Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

14
BAB 7:PEJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG

description

Perjuangan Tokoh Tempatan

Transcript of Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

Page 1: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

BAB 7:PEJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN

KEDAULATAN BANGSA

DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG

Page 2: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

DATO’ BAHAMAN

LATAR BELAKANG FAKTOR PENENTANGAN

DATO’ BAHAMAN PERISTIWA

KESAN

Page 3: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

LATAR BELAKANG

Nama sebenar Abdul Rahman Bin Imam NohJawatan Pembesar TemerlohGelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa

Pahlawan SemantanSifat peribadi gagah dan berani (Perang

Saudara di Pahang dan Selangor

Page 4: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

Dato' Bahaman Pahlawan Pahang:

• Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu diberikan kerana kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

• Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal lagi Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

Page 5: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

FAKTOR PENENTANGAN

DATO' BAHAMAN

HILANG HAK MENGUTIP

CUKAI

PEMBINAAN BALAI POLIS

PERLUCUTAN GELARAN

Page 6: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

HILANG HAK MENGUTIP CUKAI 

Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

BACK

Page 7: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

PEMBINAAN BALAI POLIS  

Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

BACK

Page 8: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

PERLUCUTAN GELARAN

Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.

BACK

Page 9: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

PERISTIWA PENENTANGAN

Page 10: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang

PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong.

Page 11: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

PADA MAC 1892

• Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.

PADA 8

MEI 1892

• British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.

PADA 14

JUN 1894

• Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

BACK

Page 12: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British

kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme olehpahlawan Pahang

kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894

British terpaksa menanggung hutang yang banyak

Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagimenyelesaikan hutang tersebut.

iv)Kesan Penentangan

Page 13: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

SEKIAN,TERIMA KASIH

DARI KAMI:AINATUL HANIAMIRAH FARHANADANIA AFRINASITI MUSLIANA

2 KAA (2013)SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH

Page 14: Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman