BAB 5 PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES...

14
BAHAGIAN 2 BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2 BAB 5 PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA 1. OBJEKTIF Prosedur ini adalah untuk menerangkan tatacara menerima aduan dan menjalankan siasatan kes-kes ketidakpatuhan Award TTPM oleh pegawai- pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 2. SKOP Prosedur ini digunapakai untuk menerima aduan daripada pengadu berkaitan kes-kes ketidakpatuhan award dan tatacara siasatan bagi tujuan pendakwaan di Mahkamah. 3. RUJUKAN Akta-Akta Yang Dikuatkuasakan dan Undang-undang subsidiari di bawahnya: (a) Akta Pelindungan Pengguna 1999; (b) Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 (c) Kanun Tatacara Jenayah (d) Rules of Court 2012 4. DEFINISI 4.1. Kertas siasatan Fail yang mengandungi apa-apa dokumen, keterangan atau bahan bukti dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan penyiasatan suatu kesalahan. 4.2. Award Suatu perintah atas keputusan pendengaran yang dikeluarkan oleh Presiden TTPM di bawah Seksyen 112 (2) (a hingga j) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Transcript of BAB 5 PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES...

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

BAB 5

PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

MALAYSIA

1. OBJEKTIF

Prosedur ini adalah untuk menerangkan tatacara menerima aduan dan menjalankan siasatan kes-kes ketidakpatuhan Award TTPM oleh pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai untuk menerima aduan daripada pengadu berkaitan kes-kes ketidakpatuhan award dan tatacara siasatan bagi tujuan pendakwaan di Mahkamah.

3. RUJUKAN

Akta-Akta Yang Dikuatkuasakan dan Undang-undang subsidiari di bawahnya:

(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999;

(b) Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999

(c) Kanun Tatacara Jenayah

(d) Rules of Court 2012

4. DEFINISI

4.1. Kertas siasatan

Fail yang mengandungi apa-apa dokumen, keterangan atau bahan bukti dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan penyiasatan suatu kesalahan.

4.2. Award

Suatu perintah atas keputusan pendengaran yang dikeluarkan oleh Presiden TTPM di bawah Seksyen 112 (2) (a hingga j) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

4.3. Penyiasatan

Tindakan untuk mengumpulkan apa-apa dokumen, keterangan atau bahan bukti dalam apa jua bentuk yang berkaitan untuk pembuktian suatu kesalahan

4.4. Borang 8

Award Bagi Pihak Yang Menuntut Jika Penentang Tidak Hadir

4.5. Borang 9

Award Dengan Persetujuan

4.6. Borang 10

Award Selepas Pendengaran

4.7. Borang 12

Permohonan Untuk mengetepikan Award

4.8. Serahan Award oleh PYM dan TTPM

Tindakan untuk menyerahkan Award TTPM iaitu Borang 8 oleh PYM kepada Penentang dan termasuklah Borang 9 dan 10 (Rujuk Award TTPM) dengan cara berikut:

4.8.1 Perseorangan / Pemilik perniagaan (tunggal & perkongsian)

(i) Meninggalkan Award kepada orang itu. Kaedah serahan ini melibatkan Penentang yang enggan menerima Award. Melalui kaedah ini, pastikan tindakan seperti berikut dilaksanakan oleh PYM apabila Award ditinggalkan:

(a) Gambar penentang;

(b) Gambar premis; dan

(c) Akuan sumpah bahawa Award ditinggalkan kepada Penentang yang mengandungi maklumat nama, tarikh, masa, alamat, saksi dan keterangan bahawa Penentang enggan menerima Award dan alasan keenganan.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(ii) Memberikan Award kepada orang itu iaitu Penentang dalam Award. Melalui kaedah ini, pastikan PYM hendaklah mengemukakan Award yang telah ditandatangani oleh Penentang yang mempunyai gambar penentang, gambar premis, nama, nombor kad pengenalan atau passport, tarikh, masa dan cop perniagaan jika ada. Penentang yang dimaksudkan hendaklah sama ada individu, pemilik atau pekongsi dalam perniagaan yang dinyatakan dalam Award sahaja.

(iii) Mengeposkan Award itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau dialamatnya yang terakhir diketahui. Melalui kaedah ini, pastikan penerima award pos berdaftar adalah Penentang dalam Award dengan bukti seperti nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan.

4.8.2 Pertubuhan perbadanan atau firma

(i) Meninggalkan Award dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau tuan punya firma itu. Kaedah serahan ini melibatkan Penentang yang enggan menerima award. Melalui kaedah ini, pastikan tindakan seperti berikut dilaksanakan oleh PYM apabila Award ditinggalkan:

(a) Gambar penentang;

(b) Gambar premis; dan

(c) Akuan sumpah bahawa Award ditinggalkan kepada Penentang yang mengandungi maklumat nama, tarikh, masa, alamat, cop perniagaan jika ada, saksi dan keterangan bahawa Penentang enggan menerima Award dan alasan keenganan.

(ii) Memberikan Award kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau tuan punya firma itu. Melalui kaedah ini, pastikan PYM hendaklah mengemukakan award yang telah ditandatangani oleh Penentang yang mempunyai gambar penentang, gambar premis, nama, nombor kad pengenalan atau passport, tarikh, masa dan cop perniagaan jika ada atau;

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

(iii) Mengeposkan Award dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau tuan punya firma itu di pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan atau firma itu atau di alamat penyerahannya. Melalui kaedah ini, pastikan penerima award pos berdaftar adalah Penentang dalam Award dengan bukti seperti nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan serta cop syarikat.

4.8.3 Serahan Award yang tidak mengikut perkara-perkara yang dinyatakan seperti di atas dianggap serahan tidak dilaksanakan dengan sempurna kepada Penentang.

5. SEKSYEN 116 APP 1999

5.1 Keputusan TTPM adalah muktamad.

5.2 PYM atau Penentang jika tidak puas hati dengan Award TTPM boleh kemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh masa tiga (3) bulan dari tarikh Award dikeluarkan (Rules of Court 2012).

5.3 Segala Prosedur Rayuan ke Mahkamah Tinggi perlu dilakukan oleh PYM atau Penentang melalui peguam lantikan sendiri. BP tiada kuasa bertindak di bawah mana-mana akta dalam perkara tersebut.

5.4 Segala aduan, siasatan dan tindakan di bawah Seksyen 117 APP 1999 harus dihentikan sehingga keputusan rayuan diterima dari Mahkamah Tinggi.

5.5 Keputusan Rayuan Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tindakan penguatkuasaan yang berterusan adalah bergantung kepada keputusan tersebut.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

6. PROSES KERJA / TATACARA

6.1 Pegawai menerima aduan ketidakpatuhan award TTPM dari PYM.

6.2 Semak Award yang telah dikeluarkan oleh TTPM dan pastikan bukti penyerahan Award kepada Penentang oleh PYM dilaksanakan dengan sempurna bagi borang 8 dan termasuklah borang 9 dan 10.

6.3 Setelah bukti penyerahan award dikenalpasti sempurna, keluarkan surat akuan penerimaan aduan ketidakpatuhan award kepada PYM. Surat Akuan Penerimaan Aduan seperti Lampiran 1.

6.4 Sekiranya bukti penyerahan award diterima oleh pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan, aduan hendaklah dirujuk kepada KUOSK / KUPP / KPPD untuk arahan membuka Enquiry Paper (EP) terlebih dahulu.

6.5 KUOSK / KUPP / KPPD hendaklah melantik IO bagi EP untuk membuat siasatan lanjut bagi mengambil rakaman percakapan pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang menerima award tersebut dan pengesahan daripada agensi berkaitan atau pihak syarikat.

6.7. Pegawai penyiasat yang telah melaksanakan perkara 6.5 hendaklah merujuk EP kepada KUOSK / KUPP / KPPD dan mengarahkan supaya EP ditutup dan IP didaftarkan bagi tujuan pendakwaan (rujuk para 6.8 untuk siasatan IP).

6.8 Rujuk KUOSK / KUPP / KPPD untuk melantik IO dan membuka kertas siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut untuk pendakwaan di Mahkamah dengan perkara –perkara berikut;

(i) Mengambil rakaman percakapan Penentang dan saksi-saksi,

(ii) Rujuk TTPM bagi mendapatkan maklumat sekiranya Penentang atau PYM ada membuat permohonan mengenepikan award.

6.9 Sekiranya penyerahan Award tidak dapat disempurnakan oleh PYM dan TTPM kepada Penentang, maklumkan secara lisan dan bertulis kepada PYM untuk memastikan serahan Award tersebut disempurnakan terlebih dahulu. Surat makluman seperti Lampiran 2

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

6.10 Bagi Award Borang 9 dan 10, pastikan PYM membawa Borang Akuan Penerimaan Award oleh Penentang daripada TTPM semasa aduan dibuat. Sekiranya PYM tidak membawa atau tiada, maklumkan secara lisan dan bertulis kepada PYM untuk mengarahkan PYM memohon salinan daripada TTPM terlebih dahulu. Surat makluman seperti Lampiran 3. Apabila Borang Akuan Penerimaan Award ada di bawa bersama semasa aduan dibuat atau telah diperolehi tetapi serahan Award didapati tidak sempurna, maklumkan secara lisan dan bertulis kepada PYM untuk memastikan serahan Award tersebut disempurnakan terlebih dahulu. Surat makluman seperti Lampiran 4.

6.11 Sekiranya terdapat permohonan mengenepikan Award oleh Penentang melalui Borang 12 dapatkan sesalinan Borang 12 dari PSU TTPM dan kandungkan dalam IP. Minitkan IP kepada KUOSK / KUPP / KPPD bagi memaklumkan tindakan di bawah Seksyen 117 APP 1999 ditangguhkan sehingga keputusan borang 12 diperoleh.

6.12 Sekiranya keputusan Award Borang 12 memihak kepada PYM, teruskan siasatan. Sekiranya keputusan Award memihak kepada Penentang, rujuk kepada TPR untuk arahan lanjut.

6.13 Sekiranya terdapat permohonan semakan kehakiman oleh Penentang di Mahkamah Tinggi, dapatkan salinan bukti pendaftaran di Mahkamah Tinggi dan kandungkan dalam IP. Rujuk IP kepada KUOSK / KUPP / KPPD bagi memaklumkan tindakan di bawah Seksyen 117 APP ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi diperoleh.

6.14 Sekiranya keputusan semakan kehakiman diperolehi dan membatalkan Award tersebut, rujuk TPR untuk arahan lanjut.

6.15 Sekiranya Award dikekalkan atau serahan telah sempurna seperti para 6.8, siasatan diteruskan dengan mendapatkan maklumat terkini mengenai Penentang daripada agensi-agensi kerajaan seperti:

(i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

(ii) Jabatan Pendaftaran Negara;

(iii) Jabatan Pengangkutan Jalan; dan

(iv) lain-lain agensi.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

6.16 IO melengkapkan IP dengan dokumen-dokumen berkaitan dan minit kepada KUOSK /KUPP /KPPD.

6.17 KUOSK /KUPP/KPPD mengkaji IP sama ada telah lengkap atau tidak. Sekiranya tidak lengkap arahkan IO untuk menjalankan siasatan lanjut. Sekiranya IP telah lengkap, minitkan IP kepada TPR bagi mendapatkan izin pendakwaan.

7. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI DAN PYM

7.1 Pegawai yang menerima aduan atau IO adalah bertanggungjawab menerangkan prosedur ini kepada PYM berkenaan aduan dan siasatan kes-kes ketidakpatuhan Award.

7.2 Tanggungjawab PYM adalah penting bagi memastikan pendakwaan kes-kes ketidakpatuhan Award berjaya dilaksanakan.

7.3 Kesalahan ketiadakpatuhan Award di bawah Seksyen 117 APP 1999 adalah berbentuk penalti atau hukuman terhadap pihak tidak mematuhi Award TTPM dan BUKAN bertujuan membantu PYM mendapatkan wang tuntutan. PYM dinasihatkan terus membuat tuntutan ke Mahkamah jika berhasrat mendapatkan wang tuntutannya dengan lantikan peguam di bawah peruntukan tuntutan sivil.

8. UMUM

8.1 Prosedur ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya dalam menjalankan tugas-tugas penerimaan dan penyiasatan kes-kes ketidakpatuhan Award.

8.2 Pengarah Penguatkuasa boleh mengeluarkan apa-apa arahan dari semasa ke semasa yang berasingan dengan Standard Operating Procedure (SOP) ini atau meminda atau mengecualikan apa-apa peruntukan di dalam Prosedur ini.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

9. LAMPIRAN

9.1 Lampiran 1 – Contoh surat Akuan Penerimaan Aduan Ketidakpatuhan Award

9.2 Lampiran 2 – Contoh surat makluman kepada PYM untuk memastikan serahan award tersebut disempurnakan

9.3 Lampiran 3 – Contoh surat makluman kepada PYM untuk mengarahkan PYM memohon salinan borang akuan penerimaan Award oleh Penentang daripada TTPM

9.4 Lampiran 4 – Contoh surat makluman kepada PYM untuk memastikan serahan award borang 9 dan 10 disempurnakan.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 1

Tarikh :

Ruj:

Tuan / Puan,

AKUAN PENERIMAAN ADUAN TIDAK PATUH AWARD BORANG 8 / 9 / 10 YANG DISERAH SEMPURNA OLEH PENUNTUT KE ATAS PENENTANG SENDIRI: AWARD BORANG 8 / 9 / 10 NO: TTPM-WPPJ-( )- - KEPADA PENENTANG: . Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan dimaklumkan bahawa aduan tuan / puan telah diterima. 2. Aduan tuan / puan akan diteliti dan disiasat di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tuan / puan akan dihubungi oleh pegawai yang menyiasat aduan ini.

3. Pendakwaan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah berkaitan kegagalan penentang mematuhi award. Bahagian ini tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian bagi pembayaran award / perkhidmatan antara pihak tuan / puan dengan pihak penentang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah, ( ) Unit Operasi Seksyen Konsumerisme b.p. Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, PUTRAJAYA

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 2

Ruj:

Tuan / Puan,

PENYERAHAN AWARD BORANG 8 TTPM-WPPJ-( )- - .

KEPADA PENENTANG: _____________________________________________ Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman didapati pihak tuan / puan gagal untuk menyerahkan award kepada Penentang secara sempurna (Borang 8 - pendengaran sebelah pihak tanpa kehadiran Penentang) iaitu kepada orang perseorangan / pemilik perniagaan / pengarah syarikat sendirian berhad. Maklumat pendaftaran pemilik perniagaan / pengarah syarikat sdn bhd boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

3. Bahagian ini hanya dapat meneruskan pendakwaan jika terdapat bukti penerimaan award oleh pihak penentang sendiri iaitu orang perseorangan / pemilik perniagaan / pengarah syarikat sdn bhd. Penyerahan award kepada wakil / ahli keluarga dianggap sebagai serahan tidak sempurna dan tidak boleh digunakan untuk pendakwaan.

4. Pendakwaan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah berkaitan kegagalan penentang mematuhi award. Bahagian ini tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian bagi pembayaran award / perkhidmatan antara pihak tuan / puan dengan pihak penentang.

5. Kerjasama tuan / puan amat diharapkan bagi menyempurnakan serahan award ini supaya tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh dijalankan. (di sertakan Lampiran A – Cara serahan award)

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah, ( ) Unit Operasi Seksyen Konsumerisme b.p. Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, PUTRAJAYA

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN A

Serahan award hendaklah disempurnakan mengikut Peraturan 15 Peraturan-peraturan

Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 – PU(A) 479/99 -

penyerahan hendaklah kepada Penentang sendiri bukan melalui wakil / ahli keluarga.

1.1 Serahan Award Sempurna

Tindakan untuk menyerahkan award TTPM iaitu borang 8, 9, 10 yang dilakukan

oleh Penuntut kepada Penentang (Rujuk Award TTPM) dengan cara berikut;

(a) Perseorangan / Pemilik perniagaan (tunggal & perkongsian)

(i) Meninggalkan Award kepada orang itu (penentang dalam award

enggan menerima). (Pembuktian melalui gambar award telah

ditinggalkan kepada orang itu perlu diambil. Akuan bersumpah

meninggalkan Award dipremis tidak boleh diterima sebagai serahan

sempurna kerana bukan ditinggalkan kepada orang itu)

(ii) Memberikan dokumen itu kepada orang itu (penentang dalam award).

(Pastikan mempunyai bukti serahan seperti gambar, nama, nombor

kad pengenalan dan tandatangan ), atau

(iii) Mengeposkan Award itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu

yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau

dialamatnya yang terakhir diketahui Syarikat. (Pastikan penerima

award pos berdaftar adalah penentang dalam award dengan bukti

seperti nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan)

(b) Pertubuhan perbadanan atau firma

(i) Meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha

atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu

atau tuan punya firma itu; (Pembuktian melalui gambar award telah

ditinggalkan kepada mereka perlu diambil. Akuan bersumpah

meninggalkan Award di premis tidak boleh diterima sebagai serahan

sempurna kerana bukan ditinggalkan kepada mereka)

(ii) Memberikan dokumen itu kepada pengarah, pengurus, setiausaha

atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu

atau tuan punya firma itu; (Pastikan mempunyai bukti serahan seperti

gambar, nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan), atau

(iii) Mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar

dahulu yang dialamatkan kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau

pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau

tuan punya firma itu di pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan atau

firma itu atau di alamat penyerahannya. (Pastikan penerima award pos

berdaftar adalah penentang dalam award dengan bukti seperti nama,

nombor kad pengenalan dan tandatangan.

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 3

Tarikh: Ruj:

Setiausaha Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan, Putrajaya.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BORANG AKUAN PENERIMAAN

AWARD BORANG 9 / 10 : TTPM-WPPJ-( )- - . PENENTANG: .

Untuk makluman tuan, pembawa surat ini iaitu:

………………………………………………………………………………………….………

adalah pihak yang menuntut (PYM) bagi kes tersebut di atas.

2. Bahagian ini memohon kerjasama pihak tuan untuk membekalkan kepada PYM sesalinan Borang Akuan Penerimaan Award Borang 9 / 10 bagi kes di atas.

3. Tujuan salinan borang berkenaan untuk mengesahkan proses serahan sempurna award kepada pihak penentang yang hadir pendengaran kes ini bagi tindakan siasatan selanjutnya. Bahagian ini tidak dapat memulakan proses pendakwaan tanpa bukti serahan sempurna ke atas pihak penentang.

4. Di atas kerjasama pihak tuan untuk membekalkan salinan Borang Akuan Penerimaan Award Borang 9 / 10 kepada PYM amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah, ( ) Unit Operasi Seksyen Konsumerisme b.p. Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, PUTRAJAYA

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN 4

Tarikh :

Ruj:

Tuan / Puan, PENYERAHAN AWARD BORANG 9 / 10 TTPM-WPPJ-( )- - KEPADA PENENTANG .

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman didapati pihak Penentang tidak menandatangani Borang Akuan Penerimaan Award Borang 9 / 10 selepas pendengaran kes ini. Oleh yang demikian, penentang tidak boleh dituduh sebagai gagal mematuhi award kerana pihak penentang tidak menerima sendiri award yang dikeluarkan oleh TTPM. 3. Bahagian ini hanya dapat meneruskan pendakwaan jika terdapat bukti penerimaan award oleh pihak penentang sendiri iaitu orang perseorangan / pemilik perniagaan / pengarah syarikat sdn bhd. Maklumat pendaftaran pemilik perniagaan / pengarah syarikat sdn bhd boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Penyerahan award kepada wakil / ahli keluarga dianggap sebagai serahan tidak sempurna dan tidak boleh digunakan untuk pendakwaan. 4. Pendakwaan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah berkaitan kegagalan penentang mematuhi award. Bahagian ini tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian bagi pembayaran award / perkhidmatan antara pihak tuan / puan dengan pihak penentang. 5. Kerjasama tuan / puan amat diharapkan bagi menyempurnakan serahan award ini supaya tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh dijalankan. (di sertakan Lampiran A – Cara serahan award) Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, ( ) Unit Operasi Seksyen Konsumerisme b.p. Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, PUTRAJAYA

BAHAGIAN 2

BAB 5 - PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENYIASATAN KES-KES

KETIDAKPATUHAN AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

SOP BPGK-KPDNKK-JILID 1 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2

LAMPIRAN A

Serahan award hendaklah disempurnakan mengikut Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 – PU(A) 479/99 - penyerahan hendaklah kepada Penentang sendiri bukan melalui wakil / ahli keluarga.

1.1 Serahan Award Sempurna

Tindakan untuk menyerahkan award TTPM iaitu borang 8, 9, 10 yang dilakukan oleh Penuntut kepada Penentang (Rujuk Award TTPM) dengan cara berikut;

(a) Perseorangan / Pemilik perniagaan (tunggal & perkongsian)

(i) Meninggalkan Award kepada orang itu (penentang dalam award

enggan menerima). (Pembuktian melalui gambar award telah

ditinggalkan kepada orang itu perlu diambil. Akuan bersumpah

meninggalkan Award dipremis tidak boleh diterima sebagai serahan

sempurna kerana bukan ditinggalkan kepada orang itu)

(ii) Memberikan dokumen itu kepada orang itu (penentang dalam award).

(Pastikan mempunyai bukti serahan seperti gambar, nama, nombor

kad pengenalan dan tandatangan ), atau

(iii) Mengeposkan Award itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu

yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau

dialamatnya yang terakhir diketahui Syarikat. (Pastikan penerima

award pos berdaftar adalah penentang dalam award dengan bukti

seperti nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan)

(c) Pertubuhan perbadanan atau firma