BAB 4.ppt

59
1 BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Transcript of BAB 4.ppt

  • BAB 4

    PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut. Metode atau kaedah yang digunakan dan dilalui oleh sesebuah negara atau bangsa untuk mencapai modenisasi ini pula berbeza.

    Ada sesetengahnya berlaku dalam bentuk perancangan yang teratur dengan menetapkan terlebih dahulu apakah proses, kaedah dan matlamat yang hendak dicapai.

    Manakala sesetengahnya pula berlaku perubahan dalam bentuk yang tidak dirancang, dan kebiasaannya boleh dihubungkan dengan tekanan daripada unsur-unsur luar.

  • Jika pembangunan hanya menekankan aspek material semata-mata dengan mengenepikan aspek spiritual, maka matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak akan tercapai. Kedua-dua aspek ini mesti disatukan dan diseimbangkan bagi menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, dari sudut realitinya dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu, konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan tradisi sekularisme barat.

    Sejak dari zaman batu awal (paleolitik) hinggalah ke zaman moden hari ini, manusia sentiasa berusaha untuk mengembangkan kegiatan ekonomi mereka, baik secara evolusi mahupun revolusi. Tujuannya adalah untuk merubah tahap kehidupan dan membangunkan masyarakat.

  • KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN Kerumitan dan masalah ekonomi terus juga berlaku serta sukar untuk diatasi. Implikasinya bukan hanya membawa kepada perbezaan jurang dalam masyarakat tetapi juga perpecahan dan peperangan antara kaum dan negara.

    Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong. Sebagai contoh ekonomi kapitalisme adalah berbeza daripada ekonomi marxisme dan begitulah dengan yang lain-lainnya. Komponen ekonomi boleh saja disandarkan kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan sebagainya.

  • KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD,UKURAN PENCAPAIAN Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi, membina negara (state-building) dan negara-bangsa (nation-state).

    Komponen-komponen yang ada seperti ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini.

  • PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Dalam persada sejarah negara, pembangunan ekonomi ini telah melalui beberapa zaman yang berbeza.

    (1) Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 1956)

    Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu sebelum kedatangan British (1400 1786) dan semasa penjajahan British.

  • (2) Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)

    Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. Mereka tidak berhadapan dengan masalah untuk mencari nafkah, memandangkan persekitaran tempat tinggal mereka mudah untuk memperolehi tanah-tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan ikan. Begitu juga dengan sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi. Keadaan semulajadi ini secara tidak langsung telah menentukan pola pekerjaan dan penempatan mereka.

  • (3) Sistem dan pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British

    Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran bandar-bandar, manakala orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah. Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan.

  • Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka.

    Pihak Inggeris telah menyediakan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran.

  • Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah seolah-olah tidak digalakkan oleh penjajah. Pihak Inggeris mahu mengekalkan mereka di dalam kegiatan-kegiatan pertanian yang boleh menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.

  • 4.3 Modenisasi Di Malaysia Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Dua komponen penting untuk modenisasiKomponen ekonomiKomponen politik

  • 4.3.1 Komponen EkonomiSejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan masyarakat industri. Tumpuan:Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

  • 4.3.2 Komponen PolitikIsu pembinaan negara bangsa penting kerana wilayahnya terdiri dariopada gabungan daerah, bangsa dan kerajaan yang berbeza hasil daripada proses migrasi dan penjajahan.Modenisasi dilakukan melalui:Pembinaan negara bangsaDasar awamPenialain pencapaian dasar awamIntegrasi nasional

  • 4.3.3 HE Dalam Konteks ModernisasiKomponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal). Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.

  • 4.3.4 Acuan Ekonomi MalaysiaEkonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris, e.g. getah dan kelapa sawit.Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik. Dua ciri: (1) aspek ekonomi; (2) ciri etnik

  • 4.3.5 Ciri-ciri Etnik Dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik, EkonomiTerdapat 24.36 juta penduduk Malaysia pada 2006: bumiputera 25.3%; Cina 25.3%, India 7.5%, etnik SS 1.3%.Aspek demografi menentukan kuasa politik.Melayu etnik majoriti dari segi demografi dan politik, Cina menguasai ekonomi.Kerajaan utamakan keseimbangan ekonomi untuk elak 13 Mei.

  • 4.3.6 Perancangan Pembangunan Lima TahunDraft Development Plan of Malaya (1950-1955)Asas tradisi perancangan modenRancangan Malaya Pertama (1956-1960)Ke arah pemerintahan sendiri (PU 1955, Kemerdekaan 31 Ogos 1957)Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)Penerusan dasar oleh pemimpin tempatanRancangan Malaysia Pertama (1966-1970)Lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa, budaya.Fokus utama, bangunkan masyarakat desa yg miskin.

  • 4.3.6 Perancangan Pembangunan Lima TahunKonfrontasi Malaysia Indonesia, Peristiwa 13 MeiRancangan Malaysia Kedua (1971-1975)DEB (1971-1990)Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)Menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnikRancangan Malaysia Keempat (1981-1985)Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)RMK4, RMK5 & RMK6 menitikberatkan teknologi yg lebih maju dan dasar penswastaan

  • 4.3.6 Perancangan Pembangunan Lima TahunRancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)RMK7 & RMK8 berikan perhatian kepada industri berasaskan k-ekonomiRancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)Modal insanhadhari

  • 4.3.7 Dasar-dasar Awam: Pertanian, Perindustrian dan K-ekonomiBadan-badan untuk memajukan pertanian dan membasmi kemiskinanFELDAFELCRAMARA1990an, perhatian kepada sektor perindustrian, e.g.Dasar Perindustrian BeratDasar PenswastaanKini pembangunan ekonomi menjurus kepada k-ekonomi dan ICT

  • 4.4.1 Antara Pertumbuhan dan AgihanAntara Pertumbuhan Dan AgihanIsu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. Beberapa isu penting :Antara Pertumbuhan dan Agihan Antara Equality dan EquityIsu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, antara kelas sosial yang berbeza.antara kelompok etnik yang berbeza.Untuk atasi masalah, DEB dilancarkan.

  • Antara Equality dan Equity Antara Equity dan EqualityIsu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Fasal (153) berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

    4.4.2 Antara Equity dan Equality

  • DEB dan HEDasar pecah dan perintah BritishPembangunan tidak seimbangWujudkan jurang ekonomi antara kaumBukti kemiskinan, rujuk Jadual 4.1 (ms 55) dan Jadual 4.2 (ms 56).DEB tidak mendiskriminasikan kaum, hanya sasarkan 30% pemilikan, bukannya 100%.4.4.3 DEB dan HE

  • Insiden kemiskinan menurun% Isi rumah MalaysiaNota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

  • Insiden Kemiskinan Tinggi Di 5 Buah Negeri

  • Jurang pendapatan antara kaum berkurangan

    Luar Bandar : BandarBumiputera : CinaBumiputera : India

    1: 2.11: 2.31: 1.8

    1970198019902002Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah1999

    1: 1.81: 1.91: 13

    1: 1.71: 1.71: 13

    1: 1.81: 1.71: 1.4

    1: 2.11: 1.81: 1.3

  • Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30%

    Bumiputera

    Bukan Bumi.CinaIndiaLain-lainAsingNomineJUMLAH197019901990MatlamatPencapaian2.4

    32.3

    63.32.0100.030.0

    40.0

    30.0

    100.019.3

    46.845.51.00.325.48.5100.0200218.7

    43.240.91.50.828.99.2100.0

  • Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003AkauntanArkitekDoktorDoktor GigiDoktor VeterinarJuruteraJuru UkurPeguamJUMLAHBumiCinaIndiaBumiCinaIndia11.223.627.824.335.934.844.722.329.081.274.434.750.723.758.249.650.055.96.21.234.423.737.05.33.726.513.220.043.638.538.240.143.546.035.137.274.652.629.940.329.850.149.338.450.15.11.327.519.125.75.33.125.811.219902002Profesion

  • Kualiti Hidup rakyat Malaysia meningkat

    197019902003Jangka hayat (tahun)Lelaki61.668.970.4Perempuan65.673.575.3Kadar kematian bayi /1000 kelahiran39.413.05.7Nisbah penduduk / doktor4,3022,5811,395Kadar celik huruf (%)588594Telefon / 1000 penduduk, termasuk telefon mudah alih17131583Kemudahan asas:Bekalan air paip (%dpd penduduk)488090.5Bekalan elektrik (% dpd isirumah)448095.7

  • Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan EkonomiBahasa MelayuBahasa rasmi- pemangkin pembangunan negaraWadah komunuikasi untuk perpaduan nasionalPendidikan vernakular dibenarkanKepentingan BIDasar bahasa selepas 199Martabatkan BM sebagai bahasa perpaduanMenjadikan BI bahasa pengajaran sains & math4.4.4 Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti

  • Globalisasi, Ekonomi dan HEGlobalisasiMembantu memajukan ekonomi Asia dalam tempoh yang singkat (negar negara Eropah Barat ambil masa yang lama)Menyebabkan negara-negara Asia mengalami krisis ekonomi 1985-1986.Akibat aliran keluar masuk modal asingKesan kepada syarikat-syarikat.4.4.5 Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan HE

  • Implikasi Terhadap Usahawan Melayu dan Bukan MelayuSyarikat bukan Melayu berpengalaman, mampu hadapi krisis ekonomi.Syarikat Melayu tiada pengalaman, bermasalah, 1998, 25000 syarikat IKS dan 191 syarikat milik majoriti Melayu muflis.Perkongsian bijak bumi nonbumi untuk menghadapi cabaran ekonomi.4.4.6 Krisis Besar Ekonomi 1985-1986, 1997-1998

  • Bank-bank Islam pertama di dunia; Dubai Islamic Bank, UAE, dan Bank Pembangunan Islam (IDB), Arab Saudi pada 1975; membawa kepada kepesatan institusi kewangan Islam di seluruh dunia 1976-1985.Sudan, Pakistan, Iran tukar kepada sistem perbankan Islam.Gesaan di Malaysia, kejayaan LUTH.4.4.7 Ekonomi Islam dalam ekonomi arus perdana Malaysia

  • Kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983, berkembangnya sistem perbankan, insuran dan pasaran kewangan Islam.Akta Takaful 1984, penubuhan STMB, TNSB dsb.Dua peranan sistem perbankan Islam:Penyumbang kepada ekonomi negaraMemenuhi tuntutan masyarakat Islam4.4.7 Ekonomi Islam dalam ekonomi arus perdana Malaysia

  • Diperkenalkan 1983, bertentangan dengan dasar pemiliknegaraan (nationalization)Tun Dr M: kerajaan tidak cekap, swasta cekap, penswastaan tingkatkan prestasi.Perbelanjaan sektor awam: 28% (1975); 35% (1982), kerajaan menanggung beban kewangan yang besar.4.4.8 Dasar Penswastaandalam konteks Hubungan Etnik

  • Tujuan Dasar Penswastaan:Kurangkan beban kewangan kerajaan.Tingkatkan persaingan, perbaiki kecekapan dan produktiviti.Rangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian.Kurangkan bilangan dan saiz sektor awam.Membantu pencapaian matlamat DEB.4.4.8 Dasar Penswastaandalam konteks Hubungan Etnik

  • 1980an, usahasama dengan Mitsubishi, selaras dengan Dasar PKT.7 Mei 1983, penubuhan PROTON, modal berbayar RM150 juta.Pemegang saham: HICOM (70%), Mitsubishi Motors Corporation (15%), dan Mitsubishi Ciorporation (15%).1 Julai 1985, Proton Saga, model pertama dikeluarkan.4.4.9 Industri Automobil Nasional dan penglibatan etnik

  • Untuk melindungi industri automobil nasional, Dasar Automotif Negara (DAN) dilancarkan.Tujuan utama DAN: merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara;Memberi manfaat kepada pengguna.Sebagai wadah kepada penglibatan golongan Bumiputera4.4.9 Industri Automobil Nasional dan penglibatan etnik

  • 4.5 Kesimpulan Aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat dipisahkan.Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Kesan positif pembangunan ekonomi Malaysia dalam konteks hubungan etnik:kemiskinan tanpa mengira etnik.penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang

  • (4) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama

    Rancangan pembangunan negara sebenarnya telahpun bermula sekitar tahun 1950an. Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara. Sehubungan itu, rancangan pembangunan dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama telah dimulakan pada tahun 1956 hingga 1960. Sejumlah RM1,100 juta telah dilaburkan dalam rancangan ini. Tumpuan yang diberikan ialah untuk mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam yang berpadu.

  • Rancangan Malaya Kedua lebih menumpukan kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata. Jangka masa untuk pelaksanaan rancangan ini ialah selama lima tahun (1961 1965), dan peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini sebanyak RM2,150.00 juta.

    Melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970), beberapa pembaharuan telah diperkenalkan, diantaranya ialah menentukan hala tuju pembangunan dan meletakkan matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat yang ingin dicapai melalui rancangan ini ialah agar semua golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang dirangka.

  • Sungguhpun rancangan ini telah dianggap berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi, namun masih lagi tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara kaum.

    Penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor ekonomi masih lagi ditentukan mengikut kaum. Situasi ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum yang ada. Akibatnya pada 13 Mei 1969 berlakulah peristiwa yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.

  • (5) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan formula yang digunakan untuk memperbetulkan keadaan yang tidak selesa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. Ia dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975) yang melibatkan kos sebanyak RM7,250 juta dan merupakan satu Rancangan Jangka Panjang yang diatur untuk dilaksanakan dalam fasa kedua ini.

  • Oleh kerana proses untuk mewujudkan perpaduan negara ini akan mengambil masa yang panjang maka DEB telah diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

    Melalui DEB ini, kerajaan telah memainkan peranannya secara langsung dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadanan-perbadanan awam telah ditubuhkan untuk mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara.

  • Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

    Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

  • Bagi tahun 1970 pendapatan RM200.00 sebulan dianggap berada di bawah paras kemiskinan, tahun 1975 - RM250.00, tahun 1976/77 - RM272.00 dan tahun 1979 RM282.00 sebulan (INTAN 1980).

    Penyusunan masyarakat pula adalah melalui strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.

  • DEB dirangka untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada kaum bumiputera sahaja, tetapi juga mengambil kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing.

    Pada pertengahan tahun 1980an memperlihatkan kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara memaksa kerajaan mengkaji semula peranannya sebagai penggerak dalam pembangunan ekonomi negara serta dasar-dasar yang dilaksanakan.

  • RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KETIGA Kegagalan DEB dalam mencapai matlamatnya telah membawa kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula dari tahun 1991-2000.

    Walaupun DPN merupakan dasar baru negara, namun matlamat DEB iaitu untuk mewujudkan perpaduan negara masih diteruskan dalam perlaksanaannya. DPN juga tetap mengekalkan strategi DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang lebih seimbang.

  • Beberapa kelemahan yang terdapat di dalam DEB sebelumnya telah diberi perhatian untuk diperbetulkan. Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil untuk dilaksanakan dalam DPN antaranya:

    Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha pembasmian kemiskinan di kalangan golongan miskin tegar

    Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah masyarakat bumiputera yang berorientasikan perdagangan dan perindustrian.

    Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih aktif dalam proses penyusunan semula masyarakat.

    Memberi lebih penekanan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika

  • Dalam Rancangan Jangka panjang Ketiga (2001 2010) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilaksanakan sebelumnya. Objektif kepada pelaksanaan dasar ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri.

    Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 2010), pelaksanaan Dasar Wawasan Negara fasa pertama ialah memberi tumpuan kepada pembangunan yang bercorak fizikal khususnya mewujudkan kemudahan infrastruktur yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomidan sosial.

  • Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia kesembilan ini iaitu:

    Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke peringkat yang lebih cemerlang

    Memperkuatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara

    Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.

    Membangunkan sumber manusia yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan

    Memperhebatkan lagi langkah pembasmian kemiskinan.

    Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi

  • Manakala projek-projek yang mendapat keutamaan untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula ialah

    Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor

    Pertanian dan pembangunan yang seimbang Projek yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial rakyat

    Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan yang tinggi

    Projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi

    Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur yang lebih bersifat fungsian, dan tidak hanya bertumpu kepada saiz yang besar, cantik dan mewah sahaja

  • SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASASPEMBENTUKAN NEGARA MAJU Tumpuan awal sektor ini tidak meluas dan hanya membabitkan industri getah dan bijih timah

    menjelang akhir abad ke-18 industri bijih timah khususnya telah mula merosot jika dibandingkan dengan abad-abad sebelumnya. Manakala industri getah pula mengalami turun naik harga sehingga memaksa beberapa rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya daripada terus jatuh.

    Selepas mencapai kemerdekaan kerajaan cuba mempelbagaikan kegiatan ekonomi.

  • Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah dimulakan pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan DEB yang diperkenalkan.

    Rancangan untuk meningkatkan lagi ekonomi melalui pencapaian dalam bidang perindustrian telah diteruskan lagi pada tahap kedua (1968-1980).

    Dalam tahap ini tumpuan diberikan kepada pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara disamping memberi galakan kepada pertumbuhan industri ringan, kecil dan sederhana.

    Beberapa akta diperkenalkan spt Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan Zon Perdagangan Bebas 1971.

  • Walau bagaimanapun program perindustrian yang telah dijalankan dalam tempoh yang disebutkan ini masih lagi mempunyai kelemahannya.

    Bidang pengeksportan misalnya masih lagi terlalu rendah dan masih tidak dapat mencapai kualiti yang tinggi untuk mampu bersaing dalam pasaran terbuka.

    Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penggunaan tekonologi yang masih rendah.

  • Selepas tahun 80-an dengan memberi tumpuan kepada sektor perindustrian berat dan industri berasaskan sumber dan teknologi tinggi.

    Beberapa program telah dilaksanakan seperti

    i) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) (1983), ii) Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (1985- 1995),iii) Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (1996- 2005) daniv) Akta Galakan Pelaburan 1986.

  • Melalui Pelan Induk Perindustrian ini, sebanyak 12 sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi perhatian. Tujuh daripadanya adalah industri yang berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayukayan, makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam.

    Manakala selebihnya adalah sektor yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logamlogam ferus serta tekstil dan pakaian.

  • Selain daripada dasar-dasar tersebut, kerajaan juga telah memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Dasar Industri Berat Negara. Ianya bertujuan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada negara luar dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera bagi keperluan dan kegunaan tempatan.

    Antaranya Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON).

  • KESIMPULANKerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara sebagai agenda utamanya. Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.

    On poverty, the measures undertaken has contributed to a dramatic reduction in the incidence of poverty.The proportion of households living below the poverty line declined from 49.3 per cent in 1970 to 16.5 per cent in 1990 and 5.1 per cent in 2002 while the hard core to 1.0 per cent.Pendapatan bulanan purata di kalangan Bumiputera masih rendah berbanding kaum lain di mana kaum Cina adalah 74% lebih tinggi dan kaum India 36 % lebih tinggi.

    Dengan itu, program pembangunan negara ditumpukan untuk meningkatkan dan merapatkan jurang pendapatan di kalangan kaum

    Secara keseluruhannya, kualiti hidup rakyat telah bertambah baik. Contohnya, dari segi jangka hayat, kadar kematian bayi, nisbah penduduk/doktor, kadar celik huruf dan kemudahan asas seperti telefon, bekalan air dan elektrik.