Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

52
BAB LIMA ( 5 ) GERUDI DAN MESIN GERUDI

Transcript of Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

Page 1: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

BAB LIMA ( 5 )GERUDI DAN MESIN GERUDI

Page 2: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi
Page 3: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI DAN MESIN GERUDI

• MAKSUD• FUNGSI• GAMBAR RAJAH• JENIS-JENIS• BAHAGIAN-BAHAGIAN SERTA FUNGSINYA• PROSEDUR MENGGERUDI

Page 4: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI

• Gerudi ialah satu alat atau mesin untuk membuat lubang pada permukaan logam.

• Gerudi ini juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.

• Gerudi dibuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

Page 5: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

JENIS-JENIS GERUDI

• Gerudi Pintal• Gerudi Benam• Gerudi Pusat• Gerudi Lurah Lurus• Gerudi Rata• Gerudi Melubang Senggat

Page 6: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI PINTAL

• Digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am.

• Hujung matanya berbentuk kon dan di canai supaya dapat menghasilkan sudut pemotongan dan sudut kelegaan.

• Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya.

Page 7: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI PINTAL

Page 8: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

JENIS-JENIS GERUDI PINTAL

• Gerudi Pintal Lubang Minyak• Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang• Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut

Helixs Tinggi.• Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat Lurah

Page 9: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

Gerudi Pintal Lubang Minyak

• Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ke tepi pemotong, Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna.

• Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja pengeluaran.

Page 10: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang

• Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja

• Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam.

• Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

Page 11: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut Helixs Tinggi• Bentuknya lebih kurang sama dengan gerudi pintal

biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa.

• Keistimewaan gerudi ini ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan,logam liat dan dapat menghasilkan lubang yang dalam.

• Manakala bagi sudut pendek pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian, asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

Page 12: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat Lurah

• Kegunaannya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan.

• Selain itu,lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak.

• Justeru ia boleh menyokong gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.

Page 13: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

BAHAGIAN GERUDI PINTAL

• Hujung Mata• Pusat mata• Bibir pemotong• Lurah• Lengkang lurah• Jidar• Batang• Puting

Page 14: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

HUJUNG MATA

• Terdapat hujung mata dan bahagian hujungnya berbentuk kon.

• Ia dicanai dengan sudut kandung 118 darjah,bibir pemotong membahagi dua sudut kandung .Masing-masing membentuk sudut 59 darjah dari paksi.

• Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.

Page 15: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

PUSAT MATA

• Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong.

• Manakala fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke dalam permukaan logam.

Page 16: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

BIBIR PEMOTONG

• Fungsi bibir pemotong atau bibir pengerat ialah bertindak sebagai mata gerudi.

• Ia diperbuat daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon.

• Panjang bibir pemotong ini dibuat dalam saiz yang sama panjang.

Page 17: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

LURAH• Fungsi lurah ialah:• Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir

pemotong pada hujung berbentuk kon.• Tujuan untuk membentuk lorong-lorong bagi

tatal keluar.• Untuk membolehkan bendalir pemotong

sampai kehujung mata.• Supaya memudahkan tatal keluar melalui

ruang yang sempit.

Page 18: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

LENGKANG LURAH

• Lengkang lurah ialah merupakan tebing yang memisahkan lurah.

• Ia juga dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.

Page 19: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

JIDAR

• Maksud jidar ialah tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah.

• Kegunaannya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel.

• Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.

Page 20: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

BATANG

• Batang Lurus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.

• Batang tirus untuk gerudi besar yang mampunyai saiz lebih daripada 13 mm.

• Ia dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz.

Page 21: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

PUTTING

• Putting ini berbentuk nipis, terletak dibahagian pangkal gerudi.Putting terdapat pada bahagian batang tirus sahaja.

• Ia untuk memudahkan gerudi diputar kerana putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket atau liang sendi.

• Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan mudah dengan menggunakan alat perenggang

Page 22: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi
Page 23: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI BENAM

• Gerudi tersebut mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan ia berbentuk kon.

• Manakala sudut matanya ialah 900 hingga 1200.• Gerudi benam digunakan khas untuk

menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau lubang rivet boleh dipasang.

• Selain itu Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

Page 24: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI BENAM

Page 25: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI PUSAT

• Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 di kedua-dua hujungnya.

• Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas.

• Fungsi gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

Page 26: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI RATA

• Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai.

• Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut kelegaan pulaantara 50 hingga 120 bergantug pada jenis logam yang digerudi.

• Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak terdapat kekurangan antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.

Page 27: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI RATA

Page 28: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI MELUBANG SESENGAT

• Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen.

• Selain itu ia digunakan untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

Page 29: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

GERUDI SESENGAT

Page 30: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI

• Fungsi mesin gerudi ialah: (a) menggerudi lubang(b) melulas (c)melubang benam(d)melubang sengat(e)membenang dalam(f) meratakan permukaan bintik.

Page 31: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

JENIS-JENIS MESIN GERUDI

• Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.• Mesin gerudi tiang• Mesin gerudi jejarian• Mesin gerudi mudah alih• Mesin gerudi kerja khas

Page 32: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI TEKAN

• Dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi.

• Mempunyai 2 jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai.• Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia

boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz melebihi daripada 13mm.

Page 33: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI MEJA

Page 34: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI JEJARIAN• Ia sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-

komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin itu.

• Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya.

• Keistimewaan terhadap mesin ini ialah:• a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.• b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi• c) pemilihan kelajuan lebih luas• d) tegap dan tidak bergegar

Page 35: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

• Mesin ini mudah hendak bawa ke mana sahaja.• Ia berfungsi untuk menggerudi lubang yang kecil dan

dikendalikan dengan kuasa elektrik.• Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih, iaitu:• a) Jenis Pistol• Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang sebelah

tangan. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.• b) Jenis Kerja Berat• Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan

kedua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat.

Page 36: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

Page 37: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI KHAS

• Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jenis-jenis mesin gerudi khas ialah:

• Mesin Gerudi berbilang Spindal• Mesin Gerudi Regu• Mesin Gerudi Turret• Mesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.

Page 38: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MESIN GERUDI TIANG

• Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif.

• Digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil.

• Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah dan hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.

Page 39: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

Bahagian-Bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja) dan Mesin Gerudi Tiang

Page 40: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

TAPAK

• Diperbuat daripada besi tuang.• Disebabkan itu kedudukan mesin menjadi

stabil.• Mempunyai lurah-lurah T yang berfungsi

untuk memegang benda kerja yang besar.

Page 41: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

TURUS

• Diperbuat daripada keluli berlubang.• Ia dipasangkan pada tapak.• Manakala di bahagian hujung sebelah atas

dipasang motor.• Alat-alat lain yang dipasang pada turus ialah

meja.

Page 42: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

MEJA

• Berbentuk segiempat bujur dan bulat.• Diperbuat daripada besi tuang.• Fungsi T ialah untuk mengikat ragum mesin

atau benda kerja.• Meja juga bolehdigerakkan kepada sebarang

sudut di mana-mana kedudukan yang sesuai.

Page 43: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

PENGAWAL KELAJUAN MOTOR

• Fungsinya ialah untuk memutarkan spindal dengan perantaraan tali sawat dan takal.

• Biasanya terdapat 4 jenis kelajuan yang dimiliki oleh mesin gerudi meja atau tiang.

• Terdapat juga mesin yang dipasangkan gear belakang bagi menambahkan lagi kelajuan yang sedia ada.

Page 44: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

SPINDAL

• Ia diperbuat daripada keluli.• Spindal bleh di gerakkan secara turun dan naik

dengan pertolongan rak dan gear pinaan.• Spindal juga mempunyai lubang tirus jenis

Morse No.2 untuk disesuaikan dengan tirusan batang gerudi,cuk gerudi,adaptor,soket dan liang sendi.

Page 45: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

PENGAWALAN HANTARAN

• Hantaran dibuat dengan menggunakan tangan.

• Bahagian hujung tuil akan dipasangkan dengan gear pinaan dan rak dipasangkan pada spindal.

• Tujuannya untuk membolehkan spindal boleh bergerak turun dan naik apabila tuil penghantar diputarkan.

Page 46: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

TOLOK PENGAWAL DALAM

• Tujuannya bagi memudahkan menggerudi mengikut dalam lubang yang dikehendaki.

Page 47: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

COOLANT

• Ia digunakan untuk mengawal suhu komponen kerja dan peralatan. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk:

• a) mencuci bahan yang diproses dan mengawal habuk• b) mengurangkan kuasa yang diperlukan untuk

menggerudi• c) mengelakkan pengaratan keatas alatan dan bahan yang

diproses.• Coolant boleh dibahagikan kepada 2 jenis, mineral coolant

dan latte oil coolants. Coolants yang biasa digunakan ialah mineral coolants kerana kosnya lebih murah.

Page 48: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

KELAJUAN PEMOTONGAN

• Ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang di kira apabila ia berputar dalam masa satu minit.

Page 49: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

PROSEDUR MENGGERUDI

• Seperti mana yang kita sedia maklumkan, apabila hendak menjalankan atau melakukan sesuatu aktiviti, kita hendaklah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Tanpa prosedur yang betul sudah tentu kita tidak dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan betul. Begitulah juga dengan menjalankan aktiviti mengerudi ini. Disini ada disenaraikan beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh para pelajar ketika menjalankan aktiviti ini.

Page 50: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

1. Sebelum menjalankan aktiviti menggerudi kita hendaklah memastikan apakah jenis bahan yang hendak digerudi, ketebalan bahan tersebut ataupun saiz lubang yang hendak digerudi.2. Jika didapati bahan tersebut agak tebal atau terlalu tebal, kita hendaklah menggunakan gerudi pusat terlebih dahulu sebelum terus menggerudi bahan tersebut. Ini adalah untuk memastikan penggerudian yang kemas dan lebih selamat.3. Apabila jenis bahan sudah ditentukan, lubang yang bersaiz kecil perlu ditebuk ke bahagian yang hendak digerudi untuk memastikan supaya bahan tersebut tidak lari ketika penggerudian dijalankan. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan center punch.4. Kemudian kita perlu menentukan pula jenis mata gerudi yang bersesuain dengan bahan yang hendak digerudi itu. Contohnya saiz diameter mata gerudi tersebut dan sudut kandung yang bersesuaian. Saiz mata gerudi yang saya gunakan ialah saiz 9, saiz 7, saiz 4, dan saiz 2.

Page 51: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi

5. Apabila bahan-bahan ini sudah tersedia, pasangkan mata gerudi ke spindle dengan kukuh supaya ianya tidak tercabut ketika penggerudian dijalankan. Kemudian laraskan meja operasi untuk memudahkan lagi menggerudi.6. Kelajuan mesin perlu dilaraskan sebelum mesin dijalankan atau selepas mesin dijalankan. Ini adalah mengikut jenis mesin yang digunakan. Kelajuan mesin perlu lah dilaraskan mengikut ketebalan bahan yang digerudi. Untuk bahan yang agak tebal, kelajuan mesin perlulah perlahan, contohnya 800 rpm. Bagi bahan yang nipis kelajuannya boleh mencapai tahap 2500 rpm.7. Semasa aktiviti gerudi dijalankan, coolants perlu digunakan untuk meneutralkan suhu mata gerudi. Coolants amat penting untuk mengekalkan lagi ketahanan mata gerudi dan menggelakkan ia haus.8. Apabila penggerudian selesai, alihkan bahan yang digerudi dengan cermat. Kemudian bersihkan mata gerudi dantempatkannya semula ditempat yang sesuai.

Page 52: Bab 5 gerudi dan mesin gerudi