Bab 5 Sistem Pemerintahan Negara

download Bab 5 Sistem Pemerintahan Negara

of 13

Transcript of Bab 5 Sistem Pemerintahan Negara

PendahuluanSebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai beberapa struktur yang mencorakkan sistem pemerintahannya. Konsep Negara: - Pemahaman terhadap definisi negara amat penting. - Konvensyen Montevide, 1933, negara harus memenuhi ciri-ciri berikut: i. Mempunyai sempadan yang jelas ii. Mempunyai rakyat iii. Mempunyai kerajaan yang sah dan berwibawa iv. Mempunyai kedaulatan dan keupayaan membuat hubungan dengan negara lain. 1 UTAR 2

SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

UTAR

Bentuk NegaraNegaraMonarki

Bentuk-Bentuk kerajaanKerajaanKonfederasi

PeneranganKuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada seorang raja atau ratu. Sistem pemerintahan bentuk ini selalunya tidak membolehkan kepada kewujudan parti politik dan pilihan raya. Kuasa pemerintahan terletak pada seseorang individu atau sesebuah parti politik. Kebiasaannya kerajaan ini tidak mempunyai raja. Ketua negara Presiden. Rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. Kerajaan ini berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Sistem demokrasi yang diamalkan mungkin berbeza.UTAR 3

Penerangan Sistem kerajaan yang mana kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Negeri sepenuhnya. Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad melibatkan kepentingan bersama. Pemerintahan yang dijalin oleh beberapa buah negeri melalui pemusatan kuasa. Kuasa pemerintahan dan perundangan bagi jenis kerajaan ini adalah di bawah Kerajaan Pusat. Sistem pemerintahan yang terdiri daripada beberapa buah negeri yang disekutukan demi kepentingan bersama. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada dua, iaitu Kerajaan Persekutuan atau Pusat dan Kerajaan Negeri.

Republik

Kesatuan

Demokrasi

Persekutuan

UTAR

4

Sistem pemerintahan di Malaysia: 1. Sistem Persekutuan [Federalisme] 2. Raja Berperlembagaan 3. Konsep Pengasingan Kuasa 4. Demokrasi Berparlimen

FEDERALISME / PEERSEKUTUAN

UTAR

5

UTAR

6

1

Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Sistem Federalisme mengikut pandangan K.C. Wheare (1953), merupakan - satu kaedah pembahagian kuasa antara dua peringkat kerajaan, iaitu pusat atau persekutuan dan kerajaan negeri. - Dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sesebuah kerajaan adalah sama atau kadang kala lebih tinggi.

Secara umumnya sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia terbahagi kepada 2 peringkat iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.UTAR 7

Federalisme (persekutuan) berasal daripada perkataan Latin foedus yang membawa maksud: perjanjian (covenant), persetujuan (compact), persetujuan formal (treaty), gabungan (league), atau pakatan (alliance) antara negeri-negeri bagi memperolehi sokongan dan tindakan bersamaUTAR 8

Di antara ciri-ciri federalisme ialah: 1. Terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan dimana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas dalam sekurang-kurangnya satu bidang kuasa. 2. Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi keatas bidang yang diagihkan kepadanya. 3. Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya.UTAR 9

4. Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. 5. Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini (yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri. 6. Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri. 7. Terikat dengan dua bentuk perlembagaan. Contoh: Malaysia, Kanada & India.UTAR 10

Contoh: Perlembagaan Malaysia 1963: Satu Kompromi Antara Kerajaan Pelbagai reaksi berpunca daripada (i) jurang perbezaan pembangunan sosioekonomi yang wujud, (ii) wujud jurang pembangunan politik (iii) sifat-sifat kependudukan negeri-negeri di Borneo, khususnya Sarawak dan Sabah yang berlainan dari negeri-negeri dalam Persekutuan Malaya. Bagi mengatasi masalah tersebut dan meyakinkan bahawa kepentingan dan masa depan penduduk Borneo tetap dipelihara, maka beberapa kelonggaran dijadikan asas dalam membentuk Persekutuan Malaysia sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.UTAR 11

Pembahagian Kuasa di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan NegeriPersekutuan [Federalisme] Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

Senarai Persekutuan (I) (Bidang kuasa Kerajaan Pusat)

Senarai Negeri (II) (Bidang kuasa Kerajaan Negeri)

Senarai Bersama (III) (Bidang kuasa yang dikongsi bersama oleh K. Pusat dan K. Negeri)

UTAR

12

2

Jadual Kesembilan Perlembagaan PersekutuanSenarai Persekutuan (I) Hal-ehwal Luar Negara Negeri Pertahanan Keselamatan dalam negeri Undang-undang acara sivil dan jenayah Pentadbiran Keadilan Kewarganegaraan Jentera Kerajaan Perdagangan dan Perusahaan Perkapalan Pelayaran dan Perikanan Perhubungan dan Pengangkutan Siasatan dan Penyelidikan Pendidikan Perubatan Kesihatan

Senarai Negeri (II)Hal-ehwal Islam Tanah Pertanian dan Perhutanan Kerajaan Tempatan Undang-undang dalam senarai negeri Ganti rugi di bawah undangundang Perkhidmatan kerajaan tempatan Penyu dan penangkapan ikan di sungai Kerja-kerja negeri dan bekalan air Jentera kerajaan negeri Hari kelepasan am.

Senarai Bersama (III)Kebajikan masyarakat Perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda Biasiswa Perlindungan binatang liar dan burung liar Taman negara Pencegahan dan penganiayaan terhadap binatang Perancangan bandar dan kampung Kutu rayau dan penjaja beredar Kesihatan awam Kebersihan dan pencegahan penyakit Perparitan dan pengairan Pemulihan tanah lombong dan tanah binasa hakisan Perkahwinan Penjagaan anak Nafkah Anak angkat Wasiat Pencemaran makanan13

Kuasa Residual :

Perkara 77, Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa kerajaan negeri manamempunyai kuasa ke atas mana-mana bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kecuali jika Parlimen mempunyai kuasa ke atasnya berdasarkan peruntukan perlembagaan.

UTAR

UTAR

14

Ketinggian Perlembagaan (Kerajaan) Persekutuan Peruntukan Tambahan Bagi Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut: Hubungan antara kerajaan dalam negara yang mengamalkan sistem Persekutuan adalah memihak kepada kerajaan pusat. Dalam Perkara 2 (b): (b): undang- Parlimen boleh membuat undang-undang mengubah sempadan negeri tetapi dengan persetujuan negeri berkenaan (melalui undangundang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri berkenaan) dan Majlis RajaRaja-Raja.UTAR 16

i) Senarai Negeri (IIA), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ii) Senarai Bersama (IIIA), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Perlindunganiii) Perlindungan-perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

UTAR

15

Ketinggian Kerajaan Persekutuan...

Ketinggian Kerajaan Persekutuan...

Dalam Perkara 4 (1): (1):- menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan undangadalah undang-undang utama Persekutuan dan undangsebarang undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka yang bercanggah dengannya adalah terbatal sejauh mana ia bercanggah.

Perkara 75: 75:- perkara ini menguatkan Perkara 4 (1) dengan undangmenyatakan dengan jelas bahawa jika undangundangundang negeri bercanggah dengan undang-undang undangPersekutuan, undang-undang Persekutuan diterima undangdan undang-undang negeri dianggap terbatal melihat kepada sejauhmana ia bercanggah.UTAR 17

Perkara 73: 73: - Ia memberi kuasa kepada Persekutuan undangmembuat undang-undang untuk semua manabahagian atau mana-mana bahagian Persekutuan dan yang berkuatkuasa sama ada di dalam atau di luar Persekutuan. - Kuasa kerajaan persekutuan membuat undangundang-undang bukan sahaja terhad kepada bidang kuasa yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan (I) tetapi termasuk bidang perkara dalam Senarai Negeri (II).UTAR 18

3

Ketinggian Kerajaan Persekutuan...

Kebaikan Sistem Persekutuani. Sebagai tapak untuk perpaduan dan integrasi politik Rakyat daripada pelbagai negeri dapat bersatu dan bergabung dan menunjukkan taat setia kepada satu melalui Raja Berperlembagaan. ii. Federalisme dapat mengelakkan berlakunya pemerintahan yang zalim dengan adanya sistem pembahagian kuasa antara KP dan KN iii. Dapat mewujudkan persefahaman dan kelicinan sistem pentadbiran hasil daripada wujudnya pembahagian kuasa antara KP dan KN melalui Senarai Bersama iv. Melatih kerajaan tempatan menjalankan pentadbiran sendiri. Sebagai contoh kerajaan diberikan hak untuk mentadbir tanpa bantuan tentera.

Perkara 76 [1]: [1]: - Secara jelas memberi kuasa kepada parlimen untuk campurtangan dalam bidang kuasa perundangan perkara: negeri dalam tiga perkara: Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, apatriti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan manaapadengan mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan, atau Bagi maksud mengadakan persamaan undangundanglebih, undang di antara dua buah Negeri atau lebih, atau Jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan manaNegeri. Negeri.UTAR 19

UTAR

20

KesimpulanFederalisme adalah satu rangka menyatupadukan pelbagai wilayah yang wujud berasingan. Pembahagian kuasa yang jelas dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah unik. Hubungan baik antara kerajaan dapat dipupuk dengan wujudnya kesediaan bertoleransi, berakomodasi, adil dan saksama, dan tidak melampau dalam tuntutan dan tindakan antara pelbagai pihak. Namun begitu sistem persekutuan ini tidak dapat lari daripada cabaran dan masalah yang menguji tahap hubungan antara dua kerajaan ini.UTAR 21

RAJA BERPERLEMBAGAAN

UTAR

22

Pengenalan...

Pengenalan Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan Malaysia. Terdapat dua institusi dalam sistem Raja Berperlembagaan: i- Yang di-Pertuan Agong ii- Majlis Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara. Baginda juga ketua bagi raja-raja seluruh negara. Sementara Sultan, Yang di-Pertuan Besar (N. Sembilan) dan Raja (Perlis) adalah Ketua Negeri masing-masing. Hakikatnya jentera pentadbiran [kuasa eksekutif] sebenar diketuai dan dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinet. Contoh negara yang mengamalkan RB: England, Sweden, Jordan dan Jepun.UTAR 24

UTAR

23

4

Latar Belakang Institusi BerajaSultan / Raja merupakan kuasa tertinggi pemerintahan

Raja Berperlembagaan: Keseimbangan Dalam Sistem Keseimbangan satu jaminan kestabilan - keseimbangan dan kestabilan merupakan falsafah yang memandu sistem Raja Berperlembagaan. Keseimbangan dalam Raja Berperlembagaan merujuk kepada peraturan kedudukan dan tanggungjawab penduduk Malaysia yang terkandung dalam perlembagaan.

Kedatangan penjajah barat merubah struktur dan Residen, corak pemerintahan Residen, Persekutuan

1957Kemerdekaan Tanah Melayu 1957- corak pemerintahan moden diteruskan Persekutuan, Berperlembagaan, Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen

UTAR

25

UTAR

26

Tahap keseimbangan Raja Berperlembagaan1) Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara yang mempunyai keistimewaan. Baginda mengatasi semua orang, mempunyai imuniti dalam urusan rasmi, tidak oleh didakwa kecuali di mahkamah khas raja-raja. Terdapat timbal balas kedudukan ini dimana Yang di-Pertuan Agong punyai tanggungjawab (sebagaimana termaktub dlm perlembagaan) untuk melindungi hak dan keselamatan rakyat melalui fungsi dalam peruntukan perlembagaan. 2) Rakyat, setiap individu mendapai pelbagai hak dari segi kedudukannya sebagai warganegara dan perlindungan undangundang melalui peruntukan perlembagaan. Namun, hak ini memerlukan kesediaan memikul tanggungjawab bagi mematuhi undang-undang sedia ada dan membantu menguatkuasa undang-undang.

Kesimpulannya: Kesediaan rakyat memelihara undang-undang membolehkannya menjaga keselamatan dan hak mereka. Institusi Yang di-Pertuan Agong menjamin pengekalan hak asasi dan perlindungan lain. Lantaran itu kita perlu memastikannya terus dihormati agar fungsinya berterusan dan stabil.

UTAR

27

UTAR

28

Ciri-ciri Raja BerperlembagaanRaja Berperlembagaan1. 2. 3.

Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara Malaysia, yang mengetuai tiga badan kerajaan: Badan Perundangan (Legislatif) Badan Pemerintah (Eksekutif) Badan Kehakiman (Judisiari) Walaupun begitu kuasa eksekutif sebenarnya dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri.

4.

Raja tidak berkuasa secara langsung. Kuasa Raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu. Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik

UTAR

29

UTAR

30

5

Bidang kuasa YDPAB. Eksekutif [Perkara 39, 40, 41]- Memilih dan melantik seorang Perdana Menteri; - Melantik atau memecat Menteri atau Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri; - Hak bagi baginda untuk memperoleh maklumat pemerintahan negara daripada kabinet; - Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia; - Bertanggungjawab dalam hal-hal pelantikan jawatan-jawatan penting atas nasihat Perdana Menteri.UTAR 31

B. Perundangan

[Perkara 55 dan Perkara 66] - Merasmikan persidangan Parlimen; - Melantik Ahli DN, Speaker DN & DR. - Memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat perlu sebelum diwartakan dan menjadi undang-undang yang sah.

B. Kehakiman

[Perkara 42] - Melantik hakim-hakim Mahkamah Atasan Malaysia; - Kuasa pengampunan dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan - yang dibicara di Mahkamah Tentera, kesalahan sivil yang dilakukan dalam wilayah persekutuan, Makhkamah Awam dan Mahkamah Syariah bagi negeri-negeri tidak beraja. YDPA merupakan payung atau paksi bagi menjamin keberkesanan perjalanan sistem UTAR pemerintahan.

32

YDPA . . . Prinsip bertindak atas nasihat (PM atau Jemaah Menteri) menjamin hak YDPA mendapatkan maklumat negara daripada pihak yang menjalankan tugas bagi pihak baginda. Untuk menjaga ketinggian dan mengukuhkan institusi Raja Berperlembagaan agar sentiasa dihormati, perlembagaan memperuntukkan: a) Baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah kecuali di Mahkamah Khas Raja-raja. b) Apabila seseorang Sultan dilantik menjadi Yang di- Pertuan Agong, baginda tidak boleh: Menjalankan tugas-tugas Raja di negerinya; Memegang sebarang jawatan bergaji; Berniaga; Meninggalkan persekutuan selama lebih 15 hari pada satu masa tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan rasmi negara.UTAR 33

Pemilihan Yang di- Pertuan Agong di1. Hanya di kalangan Raja-Raja Melayu. Pemilihan adalah mengikut kekananan. 2. Raja-Raja sahaja dibenarkan mengundi. Manakala anggota Majlis Raja-raja yang bukan darah raja (Yang Di-pertua Negeri) tidak menghadiri perjumpaan pemilihan YDPA. 3. Berdasarkan sistem giliran. Raja sesebuah negeri tidak boleh dipilih dua kali dalam pusingan yang sama. 4. Seseorang Sultan/Raja boleh melantik seorang lain dari negeri baginda sebagai mewakili baginda.UTAR 34

Pemilihan YDPA

Pemilihan YDPA

Berdasarkan kaedah tersebut, kekananan dan sistem giliran setiap 5 tahun. Namun, pusingan lengkap setiap 45 tahun dalam sistem giliran ini boleh dipercepatkan apabila: i) Seseorang Raja/ Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong;

ii) Seseorang Raja/ Sultan yang layak dilantik, apabila tiba gilirannya menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong iii) Seseorang Raja/ Sultan, apabila tiba gilirannya didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Pembatalan kelayakan seseorang Sultan/Raja Melayu untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh: Baginda masih remaja (Belum cukup umur) Baginda tidak mahu menjadi Yang Dipertuan Agong Tidak sesuai kerana masalah kesihatan seperti masalah mental (gila) atau keuzuran fizikal Ada sebab-sebab lain yang meyakinkan Ahli Majlis dengan sokongan undi minimum 5 orang.UTAR 36

UTAR

35

6

Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertuan Agongi) Melantik seorang Perdana Menteri; ii) Menangguh pembubaran Parlimen yang diminta oleh Perdana Menteri; dan iii) Meminta supaya diadakan satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara-perkara berkenaan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja.

Senarai Yang di-Pertuan Agong MalaysiaYANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni AlMarhum Tuanku Muhammad Negeri : Negeri Sembilan Tempoh : 3 Ogos 1957 - 1 April 1960

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah AlHaj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Negeri : Selangor Tempoh : 14 April 1960 -1 September 1960

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Negeri : Perlis Tempoh : 21 September 1960 - 20 September 1965

UTAR

37

UTAR

38

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin Negeri : Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH

Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Negeri : Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984

YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri : Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975

YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN

Almarhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail Negeri : Johor Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM

Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni AlMarhum Sultan Ibrahim Negeri : Kelantan Tempoh : 21 September 1975 - 30 Mac 1979

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN

Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Negeri : Perak Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994

UTAR

39

UTAR

40

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH

Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999YANG DI-PERTUAN AGONG 13

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Negeri : Selangor Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001

Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, AlSultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum AlSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Negeri : Terengganu Tempoh: 13 Disember 2006 12 Disember 2011

YANG DI-PERTUAN AGONG 14

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Negeri : Perlis Tempoh: 13 Disember 2001 12 Disember 2006

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri : Kedah Tempoh: 13 Disember 2011 - kini

UTAR

41

UTAR

42

7

Majlis Raja-Raja: Keanggotaan, Peranan dan Persidangan

Persidangan Majlis Raja-Raja Diadakan sebanyak 3 atau 4 kali setahun. Setiap persidangan mengambil masa 3 hari. Persidangan dipengerusikan oleh Raja yang terkanan (senior). Setiausaha persidangan adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Persidangan khas boleh diadakan untuk membincangkan kedudukan Raja-Raja yang biasanya dipengerusikan oleh Yang diPertuan Agong sendiri.43 UTAR 44

Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1897 (NNMB), dan pertama kali bagi PTM pada 1948 untuk memperjuangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu dari dihapuskan oleh British. Ia dianggotai oleh 13 Ketua-Ketua Negeri.UTAR

Fungsi Persidangan Majlis Raja-Raja1. Memberi kesempatan untuk menemukan wakil RajaRaja dengan Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dan juga wakil Kerajaan Negeri (Ketua Menteri/Menteri Besar) 2. Membincangkan perkara yang mempunyai kepentingan bersama secara terbuka. Cth: dasar kerajaan. 3. Satu perbincangan yang tertib tapi mesra agar perlaksanaan dasar kerajaan berjalan lancar dengan mengambil kira segala perbezaan adat dan peraturan tempatan 4. Peranan memberi pandangan dan mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.UTAR 45

Peranan Majlis Raja-Raja1. Memilih atau memecat Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang Dipertuan Agong 2. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama yang meliputi seluruh Persekutuan 3. Mempersetujui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis ini atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. 4. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas 5. Memberi pengampunan, menangguhkan atau meringankan hukuman-hukuman 6. Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara.UTAR 46

Kuasa Budi Bicara Majlis Raja-Raja1. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 2. Memberi nasihat tentang apa-apa perlantikan. 3. Mempersetujui atau tidak mempersetujui mana-mana undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja. 4. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apaapa perbuatan, amalan atau upacara agama yang meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.UTAR 47

Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri Serta Bidang KuasaGELARAN: Sultan - ketua negeri bagi negeri Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Yang Dipertuan Besar - ketua negeri bagi Negeri sembilan. Raja - bagi negeri Perlis. Yang Dipertua Negeri - ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Raja/Sultan dan Yang Dipertua Negeri - bertindak berdasarkan prinsip menurut nasihat dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.UTAR 48

8

Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri

Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri

Budi bicara Raja/Sultan dalam perkara:1. Melantik Menteri Besar 2. Tidak memperkenankan permintaan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri 3. Meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis RajaRaja semata-mata membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja atau mengenai perbuatan, amalan atau upacara agama Islam 4. Apa-apa tugas sebagai ketua agama Islam atau mengenai adat istiadat Melayu 5. Melantik waris atau permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja 6. Melantik orang menyandang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan 7. Membuat peraturan mengenai balai diraja dan istanaUTAR 49

Bagi Yang Dipertua Negeri pula, kuasa budi bicaranya ialah: a) melantik Ketua Menteri; b) bersetuju atau menolak permintaan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

UTAR

50

Imuniti Raja Ekoran peristiwa seorang rakyat biasa yang menerima tindakan marah seorang raja pada akhir tahun 1992, timbul penilaian terhadap kekebalan raja dalam Perkara 181 (2) yang didapati terlalu umum dan boleh melemah serta mencemarkan institusi ini. Persetujuan dibuat (Parlimen) untuk meminda atau mentiadakan Perkara 181 (2) agar tidak disalahgunakan dan supaya institusi raja terus dihormati dan berwibawa. Dengan pindaan tersebut kekebalan raja terhad pada tindakan-tindakan rasmi sahaja.UTAR 51

Contoh kes Kes pertama yang diadili melaluiMahkamah Khas Raja-raja: Almarhum Tuanku Jaafar mlwn Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Keputusan: Mahkamah mengarahkan baginda untuk membayar Standard Chartered Bank sebanyak US$1 juta sebagai tanda menghormati perjanjian kredit yang telah dipersetujui.UTAR 52

KesimpulanSistem Raja Berperlembagaan yang merupakan tunggak pemerintahan negara. Ia mengembalikan kewibawaan institusi beraja dan memartabatkan sistem dan fungsinya dalam sebuah negara merdeka. Dalam konteks perjalanan pemerintahan: peranan YDPA sebagai ketua kepada tiga badan utama kerajaan; sistem perwakilan kuasa perlaksanaan kepada pihak tertentu menjelaskan pengekalan kedaulatan sistem beraja. Sistem ini menjamin kedaulatan negara seharusnya dipelihara melalui ketaatan rakyat terhadap undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem beraja itu sendiri.

i) ii)

DEMOKRASI BERPARLIMEN

UTAR

53

UTAR

54

9

Pendahuluan Antara ciri penting demokrasi ialah rakyat diberi kebebasan memilih kerajaan yang memerintah. Suara dan hak rakyat melalui parlimen dan pilihan raya. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami dalam konteks amalan demokrasi di Malaysia.UTAR 55

Demokrasi Berparlimen Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek: demos rakyat, dan kratos kuasa/pemerintahan = kuasa rakyat Demokrasi: - satu sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan keputusan, iaitu corak kerajaan yang bergantung kepada orang ramai. Demokrasi berparlimen: - pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan dengan rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan ini melalui wakil-wakil yang dipilih.UTAR 56

Demokrasi Berparlimen . . .

Demokrasi Berparlimen . . .

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh negara lain. Konsep ini banyak dipengaruhi oleh sistem Britain. Prinsip utama dalam sistem demokrasi berparlimen ialah: Parlimen Pilihan raya Perlembagaan Raja Berperlembagaan Corak pemerintahan (pengasingan kuasa) Parti-parti politik Kebebasan Asasi

Demokrasi Berparlimen

Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih

Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat

Melahirkan sebuah kerajaan Adil Stabil SejahteraUTAR 58

UTAR

57

Ciri-ciri Demokrasi BerparlimenDemokrasi Berparlimen1. 2. 3.

Amalan demokrasi di MalaysiaDemokrasi berparlimen berkehendakkan rakyat untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka Parlimen. di Parlimen. Mereka yang dipilih akan membentuk kerajaan bagi rakyat. menjaga kebajikan rakyat. hati, Sekiranya tak berpuas hati, mereka boleh menukar kerajaan melalui proses raya. pilihan raya. Perlembagaan kuasamemperuntukkan kuasaini. kuasa ini.59

Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai. Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan. Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih dalam pilihan raya.

Perlembagaan - Peruntuk kuasa kpd rakyat untuk memilih AP. - Peruntuk kuasa kepada Parlimen untuk meminda perlembagaan.

Pilihan Raya- Kuasa memilih 5 tahun sekali

Parlimen - dwidewan [bicameral] - AP dapat mandat drpd rakyat. - Kerajaan perlu bertanggungjawab kpd Parlimen

UTAR

UTAR

60

10

Pilihan Raya Pilihan raya merupakan satu perjanjian sosial (social contract) antara rakyat dengan calon atau parti (yang menang membentuk kerajaan). Apabila majoriti rakyat memilih sesuatu parti, ia bererti pengundi mempunyai jangkaan tertentu yang pihak calon akan lakukan. Oleh itu, parti yang menang perlu menunaikan janjinya sepertimana janjinya dalam manifesto semasa kempen pilihan raya. Keputusan pilihan raya adalah keputusan yang ditentukan oleh rakyat. Dalam konteks Malaysia, keputusan majoriti mudah (simple majority) juga diterimapakai bagi menentukan kemenangan seseorang calon walaupun dengan memperolehi kelebihan satu undi sahaja.UTAR 61

Kepentingan Pilihan Raya Merupakan satu kaedah politik yang penting bagi rakyat memberi mandat atau menentukan kuasa kepada sesuatu parti untuk membentuk kerajaan. Prinsip kebebasan sebagai seorang warganegara dapat dipraktikkan iaitu kebebasan menentukan atau memilih pemimpin untuk dirinya sendiri.UTAR 62

Jenis Pilihan Raya Terdapat 2 jenis pilihan raya: 1. Pilihan Raya Umum 2. Pilihan Raya Kecil

2. Pilihan Raya Kecil- Tidak memerlukan pembubaran Parlimen atau DUN. - Sebab-sebab: 1. Apabila berlaku kematian Wakil Rakyat (Parlimen) atau Ahli Dewan Undangan Negeri. 2. Apabila tidak menghadirkan diri dalam persidangan untuk satu tempoh yang ditetapkan (6 bln tanpa sebab). 3. Apabila keputusan pilihan raya sesuatu kawasan itu dianggap tidak sah. 4. Sakit uzur. Contoh-contoh pilihan raya kecil: 1. Pilihan raya kecil DUN Tenang (Johor) 2. Pilihan raya kecil DUN Kerdau (Pahang) 6/3/11 3. Pilihan raya kecil DUN Merlimau (Melaka) 6/3/11UTAR

1. Pilihan Raya UmumPilihan raya umum diadakan setiap 5 tahun sekali atau sebelum sampai tempoh tersebut. Sebelum pilihan raya: Parlimen (Persekutuan) perlu dibubarkan Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan Pilihan raya perlu diadakan dalam masa - 60 hari bagi Semenanjung Malaysia, dan - 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.UTAR 63

64

Pengundi dan Syarat-Syaratnya Setiap warganegara Malaysia boleh mengundi apabila: 1. Telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan. 2. Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh (kelayakan) itu atau jika tidak bermastautin, ia dianggap sebagai pengundi tidak hadir. 3. Telah mendaftar sebagai pengundi dan namanya tersenarai dalam daftar pemilih. 4. Tarikh kelayakan adalah merujuk kepada tarikh 31 Ogos setiap tahun, yang dijadikan tarikh asas penyemakan dan penyiapan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.UTAR 65

Pengundi dan Syarat-Syaratnya

Undi Pos iaitu: 1. Seseorang warganegara Malaysia yang sedang bekerja dalam Angkatan Bersenjata Persekutuan atau negara Komanwel bersama isterinya tinggal di rumah yang disediakan oleh pihak berkuasa dan pada tarikh itu memohon untuk berdaftar sebagai pengundi di kawasan pilihan rayanya. 2. Seseorang warganegara Malaysia bersama isterinya yang tinggal di luar negeri dan bekerja dengan kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun dan telah membuat permohonan mendaftarkan diri sebagai pengundi di kawasan pilihan rayanya. 3. Seseorang warganegara Malaysia bersama isterinya yang belajar di luar negeri yang memohon mendaftarkan dirinya sebagai pengundi di kawasan pilihan rayanya. 4. Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian.UTAR 66

11

Pengundi dan Syarat-Syaratnya

Syarat Calon Calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Syarat-syarat: 1. Warganegara Malaysia dan bermastatutin di negara ini. 2. Sempurna Akal. 3. Berumur 21 tahun ke atas. 4. Tinggal di negeri mana dia akan bertanding. 5. Tidak bankrap. 6. Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah [penjara- > 1 thn, denda- >RM2000].UTAR 68

Terdapat 2 perkara yang boleh menghalang seseorang itu mengundi walaupun telah cukup syarat: 1. Pada tarikh kelayakan itu dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau menjalani hukuman penjara. 2. Seseorang itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati atau penjara lebih daripada 12 bulan dalam mana-mana negara komanwel.

UTAR

67

Hilang Kelayakan AP / ADUN1. Didapati atau diisytiharkan tidak siuman. 2. Bankrap. 3. Memegang jawatan bergaji (office of profit) 4. Disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang 2 ribu ringgit dan belum mendapat pengampunan. 5. Telah memperolehi kewarganegara asing. 6. Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 33 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan. 7. Disabitkan melakukan kesalahan berhubung dengan pilihan raya.UTAR 69

Tempoh AP dan ADUN Tempoh menjadi AP adalah sehingga pada tarikh Parlimen dibubarkan. Manakala ADUN pula adalah sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Seseorang Wakil Rakyat juga boleh dilucutkan daripada jawatan sekiranya tidak hadir dalam setiap mesyuarat (persidangan) selama enam bulan dengan tidak mendapat keizinan Dewan berkenaan. Kerusinya boleh diisytiharkan kosong dan pilihan raya kecil boleh diadakan.UTAR 70

Suruhanjaya Pilihan Raya Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk menjaga fungsi pilihan raya sebagai mekanisme yang mendaulat dan mengekalkan demokrasi yang perlu ditadbir secara telus. Menurut Perkara 113 Perlembagaan, bertanggungjawab menguruskan perjalanan pilihan raya bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap amalan demokrasi dan sistem pilihan raya agar ia dilaksanakan dengan baik dan adil. Satu urusetia yang diketuai seorang Setiausaha ditubuhkan oleh SPR bagi menyelaraskan urusan pilihan raya.UTAR 71

SPR

Beberapa tugas utama SPR:1. Mempersempadankan kawasan pilihan raya. 2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan menyemak daftar pemilih. 3. Mengurus proses pilihan raya bagi kawasan Parlimen dan DUN (pilihan raya umum / pilihan rayakecil). 4. Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.UTAR 72

12

Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Keanggotaannya terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan, dan tiga orang ahli lain. Seseorang yang menjawat jawatan ini mendapat saraan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen melalui penubuhan dana. Syarat kelayakan ahli SPR: Berumur tidak lebih 66 tahun Tidak muflis Tidak memegang jawatan bergaji Bukan ahli politik dari mana-mana MP dan DUN.UTAR 73

Ahli-ahli SPR

i. ii. iii. iv.

Mereka boleh meletakkan jawatan dengan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak boleh dipecat sewenangwenangnya - melalui prosedur-prosedur khusus. YDPA boleh memecat keahlian mereka yang didapati muflis yang belum dilepaskan atau memegang jawatan bergaji ataupun menjadi Wakil Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri.

UTAR

74

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIASPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi Penamaan Calon Manifesto & Kempen Pilihan Raya

KesimpulanDemokrasi berparlimen yang diamalkan oleh sesebuah negara menjelaskan bahawa sesebuah kerajaan dibina dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah terhadap golongan minoriti kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa akan datang. Pilihan raya merupakan satu perjanjian sosial timbal-balik (reciprocal social contract) yang diterima umum antara para pengundi dan wakil mereka. Ia merupakan mekanisme yang mewujud, memupuk dan meneruskan amalan demokrasi berparlimen di negara ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia yang layak mengundi untuk menunaikan tanggungjawab, hak terhadap negara dan menentukan masa depan kepimpinan negara.UTAR 76

Hari Mengundi Tempat mengundi Diberi kertas undi Memangkah calon yang dipilih Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi

SPR memberitahu tempat mengundi dan tempat mengira undi

Pengiraan Undi Pegawai Pilihan Raya Kawasan mengumumkan keputusan pilihan raya Petisyen Pilihan Raya

UTAR

75

RUJUKANChin, Y.M., Ira Meilita Ibrahim & Wong, K.S. (2010).(Eds.) Kenegaraan Malaysia. Petaling Jaya: Pearson. Ira Meilita Ibrahim, Chin, Y. M., Afi Roshezry Abu Bakar, Taufik A.Latif, Wong, K. S., Ng, C.C. et.al. (2009). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee ismail, Zaini Othman.(2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.

UTAR

77

13