCANGMelibatkan aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih an menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASIMeliputi kemahiran berkomunikasi secara lisan atau bertulis.

KEMAHIRAN MENGURUSMengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya bagi mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin yang baik dan sebagainya.

KEMAHIRAN MENILAIKemahiran mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

KEMAHIRAN ICTKemahiran menggunakan teknologi maklumat

Guru berperanan untuk menyemaikan nilai moral di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti yang dikehendaki kurikulum.

Justeru, guru haruslah menjadi model pengamal nilai moral seperti yakin pada diri sendiri, kesopanan, ramah mesra dan sebagainya agar pelajar dapat menghubungkait aspek yang dipelajari dan kepentingan mengamalkan nilai moral yang baik. Guru adalah teladan kepada pelajar.

Tugas guru adalah mendidik iaitu:

a. Memberi ilmu memberi ilmu iaitu dengan mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Pendidikan adalah penitisan ilmu daripada seorang guru kepada murid

b. Memberi/Mendedahkan pengalaman guru perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu seperti mengembara, mengelola majlis, memimpin termasuk menerokai pembelajaran melalui pengalaman

c. Mendidik Murid-Muridnya Berakhlak Mulia sebagai pendidik, guru perlu mendidik termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam mahupun penerapan nilai murni di dalam subjek yang diajar. Guru harus mendidik pelajarnya cara berkomunikasi, berhubung, makan, berjalan dan sebagainya.

Sosialisasi ialah proses interaksi yang membolehkan manusia hidup dalam masyarakat secara harmoni dan juga bermaksud proses mendisiplinkan individu yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.

Guru dianggap sebagai agen sosialisasi kerana berperanan dalam mentarbiahkan murid-muridnya, memberi ilmu, membentuk masyarakat madani, menjadi role model kepada murid dan masyarakat, berkhidmat kepada masyarakat, berinteraksi dengan masyarakat serta sebagai penghubung antara guru dan kerajaan dengan ibu bapa dan masyarakat. Justeru, guru harus membentuk kecerdasan emosi murid iaitu proses mewujudkan kebolehan seseorang memahami dan mengenal pasti perasaan yang telah dialami, berasa empati terhadap perasaan orang lain, mempunyai motivasi diri dan berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

Guru yang bersifah dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Guru sebagai agen perubahan yang mendidik dan melahirkan generasi akan datang. Justeru guru adalah agen membentuk masyarakat (bermula dari pelajar) dari segi world review, konsep, pemikiran, tanggapan, tingkah laku, tabiat, gaya hidup, amalan dan kepercayaan mereka.

Misalnya dalam merealisasikan cita dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 Tugas guru sebagai agen perubahan seperti:a. Menambah pengalaman diri dan murid

b. Membuat imbasan alam sekeliling

c. Berinteraksi dengan masyarakat

d. Melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat

e. Mendekatkan sekolah dengan masyarakat

f. Memberi perkhidmatan dalam bidang yang dikuasai

g. Menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu

h. Mengubah sikap murid-murid dan masyarakat

i. Mengubah fikiran dan pandangan murid, ibu bapa dan masyarakat sesuai dengan kemajuan, pegangan, kepercayaan dan agama

j. Menambah ilmu

Inovator merupakan seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baru. Contohnya konsep penerapan nilai, kemahiran berfikiran , anjakan paradigma, e-pembelajaran, penggunaan teknologi maklumat, globalisasi pendidikan dan apa-apa perubahan yang berlaku pada masa kini dalam dunia pendidikan. Justeru, guru perlu peka terhadap isu-isu semasa serta menjadikan dirinya pakar dalam apa-apa perubahan yang dialami oleh negara terlebih dahulu.

Menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat

Pusat aktiviti masyarakat seperti tempat bersukan, tempat menjalankan aktiviti-aktiviti budaya, kerja-kerja amal, ceramah, kesenian dan aktiviti agama

Tempat berkumpul dan bermesyuarat

Tempat latihan dan meningkatkan kemahiran

Menyediakan tenaga mahir dan profesional serta memberi perkhidmatan percuma kepada masyarakat

Mendidik akhlak, moral dan amalan beragama kepada murid dan ahli masyarakat

Tempat berlindung umpamanya sewaktu banjir atau bencana alam

Penerang kepada masyarakat akan konsep-konsep pembaharuan kepada masyarakat seperti konsep globalisasi pendidikan, dan sebagainya

4.0.8 GURU SEBAGAI PEMBENTUK BANGSASekolah sebagai alat politik untuk membentuk pengantar ideologi kebangsaan seperti perpaduan kaum. Guru berperanan menyemai sikap perpaduan di kalangan pelajar agar bersatupadu dan bangga menjadi rakyat negara ini. Berusaha membentuk identiti penduduk negara Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya, agama, kaum namun hidup dalam keadaan aman serta penerimaan amalan, kebudayaan semua kaum.

4.0.9 GURU SEBAGAI PENYEBAR PENGETAHUANGuru berperanan sebagai penyebar pengetahuan kepada murid dan masyarakat. Di samping mendidik murid agar gemar mencari ilmu dengan pelbagai kaedah. Justeru guru harus peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling masyarakat tempatan dan antarabangsa sebelum mendorong murid agar peka terhadap isu-isu tersebut.

4.0.10 GURU SEBAGAI PENGAMAL KEMAHIRANGuru harus sentiasa mempelajari sesuatu yang baru agar kemahiran yang ada dapat dipertingkatkan. Misalnya kemahiran mendengar, membaca, berfikir dan lain-lain. Peningkatan kemahiran ini akan memudahkan guru mendidik murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran pembelajaran yang lebih menarik.

4.0.11 GURU SEBAGAI PAKAR RUNDING/PEMBIMBINGDi dalam bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosio emosi. Oleh itu, selain mengajar, guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah mereka. Misalnya membantu murid-murid menyelesaikan persoalan di dalam sesuatu projek mahupun masalah sosio emosi seperti takut, bosan, kecewa dan sebagainya. Ianya penting agar dapat membina sifat keyakinan diri di kalangan murid.

4.0.12 GURU SEBAGAI PENGURUSDi dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah agar lebih kondusif untuk proses pengajaran pembelajaran , mengurus bahan-bahan pengajaran dan mengurus aktiviti agar lebih berkesan. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosio emosi yang selesa, disiplinkelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

4.0.13 GURU SEBAGAI PENYELIDIKGuru juga harus sentiasa berperanan untuk menyelidik bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Melalui penyelidikan, guru akan lebih dapat mengenalpasti kelebihan serta kelemahan murid yang diajar, kaedah pengajaran pembelajaran dan dapat menghasilkan suatu kaedah yang lebih menarik dan berkesan.

4.0 GURU DAN DUNIA PENDIDIKAN 2 JAM

PERANAN GURU DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM ALAM PENDIDIKAN

4.0.1 GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU

4.0.2 GURU SEBAGAI PENGAMAL KEMAHIRAN

4.0.3 GURU SEBAGAI PENYEMAI NILAI

4.0.4 GURU SEBAGAI PENDIDIK

4.0.5 GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

4.0.6 GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

4.0.7 GURU SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT MASYARAKAT

4.0.8 GURU SEBAGAI PEMBENTUK BANGSA

4.0.9 GURU SEBAGAI PENYEBAR PENGETAHUAN

4.0.10 GURU SEBAGAI SEORANG INTELEKTUAL

4.0.11 GURU SEBAGAI PAKAR RUNDING

4.0.12 GURU SEBAGAI PEMBIMBING

4.0.13 GURU SEBAGAI PENGURUS

4.0.14 GURU SEBAGAI PENYELIDIK

4.0.15 GURU SEBAGAI PATRIOTIK

4.0.1 GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU

ilmu

Amal

Insan kamil atau insan rabbani

Iman

Masyarakat madani

Masyarakat madani

BUDAYA ILMU

BUDAYA MEMBACA

BUDAYA BERFIKIR

BUDAYA BELAJAR

BUDAYA BERMUSYAWARAH

BUDAYA BERKARYA

BUDAYA REFLEKSI PENILAIAN KENDIRI

SIFAT ORANG BERBUDAYA ILMU

BERWAWASAN

BERDISIPLIN

CARA HIDUP BERDASARKAN ILMU

KREATIF

USAHA BERTERUSAN

FUTURISTIK/ VISI

KRITIS

4.0.2 GURU PENGAMAL KEMAHIRAN

4.0.3 GURU SEBAGAI PENYEMAI NILAI MORAL

4.0.4 GURU SEBAGAI PENDIDIK

4.0.5 GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Membentuk masyarakat penyayang

Membentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat

Penyebar ilmu kemasyarakatan

Sebagai role model kepada murid dan masyarakat

Penyumbang kepada masyarakat

Penghubung antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dan masyarakat

4.0.6 GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

4.0.7 GURU SEBAGAI INOVATOR MASYARAKAT