Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

download Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

of 10

Transcript of Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    1/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    1

    Bab 8

    PENGAJARAN KEFAHAMAN

    MEMBACA

    8.1. Strategi kefahaman membaca

    8.1. Pengenalan

    8.2. Soalan dan penyoalan dalam kefahaman

    8.3. Tujuan-tujuan soalan dan penyoalan

    8.4. Teknik Membaca Berfikir Terarah (DR-TA)

    8.5. Teknik Membaca "KWLH"

    8.6. Teknik Membaca SQ3R

    8.7. Aktiviti Membaca Berarah (DRA)

    8.8. Teknik PQRST

    HASIL PEMBELAJARAN

    a.  Memahami pelbagai kaedah mengajar kefahaman membaca 

    b.  Cara mengajar kefahaman membaca dengan lebih bermakna

    c.  Cara membentuk soalan untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir 

    d. 

    Mengaplikasikan pengajaran kefahaman dan karangan di sekolah 

    Kefahaman adalah satu peringkat di mana pelajar menubuhkan makna,

    mentafsirkan makna, menilai makna, menyusun idea serta menghubungkaitkan idea

    dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Bab ini akan menerangkan tentang

    kefahaman, jenis-jenis soalan kefahaman yang digunakan untuk pelajar, tujuan

    soalan dan penyoalan kefahaman ini dan teknik-teknik yang digunakan untuk

    mengajar kefahaman bahasa Melayu kepada murid-murid.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    2/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    2

    Kefahaman merupakan satu proses memahami apa-apa yang baca. Proses ini melibatkan proses yang kompleks seperti menubuhkan makna, mentafsirkan makna, menilai makna,

    menyusun idea serta menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman sedia

    ada.

    Menubuhkan makna bermaksud mengecam dan memahami makna perkataan, rangkai kata,

    frasa, ayat yang digunakan dalam teks prosa atau puisi. Manakala mentafsirkan makna

     bermaksud mendapatkan makna daripada isi atau mesej yang tidak dinyatakan secara

    langsung iaitu maksud yang tersirat.

    Kefahaman membaca pada peringkat menilaikan makna memerlukan murid menggunakan

    fikiran yang kritis untuk menilai petikan, membezakan antara fakta dengan pendapat serta

    keupayaan membuat pertimbangan mengenai persoalan yang dikemukakan.

    Di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah, soalan dan penyoalan merupakan aktiviti

    yang penting dalam pengajaran bacaan dan kefahaman. Perkara yang terpenting dalam proses

    membaca ialah memahami apa yang dibaca. Ini bermakna ia harus memikirkan tentang isi

    teks atau apa jua bahan yang dibaca.

    Tugas guru adalah untuk membantu mereka memahami apa yang mereka membaca dengan

    mengemukakan soalan untuk merangsangkan pemikiran murid dan untuk memudahkan

    mereka mengingati apa yang dibaca. Guru harus tahu cara menyoal mereka dan

    menggunakan bentuk soalan yang tertentu untuk memastikan keberkesanan pengguanaansoalan.

    Pengenalan8.1

    Soalan dan penyoalan dalam kefahaman8.2

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    3/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    3

    Ada berbagai-bagai jenis soalan yang boleh digunakan. Guru boleh memilih taksonomi soalan

    yang biasa digunakan seperti Taksonomi Bloom, Taksnomi Santoz, Taksonomi Barret dan

    Pearson dan sebagainya.Bloom telah menggolongkan soalan-soalan kepada beberapa kategori menurut susunan

    kepayahannya seperti berikut:

      Pengetahuan : Soalan kategori ini memerlukan jawapan yang berbentuk ingatan

    kembali. Jawapan itu mungkin memerlukan hanya satu perkataan, frasa atau ayat

    yang ringkas. Soalan ini tidak memerlukan daya taakulan yang sepenuhnya. 

      Kefahaman : Soalan ini berkehendakkan jawapan yang menguji kefahaman murid

    tentang apa yang telah dipelajari. murid dikehendaki mendapatkan jawapan

    daripada teks dan menyatakan idea-idea dengan menggunakan perkataan mereka

    sendiri. 

      Aplikasi:  Dalam soalan jenis ini murid dikehendaki memahami apa yang dipelajari

    dan menggunakan pengetahuan baru yang sudah difahami untuk menyelesaikan

    masalah dalam situasi yang baru itu. 

      Analisis:   Soalan kognitif jenis ini tergololng dalam peringkat yang tinggi yang

    memerlukan murid menggunakan daya taakulan untuk mengesan jawapan setelahmemahami isinya.

      Sintesis:   Soalan jenis ini memerlukan masa untuk berfikir sebelum menjawab.

    Bentuknya memerlukan murid membuat ramalan atau menyatakan idea atau

     pandangan mengenai sesuatu isu.

      Penilaian:  Soalan jenis penilaian memerlukan kuasa berfikir yang tertinggi.

    Berdasarkan Taksonomi Barret dan Pearson, ada tiga kategori soalan kefahaman seperti

    yang berikut (Marhoni Yusoff, 1999:197):

    1. Teks eksplisit

    Soalan-soalan yang tergolong di bawah kategori ini, jawapannya terkandung di dalam teks

    yang dinyatakan dengan jelas. Soalan-soalan tergolong di bawah kategori ini, jawapannya

    terkandung di dalam teks yang dinyatakan dengan jelas. Soalan-soalan di bawah kategori ini

    memerlukan murid berfikir di peringkat tinggi.

    Bagi menjawab soalan teks eksplisit, murid-murid hanya perlu merujuk teks yang dibaca

    untuk mendapatkan jawapan dan tidak perlu melampaui maklumat yang ada dalam teks.

    Jawapan bagi jenis ini adalah senang untuk dinilai sama ada betul atau salah. Hal ini

    disebabkan oleh soalan-soalan yang tergolong di bawah kategori ini hanya mempunyai satu

     jawapan betul iaitu jawapan yang diberikan di dalam teks.

    Walaubagaimanapun, terdapat dua jenis soalan yang ada di bawah kategori ini iaitu soalan

    yang jawapannya terkandung di dalam buku atau teks secara jelas dan soalan yang

     jawapannya terkandung di dalam teks tetapi perlu diubah bentuk atau penyusunan maklumat

    apabila memberi jawapan.

    Soalan-soalan jenis ini biasanya digunakan oleh guru untuk beberapa tujuan yang berikut

    iaitu:

    Mengetahui sejauh manakah murid memahami isi-isi atau fakta-fakta yang dibaca.

    Menguji sama ada murid membuat kerja rumah (iaitu membaca teks atau cerita) atautidak

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    4/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    4

    Membina pengetahuan asas (data,isi-isi dan idea-idea) yang diperlukan bagi murid

    menggunakan kemahiran berfikir di peringkat tinggi.

    Soalan-soalan yang dapat digolongkan ke dalam kategori ini adalah seperti di bawah:

    (a) Soalan pengecaman-penglihatan

    Soalan ini adalah soalan yang paling rendah di dalam hierarki soalan-soalan kefahaman.

    Soalan-soalan mengecam mengingat adalah soalan-soalan yang memerlukan murid

    mengecam dan mengingat butiran, fakta-fakta, isi-isi, idea-idea atau maklumat sebagaimana

    yang dinyatakan oleh pengarang teks atau petikan yang dibaca. Jawapan-jawapan bagi soalan

    ini adalah senang didapati kerana pada kebiasaannya perkataan-perkataan yang digunakan

    untuk membentuk soalan dan menjawab soalan didapati di dalam ayat yang sama. Dengan itu,

    murid perlu memetik baris-baris ayat dalam teks bagi mendapatkan jawapan.Soalan-soalan

    mengecam dan mengingat boleh digunakan apabila murid dikehendaki:

    a. Memberi tindak balas kepada soalan yang menghendaki maklumat seperti isi-isi, idea-ideaatau butiran yang dinyatakan di dalam teks

     b. Memberikan nama-nama tempat atau orang yang disebut di dalam teks.

    c. Menyatakan masa dan tarikh-tarilch yang diberikan di dalam teks

    d. Mengingat cpengucapan atau kata-kata sesuatu watak itu semula

    e. Membuat senarai isi-isi atau maklumat yang dinyatakan di dalam teks

    f. Membaca secara nyaring baris-baris ayat yang mengandungi jawapan-jawapan kepada

    soalan-soalan yang dikemukakan.

    Perkataan-perkataan penting atau frasa-frasa yang biasanya didapati dalam soalan jenis ini

    adalah:

    Siapa ? Beri definisi Apa? Camkan Di mana?

    Namakan Bila? Berikan

    (b) Soalan terjemahan

    Soalan terjemahan adalah soalan yang kedua dalam hierarki soalan-soalan kefahaman. Soalan

     jenis ini boleh digunakan apabila tujuan guru adalah untuk membantu murid menyusun fakta

    yang dapat difahami dengan lebih jelas. Soalan terjemahan adalah soalan-soalan yang

    menghendaki murid menyatakan sesuatu maklumat itu semula dalam perkataan sendiri atau

    dalam bentuk komunikasi yang lain tanpa mengubah idea asal yang dinyatakan oleh pengarang teks. Jawapan-jawapan bagi soalan jenis ini masih lagi didapati di dalam teks tetapi

     bentuk persembahan isi adalah berlainan. Contohnya, memberi maksud sesuatu konsep atau

     perkataan dengan menggunakan perkataan sendiri tetapi maksud asal pengarang tidak diubah.

    Keperluan ini sama seperti menulis skrip drama berdasarkan petikan cerpen yang dibaca.

    Soalan-soalan terjemahan boleh digunakan apabila murid dikehendaki:

    a. Menyatakan atau menulis definisi sesuatu konsep dalam perkataan sendiri

     b. Menyatakan masalah, prinsip atau prosedur semula dengan menggunakan perkataan

    sendiri.

    c. Menukarkan bentuk penulisan prosa kepada puisi dan sebaliknya

    d. Menyimpul sesuatu pendapat atau keseluruhan petikane. Menghuraikan pendapat pengarang dalam perkataan sendiri

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    5/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    5

    f. Membuat ringkasan

    g. Membuat ilustrasi atau luldsan berkenaan dengan malclurnat-nrialclumat yang terdapat

    atau menceritakan tentang sesuatu gambar, poster atau lukisan dengan perkataan sendiri

    Perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang biasa digunakan dalam pembentukan soalan

    terjemahan adalah seperti:

    Ringkaskan Dalam perkataan anda sendiri

    Simpulkan Ceritakan semula

    Huraikan Dengan menggunakan perkataan anda

    sendiri

    2. Teks implist

    Soalan-soalan yang tergolong di bawah kategori ini ialah soalan-soalan yang jawapannya

    terkandung di dalam teks. Namun begitu jawapannya tidak diterangkan dengan jelas. Murid

     perleu berfikir dan mencari untuk mendapatkan maklumat. Kerapkali, murid perlu

    menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada bagi mendapatkan atau menggunakan

    maklumat.

    Secara ringkas, untuk memberikan jawapan kepada soalan teks implisit, perlu wujud

     pemaduan di antara apa yang dinyatakan oleh pengarang dalam teks dengan apa yang ada di

    dalam kepala murid. Selain daripada itu, jawapan bagi soalan jenis ini perlulah melanapaui

    apa yang diberikan oleh teks. Dengan itu, murid perlu membuat telahan dan jangkaan dalam

    usaha untuk mendapatkan jawapan yang dicari. Murid juga perlu dapat menggunakan

    maklumat yang didapati bagi menghasilkan jawapan yang berbeza daripada bentuk asal didalam teks.

    Jawapan bagi soalan-soalan teks implisit tidak dapat dinilai sama ada betul atau salah. Hal

    ini disebabkan is mempunyai banyak jawapan. Penilaian ke atas jawapan bagi soalan jenis

    ini adalah berdasarkan ukuran logik, keobjektifan dan rasionalisasi.

    (a) Soalan aplikasi

    Soalan aplikasi adalah soalan yang ketiga dalam hierarki soalan-soalan kefahaman.

    Soalan aplikasi adalah soalan yang menghendaki murid mengingat semula apa yang telah

    diketahui atau dipelajari dan menggunakannya dalam situasi baru, sama ada untukmenyelesaikan masalah atau menghuraikan sesuatu perkara. Bagi menjawab soalan

    aplikasi, murid akan menggunakan prinsip, teori, kemahiran, generalisasi atau prosedur

    yang terdapat dalam teks untuk memberikan huraian atau penyelesaian dalam konteks

    yang berbeza. Jawapan bagi soalan-soalan aplikasi kerapkalinya dapat dinilaikan sama

    ada betul atau salah. Kebanyakan jawapan bagi soalan aplikasi mempunyai satu jawapan

    yang betul. Keadaan ini dapat diperhatikan apabila murid menggunakan maldumat di

    dalam teks secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapan. Namun begitu,

    adakalanya jawapan bagi soalan aplikasi diukur berdasarkan logik dan rasionalisasi.

    Keadaan ini dapat diperhatikan apabila murid menggunakan pengetahuan dalam teks dan

     juga pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk membuat telahan atau menyelesaikan

    masalah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa soalan aplikasi ini dapat digolongkan di bawah kategori di antara teks eksplisit dan teks implisit.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    6/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    6

    Soalan-soalan aplikasi boleh digunakan apabila murid dikehendaki:

    a. Menggunakan pengetahuan sendiri yang mempunyai kaitan dengan teks untuk

    menjawab soalan dan membuat perbandingan atau pemerhatian

     b. Menggunakan teori yang diberikan di dalam teks untuk membuat telahan atau jangkaan

    c. Menggunakan maklumat baru yang didapati daripada teks untuk menghuraikan

    sesuatu perkara, situasi atau masalah

    d. Menggunakan sesuatu proses atau peraturan yang dinyatakan dalam teks untuk

    membuat pengelasan, pengelompokan, menyusun semula mengikut abjad, kronologi

    atau pembahagian

    e. Menggunakan kemahiran untuk mencari maklumat-maldumat daripada kamus,

    ensiklopedia atau perpustakaan

    f. Memberikan contoh-contoh untuk menerangkan kenyataan yang dibuat

    g. Menggunakan perkataan-perkataan lain yang telah dipelajari bagi menerangkan

    maksud perkataan baru yang ditemui di dalam teks.

    Perkataan-perkataan penting dan frasa-frasa yang biasa digunakan dalam pembentukan

    soalan aplikasi adalah seperti yang berikut:

    Pilih Gunakan Kelaskan Aplikasikan

    Berikan contoh-contoh Dengan menggunakan 

    (b) Soalan analisis

    Soalan analisis merupakan soalan yang keempat dalam hierarki soalan-soalan kefahaman.Soalan-soalan analisis biasanya menghendaki murid mengecam bahagian-bahagian yang

    ada dalam teks dan kemudiannya menentukan perkaitan ataupun sebab-sebab yang wujud

    di sebaliknya. Soalan-soalan jenis ini biasanya memerlukan murid mengingat dan

    menyusun maklumat semula sebelum membuat analisis. Dalam usaha membuat analisis

    ke atas bahagian-bahagian yang dicamkan, murid perlu menggunakan pengetahuan dan

     pengalaman sedia ada.

    Soalan-soalan analisis boleh digunakan apabila murid dikehendaki:

    a. Mengecam motif-motif dan sebab akibat bagi sesuatu kejadian yang ditimbulkan di

    dalam teks

     b. Menganalisis maklumat yang terkandung di dalam teks untuk mencapai sesuatukesimpulan

    c. Membuktikan kesahan sesuatu pendapat, telahan atau generalisasi yang dibuat oleh

     pengarang

    d. Menentukan jenis perkaitan yang wujud sebagaimana yang didapati di dalam perkaitan

    urutan, sebab akibat, logik, idea utama dengan butiran dan masa sekarang dengan

    masa lampau

    e. Menentukan tujuan dan pendapat pengarang

    f Menentukan bahagian-bahagian tertentu dalam petikan yang menunjukkan bahawa

    maklumat yang diberikan itu, salah

    g. Membuat telahan, rumusan, generalisasi, ramalan tentang apa yang dibaca berdasarkan

     bukti-bukti yang ada.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    7/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    7

    Perkataan-perkataan penting dan frasa yang sering digunakan dalam pembentukan soalan

    analisis adalah:

    Mengapa Apakah sebab-sebab Buktikan

    Simpulkan Tunjukkan 

    (c) Soalan sintesis

    Soalan yang kelima dalam hierarki soalan-soalan kefahaman ialah sintesis. Soalan-soalan

    sintesis adalah soalan-soalan yang menghendaki murid memberikan perkaitan dan

    menyatukan perkara-perkara dalam bentuk yang baru. Soalan-soalan sintesis dapat

    menguji kefahaman yang lengkap tentang apa yang dibaca. Murid perlu benar-benar

    memahami bahagian-bahagian dalam sesuatu tajuk yang dibaca untuk membolehkannya

    membentuk perkaitan baru, hipotesis atau jangkaan. Bagi menjawab soalan jenis sintesis

    ini, murid hendaklah diberi kebebasan. Dengan itu, soalan-soalan sintesis adalah sesuai

    digunakan untuk membina kemahiran kreatif murid. Jawapan bagi soalan sintesis adalah

     berbagai-bagai, bergantung kepada kebolehan kreatif murid.

    Soalan-soalan jenis sintesis boleh digunakan apabila murid dikehendaki:

    a. Menghubungkan pengalaman sendiri dengan apa yang dibaca dan soalan yang ditanya

     b. Memberi penutup yang berlainan kepada sesuatu petikan

    c. Menulis syair, pantun atau cerpen

    d. Menyusun semula satu set idea-idea di dalam perenggan yang tertentu - menukarkan

     perkataan atau frasa untuk membaiki Iagi idea yang disarankan

    e. Membuat perancangan untuk sesuatu projek, eksperimen dan lakonan

    f. Mengaitkan masalah-masalah umum kepada satu situasi tertentug. Memberi pendapat bagi menyelesaikan masalah atau menyokong sesuatu

    kenyataan

    h. Membentuk peraturan-peraturan untuk menghakimkan sesuatu persembahan.

    Perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang sering digunakan dalam pembentukan soalan

    sintesis adalah:

    Simpulkan Tuliskan Andaikan

    Tubuhkan Apakah jangkaan anda

    3. Skript implisit

    Soalan-soalan yang tergolong di bawah kategori ini adalah soalan-soalan yang jawapannya

    tidak terkandung di dalam teks yang dibaca. Jawapannya adalah secara keseluruhannya

     bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Tanpa pengetahuan dan

     pengalaman sedia ada yang relevan, murid akan menghadapi masalah bagi mendapatkan

     jawapan. Tambahan pula, jawapan kepada soalan-soalan skrip implisit ini menghendaki

     jawapan yang melampaui jauh dan apa yang ada di dalam teks. Lantaran itu, adakalanya,

    murid tidak perlu merujuk teks yang dibaca bagi mendapatkan jawapan.

    Soalan-soalan di bawah kategori ini tidak mempunyai satu jawapan yang betul. Sebaliknya

    ia mempunyai banyak jawapan. Ukuran utama untuk menilai jawapan murid adalah kriteria

    tertentu yang ditubuhkan, logik, keobjektifan dan rasionalisasi.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    8/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    8

    Soalan-soalan yang dapat digolongkan di bawah kategori ini adalah seperti di bawah:

    a.Soalan penilaian

     b.Soalan penghayatan

    (a) Soalan penilaian

    Soalan yang keenam dalam hierarki soalan-soalan kefahaman ialah soalan penilaian.

    Soalan penilaian adalah soalan-soalan yang menghendaki murid membuat pertimbangan

    dan penilaian tentang isi teks yang dibaca. Penilaian dilakukan dengan membuat

     pertimbangan di antara apa yang dibaca dalam teks dengan ukuran luaran dan ukuran

    dalaman atau kedua-duanya sekali. Ukuran luaran yang dimaksudkan seperti maldumat

    yang diberikan oleh guru atau orang-orang yang pakar tentang tajuk yang dibaca,

    manakala ukuran dalaman adalah pengalaman dan pengetahuan murid, kriteria atau nilai-

    nilai tertentu yang diberikan oleh murid yang berkait dengan tajuk yang dibaca.

    Lazimnya, soalan penilaian menghendaki murid membuat kehakiman ke atas isi atau teksdaripada segi ketepatan, kesesuaian, kesempurnaan, kebenaran, kualiti, kemungkinan,

    nilai dan penerimaan. Kemungkinan jawapan bagi soalan penilaian adalah banyak. Oleh

    itu, dalam penggunaan soalan ini dalam kelas, guru hendaklah bersikap fleksibel apabila

    menerima jawapan murid.

    Soalan-soalan jenis ini boleh digunakan apabila guru menghendaki murid:

    a.  Berlandaskan pengalamannya, menentukan sama ada kejadian peristiwa atau watak-

    watak yang didapati di dalam teks wujud di alam nyata atau fantasi

     b.  Membuat keputusan sama ada maklumat yang dipersembahkan di dalam teks dapat

    disokong oleh data-data objektif atau subjektif

    c. 

    Menentukan sama ada kesimpulan yang dibuat dapat diterima atau tidak

    d.  Menggunakan berbagai-bagai maklumat lain untuk menghakimkan sama ada

    maklumat yang diberikan di dalam petikan mempunyai kebenaran atau tidak

    e.  Menentukan bahagian-bahagian yang didapati di dalam teks adalah sesuai dan

    relevan kepada apa yang hendak dihuraikan atau dinyatakan

    f.  Membuat penilaian terhadap kesesuaian sesuatu watak di dalam sesuatu kejadian

    atau peristiwa

    g.  Membuat kritikan ke atas judul atau tema yang diberikan oleh pengarang kepada teks

    atau cerita yang dibaca

    h. 

    Mengkritik pandangan atau pendapat pengarang

    Perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang kerap digunakan dalam pembentukan soalan

     penilaian adalah:

    Tentukan Nilaikan Putuskan Pertimbangkan

    Apakah pendapat anda Pada pendapat anda

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    9/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    9

    (b) Soalan penghayatan

    Soalan ini adalah soalan yang tertinggi tahapnya dalam hierarki soalan-soalan

    kefahaman. Soalan-soalan penghayatan menghendaki murid memberi tindak balas

    secara efektif. Bagi menjawab soalan-soalan penghayatan, murid perlu berupaya

    merasai, menjiwai dan sedar serta sensitif terhadap apa yang dibaca.

    Soalan penghayatan melibatkan keupayaan murid merasai: (a) kebencian, kasih sayang,

    kemarahan, prasangka, kesayangan, kecintaan, kesedihan, ketakutan, kegirangan atau

    kekecewaan yang digambarkan oleh pengarang teks dan (b) menjiwai persoalan, watak,

     perwatakan dan peristiwa-peristiwa serta plot yang dipotretkan oleh pengarang: Soalan-

    soalan pada tahap ini memerlukan banyak daya imaginasi dan emphaty daripada murid.

    Di samping itu, soalan-soalan penghayatan biasanya lebih senang dibentuk untuk

     penyoalan bagi pelajaran yang menggunakan bahan sastera. Walau bagaimanapun ini

    tidak bermakna kita tidak boleh menggunakan soalan jenis ini bagi pelajaran yang

    menggunakan bahan jenis lain. Soalan-soalan penghayatan boleh digunakan apabilamurid dikehendaki:

    a. Meletakkan diri murid di dalam sesuatu situasi atau peristiwa yang digambarkan di

    dalam teks

     b. Meletakkan diri murid di dalam sesebuah watak yang dilukiskan oleh pengarang

    c. Memberi reaksi secara beremosi terhadap sesuatu persoalan

    Perkataan-perkataan yang dapat digunakan dalam pembentukan soalan penghayatan

    adalah:

    Andaikan Sekiranya Bagaimanakah

    Apakah perasaan anda Adakah mungkin

    Dalam pengajaran bacaan dan kefahaman soalan-soalan yang dibentuk harus berkait rapat

    dengan idea penting dan konsep yang didapati dalam teks. Guru harus memahami jenis soalan

    yang hendak dibentuk berdasarkan taksonomi yang dipilih.

    Guru juga harus tahu mengenai latar belakang murid untuk mengetahui kecerdasan mereka.

    Sudahkah mereka cukup bersedia untuk menjawab soalan yang dikemukakan? Jika belum,

    guru harus membina kemahiran berfikir secara beransur-ansur sehinggalah mereka bersedia

    untuk menjawab soalan-soalan yang memerlukan tahap pemikiran yang tinggi.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    10/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    10

    Membaca bersama pelajar

    Panduan untuk guru

    Kelas 1 Kelas 2-4 Kelas 5-6

    Galakkan murid membacasebanyak yang mungkin.

    Bercakap tentang buku/

     plot/ watak dalam

    sesebuah buku.

    Bawa murid-murid ke

     perpustakaan sekolah.

    Perkenalkan pelbagai cara

    yang boleh membantu

    murid-murid menguasai

    kemahiran membaca.

    Buat permainan yangmenarik yang boleh

    menarik minat murid

    untuk menyertai dan

    membantu mereka

    menguasai kemahiran

     belajar.

    Galakkan murid membacasebanyak yang mungkin.

    Bercakap tentang buku/

     plot/ watak dalam

    sesebuah buku.

    Bawa murid-murid ke

     perpustakaan sekolah.

    Perkenalkan pelbagai cara

    yang boleh membantu

    murid-murid menguasai

    kemahiran membaca.

    Buat permainan yangmenarik yang boleh

    menarik minat murid

    untuk menyertai dan

    membantu mereka

    menguasai kemahiran

     belajar.

    Pastikan terdapat pelbagai

     jenis bahan bacaan yang

     boleh dibaca di dalam

    kelas. (Cth: sudut bacaan)

    Galakkan mereka

    membaca surat khabar,

     buku cerita, cerpen pendek

    dan sebagainya.

    Galakkan murid membacasebanyak yang mungkin.

    Bercakap tentang buku/

     plot/ watak dalam

    sesebuah buku.

    Bawa murid-murid ke

     perpustakaan sekolah.

    Perkenalkan pelbagai cara

    yang boleh membantu

    murid-murid menguasai

    kemahiran membaca.

    Buat permainan yangmenarik yang boleh

    menarik minat murid

    untuk menyertai dan

    membantu mereka

    menguasai kemahiran

     belajar.

    Pastikan terdapat pelbagai

     jenis bahan bacaan yang

     boleh dibaca di dalam

    kelas. (Cth: sudut bacaan)

    Galakkan mereka

    membaca surat khabar,

     buku cerita dalam pelbagai

    genre,

    Galakkan murid membaca

    suratkhabar, buku tentang

    sains dan teknologi dan

    sebagainya yang sesuai

    dengan tahap mereka.

    Berkongsi dengan murid

    tentang buku yangmenarik yang boleh dibaca

    oleh mereka.

    Galakkan murid untuk

    mencuba mempelajari

     perkataan-perkataan baru.

    (sediakan kamus)

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    11/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    11

    Penggunaan soalan dan penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan sebab-sebab tertentu. Soalan dan penyoalan adalah media utama bagi guru

     berinteraksi dengan murid dalam kelas. Walau bagaimanapun dalam bab ini tujuan-tujuan

    soalan dan penyoalan bagi pengajaran bacaan dan kefahaman sahaja akan disentuh.

    Tujuan-tujuan penggunaan soalan dan penyoalan dalam pengajaran bacaan dan kefahaman

    adalah seperti yang berikut:

    1. Untuk memberi fokus kepada pemikiran murid

    Soalan-soalan akan membawa perhatian dan pemikiran murid secara bertumpu kepada

    sesuatu yang hendak diajarkan oleh guru. Umpamanya, guru ingin membawa perhatian murid

    kepada sesuatu tajuk, aspek-aspek sesuatu tajuk, idea, mesej, perkataan, konsep, persoalan

    atau isi-isi tertentu. Bimbingan guru sangat mustahak untuk memfokuskan sesuatu yang

    hendak diajar. Guru perlu berupaya memandu pemikiran dan perhatian murid kepada tajuk

    yang diajar. Untuk ini, guru bolehlah menggunakan kesemua jenis soalan. Penggunaan

    soalan-soalan yang bertujuan memberi fokus ini, dapat dilihat dalam dua keadaan iaitu pada

     peringkat awal pelajaran dan pada peringkat perkembangan pelajaran.

    Lazimnya pada peringkat awal pelajaran ataupun induksi set, guru akan cuba menarik dan

    mendapatkan perhatian murid kepada sesuatu tajuk. Tajuk bagi pelajaran lalu dikaitkan

    dengan tajuk yang akan diajar. Soalan-soalan yang dapat memberi bayangan atau petunjukdan maklumat dikemukakan bagi membolehkan murid membentuk fokus. Penggunaan

    soalan-soalan pada peringkat perkembangan pelajaran pula dapat dilihat dalam dua keadaan:

    (a) apabila guru ingin murid memberi tumpuan kepada beberapa aspek yang didapati daripada

    kumpulan maklumat-maklumat dan

    (b) apabila guru inginkan murid membuat identifikasi atau membezakan idea-idea penting

    daripada yang kurang penting. Guru akan mengemukakan soalan-soalan yang memberikan

     bimbingan, penerangan, maklumat dan juga bayangan.

    2. Untuk mengembangkan atau meluaskan pemikiran murid

    Soalan-soalan juga dapat memandu atau membimbing murid untuk mengembangkan atau

    meluaskan pemikirannya tentang sesuatu yang dibaca. Umpamanya, sesuatu idea, pendapat,

    konsep, perkataan atau persoalan yang diajar atau ditemui dalam sesebuah pembacaan atau

    tugas. Pengembangan dan perluasan pemikiran murid ini dapat dilakukan dalam dua cara.

    Pertamanya, ia berlaku di tahap pemikiran yang sama. Dalam keadaan ini ketajaman

     pemikiran adalah ditekankan. Contohnya, guru dapat meluaskan pemikiran murid tentang

    sesuatu idea di tahap aplikasi dengan menggalakkan murid mengaplikasikan idea tersebut

    kepada beberapa keadaan yang berbeza atau lebih luas. la juga boleh berlaku apabila guru

     bertujuan untuk meningkatkan pemikiran murid daripada satu tahap ke satu tahap yang lain.

    Tujuan-tujuan soalan dan penyoalan 8.3

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    12/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    12

    Peningkatan pemikiran ini biasanya dilakukan dan tahap pemikiran yang rendah ke tahap

     pemikiran yang tinggi. Contohnya, guru ingin meningkatkan pemikiran murid tentang sesuatu

    idea dari tahap mengecam-mengingat ke tahap aplikasi. Dalam kedua-dua keadaan ini,

     penekanan diberikan kepada pembinaan kemahiran murid berfikir secara bercapah. Dengan

    itu, untuk memenuhi tujuan meluaskan pemikiran murid, guru perlu menekankan penggunaan

     jenis soalan-soalan teks implisit dan skrip implisit iaitu soalan-soalan pada tahap pemikirantinggi.

    3. Untuk membina pengetahuan asas murid

    Soalan-soalan dapat digunakan untuk membina pengetahuan asas murid tentang sesuatu tajuk

    yang diajar. Pada peringkat awal, soalan-soalan dikemukakan bagi membolehkan murid

    mengumpul data-data, isi-isi atau maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menjawab

    soalan-soalan pada tahap tinggi.

    Untuk membina pengetahuan asas murid, soalan-soalan seperti mengecam-mengingat dan

    terjemahan adalah sesuai. Penggunaan soalan-soalan pada tahap yang diperkatakan tadihendaklah dibataskan pada peringkat awal sesi penyoalan sahaja. Secara ringkasnya, soalan-

    soalan mengecam-mengingat dan terjemahan bertindak sebagai batu asas yang membolehkan

    murid memikirkan jawapan mana kepada soalan-soalan pada tahap tinggi. Dengan

    menerangkan kepada murid apa yang perlu dilakukan dan yang perlu diberikan perhatian serta

     bagaimana melakukannya, akan dapat membimbing pemikiran murid memahami apa yang

    dibaca.

    1. Apakah peringkat-peringkat dalam soalan dan penyoalan kefahaman?

    2. Bagaimanakah guru boleh menggalakkan pelajar untuk memahirkan kemahiran

    membaca mereka?

    3. Apakah perbezaan di antara soalan penilaian dan penghayatan?

    4. Terangkan tentang kategori-kategori yang ada dalam teks implisit.

    5. Jelaskan tujuan untuk soalan dan penyoalan kepada murid-murid.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    13/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    13

    Teknik-teknik mengajar kefahaman membaca bertujuan untuk membimbing murid ke arah pemahaman teks yang dibaca.Terdapat beberapa teknik dan prosedur yang boleh digunakan

    sebagai strategi dalam kefahaman bacaan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

    Dalam proses membaca terdapat tiga peringkat iaitu peringkat sebelum membaca, semasa

    membaca dan selepas membaca. Jika dikaji teknik kefahaman membaca yang dinyatakan di

     bawah, umumnya terdapat tiga peringkat yang dapat membantu guru membimbing murid

    semasa mengajar kefahaman membaca.

    Teknik membaca berdasarkan model yang melibatkan pemikiran kritis dapat membantu murid

    menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dalam membuat rumusan atau

    membuat keputusan ke atas sesuatu persoalan yang terdapat dalam teks bacaan. Guru harus

    menyediakan teks yang sesuai supaya model yang digunakan sesuai untuk menjadikan murid

    lebih kritis dan kreatif yang merupakan matlamat penting dalam pengajaran dan pembelajaran

     bahasa Melayu.

    Teknik Membaca Berfikir Terarah (DR-TA)

    Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, (1969/1975). Menurut beliau teknik ini

    membolehkan murid membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks,

    imej, simbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian

    dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan saripati/isi maklumat yang

    dibaca.

    Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar:

    (i) Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan /tajuk/

    Buku teks yang dibaca...:” 

    (ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: “Mengapakah anda (murid) berpendapat

     begitu ...” (iii) Mengumpulkan bukti: murid dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka

     berdasarkan pemahaman mereka.

    Tujuan teknik DR-TA:

    (i) Memberi peluang kepada murid untuk membaca bahan bacaan/teks secara kritis dan

    reflektif.

    (ii) Menghala-tujukan tujuan murid membaca bahan bacaan/teks.

    (iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran murid tentang topik yang akan dibaca.

    (iv) Meminta murid mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memahami bahan

    Teknik Membaca Berfikir Terarah (DR-TA) 8.4

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    14/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    14

     bacaan/teks yang dibaca.

    (v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.

    (vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.

    (vii) Guru dan murid boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat

    keputusan terhadap bahan yang dibaca.

    Langkah pelaksanaan (Kaedah Kelas)

    Untuk melaksanakan teknik ini, (P&P dalam kelas), ada dua fasa kitarannya: 

    Fasa 1: Fasa Kitaran Proses Membaca-Berfikir 

    (i) Proses yang menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan bacaan.

    (ii) Menyesuaikan kadar bahan bacaan dan untuk memenuhi tujuan membaca.

    (iii) Membaca untuk mengesahkan tujuan (objektif)

    (iv) Membuat hentian untuk menilai kefahaman murid.

    (v) Meneruskan pembacaan untuk tujuan yang sama atau tujuan lain.

    Fasa II 

    Fasa II ialah hasilan/produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran

    murid.

    Langkah-langkah dalam Fasa 1 

    Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca. 

    (i) Guru menggalakkan pelajaar membuat hipotesis tentang judul cerita, melalui

     perbincangan kelas.(ii) Guru membuat pengesahan tentang hipotesis pelajar. hipotesis yang tidak tepat

    disanggah.

    (iii) Mencatat segala hipotesis

    Soalan guru:

    (i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau

    (ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan.

    (iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafssirkan.

    (iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?

    (v) Anda sudah membuat hipotesis. Yang manakah pada pendapat anda hipotesis yang

     paling tepat.

    Hujahkah/berikan sebab.

    • Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata dan tidak memaklumkan

    tujuan membaca teks yang dipilih itu.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    15/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    15

    Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah

    • Murid dikehendaki membaca secara senyap pada awal bahagian teks yang dipilih. Tujuan

     bacaan senyap ialah untuk mengesahkan hipotesis.

    • Guru memberi bimbingan kepada murid sekiranya murid menghadapi masalah menyebut perkataan/frasa/ayat dengan menggunakan strategi „klu konteks‟ atau analisa stuktur, atau

    kedua-dua sekali.

    a. menyoal murid berdasarkan teks- makna perkataan dan sebagainya.

     b. Memberi cadangan kepada murid supaya:

    (i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan perkataan yang boleh memberi

    maksud,

    (ii) murid membaca ayat dari awal hingga akhir,

    (iii) murid mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang dikosongkan, dan murid

    diminta untuk mengisi ruang tersebut dengan perkataan yang sesuai.

    (iv) murid memberi sinonim,

    (v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah, dan ayat selepasnya,

    (vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,

    (vii) menganalisa stuktur teks.

    Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan  

    • Guru meminta murid menyatakan sejauh mana hipotesis mereka tepat atau betul.

    • murid diminta membuktikan bahawa hipotesis mereka betul berdasarkan teks, danmembacakan bahagian teks tersebut sebagai bukti.

    Soalan guru:

    1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?

    2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?

    3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya peristiwa dalam teks

    tersebut?

    4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.

    Langkah 4 : Mengulang Fasa I, II dan III 

    Di samping guru menghabiskan bacaan teks, murid diminta membuat hipotesis, menyemak

    hipotesis dan menilai hipotesis mereka sama ada tepat atau sebaliknya. Murid diminta

    memurnikan hipotesis dengan bertambahnya maklumat baru yang terdapat dalam teks yang

    dibaca.

    Fasa III 

    Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran

    Strategi yang digunakan seperti berikut:

    • membaca kuat 

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    16/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    16

    • menjawab soalan kefahaman 

    • menganalisa watak dan perwatakan 

    • menulis puisi, surat, melakar

    • melakonkan 

    • menghasilkan resepi• membaca ekstensif  

    • mengkaji perkataan/frasa –  memberi makna

    • melukis peta cerita 

    • melukis peta minda 

    Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu

    • Selepas pembacaan, murid berkongsi hasil dengan membuat poster, laporan, berdrama,

    dan menjalankan aktiviti yang sesuai.

    • murid menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepass pembacaan, dan kecekapan-

    kecekapan yang diperoleh untuk melihat perkembangan pencapaian. 

    Kelebihan teknik DR-TA

    Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran bacaan dalam

     bilik darjah atau di luar bilik darjah. 

    (i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.

    (ii) Ketika situasi bacaan, murid membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini

    menggalakkan supaya murid sedar tentang proses membaca dan membuat hipotesis.

    (iii) Murid memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi.(iv) Menggalakkan murid menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa

    atau perkataan.

    (v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua murid mencapai satu pencapaian yang

    dikehendaki.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    17/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    17

    Teknik Membaca "KWLH"

    Proses membaca dengan teknik KWLH, murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan

    apa yang dibaca. Ini bermaksud berdasarkan pengetahuan sedia ada, murid menginput

     pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.

    Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan

    keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik

    ini, murid dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya

    menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

    KWLH bermaksud: 

    K (know) –  Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang

    tajuk atau topik bahan bacaan.

    W (what) –  Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) –  catat apa yang ingin diketahui

    tentang tajuk atau topik bahan bacan.

    L (learned) –  Apa yang telah diketahui (selepas membaca) –  catat isi penting daripada tajuk

    atau topik yang dibaca.

    H (how) –  Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) –  catat

     bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.

    Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?

    Tujuannya ialah: 

    1.  Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk

     proses pengajaran dan pembelajaran.

    2. 

    Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yangsediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    3. 

    Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain,

    selain sumber yang telah sediakan.

    4. 

    Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan

    (semasa)

    Teknik Membaca "KWLH" 8.5

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    18/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    18

    1.  Apakah pengajaran kefahaman?

    2.  Bagaimanakah teknik DR-TA boleh digunakan untuk mengajar kefahaman

    mengajar?

    3.  Huraikan perbandingan antara teknik DR-TA dan KWLH.

    4.  Apakah tujuan guru menggunakan teknik KWLH dalam pembelajaran

    kefahaman?

    5.  Apakah kelebihan teknik DR-TA?

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    19/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    19

    Teknik Membaca SQ3R

    Teknik ini digunakan pada tahap murid yang berpencapaian baik dan mahir membaca. Tujuan

    menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman murid berdasarkan bahan atau teks

    yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. Teknik ini dipelopori oleh Robinson (1941).

    S-SURVEY (Tinjau) 

    1.  Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan

    mengikut pemahamannya sendiri. Murid bebas menanggap apa yang dibaca. Murid

    hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk,

    gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.

    2.  Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. Q-QUESTION

    (penyoalan/pertanyaan)

    3.  Murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.

    4.  Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks.

    5.  Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.

    6.  Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.

    7.  Dalam masa yang sama murid sendiri mencari jawapan –  jangkaan jawapan yang paling

    relavan.

    R-READ (Baca)

    1.  Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang

    dibaca.

    2.  Dalam masa yang sama murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan

    tadi.

    3.  Dalam masa yang sama juga, murid boleh menyenaraikan soalan tambahan.

    4. 

    Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam

     petikan teks/bahan bacaan.

    5.  Di samping itu murid boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau

    menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini beerti murid tidak semestinya menerima

    semua maklumat yang terdapat dalam teks.

    Teknik Membaca SQ3R 8.6

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    20/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    20

    R-RECITE (Imbas kembali)

    1. 

    Setelah murid membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini murid dikehendaki

    mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.

    2.  Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya

    murid dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.

    3.  Di samping itu murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum

    merujuk jawapan yang terdapat teks. Murid boleh membandingkan ketepatan jawapan

    mereka.

    R-REVIEW (Baca semula)

    1.  Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang

    ditulis/dicatat.

    2. 

    Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit(imbas kembali) di atas.

    3.  Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.

    4.  Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat

    question/pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, murid memperoleh maklumat yang

    tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    21/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    21

    Teknik Membaca Berarah (DRA)

    Betts (1946) memperkenalkan format Aktiviti Membaca Berarah atau Directed Reading Activity

    (DRA) yang boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.

    Teknik ini:

    Meransang minat murid dengan mencungkil pengalaman mereka serta mengaitkannya

    dengan tajuk.

    Memahami perkataan-perkataan sukar dan konsep yang ada pada teks.

    Meramal serta membuat andaian kemudian memastikan andaian dengan membaca secara

    senyap. Berbincang serta mencatatkan maklumat dan kemudian membaca secara

    nyaring.

    Menyusun aktiviti yang dikaitkan dengan teks dan membina model menulis cerita

     berdasarkan maklumat dalam teks.

    Contoh cara menggunakan DRA:

    1. 

    Pilih satu teks yang sesuai.

    2. 

    Pilih kosa kata yang terdapat di dalam teks untuk diterangkan. Kosa kata yang dipilihhendaklah penting ataupun signifikan kepada teks tersebut. Kosa kata yang dipilih

    hendaklah kosa kata yang berkemungkinan tinggi tidak difahami oleh murid.

    3. 

    Tulis kosa kata yang dipilih tersebut di papan hitam dalam bentuk ayat. Di dalam kelas,

     bincangkan tentang perkataan tersebut darisegi konteksnya sama ada menjadi kata kerja,

    kata nama dan sebagainya apabila digunakan di dalam sesuatu ayat.

    4.  Berikan soalan tentang pemahaman mereka terhadapa ayat tersebut dan minta mereka

    membina satu ayat menggunakan kosa kata tersebut.

    5.  Ajar murid kemahiran untuk memahami teks tersebut. Kemahiran yang dipilih haruslah

     berdasarkan teks tersebut. Contohnya, jika teks tersebut adalah teks perbandingan maka

    guru haruslah focus kepada kemahiran membuat perbandingan.

    6.  Beri murid tujuan utama mereka membaca teks tersebut. Contohnya, „baca mukasurat

    21-24 untuk mengetahui tentang jerebu‟. 

    7.  Minta murid membaca dengan senyap. Sediakan soalan semasa murid membaca.

    8. 

    Selepas murid habis membaca, kemukakan soalan yang disediakan. Contohnya,

    tanyakan soalan tentang punca jerebu. Galakkan perbincangan di antara pelajar.

    9. 

    Guru haruslah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Kemudian sertakan aktiviti

    seperti menulis, bacaan lanjut, peta minda dan sebagainya yang boleh digunakan untuk

    membantu murid memahami teks tersebut.

    Teknik Membaca Berarah (DRA) 8.7

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    22/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    22

    Teknik PQRSTSistem PQRST adalah satu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar;

     Robinson, H. Alan dalam buku mereka yg bertajuk "Improving Reading In Every Class". 

    Berikut adalah 5 langkah yg menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

    (a) Tin jau (Preview)

    Preview. Minta murid meninjau tajuk-tajuk pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan

    memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau

    ini adalah supaya murid mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku

    atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu,

    fakiran murid akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada

     buku tersebut.

    (b) Soal (Question)  

    Question. SOAL murid dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai

    soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk

    soalan yang boleh guru buat ialah "Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan

    saya?" Dengan adanya soalan itu semasa murid membaca, tumpuan fikiran murid akan lebih

    fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran

    murid pada ketika murid membaca.

    (c) Baca (Read)

    Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi

    soalan yang anda telah timbuklan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu

     proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yg dibaca.

    (d) Mengimbas Kendiri (Self -Recitation)  

    MENGIMBAS KENDIRI ialah satu proses di mana guru meminta murid mencuba mengingat

    fakta-fakta utama bab atau bahan yg mereka telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk muridmengingat semula apa yang telah mereka baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b),

    (c), dan (d) secara serentak.

    (e) Uji (Test)

    UJI murid setelah mereka habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-

    idea daripada bab yang baru mereka baca itu. Pada peringkat inilah murid harus mula

    menyimpan apa yang telah mereka pelajari ke dalam ingatan jangka panjang mereka.

    Teknik Membaca PQRST ini memudahkan dan mempercepatkan proses pembacaan serta

     pengingatan murid-murid.

    Teknik PQRST 8.8

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    23/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    23

    1.  Huraikan tentang teknik membaca SQ3R.

    2.  Apakah contoh cara untuk menggunakan teknik DRA dalam pengajaran

    kefahaman membaca?

    3.  Bandingkan teknik membaca SQ3R dan PQRST.

    4.  Terangkan 5 langkah yang menjadi tunjang teknik membaca PQRST.

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    24/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    24

      Dalam pengelasan soalan-soalan kefahaman, terdapat tiga kategori besar soalan-

    soalan iaitu teks eksplisit, teks implisit dan skrip implisit.

      Kategori soalan teks eksplisit hanya memerlukan murid menggunakan maklumat-

    maklumat yang terdapat di dalam teks yang digunakan bagi mendapatkan jawapan.

      Kategori teks implisit pula memerlukan murid menggunakan maklumat-maklumat

    yang terdapat di dalam teks dan juga pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk

    mendapat jawapan. Bagi menjawab soalan-soalan di bawah kategori skrip implisit,

    murid dikehendaki menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

      Di bawah tiga kategori besar itu terdapat tujuh jenis soalan iaitu:

    a. Mengecam-mengingat

     b. Terjemahan

    c. Aplikasi

    d. Analisis

    e. Sintesis

    f. Penilaian

    g. Penghayatan

      Ketujuh-tujuh soalan tersebut adalah berbentuk hierarki. Ciri ini dapat diperhatikan

    dengan melihat pada urutan soalan-soalan tersebut. Tiap-tiap soalan disusun daripada

    soalan yang senang kepada yang susah dan terbentuk berdasarkan soalan yang

    sebelumnya.

      Tujuan-tujuan penggunaan soalan dan penyoalan dalam pengajaran bacaan dan

    kefahaman adalah seperti yang berikut iaitu untuk memberi fokus kepada pemikiran

    murid, untuk mengembangkan atau meluaskan pemikiran murid dan untuk membina

     pengetahuan asas murid.

      Antara teknik-teknik pengajaran kefahaman adalah Teknik Membaca Berfikir Terarah

    (DR-TA), Teknik Membaca "KWLH", Teknik Membaca SQ3R, Aktiviti Membaca

    Berarah (DRA) dan Teknik PQRST.

    RUMUSAN BAB

  • 8/19/2019 Bab 8.Pengajaran Kefahaman Membaca

    25/25

    BAB 8 PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA

    1. Marohaini Yusoff. 1989. Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman. Karya Bistari

    Sdn Bhd. Petaling Jaya.

    2. Naimah Yusoff et al. 2011. Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah. 

    Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

    3. Yahya Othman. 2004. Mengajar Membaca. PTS Publications. Kuala Lumpur.

    4. Mahzan Arsad. 2008. Pendidikan literasi bahasa Melayu. Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

    Laman Web:

    http://www.wyzant.com/resources/blogs/9970/pqrst_a_study_skill_that_helps_students_concentra

    te_from_the_general_to_the_specific 

    http://unisimghazali.weebly.com/index.html 

    http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com 

    RUJUKAN

    http://www.wyzant.com/resources/blogs/9970/pqrst_a_study_skill_that_helps_students_concentrate_from_the_general_to_the_specifichttp://www.wyzant.com/resources/blogs/9970/pqrst_a_study_skill_that_helps_students_concentrate_from_the_general_to_the_specifichttp://www.wyzant.com/resources/blogs/9970/pqrst_a_study_skill_that_helps_students_concentrate_from_the_general_to_the_specifichttp://unisimghazali.weebly.com/index.htmlhttp://unisimghazali.weebly.com/index.htmlhttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/http://unisimghazali.weebly.com/index.htmlhttp://www.wyzant.com/resources/blogs/9970/pqrst_a_study_skill_that_helps_students_concentrate_from_the_general_to_the_specifichttp://www.wyzant.com/resources/blogs/9970/pqrst_a_study_skill_that_helps_students_concentrate_from_the_general_to_the_specific