BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

32
Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya Pengenalan 1. Dalam khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berpesan supaya umat Islam berpegang teguh pada agama Islam yang berasaskan al-Quran dan sunah. Umat Islam harus bersatu padu dan cinta akan perdamaian. 2. Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi umat Islam, antaranya ialah: (a) Pelantikan pengganti Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin kerana baginda tidak menamakan calon penggantinya. (b) Munculnya golongan al-Riddah, iaitu mereka yang mengambil kesempatan untuk tidak membayar zakat, yang murtad dan yang mengaku diri mereka sebagai nabi. 3. Dalam keadaan yang sedemikian, kerajaan Islam di Madinah memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan masyarakat serta meneruskan system pemerintahan kerajaan Islam. 6.1 Kerajaan Khulafa al-Rasyidin 1. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh Khalifah. 2. Zaman pemerintahan ini dikenali sebagai Zaman khulafa al- Rasyidin. 3. Kewujudan system khalifah ini membuktikan umat Islam bersatu padu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Cara pemilihan khalifah 1. Kaedah pelantikan khalifah ialah: Kaedah Khalifah Cara (a) Musyawarah Diamalkan semasa pelantikan Golongan Ansar daripada Bani Saadah di Saqifah telah mencadangkan Saad

Transcript of BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

Page 1: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Pengenalan

1. Dalam khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berpesan supaya umat Islam berpegang teguh pada agama Islam yang berasaskan al-Quran dan sunah. Umat Islam harus bersatu padu dan cinta akan perdamaian.

2. Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi umat Islam, antaranya ialah:

(a) Pelantikan pengganti Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin kerana baginda tidak menamakan calon penggantinya.

(b) Munculnya golongan al-Riddah, iaitu mereka yang mengambil kesempatan untuk tidak membayar zakat, yang murtad dan yang mengaku diri mereka sebagai nabi.

3. Dalam keadaan yang sedemikian, kerajaan Islam di Madinah memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan masyarakat serta meneruskan system pemerintahan kerajaan Islam.

6.1 Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

1. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh Khalifah.

2. Zaman pemerintahan ini dikenali sebagai Zaman khulafa al-Rasyidin.3. Kewujudan system khalifah ini membuktikan umat Islam bersatu padu dan dapat

mengatasi masalah kepimpinan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Cara pemilihan khalifah

1. Kaedah pelantikan khalifah ialah:

Kaedah Khalifah Cara(a) Musyawarah Diamalkan semasa

pelantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Golongan Ansar daripada Bani Saadah di Saqifah telah mencadangkan Saad bin Ubadah.

Apabila ini diketahui oleh golongan Muhajirin, perbincangan telah diadakan oleh kedua-dua pihak.

Akhirnya, atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.

(b) Cadangan satu nama sahaja

Diamalkan semasa pelantikan Saidina Umat al-Khattab

Saidina Umar dilantik menjadi khalifah kerana beliau dicadangkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

Cadangan ini dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

(c) Pemilihan daripada

Diamalkan semasa pelantikan Saidina

Selepas Saidina Umar wafat, enam orang termasuk Saidina Uthman dan

Page 2: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

beberapa orang calon

Uthman bin Affan Saidina Ali telah dicalonkan untuk menggantikan tempat beliau.

Saidina Uthman akhirnya terpilih.(d) Pencalonan oleh sekelompok masyarakat.

Diamalkan semasa pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib.

Pemilihan Khalifah Ali dilakukan oleh majlis Syura.

2. Walaupun terdapat empat kaedah pemilihan khalifah, namun semua kaedah tersebut telah melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam.

3. Musyawarah atau syura bererti permuafakatan atau konsensus. Proses ini melibatkan persetujuan umum oleh orang ramai selepas rundingan atau permesyuaratan diadakan pada peringkat tertinggi di kalangan ahli bijak pandai Islam. Ahli bijak pandai Islam ini dikenali sebagai Ahli Syura.

4. Upacara mengangkat sumpah atau lafaz taat setia atau balah diadakan sebelum seseorang dilantik menjadi khalifah.

5. Baiah membawa maksud kerelaan dan taat setia antara orang yang memerintah dengan orang yang diperintah.

6. Proses syura dan baiah dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi. Ini akan membolehkan pentadbiran kerajaan dan negara menjadi lancar.

Konsep khalifah

1. Dalam bahasa Arab, khalifah bermaksud pengganti. Khulafa ialah kata jamak bagi khalifah.

2. Gelaran ini disandang oleh ketua negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

3. mereka diberi mandat untuk memimpin, memerintah dan mentadbir negara Islam.4. Mereka juga bertanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam serta

mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam.

Syarat pelantikan khalifah Lelaki yang merdeka dan beragama Islam serta mempunyai pengetahuan

mengenai Islam. Warak, sanggup mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum-Nya. Bersifat adil dan mempunyai akhlak yang baik. Berfikiran cerdas, berilmu, memiliki pemikiran yang tajam, pintar dan bijak

mentadbir. Mempunyai tubuh yang sihat dan sempurna.

Tugas khalifah

1. Khalifah ialah ketua negara. Dalam konteks ini beliau bertanggungjawab:(a) Memelihara kedudukan agama Islam.(b) Mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berasaskan al-Quran dan

sunah.(c) Memastikan wujudnya keseimbangan dalam memenuhi keperluan rohani dan

jasmani rakyat.2. Tanggungjawab khalifah dalam bidang politik:

Page 3: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

(a) Memastikan kelicinan pentadbiran negara.(b) Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.(c) Melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.

3. Tanggungjawab khalifah dalam bidang sosial:(a) Menjaga kebajikan rakyat untuk memastikan mereka dapat menikmati

kesejahteraan di dunia dan di akhirat.(b) Meneruskan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.(c) Memastikan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura.(d) Memantapkan sistem perundangan Islam.

4. Tanggungjawab khalifah dalam bidang ekonomi:(a) Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara atau

baitulmal dengan baik.(b) Menguruskan pungutan cukai. Antara cukai yang dimaksudkan ialah:

Kharaj Cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam.Jizyah Cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di

negara Islam.Zakat Cukai yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam apabila cukup syarat-

syaratnya. Ia dikenakan ke atas harta dan tanaman atau hasil orang Islam.

Sumbangan Khulafa al-RasyidinKhalifah Abu Bakar al-Siddiq

1. Khalifah Abu Bakar al- Rasyidin dilahirkan pada tahun 573 M dari keturunan Bani Tamim.

2. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abu Quhafah.3. Beliau sentiasa yakin dengan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. dan dengan itu

dikenali sebagai ’al-Siddiq’ atau ’yang membenarkan.4. Beliau juga seorang yang ihklas, jujur dan setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.5. Beliau dilantik menjadi khalifah atas cadangan Saidina Umar dan selepas

musyawarah antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar.6. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda

masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.(a) Tindakan yang tegas diambil beliau terhadap mereka yang terbabit dalam

gerakan golongan al-Riddah.(b) Golongan ini terdiri daripada orang Islam yang murtad dan mereka yang telah

menyalahtafsirkan ayat al-Quran sehingga mereka tidak mahu membayar zakat dan ada juga yang mengaku diri mereka sebagai nabi.

7. Khalifah Abu Bakar juga berjaya mempertahankan kerajaan Islam di Madinah daripada ancaman kuasa luar.

(a) Kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat telah mengancam kerajaan Islam di Madinah.

(b) (i) Panglima perang Khalid bin al-Walid dihantar untuk menentang angkatan tentera Parsi di Iraq. Tentera pimpinan beliau telah juga berjaya mengalahkan tentera Byzantine dan seterusnya menguasai Syria, Iraq dan Mesir. (ii) Usamah bin Zaid pula dihantar ke Ghassan dan berjaya mengalahkan

Page 4: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

musuh. 8. Khalifah Abu Bakar telah berusaha melicinkan pentadbiran kerajaan.

(a) Tanah Arab dibahagikan kepada 10 wilayah dengan setiap wilayah ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali sebagai ’amir’.

(b) Wilayah-wilayah yang diwujudkan ialah wilayah Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, hadhramaut dan Nijran.

9. Usaha mengumpulkan tulisan al-Quran juga merupakan sumbangan besar beliau.(a) Usaha ini didorong oleh kebimbangan beliau akibat kematian ramai hafiz

al-Quran yang terdapat pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang. Ayat-ayat al-Quran tersebut kemudiannya disalin semula.

(b) Salinan al-Quran tersebut kemudiannya telah disimpan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan.

10. Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang lain ialah:(a) Memperkenalkan pembayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta

rampasan perang.(b) Memperkenalkan undang-undang tanah.(c) Mewujudkan hak rakyat, terutama berkaitan dengan hak golongan mawali.

(i) Golongan mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk agama Islam.

(ii) Mereka diberi keistimewaan yang sama seperti yang dimiliki orang Arab Muslim, tetapi mereka dikehendaki membayar cukai tambahan.

11. Khalifah Abu Bakar telah diberi gelaran ’Penyelamat Umat Islam’ untuk mengiktiraf kejayaan dan sumbangan beliau.

Khalifah Umar al-Khattab

1. Khalifah Umar al-Khattab bin Naufal dilahirkan pada tahun 583 M dan berasal daripada Bani Adi, berketurunan Quraisy.

2. Beliau seorang yang berani, tegas dan berterus terang.3. Beliau dilantik sebagai khalifah atas cadangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang

ketika itu sedang sakit dan dipersetujui orang ramai.4. Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab dianggap sebagai Zaman

Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan telah diperkenalkan.

5. Dalam bidang politik, dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai telah diperkenalkan.(a) Majlis syura yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar telah

ditubuhkan.(b) Jajahan takluk Islam telah telah dibahagikan kepada beberapa wilayah.

Ketua wilayah, iaitu wali atau gabenor yang dilantik dan mereka menjalankan tugas sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Antara wilayah di jajahan takluk Islam yang penting ialah Kufah, Palestin, Jazirah dan Basrah.

6. Untuk melicinkan lagi jentera pentadbiran, beberapa jabatan penting telah ditubuhkan.(a) Antaranya ialah Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan

Jabatan Perbendaharaan Negara. Jabatan-jabatan tersebut diketuai oleh katib atau setiausaha.

Page 5: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

(b) Jabatan Kehakiman juga ditubuhkan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, tindakan berikut diambil:

(i) Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan yang lain. (ii) Hakim diberi gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.

7. Dalam bidang sosial, Khalifah Umar telah memberi perhatian kepada aspek pendidikan.

(a) Tempat pembelajaran telah disediakan di kawasan masjid untuk mengembangkan pengajaran al-Quran.

(b) Guru-guru agama telah dihantar ke semua wilayah untuk mengembangkan lagi pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengajar orang Badwi.

8. Khalifah Umar telah memperkenalkan kalendar Islam dengan tahun Hijrah dijadikan titik permulaan pengiraan tahun.

9. Sistem ketenteraan telah disusun oleh Khalifah Umar.(a) Tentera tetap dan tentera sukarela dibentuk.(b) Gaji dan pakaian seragam diberikan kepada tentera tetap.(c) Markas tentera dibina di bandar-bandar utama.(d) Kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh.

Contohnya, di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.10. Pelbagai langkah juga diambil untuk mempertingkatkan ekonomi.

(a) Terusan dan tali air dibina untuk menambahkan hasil pertanian. Contohnya, Empangan Abu Musa dibina di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin pula dibina di Mesir.

(b) Rakyat digalakkan mengusahakan tanah terbiar serta meneroka tanah baru untuk pertanian.

(c) Pelbagai jenis cukai diperkenalkan, antaranya:Cukai jizyah

Dikenakan atas golongan zimmi, iaitu orang bukan Islam yang rela hidup di bawah pemerintahan Islam.

Cukai ini tidak berat atau membebankan.Cukai kharaj

Dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Contohnya, barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, gandum

sebanyak dua dirham dan anggur sebanyak 10 dirham.

(d) Baitulmal didirikan untuk mengawal pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj.

11. Gelaran ’Amirul Mukminin’ atau ’Panglima Agung Mukmin’ diberikan kepada Khalifah Umar untuk mengiktiraf kejayaan dan sumbangan beliau.

Khalifah Uthman bin Affan

1. Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah dilahirkan pada tahun 576 M dan berasal daripada Bani Umaiyah.

2. Beliau seorang hartawan yang terkenal dengan sifat dermawan, lemah lembut dan bertolak ansur. Beliau juga amat bersimpati terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

3. Beliau digelar ’Zun Nurain’ (mempunyai dua cahaya) kerana pernah berkahwin dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

4. Beliau adalah salah seorang daripada enam orang yang telah dicalonkan untuk menjadi khalifah yang ketiga selepas wafatnya Khalifah Umar.

Page 6: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

5. Saidina Uthman dan Saidina Ali telah menerima undi yang sama banyak. Pengerusi mesyuarat, Abdul Rahman bin Auf telah meninjau pendapat orang ramai.

6. Akhirnya, Saidina Uthman dilantik selepas menerima persetujuan orang ramai melalui majlis syura.

7. Khalifah Uthman berjaya membina sebuah empayar Islam yang luas dengan meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.

8. Pertahanan Negara Islam telah diperkukuhkan. Beliau berjaya membina angkatan tentera laut Islam yang pertama.

9. Cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran telah diselaraskan apabila beliau mengisytiharkan penggunaan naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Ini dapat menyelesaikan masalah kepelbagaian cara bacaan ayat al-Quran apabila agama Islam semakin tersebar luas.

10. Khalifah Uthman telah memperbaiki infrastruktur dengan membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan pengembara.

11. Dalam aspek ekonomi, peranan baitulmal telah diperkukuhkan.(a) Jizyah yang dikenakan atas penduduk bukan Islam dikekalkan sebagai salah

satu sumber pendapatan baitulmal.(b) Pendapatan negara digunakan untuk membiayai pembangunan negara.

Peralatan dan kapal dibeli untuk memperkuatkan angkatan tentera laut Islam.

Khalifah Ali bin Abu Talib

1. Khalifah Ali bin Abu Talib dilahirkan pada tahun 602 M dan berasal daripada Bani Hasyim, berketurunan Quraisy.

2. Beliau ialah sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w.3. Beliau terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya. Beliau seorang yang

tegas dan berpengetahuan luas dalam bidang perundangan Islam.4. Khalifah Ali dijadikan khalifah selepas beliau dicalonkan oleh sekelompok

masyarakat dan setelah mendapat sokongan suara terbanyak.5. Khalifah Ali bin Abu Talib berjaya menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan

dengan masyarakat dan undang-undang Islam.6. Beliau sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara melalui

proses rundingan. Contohnya, semasa berlakunya perang saudara, iaitu Perang Siffin, beliau rela menghentikan peperangan untuk membolehkan rundingan diadakan walaupun beliau hampir mencapai kemenangan semata-mata kerana lawannya telah mengangkat al-Quran.

7. Dalam bidang pertahanan negara, markas tentera telah dibina di Parsi dan di sempadan Syria.

8. Dalam bidang ekonomi, kutipan jizyah diteruskan ke atas golongan zimmi. Ini jelas dicatatkan dalam surat beliau kepada Al-Aystar (gabenor beliau di Mausil dan bandar-bandar lain di Iraq dan Syria).

Kesimpulan

1. Kepimpinan empat khalifah ini sangat menitik beratkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.

2. Kerajaan Islam di Madinah dapat berkembang menjadi sebuah negara yang kukuh dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas kerana terdapat perpaduan yang kukuh.

3. Malahan kerajaan Madinah dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi yang kuat ketika itu.

Page 7: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

4. Keempat-empat khalifah ini telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.5. Mereka tidak mengamalkan kehidupan mewah serta tidak mementingkan diri.6. Mereka berjuang untuk mengekalkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat jelata.7. Golongan Rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana

keupayaan pemerintah menjalankan tugas dengan baik.8. Rakyat membalas dengan memberi taat setia kepada pemerintah pada Zaman khulafa

al-Rashidin ini.

6.2 Kerajaan Bani Umaiyah

1. Setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia pada tahun 661 M, maka berakhirlah pemerintahan kerajaan Islam mengikut sistem Syura.

2. Sistem warisan telah menggantikan Sistem Syura.3. Jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi turun-temurun dan dikenali sebagai

pemerintahan monarki.

Pembentukan kerajaan Bani Umaiyah

1. Nama kerajaan Bani Umaiyah diambil sempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf.

2. Beliau ialah seorang tokoh peniaga yang terkenal dan amat dihormati oleh masyarakat Arab.

3. Muawiayah bin Abu Sufyan ialah pengasas kerajaan Bani Umaiyah.4. Beliau berjaya menjadi pemerintah apabila Hassan bin Ali menyerah kuasa kepada

beliau untuk mengelakkan perpecahan terus dalam umat Islam.5. Kerajaan Bani Umaiyah terbahagi kepada dua peringkat:

Tahap Pertama Tahap Tahap KeduaDi Damsyik Pusat kerajaan Di Cardova, Andalusia661-750 M Tempoh pemerintahan 756-1031 MMuawiyah bin Abu Sufyan Pengasas Abdul Rahman al-DakhilKhalifah Gelaran pemimpin Amir- Muawiyah bin Abu Sufyan (661-680 M)- Abdul Malik bin Malik (685-705 M)- Umar bin Abdul Aziz (717-743 M)- Hisyam bin Abdul Malik (724-743 M)

Pemimpin terkenal - Abdul Rahman bin al-Dakhil (756-788 M)- Abdul Rahman II (822-825 M)- Abdul Rahman III (912-961 M)- Abdul Rahman IV (961-976 M)

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah (Tahap Pertama)Sistem pemerintahan dan pentadbiran

1. Sistem pentadbiran kerajaan diurus secara sistematik.2. Setiap jawatan yang dibentuk mempunyai tugas dan fungsi yang jelas. Sistem

pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah melibatkan empat aspek yang utama:

Sistem Khalifah dilantik sebagai ketua pemerintah.

Page 8: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

khalifah Pelantikan khalifah dilakukan secara warisan.Sistem wazarah

Wazir dilantik untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di peringkat kerajaan pusat.

Di peringkat wilayah pula, gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbirannya.

Sistem urus setia

Beberapa orang pegawai utama dilantik untuk mengumpulkan rekod, mengurus surat-menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman.

Sistem hijabah

3. Pegawai dilantik untuk memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, untuk mengawal keselamatan khalifah dan sebagai pemegang amanah.

4. Cuma tiga orang pegawai dikecualikan daripada sekatan dalam proses menemui khalifah. Mereka ialah Bilal, Ketua Pos dan Ketua Penyelia Makanan.

3. Empat buah jabatan juga ditubuhkan untuk memperkemaskan lagi sistem pentadbiran. Jabatan-jabatan tersebut ialah Jabatan Cukai, Jabatan Urusan Am, Jabatan Surat-Menyurat dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah.

4. Sistem ketenteraan diperkemaskan pada tahap pertama pemerintahan Bani Umaiyah.a) Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) dituguhkan untuk memperkukuhkan

pertahanan negara.b) Angkatan tentera darat dan tentera laut juga ditubuhkan.

Bidang sosial

1. Dalam bidang sosial, ilmu pengetahuan berkembang maju pada tahap pertama kerajaan Bani Umaiyah.

2. Kota Basrah berkembang menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.3. Antara tokoh ilmuan yang terkenal:

Perkara TokohBahasa Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab)

Sibawayhi (ahli nahu Arab)Sastera Al-Farazdaq

Jarir Umar ibn Abi Rabia’h Jabil al-Uzri

Agama Urwah bin al-Zubayr (hadis) Ibn Zihat al-Zuhri (hadis) Ibn Jarih (tafsir al-Quran) Hasan al-Basri dan Wasil ibn Abta (usuluddin)(Tokoh agama ini muncul pada era khalifah Umar ibn Abdul Aziz, ketika ilmu agama pesat berkembang.)

4. Bahasa Arab berkembang sehingga menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab juga mendapat faedah daripada perkembangan ilmu ini apabila tanda binyi atau baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran.

5. Taraf kesihatan meningkat dengan pembinaan hospital.a) Khalifah al-Walid bin Abdul Malik membina hospital yang pertama di Damsyik.b) Khalifah Umar ibn Abdul Aziz pula membina hospital penyakit kusta.

Page 9: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

6. Buku rujukan bagi pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.a) Contohnya, pakar bedah terkenal di Damsyik, Ibn al-Nafis telah menghasilkan

sebuah buku al-Shamil fis Siha’ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran).

b) Buku ini membicarakan tentang teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Ibn al-Nafis juga menerangkan tentang sistem peredaran darah.

7. Bidang kimia dan astronomi juga turut berkembang.8. Sistem perundangan mencapai peningkatan. Antara konsep perundangan yang penting

ialah:a) Hukuman dikenakan hakim berasaskan ijtihad (penggunaan keupayaan berfikir

berdasarkan kaedah-kaedah tertentu) dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau ijmak (kesepakatan pendapat para ulama).

b) Hakim mestilah adil dan bebas, iaitu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sumbanagn Kerajaan Bani Umaiyah (Tahap Kedua)Bidang pendidikan

1. Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam aspek pendidikan adalah ketara khususnya pada abad ke-10 M.

2. Abdul Rahman III mengasaskan pusat pengajian tinggi di Cardova.a) Ia berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.b) Ia merupakan pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara

dunia Islam dengan Eropah.c) Ia menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia khususnya pelajar-pelajar dari seluruh

Eropah ketika itu.d) Sebuah perpustakaan diasaskan oleh al-Hakam II telah dibina di sini.

3. Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III dan al-Hakam II, 70 buah perpustkaan serta 17 buah pusat pengajian dibina di Andalusia.

4. Selain Cardova, pusat pengajian dan keilmuan turut berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

5. (a) Sebuah pusat penterjemahan telah dibina di Toledo. Karya tokoh-tokoh Yunani telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab.

(b) Ini membolehkan masyarakat kerajaan Umaiyah dan arab mempelajari pelbagai ilmu.

Bidang seni bina

1. Kegemilangan seni bina Islam adalah terserlah pada zaman ini. Antara binaan yang dapat menonjolkan seni bina Islam ialah masjid Cardova dan istana al-Hambra di Granada.

2. Antara ciri masjid Cardova:a) Mempunyai menara yang tingginya sekitar 36 meter.b) Kubahnya beralaskan kayu berukir.c) Ia mempunyai 1093 tiang yang diperbuat daripada marmar.d) Pada waktu malam ia diterangi dengan 4700 buah lampu dan untuk tujuan ini

11 tan minyak diperlukan setiap tahun.

Bidang ekonomi

1. Baitulmal ditubuhkan untuk membolehkan sistem kewangan diwujudkan. Melaluinya pendapatan dan perbelanjaan negara dapat diimbangi.

Page 10: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

2. Pelbagai jenis cukai telah diperkenalkan untuk meningkatkan sumber pendapatan kerajaan. Antaranya ialah:

a) Kharaj (cukai tanah)b) Jizyah (cukai perlindungan)c) Zakatd) Usyur (cukai sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian

3. Ghanimah juga ialah sumber pendapatan negara melalui harta rampasan tentera dalam peperangan.

4. Pada tahap kedua kerajaan Bani Umaiyah, Cardova berkembang menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang penting.

5. Kejayaan ekonomi di Andalusia adalah melalui perkembangan sektor pembuatan. Antaranya ialah:

a) Pembuatan barang tembikarb) Pembuatan alat perhiasan daripada perak dan emas.c) Perusahaan memproses kulitd) Industri membuat senjata

6. Sektor pertanian berkembang maju dengan terbinanya sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.

7. Penyelidikan juga dijalankan untuk memperoleh benih yang berkualiti. Ini membolehkan hasil pertanian dipertingkatkan.

6.3 Kerajaan Bani Abbasiyah

1. Penentangan berlaku dari dalam dan luar negara pada peringkat akhir pemerintah kerajaan Bani Umaiyah. Antara Faktor penentangan tersebut ialah:

Tentangan golonagan mawali

Golongan mawali (orang Islam bukan keturunan Arab seperti bangsa Parsi dan Barbar) rasa tidak puas hati kerana mereka rasa mereka didiskriminasikan .

Jawatan tidak diberi kepada mereka walaupu mereka layak. Kadar cukai yang lebih tinggi dikenakan ke atas mereka

berbanding dengan orang Arab IslamSikap khalifah Bani Umaiyah

Para khalifah Bani Umaiyah menjelang peringkat akhir zaman Bani Umaiyah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Mereka juga telah mengabaikan ajaran Islam.

Sistem warisan yang diamalkan dalam pemilihan khalifah ditentang oleh sebilangan orang Islam khususnya golongan syiah dan golongan khawarij.

Golongan ini kemudiannya menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

Pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah

1. Pada tahun 750 M, kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk selepas Revolusi Abbasiyah berjaya menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah.

2. Gerakan Abbasiyah bermula secara sulit dan ditaja oleh Ali bin Abdullah.3. Ia menjadi gerakan secara terbuka mulai zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.

Page 11: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

4. Untuk memperoleh sokongan, gerakan ini dilakukan atas nama keluarga Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Ahlul Bait.

5. Pusat gerakan ialah Khurasan, Kufah dan Humaimah.6. Tokoh penting gerakan ini ialah:

a) Abu Muslim al-Khurasani yang mengetuai gerakan di Khurasan.b) Abu salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah.

7. Kerajaan yang berjaya didirikan gerakan Abbasiyah dinamakan sempena nama al-Abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.).

8. Sistem pemerintahan kerajaan ini ialah sistem pemerintahan keturunan raja, iaitu sistem warisan atau sistem monarki.

9. Pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah telah dipindahkan dari Damsyik ke Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah abu Jaafar al-Mansur.

10. Kerajaan Bani Abbasiyah berakhir pada tahun 1258 M apabila kota Baghdad berjaya ditawan oleh tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan (cucu Genghiz khan).

11. Khalifah al-Musta’sim telah diusir keluar dari Baghdad.

Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah

1. Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah yang paling penting ialah peranan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu khususnya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun.

2. Melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa arab, perkembangan ilmu telah berlaku.

3. Sebuah institusi keilmuan, iaitu baitulhikmah telah dibina oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan berkembang pesat pada zaman al-Makmun.

4. Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan sistematik di baitulhikmah. Kerja penterjemahan dilakukan oleh sekumpulan pebterjemah di bawah pengawasan seorang penyelaras.

5. Karya falsafah dan sains khususnya daripada bahasa Yunani telah diterjemahkan.6. Usaha terjemahan juga dilakukan ke atas karya dalam bahasa Sanskrit dan Suriani.7. Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah, golongan ulama melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti penulisan.8. Meteka menjalankan aktiviti menyusun hadis serta menulis mengenai bidah fikah,

tafsir dan sejarah. Antara mereka yang terkenal ialah:a) Imam Malik: menyusun buku al-Muwatta’.b) Ibn Ishaq: menyusun sejarah Nabi Muhammad s.a.w.c) Imam Abu Hanifah: menyusun fikah dan mendapat ijtihadd) Imam Shafiee) Imam Ahmad bin Hanbal

Tiga tahap kegiatan penulisan Pertama mencatat segala idea atau percakapan. Kedua, mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad

s.a.w. ke dalam sebuah buku. Ketiga, mengarang. Usaha terakhir lebih teliti kerana segala yang dicatatkan diatur ke dalam bab

tertentu serta berbeza antara satu sama lain.

9. Pada zaman ini juga, ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.) dan ilmu hadis dipisahkan.

Page 12: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

10. (a) semasa aktiviti penterjemahan dijalankan, orang Islam juga menjalankan aktiviti mencipta, membuat pembaharuan serta membuat penambahbaikan terhadap karya berkenaan. Akibatnya ialah berlaku percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.(b) Keterangan dan ulasan dimuatkan untuk menjadikan hasilnya lebih bernilai dan bererti.(c) Hasil mereka telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka dan selanjutnya menjadi warisan yang amat bernilai kepada generasi selanjutnya.

11. (a) Melalui usaha terjemahan, orang Islam telah berbakti kepada kebudayaan dunia.(b) Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap.(c) Mereka telah mengekalkan hasil penulisan yang mereka terima semasa Eropah dilanda oleh Zaman Gelap. Ketika itu, masyarakat Eropah kurang menghargai ilmu pengetahuan. Tamadun Islam ketika itu pula berada di kemuncaknya.(d) Hasil penterjemahan, penyelidikan dan penulisan tokoh-tokoh Islam di kota Baghdad dan Cardova telah membuka mata ilmuwan Eropah. Ilmu inilah kemudiannya digunakan oleh masyarakat Eropah untuk kebangkitan Eropah pada Zaman Renaissance.

6.4 Kerajaan Turki Uthmaniyah

1. Apabila kerajaan Bani Abbasiyah menjadi lemah menjelang penghujung pemerintahannya, kerajaan-kerajaan kecil mula muncul di kawasan Parsi dan Turki.

2. Pada tahun 1258, pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah berakhir apabila orang Mongol menyerang Baghdad.

3. Kerajaan Saljuk merupakan sebuah kerajaan kecil yang penting di Turki.4. Kawasan barat Anatolia di Turki terletak di bawah pengaruh Saljuk. Namun, dalam

urusan pemerintahan dan pentadbiran ia bebas daripada pengaruh Saljuk. Ia kemudiannya berjaya menguasai kerajaan lain di Anatolia dan membentuk kerajaan Uthmaniyah.

Pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah

1. Nama kerajaan Turki Uthmaniyah berasal daripada nama pengasasnya, iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi.

a) Uthman memulakan kerjayanya sebagai amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan Anatolia.

b) Kawasan tersebut sering menghadapi ancaman luar berbanding dengan wilayah Saljuk yang lain kerana lokasinya di kawasan yang bersempadan dengan empayar Byzantine (Rom Timur).

c) Tentera Byzantine akhirnya berjaya ditumpaskan oleh Uthman pada tahun 1301 dan ini menyebabkan ramai pahlawan tentera (ghazi) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman. Ini membolehkan beliau memperluaskan kawasan penaklukannya bermula dengan kawasan di sekitar Anatolia.

d) Uthman menjadikan Bursa ibu negeri kerajaan Turki Uthmaniyah.2. Apabilah Uthman meninggal dunia pada tahun 1326, usaha perluasan kuasa

diteruskan oleh Orhan I (anak Uthman) dan pemerintah kerajaan Uthmaniyah yang seterusnya.

Page 13: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

a) Kawasan Marmara, Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli berjaya dikuasai Orhan I antara tahun 1336 hingga 1354.

b) Kawasan Balkan Selatan, utara Bilgaria, Philippopolis, Sofia, Salonica, Kosovo, utara Albania dan Wallachia pula berjaya dikuasai semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I.

c) Istanbul (Constantinople), ibu negeri Rom Timur, pula ditawan pada tahun 1453 oleh Mehmed II. Mulai peristiwa tersebut sehingga tarikh kematian Suleiman I pada tahun 1566, kerajaan Turki Uthmaniyah dikatakan berada pada zaman pengukuhan empayar.

3. Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya mempertahankan empayarnya sehingga awal abad ke-20. Menjelang awal abad ke-20, penguasaan Turki Uthmaniyah ke atas politik dan ekonomi jajahannya tidak sekuat penguasaannya ke atas kawasan tersebut pada abad ke-16.

4. Antara faktor kemerosotan Turki Uthmaniyah ialah:a) Pemimpin yang lemah.b) Keruntuhan sistem pungutan cukai.c) Tercetusnya pemberontakan di kawasan jajahan.d) Pertambahan penduduk yang pesat dalam empayar Turki menyebabkan empayar

tersebut sukar dikawal dengan penuhnya

Sumbangan Turki Uthmaniyah

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah bermula pada awal abad ke-14 dan berakhir pada abad ke-20.

2. Kerajaan ini merupakan kerajaan Islam yang paling lama memerintah. Ini membolehkan kerajaan ini membuat sumbangan yang besar.

Pembinaan empayar

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas.2. Empayar tersebut boleh dianggap sebagai sebuah kesatuan orang Islam diseluruh

dunia.3. Sepanjang pemerintahannya, Intanbul dianggap pusat pentadbiran dunia Islam.4. Apabila Makkah dan Madinah berjaya dikuasai pada tahun 1517 oleh Sultan Salim I,

kerajaan Turki Uthmaniyah juga dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam diseluruh dunia.

5. Sultan Salim I menggunakan gelaran ’pelindung dua bandar suci: Makkah dan Madinah’.

6. Gelaran tersebut diwarisi oleh pemerintah Uthmaniyah yang lain sehingga ke abad ke-18.

Perundangan

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah memberi sumbangan besar dalam sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

2. Kanun Sulaiman diperkenalkan oleh Sulaiman I untuk mempertahankan membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa agama.

3. Jawatan kadi dan mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

Page 14: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

4. Jawatan sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan koleksi fatwa yang dikeluarkan pada zaman kerajaan Turko Uthmaniyah merupakan antara sumbangan penting kepada agama dan perundangan Islam hingga kini.

Ekonomi

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk jalinan perdagangan dunia Islam yang besar yang berpusat di Istanbul.

2. Kedudukan Istanbul yang strategik menjadikannya pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan diantara timur barat serta antara dunia Islam dan dinia bukan Islam.

3. Jalinan perdagangan kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.

Sosial

1. Dalam aspek sosial, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah.

2. Sebelum kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat diamalkan.

3. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu.

a) Akibatnya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil individu.

b) Ia juga membawa kepada wujudnya mobiliti sosial yang luas dalam masyarakat Eropah.

Pendidikan

1. Dalam pendidikan, sumbangan kerajaan Uthmaniyah yang paling berpengaruh dalam dunia Islam ialah pengenalan sistem madrasah.

2. Sistem pendidikan lain yang diperkenalkan adalah sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

Ilmu pengetahuan

1. dalam aspek ilmu pengetahuan, sumbangan golongan intelektualnya yang utama adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.

2. Ensiklopedia sains telah ditulis oleh Mehmed al-Fanari dan Molla-Lutfi.3. Katip Celebi (1609-1658) pula telah menulis ensiklopedia yang masih menjadi

rujukan hingga ke hari ini.4. Perpustakaan juga menjadi institusi yang penting pada zaman kerajaan Turki

Uthmaniyah. Ia telah dibina di masjid, di hospital dan juga di rumah.

Seni bina

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga memberi sumbangan besar dalam bidang seni dan bina khususnya dalam seni bina masjid.

2. Antara tokoh seni bina Turki yang terkenal ialah Mimar Sinan dengan hasil beliau yang paling terkenal, iaitu Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed) di Istanbul.

Page 15: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

Faktor penyebaran Islam ke Eropah

1. Agama Islam tersebar secara meluas di Eropah apabila:a) Kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Cardova diasaskan oleh Abdul

Rahman I pada tahun 756 M. Kawasan yang dipengaruhi ialah selatan Sepanyol dan Sicily.

b) Constantinople ditakluki oleh Mehmed Fatih pada tahun 1453. Kawasan yang dipengaruhi ialah kawasan Eropah Timur (kawasan Balkan).

Jadual 6.1 Faktor Islam tersebar luas di Eropah pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah.

Faktor KeteranganPegangan akidah yang kukuh

Tentera Islam semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah mempunyai semangat ghazi (semangat pahlawan) yang tinggi.

Mereka reka berjuang dan berkorban untuk memperluaskan empayar Islam dan selanjutnya menyebarkan agama Islam.

Kekuatan ketenteraan kerajaan Islam

Pada zaman kerajaan Uthmaniyah, sistem ketenteraan adalah tersusun dan mempunyai peralatan senjarta moden.

Kerajaan Bani Umaiyah mempunyai tentera berkuda dan tentera infantri yang kuat.

Kumpulan Janissari yang merupakan kumpulan tentera infantri elit yang amat terlatih dalam aspek keberaniaan khususnya tektik dan teknik peperangan dibentuk.

Ahlinya dipilih melalui sistem devshirme. Melalui sistem ini, kanak-kanak yang berkebolehan dipilih untuk dilatih menjadi bakal pentadbiran atau diserapkan ke dalam sistem ketenteraan Uthmaniyah.

Pada zaman Murad III, kumpulan ini mempunyai 54000 ahli. Tentera Uthmaniyah mempunyai senjata moden seperti

meriam besar. Kerajaan Bani Umaiyah memiliki armada laut yang kuat.

Lebih kurang 300 buah kapal digunakan untuk mengawal keselamata kawasan laut Mediterranean ketika pemerintah Sulaiman al-Kununi.

Keadaa politik yang tidak stabil di Eropah

Pertelingkahan dan peperangan sering berlaku antara kerajaan kecil di Eropah ketika itu.

Dalam keadaan sedemikian ada antara mereka yang meminta bantuan kerajaan Uthmaniyah. Contohnya, Maharaja Johan VI Cantacuzaxes dalam usaha menuntut takhta kerajaan Byzantine memperoleh bantuan kerajaan Uthmaniyah melalui perjanjian dan Orhan.

Keadaan ini memudahkan kemasukan tentera Uthmaniyah ke Eropah.

Kejatuhan kerajaan Byzantine

Kejatuhan kerajaan Byzantine memberi ruang kepada penyebaran Islam, terutama masyarakat Balkan.

Institusi gereja Greek Ortodoks tidak lagi mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Byzantine dan dengan itu tidak lagi mampu menjadi pelindung kepada masyarakat.

Gereja Greek Ortodoks ketika itu juga dilanda pelbagai

Page 16: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

masalah seperti menyalah gunaan kuasa, pergaduhan di kalangan pemimpin serta kekurangan kewangan.

Dalam situasi seperti ini, keistimewaan yang terdapat dalam agama Islam ketika itu berjaya menarik perhatian ramai penganut agama Kristian di kawasan Balkan

Dasar politik kerajaan Turki Uthmaniyah

Dasar politik kerajaan Turki Uthmaniayah berteraskan diplomasi dan toleransi.

Dasar politik dan hubungan keagamaan yang diamalkan kerajaan Uthmaniyah ialah:

- Tidak wujud unsur paksaan ke atas masyrakat Balkan untuk menerima agama Islam. - Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks serta peranannya sebagai pelindung kepentingan masyarakat Kristian di kawasan Balkan diakui, diiktiraf dibenarkan kerajaan Uthmaniyah.

Dasar sosial Islam Dasar sosial Islam juga berjaya menarik minat orang Kristian di Balkan.

Dasar sosial Islam ialah berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya berasaskan latar belakang keturunan seperti mana yang diamalkan masyrakat Eropah sebelum kedatangan Islam. Ini membolehkan individu mendapat imbuhan melalui daya usahanya.

Sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan juga dibina ssemula oleh kerajaan Uthmaniyah untuk memudahkan kehidupan rakyat

Penghijrahan orang Turki ke Balkan

a) Pada abad ke-14 dan ke-15, ramai orang Turki berhijrah ke kawasan Balkan khususnya ke kawasan lembah Maritsa, Thrase, utara Bulgaria dan Albania.

b) Antara tahun 1530, didapati bawah sekitar 19% penduduk di Balkan adalah penganut agama Islam dan mereka bertumpu di bandar sepeti Bosnia (45% penduduknya beragama Islam), Sofia (66% ) dan Edirne (82%).

c) Menjelang abad ke-17 dan 18, Islam telah tersebar di kawasan utara Albania, Montenegro, dan Asimilasi dalam ajaran mereka. Ini dapat menarik minat ramai orang Kristian untuk memeluk Islam.

6.5 Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di Dunia

1. Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, India, China dan Rom telah wujud sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w..

2. Tamadun Islam kemudiannaya bertembung dengan tamadun yang lain.

Cara pertembungan

Aktiviti perdagangan dan perniagaan

Page 17: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

1. Saudagar Islam sudah lama menceburi bidang perdaganga, terutama perdagangan jarak jauh.

2. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berniaga sampai ke Syam (Syria).3. Kerajaan Islam mula membina empayar yang luas, ia berjaya menguasai kawasan

Teluk Parsi, Laut Merah dan Timur Mediterranean. Ini membolehkannya menguasai perdagangan jarak jauh menggunakan jalan laut dan memperluaskan pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain.

4. Sejak abad ke-7 M lagi, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China maka berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun China.

Hubungan diplomatik

1. Hubungan diplomatik telah terjalin antara kerajaan Islam dengan kerajaan-kerajaan lain.

2. Hubungan ini, orang Islam dapat mengetahui tentang cara hidup, cara berfikir, perdagangan politik, keagamaan, ekonomi dan cara pentadbiran kerajaan dan tamadun-tamadun lain.

3. Melalui saluran diplomatik orang Islam dan bukan Islam dapat menjalinkan hubungan baik dan aman serta wujud pemahaman antara mereka.

4. Kerajaan Bani Umaiyah pernah menghantar peneroka Islam ke utara Selat Gibraltar (selatan Sepanyol) untuk bertemu dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan penduduk bukan Islam di Cardova, Velincia dan Rhonda.

5. Hubungan diplomatik juga diwujudkan kerajaan Bani Abbasiyah khususnya pada zaman Khlifah Harun al-Rasyid dan al-Makmum dengan negara-negara Eropah, India dan China.

Penaklukan dan ketenteraan

1. Pada zaman kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, ekspidisi ketenteraan dibentuk untuk memperluaskan kawasan dan penyebaran Islam.

2. Pada zaman kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Umar telah mengarahkan Amr ibn al-As untuk menakluki Mesir, akibatnya berlaku pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Mesir serta tamadun Yunani-Rom yang sudah bertapah disitu.

3. Apabila ketara Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, berlaku pula pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Parsi. Kedua tamadun ini saling mempengaruhi dan berlaku interaksi dan asimilasi.

4. Ketika kerajaan Bani Umaiyah meluaskan jajahan yang menakluki Qayrawan di utara Afrika pada tahun 670 M dan kemudiannya ke Sepanyol pada tahun 711 M, tamadun Islam bertenbung pula dengan tamadun Eropah.

5. Perluasan kerajaan Bani Umaiyah ke kawasan Balkan pula membawa kepada pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Rom (empayar Byzantine).

Kebudayaan

1. Aktiviti penyebaran agama Islam ini telah membawa kepada pertembungan kebudayaan antara tamadun Islam dengan tamadun lain.

2. Kemasukan Islam ke Sepanyol pada zaman Bani Umaiyah telah membawa kepada kemunculan kebudayaan baru di situ.

Page 18: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

a) Ketika Sepanyol dikuasai kerajaan Umaiyah yang berpusat di Cardova, bahasa Arab menjadi bahasa utama.

b) Ketika itu juga muncul gologan Mozarab, iaitu orang tempatan Sepanyol yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Pertembungan intelektual

1. Pertembungan intelektual juga berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.2. Dalam prosen pertembungan dengan masyarakat lain khusunya dengan orang

Eropah, bukan sahaja berlaku aktiviti perniagaan, tetapi berlaku juga pertukaran intelektual.

3. Melalui proses ini, ilmu tamadun Eropah berjaya didalimi ilmuwan Islam dan digunakan untuk memperkembangkan lagi ilmu dan pandangan intelektual Islam.

Kesan pertembungan

1. Dalam proses pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain, antara sumbangan tamadun Islam yang utama adalah dari segi keagamaan.

2. Sistem kehidupan penganut agama Islam dan penduduk jajahan takluknya mengalami perubahan.

3. Islam yang berasaskan akidah dan syariah mudah diterima kerana ia bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi.

4. Sistem perundangan yang berdasarkan al-Quran dan hadis menjadi panduan dan pedoman,

5. Namun, cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat tidak dihapuskan.

Perluasan kuasa kerajaan Islam

1. Perluasan kawasan penyebaran dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam juga berlaku.

2. Pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dilahirkan di dalam dunia Islam, contohnya kerajaan Delhi Mughal di India.

3. Kerajaan Islam walaupun tidak wujud di China, tetapi di situ telah lama muncul masyarakat Islam yang masih wujud hingga hari ini.

4. Kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah berjaya membentuk sistem kerajaan pusat yang kuat di samping empayar yang luas.

5. Walaupun institusi, organisasi dan sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam mungkin berbeza tetapi amalan politik dalam dunia Islam adalah sama kerana ia mengamalkan sistem yang berasaskan akidah dan syariah.

Perdagangan

1. Perluasan kuasa dan wilayah Islam membolehkan orang Islam menguasai ekonomi khususnya perdagangan dengan berkesan.

2. Keselamatan laluan perdagangan di kawasan kerajaan Islam dan di kawasan naungannya diberi perhatian untuk membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin.

Page 19: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

3. Contohnya, armada laut diwujudkan oleh kerajaan Uthmniyah untuk memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Lautan Hindi.

4. Antara pusat ekonomi Islam yang penting ialah Aden, Siraf, Basrah, Iskandariah dan Istanbul. Kedudukan Istanbuk yang strategik di antara dunia Timur dengan Barat telah menjadi pusat aktiviti perdagangan pada zaman kerajaan Uthmaniyah.

5. Sejak abad ke-7 M, pedagang Islam telah berdagang ke India, Ceylon, Kepulauan Melayu dan China di sebelah Timur.

6. Di sebelah Barat pula pedagang Islam telah berdagang hingga ke Sepanyol, selatan Perancis, Armenia dan kawasan selatan gurun Sahara di benua Afrika.

Proses urbanisasi dan organisasi sosial

1. Proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya jelas dapat diperhatikan di Eropah khususnya kawasan Balkan pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

2. Sistem undang-undang yang saksama di kawasan naungan kerajaan Islam telah diselaraskan.

3. Sistem sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan diperkenalkan.

Kebudayaan

1. Pengaruh Islam dapat dilihat dalam tatatertib kehidupan harian, contohnya dalam aspek cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik.

2. Di Sepanyol pada zaman Umaiyah, segolongan orang bukan Islam (golongan Mozarab) telah mengamalkan cara hidup orang Islam.

3. Pada zaman pertengahan sehinggalah kepada Zaman Renaissance, tatasusila kehidupan harian orang Islam telah mempengaruhi kehidupan harian orang Eropah.

4. Golongan Mudejar, iaitu orang Islam setempat di Eropah walaupun merupakan golongan minoriti di kawasan pemerintahan kerajaan Kristian telah memainkan peranan yang penting dalam aspek ini.

Pendidikan

1. Kurikulum yang dibentuk tidak memberi perhatian kepada pendidikan agama sahaja, tetapi juga meliputi bidang sains, matematik dan tenologi.

2. Contohnya, pada zaman kerajaan Abbasiyah, pelajar di Institusi Islam juga dikehendaki mempelajari ilmu mantik atau logik, matematik, geografi, sejarah, sains fuzikal dan biologi.

Penyebaran ilmu pengetahuan

1. Para cendekiawan Islam sering bertukar pendapat dengan orang bukan Islam.2. Cendekiawan Islam juga memainkan peranan penting dalam mengumpul maklumat

dan teks penulisan para cendekiawan daripada tamadun sebelumnya.3. Aktiviti penterjemahan juga giat dijalankan oleh cendekiawan Islam. Antara karya

yang diterjemahkan adalah hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Plato, Galen dan Hipocrates.

Page 20: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

4. Penubuhan baitulhikmah (sebuah perpustakaan) oleh Khalifah Harun al-Rasyid pada zaman kerajaan Abbasiyah telah mempertingkatkan lagi perkembangan intelektual orang Islam.

a) Di situ, bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji di samping diterjemahkan.

b) Ia juga berjaya menghasilkan satu budaya keilmuan dan inteletual yang tinggi di kalangan orang Islam.

5. Zaman kemuncak kegemilangan keilmuan Islam berlangsung antara abad ke8 M sehingga keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M.a) Ketika itu tamadun Islam berjaya melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam

semua bidang keilmuan.b) Mereka bukan sahaja berpengaruh dalam dunia tamadun islam, tetapi juga kuat

mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan Barat.6. Antara bidang yang kuat dipengaruhi cendekiawan Islam ialah:

Perubatan Zakaria al-Razi (865-925 M) memberi sumbangan penting dalam bidang perubatan serta menghasilakn kitab al-Hawi (sebuah ensiklopedia perubatan). Hasil karya Galen, seorang ahli perubatan Greek yang terkemuka telah diterjemahkan beliau.

Al-Zahrawi (936-1013 M), seorang yang arif dalam kajian perubatan dan farmasi.

Ibn Sina (980-1037 M), seorang ahli falsafah yang juga terkenal dalam bidang perubatan. Buku perubatannya seperti al-Shafa, Qanun dan Sididiyya digunakan di universiti di Eropah sehingga ke abadke-19. nama sebenar beliau ialah Abu Ali Husain ibn Abdullah.

Matematik dan astronomi

Muncul tokoh seperti al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq, al-Biruji dan al-Biruni.

Pemikiran politik dan undang-undang

Muncul cendekiawan seperti al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardy.

Mantik dan falsafah

Antara tokoh Islam yang disegani dalam bidang ini ialah Ibn Sina, al-Kindi, Fakhr al-Din, al-Razi, Ibn al-arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali.

Pandangan mereka kuat mempengaruhi pemikiran usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.

Ibn Rushd juga merupakan ahli perubatan dan astrinomi, dan falsafah beliau banyak memberi perhatian kepada ilmu akal dan mantik.

Tulisan beliau dijadikan rujukan di Eropah dan kuat mempengaruhi pemikiran Eropah sehingga tercetusnya Zaman Renaissance.

Kesusasteraan

1. Dunia kesusasteraan juga turut dipengaruhi oleh cendekiawan Islam. Antara sasterawan Islam yang banyak menghasilkan puisi dan novel ialah:

a) Omar Khayyam : Karya Ruba’iyah/

Page 21: BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan ya

b) al-Jahiz: Karya Kitab al-Bayan.c) Jalal ad-Din Rumi: Puisi-puisi yang bertemakan ketuhanan.d) Rabi’ah al-Adawiyah: Salah seorang pemuisi wanita yang terkemuka

menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan serta berkaitan dengan hubungan manusia denganTuhan.

Kesenian

1. Tamadun Islam juga memberi sumbangan dalam bidang seni bina.2. Tema seni Islam menonjolkan unsur-unsur dalam kepercayaan tauhid dan akidah.3. Antara bangunan yang berjaya menonjolkan keindahan seni bina dan seni ukir Islam

dan juga melambangkan ketinggian martabat tamadun Islam ialah Masjid Cardova dan Istana Alhambra, Granada di Sepanyol dan Masjid Biru(Masjid Sultan Ahmed) di Istanbul.

Penerokaan

1. Tamadun Islam juga melahirkan ramai cendekiawan yang luas mengembara dan meneroka kawasan di luar pengaruh Islam untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.

2. Catatan mereka tentang kawasan yang dilawati menjadi rujukan sejarawan dan pengkaji sosiologi dan antropologi hingga ke hari ini.

3. Antara tokoh Islam yang dimaksudkan ialah:a) Ibn Battuta yang mengembara sehingga ke China, India dan Afrika.b) al-Mascudi yang mengembara ke China, Parsi, India dan Afrika Timur.c) Ibn Fadhlan yang mengembara ke utara Eropah pada abad ke-12 M.

Kesimpulan

1. Keilmuan Islam kuat mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dalam aspek pemikiran ilmu pengetahuan, sistem politik dan sosial.

2. Akibatnya, muncul semangat inkuiri di kalangan masyarakat Eropah yang akhirnya akan membawa mereka keluar dari Zaman Gelap dan memasuki Zaman Renaissance, dan selanjutnya Zaman Revolusi Pertanian dan Perindustrian dan selanjutnya Zaman Moden.