Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

10
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali 1 Topik 5: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Falsafah kesenian Melayu (Pandangan Nakula tentang konsep kesenian Melayu) Nakula nama sebenarnya ialah Abdullah bin Muhamed dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Pada awal tahun 1956 berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota Baharu. Beliau suka menyelidik dan mengkaji bidang-bidang agama, sejarah, seni dan budaya, politik, astronomi dan falsafah. Di samping itu beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa Melayu seorang tokoh falsafah pemikiran konsep kesenian Melayu Islam. Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku. Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut: 1. Sifat-sifat ‘Jamal’ bererti sifat-sifat Keindahan yang sama dengan Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit. 2. Sifat-sifat Jalalbererti sifat-sifat kehebatan yang sama dengan Shiva’ dalam bahasa Sanskrit. Tetapi sifat-sifat Jalal sentiasa tersembunyi kerana ditekan dan dikuasai oleh sifat Jamal. Oleh yang demikian sifat-sifat Jamal lebih nyata. Ini terbukti dalam gambaran hadis berbunyi, “ Allah Jamal (indah) dan cintakan Jamal (Keindahan)”. Sifat Jamal lebih kepada konsep cinta, belas kasihan dan sifat-sifat kebaikan sementara Sifat Jalal lebih kepada konsep benci, marah dan sifat-sifat keburukan. LAMBANG BUNGA TERATAI Dalam mentafsirkan lambang, bentuk dan sesuatu motif, Nakula telah mentafsirkan sebagai mempunyai suatu makna yang tersirat mengikut falsafah Melayu. Bunga teratai adalah mempunyai makna yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang iaitu: 1. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Ketuhanan 2. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Kealaman

Transcript of Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Page 1: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

1

Topik 5:

Teori-teori pendidikan seni

Oleh: Hassan Mohd Ghazali

Fakulti Seni dan Muzik

Falsafah kesenian Melayu

(Pandangan Nakula tentang konsep kesenian Melayu)

Nakula nama sebenarnya ialah Abdullah bin Muhamed dilahirkan di

kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Pada awal

tahun 1956 berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota

Baharu. Beliau suka menyelidik dan mengkaji bidang-bidang agama,

sejarah, seni dan budaya, politik, astronomi dan falsafah. Di samping itu

beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa

Melayu seorang tokoh falsafah pemikiran konsep kesenian Melayu Islam.

Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui

falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut

beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut

terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman.

Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku.

Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting

iaitu sifat-sifat yang berikut:

1. Sifat-sifat ‘Jamal’ bererti sifat-sifat Keindahan yang sama dengan

‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.

2. Sifat-sifat ‘Jalal’ bererti sifat-sifat kehebatan yang sama dengan

‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit.

Tetapi sifat-sifat Jalal sentiasa tersembunyi kerana ditekan dan

dikuasai oleh sifat Jamal. Oleh yang demikian sifat-sifat Jamal lebih nyata.

Ini terbukti dalam gambaran hadis berbunyi, “ Allah Jamal (indah) dan

cintakan Jamal (Keindahan)”. Sifat Jamal lebih kepada konsep cinta, belas

kasihan dan sifat-sifat kebaikan sementara Sifat Jalal lebih kepada konsep

benci, marah dan sifat-sifat keburukan.

LAMBANG BUNGA TERATAI

Dalam mentafsirkan lambang, bentuk dan sesuatu motif, Nakula telah

mentafsirkan sebagai mempunyai suatu makna yang tersirat mengikut

falsafah Melayu. Bunga teratai adalah mempunyai makna yang tersirat.

Terdapat dua jenis lambang iaitu:

1. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Ketuhanan

2. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Kealaman

Page 2: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

2

Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah ada lah lambang Zat Allah

yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang

dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”.

Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah

seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan

wujudnya bersama kudup.

Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang

mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat

segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun

hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu

terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan

segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang

berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu

yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut

Nakula zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila

Tangkai bunga sebagai

lambang Zat Allah Kudup bunga sebagai lambang

Hakikat Muhammadiyah

Sekuntum bunga teratai yang

berkembang sebagai lambang

hakikat-hakikat segala sesuatu.

Page 3: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

3

berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai

akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan

manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar.

Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur

Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah

sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah

melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.

Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah

lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan

tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau

bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut

beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam

upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu. Rajah di bawah

menunjukkan makna-makna tersirat pada kuntum bunga teratai.

Sekuntum bunga teratai yang

berkembang sebagai lambang alam

besar.

5. Alam Ghaib

7. Muhamad S.A.W

6. Alam Nyata

4. Alam Ghaib lagi ghaib

3. Hakikat-hakikat segala sesuatu

2. Hakikat Muhammadiah

1. Zat Allah

Page 4: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

4

LAMBANG WAU BULAN

Lambang Wau bulan merupakan simbul yang tersirat yang berasal dari

motif bunga teratai. Menurut Nakula lambang ini adalah berasal dari

pengambilan Sanjaya dari datuknya iaitu “bunga teratai”, kemudian

diubah suai hingga menjadi satu bentuk seperti wau. Menurutnya lagi

Sanjaya mengubah konsep-konsep bahagian-bahagian penting dari satu

tubuh manusia yang diperlambangkan pada teratai. Menurut Sanjaya

bahawa bahagian-bahagian penting dari suatu tubuh manusia itu adalah

ada tiga bahagian iaitu:

1. Kepala bersama tengkok

2. Dada bersama pinggang

3. Tangan bersama kaki

Lihat rajah dibawah menunjukkan bahagian bunga teratai yang

dilambangkan oleh Sanjaya:

Gambar rajah di sebelah

menunjukkan bahagian-bahagian

tubuh manusia yang disamakan

dengan bahagian bunga teratai

yang disebut oleh Sanjaya.

Kepala-tengkok Dada-pinggang

Tangan-kaki

Page 5: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

5

MOTIF-MOTIF TRADISIONAL MELAYU

Nakula telah mengemukakan falsafah dan teori yang sama dalam motif-

motif tradisional kraf. Antaranya ialah motif dalam ukiran dan motif

dalam batik. Pendapat beliau mengatakan bahawa motif-motif dalam batik

adalah pengaruh dari motif ukiran, kerana itu beliau berkata kalau hendak

mencari motif-motif tersembunyi atau falsafah-falsafah motif-motif batik

itu, mestilah dicari pada falsafah motif-motif ukiran.

Beliau mengatakan bahawa keindahan dalam karya seni orang

Melayu adalah berteraskan kepada pangkalan atau bertitik-tolak kepada

aqidah ketuhanan. Zat Allah adalah zat yang disembah adalah yang ‘esa’

tiada dapat digambarkan atau diceritakan dan tiada dapat difikirkan oleh

akal. Zat Allah mempunyai 2 kelompok sifat iaitu:

1. Sifat-sifat keindahan (Jamal) Kebaikan

2. Sifat-sifat kehebatan (Jalal) Keburukan

Punca ‘keindahan’ juga datangnya dari Allah iaitu zat yang mempunyai

sifat ilmu (subjek) bertemu/melihat sesuatu yang ada dalam ilmunya

(Objek), maka yang lahir ialah Jamal (indah) dan berlaku penghayatan

kerana kedua-duanya berasal dari sifat esa ‘Ilmu Allah’. Nilai keindahan

seseorang dengan seseorang adalah berbeza bergantung pada:

• Tinggi rendahnya tahap penonjolan sifat Jamal dan Jalal

• Falsafah/estetika/kebudayaan sesuatu bangsa.

Sebagai contoh ditunjukkan dalam bentuk rajah di bawah:

Situasi 1: Kesesuaian -penghasilan

Situasi 2: Kesesuaian: penghayatan (apresiasi)

Manifestasi tukar ukir terhadap zat Allah yang maha esa.

Tukang Ukir

(subjek) + ilmu sifat Jamal +

Takwa

Bunga

(Objek) Zat Allah yang bersifat indah

Bunga ukir Ukiran

Hasilan

(manifestasi dari keindahan zat Allah)

Ukiran

(Objek) Peminat Ukiran

(subjek) + Ilmu + sifat Jamal +

takwa

Page 6: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

6

Situasi 3: Penyisihan (Penolakan)

Bagi melihat keindahan dapat dibuat melalui:

• Pendekatan Ilmu Ketuhanan (Ilmu - Kalum)

• Pendekatan Ilmu Hakikat (Ilmu – Hakikat)

Menurut beliau pendekatan falsafah bunga atau motif bagi kraf tradisi

Melayu ialah:

Tumbuh berpunca

Punca penuh rahsia

Tajam tidak menujah lawan

Lilit tidak memaut kawan

1. Tumbuh berpunca:

Berpunca dari Allah – Zat Allah tidak dapat digambarkan dan difikirkan

oleh akal manusia.

Dari Zat Allah di manifestasikan “Benih Alam” yang mempunyai sifat

hayat, ilmu iradat dan kudrat.

• Ilmu yang ada pada sifat “Benih Allah” iaitu sifat Allah

• Zat yang berilmu dinamakan “Alim” (subjek)

• Kandungan yang ada dalam ilmu dinamakan “Maklum” (objek)

• Objek-objek dan ilmunya dinamakan “Alam”.

2. Punca penuh rahsia

Rahsia dalam bahasa Arab disebut ‘Sirr’ iaitu Zat Allah dan sifatnya yang

disebut ‘Benih Alam’. Dari rahsia itu muncullah ‘Benih Alam’ dan dengan

sifat ‘Allah Yang Indah dan Cintakan Keindahan’.

Para pengukir melihat alam yang indah dengan pandangan ‘Syuhud’ (iaitu

melihat dengan akal dan kalbu) yang pada hakikat sebenarnya “Melihat

Keindahan Allah”.

Bunga-bungaan, daun-daunan yang melihat adalah pancaran keindahan

Allah – melihat dengan ilmu, melihat dengan iman – timbul rasa taqwaan

terhadap Allah.

Pandangan syuhud –menimbulkan penghayatan. Penghayatan menyedari

hakikat kebesaran dan kemuliaan Allah – pencipta Maha Agung dan Maha

Esa

Ukiran

(Objek) manifestasi tukang ukir terhadap

zat Allah yang inddah

Individu

(subjek) tanpa sifat Jamal yang menonjol, tanpa takwa atau

berlainan budaya/agama

Page 7: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

7

3. Tajam tidak menujah lawan – Lilit tidak memaut kawan

Setelah dinyatakan sebelumnya Zat Allah mempunyai 2 kelopak sifat

iaitu:

3. Sifat-sifat keindahan (Jamal) Kebaikan

4. Sifat-sifat kehebatan (Jalal) Keburukan

Alam mewarisi kedu-dua sifat tersebut tetapi sifat indah itu lebih nyata

dan sifat kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan

mencintai keindahan, sifat kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya.

Para pengukir adalah insan yang melihat alat dengan ‘syuhud’ – mencintai

keindahan dan mengharapkan keindahan dan keharmonian. Kerana alam

ini datang dari Allah.

Nakula juga telah membicarakan bahawa setiap motif bunga mempunyai

susun galur yang berpunca dari benih-benih tertentu, antaranya ialah:

• Permulaan dari benih tertutup atau tersembunyi

• Permulaan dari satu benih nyata

• Permulaan dari dua benih nyata

• Permulaan dari pasu

• Permulaan dari benih bunga

Permulaan benih tertutup.

Falsafah bunga ukir Melayu:

Tumbuh berpunca Punca penuh rahsia

Tajam tidak menujah lawan Lilit tidak memaut kawan

Page 8: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

8

Benih tertutup dengan daun hingga tiada kelihatan lagi serupa dengan

alam yang kita nampak, fenomenanya sahaja tanpa diketahui datang dari

mana. Sebagai contoh dalam motif di bawah:

Permulaan dari satu benih nyata

Satu benih melambangkan kelahiran alam ‘dari satu titik’. Dari benih ini

muncul alam yang terbahagi kepada dua sifat-sifat Jamal dan Jalal. Motif

di bawah adalah contoh.

Permulaan dari dua benih nyata

Page 9: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

9

Dua benih yang melambangkan kelahiran alam dari dua sifat-sifat Jamal

dan sifat-sifat Jalal, tetapi semuanya harmoni menjadi suatu “keindahan”.

Motif di bawah adalah sebagai contoh:

Permulaan dari benih pasu

Kelahiran alam dari satu benih yang mengandungi di dalamnya sifat-sifat

Jamal dan sifat-sifat Jalal dari dalam satu pasu. Contoh motif adalah di

bawah:

Permulaan dari benih bunga

Page 10: Bab 5- Falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

10

Kelahiran alam dari sifat-sifat Jamal yang perlambangan dengan bunga,

tetapi di dalamnya mengandungi sifat-sifat Jamal dan Jalal yang lahir

dalam alam nya. Contoh motif seperti di bawah.

KESIMPULAN

Nakula telah mengutarakan falsafah Melayu Islam dalam seni reka motif

tradisional Melayu. Pengutaraan falsafah yang diutarakan oleh beliau

terlah menjadi panduan kepada pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji

falsafah motif dan kepentingan dalam masyarakat Melayu.