BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB...
-
Upload
truongnhan -
Category
Documents
-
view
266 -
download
1
Transcript of BAB 6 6.2 Perindustrian Perlombongan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/LAPORAN AWAL RTDL LIPIS/BAB...
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 14
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2 PERINDUSTRIAN DAN PERLOMBONGAN
PERINDUSTRIAN
6.2.1 Senario Semasa Perindustrian
Dasar perindustrian negeri dan RSN Pahang telah
menetapkan pembangunan perindustrian di daerah
Lipis akan tertumpu kepada aktiviti industri berasaskan
sumber khususnya aktiviti perkayuan. Kedapatan
sumber semulajadi seperti kawasan hutan simpan
yang luas (76.98%) dari gunatanah semasa daerah
Lipis merupakan aset penting kepada pengukuhan
aktiviti ini di daerah Lipis. Kemerosotan aktiviti industri
berasaskan kayu pada masa kini telah menjejaskan
punca pendapatan penduduk yang terlibat dalam
sektor ini. Keadaan ini telah menyebabkan
keutamaan kurang diberikan kepada pembangunan
lain-lain aktiviti industri sedangkan aktiviti perindustrian
boleh menjadi pemangkin kepada kepesatan
ekonomi daerah.
Kawasan RTD Lipis mempunyai pelbagai sumber dari
hasil pertanian, perhutanan dan peternakan. Ianya
berpotensi untuk dimajukan sebagai industri
pemerosesan hasil hiliran dan secara langung
memberi peluang pekerjaan kepad penduduk
tempatan. Daerah Lipis tidak seharusnya hanya
bergantung kepada industri berasakan perkayuan
sahaja jika ingin meningkatkan peluang pekerjaan,
6.2.2 Taburan Kawasan Industri
Analisis keadaan semasa perindustrian dijalankan
berpandukan kepada kajian lapangan dan maklumat
sekunder yang diperoleh dari beberapa sumber
seperti MDL dan PKNP. Aktiviti perindustrian dalam
kawasan kajian tertumpu kepada aktiviti industri
perkhidmatan, industri berasaskan perkayuan, industri
kecil dan sederhana serta kilang kelapa sawit.
Terdapat dua kawasan perindustrian terancang, tiga
kawasan IKS dan lima kilang pemerosesan hasil
kelapa sawit dalam kawasan RTD Lipis. Keluasan guna tanah industri dalam kawasan RTD Lipis adalah
148.3 hektar atau 0.03 peratus dari keluasan guna tanah kawasan RTD Lipis.
Jadual 6.2.1: Taburan Kawasan Perindustrian Kawasan RTD Lipis 2010
Blok
Perancangan Kawasan Industri Bil. Lot
Luas
(Ha)
Peratus
(%)
Kuala Lipis • Kawasan Industri Tempoyang 74 11.20 7.8
Penjom • IKS Penjom 14 1.5 1.0
Budu • Kilang Papan Budu 1 4.2 2.8
• Kilang Bahan Binaan 1 2.0 1.3
Tanjung Besar - - - -
Cheka - - - -
Kechau • Kilang Kelapa Sawit Kechau 1 & 2 2 2.5 1.7
Gua • Kilang Papan Padang Tengku
• IKS Kg. Telemin
1
5
6.4
1.5 5.3
Telang • Kilang Kelapa Sawit Tersang
• Kawasan Industri Kechau Tui
1
49
2.5
106.3 73.3
Batu Yon • Kilang Kelapa Sawit Chegar Perah 1 3.0 2.0
Hulu Jelai • Kilang Kelapa Sawit Sg. Koyan
• IKS Kuala Medang
1
17
2.4
4.8 4.8
Jumlah 167 148.3 100.0 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010
Kawasan Perindustrian Tempoyang merupakan antara kawasan industri terawal yang dirancang di
daerah Lipis. Merupakan kawasan untuk aktiviti industri perkhidmatan dan ringan bagi bandar Kuala Lipis.
Merangkumi kawasan seluas 11.20 hektar dengan sejumlah 74 lot industri dalam kawasan perindustrian ini.
Antara isu pembangunan dikawasan ini adalah masalah lalulintas, kekurangan tempat letak kereta dan
kemudahan seperti surau dan kawasan lapang.
Kawasan Perindustrian Kechau Tui terletak di mukim Telang merupakan kawasan industri terancang
terbesar di daerah Lipis. Merangkumi kawasan seluas 106.3 hektar dan dibangunkan oleh PKNP sebagai
kawasan industri untuk aktiviti perkayuan dan berasaskan sumber.
Terdapat juga lima buah kilang memproses kelapa sawit dalam kawasan RTD Lipis. Dua buah kilang
terletak di Felda Kechau, sebuah di Felda Sungai Koyan, sebuah di Felda Tersang dan sebuah di Felda
Chegar Perah. Rajah 6.2.1 menunjukkan taburan kawasan industri dalam kawasan RTD Lipis.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 14
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
Rajah 6.2.1: Pelan taburan aktiviti perindustrian Daerah Lipis
.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 15
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.3 Kategori Industri
Analisis kategori industri menunjukkan aktiviti industri
perkhidmatan, ringan dan berat merupakan aktiviti
utama dalam kawasan RTD Lipis. Aktiviti industri
perkhidmatan agak tersebar disemua petempatan
utama. Semua blok perancangan mempunyai aktiviti
industri ini kecuali BP Tanjong Besar, Kechau dan Gua.
Manakala aktiviti industri ringan dan sederhana
terletak didalam kawasan perindustrianTempoyang.
Aktiviti industri berat pula melibatkan kilang
perkayuan Mieco Chipboard di Kechau Tui, kilang
papan di Padang Tengku dan Benta serta kilang
kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan
petempatan Felda.
Jadual 6.2.2: Bilangan Industri Mengikut Kategori Industri di Kawasan RTD Lipis
Blok Perancangan Industri
Perkhidmatan
Industri
Ringan
Industri
Sederhana
Industri
Berat IKS Jumlah
BP1 Kuala Lipis 55 10 5 - - 70
BP2 Penjom 2 - - - 14 16
BP3 Budu 6 - 1 1 - 8
BP4 Tanjung Besar - - - - - -
BP5 Cheka 1 - - - - 1
BP6 Kechau - - - 2 - 2
BP7 Gua - - 1 1 5 7
BP8 Telang 3 - 1 2 - 6
BP9 Batu Yon 2 - - 1 - 3
BP10 Hulu Jelai - - - 1 17 18
Jumlah 50 10 8 8 36 131 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010
Foto 6.2.1: Aktiviti Industri Perkhidmatan Di Kawasan Perindustrian Tempoyang
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 16
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.4 Jenis Industri
Analisis jenis industri di bahagikan kepada tiga
kawasan iaitu Tempoyang dan Kechau Tui serta
kawasan selain daripad dua kawasan industri
terancang ini. Kajian mendapati terdapat 54 aktiviti
industri di Kawasan Perindustrian Tempoyang, 3 di
Kechau Tui dan 49 di lain lain kawasan. Jenis aktiviti
bengkel kenderaan, produk bahan binaan, produk
hasil perkayuan dan produk berasaskan makanan
merupakan aktiviti utama dalam kawasan RTD Lipis.
Foto 6.2.2 : Kawasan Industri Kechau Tui
Jadual 6.2.3: Jenis Industri Di Kawasan Perindustrian
Jenis Industri
Kawasan
Perindustrian
Tempoyang
Kawasan
Perindustrian
Kechau Tui
Lain-lain
Kawasan
1. Produk Berasaskan Kayu / Papan - 1 3
2. Produk Berasaskan Makanan 2 - 26
3. Produk Berasaskan Plastik 1 1 0
4. Produk Agrokultur - - 6
5. Produk Bahan Binaan 4 - 5
6. Produk Berasaskan Logam 2 - 2
7. Bengkel Kenderaan 55 1 2
8. Mesin dan Alat Jentera 6 - -
9. Kilang Kelapa Sawit 0 0 5
Jumlah 70 3 49 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 17
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.5 Penawaran Dan Permintaan Kawasan
Perindustrian
Kajian yang dijalankan menunjukkan dalam kawasan
perindustrian terancang, sejumlah 73 buah industri
beroperasi melibatkan kawasan seluas 30.65 hektar.
Lot industri yang tidak beroperasi berjumlah 50 buah
dengan sebahagian besarnya terletak di Kawasan
Perindustrian Kechau Tui melibatkan kawasan seluas
86.87 hektar. Kadar kekosongan yang tinggi di Kechau
Tui disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari
kawasan petempatan utama seperti Kuala Lipis dan
Padang Tengku. Selain itu dasar untuk hanya
membangunkan aktiviti industri berasaskan
perkayuan sahaja juga kurang menarik minat pelabur
untuk melabur disini. Oleh itu strategi untuk
mempelbagaikan aktiviti industri bagi daerah Lipis
dijangka mampu mengurangkan kadar kekosongan
lot industri tersebut.
Rajah 6.2.2: Kawasan Industri Kechau Tui
Jadual 6.2.4: Penawaran Dan Permintaan Kawasan Industri
Kawasan Industri Industri Beroperasi Industri Tidak Beroperasi Jumlah
Bil. Lot Luas (Ha) Bil. Lot Luas (Ha) Bil. Lot Luas (Ha)
1. Kawasan Perindustrian
Tempoyang 70 10.42 4 0.80 74 11.22
2. Kawasan Perindustrian
Kechau Tui 3 20.23 46 86.07 49 106.3
Jumlah 73 30.65 50 86.87 123 117.5
Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010
6.2.6 Industri Kecil Dan Sederhana
Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan yang penting kepada aktiviti ekonomi penduduk
tempatan kerana ia menjadi penyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk khususnya di
kawasan luarbandar. Dalam kawasan RTD Lipis, terdapat 36 lot industri IKS yang menjalankan pelbagai
aktiviti seperti pemerosesan makanan dan hasil pertanian.Tiga kawasan IKS yang dikenal pasti adalah IKS
Penjom, Kampong Telemin dan IKS Kuala Medang.
Jadual 6.2.5: Bilangan Industri Kecil dan Sederhana
Lokasi IKS Bilangan Peratus
(%)
1. IKS Penjom 14 38.8
2. IKS Kg. Telemin 5 13.9
3. IKS Kuala Medang 17 47.3
Jumlah 36 100.0
Aktiviti IKS dalam kawasan RTD Lipis mempunyai potensi yang besar berdasarkan kedapatan sumber hasil
pertanian, peternakan dan makanan yang terdapat dalam kawasan RTD Lipis. Projek seperti Pusat
Agropolitan Tanjong Gahai, Kuala Koyan, Kuala Medang dan Kuala Serau telah memajukan tanah terbiar
seluas lebih 240 hektar kepada projek tanaman berteraskan makanan. Jabatan Pertanian pula telah
memulakan projek tanaman pisang berangan di Kampong Seberang Jelai, Kampong Budu dan Kampong
Cat diatas kawasan seluas 16 hektar. Projek lain termasuklan penanaman pokok kabung di kawasan Benta
seluas 50 hektar dan tanaman nangka madu di bawah penyeliaan FAMA. Projek seumpama ini perlu
disusuli dengan program pemerosesan hasil tani melalui penyediaan ruang ruang aktiviti IKS bagi
membolehkan petani dan pengusaha memproses hasil tani mereka untuk dipasarkan di luar Daerah Lipis.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 18
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.7 Unjuran Keperluan Kawasan Perindustrian
Unjuran keperluan kawasan industri menjelang tahun
2020 dalam kawasan RTD Lipis dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Andaian yang digunakan dalam
penentuan pembangunan kawasan industri adalah :
1. Mencadangkan usaha untuk mempelbagai
aktiviti industri dan tidak terhad kepada
hanya aktiviti industri berasaskan perkayuan
dan sumber.
2. Melihat keperluan kepada kawasan industri
ringan dan perkhidmatan yang perlu
ditempatkan berhampiran pusat petempatan
seperti di bandar Kuala Lipis dan pekan
Benta.
3. Melihat potensi projek pembangunan oleh
ECER khususnya cadangan kawasan industri
baru berhampiran Central Spine Road.
Peningkatan aksesibiliti akan mengalakkan
pengagihan barangan dengan lebih cepat
dan efisyen ke kawasan bandar utama seperti
Kuala Lumpur dan Kuantan.
4. Mengalakkan pembangunan aktiviti IKS
berdasarkan potensi pasaran yang luas bagi
aktiviti pemerosesan hasil makanan, pertanian
dan penternakan. Juga bagi membolehkan
penyertaan yang lebih luas bumiputera
dalam sektor industri.
Berpandukan kepada andaian diatas, unjuran
keperluan kawasan industri bagi daerah Lipis
menjelang tahun 2020 adalah seperti jadual 6.2.6.
Berpandukan kepada unjuran yang disediakan,
keperluan tanah untuk aktiviti perindustrian dalam
kawasan RTD Lipis pada tahun 2020 adalah sebanyak
290.0 hektar. Jika di tolak kawasan sedia ada
sebanyak 148.3 hektar, kawasan pembangunan baru
yang diperlukan adalah sebanyak 141.7 hektar (Rujuk
jadual 6.2.6). Agihan kawasan industri baru dalam
kawasan RTD Lipis akan berpandukan kepada strategi
pembangunan guna tanah serta keperluan
pembangunan aktiviti IKS di beberapa kawasan terpilih.
Jadual 6.2.6: Unjuran Keperluan Tanah Industri, tahun 2010 – 2020
Unjuran Tahun
2010 2015 2020
Bilangan Pekerjaan 2600 3660 4830
Nisbah Kerja / Hektar 60 60 60
Keperluan Tanah / Hektar - 61.2 80.5
Luas Tanah Industri 148.3 Ha 209.5 Ha 290.0 Ha
Purata Luas Tanah / Pekerja 0.052 0.057 0.060
Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 19
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
PERLOMBONGAN
6.2.8 Industri Perlombongan
Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti ekonomi
penting yang dijalankan dalam kawasan RTD Lipis.
Kepentingan sektor perlombongan merupakan
penyumbang penting kepada pendapatan Kerajaan
Negeri melalui bayaran royalti dan pendapatan tidak
langsung. Pada tahun 2009 Kerajaan Negeri
memperolehi pendapatan sebanyak RM 130 juta dari
sektor perlombongan emas. Kepentingan sektor
perlombongan di Daerah Lipis dilihat dari aspek
keupayaan untuk menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan selain potensinya untuk
berkembang pesat pada masa akan datang.
PKNP telah memainkan peranan yang penting dalam
memastikan sektor perlombongan membangun
secara terancang dan sistematik. Ia berperanan
sebagai agensi pelaksana bagi projek carigali dan
perlombongan di Negeri Pahang. PKNP melalui anak
syarikat nya telah bekerjasama dengan syarikat
tempatan dan dari luar negara dalam memajukan
kawasan perlombongan baru khususnya aktiviti
perlombongan emas dan bijih besi di Daerah Lipis.
6.2.9 Sejarah Perlombongan Emas Daerah Lipis
Aktiviti perlombongan emas di Daerah Lipis khususnya
di kawasan Penjom dan Bukit Selinsing telah lama
dijalankan. Kronologi aktiviti perlombongan emas ini
dapat dirumuskan seperti berikut :
1. Sebelum 1888 – Diusahakan penduduk
tempatan melalui pelbagai kaedah
tradisional.
2. 1889 hingga 1901 – Konsesi Selinsing
dikeluarkan kepada Malayan Pahang
Exploration Company Limited sebuah syarikat
dengan pengurusan Eropah. Melombong
dengan menggunakan kaedah ‘underground
gold mine’. Dianggarkan sebanyak 31,000
aun emas dikeluarkan sepanjang tempoh
tersebut.
3. 1904 – Konsesi diserahkan kepada Malay Pahang Mining Syndicate Limited. Aktiviti perlombongan
terhenti pada tahun tersebut sehingga 1924 disebabkan masalah kewangan.
4. 1931 – Lesen diberikan kepada Raub Australian Gold Mining Company Limited.
5. 1939 hinga 1987 - Operasi perlombongan terhenti.
6. 1987 hingga 1996 - Syarikat Tshu Lian Shen Mining Sdn Bhd diberi lesen untuk mengaktifkan semula
aktiviti perlombongan emas.
7. 1996 – Avocet Mining mula mengusahakan aktiviti perlombongan emas di Penjom.
8. 1997- Selinsing Mining Joint Venture Sdn Bhd ditubuhkan.
9. 1998 hingga 2006- Tiada sebarang aktiviti perlombongan dijalankan di kawasan Selinsing.
10. Oktober 2010 – Pelancaran rasmi carigali emas di Bukit Selinsing, Sungai Koyan oleh kerajaan
Negeri Pahang dengan Monumen Mining Limited sebagai pengusaha.
Kawasan lombong emas Penjom diusahakan oleh Avocet Mining Ltd sebuah syarikat perlombongan emas
terkemuka yang berpengkalan di London. Semenjak diusahakan, Avocet Mining telah mengeluarkan 1
juta aun emas.
Rajah 6.2.3 : Linkaran Emas Semenanjung Malaysia
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 20
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.10 Senario Semasa Aktiviti Perlombongan
Daerah Lipis merupakan kawasan utama aktiviti
perlombongan bagi Negeri Pahang. Faktor geologi
dan kedudukan daerah Lipis yang berada dalam
Central Gold Belt Semenanjung Malaysia menjadikan
aktiviti perlombongan emas dan bijeh besi telah lama
dijalankan di beberapa kawasan dalam daerah Lipis.
Kepentingan sektor perlombongan ini dijelaskan oleh
jadual 6.2.7 berikut yang menunjukkan statistik
pengeluaran hasil mineral di daerah Lipis berbanding
lain lain daerah dalam Negeri Pahang.
Foto 6.2.3: Lombong Emas Penjom, BP Penjom
Foto 6.2.4: Lombong Emas Selinsing, BP Hulu Jelai
Jadual 6.2.7 Statistik Bilangan Lombong dan Pengeluaran Hasil Mineral Negeri Pahang 2008
Daerah
Timah Emas Barit Besi Kaolin
Bil.
Lombong
Pengeluar
an
(kg)
Bil.
Lombong
Pengeluar
an
(gm)
Bil.
Lombong
Pengeluar
an
(kg)
Bil.
Lombong
Pengeluar
an
(ton)
Bil.
Lombong
Pengeluar
an
(ton)
Bentong - 158,536.00 - - - - - - - -
Bera - - - - - - - - - -
Cameron
Highlands - - - - - - - - - -
Jerantut - - - - - - 1 3,590.00 - -
Kuantan 1 74,142.00 - - - - - - - -
Lipis - - 4 2,823,834.05 - - 1 38,000.00 - -
Maran - - 1 8,653.54 - - 2 174,822.00 - -
Pecan - - - - - - - - - -
Raub 1 8,023.30 1 - - - - - - -
Rompin 1 2,218.00 - - - - 3 306,573.00 - 235.00
Termeloh - - - - - - - - - -
PAHANG 3 242,919.30 6 2,832,487.59 0 - 7 522,985.00 1 235.00
Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, 2008
Secara keseluruhan terdapat dua kawasan perlombongan emas di Penjom (BP Penjom)dan Bukit Selinsing
(BP Hulu Jelai), dua kawasan perlombongan bijeh besi di Kerambit (BP Cheka) dan Sungai Temau (BP
Batu Yon) dan sebuah tapak Kuari di Kechau Tui (BP Telang). Jadual 6.2.8 menjelaskan lokasi dan keluasan
kawasan aktiviti perlombongan didaerah Lipis.
Jadual 6.2.8: Lokasi dan Keluasan Aktiviti Perlombongan di Daerah Lipis
Kawasan Mineral Keluasan (Hektar) Pengusaha
Penjom Emas 820 Avocet Mineral PLC
Selinsing Emas 830 Monument Mining Ltd
Sg. Temau Bijih Besi 202 PKNP
Kerambit Bijih Besi 120 Sun Mining Works Sdn. Bhd.
Kechau Kuari 82 Kuari Kacamas
Jumlah 2054
Kawasan perlombongan Penjom terletak berhampiran Empang Jaleh dalam mukim Penjom. Kawasan
perlombongan ini melibatkan kawasan seluas 820 hektar (2026 ekar). Beroperasi sejak 1996 oleh Avocet
Mining Ltd. sebuah syarikat perlombongan British.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 21
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
Kawasan perlombongan emas Bukit Selinsing pula
terletak di Sungai Koyan dalam mukim Hulu Jelai.
Keseluruhannya melibatkan kawasan carigali dan
pajakan seluas 830 hektar yang di beri lesen kepada
Monumen Mining Ltd sebuah syarikat perlombongan
dari Canada.
Rajah 6.2.4: Kawasan Lombong Emas Selinsing
Rajah 6.2.5: Kawasan lombong Emas penjom
Kg. Hulu Teris
Penjom
Kg. Batu Enam
Penjom Goldmine
Empang Jaleh
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 14
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
Rajah 6.2.6: Taburan kawasan perlombongan Daerah Lipis.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 15
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.7: Pelan kawasan perlombongan dan carigali
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 16
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.11 Potensi Pembangunan Sektor Perlombongan
Sektor perlombongan Daerah Lipis mempunyai potensi
yang besar pada masa akan datang. Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia telah mengenal pasti
kawasan berpotensi untuk aktiviti perlombongan
dalam daerah Lipis. Jadual 6.2.9 dan 6.2.10
menjelaskan kawasan berpotensi bagi hasil mineral
emas dan bijih besi.
Jadual 6.2.9 : Kawasan Berpotensi Galian Emas di Daerah
Lipis
Kawasan Razab
(juta tan metrik)
Status Tanah
Sg. Merapoh, Batu
Yon
266.8 Individu
Neram Tunggal, Ulu
Jelai
258 Individu
Sg. Tui, Telang 88.2 Individu
Ulu Sungai Chedu,
Ulu Jelai
22.7 Hutan Simpan
Sg. Tekai, Kechau 18.8 Taman Negara
Sg. Telom, Ulu Jelai 17.1 Hutan Simpan
Batu Yon, Batu Yon 17.1 Individu
Sg. Niram, Batu Yon 11.4 Hutan Simpan
Sg. Talam, Tanjung
Besar
11 Individu
Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, 2009
Jadual 6.2.10: Kawasan Berpotensi Galian Besi di Daerah Lipis
Kawasan Rezab
(Tan Metrik)
Status Tanah
Sg. Temu, Batu Yon 600,000 Hutan Simpan
Kerambit, Cheka 1.5 juta Individu Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, 2009
Manakala perunding Monument Mining Ltd telah
menganggarkan stok simpanan emas di kawasan
Selinsing (Buffalo Reef) adalah sebanyak 168,000 aun
emas manakala di kawasan Penjom dianggarkan
mempunyai stok simpanan emas sebanyak 1.2 juta
aun. Analisis oleh perunding telah mengenalpasti
kawasan berpotensi baru perlombongan emas seluas
lebih 13,354 hektar (33,000 ekar) di BP Hulu Jelai, BP Batu Yon dan BP Penjom.
Pihak PKNP telah menyediakan program jangka panjang pembangunan perlombongan di daerah Lipis
melalui mengenal pasti kawasan baru carigali dan mencadangkan tapak baru aktiviti perlombongan.
Diantara kawasan yang dikenalpasti adalah :
1. Sungai Cadu dan Gua Timah di BP Hulu Jelai.
2. Sungai Temau dan Bukit Tok Jenung di BP Hulu Jelai
3. Sungai Merapoh dan Sungai Lalang di BP Batu Yon
4. Sungai Serau di BP Hulu Jelai
5. Kawasan Hutan Terenggun dan Empang Jaleh di BP Penjom
6. Kawasan Hutan Tersang di BP Telang
Rajah 6.2.8: Kawasan Perlombongan dan Carigali PKNP di BP Hulu Jelai
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 17
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
6.2.13 Isu dan Masalah
Industri
Diantara isu isu utama sektor perindustrian di daerah
Lipis adalah :
i. Kemerosotan aktiviti industri berasaskan
perkayuan.
Terdapat beberapa kilang berasaskan
‘woodbased’ tidak lagi beroperasi dalam
daerah Lipis. Keadaan ini menyebabkan
pekerja hilang pekerjaan. Oleh itu langkah
untuk mempelbagai kegiatan industri dapat
membuka peluang pekerjaan baru kepada
penduduk tempatan.
ii. Kawasan Perindustrian Ringan Kuala Lipis
(Tempoyang).
Pada masakini kawasan perindustrian
Tempoyang telah pun hampir penuh.
Keadaan kawasan industri agak sesak
dengan kenderaan diletakkan di bahu jalan
serta menggangu lalulintas. Perancangan
kawasan industri baru perlu mengambil kira
faktor kemudahan infrastruktur sokongan
seperti tempat letak kereta, kemudahan surau
dan tandas awam serta kawasan rekreasi.
iii. Penglibatan Bumiputera
Penglibatan bumiputera dalam sektor
perindustrian maseh lagi kecil dan perlu
dipertingkatkan selaras dengan dasar
pembangunan luar bandar kearah usaha
meningkatkan pendapatan penduduk luar
bandar melalui aktiviti industri.
iv. Lot Industri Kosong di Kawasan Perindustrian
Kechau Tui
Kawasan industri Kechau Tui menawarkan 79
lot industri dan hanya ada beberapa
pertubuhan industri termasuk kilang Mieco
Chipboard. Sebahagian besar kawasan masih
lagi kosong dan tiada pengusaha beroperasi.
Perlombongan
i. Bekas Lombong Yang Terbiar
Aktiviti perlombongan seringkali menyebabkan berlakunya kawasan bekas lombong terbiar
apabila lombong tersebut tidak diusahakan lagi sebagai kawasan lombong aktif. Oleh itu perlu
ada langkah strategik seperti mengenakan syarat kepada pengusaha untuk menukar kawasan
bekas lombong kepada sebuah kawasan rekreasi bagi memastikan ianya dapat di
menafaatkan oleh penduduk tempatan.
ii. Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar
Aktiviti perlombongan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan kualiti alam sekitar dan masalah
pencemaran. Pencemaran udara berlaku apabila proses melombong mengeluarkan habuk dan
bunyi yang memberi kesan negatif kepada petempatan berdekatan. Juga berlaku masalah
pembuangan sisa air buangan dari lombong ke kawasan sungai yang boleh mencemarkan
sungai.
iii. Pembesaran Kawasan Konsesi Perlombongan Menjejaskan Gunatanah Pertanian dan
Pencerobohan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
Kajian yang dijalankan menunjukkan kawasan RTD Lipis mempunyai potensi yang besar sebagai
kawasan aktif perlombongan emas dan bijih besi pada masa akan datang. Kajian oleh perunding
pengusaha telah pun mengenalpasti kawasan baru untuk aktiviti perlombongan. Kawasan seluas
kira kira 33,000 ekar ( 13,354 hektar) di BP Hulu Jelai, BP Batu Yon dan BP Penjom berpotensi untuk
dimajukan sebagai kawasan perlombongan baru. Oleh itu dasar pembesaran aktiviti
perlombongan perlu di buat bagi memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan secara terkawal.
Pembesaran kawasan lombong bermakna guna tanah kawasan pertanian dan perhutanan
terpaksa di kurangkan bagi memberi laluan kepada aktiviti tersebut. Ia juga bermakna akan
berlaku pencerobohan guna tanah di kawasan KSAS.
6.2.14 Cadangan Awal
Perindustrian
Diantara cadangan awal sektor perindustrian adalah :
i. Menjadikan Lipis Daerah Mesra Pelabur. Usaha untuk mempromosi dan mengalakkan kemasukkan
pelabur luar harus diberi keutamaan.
ii. Pembangunan kawasan industri baru selaras dengan keperluan semasa khususnya bagi
mengatasi masalah kawasan industri dalam bandar yang telah penuh. Kawasan Seberang Jelai
berpotensi dibangunkan sebagai tapak kawasan perindustrian perkhidmatan dan ringan.
iii. Mempelbagai aktiviti industri dalam daerah Lipis khususnya aktiviti industri ringan, perkhidmatan
dan sederhana. Juga usaha lebih giat kearah pengukuhan aktiviti IKS dan industri pemerosesan
hasil pertanian.
iv. Menempatkan semula bengkel dan aktiviti industri perkhidmatan berhampiran bandar ke luar
dari kawasan pusat bandar.
v. Mengambil kira cadangan laluan infrastruktur baru khususnya jalan Central Spine Road dalam
cadangan kawasan industri baru.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
6 - 18
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI
vi. Meningkatkan penglibatan penduduk
tempatan melalui pembangunan kawasan
IKS baru khususnya aktiviti pemerosesan
makanan dan hasil pertanian.
Perlombongan
i. Pematuhan Kepada Syarat Kualiti Alam
Sekitar
Pengusaha yang menjalankan aktiviti
perlombongan ini perlu mematuhi semua
keperluan dan syarat yang ditetapkan oleh
Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri
bagi memastikan operasi perlombongan
dapat dijalankan secara baik dan terkawal.
Laporan EIA perlu disediakan dan di beri
kelulusan sebelum operasi perlombongan
tersebut dijalankan.
ii. Pengurusan dan Pengunaan Kawasan Bekas
Lombong
Kawasan bekas lombong dalam kawasan RTD
Lipis berpotensi untuk dimajukan sebagai
kawasan rekreasi air. Ia boleh dijadikan
kawasan rekreasi tempatan serta kawasan
tarikan pelancong jika kemudahan rekreasi
dapat disediakan dikawasan tersebut. Selain
itu ia juga boleh dijadikan kawasan
aquakultur oleh agensi berkaitan disamping
menggunakan kawasan sekitar lombong
untuk aktiviti pertanian.
iii. Kaedah Perlombongan Moden
Mencadangkan dan memastikan pengusaha
lombong menggunakan kaedah moden dan
terkini dalam melombong dan memproses
pengeluaran mineral yang dihasilkan. Kaedah
moden ini mampu mengurangkan kesan
negatif terhadap alam sekitar disamping
dapat meningkatkan hasil pengeluaran
mineral.
.