Bab 8.2 Belanjawan Tunai 2014 Bptv Blog 1

download Bab 8.2 Belanjawan Tunai 2014 Bptv Blog 1

of 6

description

aa

Transcript of Bab 8.2 Belanjawan Tunai 2014 Bptv Blog 1

  • Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

    1

    BELANJAWAN TUNAI DAN VARIANS Percubaan SPM 2014 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

    6. Yazir Enterprise menjalankan Perniagaan Barang Antik di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Maklumat berikut berkaitan dengan operasi perniagaannya bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2014.

    i) Pada 1 Oktober 2014, perniagaan ini mempunyai baki-baki berikut:

    RM

    Overdraf bank 1 200

    Tunai di tangan 5 600

    Lengkapan 28 000

    ii) Pada bulan November 2013, perniagaan membeli sebuah van bernilai RM75 000 di mana

    pendahuluan sebanyak RM7 500 telah dibayar pada masa dibeli dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5 tahun mulai bulan berikutnya.

    iii) Belian pada bulan Oktober ialah RM22 000 dan belian ini dianggarkan akan meningkat setiap

    bulan 5% berbanding bulan sebelumnya. iv) Jualan tunai untuk bulan Oktober adalah sebanyak RM25 000 dan dijangka akan bertambah

    sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya. v) Kadar bayaran bulanan dianggarkan sebanyak RM310 setiap bulan vi) Sewa kedai dibayar dianggarkan RM1 500 sebulan dan dibayar setiap 2 bulan sekali mulai

    bulan Oktober 2014. vii) Pinjaman bank sebanyak RM45 000 dijangka akan diterima pada bulan November. Bayaran

    balik pinjaman sebanyak RM750 sebulan dan faedah pinjaman sebanyak 2% sebulan dibayar mulai bulan berikutnya.

    viii) Perniagaan mempunyai 3 orang pekerja di mana bayaran gaji sebulan ialah RM1 100 seorang

    dan dibayar pada akhir setiap bulan. Pada bulan Disember, perniagaan dijangka menambah seorang lagi pekerja dengan bayaran yang sama.

    Urusniaga tunai sebenar Yazir Enterprise bagi bulan November 2014 bagi jualan dan kadar bayaran adalah seperti berikut:

    RM Jualan 35 000 Kadar bayaran 350

    Anda dikehendaki : (a) Menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2014. (b) (i) Nyatakan sama ada memuaskan atau tidak memuaskan pencapaian sebenar berbanding

    belanjawan bagi item jualan dan kadar bayaran. (ii) Beri alasan anda.

  • Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

    2

    Panduan menjawab soalan Belanjawan Tunai

    Rangka asas format Belanjawan Tunai

    Butiran Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3

    Baki awal

    Penerimaan:

    Modal

    Jualan (tunai)

    Kutipan daripada penghutang

    Komisen diterima

    Yuran keahlian

    Pinjaman bank

    Jumlah penerimaan

    Pembayaran:

    Belian (tunai)

    Upah / Gaji pekerja

    Sewa kedai

    Bayaran kepada pemiutang

    Belian aset

    Kadar bayaran

    Ansuran pinjaman

    Jumlah pembayaran

    Lebihan / Kurangan

    Baki akhir

    Langkah menjawab:

    1. Masukkan baki awal bulan pertama belanjawan jika diberikan di dalam soalan. Jumlahkan baki

    tunai dan bank jika diberikan kedua-duanya. Jika soalan menyebut memulakan perniagaan,

    masukkan modal itu di bahagian penerimaan, bukannya di baki awal bulan pertama belanjawan.

    2. Baca setiap urusniaga belanjawan di dalam soalan. Kenalpasti sama ada ianya penerimaan atau

    pembayaran. Lakukan pengiraan jika diperlukan. Masukkan setiap butiran yang telah

    dikenalpasti tadi ke dalam ruangan Penerimaan atau Pembayaran di dalam Belanjawan Tunai.

    Hati-hati dengan lajur bulan yang terlibat.

    3. Jumlahkan penerimaan dan pembayaran untuk setiap bulan.

    4. Kira lebihan atau kurangan untuk setiap bulan. Rumusnya ialah:

    Lebihan / Kurangan = Jumlah penerimaan - Jumlah pembayaran

    5. Kirakan baki akhir bulan pertama. Bawa nilai baki akhir ini sebagai baki awal bulan kedua. Kira

    pula baki akhir bulan kedua. Ulangi langkah sehingga bulan ketiga. Rumusnya ialah:

    Baki akhir = Baki awal + Lebihan ( - Kurangan)

    Contoh-contoh

    penerimaan

    Contoh-contoh

    pembayaran

    Langkah 1

    Langkah 1

    Langkah 2

    Langkah 2

    Langkah 3

    Langkah 3

    Langkah 4

    Langkah 5

    Langkah 5

    Langkah 5

    Langkah 5

    Langkah 5

  • Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

    3

    Keratan jawapan

    Keratan jawapan

    Keratan jawapan

    Keratan jawapan

    Langkah menjawab.

    i) Pada 1 Oktober 2014, perniagaan ini mempunyai baki-baki berikut: RM

    Overdraf bank 1 200

    Tunai di tangan 5 600

    Lengkapan 28 000

    Butiran Oktober November Disember

    Baki awal 4 400

    ii) Pada bulan November 2013, perniagaan membeli sebuah van bernilai RM75 000 di mana pendahuluan sebanyak RM7 500 telah dibayar pada masa dibeli dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5 tahun mulai bulan berikutnya.

    Oktober November Disember

    Pembayaran:

    Kenderaan 7 500 1 125

    iii) Belian pada bulan Oktober ialah RM22 000 dan belian ini dianggarkan akan meningkat setiap bulan 5% berbanding bulan sebelumnya.

    Oktober November Disember

    Pembayaran:

    Kenderaan 7 500 1 125

    Belian 22 000 23 100 24 255

    iv) Jualan tunai untuk bulan Oktober adalah sebanyak RM25 000 dan dijangka akan bertambah sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya.

    Oktober November Disember

    Penerimaan:

    Jualan 25 000 27 500 30 250

    5600 1200 = RM4400

    Overdraf bank bermaksud

    bank berbaki negatif dan

    ditolak dari baki tunai di

    tangan

    Baki ansuran kenderaan = 75000 7500 = RM67500

    Ansuran bulanan = 67500 / 60* = RM1125

    *5 tahun x 12 bulan = 60 bulan

    22000 x 1.05* = RM23100

    *100% + 5% = 105 / 100 = 1.05 23100 x 1.05* = RM24255

    25000 x 1.1* = RM27500

    *100% + 10% = 110 / 100 = 1.1

    27500 x 1.1* = RM30250

  • Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

    4

    Keratan jawapan

    Keratan jawapan

    Keratan jawapan

    v) Kadar bayaran bulanan dianggarkan sebanyak RM310 setiap bulan.

    Oktober November Disember

    Pembayaran:

    Kenderaan 7 500 1 125

    Belian 22 000 23 100 24 255

    Kadar bayaran 310 310 310

    vi) Sewa kedai dibayar dianggarkan RM1 500 sebulan dan dibayar setiap 2 bulan sekali mulai bulan Oktober 2014.

    Oktober November Disember

    Pembayaran:

    Kenderaan 7 500 1 125

    Belian 22 000 23 100 24 255

    Kadar bayaran 310 310 310

    Sewa kedai 3 000 3 000

    vii) Pinjaman bank sebanyak RM45 000 dijangka akan diterima pada bulan November. Bayaran balik pinjaman sebanyak RM750 sebulan dan faedah pinjaman sebanyak 2% sebulan dibayar mulai bulan berikutnya.

    Oktober November Disember

    Penerimaan:

    Jualan 25 000 27 500 30 250

    Pinjaman bank 45 000

    Oktober November Disember

    Pembayaran:

    Kenderaan 7 500 1 125

    Belian 22 000 23 100 24 255

    Kadar bayaran 310 310 310

    Sewa kedai 3 000 3 000

    Bayaran ansuran pinjaman 750

    Faedah atas pinjaman 75

    1500 x 2 = RM3000

    45000 x 2% / 12 = RM75

  • Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

    5

    Keratan jawapan

    viii) Perniagaan mempunyai 3 orang pekerja di mana bayaran gaji sebulan ialah RM1 100 seorang dan dibayar pada akhir setiap bulan. Pada bulan Disember, perniagaan dijangka menambah seorang lagi pekerja dengan bayaran yang sama.

    Pembayaran: Oktober November Disember

    Kenderaan 7 500 1 125

    Belian 22 000 23 100 24 255

    Kadar bayaran 310 310 310

    Sewa kedai 3 000 3 000

    Bayaran ansuran pinjaman 750

    Faedah atas pinjaman 75

    Gaji 3 300 3 300 4 400

    Jawapan akhir:

    Yazir Enterprise Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2014

    Butiran Oktober November Disember

    Baki awal 4 400 790 39 080

    Penerimaan:

    Jualan 25 000 27 500 30 250

    Pinjaman bank 45 000

    Jumlah penerimaan 25 000 72 500 30 250

    Pembayaran:

    Kenderaan 7 500 1 125

    Belian 22 000 23 100 24 255

    Kadar bayaran 310 310 310

    Sewa kedai 3 000 3 000

    Bayaran ansuran pinjaman 750

    Faedah atas pinjaman 75

    Gaji 3 300 3 300 4 400

    Jumlah pembayaran 28 610 34 210 33 915

    Lebihan / Kurangan (3 610) 38 290 (3 665)

    Baki akhir 790 39 080 35 415

    1100 x 3 = RM3300 1100 x 4 = RM4400

    +

    +

    Jumlah penerimaan

    tolak

    jumlah pembayaran

    Baki awal + lebihan

    atau

    Baki awal kurangan

    Angka dibawa

    dari baki akhir

    bulan sebelumnya

  • Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

    6

    Jawapan soalan (b)

    i) Jualan : Memuaskan

    Kadar bayaran : Tidak memuaskan

    ii) Alasan memuaskan atau tidak memuaskan

    November (belanjawan)

    RM

    Jumlah sebenar

    RM Alasan

    Jualan 27 500 35 000

    Hasil jualan sebenar lebih tinggi daripada hasil jualan yang dijangka sebanyak RM7 500. Oleh itu varians memuaskan.

    Kadar bayaran 310 350

    Belanja kadar bayaran sebenar lebih tinggi daripada kadar bayaran yang dijangka sebanyak RM40. Oleh itu varians tidak memuaskan.