Bab 5 Analisis Kewangan

67
1 TOPIK 5 MAKLUMAT DAN ANALISIS KEWANGAN

description

Nota

Transcript of Bab 5 Analisis Kewangan

  • *TOPIK 5MAKLUMAT DAN ANALISIS KEWANGAN

  • *MAKLUMAT & ANALISIS KEWANGAN 2.1 Sistem Maklumat Kewangan2.3 Belanjawan Tunai 2.4 Nisbah Kewangan 2.2 Penyata Kewangan2.5 Kawalan Kewangan

  • *2.1 SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN a)PENGERTIAN ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK.

    AsetSemua harta yang dimiliki oleh perniagaan.Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa.

    Aset Semasa aset yang mempunyai darjah kecairan yang tinggi dan boleh ditukar kepada tunai dalam jangka masa kurang daripada setahun. Contohnya tunai,. Aset semasa yang mempunyai tahap kecairan yang paling rendah ialah inventori dan Akaun Belum Terima.

    Aset Bukan Semasa aset perniagaan yang mempunyai jangkahayat lebih satu tahun.Contoh: Mesin, jentera.

    Aset-aset lain aset tidak ketara, tidak terlibat di dalam operasi firma contohnya muhibah, hak cipta, tanda dagangan dan paten.

  • *

    LiabilitiSemua obligasi yang ditanggung oleh perniagaan.

    Terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang.

    Liabiliti Semasa- hutang jangka pendek yang ditanggung oleh perniagaan tidak melebihi tempoh satu tahun. Contoh : ABB, Terakru

    Liabiliti Jangka panjang- pinjaman jangka panjang yang mempunyai tempoh melebihi setahun. Contoh : Pinjaman Jangka Panjang dan Bon.(Bon ialah sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi, sama ada daripada sektor swasta mahupun awam untu mendapatkan sumber kewangan).

  • *

    Ekuiti Pemilik

    Merujuk kepada pelaburan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan (pemegang saham).Amaun yang dilabur mungkin dalam bentuk wang, bangunan, dan kereta. Tiga item Ekuiti Pemilik: i) saham biasa ii) premium modal iii) pendapatan tertahan.

  • *

    HasilHasil adalah perolehan dari perniagaan yang menambahkan nilai aset melalui penjualan barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit.

    Terdapat dua kategori hasil iaitu i) Hasil jualan dan perkhidmatan - Cth: Hasil jualan buku.

    ii) Hasil-hasil lain Hasil selain daripada hasil jualan barang niaga dan perkhidmatan seperti faedah diterima, dividen diperolehi. b) PENGERTIAN HASIL, BELANJA DAN KEUNTUNGAN

  • *BelanjaAliran keluar sumber-sumber perniagaan melalui pembelian barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit.Contoh: Belanja sewa, elektrik.

  • *Keuntungan

    - Perolehan perniagaan apabila hasil yang dijana daripada operasi perniagaan melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam usaha mendapatkan hasil.- Boleh menambahkan jumlah ekuiti pemilik. ( tunjukkan penyata pendapatan )

  • *

    c) PERSAMAAN PERAKAUNAN

    Aset = Liabiliti + Ekuiti ( Dana Pemegang Saham )

    Persamaan perakaunan mengambil kira kedudukan aset-aset perniagaan dan sumber-sumber terhasilnya aset tersebut sama ada daripada pembiayaan sendiri iaitu dalam bentuk modal atau daripada pihak luar iaitu melalui tanggungan.

    ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  • *

    Nilai Buku ( Dana Pemegang Saham atau Nilai Bersih )

    - Nilai buku ialah perbezaan di antara jumlah aset dengan jumlah liabiliti

    ASET LIABILITI = EKUITI PEMILIK

    Ekuiti pemilik, selain disebut dana pemegang saham juga dikenali Sebagai aset bersih atau NILAI BUKU.

  • * Modal Kerja Modal kerja ialah dana yang berhubung kait dengan aset-aset semasa dan bagaimana syarikat menguruskan aset semasa ini untuk membayar balik semua tanggungan.Modal kerja firma iaitu dana yang digunakan untuk menjalankan operasi semasa .Untuk mendapatkan mendapatkan modal kerja, dengan menolak aset semasa dengan liabiliti semasa. MODAL KERJA = MODAL KERJA BERSIH = ASET SEMASA LIABILITI SEMASA

  • *2.2 PENYATA KEWANGAN

    Memberikan maklumat kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan & membuat keputusan.

    Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh :a. Kreditor ( Institusi Kewangan )b. Kerajaan menentukan cukai perniagaan & perancangan pembangunan ekonomi.c. Pemegang saham ( saham keutamaan dan saham biasa )d. Pihak Pengurusan ( Organisasi )

    Terdiri daripada Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Ekuiti Pemilik

  • *

    Kunci Kira-Kira

    - Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan.- Memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma.- Data yang ditunjukkan dalam KKK merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. - Perkara asas dalam KKK ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.- Menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat.- Menyenarai semua obligasi iaitu liabilitinya.- Menyenarai semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik.- Kunci kira-kira disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  • *Penyata Pendapatan - Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi suatu tempoh tertentu.-Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. - Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan atau perkilangan. - Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ) Pendapatan Bersih = Jumlah Hasil Jumlah Perbelanjaan

  • *

    Penyata Aliran Tunai

    - Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.

    -Membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. - Aliran tunai boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti kewangan iaitu operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan.

  • *1.Aliran tunai daripada aktiviti operasi2.Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

    Penyata Aliran Tunai

    3. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan.

    Termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal kerja Menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang,mesin, kilang dan aset tetap lain. Menunjukkan aliran tunai aktivitiPembiayaan modal syarikat iaitu Penjualan atau penamatan bon, Saham utama dan saham biasa

  • * Penyata Ekuiti Pemilik.

    Ekuiti pemilik merupakan baki setelah aset ditolak dengan libiliti.

    Ekuiti pemilik menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada.

    Ekuiti pemillik syarikat terdiri daripada modal berbayar, premium saham, pendapatan tertahan dan rizab.

  • *NISBAHKEWANGANb) MENILAI PRESTASI KEWANGAN a) JENIS-JENISNISBAH KEWANGANc) KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN 2.4 NISBAH KEWANGAN

  • * 2.4 NISBAH KEWANGAN Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.

    Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.

  • *a) JENIS NISBAHKEWANGANNISBAH KECAIRANNISBAHKEBERUNTUNGANNISBAHAKTIVITINISBAHPELABURANNISBAHHUTANG

  • * NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO)Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan.

    Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diistihar bankrap.

    Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang.

    Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit di masa hadapan.

    2.4 JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN

  • *NISBAHKECAIRANNisbahSemasaNisbahSegera (cepat)

  • *a) Nisbah Semasa (current ratio) -Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek.- Nisbah ini mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. -Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek.-mampu membayar balik hutang jangka pendek dengan mendapatkan nisbah semasa lebih daripada 1.-Nisbah yang kurang dari satu menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

  • * Data rujuk kunci kira-kira syarikat STP Utama Nisbah Semasa = 464 580= 1.52 kali 304 675

    - Nisbah semasa syarikat STP utama ialah 1.52 kali, setiap RM1.00 liabiliti semasa dapat ditampung dengan RM1.52 aset semasa, ini menunjukkan syarikat mempunyai lebihan aset semasa sebanyak RM0.52.

    Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti semasa

  • *

    b) Nisbah Cepat /Segera (Quick Ratio)- Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa.

    - Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item bhn mentah, barang separuh siap dan barang siap, pembelian secara kredit oleh itu menunggu masa untuk mendpatkan tunai.- Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

  • *Data- Rujuk Syarikat STP Utama

    Nisbah Cepat = 464 580 255 660 304 675= 0.69 kali -Dari pengiraan, syarikat tidak mampu membayar pembiayaan jangka pendek.Setiap RM1.00 liabiliti semasa syarikat tidak mampu dibayar dengan RM0.69.- Nisbah yang lebih dari satu menunjukkan firma tidak perlu untuk bergantung kepada jualan inventori untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

    Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa

  • *NisbahAktivitiPusing GantiInventoriPusing Ganti Jumlah AsetTempoh PurataKutipan

  • *

    NISBAH AKTIVITI Pusing ganti inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik sebab firma tidak menyimpan stok berlebihan. a) Pusing Ganti Inventori = KBDJ @ Jualan Inventori

  • *Pusing ganti Jumlah Aset = Jualan (Total Assets Turnover) Jumlah Aset Pusing Ganti Jumlah Aset

    Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untu menjana hasil jualan. Pusing ganti jumlah aset = 1 600 0002 346 255 = 0.68 kali

    Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.68.

  • *

    Tempoh Purata Kutipan Nisbah ini mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan.Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima.

    Nisbah purata kutipan = 160 920= 36.71 hari 1 600 000/365

    c) Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari

  • *

    NISBAH HUTANG

    Menganalisis tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut. Pengurusan hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.

  • *

    Hutang Atas Ekuiti

    Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.

    *Jumlah hutang hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang. Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik

  • *

    Hutang Atas Aset Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman.

    Jumlah hutang hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.

    Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Hutang x 100 % Jumlah aset

  • *

    Liputan Faedah / Liputan Bunga

    Melihat kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi. Nisbah ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah. Nisbah yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah .

  • *Nisbah Liputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah

    Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan STP Utama

    Nisbah Liputan Faedah = 241 00036 400 = 6.62 kali Nisbah liputan faedah sebanyak 6.62 kali menerangkan bahawa Syarikat mampu membayar faedah kepada hutang sebanyak 6.62 kali *Setiap RM1.00 hutang

  • *NISBAH KEBERUNTUNGAN

    - Nisbah nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan.

    - Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan iaitu MARGIN KEBERUNTUNGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan jualan dan NISBAH-NISBAH PULANGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan saiz pelaburan.

  • *NISBAHKEBERUNTUNGANPendapatan Sesaham

    Pulangan AtasEkuiti

    MarginUntung BersihPulangan AtasAset (Pelaburan )

  • *Pendapatan sesaham / Untung Sesyer

    - Mengukur untung yang diperolehi oleh syarikat daripada setiap saham yang diterbitkan.- Penting untuk mengembangkan perniagaan dan beri prospek yang baik kepada pemegang saham untuk menerima dividen.- Menggambarkan setiap saham mampu memberikan pulangan yang tinggi.

  • *Data- Rujuk Kunci Kira-Kira Syarikat STP Utama

    Pendapatan Sesaham = 143 220= 0.14 kali1 000 000- Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur amat yakin terhadap potensi firma dan sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli saham firma.- setiap satu unit saham yang diterbitkan mampu menjanakan keuntungan bersih sebanyak 0.14 sen.

    Pendapatan Sesaham (EPS) = Untung Bersih Bil Saham Biasa

  • *Margin Untung Bersih Dikenali juga pulangan atas jualan Mengukur % untung bersih yang diperolehi bagi setiap RM jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Margin Untung Bersih (Pulangan Atas Jualan) = Untung BersihJualanData- Rujuk P.Pendapatan STP UtamaMargin Untung Bersih = 143 220 x 100 % = 8.95 %1 600 000-Setiap RM1.00 jualan syarikat mampu menjana keuntungan sebanyak 8.95%.Ini menunjukkan baki jualan yang telah ditolak dengan semua belanja syarikat.

  • *

    Pulangan Atas Aset ( Pulangan Atas Pelaburan )

    Mengukur kadar keuntungan daripada setiap RM yang dilaburkan ke atas aset. Menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

  • *Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy STP Utama

    Pulangan Atas Aset = Pendapatan Bersih x 100 % Jumlah Aset = 143 220 x 100 % 2 346 255 = 6.10 %

    - Pulangan atas aset 6.10 % menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset, RM0.61 sen untung bersih dapat dihasilkan.

    Pulangan Atas Aset(ROA)/Pulangan Atas Pelaburan (ROI) = Untung Bersih Jumlah Aset

  • *

    Pulangan atas Ekuiti (ROE)Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi setiap RM yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Membandingkan untung bersih syarikat dan jumlah ekuiti Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang tinggi.

  • *Data - Rujuk K.Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy. STP Utama.Pulangan atas ekuiti = 143 220 x 100 % 1 711 580 = 8.37 %

    Pulangan atas ekuiti 8.37 % memberi gambaran kepada pemegang saham syarikat bahawa setiap ringgit yang mereka sumbangkan menghasilkan keuntungan sebanyak 8.37 sen Pulangan Atas Ekuiti(ROE) = Untung Bersih Ekuiti

  • *NisbahPelaburanHarga PerolehanNilai AsetBersihHasilDividenDividen Sesaham Pendapatan Sesaham

  • *

    Pendapatan sesaham Pendapatan sesaham didapati dengan membahagikan pendapatan bersih dengan jumlah unit saham yang diterbitkan.

    Pendapatan sesaham = 143 220 1 000 000 = RM0.14Setiap satu unit saham yang dilaburkan mampu menyumbangkan keuntungan sebanyak RM0.14.Pendapatan Sesaham = Pendapatan bersih Jumlah unit saham diterbitkan

  • *Nisbah Harga Perolehan (P/E)Pelabur dan pengurus menggunakan nisbah ini sebagai petunjuk prospek firma di masa depan. Jika nisbah tinggi, pelabur menjangkakan keuntungan syarikat akan bertambah di masa depan.

    Nisbah P/E = Harga Saham Pendapatan sesaham = 2.65 0.14= 18.9 kali Setiap RM1.00 pendapatan sesaham mampu mampu menyumbangkan kenaikan harga saham sebanyak RM0.18.Nisbah Harga Perolehan = Harga Saham (Price Earning) Pendapatan sesaham

  • *

    *Bagi setiap nilai buku sesaham mampu menghasilkan peningkatan harga saham ( lagi tinggi lagi baik )

    Nilai Aset Bersih ( Nilai Buku Sesaham )

    Di dalam mengira nilai pasaran, terlebih dahulu nilai buku sesaham syarikat dikira. Nilai buku sesaham ialah lebihan sesaham sesaham syarikat setelah ianya menjual asetnya, membayar liabiliti kepada kreditor dan pemegang saham keutamaan.

    Nilai buku sesaham = Ekuiti saham biasa Jumlah Unit Saham

    Nilai Aset Bersih = Harga pasaran sesaham @ semasa Nilai buku sesaham

  • *

    Dividen SesahamMelalui dividen sesaham pemegang saham boleh mengetahui jumlah tunai sebenar yang didapati pada satu-satu tahun. Setiap RM1.00

    Dividen Sesaham = Jumlah Dividen Bilangan Unit Saham

  • *

    Hasil Dividen

    Mengukur peratus keuntungan yang diagihkan dalam bentuk dividen tunai.Dinyatakan dalam bentuk peratus (% ) Semakin tinggi semakin baik kerana ia menunjukkan banyak pulangan yang diterima atas pelaburan yang dibuat.

    Hasil Dividen = Dividen Sesaham Harga Saham

  • *AnalisisNisbahPerbandinganTrenPerbandinganIndustrib) Menilai Prestasi Kewangan

  • *

    Perbandingan Tren Dilakukan dengan menggunakan analisis arah aliran (tren analysis).Dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series analysis)Perbandingan nisbah tahun semasa firma dengan nisbah firma pada tahun sebelumnya.Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) kewangan firma.Contoh :

    Melihat kepada jadual, didapati trend pulangan ke atas aset firmSemakin baik dari setahun ke setahun.

    Tahun1992199319941995Pul.Atas aset- 2.8%-1.4%0.5%1.5%

  • *

    Analisis Perbandingan Industri

    Dilakukan melalui analisis perbandingan (comparative analysis)Dikenali juga sebagai analisis keratan rentas (cross sectional analysis)Membandingkan suatu nisbah firma dengan nisbah firma-firma yang lain dalam industri yang sama dan tahun yang sama.

  • *Analisis industri Pulangan Atas Aset menunjukkan firma T & T mempunyai Pulangan aset yang tinggi daripada jumlah purata industri. Ini menunjukkan Firma ini cekap dalam pengurusan keseluruhan aset.

    FirmaPulangan Atas Aset T & T2.27 %A1.03%B0.35%C0.96%Purata Industri T&T + A+B+C/41.40%

  • *PengurusanPelabur/PembiayaPembekalPesaing Pekerja c) Kepentingan Nisbah Kewangan Kepentingan Nisbah Kewangan

  • *

    Kepentingan Nisbah Kewangan

    Pengurusan

    Pihak pengurusan menggunakan nisbah kewangan untuk membuat analisis kewangan supaya dapat membuat perancangan dan kawalan dengan berkesan.

    Pihak pengurusan boleh menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti firma, kegiatan yang patut diceburi oleh firma dan jumlah dividen yang patut dibayar kepada pemegang saham. Menilai prestasi kakitangan syarikat dalam usaha untuk memberikan bonus dan lain-lain.

  • *

    Pelabur

    Pemilik firma iaitu pemegang saham sedia ada atau pihak yang berminat: melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa.Mengkaji keupayaan, kelemahan dan peluang dalam sesebuah firma sama ada untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat.

  • *PembiayaanPrestasi kewangan yang lepas.(kemandirian) Kemampuan membayar balik hutang.Nisbah penggunaan hutang sedia ada, samada masih ada ruang untuk mendapatkan pinjaman atau tidak.

  • *

    Pembekalpembekal termasuklah kreditor yang memberi pinjaman atau bakal memberi pinjaman .

    Mengetahui sama ada firma mampu membayar semua hutang-hutangnya dan faedah pinjaman dalam tempoh yang sepatutnya.Pengurusan modal kerja syarikat.

  • *

    PekerjaGolongan ini berminat utk mengetahui kedudukan syarikat krn prestasi sykt biasanya menjadi asas kpd tuntutan kesatuan sekerja utk mendapatkan bonus, kenaikan gaji & sebagainya.

    Pesaing Syarikat-syarikat pesaing menaruh minat terhadap nisbah/penyata kewangan kerana maklumat yang tersedia boleh dijadikan panduan bagi menyusun strategi seterusnya.

    Kerajaan

  • *

    2.5 KAWALAN KEWANGANBelanjawan TunaiKepentinganKawalan kewDefinisi Kawalan Kewangan

    Pengertian danBentuk Audit

  • * a) Definisi Kawalan Kewangan

    Merupakan salah satu pendekatan yang berkesan bagi mengawal prestasi keseluruhan firma.Kawalan kewangan melibatkan aspek peraturan, perundangan selain teknik untuk mencegah berlakunya pengagihan dana yang tidak berpatutan. Kawalan boleh dijalankan dengan menggunakan penyata kewangan.Salah satu kaedah yang digunakan ialah analisis nisbah kewangan yang membolehkan kelemahan dan kekuatan firma dikenalpasti.

  • * b) Kepentingan Kawalan Kewangan dan Perniagaan

    1. Membuat PenilaianTerhadap kedudukan kewangan firma masa lepas dan masa kini.Dapat mengetahui prestasi firma meningkat atau merosot dan dapat membantu penganalisis meramal untuk masa depan.

  • *2) Mengenalpasti Kekuatan Dan kelemahan Firma

    Dengan mengenalpasti kekuatan firma dari segi kewangan, penggunaan sumber-sumber dapat dilakukan dengan efisien ke arah mencapai matlamat firma.

    Kelemahan firma pula dikenalpasti untuk merangka strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi firma sebagai garis panduan untuk masa depan

  • *3) Merancang Dan Membuat Ramalan Tentang Arah Aliran Kewangan Firma

    Penganalisis perlu merancang dan membuat ramalan tentang prospek masa depan firma. Matlamat dan objektif firma dijadikan panduan dalam membuat ramalan.

    Pihak pengurusan mesti menjalankan analisis dengan terperinci supaya fungsi perancangan dan kawalan menjadi lebih berkesan.Terdapat 4 cara kegunaan analisis nisbah kewangan: i) Perbandingan nisbah tahun semasa dan tahun sebelumnya.ii) Membuat analisis arah aliraniii) Perbandingan nisbah firma & firma lain melalui nisbah purata industri.iv) Membandingkan nisbah firma yg menjadi pemimpin industri (market leader ) & perbandingan nisbah lain.Menggabungkan analisis industri dan analisis tren.

  • *c) Belanjawan Tunai

    Merupakan satu alat kawalan.Satu penyata terperinci yang menunjukkan kedudukantunai firma.Disediakan apabila merancang penggunaan dana.Bukan penyata pendapatan- hanya melibatkan penerimaan dan pembayaran.Lazimnya disediakan untuk tempoh enam bulan atau satu tahun. Tiga komponen penting dalam Belanjawan Tunai ialahPenerimaan Tunai, Pembayaran Tunai dan Baki Tunai.

  • *Peranan Belanjawan Tunai sebagai alat kawalan. Belanjawan tunai selain sebagai alat perancangan, juga merupakan sebagai alat kawalan.

    Belanjawan tunai amat penting untuk mengawal keluar masuk wang bagi memastikan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan tunai dari pembekal, pekerja ( gaji dan upah ), kerajaan ( cukai ) dan pembekal.

    Belanjawan tunai boleh memastikan kewangan syarikat berjalan dengan lancar sepanjang tempoh perancangan.

    Contohnya pencapaian sebenar dapat dibandingkan dengan apa yang dirancang. Sekiranya terdapat perbezaan jumlah baki tunai seperti yang dirancang, perubahan perlu dibuat supaya kembali kepada apa yang dirancang.

    *Iirma