BAB 8 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN · PDF file- idea pembaharuan Kaum Muda...

download BAB 8 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN  · PDF file- idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’

If you can't read please download the document

Transcript of BAB 8 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN · PDF file- idea pembaharuan Kaum Muda...

  • BAB 8 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

    - semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif - perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan bangsa 8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199) - semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air - semangat berjuang menebus maruah bangsa - semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada British untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat 8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan (Teks m/s: 199-202) - awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India dan Indonesia - perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah - berlaku akhir kurun ke-19 - kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah - pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat - gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah, India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir - gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu - tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah - Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam - gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh - pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air c) Perang Rusia-Jepun - tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia

  • - pertama kali dalam sejarah moden sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah - kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negara Asia lain untuk menentang penjajahan Barat d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China - tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen - berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China - keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina - Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol - Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India - gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi - tujuan untuk membebaskan India daripada penjajahan British g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia - Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda 8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan (Teks m/s: 203-204) (i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu - awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir - tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini - mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh - sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai Kaum Muda - tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad al-Hadi (ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah - idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam (pemimpin) yang diterbitkan di Singapura tahun 1906 - tujuan diterbitkan adalah untuk; mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan - majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu - orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka

  • - antara seruan Al-Imam ialah; - menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan Hadis - tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan - menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari - menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak - menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan - mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan - tahun 1908 majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara - Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak (iii) Tentangan Gerakan Islah - idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar - Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda - mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam - pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam (iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin - lahir di Sumatera tahun 1869 - berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir - menerbitkan majalah Al-Imam - pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak b) Haji Abbas Muhammad Taha - lahir di Singapura tahun 1885 - berpendidikan di Makkah - pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura - menerbitkan akhbar Neracha c) Syed Sheikh al-Hadi - lahir di Melaka tahun 1862 - mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau - sering berkunjung ke Makkah dan Mesir - mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh - menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara 8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan

  • (Teks m/s: 205-206 - Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu - tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan (i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu - golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak - terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat - MPSI disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalism - Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan - Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British - Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan a) Harun Aminurrashid - tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI - merupakan guru yang bersemangat kebangsaan - penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan b) Abdul Hadi Hassan - seorang pensyarah MPSI - sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya (ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris - berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran - menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu - antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad a) Raja Chulan - mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar - tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan - menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan b) Mohammad Eunos Abdullah - berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura - merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat - pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu - tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

  • c) Dato Onn Jaafar - berpendidikan Inggeris di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar - pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad - tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor 8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena (Teks m/s: 207-212) - akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat - sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan - melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat (i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu - tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu - akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu - melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun - antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah; - mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu - menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian - menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan - antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura - akhbar-akhbar lain ialah; - Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura - Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan - Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang - Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang - Fajar Sarawak (1930) di Sarawak a) Akhbar Warta Malaya - diterbitkan di Singapura - pengarang pertamanya ialah Dato Onn Jaafar - menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu - mendesak orang Melayu di