BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT...

12
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT ( Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti kehidupan yang menjadikan kerja-kerja mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Di antara aktiviti yang telah mendapat manfaat ICT adalah aktiviti perniagaan, perbankan, pentadbiran, kejuruteraan, seni bina, pendidikan, pertahanan negara dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti menyampaikan dakwah dan ilmu-ilmu Islam yang amat luas kepada masyarakat sejagat melalui kemudahan ICT. Segala jentera media yang ada, termasuklah ICT dan sebagainya. Kebelakangan ini menempuh suatu gelombang atau perkembangan yang amat pesat sekali dalam bidang teknologi maklumat. Gelombang yang dimaksudkan ini ialah ledakan digital dalam dunia penyaluran maklumat (informasi). Ia membawa kita ke suatu dunia yang serba kompleks. Gelombang tersebut menggantikan dua revolusi yang telah lama manusia tinggalkan, iaitu dunia berasaskan pertanian (revolusi pertanian) dan era dunia yang berasaskan kepada

Transcript of BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT...

Page 1: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

ICT ( Information and Communication Technology) telah banyak

membantu manusia dalam aktiviti kehidupan yang menjadikan kerja-kerja

mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Di antara aktiviti yang telah

mendapat manfaat ICT adalah aktiviti perniagaan, perbankan, pentadbiran,

kejuruteraan, seni bina, pendidikan, pertahanan negara dan banyak lagi. Tidak

ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti menyampaikan dakwah dan

ilmu-ilmu Islam yang amat luas kepada masyarakat sejagat melalui kemudahan

ICT.

Segala jentera media yang ada, termasuklah ICT dan sebagainya.

Kebelakangan ini menempuh suatu gelombang atau perkembangan yang amat

pesat sekali dalam bidang teknologi maklumat. Gelombang yang dimaksudkan

ini ialah ledakan digital dalam dunia penyaluran maklumat (informasi). Ia

membawa kita ke suatu dunia yang serba kompleks. Gelombang tersebut

menggantikan dua revolusi yang telah lama manusia tinggalkan, iaitu dunia

berasaskan pertanian (revolusi pertanian) dan era dunia yang berasaskan kepada

Page 2: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

2

perindustrian (revolusi perindustrian). Dalam era ini, kehidupan manusia banyak

dikawal oleh perkakasan digital yang berasaskan maklumat, bermula dengan

urusan rumah tangga hinggalah kepada sistem pertahanan negara. Hal ini tidak

dapat dinafikan kerana penggunaan teknologi maklumat yang optimum telah

banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia, terutamanya dari segi

pengurangan kos dan masa dalam urusan menerima, memproses, menyimpan dan

menyalurkan maklumat (Norhayati, 2000). Semua proses kehidupan moden ini

banyak didasari oleh penggunaan perkakasan sistem maklumat dan saluran

komunikasi. Ini menunjukkan teknologi maklumat dan komunikasi telah

membawa perubahan yang besar kepada kehidupan masyarakat kini.

Dunia media yang selama ini hanya berasaskan media cetak dan

elektronik turut tidak ketinggalan mengalami perubahan digital tersebut.

Manusia kini dapat mengetahui segala yang berlaku di dunia hanya dengan satu

sentuhan di hujung jari. Begitu juga dengan bahan-bahan rujukan dan bacaan

umum yang selama ini amat sinonim dengan buku-buku, jurnal, ensiklopedia,

majalah dan juga saluran yang berbentuk program seperti bengkel, seminar,

kursus dan sebagainya mula diambil alih oleh teknologi multimedia.

Multimedia merujuk kepada kemampuan sesuatu komputer untuk

memaparkan pelbagai persembahan dalam bentuk teks, grafik, bunyi, animasi

dan persembahan video serta pelbagai kesan yang lain. Hal ini amat berbeza

dengan keupayaan komputer pada suatu ketika dahulu yang hanya berfungsi

untuk memaparkan suatu persembahan dalam bentuk tulisan atau teks sahaja.

Fenomena ini dikenali sebagai media tunggal (mono media). Kini segenap

lapisan masyarakat mula tertumpu kepada teknologi multimedia dan ini jelas

menunjukkan kepada kita bahawa perkembangan hari ini membuktikan bahawa

teknologi multimedia sudah mula diterima umum.

Penurunan harga set komputer pula di samping peningkatan kelajuan

pemprosesan data menjadi faktor penggalak penggunaan komputer secara

Page 3: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

3

maksimum. Perkara ini menyebabkan pemilikan komputer dianggap sebagai

suatu keperluan dalam kehidupan yang hampir seluruhnya akan dimonopoli

dengan alat elektronik.

Fungsi komputer dalam bidang pendidikan pula secara umumnya boleh

dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, pembelajaran tentang komputer itu

sendiri (seperti pelajaran literasi komputer). Kedua, komputer digunakan sebagai

alat (tool) untuk menyimpan dan memproses maklumat. Ketiga, komputer

sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

berbantukan komputer, dengan kewujudan komputer, sistem P&P di bilik darjah

telah mencapai tahap ke arah peningkatan kualiti pengajaran berorientasikan

P&P dilakukan berdasarkan kemampuan pelajar.

Secara amnya, boleh dikatakan bahawa kesan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan penggunaan aplikasi

multimedia dalam bidang pendidikan dan juga sebaran am. Penggunaan

komputer dalam bidang pendidikan semakin meluas dan faktor ini ditambah lagi

dengan sokongan padu dari pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.

Diharapkan penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan pada

masa sekarang menjadi langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat

berteknologi selari dengan objektif Wawasan 2020.

Untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam era teknologi

maklumat, umat Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia

perlulah mengambil langkah positif untuk menggembleng kepakaran yang ada

dalam bidang seperti pembangunan perisian, dan seterusnya bergerak

mempelopori bidang ini. Peranan ini telah pun dimainkan oleh gabungan ulama

dan teknokrat Muslim yang telah mula menghasilkan perisian-perisian yang

berunsurkan keislaman. Walaupun produk ini masih berada di tahap minimum,

tetapi perisian-perisian seperti ini mula tumbuh seperti cendawan selepas hujan

di pasaran dengan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Page 4: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular

digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah paparan visual sama ada

secara tradisi mahupun elektronik. Grafik juga memberikan maksud penggunaan

visual untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat atau sukar

diterangkan melalui penggunaan teks semata-mata.

Dengan perkembangan teknologi komputer masa kini, kegunaan serta

keupayaan sesuatu paparan grafik semakin berkembang pesat dalam pelbagai

aspek kehidupan manusia. Penggunaan komputer grafik semakin berkembang

hasil permintaan serta sokongan individu atau kumpulan yang memerlukan

keupayaan grafik dalam kerja-kerja seharian mereka seperti jurutera, arkitek,

pereka bentuk, pembangun perisian, pendidik, pelajar dan sebagainya. Mereka

mendapati bahawa gabungan teknologi komputer dan teknologi grafik

menjanjikan peningkatan dalam kualiti kerja serta membolehkan mereka lebih

kreatif dan produktif. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa menukar

atau meminda sesebuah imej pada sesebuah skrin komputer lebih mudah serta

efektif berbanding dengan mengubah imej pada sehelai kertas lukisan. Hasil

perkembangan ini, pelbagai jenis perisian grafik muncul di pasaran dengan

segala macam kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan.( Azizan Azizi, 2002)

Seperti yang kita ketahui, perkembangan dunia sekarang yang begitu

pantas terutamanya dari segi perkembangan teknologi maklumat menuntut kita

semua turut mengikut rentaknya. Oleh itu wujudlah kemahuan manusia alaf ini

ke arah sesuatu yang berbentuk lebih baik, murah dan pantas (better, cheaper

and faster).

Oleh itu, perisian yang dibina cuba menepati sebanyak mungkin

kehendak pasaran, dunia pendidikan dan tahap pemikiran kumpulan sasaran.

Page 5: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

5

Apa yang ingin ditekankan oleh pembangun perisian dalam perisian ini ialah

pembelajaran dan pemahaman secara kendiri. Ini bermaksud, individu boleh

menggunakan perisian ini untuk menimba pengetahuan baru bagi aktiviti

pembelajaran.

Multimedia merujuk kepada suatu proses komunikasi interaktif

berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teknologi media seperti

teks, grafik, audio, video dan animasi. Ia seterusnya membolehkan seseorang

menghasilkan suatu persembahan atau teknik penyaluran maklumat lebih

menarik, meyakinkan serta berkesan dari pelbagai sudut pandangan.

Ciri yang sewajarnya dimiliki oleh sesebuah sistem multimedia

berkualiti ialah ia perlu interaktif serta menyediakan suatu sistem capaian

informasi yang mampu dicapai secara tidak linear. Tidak linear dimaksudkan

kemampuan sesebuah aplikasi dalam membenarkan pengguna mencapai sesuatu

maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran

buku.

Ciri ini juga sering dikenali sebagai sistem hipermedia yang mana ia

menghubungkan pelbagai media dalam suatu sistem penyaluran maklumat yang

lebih berkesan. Hipermedia membolehkan seseorang pengguna mencapai

maklumat mengikut minat, keupayaan atau kehendak hati mereka sendiri.

Kebolehan hipermedia ini menggalakkan seseorang pengguna untuk terus

mendalami isi kandungan seberapa lama atau kerap yang mereka perlukan tanpa

terikat dengan sistem pencarian maklumat secara tradisi.

Kaedah penyampaian secara multimedia dilihat sebagai medium terbaik

memandangkan masyarakat zaman sekarang lebih terdedah kepada teknologi

interaktif, antaranya komputer sebagai persiapan diri untuk menghadapi zaman

mendatang, para guru, pendakwah dan juga jentera media Muslim perlulah

Page 6: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

6

melibatkan diri secara aktif dalam penggunaan teknologi canggih bagi proses

P&P, penyebaran dakwah dan juga maklumat. Ini kerana media pada masa akan

datang tidak dapat lari dari mendedahkan teknologi maklumat dan multimedia

kepada individu.

Seiring dengan perkembangan era siber, Menteri di Jabatan Perdana

Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin menyarankan agar negara Islam

dapat mengeksploitasi penggunaan multimedia dalam usaha menyebarkan

dakwah, selain dapat memantau laman web dan bahan-bahan multimedia yang

menyelewengkan penggunaan Islam dan ayat al-Quran daripada ajaran Islam

sebenar.

“Kelemahan umat Islam menguasai bidang berkenaan boleh menjurus

kepada kerapuhan dalam usaha menyebarkan dakwah terutama pada era siber.

Usaha meningkatkan ilmu dalam bidang multimedia perlu diperluaskan,

misalnya mengadakan laman web yang boleh mengumpul fatwa yang pernah

dikeluarkan oleh negara Islam bagi memudahkan masyarakat membuat rujukan.”

(Abdul Hamid, 2003 )

Satu lagi kelemahan perisian interaktif yang dapat dilihat iaitu dari aspek

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa Melayu semakin

terpinggir selari dengan kepesatan perkembangan ICT. Ini boleh dilihat dari

aspek kurangnya pembangunan perisian dari golongan pendidik yang

menggunakan bahasa Melayu. Bukanlah hal ini menjadi masalah utama dalam

penghasilan perisian, tetapi sewajarnya bahasa Melayu menjadi keutamaan

dalam perkembangan ICT di Malaysia khasnya dalam usaha penyebaran ilmu,

dakwah dan maklumat. Penggunaan bahasa Inggeris yang banyak dalam

penghasilan perisian menyebabkan beberapa bidang seperti panduan fardu ain

dan fardu kifayah kurang diberi perhatian dalam penghasilan perisian-perisian

untuk bidang berkenaan. Tambahan pula, bidang fardu ain dan bimbingan

ibadah ini lebih mudah difahami oleh masyarakat umum dalam bahasa Melayu.

Page 7: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

7

Andainya kelemahan ini terus berlaku, mungkin wujud ketidakseimbangan

dalam penyebaran ilmu melalui medan multimedia dan kesannya tidak lain tidak

bukan kepada umat Islam itu sendiri.

Perkembangan perisian-perisian yang berbentuk keislaman amat

menggalakkan di pasaran yang kebanyakan menggunakan bahan multimedia dan

interaktif telah membuka minda masyarakat terhadap penggunaan komputer

dalam aspek penyebaran ilmu dan dakwah. Sebahagian masyarakat melihat

perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif, ia perlu diperluaskan di semua

peringkat dan bidang dalam ilmu Islam termasuk akidah, syariah, akhlak, ibadat,

munakahat, jinayat dan sebagainya. Hal ini jika dibangunkan secara kolektif, ia

secara tidak langsung akan merealisasikan generasi al-Quran yang berilmu,

berinovasi, berketerampilan dan mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan

berpandangan jauh. Seterusnya merealisasikan budaya maklumat dan teknokrat

sebagai satu pendekatan, penyampaian ilmu dan pembangunan multimedia

berteraskan Islam.

Dewasa ini, para teknokrat Muslim mula mengorak langkah

mengembangkan perjuangan mata pena ulama dengan menghasilkan karya-karya

ilmiah dalam bentuk perisian seperti Holy Quran, CD Zuriat Soleh, CD Jawi

Word Processing, CD Panduan Haji dan Umrah dan sebagainya. Tetapi, jika

ditinjau dalam pasaran, perisian yang berkaitan dengan pendidikan Islam masih

dianggap kurang berbanding perisian pendidikan yang lain. Permintaan yang

kurang menggalakkan serta kurangnya pembangun perisian dalam pendidikan

Islam menyebabkan hal ini berlaku. Tambahan pula, kurikulum sekolah dan

institut pengajian tinggi yang lebih menekankan kepada mata pelajaran aliran

sains. Oleh itu, pembinaan perisian untuk mata pelajaran seperti Pendidikan

Islam seharusnya diperbanyakkan supaya dapat merangkumi kesemua mata

pelajaran dalam sukatan.

Page 8: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

8

Salah satu bidang yang mula diabaikan oleh sebilangan generasi muda

ialah menguruskan jenazah. Fenomena yang biasa dilihat di mana-mana majlis

mengendalikan jenazah adalah terdiri dari orang-orang yang telah tua. Ke

manakah perginya golongan muda? Mengapa masyarakat keliling atau jiran

tetangga tidak mengambil berat dan prihatin apabila berlaku sesuatu kematian?

Ini berlaku kerana tidak boleh dan takut hendak mengendalikan jenazah.

Kebanyakan orang tidak boleh mengendalikan jenazah atas beberapa alasan, di

antaranya ialah: kurang minat untuk terlibat, tidak tahu cara mengendalikan

jenazah, kejahilan dalam agama dan masyarakat keliling tidak prihatin.

Tidak ramai umat Islam yang berminat untuk terlibat dalam pengurusan

jenazah. Apatah lagi bidang ini adalah suatu bidang yang amat mencabar. Ia

bukan sahaja menuntut orang-orang yang mengendalikannya arif dengan bidang

ini tetapi ia menuntut orang yang sabar, kuat iman, cekal dan tabah

menanganinya. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menghadapi pelbagai bentuk

kematian seperti jenazah yang kemalangan, mati lemas, mayat yang terbakar,

mayat yang tidak cukup anggota dan seumpamanya. Tegasnya, tidak ramai yang

mampu berhadapan dengan situasi sedemikian.

Pandangan atau anggapan bahawa sudah ada golongan yang terlibat iaitu

‘fardu kifayah’ menyebabkan tanggungjawab tersebut dirasakan sudah ringan

kerana sudah ada orang yang akan menguruskannya. Maka terjadilah keadaan di

mana hanya orang-orang tua atau ahli jawatankuasa masjid, atau pengurus

khairat kematian yang menguruskan hal-hal kematian di sesebuah tempat.

Menguruskan jenazah memerlukan seorang yang cekap dan berilmu.

Meskipun sekarang ini ramai di kalangan orang –orang Islam mendapat

pendidikan agama yang secukupnya, namun begitu tidak ramai yang benar-benar

mahu terlibat dalam bidang tersebut. Ini menyebabkan tidak ramai yang tahu dan

mahir untuk menguruskan jenazah. Ilmu yang ada hanya tersimpan di dada

mereka tetapi tidak pula diamalkan.

Page 9: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

9

Sedalam mana atau setinggi mana pun ilmu yang dimiliki oleh seorang

insan pasti tidak berguna kiranya ia tidak diamalkan. Bagaimanapun, kenyataan

ini adalah antara penyebab tiadanya pelapis-pelapis yang lahir untuk

menggantikan golongan yang telah tua. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa

masjid atau orang-orang tua yang memiliki ilmu dan kemahiran menguruskan

jenazah haruslah mencari suatu kaedah bagi menarik minat generasi muda

mendalami bidang ini.

Kursus-kursus pengurusan jenazah hendaklah selalu dilakukan. Latihan

teori dan praktikalnya harus disusun dengan lebih teliti dan menarik minat

golongan ini. Insya Allah diharapkan dari situ nanti akan lahirlah anak-anak

muda yang benar-benar boleh mewarisi ilmu dan akhirnya mahir untuk

menguruskan jenazah di tempat tersebut. Sewajarnya golongan muda atau ‘rakan

muda Islam’ atau mana-mana pertubuhan turut terlibat sama dengan pengurusan

jenazah. Mereka hendaklah didedahkan dengan hal-hal pengurusan jenazah

supaya nanti lahirlah generasi pelapis kepada generasi tua yang pastinya suatu

masa kelak mereka juga akan meninggalkan dunia ini.

Sekiranya ahli keluarga tahu serba sedikit ilmu menguruskan jenazah,

sekurang-kurangnya hal-hal pengurusan jenazah di kalangan keluarga dapat

diatasi sendiri. Setidak-tidaknya dapat juga membantu dan meringankan

tanggungjawab berat yang sedia dipikul oleh orang-orang yang menguruskan

jenazah.

Kejahilan dalam agama juga menjadi salah satu punca mengapa ramai

orang Islam tidak boleh menguruskan jenazah. Pengabaian didikan agama

kepada anak-anak sejak kecil lagi menyebabkan mereka kurang peka atau

sensitif dengan persoalan seperti ini. Bagaimana orang yang tidak lulus fardu

ainnya boleh diserahkan tugas berkaitan fardu kifayah?

Page 10: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

10

Kadang-kadang bila berlaku kematian dalam keluarga, anak-anak tidak

tahu langsung hendak buat apa. Belum lagi menyebut soal hendak memandikan,

mengapankan atau yang lain-lain; soal hendak menyembahyangkan jenazah ibu

atau ayahnya pun kadang-kadang mereka tidak tahu. Mereka hanya tahu

menghubungi jabatan agama untuk mengendalikannya. kejahilan ini hanya

boleh diatasi dengan kesedaran untuk menuntut ilmu dan membetulkan

pandangan yang salah.

Arus kemodenan kadangkala menyebabkan sifat kasih sayang antara

sesama jiran semakin berkurangan malah jika tidak disuburkan akan terus luput

begitu sahaja. Hiduplah masyarakat hari ini termasuk di kalangan umat Islam

sendiri secara individualistik sehingga jiran di sebelah pagar pun tidak bertegur

sapa. Tidak tahu dia berasal dari mana dan bagaimana keadaan keluarganya.

Apabila berlaku sesuatu kematian tidak mustahillah jiran-jiran di keliling

pun tidak peduli. Sedangkan menurut ajaran Islam antara hak kita sesama jiran

bukan sahaja saling hormat-menghormati malah kita perlu menghulurkan

bantuan di saat dia ditimpa musibah atau kesusahan.

Dalam hal-hal kematian yang menimpa jiran di sekeliling, sewajarnya

kita dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya. Contohnya

menyediakan makanan untuk keluarga si mati sekurang-kurangnya untuk sehari

semalam adalah disunatkan. Ini dapat meringankan kesedihan yang ditanggung

oleh keluarga si mati. Bantuan yang diberikan itu bukan sahaja dapat menghibur

dan menyenangkan hati mereka, malah kita juga akan mendapat ganjaran pahala

di sisi Allah S.W.T.

Namun malangnya keadaan sebaliknya sering berlaku, orang-orang Islam

berduyun-duyun ke rumah orang yang baru kematian ahli keluarga mereka untuk

makan kenduri arwah. Perbuatan ini bukan sahaja makruh bahkan jatuh kepada

Page 11: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

11

hukum bidaah kerana berkumpul di sisi keluarga si mati kemudian makan

bersama setelah mayat ditanam adalah sebahagian dari tatapan yang

memberatkan keluarga si mati.

Atas kesedaran inilah penyelidik memilih tajuk pengurusan jenazah

sebagai bidang kajian yang ingin dibangunkan secara multimedia dalam bentuk

perisian. Sebagai langkah pertama, penyelidik ingin membina sebuah perisian

yang berasaskan kepada modul kursus pengurusan jenazah anjuran Masjid Sultan

Ismail ( MSI ), Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Perkembangan teknologi komputer dan multimedia memberi impak yang

besar terhadap dunia sebaran media. Perkembangan ini turut berlaku dengan

pesat di negara kita, umat Islam seharusnya mengorak langkah menguasai

semaksimum mungkin perkembangan teknologi ini dalam proses penyampaian

maklumat terutamanya maklumat yang berunsur dakwah dan ilmu-ilmu Islam

yang amat kurang terutamanya tentang panduan ibadah.

Salah satu bentuk bahan rujukan ini ialah perisian interaktif, seperti

perisian panduan pengurusan jenazah. Aspek pengurusan jenazah ini dipilih

berikutan hasil tinjauan umum penyelidik yang mendapati perisian ini masih

belum terdapat di pasaran berbanding dengan panduan ibadah yang lain seperti

perisian panduan solat, wuduk, haji dan umrah dan juga bacaan al-Quran.

Pengurusan jenazah juga dilihat sebagai satu bidang yang lebih banyak

menggunakan aplikasi praktikal berbanding dengan teori, penyelidik melihat

Page 12: BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileBAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti

12

proses penyampaian ilmu ini masih dikekalkan secara tradisional. Sehubungan

dengan itu, penyelidik ingin membuat satu anjakan paradigma dalam proses

penyampaian ilmu ini iaitu menggunakan teknologi media seperti teks, grafik,

audio, video dan animasi. Ia seterusnya membolehkan ilmu ini dipersembahkan

dengan lebih menarik, meyakinkan serta berkesan dari pelbagai sudut pandangan

dan kekurangan perisian seperti ini perlu diatasi dengan segera.

Sehubungan dengan itu, penyelidik (pembangun perisian) ingin membina

sebuah perisian yang menepati modul kursus ibadah pengurusan jenazah yang

masih belum berada di pasaran serta dapat membimbing individu menimba

pengetahuan secara sendirian (pembelajaran kendiri) dengan lebih berkesan.

1.4 Objektif Projek

Objektif kajian adalah merupakan projek dalam bentuk perisian. Projek

ini dilaksanakan untuk mencapai objektif pada akhir proses pembinaan perisian,

1. Membina satu perisian berdasarkan kepada modul kursus pengurusan

jenazah

2. Menambah kefahaman dalam aspek pengurusan jenazah

3. Untuk diusahakan di peringkat pasaran jika berjaya mendapat

kelulusan pihak yang berkenaan.