Bab 6 - Tokoh2 Tamadun Islam Dan Asia

172
TOKOH-TOKOH TAMADDUN TOKOH-TOKOH TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ASIA ASIA

description

slideshow

Transcript of Bab 6 - Tokoh2 Tamadun Islam Dan Asia

  • TOKOH-TOKOH TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ASIA

  • AL-GHAZALINama: Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-GhazaliGelaran: Syaraful Aimmah,Zainudin,Hujjatul IslamLahir: 1058M atau 450HWafat: 1111M atau 505HMazhab: SyafieEtnik: ParsiRantau: ParsiBidang: Tasawuf,Teologi(Kalam),Falsafah,Logik, Fiqh

  • Abu Hamid al-Ghazali dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuan Islam.

    Merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai mujaddid untuk kurunnya.

    Dilahirkan di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, (di bahagian timur laut negara Iran), berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan.

  • Dilahirkan dalam keluarga kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun kain daripada biri-biri disamping itu suka bergaul dengan al-ulama dan juga para sufi.

    Ayahnya meninggal dunia ketika Abu Hamid al- Ghazali berusia lebih kurang 6 tahun. Beliau dan adiknya, Ahmad diasuh oleh sahabat ayah mereka, seorang mutasawwif dengan menggunakan wang wasiat untuk membiayai kehidupan mereka adik-beradik.

  • Mereka kemudiannya belajar di Madrasah an- Nizamiyyah yang diasaskan oleh Nizam al-Mulk,perdana menteri kepada as-Sultan Alp Arslan yang dibiayai sepenuhnya oleh madrasah tersebut.

    Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali telah belajar ilmu fiqh daripada seorang alim yang bernama asy-Syaikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani.Juga belajar ilmu nahu dan ilmu hisab, serta berjaya menghafal isi al-Quran.

  • Pada tahun 473 Hijrah, al-Imam al-Ghazali berguru dengan seorang syaikh yang sangat terkenal pada waktu itu iaitu Imam al-Haramain.Gurunya pernah memujinya dengan mengatakan bahawa Imam al-Ghazali adalah umpama lautan yang tidak bertepi yang menandakan betapa dalam dan luasnya ilmu yang dimiliki oleh Imam al-Ghazali. Malah beberapa orang pengkaji al-Imam al-Ghazali mengatakan bahawa beliau memiliki darjah kecerdasan yang sangat tinggi, di paras genius.

  • Beliau telah belajar ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu bahasa seperti ilmu fiqh, ilmu usul, ilmu mantiq, ilmu falsafah, ilmu kalam dan ilmu perdebatan. Semuanya dikuasai dengan mudah.

    Di sinilah Imam al-Ghazali telah mula menulis kitab-kitabnya yang banyak seperti al Munqidh Min ad Dalil.

    Kitab-kitab yang telah ditulis oleh beliau adalah amat banyak sekali dan telah dianggarkan melebihi 200 buah. Namun, yang masih kekal hingga ke hari ini lebih kurang 50 buah sahaja.

  • Kebanyakan kitab-kitabnya ditulis dalam bahasa Arab, dan ada juga ditulis dalam bahasa Parsi. Di antara kitab-kitab al Imm Abu hamid al-Ghazali yang lebih terkenal di negara kita ialah:Ar-Risalah al-LadunniyyahAl-Munqidh Min ad-DalalBidayah al- HidayahMinhaj al-AbidinMizan al-AmalKimiyaas-SaadahMisykah al-Anwar, dan Ihya UlumiddinSebuah kitab tulisan al-Ghazali

  • Dalam usia 34 tahun, beliau telah diberi gelaran Syaikh al-Islam .(setinggi- tinggi pangkat dari segi akademik dan keagamaan yang rasmi)

    Pada tahun 488 Hijrah, beliau mula menyedari bahawa segala kejayaan yang dikecapinya selama ini tidak ikhlas tetapi dicampur dengan sebab-sebab duniawi. Oleh itu beliau telah belajar ilmu tasawuf daripada asy- Syaikh Abu Ali al-Fadl ibn Muhammad al-Farmadhi at-Tusi dan mengamalkan beberapa latihan rohani, tetapi tidak sempat mencapai tahap kesempurnaan, kerana gurunya meninggal dunia pada tahun 477 Hijrah.

  • Kemudian beliau menyambung berguru dengan asy-Syaikh Abu Bakr Yusuf an-Nassaj as-Tusi sehinggalah gurunya meninggal dunia pada tahun 487 Hijrah.

    Imam Al-Ghazali telah diraikan sebagai seorang alim yang besar dan tealh tinggal di al-Muaskar selama lebih kurang 6 tahun. Beliau juga telah ditemukan dengan al-fuqaha dan para pemuka ilmu yang lain. Semuanya mengakuiventang keluasan dan ketinggian ilmu al- Imam al-Ghazali.

  • Pada tahun 484 Hijrah, Imam al-Ghazali telah dilantik menjadi Ketua profesor di al-Madrasah an-Nizamiyyah di Baghdad. ( setaraf Universiti Islam sekarang )

    Beliau meninggal dunia pada usia 55 tahun iaitu pada 1111 Masihi atau 505 Hijrah.Kubur Al-Ghazali

  • Nama : Siddharha Gautama BuddhaLahir : kk 563 SM kk 483 SMTempat lahir : Kapilasvastu (Nepal)Ayah : Suddhodana Ketua Kasta Pahlawan Sakya

  • Siddharta ialah nama yang diberi oleh ibu bapanya.Gautama pula ialah nama keluarga dan Buddha pula menandakan seseorang manusia yang mencapai kesedaran kerohanian yang sempurna.Semasa berusia 35 tahun, Buddha telah meninggalkan istana semata-mata kerana ingin mencari erti kehidupan yang sebenar.Beliau telah memulakan pertapaan di bawah pokok Pipal di pinggir bandar Gaya, dan pada hari ke 49 pertapaan, Siddharta telah menjadi seorang Buddha iaitu manusia yang memperoleh kesedaran kerohanian yang sempurna.

  • Pada dasarnya, agama Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia. Agama Buddha juga melarang manusia melakukan perkara-perkara ghaib dengan menggunakan kuasa luar biasa yang diperolehi daripada pertapaan.Manusia yang mencapai nirvana satu kehidupan yang kekal abadi.Juga menekankan konsep ahimsa menolak penyeksaan serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut yang lapar.

  • Agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab:Mazhab HinayanaMazhab Mahayana

    Mazhab HinayanaLebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat. Penganutnya terdapat di Kemboja,Sri Lanka,Myanmar, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Laos.

  • Mazhab MahayanaLebih menekankan kepada pencapaian dan tindakan individu dalam menentukan kehidupan. Penganutnya banyak terdapat di negara China dan Jepun.

    Agama Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan.

  • Ajaran Buddha terkandung dalam Empat Kebenaran Mulia iaituDukka-kehidupan yang penuh penderitaan, kesakitan dan kesedihan.Samudaya-punca kesengsaraan berpunca dari nafsu.Nirodha-menghapuskan kesengsaraan dengan mengatasi nafsu.Marga-jalan atau memadamkan nafsu dan boleh diatasi melalui Jalan Mulia Berlapis Lapan.Jalan Lapis lapan berdasarkan pemikiran,pengetahuan, keinginan, pertuturan,kelakuan ,kehidupan, usaha dan pertapaan yang baik.

  • Buddha meninggal dunia setelah mencapai parinirvana di bawah sebatang pokok Sal di pinggir bandar Kusinagara ketika berusia 80 tahun.Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia.

  • Kung Fu Tze

  • Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.

  • Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar.

  • Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

  • Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM.

    Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM.

    Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

  • Ajaran ConfuciusConfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

  • Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou.Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

  • Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

  • Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

  • Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat.

  • Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

  • Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga mementingkan penyembahan kepada nenek moyang.

  • Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

  • KesimpulanConfucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius.Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

  • Lao Tze

  • Laozi (Bahasa Cina,, juga dieja sebagai Lau Tze, Lau Zi, Lao Tzu) merupakan ahli falsafah Cina terkemuka yang dipercayai hidup sekitar abad ke-4 SM (570 SM - 470 SM), semasa Seratus Sekolah Pemikir ( Hundred Schools of Thought) pada Zaman Chunqiu, (770 SM~ 476 SM).

  • Ajaran Lao Tze Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta.

  • Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

  • Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam.

  • Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

  • Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.

  • Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

  • Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli.Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.

  • TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

  • RIWAYAT HIDUP AL FARABINama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag

    Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana, di negara Turkestan pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, Berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki.

  • PENDIDIKAN AWAL AL FARABIMendapat pendidikan awal daripada guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij, seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.

  • Menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya. Selain itu, beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik.

  • MENURUT AL FARABI, SEORANG AHLI FALSAFAH TIDAK SEHARUSNYA MEMISAHKAN DIRINYA DARIPADA SAINS DAN POLITIK. SEBALIKNYA PERLU MENGUASAI KEDUA-DUANYA UNTUK MENJADI SEORANG AHLI FALSAFAH YANG SEMPURNA.

    Menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusiaDIKENALI SEBAGAI ARISTOTLE KEDUAIlmu merupakan segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

  • Mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannyaKeadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.ANTARA KARYA YANG DIHASILKAN :

  • "Kunci Ilmu yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M"Fihrist Al- Ulum"yang diselesaikan oleh Ibnu Al- Nadim pada tahun 988MDUA BUAH BUKU YANG TIDAK DAPAT DISIAPKAN OLEH AL FARABI DI ZAMANYA

  • BIDANG PERUBATANPandangannya ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini disebabkan oleh jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

  • IBN KHALDUN

  • PENDIDIKANMendapat pendidikan awal daripada bapanya tentang asas-asas agama seperti al-Quran, Feqah, Hadith dan Tauhid.Hafaz al-Quran sejak kecil.Apabila dewasa, beliau belajar Linguistik Bahasa Arab (seperti Nahu dan Saraf), Usuluddin dan Kesusasteraan.Beliau juga mempelajari Mantiq, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah daripada beberapa orang ulama terkemuka pada masa itu.Guru beliau yang utama ialah Muhammad Bin Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abla yang mengajarnya tentang Sosiologi, politik dan pendidikan.

  • SUMBANGANSUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG SOSIOLOGI: PENGASAS DAN GURU TERKEMUKA DALAM BIDANG SOSIOLOGISUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG SEJARAH : PENGASAS FILOSOF SEJARAH (MELALUI KITAN AL-IBAR)MAHIR DALAM ILMU SAJARAHMENGAHSILKAN KITAB AL-MUQADDIMAHMEMPELOPORI ILMU SOSIOLOGI (ORANG PERTAMA MEMBICARAKAN PEMBANGUNAN MENTAL, AKAL, DAN FIZIKAL MANUSIA)

  • AL-MUQADDIMAHMembincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Membahagikan karya beliau kepada 6 bab:

    BAB 1 :Mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia.BAB 2 :Mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif.BAB 3 :Mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja.BAB 4 :Mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju.

    BAB 5 :Mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum.BAB 6 :Mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan.

  • Setiap bab dalam karya didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.Kandungan al-Muqaddimah terbahagi kepada 2 bahagian:

    Perkara yang penting dalam karya ini ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi.

    ASASITIDAK ASASIMengenai disiplin sejarah/falsafah sejarah dan disiplin sosiologi/falsafah sosiologiMerangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah

  • SUMBANGANSumbangan beliau dalam bidang politik: Aktif dalam bidang politik Berpendapat bahawa asas untuk membina peribadi dan negara ialah berasaskan Islam Mengemukakan teori yang mempengaruhi karya pemikir politik (melalui kitab al-Ibar)

    Sumbangan beliau dalam bidang ekonomi : Berpendapat bahawa: Rezeki perlu dinikmati bersama dengan adil Kemajuan negara bergantung kepada kekuatan ekonomi Menghasilkan kitab al-Ibar

  • RIWAYAT HIDUP IBN SINA NAMA SEBENAR IBN SINA IALAH ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA .

    DI BARAT, BELIAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI AVICIENNA.

    DILAHIRKAN PADA TAHUN 370 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 980 MASIHI.

    PENGAJIAN PERINGKAT AWALNYA BERMULA DALAM BIDANG BAHASA DAN SASTERA. SELAIN ITU, BELIAU TURUT MEMPELAJARI ILMU-ILMU LAIN SEPERTI GEOMETRI, LOGIK, MATEMATIK, SAINS, FIQH DAN PERUBATAN.

    PADA MASA KECIL LAGI IBN SINA MEMPELAJARI BAHASA PARSI DAN ARAB. SEMASA BERUMUR SEPULUH TAHUN, BELIAU TELAH MENGHAFAL AL-QURAN DAN BELIAU MULA MEMPELAJARI ILMU PERUBATAN KETIKA BERUMUR 16 TAHUN.

  • WALAUPUN IBN SINA MENGUASAI PELBAGAI ILMU PENGETAHUAN TERMASUK FALSAFAH, TETAPI BELIAU LEBIH MENONJOL DALAM BIDANG PERUBATAN SAMA ADASEBAGAU SEORANG DOKTOR ATAUPUN MAHAGURU DALAM BIDANG TERSEBUT

    IBN SINA MULA MENJADI TERKENAL SELEPAS BELIAU BERJAYA MENYEMBUHKAN PENYAKIT PUTERA NUB IBN NAS AL-SAMANI YANG GAGAL DIUBATI OLEH DOKTOR LAIN. KEHEBATAN DAN KEPAKARAN DALAM BIDANG PERUBATAN TIADA TOLOK BANDINGNYA SEHINGGA BELIAU DIBERI GELARAN AL-SYEIKH AL-RAIS (MAHAGURU PERTAMA)

  • MENERBIT AL QANUN FI AL-TIBB Di Rom pada Tahun 1593 masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatanbahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa

  • PENTERJEMAHAN KITAB AL QANUN FI AL-TIBBOleh Gerard of Cremona (1114-87). Dinamakan sebagai Canon atau Canon fi al-Tibb Beliau telah berjaya menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin tidak kurang daripada 92 buah karya Arab yang lengkap

  • MENGHASILKAN BUKU REMEDIES FOR THE HEARTmengandungi sajak-sajak perubatan menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya

  • BIDANG FARMASImembincangkan tentang proses penyediaan ubatmenyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak , salap dan infusiMenyentuh mengenai kepentingan dos

  • BIDANG FALSAFAHmenulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah Pemikiran falsafah banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle

  • Ibn Sina menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipunPemikiran falsafah dan konsep ketuhanan telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.Ibn Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan.

  • Memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatanKini dikenali: ilmu perubatan psikosomatiks Memberi tanda-tanda penyakit kencing manis dan kesannyaMemperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantungDoktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru boleh berjangkit

  • Diterjemahkan oleh Gundissalines (1130-1150)

    Diterjemah ke dalam bahasa Latin dan telah diterbitkan di bawah tajukSufficientia Physicorum di mana ahli fikir Barat, Roger Bacon sering membuat rujukan.

  • Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat daripada dua sudut iaitu: BIDANG MATEMATIKBIDANG ASTRONOMI

  • BIDANG MATEMATIKMemperkenalkan aljabar dan hisab

    Banyak menghasilkan karya-karya yang terkenal ketika zaman tamadun Islam.

    Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum.

    Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

    Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah:

  • Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkanteorem segi tiga sama dan segi tiga sama kaki serta bagaimana untuk mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan Kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesai dan persamaan321

  • BIDANG ASTRONOMIAstronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmufalaq (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang)

    Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah buku yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim, orang Sepanyol serta Kristian.

  • NOMBORBeliau telah menerangkan penggunaan sistem angka dalam sebuah buku - hanya naskah Latin sahaja yang dijumpai (De Numero Indorum) berkaitan dengan aritmetik. Menerangkan angka sifar dalam buku beliau. Dengan adanya sisitem angka ini, bukan sahaja operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dapat dilaksanakan dengan mudah, bahkan dalam berpuluh- puluh operasi lain seperti kuasa, log, kosinus dan sebagainya.Dengan sistem ini juga, manusia telah dilengkapi dengan kuasa yang menakjubkan seperti meramal gerhana, menentukan planet-planet atau komet-komet yang baru, menganggar umur dunia dan sebagainya

  • AL JABARKemajuan aritmetik membawa kepada kemajuan aljabar, iaitu satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf-huruf untuk mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah atau secara ringkasnya disebut ilmu persamaan. Bagi masyarakat umum, aljabar membicarakan kaedah memanipulasi simbol-simbol dengan hukum- hukum atau petua-petua tertentu, iaitu satu penjurusan kepada aritmetik. Pada abad ke-9 M, beliau telah menulis tentang aljabar yang bertajuk Al- Jabar wa al- Muqabalah

  • Di sini al-Jabar bermaksud mengubah satu kuantiti dari sebelah persamaan ke sebelah yang satu lagi, dan al-Muqabalah bermaksud memudahkan atau meringkaskan ungkapan yang terhasil (dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah persamaan). Beliau merupakan orang pertama yang mengajar aljabar dalam bentuk yang mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah perwarisan, pembahagian harta dan perniagaan.

  • KAEDAH BERANGKA

  • Kesan daripada sumbangan ini, kaedah berangka digunakan secara meluas dalam pelbagai ilmu. Antaranya ialah dalam bidang fizik, statistik, kejuruteraan, ekonomi, pengurusan dan sebagainya. Al-Khawarizmi digelar Bapa Kaedah Berangka kerana sumbangan beliau ini.

    Secara tidak langsung, nama beliau diakui apabila tertera dalam setiap penulisan tentang kaedah berangka/analisis berangka, juga dalam bahasa Inggeris disebut algorithm (satu susunan langkah- langkah atur cara bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara berangka.

  • Malangnya, asal-asul istilah ini tidak diketahui oleh kebanyakan ahli Matematik sendiri. Hal ini jelas kelihatan apabila istilah tersebut diterjemahkan sebagai algoritma dalam bahasa Melayu yang tidak langsung menggambarkan pengaruh Arab atau perkataan asalnya sendiri, iaitu Al-Khawarizmi.

  • RIWAYAT HIDUPBeliau dilahirkan di Ghazallah, di pinggir kota Thus, yang terletak di timur laut negara Iran.Beliau digelar Abu Hamad kerana anaknya bernama Hamad.Gelaran al- Ghazali at-Thusi disebabkan oleh ayahnya yang bekerja sebagai pemintal bulu Kambing biri biri dan tempat tinggalnya.As- syafie pula kerana beliau bermazhab Shafie. Pada usia baru 34 tahun, Imam al-Ghazali diberi gelaran Syaikh al Islam iaitu pangkat tertinggi dari segi akademik dan keagamaan rasmi.

  • SIFAT PERIBADIImam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujahBeliau digelarHujjatul Islam kerana kemampuannya tersebutBeliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam.Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengambara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.

  • PENDIDIKANpendidikan secarapercuma daripadabeberapa orang gurukerana kemiskinankeluarganymenggemari ilmufikah manakalaadiknya cenderungkepadailmu tasawufmenuntut diMadrasahan-Nizammiyahbelajar ilmu fikahdaripada asy- SyaikhAhmad ibnMuhammadar-Radhakanimempelajari ilmunahu dan ilmuhisab sertatelah berjayatelMenghafaz al - QuranMenulis semua ilmu yang didapatinya. Dan menyusunnya mengikut tajuk

  • Merupakan seorang ahli fikir Islam yang telah meninggalkan banyak jasa yang tidak ternilai melalui hasil karyanyaDilantik sebagai penasihat agung kepada Nizam al Mulk, perdana Menteri Khalifah Abbasiyah di Baghdad.Mendokong fahaman ahli Sunnah wal JamaahMenjadi tenaga pengajar di Universiti NazmiyahHasil karyanya merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk fizik, dan metafizik.Ahli falsafah barat menganggapnya seorang ahli falsafah dan digelar filsuf (pelopor golongan sufi

  • SHEIKH TAHIR JALALUDIN

  • BERUSAHA MENYEDARKAN UMAT ISLAM PERLUNYA KEBEBASAN BERFIKIR YANG TERHINDAR DARI KONKONGAN SYIRIK, KHURAFAT, PENJAJAHANLUARIDEA ISLAH SHEIKH TAHIRMESEJ ISLAHMENGAMALKAN AJARAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN SUNNAHMENJAUHKAN PENGARUH NEGATIF DARI LUARBERUSAHA MEMPELAJARI ILMU FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAHMENOLAK TAQLID BUTA

  • FAKTOR-FAKTOR MENDORONG GERAKAN ISLAHUmat Islam mengamalkan amalan yang bertentangan dengan IslamPemikiran masyarakat Islam tidak majuAkidah masyarakat Islam terpesongMasayrakat Islam masih lemah dalam pendidikan

    KAEDAH SHEIKH TAHIR JALALUDIN MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH

    Penerbitan akhbar. Contoh : Al-ImamJawatan-jawatan yang disandang contoh : mufti Perak & Johor Proses pengajaran - guru di Madrasah al- Masyhur

  • Mempelajari asas agama melalui bapanyaSyeikh Abdul KarimBanyak mengikuti pengajian di masjid yangdisampaikan oleh ulama terkenalMendapat pendidikan di Sekolah alTawalib

    Banyak menghabiskan masanya membacabuku2 falsafah, sastera, sejarah dan politikdunia

    Menggunakan kemahiran Bahasa Arab untuk mengkaji karya sarjanaTimur Tengah

  • USAHA-USAHA DAKWAH HAMKA

    Mengadakan ceramah-ceramah agama untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang sebenar

    Menubuhkan Persatuan Hindia Timur

    Menubuhkan Kolej Kuliah al- Muballighin untuk melahirkan ramai tokoh ulama

    Memimpin gerakan dakwah Muhammadiah

    Menyampaiakan mesej Islam melalui penulisan dalam majalah dan novel

  • HASIL KARYA YANG TERKENALAGAMA TAFSIR AZHARFALSAFAH PANDANGAN HIDUP MUSLIMSASTERA DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

  • ABU AL MUHAMMAD AL-HASSAN IBNU AL-HAITHAM

  • LATAR BELAKANGnama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassanibn al-Haitham.di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen.Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 MasihiBeliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.

  • PENYELIDIKANNYA MENGENAI CAHAYA TELAH MEMBERIKAN ILHAM KEPADA AHLI SAINS BARAT SEPERTI BOGER, BACON, DAN KEPLER MENCIPTA MIKROSKOP SERTA TELESKOP.

    BELIAU MERUPAKAN ORANG PERTAMA YANG MENULIS DAN MENEMUI PELBAGAI DATA PENTING MENGENAI CAHAYA.

    BEBERAPA BUAH BUKU MENGENAI CAHAYA YANG DITULISNYA TELAH DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA INGGERIS, ANTARANYA IALAH LIGHT DAN ON TWILIGHT PHENOMENA.

  • IBN HAITHAM TELAH MENEMUI PRINSIP ISI PADU UDARA SEBELUM SEORANG SAINTIS YANG BERNAMA TRRICELLA MENGETAHUI PERKARA ITU 500 TAHUN KEMUDIAN.

    IBN HAITHAM JUGA TELAH MENEMUI KEWUJUDAN TARIKAN GRAVITI SEBELUM ISSAAC NEWTON MENGETAHUINYA.

  • ANTARA BUKU KARYANYA TERMASUK:

    1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya.2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri.3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra.4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arahkiblat bagi segenap rantau.5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalamurusan hukum syarak.6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

  • TOKUGAWA IEYASUBeliau dikenali dengan nama panggilan Takechiyo semasa kanak-kanak.Anak sulung seorang ketua pewira dari Okazaki bernama Matsudaira.Okazaki ketika itu adalah sebahagian dari wilayah Mikawa.Kedudukan ayahnya terancam kerana tanah-tanah beliau tersisip di antara kawasan dua orang tuan tanah yang berkuasa iaitu Imagawa dan Oda.

  • Pada tahun 1567 beliau menjadi pemerintah Mikawa dan pada tahun 1566 kerajaan Imperial mengiktirafkan kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa dan Toyotomi Hidesyoshi juga mengiktirafkannya sebagai sekutunya yang paling berpengaruh.Seterusnya, beliau dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Pemangku Raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hidesyoshi.Kredibilitinya tercabar setelah kematian Toyotomi Hidesyoshi satu pertelingkahan untuk mendapatkan kuasa meletus di antara Tokogawa Ieyesu dan Ishida Mitsunari.

  • Beliau memenangi peperangan ini dan pertempuran ini kerana mempunyai lebih banyak pengalaman dalam taktik peperangan dan pertempuran.Beliau dilantik menjadi Shogun pada tahun 1603, tetapi dua tahun kemudian beliau meletak jawatan ini dan digantikan dengan anaknya Hidetada.Alasan perletakan jawatan ialah azamnya untuk memperkukuhkan keshogunan Tokugawa dan tindakan ini menunjukkan jawatan tersebut hanya akan diwarisi oleh ahli-ahli keluarga Tokugawa.

  • Beliau juga terkenal sebagai daimyo yang terkuat di Jepun.Dalam tahun 1614, angkatan seramai 70,000 orang tentera yang dipimpin oleh Hidetada (anak Tokugawa Ieyasu) telah menyerang istana Hideyoshi di Osaka.Hasilnya Hidesyoshi yang mempunyai angkatan tentera seramai 100,000 telah kalah dan menyebabkannya membunuh diri.Oleh itu, Tokugawa Ieyasu muncul sebagai pemimpin yang unggul di Jepun.

  • Kemenangannya yang berjaya mendominasi politik menyatukan Jepun telah menyumbangkan kepada ketinggian peradaban kerana perubatan dan kemajuan yang dilakukannya.Beliau juga terbukti berjaya mengasaskan Keshogunan Tokugawa iaitu kerajaan berbentuk tentera yang paling lama tempohnya mendominasi politik Jepun pro-moden.Malah pencapaiannya ini telah diiktirafkan oleh kerajaan Imperial dan pemimpin tentera agung era Sengoku Jidai.

  • MAHARAJA MEIJIPemangkin utama zaman Meiji ialah maharaja Mutsuhito yang memerintah selama 44 tahun bermula dari tahun 1868 hingga 1912.Baginda merupakan seorang maharaja yang terbaik dan digelar Meiji. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh Meiji ke atas Jepun bagi memodenkannya serta mengikut perubahan zaman. Antara langkah utama yang dilakukan oleh Meiji ialah memindahkan ibu Negara dari Kyoto ke Edo dan kemudiannya Edo ditukarkan kepada Tokyo.

  • Perubahan yang pertama dilakukan oleh Meiji ialah meghapuskan sistem feudal, iaitu menjelang tahun 1871, sistem politik feudalism ditamatkan dengan menghapuskan sistem uji. Kemudian, ia ditukarkan kepada sistem pemerintah yang lebih terbuka. Keadaan ini mengubah corak kehidupan masyarakat Jepun di mana golongan samurai telah mula dibenarkan menceburi bidang lain seperti berniaga dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ramai antaranya yang gagal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Bagi rakyat, diberikan kebebasan untuk memilih cara hidup sendiri. Manakala, petani dengan tuan tanah menjadi lebih mesra dan unik.

  • Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutama untuk menjadikan kuasa ekonomi dan militari termoden. Menjelang tahun Jun 1868, Meiji memberikan kebebasan dan penekanan kepada kepentingan memcari ilmu pengetahuan khususnya dari barat. Oleh yang demikian, sebuah Jabatan Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 dan menekan aspek pendidikan awal dan menengah. Keadaan ini menyebabkan majoriti rakyat Jepun celik huruf dan cekap dalam bidang teknikal serta bersedia menerima pembangunan.

  • Selain itu, pelbagai pembaharuan material dilakukan antaranya ialah bandar Yokohama dan Kobe telah dibangunkan dengan reka bentuk barat. Pembinaan jalan kerata api dibina pada tahun 1872, iaitu sepanjang 18 batu dan pada tahun 1897 sepanjang 3000 batu. Ekonomi oada era ini berkembang dengan pesatnya, di mana banyak bank-bank ditubuhkan seperti Central Bank of Japan pada 1882 dan Yokohama Specie Bank pada tahun 1887.Beberapa perlembagaan telah dibentuk, di mana maharaja telah mengeluarkan titah agar satu perlembagaan dilaksanakan menjelang tahun 1890. Perlembagaan ini bertujuan untuk membentuk Negara Jepun yang moden dan demokratik.

  • Tokoh-tokoh Tamadun India

  • Mahatma Ghandi

  • Sejarah awal1.Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat.

    2.Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

    3.Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Di sekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.

    4.Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

  • 5.Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang.

    6.Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya.

    7.Pada 1891, beliau telah lulus peperiksaan dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

  • Penubuhan Gerakan Bukan Kekerasan Oleh Mahatma Ghandi 1.Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguam bela tetapi gagal.

    2.Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan.

    3.Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

    4.Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibu negeri Natal. Sewaktu di dalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

  • 5.Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut.

    6.Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

  • Gandhi dan kemerdekaan India1.Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

    2.Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India yakin bahawa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri.

    3.Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

  • 4.Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

    5.Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi pelbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela.

    6.Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

    7.Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki tidak siuman dari Poona,bernama Nathuram Godse

  • 8. Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah mendapat pelbagai komen dan pendapat. Misalnya, Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini.

    9. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

  • Sidhaharta Gautama Buddha (563 SM - 483 SM)

  • Sidhaharta Gautama Buddha (563 SM - 483 SM)1.Gautama Buddha nama aslinya pangeran Siddhartha, beliau merupakan Putra raja Kapilavastu, timur laut India.

    2.Siddhartha dikatakan lahir di Lumbini yang kini termasuk wilayah negara Nepal. Beliau Kahwin pada umur 16 tahun dengan sepupunya yang sebaya.

    3.Pangeran Siddhartha telah dibesarkan di dalam istana mewah, tetapi beliau tidak biasa dengan kehidupan yang selesa ini, dan merasa tidak puas dengan kehidupan ini.

    4.Dari jendela istana dia menjenguk ke luar dan dia melihat banyak orang miskin yang terdampar di jalan-jalan, ada yang mengalami kekurangan makanan atau yang tidak mampu makan sama sekali.

  • 5.Hari demi hari, dia semakin gelisah, kecewa dan murung kerana dihantui kebuntuan hidup. Setelah Siddhartha berfikir, dia merasakan keadaan ini mesti diatasi.

    6.Semasa beliau berumur dua puluh sembilan tahun iaitu tak lama sesudah putera pertamanya lahir, Gautama mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan istananya dan menghambakan dirinya untuk mencari kebenaran sejati ini.

    7.Beliau telah meninggalkan istana tanpa membawa bersama isteri dan anaknya, barang serta harta.

    8.Di luar istana, tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menuntut ilmu dari orang-orang bijak yang ada pada waktu itu.

  • Selepas beliau merasa ilmu pengetahuan telah dikuasainya, beliau membuat keputusan untuk mencari kesimpulan kepada pemecahan masalah dan ketidakpuasan manusia.

    10.Atas dasar anggapan bahawa bertapa itu jalan menuju kearifan sejati, Gautama mencuba untuk menjadi seorang petapa, bertahun-tahun puasa serta menahan nafsu sehebat-hebatnya.

    11.Akhirnya beliau sedar bahawa perlakuan ini hanya menyeksa diri,mengaburi fikiran, dan bukannya mendekati kepada kebenaran sejati.

    12.Selepas berfikir, beliau membuat keputusan untuk memakan makanan yang layak untuk manusia normal dan berhenti bertapa .

    13.Akhirnya pada suatu malam, ketika beliau sedang duduk di bawah sebuah pohon berdaun lebar dan berbuah semacam bentuk buah pir yang sarat biji, maka masalah hidup seakan jatuh menimpanya.

  • 14.Semalam suntuk Siddhartha merenung sedalam-dalam dan ketika matahari terbit di ufuk timur dia tersentak dan yakin bahawa persoalan yang rumit telah mempunyai cara penyelesaianya.

    15.Mulai saat itu beliau menyebut dirinya Buddha (orang yang diberi penerangan).

    16.Pada ketika itu umurnya ialah 35 tahun.

    17.Sisa umurnya selama 45 tahun telah digunakan untuk mengembara ke sepanjang India bahagian utara, menyebarkan falsafah barunya di depan khalayak yang sudi mendengar.

    18.Saat dia wafat, tahun 483 sebelum Masihi, ratusan ribu orang telah memeluk ajarannya.

  • 19.Meskipun ucapan-ucapannya masih belum ditulis oleh sesiapa pun tetapi petua-petuanya dihafal oleh banyak pengikutnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

    20.Ajaran Buddha dapat diringkas di dalam apa yang menurut istilah penganutnya "Empat kebajikan kebenaran:"

    Kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia;

    Sebab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta dibelenggu oleh nafsu;

    Pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat diatasi apabila segala nafsu dan hasrat tiada dalam ajaran Buddha atau disebut nirvana;

    Mempertimbang secara benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.

    21.Dua cabang besar Agama Buddha adalah cabang Theravada dan Mahayana. Pengaruh Theravada tersebar terutamanya di Asia Tenggara dan menurut anggapan sebahagian besar sarjana-sarjana Barat cabang inilah yang paling mendekati ajaran-ajaran Buddha yang asli. Pengaruh cabang Mahayana terletak di Tibet, Cina dan juga di Asia Tenggara secara umum.

  • TAMADUN CHINA

  • Latar Belakang Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M..

  • Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin Memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks. Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup.

  • KEKUATAN TAMADUN CHINA SEBAGAI SUMBER RUJUKANAspekSains dan teknologiKesenian KepercayaanGlobalisasi

  • Sains dan teknologiTeknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.

  • Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.Kertas ini diperbuat daripada pokok yang dikenali sebagai pokok pulpa.

  • Semasa Dinasti Tang, mercun telah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk tujuan peperangan

  • KompasKompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja.Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

  • KesenianMempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Contohnya:Tembok Besar China. Dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.

  • Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.Namun, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat.Pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.

  • KepercayaanAjaran KonfusionismeAjaran Taoisme

  • Ajaran KonfusionismeDiasaskan oleh Confucius Lahir sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun,telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya. Masyrakat China menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan.Tokoh Conficius disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

  • Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Muncul agak lewat berbanding ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Lahir di negeri Chu sekitar tahun 604 S.M.. Pernah bekerja di negeri Chou. Juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Hasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.Konsep Yin-Yang dalam Taoisme

  • Globalisasi

  • MASYARAKAT ISLAM DI CHINA

  • PengenalanAgama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.

  • Cara Kemasukan Islam ke ChinaTerdapat tiga versi kemasukan Islam ke China.

  • Versi PertamaDibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.

    Versi KeduaSemasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. Versi KetigaPimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. 630 M, beliau tiba di Canton. Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton. Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.

  • Hubungan Awal Arab-ChinaPada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal. Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan. Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu. Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.

  • Perkembangan Islam di ChinaPeringkat AwalTerdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton

  • Dinasti Tang (618 - 905 M)

    Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam. Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China

  • Dinasti Sung (960 - 1279 M)

    Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.

  • Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)

    Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

  • Dinasti Ming (1368 - 1644 M)

    Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya. Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.

  • Dinasti Ching (1644 - 1911 M)

    Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China. Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.

  • Sekian, terima kasih

    *