Bab 9

20
161 BAB 9 PENGANGGURAN DAN INFLASI OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mengenal pasti masalah utama makroekonomi. 2. Menerangkan jenis-jenis pengangguran. 3. Mengenal pasti kesan-kesan pengangguran. 4. Mengetahui cara untuk mengira kadar pengangguran. 5. Mengetahui cara mengira Indeks Harga. 6. Mengetahui penyebab berlakunya inflasi. 7. Mengenal pasti jenis-jenis inflasi. 8. Mengenal pasti kesan-kesan inflasi. 9. Menganalisis hubungan antara kadar pengangguran dan kadar inflasi yang berlaku di Malaysia. 9.1 PENGENALAN Setiap negara di dunia sentiasa mengalami masalah ekonomi sama ada di peringkat mikro dan juga makro. Jika dilihat secara makro, kita akan dapati kerap berlaku masalah kemelesetan ekonomi dan juga masalah inflasi. Kesan daripada masalah kemelesetan ekonomi akan menyebabkan berlakunya pengangguran, manakala inflasi akan menyebabkan berlakunya kenaikan tingkat harga barangan dan juga perkhidmatan. 9.2 PENGANGGURAN Pengangguran merupakan salah satu daripada masalah asas makroekonomi dan ianya selalu dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ekonomi wujud apabila berlaku kejatuhan jumlah keluaran negara dan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran. Menurut pendapat seorang ahli ekonomi, Keynes telah mencadangkan supaya pihak kerajaan campur tangan dalam sesebuah negara yang mengalami kemelesetan ekonomi melalui pelaksanaan dasar untuk meningkatkan aktiviti ekonomi supaya dapat memulihkan keadaan ekonomi yang teruk. Pengangguran merupakan satu keadaan yang terdapat ramai sumber guna tenaga dalam pasaran tetapi permintaan terhadap penggunaannya kurang. Ia juga merupakan jumlah keseluruhan tenaga buruh yang terdapat dalam

Transcript of Bab 9

Page 1: Bab 9

161

BAB 9

PENGANGGURAN DAN INFLASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mengenal pasti masalah utama makroekonomi. 2. Menerangkan jenis-jenis pengangguran. 3. Mengenal pasti kesan-kesan pengangguran. 4. Mengetahui cara untuk mengira kadar pengangguran. 5. Mengetahui cara mengira Indeks Harga. 6. Mengetahui penyebab berlakunya inflasi. 7. Mengenal pasti jenis-jenis inflasi. 8. Mengenal pasti kesan-kesan inflasi. 9. Menganalisis hubungan antara kadar pengangguran dan kadar

inflasi yang berlaku di Malaysia.

9.1 PENGENALAN Setiap negara di dunia sentiasa mengalami masalah ekonomi sama ada di peringkat mikro dan juga makro. Jika dilihat secara makro, kita akan dapati kerap berlaku masalah kemelesetan ekonomi dan juga masalah inflasi. Kesan daripada masalah kemelesetan ekonomi akan menyebabkan berlakunya pengangguran, manakala inflasi akan menyebabkan berlakunya kenaikan tingkat harga barangan dan juga perkhidmatan. 9.2 PENGANGGURAN Pengangguran merupakan salah satu daripada masalah asas makroekonomi dan ianya selalu dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ekonomi wujud apabila berlaku kejatuhan jumlah keluaran negara dan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran. Menurut pendapat seorang ahli ekonomi, Keynes telah mencadangkan supaya pihak kerajaan campur tangan dalam sesebuah negara yang mengalami kemelesetan ekonomi melalui pelaksanaan dasar untuk meningkatkan aktiviti ekonomi supaya dapat memulihkan keadaan ekonomi yang teruk. Pengangguran merupakan satu keadaan yang terdapat ramai sumber guna tenaga dalam pasaran tetapi permintaan terhadap penggunaannya kurang. Ia juga merupakan jumlah keseluruhan tenaga buruh yang terdapat dalam

Page 2: Bab 9

162

sesebuah negara yang tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi. Jumlah pengangguran dapat diperolehi dengan mengambil perbezaan antara jumlah guna tenaga dan jumlah tenaga buruh. Kadar pengangguran dapat dilihat dengan mengambil kira nilai peratusan terhadap nisbah jumlah orang yang menganggur dengan jumlah tenaga buruh. Apabila kadar pengangguran dalam sesebuah negara menurun dan menghampiri sifar, maka dapat dikatakan ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh. Walau bagaimanapun, terdapat banyak konsep yang dapat menerangkan tentang definisi pengangguran. Antaranya ialah maksud orang yang menganggur menerangkan tentang individu yang berumur 15 tahun dan ke atas yang berkebolehan untuk bekerja tetapi tidak bekerja dan pernah bertindak untuk mendapatkan pekerjaan tetapi gagal. Manakala guna tenaga pula menerangkan tentang keseluruhan jumlah tenaga buruh dalam sesebuah negara yang melakukan pelbagai jenis aktiviti pekerjaan. Berbeza dengan individu yang tidak bekerja dan yang bekerja juga diandaikan sebagai tenaga buruh. Tetapi bagi orang yang langsung tidak memerlukan pekerjaan dipanggil sebagai bukan tenaga buruh.

SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan maksud istilah di bawah:

(i) Tenaga buruh (ii) Bukan tenaga buruh (iii) Guna tenaga (iv) Penganggur

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.2.1 Kadar Pengangguran Untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara, ianya dilihat melalui jumlah kadar pengangguran. Kadar pengangguran dapat dikira dengan menggunakan formula berikut:

Kadar Pengangguran (%) = (Jum. Pengangguran / Jum. Tenaga Buruh) X 100%

Page 3: Bab 9

163

iaitu

Jumlah pengangguran = Jumlah Tenaga Buruh – Jumlah Guna Tenaga

Jadual 9.1 Penduduk, Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Kadar Pengangguran

BUTIRAN 1995 1996 1997 1998

Penduduk (ribu orang) 20,689 21,169 21,666 22,180 Tenaga Buruh (ribu orang) 8,257 8,641 9,038 8,881 Guna Tenaga (ribu orang) 7,999 8,427 8,817 8,597 Kadar Pengangguran (%) 3.1 2.5 2.4 3.9

Contoh Pengiraan: Kadar Pengangguran untuk 1995 = (Jum. Pengangguran / Jum. Tenaga

Buruh) X 100% = (8,257-7,999) / 8,257 X 100%

= 3.125% = 3.1% Disebabkan kadar pengangguran hanya mengambil kira nilai satu titik perpuluhan, maka jawapan sebenar ialah 3.1 peratus. Kadar pengangguran setiap negara tidak sama. Ada negara yang mengalami kadar pengangguran yang tinggi dan ada pula negara yang mengalami kadar pengangguran yang rendah. Selalunya, negara yang maju mempunyai kadar pengangguran yang lebih rendah berbanding dengan negara yang miskin atau mundur. Sungguhpun demikian, dalam negara yang sama juga mengalami masalah kadar pengangguran yang tidak sama. Contohnya, kadar pengangguran yang berbeza wujud mengikut kawasan atau negeri dan juga mengikut aktiviti seperti aktiviti industri, pertanian, perlombongan, tradisional dan sebagainya. Bagi negeri yang kurang aktiviti perindustrian, kemungkinan kadar pengangguran lebih tinggi memandangkan tiada peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk setempat. Kadar pengangguran juga dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa. Contohnya, apabila berlaku krisis kewangan Asia pada pertengahan tahun 1997 telah menyebabkan banyak kilang terpaksa ditutup dan akibatnya ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Kesannya, kadar pengangguran pada masa tersebut meningkat. Di samping itu, akibat

Page 4: Bab 9

164

daripada tindakan penggabungan syarikat dan institusi kewangan, ia turut memberi kesan kepada peningkatan kadar pengangguran yang menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan sama ada secara suka rela atau paksaan. 9.2.2 Jenis-Jenis Pengangguran Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara disebabkan oleh pelbagai faktor. Kebanyakan pengangguran yang berlaku di Malaysia amnya disebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan sosial. (a) Pengangguran geseran Pengangguran geseran berlaku apabila terdapat pekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu kerana mereka mempunyai alternatif yang lebih baik. Kemungkinan pekerjaan yang baru menawarkan gaji yang lebih tinggi, lebih banyak kemudahan yang diberikan, pemberian bonus yang tinggi dan sebagainya. Jenis pengangguran ini wujud akibat daripada perubahan struktur ekonomi akibat daripada persaingan antara firma. Sebenarnya pengangguran jenis ini tidak menggambarkan permasalahan sebenar pengangguran dalam negara. (b) Pengangguran teknologi Semakin hari semakin tinggi pencapaian kemajuan teknologi dalam sesebuah negara. Kebanyakan daripada teknologi dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran dan mengurangkan kos. Secara tidak langsung tenaga sumber manusia secara manual digantikan dengan penggunaan mesin dan robot ataupun dipanggil sebagai intensif teknologi. Kesannya, ramai pekerja tidak diperlukan lagi dan menyebabkan wujudnya pengangguran akibat daripada kemajuan teknologi. (c) Pengangguran struktur

Pengangguran struktur berlaku disebabkan oleh perubahan dalam struktur ekonomi sesebuah negara. Kemelesetan ekonomi dunia turut menjejaskan aktiviti ekonomi sesebuah negara lain. Di samping itu, keadaan permintaan dan penawaran terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan tergugat dari semasa ke semasa dan seterusnya menyebabkan ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Pengangguran tersebut mungkin berkekalan ataupun akan mengambil masa yang lama memandangkan mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang tertentu dan sukar diserap ke mana-mana industri.

Page 5: Bab 9

165

(d) Pengangguran musim Pengangguran bermusim berlaku akibat daripada terjadinya perubahan musim secara semula jadi. Ini bermaksud semua tenaga pekerja tidak digunakan sepanjang tahun tetapi ianya hanya berfungsi apabila tiba musim-musim tertentu. Contohnya, pada musim menanam padi ramai pekerja akan turun ke sawah untuk menanam padi. Apabila semua padi telah ditanam, maka penanam padi tidak lagi akan meneruskan pekerjaan tersebut. Kemungkinan mereka boleh mencari pekerjaan lain seperti meracun, membaja dan memotong rumput. (e) Pengangguran edaran Pengangguran edaran berlaku disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia secara besar-besaran. Contohnya, apabila ekonomi dunia mengalami kemelesetan, secara langsung telah menyebabkan kejatuhan tingkat keluaran negara dan jumlah guna tenaga sama ada di negara maju atau negara kurang maju. Pengangguran jenis ini juga dikenali sebagai pengangguran besar-besaran atau pengangguran am. 9.2.3 Kesan Pengangguran Situasi pengangguran kerap berlaku di kebanyakan negara di dunia. Ia akan memberi kesan buruk kepada negara yang mengalaminya. Terdapat dua kesan yang utama, iaitu kesan ekonomi dan kesan sosial. Kesan ekonomi berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara dan pendapatan negara. Manakala kesan sosial pula berkaitan dengan masalah ketidakstabilan yang berlaku terhadap masyarakat dan politik. (a) Kesan Ekonomi Pengangguran akan menyebabkan aktiviti ekonomi dalam negara tidak dapat mencapai tahap guna tenaga penuh. Ini menunjukkan bahawa pengangguran akan menyebabkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan merosot. Di samping itu, tahap produktiviti negara sama ada dalam perindustrian, pembinaan, perkilangan, pertanian dan perlombongan turut terjejas apabila keadaan pengangguran berterusan. Keadaan sedemikian disebut sebagai kos ekonomi pengangguran. Justeru, masalah pengangguran juga menyebabkan pendapatan perkapita penduduk sesebuah negara berkurangan dan seterusnya akan mengakibatkan kejatuhan keluaran negara.

Page 6: Bab 9

166

(b) Kesan sosial

Pengangguran juga akan menimbulkan masalah ketidakstabilan dalam masyarakat malah dalam sesebuah keluarga. Pengangguran akan mengakibatkan individu mengalami kehilangan pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan, kejatuhan nilai moral dan jati diri, merasa rendah diri dan seterusnya akan menyebabkan berlaku pertelingkahan dan berada dalam keadaan yang tidak selesa. Bagi memenuhi keperluan asas, penganggur akan melakukan jenayah seperti mencuri, merompak, menculik, membunuh dan sebagainya. Kesan jangka panjang pengangguran akan menyebabkan masalah jenayah yang serius kepada negara dan masyarakat. Selain itu, pengangguran juga akan menyebabkan berlaku masalah sosial seperti aktiviti pelacuran, perjudian haram, penderaan dan lain-lain aktiviti yang tidak sihat.

SOALAN DALAM TEKS

2. Akibat daripada kemelesetan eoknomi dunia telah

menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Dalam konteks negara Malaysia, adakah ianya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.2.4 Kadar Pengangguran di Malaysia Sehingga tahun 1997, pengangguran secara relatifnya tinggi disebabkan oleh perubahan struktur dalam ekonomi. Khususnya kadar pengangguran mencapai tahap tertinggi, iaitu kira-kira lapan peratus ketika berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1884 hingga tahun 1886. Berikutan aktiviti ekonomi yang berkembang dengan pesat pada tahun 1990-an, keadaan pasaran buruh menjadi semakin bertambah baik, iaitu pertumbuhan guna tenaga meningkat melebihi kadar perkembangan dalam tenaga buruh. Pada tahun 1992, kadar pengangguran berkurangan sehingga berada pada paras yang lebih rendah, iaitu di bawah kadar empat peratus. Ini menunjukkan bahawa ekonomi sedang beroperasi pada tahap guna tenaga penuh. Sehingga tahun 1997, kadar pengangguran terus menurun sehingga mencapai tahap yang sangat rendah, iaitu 2.5 peratus. Pada

Page 7: Bab 9

167

tahun tersebut berlaku kemasukan pekerja asing sebanyak 1.2 juta orang. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut berkurangan pada tahun 1998 sehingga 1999 dan jumlah pengangguran masih berada pada tahap yang rendah.

Jadual 9.2 Kadar Pengangguran di Malaysia dari Tahun 1992 hingga 2002

Tahun 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002

Tenaga Buruh (‘000)

7,441 7,646 7,859 7,893 8,616 8,784 8,884 9,152 9,595 9,892 10,198

Guna Tenaga (‘000)

7148 7371 7606 7645 8399 8569 8600 8838 9303 9535 9843

Pengangguran (‘000)

294 276 252 248 217 215 284 314 292 357 355

Kadar Pengangguran (%)

3.9 3.6 3.2 3.1 2.5 2.5 3.9 3.5 3.0 3.6 3.5

Selepas peristiwa krisis kewangan Asia yang melanda negara pada pertengahan tahun 1997 telah memberi implikasi yang teruk kepada ekonomi negara seterusnya terhadap jumlah tenaga kerja. Akibatnya, kadar pengangguran meningkat sehingga 3.9 peratus pada tahun 1998. Jumlah pekerja yang diberhentikan meningkat kepada tahap tertinggi seramai 12,335 pekerja pada bulan Julai 1998, sebelum menurun pada suku keempat tahun 1998. Walau bagaimanapun, keadaan guna tenaga Malaysia lebih baik berbanding dengan beberapa negara lain yang menghadapi krisis yang sama.

Rajah 9.2

Kadar Pengangguran di Malaysia dari Tahun 1992 hingga 2002

`

KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA BAGI TAHUN 1992 - 2002

0

50

100

150

200

250

300

350

400

1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002TAHUN

JUM

LAH

PE

NG

AN

GG

UR

AN

('00

0)

0 0.5

1

1.5 2

2.5

3 3.5

4 4.5

KA

DA

R P

EN

GA

NG

GU

RA

N (%

)

Pengangguran (‘000) Kadar Pengangguran (%)

Page 8: Bab 9

168

Justeru, krisis ini juga turut menyebabkan penurunan pekerja-pekerja asing daripada 1.2 juta pada tahun 1997 kepada 781,548 pekerja pada tahun 1998. Pada tahun 1999 dan 2000 keadaan ekonomi semakin pulih selepas kerajaan melaksanakan dasar belanjawan yang defisit. Kadar pengangguran masing-masing menurun kepada 3.5 dan 3.0 peratus. Sekali lagi keadaan ekonomi negara terjejas apabila berlaku peristiwa 11 September 2000. Kemelesetan ekonomi yang melanda United State telah memberi kesan kepada negara yang menyebabkan aktiviti-aktiviti ekonomi terganggu dan seterusnya telah mneyebabkan kadar pengangguran meningkat sehingga 3.6 peratus pada 2001 dan 3.5 peratus pada tahun 2002. 9.3 INFLASI Pengurusan ekonomi dan kewangan mengalami pertumbuhan yang pesat sehingga tahun 1997 iaitu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 8.7 peratus. Tetapi pada tahun 1998, apabila negara mengalami krisis ekonomi, KDNK menjunam kepada -7.2 peratus. Masalah ekonomi dan kewangan yang wujud pada masa tersebut sebenarnya disebabkan oleh beberapa isu utama, iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, risiko ke atas inflasi harga aset, aliran modal yang volatil dan kesan krisis kewangan serantau 1997-1998. 9.3.1 Definisi Inflasi Dalam konteks ekonomi, inflasi didefinisikan sebagai kenaikan dalam tingkat harga umum yang berterusan dan berpanjangan. Ianya sering dikaitkan dengan wang yang banyak untuk mendapat barang yang sedikit. Kenaikan tingkat harga umum bermaksud proses kenaikan harga berlaku secara serentak ke atas pelbagai jenis barang yang diurus niaga dalam sesebuah ekonomi. Kenaikan harga yang menyeluruh berlaku apabila terjadinya peningkatan purata harga barangan secara keseluruhan dalam sesebuah ekonomi. Walaupun demikian, masih terdapat sesetengah harga barangan yang mengalami keturunan atau tidak berubah, tetapi disebabkan kebanyakan harga barangan mengalami kenaikan harga, maka secara langsung harga purata barangan dalam sesebuah negara akan meningkat. Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan tetapi secara tidak berterusan, maka ianya tidak dianggap sebagai inflasi. Contohnya, musim hujan telah menyebabkan harga payung menjadi mahal kerana banyak permintaan tetapi harganya kembali turun apabila habis musim hujan. Walau

Page 9: Bab 9

169

bagaimanapun, kadar kenaikannya adalah berbeza-beza. Untuk melihat dan mengukur kadar inflasi bagi sesebuah negara, maka indeks harga akan digunakan. 9.3.2 Indeks Harga Indeks harga digunakan untuk mengukur tingkat harga umum dengan menggunakan formula seperti berikut:

Kadar Inflasi = {(IHı-IHo) ÷ IHo} X 100

IHı ialah indeks harga pada tahun kadar inflasi akan ditentukan. IHo pula ialah indeks harga asas ataupun indeks harga pada tahun sebelumnya. Kadar inflasi sebenarnya dinyatakan dalam bentuk peratus. Amnya, indeks harga boleh digunakan untuk memberi gambaran tentang perubahan harga yang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Di Malaysia, terdapat dua indeks harga yang utama iaitu, Indeks Harga Pengguna (IHPG) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPK). Indeks harga yang kerap digunakan untuk melihat perubahan harga ialah IHPG. (a) Indeks harga pengguna Indeks Harga Pengguna (IHPG) ialah indeks harga yang dibina untuk mengukur perubahan purata harga bagi sekumpulan barangan serta perkhidmatan yang telah ditetapkan. Melalui IHPG, perubahan harga yang berlaku dari semasa ke semasa dapat diukur dengan mudah. Ianya mewakili corak perbelanjaan purata sesebuah isi rumah berdasarkan kepada satu tahun asas. Contoh barangan yang terlibat dalam pengiraan IHPG ialah barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya. (b) Indeks harga pengeluar Indek Harga Pengeluar (IHPG) pula ialah indeks harga yang dibina untuk mengukur kadar perubahan purata semua harga barangan dan perkhidmatan yang dikenakan oleh pengeluar. Ianya dikenakan ke atas barangan keluaran tempatan dan juga yang dikenakan oleh pengimport bagi barangan import. Contohnya, rokok dan alkohol. Selain dari IHPG dan IHPK digunakan untuk mengukur inflasi, Pendeflasi Keluaran Negara Kasar (PKNK) juga digunakan.

Page 10: Bab 9

170

(c) Pendeflasi Keluaran Negara Kasar Pendeflasi Keluaran Negara Kasar (PKNK) kerap digunakan di Amerika Syarikat kerana ianya dapat memberikan ukuran yang lebih tepat. Ianya mengukur inflasi dengan mengambil kira semua harga barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara. PKNK dapat dikira dengan menggunakan formula berikut:

PKNK=KNK Harga Pasaran Semasa/KNK Harga Pasaran Tetap X 100

KNK yang diambil kira untuk mengukur pendeflasi ialah Keluaran Negara Kasar. Dengan membahagikan KNK harga semasa dengan KNK harga tahun asas akan menghasilkan satu nisbah relatif harga tahun tersebut berbanding dengan tahun asas. Seterusnya kadar inflasi dikira dengan dengan menggunakan formula berikut:

Kadar Inflasi = {(PKNKı-PKNKo) ÷ PKNKo} X100

PKNKı, ialah pendeflasi KNK tahun semasa, PKNKo ialah pendeflasi KNK tahun sebelumnya atau tahun asas.

SOALAN DALAM TEKS

3. Terangkan perbezaan antara Indeks Harga Pengguna

(IHPG) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPK). Di Malaysia, indeks harga mana yang kerap digunakan untuk mengukur kadar inflasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.3.3 Sebab Berlaku Inflasi Di Malaysia terdapat dua episod inflasi yang tinggi berlaku, iaitu pada tahun 1991 dan 1998. Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya inflasi. Antaranya ialah inflasi tarikan permintaan yang berlaku apabila penawaran wang meningkat disebabkan oleh pertambahan tingkat harga dalam pasaran. Di samping itu juga, terdapat permintaan agregat yang lebih tinggi berbanding dengan

Page 11: Bab 9

171

penawaran agregat yang terhad. Guna tenaga yang tinggi juga menyebabkan tingkat pendapatan dan perbelanjaan meningkat mengatasi kemampuan penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi. Keadaan seperti ini seterusnya akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan melambung tinggi. Inflasi tolakan kos pula berlaku apabila tingkat harga meningkat disebabkan oleh peningkatan penawaran wang dalam pasaran. Kadar pengangguran juga berkurangan dan menyebabkan permintaan agregat bertambah dan seterusnya memaksa pengeluar menambahkan pengeluaran dengan cepat dan terpaksa menggunakan kos yang tinggi. Manakala inflasi diimport pula berlaku apabila harga barangan dan perkhidmatan yang diimport mengalami kenaikan dan seterusnya memberi kesan kepada negara pengimport. Contohnya, pada tahun 1970 berlaku kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Ini menyebabkan kenaikan harga minyak. Inflasi kewangan juga berlaku apabila penawaran wang meningkat mengatasi permintaan wang dalam sesebuah ekonomi. Sebab inflasi yang terakhir ialah inflasi jangkaan di mana ianya berlaku apabila terdapat jangkaan bahawa inflasi akan berlaku dan menyebabkan permintaan agregat bertambah dan menaikkan tingkat harga. 9.3.4 Jenis-Jenis Inflasi Kadar inflasi berbeza mengikut masa-masa tertentu. Terdapat keadaan yang menyebabkan inflasi meningkat dengan cepat dan sebaliknya. Adakalanya inflasi mencapai tahap yang negatif. Bagi membezakan kadar inflasi tersebut, ahli ekonomi telah membahagikan inflasi mengikut kadar peningkatannya. Inflasi terdiri daripada beberapa jenis, iaitu inflasi sederhana, inflasi merayap, inflasi melampau atau hiper inflasi, dan stagflasi. (a) Inflasi sederhana Inflasi jenis ini kerap berlaku dalam ekonomi negara-negara membangun seperti Malaysia. Inflasi sederhana berlaku apabila proses kenaikan harga yang sederhana, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Kadar kenaikan harga berlaku kurang daripada empat peratus setahun. (b) Inflasi merayap Inflasi merayap berlaku apabila kadar kenaikan tingkat harga yang lambat. Kadar jangkaannya antara dua peratus hingga tiga peratus setahun.

Page 12: Bab 9

172

(c) Hiper inflasi Inflasi hiper di Malaysia jarang berlaku. Hiper inflasi berlaku apabila proses kenaikan harga berlaku dengan sangat cepat. Ianya berlaku akibat terjadinya peperangan, keadaan huru-hara, malapetaka dan sebagainya. (d) Stagflasi Masalah inflasi juga dikaitkan dengan kadar pengangguran yang berlaku di negara-negara di dunia. Apabila terdapat negara yang mengalami keadaan pengangguran dan inflasi pada masa yang sama dengan kadar yang tinggi, ianya dikenali sebagai stagflasi. Apabila keadaan inflasi berterusan dan keadaan menjadi semakin teruk, maka stagflasi akan berubah menjadi slumpflasi yang menyebabkan berlakunya kemelesetan dan pengangguran terjadi. 9.3.5 Inflasi di Malaysia Bagi tempoh sepuluh tahun yang bermula dari 1988 hingga 1997, Malaysia telah berjaya mengekalkan tahap inflasi yang rendah di samping pertumbuhan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) yang tinggi. Dalam tempoh tersebut, Malaysia telah mencatat pencapaian pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus, iaitu keempat tertinggi jika dibandingkan dengan 20 buah negara Asia yang lain. Pada masa yang sama, Malaysia berjaya mencapai tahap inflasi kedua terendah, iaitu sebanyak 3.4 peratus. Pencapaian tersebut menggambarkan bahawa dasar kewangan yang dimainkan oleh negara Malaysia telah berjaya mengawal keadaan inflasi yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang pesat sehingga tahun 1997 tidak berpanjangan apabila ekonomi negara dilanda krisis kewangan pada pertengahan tahun 1997. Sehingga tahun 1998, kesan krisis kewangan tersebut telah menyebabkan KDNK menjunam kepada 7.2 peratus. Masalah ekonomi dan kewangan yang wujud pada masa tersebut sebenarnya disebabkan oleh beberapa isu utama, iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, risiko ke atas inflasi harga aset, aliran modal yang volatil dan kesan krisis kewangan serantau 1997-1998. Dalam konteks ekonomi, inflasi didefinisikan sebagai kenaikan dalam tingkat harga umum yang berterusan dan berpanjangan. Ianya sering dikaitkan dengan wang yang banyak untuk mendapat barang yang sedikit. Kenaikan tingkat harga umum bermaksud proses kenaikan harga berlaku secara serentak ke atas pelbagai jenis barang yang diurus niaga dalam sesebuah ekonomi.

Page 13: Bab 9

173

Kenaikan harga yang menyeluruh berlaku apabila peningkatan purata harga barangan secara keseluruhan dalam sesebuah ekonomi. Walaupun demikian, masih terdapat sesetengah harga barang yang mengalami penurunan atau tidak berubah, tetapi disebabkan kebanyakan harga barangan mengalami kenaikan harga, maka secara langsung harga purata barangan dalam sesebuah negara akan meningkat. Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan tetapi secara tidak berterusan, maka ianya tidak dianggap sebagai inflasi. Akibat daripada kenaikan harga yang berbeza-beza menyebabkan indeks harga digunakan bagi mengukur kadar inflasi bagi sesebuah negara. 9.3.6 Kadar Inflasi di Malaysia Tahun 1992 hingga 2002 Dua episod inflasi yang tinggi berlaku pada tahun 1991 dan 1998. Pada episod kenaikan harga yang pertama, iaitu antara tahun 1991 hingga 1992, pertumbuhan tahunan indeks pengguna mencapai kadar yang agak tinggi, iaitu sebanyak 5.3 peratus. Kenaikan harga tersebut berlaku kesan daripada kenaikan dalam permintaan agregat dan pertumbuhan kewangan yang tinggi. Selain itu, faktor yang turut menyumbang kepada kenaikan harga tersebut ialah kekangan pada jumlah penawaran dan perkembangan luar negara.

Rajah 9.3 Kadar Inflasi di Malaysia bagi Tahun 1992 hingga 2002

Kadar Inflasi di Malaysia bagi Tahun 1992 hingga 2002

0

1

2

3

4

5

6

7

1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002

Tahun

Kad

ar P

enga

nggu

ran

dan

Kad

ar

Infl

asi (

%)

Kadar Inflasi

Sehingga tahun 1992, tekanan ke atas inflasi bertambah teruk disebabkan oleh masalah penawaran infrastruktur dan pengagihan, kadar kapasiti penggunaan yang tinggi serta pasaran buruh yang ketat. Pada awal tahun 1990-an, penawaran buruh terutamanya tenaga buruh mahir dan teknikal menurun. Justeru, pada tempoh tersebut, kadar pengangguran juga merosot kepada 4.3 peratus berbanding tahun 1985 sebanyak 7.6 peratus.

Page 14: Bab 9

174

Tekanan inflasi dalam ekonomi juga sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan dalam mudah tunai bank yang berpunca daripada aliran masuk modal pada tempoh 1990 hingga 1992. Bagaimanapun, inflasi luar negara agak rendah disebabkan oleh kenaikan nilai ringgit Malaysia. Justeru, faktor luar negeri pada tempoh tersebut telah membantu menstabilkan kenaikan harga dalam harga. Pada episod kedua, kenaikan tingkat harga telah berlaku pada tahun 1998 yang nyata berbeza kenaikan harga pada episod yang pertama. Harga telah meningkat pada paras yang tertinggi, iaitu sebanyak 6.2 peratus pada Jun 1998. Kemudian menurun kepada 5.3 peratus pada hujung tahun. Jika dilihat pada tahun 1991-1992, kenaikan tingkat harga adalah selari dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, sedangkan pada tahun 1998 kenaikan tingkat harga terjadi dalam keadaan ekonomi yang meleset. Berikutan dengan krisis kewangan Asia telah menyebabkan permintaan pengguna dan pelaburan jatuh kepada paras yang terendah. Walau bagaimanapun, tekanan inflasi menurun pada tahun 1999 dan keadaan inflasi lebih sederhana sepanjang tempoh 2000 hingga 2001, iaitu mencapai kadar indeks pengguna sebanyak 1.7 peratus. Pada tahun 2002, kadar tersebut meningkat sedikit kepada 2.4 peratus yang disebabkan oleh kenaikan dalam permintaan agregat terutamanya dalam permintaan penggunaan yang tinggi pada tempoh tersebut. 9.3.7 Implikasi Inflasi ke atas Ekonomi Negara Inflasi merupakan masalah utama yang dihadapi oleh negara yang mengamalkan pasaran bebas yang bersifat global dan tidak terhad kepada beberapa negara. Ianya boleh merebak dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain. Sejauh mana kesannya bergantung kepada kekuatan kebergantungan ekonomi antara negara yang berdagang. Inflasi yang berlaku dalam sesebuah negara akan memberi kesan amat ketara terutama terhadap agihan pendapatan, kesan terhadap penghutang dan pemiutang, kesan terhadap aktiviti ekonomi dan kesan terhadap tabungan. (a) Kesan terhadap agihan pendapatan Apabila seseorang individu berpendapatan tetap dan pada masa yang sama harga barangan dan perkhidmatan meningkat, maka kemampuannya untuk mendapatkan sesuatu barangan tersebut menjadi kurang. Keadaan ini berlaku kerana inflasi akan menurunkan pendapatan benar individu yang berpendapatan tetap dan seterusnya akan menurunkan keupayaan membeli.

Page 15: Bab 9

175

(b) Kesan terhadap aktiviti ekonomi Kadar inflasi yang tinggi akan menyebabkan perkembangan ekonomi terganggu. Contohnya, apabila kos meningkat berterusan, pemilik modal akan mendapatkan lebih banyak harta yang kurang berisiko seperti tanah, bangunan dan rumah. Keadaan sedemikian akan menyebabkan pelaburan produktif akan berkurangan. Seterusnya akan menyebabkan ekonomi merosot dan pengangguran akan meningkat. Prospek untuk pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang juga akan berkurangan. (c) Kesan terhadap tabungan Inflasi akan menyebabkan berlakunya susut nilai mata wang dan penurunan jumlah tabungan. Bagi individu yang memegang kekayaan dalam bentuk wang seperti simpanan di bank simpanan tunai dan simpanan dalam syarikat kewangan akan mengalami kerugian. Keadaan ini berlaku kerana nilai benar wang akan merosot kerana setiap individu mesti membayar lebih banyak wang untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang sama. Tetapi bagi individu yang membeli harta tetap seperti rumah, bangunan dan tanah akan beruntung. (d) Kesan terhadap penghutang dan pemiutang Semasa inflasi, individu yang berhutang akan mendapat faedah kerana nilai sebenar hutang akan berkurangan. Berbanding dengan nilai sebenar, penghutang akan membayar balik hutang dengan jumlah yang kurang daripada nilai sebenar hutang sebelum inflasi. Bagi individu yang memberi hutang ataupun pemiutang akan mengalami kerugian. Keadaan seperti ini berlaku kerana wang yang dibayar balik kepadanya mempunyai kuasa beli yang rendah daripada wang yang dipinjamkan sebelum inflasi.

SOALAN DALAM TEKS

4. Akibat daripada ekonomi yang melambung telah

menyebabkan wujudnya inflasi. Inflasi secara langsung memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara khususnya terhadap penghutang dan pemiutang. Pada pendapat anda, pihak mana yang akan mengalami keuntungan apabila ekonomi inflasi dan jelaskan kenapa keadaan sedemikian berlaku?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 16: Bab 9

176

9.3.8 Hubungan antara Kadar Inflasi dan Kadar Pengangguran A.W.Phillips seorang ahli ekonomi British berpendapat bahawa terdapat satu hubungan yang rapat antara kadar inflasi dan kadar pengangguran. Berdasarkan kajian beliau, apabila sesebuah negara ingin menurunkan kadar inflasi, maka negara tersebut mesti sanggup untuk menerima kadar pengangguran yang tinggi. Sebaliknya, jika sesebuah negara ingin mengurangkan kadar pengangguran, maka ianya perlu meningkatkan kadar inflasi. Maka, tindakan yang dilakukan oleh negara tersebut jelas menunjukkan wujudnya satu bentuk hubungan yang songsang antara kadar inflasi dan kadar pengangguran.

Hubungan antara kadar inflasi dan kadar pengangguran diterangkan berdasarkan kepada keluk Phillips (Keluk IE). Paksi menegak menunjukkan kadar inflasi manakala paksi mendatar menunjukkan kadar pengangguran. Keluk IE bercerun negatif, iaitu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Oleh itu, bentuk sedemikian menerangkan bahawa apabila kadar inflasi tinggi, kadar pengangguran dapat dikurangkan kepada kadar yang lebih rendah. Manakala apabila kadar inflasi rendah, kadar pengangguran mesti ditingkatkan kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Berdasarkan kepada Rajah 9.4, titik A pada keluk IE menunjukkan apabila kadar pengangguran satu peratus, kadar inflasi yang akan dihadapi oleh ekonomi ialah enam peratus. Manakala, pada titik B atas keluk IE menunjukkan bahawa apabila kadar pengangguran tiga peratus kadar inflasi yang berlaku dalam ekonomi ialah satu peratus. Akhir sekali, pada titik C atas keluk IE pula menunjukkan bahawa apabila kadar pengangguran berada pada kadar empat peratus, inflasi tidak wujud lagi dalam ekonomi.

Rajah 9.4 Hubungan antara Kadar Inflasi dan Kadar Pengangguran

Kadar Inflasi (%) IE 6 A

2 B C 0 1 3 4 Kadar Pengangguran (%)

Page 17: Bab 9

177

Rajah 9.5 Hubungan antara Kadar Pengangguran dan Kadar Inflasi di Malaysia

Hubungan antara Kadar Pengangguran dan Inflasidi Malaysia bagi Tahun 1992 hingga 2002

0 1 2 3 4 5 6 7

1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002

Tahun

Kad

ar P

eng

ang

gura

n d

an K

adar

In

flas

i (%

)

Kadar Pengangguran (%) Kadar Inflasi

Walau bagaimanapun, didapati hasil kajian yang dilakukan agak berbeza dengan teori yang diutarakan oleh Phillip. Jika dilihat pada tahun 1991-1992, kenaikan tingkat harga adalah selari dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, sedangkan pada tahun 1998 kenaikan tingkat harga terjadi dalam keadaan ekonomi yang meleset (lihat Rajah 9.5). Keadaan sedemikian berlaku akibat daripada kesan krisis kewangan Asia yang turut melemahkan ekonomi negara. 9.4 KESIMPULAN Tekanan inflasi dalam ekonomi Malaysia berlaku akibat peningkatan dalam permintaan agregat berikutan dengan pelbagai aktiviti pemulihan ekonomi. Walau bagaimanapun, satu pakej komprehensif dasar anti inflasi telah dilaksanakan. Kerajaan telah melaksanakan dua dasar penting, iaitu dasar fiskal dan dasar kewangan dengan tujuan untuk mengawal inflasi. Dasar fiskal dilaksanakan melalui pengurangan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan jumlah pungutan cukai. Manakala, kerajaan melaksanakan dasar kewangan menerusi galakan kepada orang ramai untuk menabung dengan kadar faedah yang tinggi.

Page 18: Bab 9

178

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

Jadual Penduduk, Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Kadar Pengangguran

BUTIRAN 1995 1996 1997 1998

Penduduk (ribu orang) 20,689 21,169 21,666 22,180 Tenaga Buruh (ribu orang) 8,257 8,641 9,038 8,881 Guna Tenaga (ribu orang) 7,999 8,427 8,817 8,597

1. Berdasarkan Jadual Penduduk, Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan

Kadar Pengangguran, sila jawab soalan di bawah berserta cara pengiraannya.

(i) Kira jumlah pengangguran bagi tahun 1995 hingga

1998. (ii) Kira kadar pengangguran bagi tahun 1995 hingga 1998. (iii) Terangkan bagaimana hubungan yang wujud antara

kadar pengangguran dan inflasi yang berlaku dalam negara.

2. Berdasarkan kepada kadar pengangguran yang diperolehi,

jelaskan dua faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran.

3. Kerajaan akan memastikan bahawa perbelanjaan sektor swasta dan perbelanjaan sektor awam diuruskan dengan lebih cekap supaya dapat mengurangkan tekanan kenaikan harga dalam ekonomi.

(i) Nyatakan dua jenis perbelanjaan sektor swasta dan dua

jenis perbelanjaan sektor awam. (ii) Jelaskan maksud kenaikan harga. (iii) Terangkan langkah kerajaan untuk mengatasi masalah

kenaikan harga. 4. Sekiranya negara Malaysia mengalami masalah pengangguran

yang serius, adakah ianya memberi kesan terhadap ekonomi negara. Jika ada sila jelaskan dengan lebih terperinci.

5. Terangkan hubungan antara kadar inflasi dan kadar

pengangguran dengan menggunakan keluk Phillips.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Page 19: Bab 9

179

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. (i) Orang yang menganggur - individu yang berumur 15

tahun dan ke atas serta berkebolehan untuk bekerja tetapi tidak bekerja dan pernah bertindak untuk mendapatkan pekerjaan tetapi gagal.

(ii) Guna tenaga - keseluruhan jumlah tenaga buruh dalam sesebuah negara yang melakukan pelbagai jenis aktiviti pekerjaan.

(iii) Tenaga buruh - individu yang tidak bekerja dan yang bekerja.

(iv) Bukan tenaga buruh - orang yang langsung tidak memerlukan pekerjaan.

2. Ya. Pengangguran juga akan menimbulkan masalah

ketidakstabilan dalam institusi kekeluargaan malah dalam masyarakat. Pengangguran akan mengakibatkan individu mengalami kehilangan pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan, kejatuhan nilai moral dan jati diri, merasa rendah diri dan seterusnya akan menyebabkan berlaku pertelingkahan dan berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Bagi memenuhi keperluan asas, penganggur akan melakukan jenayah seperti mencuri, merompak, menculik, membunuh dan sebagainya. Kesan jangka panjang pengangguran akan menyebabkan masalah jenayah yang serius kepada negara dan masyarakat. Selain itu, pengangguran juga akan menyebabkan berlaku masalah sosial seperti aktiviti pelacuran, perjudian haram, penderaan dan lain-lain aktiviti yang tidak sihat.

3. Indeks harga pengguna (IHPG) ialah indeks harga yang dibina

untuk mengukur perubahan purata harga bagi sekumpulan barangan serta perkhidmatan yang telah ditetapkan. Melalui IHPG, perubahan harga yang berlaku dari semasa ke semasa dapat diukur dengan mudah. Ianya mewakili corak perbelanjaan purata sesebuah isi rumah berdasarkan kepada satu tahun asas. Contoh barangan yang terlibat dengan pengiraan IHPG ialah barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya.

Indeks Harga Pengeluar (IHPK) pula ialah indeks harga yang dibina untuk mengukur kadar perubahan purata semua harga barangan dan perkhidmatan yang dikenakan oleh pengeluar. Ianya dikenakan ke atas barangan keluaran tempatan dan juga yang dikenakan oleh pengimport bagi barangan import.

Page 20: Bab 9

180

Contohnya, rokok dan alkohol. Selain daripada IHPG dan IHPK digunakan untuk mengukur inflasi, Pendeflasi keluaran Negara Kasar (PKNK) juga digunakan.

4. Akibat daripada ekonomi yang melambung telah menyebabkan

wujudnya inflasi. Inflasi secara langsung memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara khususnya terhadap penghutang dan pemiutang. Semasa inflasi, individu yang berhutang akan mendapat faedah kerana nilai sebenar hutang akan berkurangan. Berbanding dengan nilai sebenar, penghutang akan membayar balik hutang dengan jumlah yang kurang daripada nilai sebenar hutang sebelum inflasi. Bagi individu yang memberi hutang ataupun pemiutang akan mengalami kerugian. Keadaan seperti ini berlaku kerana wang yang dibayar balik kepadanya mempunyai kuasa beli yang rendah daripada wang yang dipinjamkan sebelum inflasi.