Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

26
1 Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) hazmanazhar© 2013 BAHAGIAN ENAM: PERSOALAN “SENTRIK-MALAYSIA” DAN “SENTRIK-EROPAH” DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA 6.1 KONSEP SENTRIK-MALAYSIA DAN SENTRIK-EROPAH Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan rangka kerja kolonial. Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali sebagai "European Centric". Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah. Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik, ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum seperti Barat sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri. Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada euro-centric kerana pendekatan euro- centric lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat Jika dilihat, konsep penulisan sejarah euro-centric banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional.

Transcript of Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

Page 1: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

1

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAHAGIAN ENAM:

PERSOALAN “SENTRIK-MALAYSIA” DAN “SENTRIK-EROPAH”

DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA

6.1 KONSEP SENTRIK-MALAYSIA DAN SENTRIK-EROPAH

Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke

rantau ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan rangka kerja

kolonial. Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali

sebagai "European Centric".

Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan

atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara.

la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang

digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah.

Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik,

ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan

negeri atau kaum seperti Barat sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya.

Sebagai contoh, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu

bersentrik Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan

itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.

Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah

Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada euro-centric kerana pendekatan euro-

centric lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat

Jika dilihat, konsep penulisan sejarah euro-centric banyak memaparkan mengenai

sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan

yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan

ketepatan sejarah tradisional.

Page 2: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

2

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Penulisan yang bersifat euro-centric ini lebih menumpukan terhadap penulisan

mengenai politik dan ekonomi sesebuah negeri sementara penulisan yang bersentrik

Malaysia pula lebih memusatkan pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang

berkait dengan kemasyarakatan.

Sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah

Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan penulis yang bersifat euro-

centric. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht berpendapat;

"Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk

mengenepikan pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar

teriepas dari keadaan diri sendiri, dari warisan kebudayaannya."

Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan

digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang

ingin menulis mengenai sejarah tempatan.

Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan pendekatan euro-centric ialah Sir

Frank Swethenham melalui karyanya yang berjudul British Malaya (1906). Judul

buku tersebut sudah memberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama atau

temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak

imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada

rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan.

Penulisan Sejarah moden bersentrik Malaysia lebih kepada mengambarkan tentang

kesedaran di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan masyarakat dengan tidak

lagi menjustifikasikan tentang kedudukan penjajah semata-mata.

Contohnya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mengangkat konsep "Melayu Raya" di

dalam bukunya Melihat Tanah Air. Dengan tidak segan silu mengkritik sikap

golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut arus perkembangan perasaan

orang-orang Melayu ketika itu.

Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden Tanah Melayu mulai mengambil

kira aspek-aspek luar dari kepompong istana dengan memasukkkan unsur-unsur

ekonomi dan sosial dalam kalangan masyarakat.

Page 3: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

3

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Penulisan euro-centric adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktiviti-aktiviti

pihak barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la juga bersifat topikal iaitu

menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada

kerajaan kolonial.

Penulisan Malaysia-centric pula menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya

dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan

orang-orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah

berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Teks sejarah

yang terhasil biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British.

Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-

tokoh tempatan pada zaman itu di gelar sebagai penderhaka atau pemberontak.

Contohnya termasuklah penentangan Tok Janggut di Kelantan yang diangggap

sebagai satu bentuk pemberontakan dan penderhakaan ke atas Sultan Kelantan

setelah Tok Janggut menabalkan Engku Besar Jeram sebagai Raja di Pasir Puteh.

Penulisan sejarah yang bersentrik Malaysia ditulis oleh para sejarawan tempatan

dan juga beberapa sejarawan barat.

Hal ini membimbangkan pendokong penulis euro-centric yang takut segala aktiviti

barat akan dilihat negatif. Misalnya, tokoh yang dulunya dianggap oleh mereka

sebagai pemberontak akan dianggap sebagai seorang wira.

Hal ini kerana mereka menganggap bahawa hasil penulisan tempatan sentrik

sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat.

Contohnya, Abd. Hadi Hassan yang terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan

Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan cintakan bangsa dan

nusa dikalangan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Hasil tulisannya

diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran Melayu 1950-an.

Page 4: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

4

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Faktor-faktor Kemunculan Sentrik

Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan

Barat sentrik atau Malaysia sentrik adalah didorong oleh beberapa faktor penting.

Jika ditinjau secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa faktor sebenar yang telah

menimbulkan perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah

disebabkan oleh:

1. Perbezaan pendekatan yang digunakan;

2. Semangat nasionalisme terhadap negara sendiri;

3. Kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia.

Oleh kerana kebanyakan penulis sejarah Malaysia adalah terdiri daripada para

penulis Barat, maka wajarlah jika difikirkan bahawa golongan ini adalah terpengaruh

atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat dan tidak dapat lari dari

mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka.

Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid, oleh kerana mereka adalah orang Barat, mereka

telah dididik dan dibesarkan oleh tradisi, budaya, nilai dan norma-norma Barat.

Warisan kebudayaan inilah yang telah menghalang mereka daripada menaruh

penghargaan terhadap sejarah Malaysia.

Walaupun semakin ramai penulis tempatan yang menulis mengenai sejarah

Malaysia, namun kebanyakkan mereka turut dipengaruhi oleh pendekatan euro-

centric kerana teknik, tema dan metodologi penulisan sejarah yang digunakan oleh

mereka adalah di perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.

Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara

keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud dalam erti kata

yang sebenarnya.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah bersifat

topikal iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu

sahaja.

Page 5: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

5

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Perkara ini di pengaruhi juga oleh faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana, data-

data dan rekod mengenai aktiviti Barat boleh diistilahkan sebagai berlambak dan

mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan rujukan berbanding sumber

tempatan yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai sejarahnya.

Berbanding dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan

pelajaran kepada masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul akibat

perkembangan rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan.

Sikap kritis yang wujud ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menulis

atau mencatatkan sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa yang

sebenarnya berlaku.

Penulisan pada peringkat pra-Perang Dunia Kedua yang bersifat euro-centric muncul

akibat kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah

bertujuan untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran kolonial

serta untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka

sebagai penjajah di Tanah Melayu.

Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula telah membentuk satu

perubahan besar dalam penulisan sejarah Malaysia.

Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menyebabkan

sejarawan di Asia Tenggara meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknik-

teknik penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden.

Di antara faktor yang mewujudkan penulisan sejarah berbentuk tempatan atau

Asia sentrik sebenarnya ialah faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politik

seperti yang berlaku di Malaysia khususnya selepas perang Dunia yang ke-2.

Zaman pendudukan Jepun misalnya, telah mengalakkan perkembangan politik

dikalangan penduduk tanah Melayu. Selepas detik ini, timbul kesedaran

nasionalisme yang kuat di kalangan masyarakat tempatan untuk menentang

penjajah.

Sekiranya dilihat kepada penjelasan di atas, penyuaraan untuk mewujudkan

penulisan yang bersifat Malaysia sentrik sebenarnya boleh dikaitkan dengan

keperluan bagi membina negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai.

Page 6: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

6

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Umumnya, penulisan tempatan sentrik adalah lebih berorientasikan kepada Asia,

berwadahkan aktiviti masyarakat peribumi dan tempatan, melihat apakah yang

dilakukan dan dialami oleh orang-orang tempatan, meneliti apakah tindakan dan

reaksi mereka terhadap kuasa pihak kolonial.

Perkembangan Pensejarahan Bersentrik

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah berlaku perkembangan-perkembangan

di Tanah Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian masyarakat di

seluruh dunia.

Oleh itu, muncul pelbagai hasil tulisan melalui pelbagai jenis majalah dan akhbar

yang menceritakan tentang masyarakat majmuk dan juga mengenai perubahan yang

berlaku di dalam sistem berperlembagaan di Tanah Melayu.

Kegiatan penulisan sejarah Malaysia ini kian diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu

setelah penubuhan Universiti Malaya di Singapura yang telah membentuk sebuah

Jabatan Sejarah.

Walaubagaimanapun, kebayakkan jawatan di jabatan itu dipegang oleh para sarjana

Britain. Orang pertama yang memegang jawatan ketua di jabatan ini ialah Profesor

N.C. Parkinson. Di antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D. Cowan, Eric

Stokes dan lan Macgregor.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan monopoli

orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin diberi penekanan di sini

ialah mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan jabatan

itu yang dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam perkembangan

penulisan pensejarahan Malaysia.

Hal ini adalah berikutan pertambahan jumlah masyarakat tempatan yang telah berani

melibatkan diri dalam penulisan sejarah mengenai Malaysia yang dahulunya

didominasi oleh orang-orang Barat yang menulis sejarah menurut kaca mata

mereka.

Page 7: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

7

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu digalakkan

untuk mengkaji, meneliti dan seterusnya menulis pelbagai aspek sejarah mengenai

Malaysia.

Mereka turut mempelajari tentang kaedah kajian serta kaedah menyusun sejarah

berdasarkan kepada prinsip akademik.

Pusat kegiatan penyelidikan sejarah pada masa itu dilaksanakan di Raffles Museum.

Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun dan kajian ilmiah kemudiannya

diwajibkan di peringkat kepujian.

Dengan ini, pensejarahan Malaysia kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu

telah menghasilkan penulisan mengenai sistem pentadbiran, perkembangan

ekonomi. Raja-raja Melayu dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut dikatakan telah terhenti.

dan tambah malang, kebanyakkan kajian yang dikatakan berjumlah lebih kurang 150

buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.

Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti Malaya, minat untuk mengkaji

dan menyelidik mengenai Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat pengajian

tinggi Barat seperti London School of Oriental and African Studies.

Oleh itu tidak hairanlah pada tahun 1960 terdapatnya beberapa tokoh Barat yang

boleh dianggap pakar tentang Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer

dan David Bassett.

Selain tokoh yang disebut di atas, telah muncul juga beberapa sarjana terkemuka

yang telah memberikan sumbangan kepada pensejarahan Malaysia. Mereka yang

dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David Mac Intyre.

Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala Lumpur

dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuah jabatan sejarah baru

telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.

Jabatan ini telah diketuai oleh John Bastin yang kemudiannya diambil alih oleh Wang

Gungwu. Apa yang menarik di sini ialah, terdapat sedikit kelainan di sini kerana para

penuntut pra ijazah tidak lagi diwajibkan untuk menjalankan pengkajian mengenai

Sejarah Malaysia.

Page 8: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

8

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sebaliknya, kegiatan kajian sejarah hanya digalakkan diperingkat pasca-ijazah. Di

antara para sarjana yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari

beberapa siswazah asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan

sebagainya dan siswazah tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh

Yoon Fong dan sebagainya.

Pendek kata, tahun 1950-an sebenarya adalah satu detik yang amat penting dalam

pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan minat

mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia.

Pada waktu itu juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu

sedang mengharungi satu tahap yang memang menarik dan penulisan sejarah

bangsa kita oleh wakil-wakil penjajah mesti ditolak. Hal mi sesuai dengan pendapat

profesor C.H.Philips: 96 yang menyebut;

"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African

Studies, University Of London, held a series of study conferences to survey

and evaluate the coursce and character of historical writing on the peoples of

Asia. The subject is large and to bring it down to managable parts the method

of analysis be region was adopted; and South Asia , South East Asia, the

Near, Middle, and Far East world in turn examined".

Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua

golongan iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian

Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di Singapura dengan golongan

pendokong Barat Sentrik seperti Professor John Bastin di Kuala Lumpur.

Reaksi dari para pendokong pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan

pendekatan Malaysia sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan

berlaku polemik hangat untuk beberapa tahun.

Di mana, para pendokong Barat sentrik telah menafikan tentang penulisan sejarah

Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang objektif dan kurang tepat. Bagi mereka,

penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika dihasilkan juga sudah pasti akan

dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit.

Page 9: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

9

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah

Malaysia.

Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut wadah orang

Malaysia, dikatakan tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang konkrit mengenai

maksud mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya perbahasan ini wujud

atau berputar di sekeliling soal tema atau bahan-bahan mengenai sejarah Malaysia.

Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham dan

kekeliruan, namun tempoh itu merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting

dalam pensejarahan Malaysia.

Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang menonjolkan peranan penjajah masih

lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba sedaya mungkin agar

penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias kepada Barat.

Sebenarnya penyuaraan untuk menggunakan Malaysia Sentrik dalam penulisan

Sejarah Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan oleh

beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap tidak terlalu

bias pada Barat.

Contohnya termasuklah hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A Study In Direct

and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western

Malaya) dan sebagainya yang disempumakan sebelum tahun 1960 telah menjadi

tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan

pendekatan Barat Sentrik.

Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang cuba menulis tentang sejarah

Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya selepas 1960-an penulisan

Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan.

Di tengah-tengah polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia,

telah terbit sebuah buku oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems

of Western Malaya. la merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan

bidang Antropologi Sosial kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis

diploma dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis

berdasarkan kepada rekod-rekod sejarah.

Page 10: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

10

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu kejayaan

yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan tempatan,

namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik.

Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah

karya mengenai institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M

Gullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan

perkara asas dalam penulisan sejarah.

Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada tahun 1950-an tidak memberikan

pengaruh yang begitu berkesan kepada para penuntut sejarah di Universiti Malaya di

Singapura.

Namun terdapat juga penulis Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan bahawa;

"sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari

ialah lagenda, fantasi dan omong kosong...".

Pendapat ini temyatalah tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia

yang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara

kritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu

dan oleh sebab itu, agak sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.

Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini di

tampilkan seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu

sebelumnya iaitu di sepanjang zaman kolonial yang memperkenalkan penulisan

yang di hasilkan oleh sejarawan dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, K.G.

Tregonning, L.A. Mills dan sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan

sejarah yang objektif?

Jawapan bukanlah begitu, kerana pada hakikatnya, penulisan mereka juga penting

sebagai memperkayakan sumber rujukan bagi pensejarahan Malaysia.

Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap sejarah Melayu yang dikatakan bukan

untuk mencari realiti dan satu usaha untuk mencipta satu bentuk kekudusan

dikalangan kerabat dan Raja-raja Melaka dengan menggunakan unsur mitos dan

ajaib adalah amat keterlaluan.

Page 11: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

11

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Memanglah benar bahawa pengarang Sejarah Melayu menyatakan " maka fakir

karanglah hikayat ini ....supaya akan menyukakan Duli Hadhrat Baginda". Tetapi ini

tidak bermakna pengarang tidak cuba untuk mencari kebenaran.

Hal ini kerana terdapat beberapa peristiwa yang tercatat di dalamnya terbukti

kesahihannya apabila dibandingkan dengan sumber-sumber luar negeri seperti

tulisan Siam, China dan Portugis. Selain itu, contoh-contoh yang diberi turut

memaparkan tentang kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.

Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat penting

sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan Melayu

Melaka.

Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun sumber sejarah yang lain

yang dikatakan boleh memberi maklumat yang sebegitu banyak mengenai Melaka

dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya Suma Oriental juga turut

menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah Melayu.

Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson pula

telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai

budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan.

Oleh kerana dia seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan

kepentingan barat, dia sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya

yang ilmiah.

Apa yang nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan

yang didapati tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam

menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang

pemikiran dan norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya.

Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia

mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia.

Tetapi jika kita perhatikan, kebanyakan daripada mereka sememangnya tidak boleh

bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan

penyelidik sejarah tetapi terdiri dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya.

Page 12: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

12

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Oleh itu, kita seharusnya melihat sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat

Melayu sendiri kerana hanya kita sahaja yang memahami selok-belok adat dan

kebudayaan Melayu.

Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah masih lagi menumpukan

perhatian mereka kepada beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam sejarah

Malaysia. Misalnya, mengenai Francis Light dengan Pulau Pinang, Stamford Reffles

dengan Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam dan sebagainya.

Oleh itu, seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji semula dimana peristiwa-

peristiwa yang sama akan dikaji semula dengan lebih mendalam dengan tidak

mengabaikan tentang sikap masyarakat tempatan terhadap orang Barat.

Percubaan-percubaan untuk menghasilkan sejarah Malaysia berbentuk baharu tidak

akan berjaya hanya setakat kita melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari

beberapa sudut baru.

Tambahan pula, jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam kajian dan hasil penulisan.

Ini bermaksud bahawa lompang-lompang dalam pensejarahan Malaysia tetap tidak

terisi.

Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak memberikan perhatian

wajar kepada sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan atau Terengganu

kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam.

Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di

ambil peduli. Seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning

sendiri melalui karyanya 'Malayan History' telah menyatakan pendapatnya mengenai

penulisan sejarah Malaysia iaitu;

"....The study of Malayan history is under going a swift change. For

many years it has been regarded in Europe centric fashion. It has been

written either as the history of the European in Malaya, or it has been looked

at from outside : or both. Norn it has become generally accepted that the

Malayan Comminity itself must be the centre of studies."

Page 13: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

13

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini adalah

agak memuaskan. Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh di

pertingkatkan jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan.

Selain itu, peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan

kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sejak awal lagi telah berjaya menerbitkan

tujuh buah buku yang diasaskan kepada latihan ilmiah iaitu satu latihan ilmiah di

terbitkan oleh pihak universiti dan satu lagi diterbitkan oleh pelajar sendiri.

Apa yang penting dan ingin ditekankan di sini ialah, latihan ilmiah yang tidak

diterbitkan ini telah menjadi sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan pelajar

tahun iv di Jabatan Sejarah.

Projek ini telah dapat mengisi ruang kekosongan yang begitu besar dari segi sumber

rujukan dan penerbitan penulisan dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Abdul

Wahid (Malaysia : Warisan dan Perkembangan) dalam memperihalkan tentang

sumber rujukan menyatakan;

"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar

dan pelancong adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari

naskhah yang diterbitkan bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap

perkembangan dan tafsiran tidak banyak berubah daripada penulisan

sejarawan British.”

Page 14: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

14

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Era Selepas Merdeka Penulisan yang Berorientasikan Malaysia

1. ZAMAN TAWARIKH

Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul sebagai salah satu daripada bidang

ilmu dan zaman tersebut turut dikenali sebagai “Zaman Tawarikh”.

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh" menjadi terminologi untuk

sejarah. Hal ini bagi menunjukkan tawarikh sebagai satu bidang ilmu, selain

memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat & syair).

Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh") diperkenalkan sebagai satu

mata pelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.

Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang kajian masih tertumpu kepada

institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan pembesar (1920-an).

Contohnya, muncul penulis-penulis seperti:

i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad yang

menulis Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928);

ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis Tawarikh Raja-raja

dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul

Ridzuan (1934);

iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis Ringkasan Cetera

Kelantan (1934);

iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih Dato Bentara

Luar (1928).

Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai sejarah dalam majalah

dan akhbar. Ini menunjukkan minat masyarakat terpelajar tentang sejarah.

Sejarah "kebangsaan" pertama ditulis oleh Abdul Hadi Hj. Hasan yang

berjudul Sejarah Alam Melayu (1920-an), yang mengandungi tiga jilid yang berbeza.

Walaupun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat ketika ini tetapi tidak

begitu berkembang menuju keilmiahan sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya

Page 15: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

15

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

masih kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan dan tokoh-tokoh (masih ikut

penulisan tradisional.

2. ZAMAN NASIONALISME

Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara

dan Tanah Melayumenyemarakkan proses perjuangan untuk merdeka.

Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British

digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang

pentadbiran British.

Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah

dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau

Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang

Kaya Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).

Secara umumnya, walaupun penulis masih memfokuskan kajiannya kepada sejarah

tempatan (kenegerian), dan golongan atasan - raja dan orang besar, kaedah menulis

sejarah adalah untuk menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga terhadap zaman

kegemilangan Melayu.

Para penulis sejarah tempatan telah memulakan dimensi baharu dalam penulisan

sejarah yang bercorak patriotisme termasulah:

i. Ibrahim Yaakob yang menulis Sekitar Malaya Merdeka (1957);

ii. Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya Merdeka (1957). Bentuk ini

dikekalkan oleh sejarawan tahun 1960-an dan 1970an (penulisan yang

mementingkan skop sejarah politik & biografi politik).

iii. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971);

iv. Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan Politik

Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)

Page 16: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

16

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan tempatan bermula lebih kurang pada

1957 iaitu setelah kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan dalam

kurikulum sekolah.

Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana sejarah Melayu/Malaya patut

ditulis. Tema perdebatan ialah sejarah Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu)

mestilah ditulis dari sudut pandangan dan perkembangan Asia Tenggara [Asia-

centric]

Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah Malaysia dengan "Malaysian

centric".

Selain itu juga, para sejarawan tempatan mendesak agar pejuang-pejuang pada

zaman penjajahan British diangkat sebagai seorang pahlawan dan bukannya

penderhaka atau penentang. Hal ini akan meletakkan mereka sebagai tokoh sejarah

yang sama seperti para pembesar dan raja-raja Melayu.

Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah patut ditulis mengikut disiplin ilmu

sejarah dan bersifat ilmiah.

Kesedaran tentang „sejarah sebagai ilmu pengetahuan‟ manusia di Malaysia lahir

pada akhir tahun 1960an. [Keperluan sokongan ilmiah dari bidang sains sosial

terutama antropologi, sosiologi, filologi - pengaruh perubahan ilmu sejarah yang

berkembang di Amerika Syarikat].

Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan kebangsaan (integrasi

nasional) untuk menentukan keharmonian dan kedamaian masyarakat. Ertinya

keperluan untuk versi sejarah Malaysia yang berdaya menanamkan kefahaman ras

di antara ras-ras di Malaysia.

Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah dijadikan sebagai satu

medium untuk menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia.

Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik ialah sejarah

masyarakat berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat orang

besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi. Tujuannya untuk meningkatkan

kefahaman rakyat terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan mencari

tema yang sesuai kepada sejarah kebangsaan.

Page 17: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

17

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah 1969

menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya sarjana (pegawai

penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif pentadbirannya dan justifikasi

keperluan "peradaban" kuasa penjajah seperti tulisan Winstedt, Wilkinson,

Swettenham, Low, dll.)

Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 1970-an dan

kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu, fokus kajiannya

masih mengenai zaman penjajahan Barat.

Contohnya termasuklah C.M. Turnbull, The SS 1826-67: Indian Presidency to Crown

Colony (1972), E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910 (1969).

Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu akademik (oleh sarjana luar dan

tempatan) mengenai sejarah Tanah Melayu yang membincang tentang tema selain

daripada "conventional/national history" seperti aspek sosial, ekonomi, masyarakat

bawahan, falsafah/ideologi, budaya.

Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia termasuklah:

i. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982),

ii. Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 1881-

1941 (1984),

iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study

of the economic and political development (1984),

iv. Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of

Johor and Singapore 1784-1885,

v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and

Independence (1974),

vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of

commercial development on Malay Politics (1972).,

vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Day

1874-1941 (1977).

Page 18: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

18

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Era awal pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia ternyata dipelopori oleh penulisan

yang menggunakan bahasa Inggeris sehinggalah munculnya penulis sejarah ilmiah

dalam bahasa Melayu seperti Nik Safiah Karim, Muhammad Yusoff Hashim dll.

Perbezaan antara sarjana akademik yang berpengaruh ke atas perkembangan

pensejarahan Malaysia ialah falsafah sejarahnya (kaedah dan pendekatan serta

skop).

Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri berkecenderungan

kepada konsep moden Barat. Manakala sarjana yang dilatih dalam negeri masih

melihat pentingnya "conventional history" - ianya detail tetapi masih berfokus

kepada sejarah politik.

Page 19: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

19

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Hasil Karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1931-sekarang) merupakan seorang tokoh

pemikir dan sejarawan tempatan yang ulung di Malaysia.

Sepanjang karier akademiknya, beliau pernah mengetuai Bahagian Kesusasteraan

di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya dan Dekan Fakulti Kesenian

Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum mengasas dan menjadi pengarah Institut

Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (INSTAC).

Beliau juga merupakan seorang pengkaji sejarah tempatan yang banyak melakukan

kajian dan penulisan dalam bidang sejarah. Antaranya termasuklah:

1. Menyiapkan tesis untuk Ijazah Sarjana (masters) beliau yang bertajuk “Raniri

and Wujudiyyah of 17th Century Acheh” (1962);

2. Menyiapkan tesis untuk Ijazah Kedoktoran (Phd) beliau yang bertajuk “The

Mysticism of Hamzah Fansuri” (1970);

3. Menulis tentang Batu Bersurat Terengganu dalam “The Correct Date of the

Terengganu Inscription” (1970);

4. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of

the `Aqa‟id of al-Nasafi (1988);

5. dll.

Contoh penulisan sejarah beliau dapat dilihat dalam “The Correct Date of the

Terengganu Inscription” (1970):

Di dalam penulisan ini, pengarang telah menunjukkan penulisan yang

bercirikan sentrik tempatan.

Beliau telah mengenengahkan tarikh baru yang menunjukkan bahawa

kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu adalah lebih awal daripada

abad ke-15.

Di sini, beliau telah menyanggah pendapat yang dikemukakan oleh para

sarjana Barat yang diketuai oleh R. O. Winstedt yang sebelum ini

menyatakan bahawa negeri pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang

Page 20: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

20

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

menerima agama Islam ialah Melaka apabila rajanya yang pertama,

Parameswara telah memeluk Islam pada tahun 1414.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menggunakan fakta yang

terdapat pada batu bersurat Trengganu sebagai 702‟H bersamaan 1303‟M.

Malahan, beliau telah berhujah bahawa tarikh ini juga bukan merupakan

tarikh yang paling awal kerana tempoh di mana tarikh sebenar kemasukan

Islam ke Terengganu dan tarikh yang tercatat di dalam batu bersurat itu telah

menunjukkan bahawa proses pengislaman di situ telah memakan masa yang

lama.

Ini adalah berpandukan kepada andaian bahawa ciri-ciri tulisan Arab yang

telah diadunkan dengan bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam batu

bersurat tersebut menunjukkan proses pembelajaran penulisan Arab yang

lama.

Hasil Karya Muhammad Yusoff Hashim

Muhammad Yusoff Hashim merupakan seorang profesor di Jabatan Sejarah

Universiti Malaya yang banyak menghasil dan menerbitkan hasil kajian sejarah yang

bercorak tempatan.

Antara penulisan sejarah yang pernah dihasilkan beliau termasuklah:

1. Kesultanan Melayu Melaka (1989);

2. Persejarahan Melayu Nusantara (1988);

3. Riwayat Trengganu Dar‟ul Iman (1982);

4. Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) (1978);

5. Syair Sultan Maulana (1980);

6. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur (1992);

7. Tun Perak dalam Dinamisme Ketamadunan Bangsa (1996);

8. dll.

Page 21: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

21

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Contoh penulisan sejarah beliau dapat dilihat dalam “Kesultanan Melayu Melaka”:

Dalam karya ini, penulis dengan jelasnya telah memaparkan stail penulisan

sentrik tempatan terhadap para pembaca. Hal ini boleh dilihat pada petikan :

“ Oleh sebab masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan ke-16

mempunyai masyarakat yang hidup tersusun dan berperaturan, maka

wujudlah bidang pentadbiran dan politik bersistem yang menjadi fakta dan

prinsip terhadap peraturan-peraturan….Dengan adanya sistem bagi kedua-

dua bidang itu jugalah, Melaka berjaya wujud dan mengekalkan identitinya

sebagai sebuah organisasi masyarakat daripada ia mula terbina…”

(Muhammad Yusoff Hashim,1989).

Petikan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur sentrik tempatan

dalam penulisan ini di mana kita dapat lihat bahawa pengarang telah

menceritakan mengenai sistem kehidupan masyarakat tempatan ketika

zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Selain itu, petikan ini turut memperlihatkan unsur sentrik tempatan dalam

penulisan beliau :

“ Kebolehan dan keistimewaan kepimpinan Parameswara

dalam konteks penubuhan kerajaan Melaka bukanlah satu hal yang

aneh, malah berkebetulan. Keberanian Parameswara telah

menafikan kewibawaan kuasa besar Majapahit.” (Muhammad Yusuff

Hashim, 1989).

Melalui petikan ini, kita dapat lihat bahawa penulis ada menerapkan unsur

sentrik tempatan dalam penulisannya dengan memerihalkan mengenai

kebolehan dan keupayaan tokoh tempatan dalam melaksanakan

tanggungjawabnya.

Page 22: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

22

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Selain itu, penulisan sejarah beliau juga dapat dilihat melalui karya beliau iaitu “Hang

Tuah Wira Melayu”:

Berikut adalah petikan yang diselitkan unsur-unsur sentrik tempatan dalam

karya ini :

“Sifat juang Hang Tuah terserlah sejak kecil apabila beliau

dan rakan-rakannya berjaya menewaskan lanun di sebuah pulau. Ini

membolehkan Hang Tuah diterima Raja Bentan sebagai pahlawan,

apatah agi setelah beliau menyelamatkan Bendahara daripada

menjadi mangsa orang mengamuk. Perjuangan Hang Tuah paling

bermakna apabila beliau berjaya menghapuskan Hang Jebat yang

menderhaka, sahabat karibnya atas rasa tanggungjawab dan

kecintaan kepada tuannya dan negaranya.”

“ Keunggulan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan yang

bijaksana telah menarik perhatian Kisna Ryan lalu memilihnya

sebagai duta Benua Keling ke China. Dan seorang pejuang Melayu,

Hang Tuah berjaya mengalahkan orang-orang Feringgi di kedua-dua

benua itu.”

(Mohd. Yusoff Hashim, 2008)

Dalam petikan ini, kita dapat lihat dengan jelas ciri-ciri sentrik tempatan yang

ditonjolkan dengan menceritakan kehebatan Hang Tuah tanpa mengkritik

ataupun menyangkal kehebatan tersebut.

Page 23: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

23

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Hasil Karya Khoo Kay Kim

Profesor Emeritius Khoo Kay Kim merupakan seorang profesor emiritius di Jabatan

Sejarah, Universiti Malaya.

Beliau yang merupakan seorang anak didik kepada tokoh sejarawan Barat

terkemuka di Malaysia, Profesor J.G Tregonning berjaya mendapat anugerah Doktor

Falsafah melalui tesis beliau iaitu “The beginnings of political extremism in Malaya

1915-1935” pada tahun 1972.

Selain itu, beliau juga memainkan yang sangat penting dalam perpaduan nasional

dengan menjadi salah seorang tokoh penting dalam merangka Rukun Negara

Malaysia.

Antara hasil kajian dan penulisan beliau dalam bidang sejarah termasuklah:

1. The Western Malay States 1850-1873:the effects of commercial

development on Malay politics;

2. The History of South-East, South, and East Asia (1977);

3. Sabah : history and society (1981);

4. Melaka : dahulu dan sekarang (1982);

5. Darurat 1948-1960 (1984);

6. Pensejarahan Malaysia (1970);

7. A History of Johore, 1365-1941 (1992)

8. dll.

Antara contoh penulisan sejarah beliau termasuklah dalam tulisan beliau iaitu

“Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagang

terhadap Politik Melayu”. Antara isi kandungan buku tersebut termasuklah:

Petikan berikut menggambarkan wujudnya sentrik tempatan yang

dimainkan penulis dalam karyanya :

“ Sekarang, sudah diketahui bahawa setiap negeri Melayu di

semenanjung, pada dasarnya mempunyai struktur poitik asas

yangsama kecuali Negeri Sembilan.

Page 24: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

24

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sistem politik yang ditubuhkan di Negeri Sembilan pada akhir

abad ke-18, sebenarnya merupakan sebuah super struktur yang

dibina di atas sistem sosial yang terperinci dan berasaskan

perhubungan kekeluargaan sedia ada. Di negeri-negeri Melayu yang

lain, daerah merupakan faktor utama dalam organisasi politik.”

(Khoo Kay Kim, 1984)

Petikan ini menceritakan mengenai struktur politik yang terdapat dalam

kalangan masyarakat tempatan. Unsur ini jelas menunjukkan sentrik

tempatan yang dimainkan penulis dalam karya beliau.

Dalam bukunya “Kuala Lumpur: The Formative Years” (1996) pula, antara

petikan beliau yang menggambarkan corak penulisan sentrik tempatan

termasuklah:

“ The Kuala Lumpur market provides insufficient

accommodation. The dry goods stalls have more than once been the

subject of discussion, but provided there is enough available space of

fresh provisions they need not be interfered with. A small extension

next year will, it is hoped, provide all necessary accommodation.”

(Khoo Kay Kim, 1996)

Petikan ini menceritakan mengenai kemudahan jual beli yang terdapat di

Kuala Lumpur sekiar akhir abad ke-19. Hal ini turut menampakkan corak

sentrik tempatan dalam penulisan pengarang.

Page 25: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

25

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Karya Nik Anuar Nik Mahmud

Profesor Dato‟ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud merupakan seorang pensyarah kanan

di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang banyak memberikan tumpuan

dan pengkhususan dalam bidang sejarah Malaysia yang berkait dengan politik,

diplomasi serta konflik sempadan dan pemisahan.

Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of Hull, England dan

menyumbang kepada pelbagai penulisan dan kajian dalam pensejarahan

Malaysia.

Antara kajian dan penulisan beliau termasuklah:

1. The Malay of Pattani: The Search of Security and Independence;

2. Susur Galur Kesultanan Melayu Terengganu 1708-2008;

3. Isu Limbang dalam Hubungan Britain dan Brunei 1890-1963;

4. Perlembagaan Tanah Melayu (1948) dan Orang Melayu;

5. Gagasan Melayu Raya dari Perspektif Nasionalis Melayu;

6. Kontrak Sosial - Menyelusuri Sejarah;

7. Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?

8. Dll.

Berikut adalah sedikit sedutan penulisan beliau dalam Tok Janggut: Pejuang atau

Penderhaka yang menggambarkan penulisan bersentrik tempatan:

“Sesampai saja di Kampung Kelubi, mata-mata berkenaan

telah diberitahu oleh orang-orang kampung bahawa „To‟ Janggut was

at the head of some hundreds of Malays, and was advancing to attack

Pasir Puteh town‟

Lanjutan daripada peristiwa Tok Akib, Haji Mat Hassan dan

pengikut-pengikutnya telah menyerbu bandar Pasir Puteh. Sesampai

saja di bandar, pengikut-pengikut Haji Mat Hassan „called upon the

district officer and the land officer clerk by name to come out and

collect the land tax at the points of their spears…‟

(Nik Anuar Nik Mahmud, 1999)

Page 26: Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik

26

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Petikan ini menggambarkan kepada kita keberanian yang ditunjukkan oleh Haji Mat

Hassan atau Tok Janggut untuk bangkit menentang British bersama pengikut-

pengikutnya dan bersiap sedia menerima serangan balas daripada British.

Ini menunjukkan penulisan sentrik tempatan dalam penulisan pengarang dalam

menggambarkan keberanian dan kepahlawanan Haji Mat Hassan atau Tok Janggut

sehingga digeruni dan mengancam pihak British.