BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan...

36
BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Namun usaha ini masih belum cukup berkesan andai tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Sokongan dari pelbagai pihak ini termasuk kerajaan, badan badan NGO, dan juga masyarakat. Menurut kajian yang dijalankan oleh jabatan pengurusan sisa pepejal negara (JPSPN) pada tahun 2012, sisa makanan merupakan sisa yang paling banyak dijana di malaysia, iaitu sebanyak lebih kurang 31% hingga 45% daripada jumlah keseluruhan sisa yang dijanakan setiap hari. Daripada jumlah ini, sector isi rumah menjana sebanyak 44.5% dalam sektor ICI (Industry Commercial Institution) menjana sebanyak 31.4%. Dengan membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia. Di samping itu, pereputan sisa makanan dipupuskan di tapak perlupusan sisa adalah merupakan punca utama penghasilan Greenhouse Gas (GHG) dari sektor pengurusan sisa di Malaysia. Tapak perlupusan sisa merupakan punca terbesar perlepasan gas metana (47%) yang merupakan gas perosak lapisan ozon yang pertama, iaitu 21 kali ganda lebih daripada kerosakan yang diakibatkan oleh gas karbon dioksida. Melihat kepada permasalahan itu kami ingin mengambil kesempatan untuk melakukan sebuah projek yang mampu mengatasi sedikit sebanyak masalah ini.

Transcript of BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan...

Page 1: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN MASALAH

Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak

pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Namun usaha ini masih

belum cukup berkesan andai tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Sokongan dari pelbagai pihak ini termasuk kerajaan, badan badan NGO, dan juga

masyarakat.

Menurut kajian yang dijalankan oleh jabatan pengurusan sisa pepejal negara

(JPSPN) pada tahun 2012, sisa makanan merupakan sisa yang paling banyak dijana di

malaysia, iaitu sebanyak lebih kurang 31% hingga 45% daripada jumlah keseluruhan

sisa yang dijanakan setiap hari. Daripada jumlah ini, sector isi rumah menjana

sebanyak 44.5% dalam sektor ICI (Industry Commercial Institution) menjana

sebanyak 31.4%.

Dengan membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah

pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia. Di samping

itu, pereputan sisa makanan dipupuskan di tapak perlupusan sisa adalah merupakan

punca utama penghasilan Greenhouse Gas (GHG) dari sektor pengurusan sisa di

Malaysia. Tapak perlupusan sisa merupakan punca terbesar perlepasan gas metana

(47%) yang merupakan gas perosak lapisan ozon yang pertama, iaitu 21 kali ganda

lebih daripada kerosakan yang diakibatkan oleh gas karbon dioksida. Melihat kepada

permasalahan itu kami ingin mengambil kesempatan untuk melakukan sebuah projek

yang mampu mengatasi sedikit sebanyak masalah ini.

Page 2: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

2

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Dengan adanya Food Waste Recycle ianya boleh memudahkan pengguna

mengitar semula sisa makanan menjadi baja organik yang sesuai untuk tanaman di

rumah. Di samping itu, permasalahan yang selalu menjadi isu yang sukar ditangani

ialah kekangan masa untuk membuang sampah mengikut jadual Pihak Majlis

Pembandaran(PMP). Pihak Majlis Pembandaran memasuki taman perumahan

sebanyak seminggu dua kali sahaja, yang menyebabkan tong sampah utama penuh

dengan sisa makanan dan menyebabkan pencemaran bau. Secara purata rakyat

Malaysia membuang 0.8kg sehari.

Disebabkan masalah pembuangan sisa makanan yang meningkat saban tahun

kami telah menginovasikan sebuah tong sampah yang sedia ada kepada ‘food waste

recycle’ supaya membolehkan pengguna mengitar semula sisa makanan di rumah

mereka untuk dijadikan baja ataupun boleh dibuang sisa makanan untuk menyahkan

bau.

Selain itu, percemaran bau juga menjadi isu di dalam kalangan masyarakat di

Malaysia, sisa makanan yang dibuang begitu sahaja akan mengeluarkan bau dan air.

Di sebabkan demikian, kami telah membuat dryer di bahagian penutup yang berfungsi

untuk menghidrasi sisa makanan supaya sisa makanan menjadi kering dan ianya juga

menyerap bau kerana terdapat bahagian yang menyimpan bahan (arang) dibahagian

bawah dalam ‘Food Waste recycle’.

Page 3: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

3

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang

ditetapkan untuk dicapai. Antara objektif bagi kajian ini ialah:

i. Merekabentuk satu inovasi untuk menghancurkan sisa makanan dan dan

menyah bau sisa makanan

ii. Mewujudkan persekitaran yang bersih disamping membolehkan sisa makanan

dikitar semula menjadi baja organik

iii. Menggalakkan masyarakat Malaysia untuk mengamalkan kitar semula dengan

mudah dan teratur.

Page 4: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

4

1.4 SKOP KAJIAN

Terdapat cara dan had yang perlu dituruti semasa menggunakan ‘Food Waste

Recycle’ ini. Antara skop dalam menggunakan ‘Food Waste Recycle’ ini seperti yang

disenaraikan dibawah.

i. Jenis sisa makanan yang boleh dikitar semula adalah nasi, tulang ikan dan

ayam, kulit pisang dan sisa makanan yang lembut.

ii. Memerlukan sedikit daya iaitu dengan memijak pedal untuk membuka

penutup. Menggunakan kuasa elektrik dan sensor.

iii. ‘Food waste recycle’ ini mempunyai ciri fizikal iaitu ketinggian (35cm) x

panjang (23cm) xlebar (23cm).

iv. Berar ‘Food waste recycle’ yang dihasilkan ini mencapai anggaran di antara 3-

4kg.

v. ‘Food waste recycle’ yang dihasilkan ini menggunakan bahan steel sebagai

bahan utama untuk kerangka kerana lebih ringan malahan kuat serta mudah

untuk dibentuk.

vi. Menggunakan bahan yang mampu menyerap bau (arang) bagi menyerap bau

yang terhasil dari sisa makanan

vii. ‘Food Waste Recycle’hanya sesuai digunakan bagi individu yang berumur tiga

belas tahun dan ke atas. Hal ini kerana, ‘Food Waste Recycle’ mempunyai

bilah mata pisau yang tajam yang boleh mengundang kecederaan.

viii. ‘Food Waste Recycle’ memudahkan masyarakat untuk mengitar semula sisa

makanan ataupun membuang sisa makanan yang telah diproses untuk

menghidrasi bau. Bagi memanjangkan tempoh penggunaan ‘Food Waste

Recycle, pihak pengguna digalakkan untuk membersihkan tong yang

meletakan sisa makanan selepas digunakan

Page 5: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

5

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Dalam bab ini akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai sumber-sumber

rujukan yang telah diambil dan dilakukan kajian dalam usaha untuk mencapai objektif

yang telah ditetapkan. Usaha mencari dan meneliti setiap sumber adalah satu faktor

yang penting bagi mendapatkan idea untuk merekabentuk mesin penghancur sisa

makanan ini.

Page 6: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

6

2.2 KAJIAN TERDAHULU

2.2.1 DEFINISI KOMPOS

Terdapat pelbagai kaedah pelupusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia

pada masa kini, antaranya kaedah pelupusan secara kambus tanah, pembakaran serta

kaedah pengkomposan. Proses pengkomposan mempunyai definasi yang luas

antaranya ialah:

i) Pengkomposan adalah proses penguraian bahan-bahan organik secara

biologi disebabkan tindak balas bakteria mesofilik dan ternofilik untuk

menghasilkan produk akhir yang stabil serta boleh disimpan dan memberi

manfaat kepada tanah tanpa merosakkan alam sekitar (Iyenger, 2005).

ii) Pengkomposan adalah satu proses penguraian dan pengstabilan substrat

organik secara biologi yang menyebabkan peningkatan suhu ternofilik akibat

daripada aktiviti atau tindak balas biologi yang menghasilkan haba serta

penghasilan produk akhir yang stabil dan memberi manfaat kepada tanah

selain bebas dari patogen (Bertran, 2004).

iii) Pengkomposan adalah proses penguraian serta penstabilan bahan bahan

organik secara biologi dalam keadaan yang terkawal untuk menghasilkan

produk akhir yang dapat memberi manfaat kepada tanah (Madajon, 2002).

Page 7: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

7

2.2.2 BAJA KOMPOS

Baja kompos adalah satu alternatif yang dilakukan untuk menjadikan

‘sampah yang mesra alam’ di rumah sebagai satu bahan yang berguna untuk

tanaman. Menurut Shahruddin Rashid (2011) , dalam konteks pertanian baja

kompos adalah satu teknik penyediaan media tanaman untuk meningkatkan

kualiti serta kesuburan tanaman dan tanah tetapi masih mengekalkan kelestarian

alam semulajadi.

Semua bahan-bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan

yang biasa digunakan untuk menghasilkan baja kompos adalah terdiri daripada

sisa-sisa bahan makanan seperti nasi, sayur, roti, tulang ayam dan hamper setiap

sisa makanan boleh dikitar semula menjadi baja kompos. Baja kompos adalah

murah, selamat dan mudah dilakukan di rumah serta dapat meningkatkan fungsi

biologi tanah.

2.2.3 KITAR SEMULA DI MALAYSIA

Masalah sampah menjadi satu masalah yang besar dan serius apabila masyarakat

dunia mula menjalankan proses pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.

Pelbagai jenis sisa makanan dihasilkan di samping jumlah penduduk dunia yang

semakin bertambah juga menyumbang kepada jumlah sisa makanan yang

bertambah. Situasi ini juga dikaitkan dengan kuasa membeli rakyat Malaysia yang

semakin bertambah dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah

sampah yang dihasilkan. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu langkah yang diambil

adalah program kitar semula yang sering dipromosikan.

Kadar kitar semula di Malaysia masih lagi rendah iaitu berada pada tahap lima

peratus. Tahap ini agak rendah dan jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti

Page 8: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

8

Singapura yang kadar kitar semulanya sebanyak 56 peratus, Filipina pada kadar 12

peratus dan Thailand sekurang-kurangnya 50 peratus pada tahun 2008.

Walaubagaimanapun, terdapat juga negara yang mempunyai kadar ekonomi

yang rendah seperti India yang tahap kitar semulanya adalah sebanyak 15 peratus.

Kebanyakan negara membangun mengitar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada

hasil bahan buangan pejalnya. Menurut Zaini Ujang (2009), program kitar semula di

Malaysia tidak menunjukkan hasil yang diharapkan. Beliau berpendapat kegagalan

ini berpunca daripada tiga faktor iaitu dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar

semula sebagai alternatif, kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran orang awam

yang rendah.

Sehingga kini, proses kitar semula hanya banyak dijalankan oleh pihak swasta

dengan harga yang amat murah. Keadaan ini tidak banyak membantu dalam

menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat. Situasi sebaliknya berlaku di

kebanyakan negara maju yang akan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan di

sesebuah premis. Sebagai contohnya, sampah akan ditimbang di setiap premis dan

jika melebihi had yang maksimum, bil akan diberikan. Misalnya, setiap premis hanya

dibenarkan membuang sampah maksimum sebanyak dua plastik hitam dalam masa

dua hari, tetapi sekiranya premis tersebut membuang sampah sebanyak empat plastik

hitam, bil akan dikenakan ke atas dua plastik hitam yang lain.

Page 9: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

9

Jadual 2.1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh

masyarakat Malaysia pada tahun 2002. [6]

Komposisi sampah Jumlah sampah (%)

Sisa makanan 54

Surat khabar 4

Kepingan plastic 12

Kaca 2

Kertas 9

Bahan bukan organic 6

Bahan boleh bakar 4

Bahan tidak boleh bakar 6

Besi 3

Jumlah 100

Page 10: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

10

2.3 Kepentingan Kitar Semula

Kitar semula penting kepada banyak perkara yang boleh menyebabkan

perubahan atau kesan kepada alam, manusia mahupun haiwan. Kepentingan kitar

semula ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

2.3.1 Kepentingan Kitar Semula Terhadap Manusia

Salah satu kepentingan kitar semula kepada manusia adalah penjimatan dari segi

kos perbelanjaan. Situasi ini, merujuk kepada kos yang diperlukan bagi menghasilkan

produk yang sama daripada sumber asli adalah lebih tinggi berbanding dengan bahan

yang dikitar semula. Bagi melakukan penilaian dari segi ekonomi, beberapa bahagian

perlu dikaji. Antaranya adalah kos mengumpul, memproses dan harga pasaran

barangan kitar semula. Sebagai contohnya, tenaga yang kurang diperlukan bagi

menghasilkan kertas daripada bahan kitar semula berbanding menggunakan bahan asal

sebanyak 70 peratus.

Selain itu, kitar semula juga membolehkan tempat pengumpulan sampah secara

kambusan atau ‘landfilling’ dapat digunakan lebih lama. Seterusnya, kebanyakan

kawasan di dalam negara Malaysia tidak sesuai untuk cara pelupusan sampah kambus

kerana sebahagian besar kawasan merupakan kawasan tadahan air. Kitar semula juga

dapat memelihara alam semula jadi untuk generasi yang akan datang. Keadaan ini

hanya dapat berlaku sekiranya lebih banyak bahan dikitar semula berbanding

dilupuskan di kawasan pelupusan dan memproses bahan asli untuk dijadikan produk

baru.

Page 11: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

11

2.3.2 Terhadap Alam Sekitar

Penggunaan semula bahan terbuang untuk menghasilkan bahan keperluan lain

secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan bahan asalnya. Situasi ini

merujuk kepada penggunaan sumber yang boleh dioptimumkan seperti botol, logam

dan kertas. Sebagai contohnya adalah industri pemprosesan kertas. Melalui kitar

semula, bahan-bahan yang terdiri daripada kertas akan diproses untuk menghasilkan

bahan-bahan yang berasaskan kertas dan juga menjadi bahan mentah untuk penghasilan

bahan yang lain.

Keadaan ini seterusnya akan mengurangkan jumlah pokok yang dikorbankan

untuk menghasilkan kertas. Banyak kawasan hutan dimusnahkan untuk mendapatkan

bahan mentah. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan suhu bumi

meningkat. Sekiranya kertas dapat dikitar semula secara maksimum, kita dapat

mengurangkan 4 360 tan sampah sehari yang juga bersamaan 78 000 batang pokok.

Selain itu, penghasilan gas metana dan air larut resap semasa proses pereputan sampah

yang ditinggalkan khususnya di semasa proses penguraian akan menyebabkan sistem

takungan air bawah tanah atau akuifer akan tercemar.

Page 12: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

12

2.4 KESIMPULAN

Akhir bab ini, kita akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai konsep kitar

semula yang sering dikatakan oleh segelintir masyarat yang mengambil berat tentang

isu yang menjadi bualan hangat pada masa kini. Di samping itu, kita juga dapat

mengetahui tentang tidakan yang akan dikenakan jika melanggar arahan atau undang-

undang dapat kita dapat mengetahui denda ataupun Akta jika didenda.

Page 13: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

13

BAB III

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum

memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih

perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang

pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini.

Selain itu, pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang

kreatif dan inovatif di samping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu

dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek melibatkan

mekanikal am.

Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih

teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang

masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa.

Page 14: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

14

3.2 CARTA ALIR

Penyataan Masalah

Mula

Objektif Kajian

Skop Kajian

Proses Reka Bentuk Carta

Aliran

Keperluan Reka Bentuk

Pernyataan Masalah

Pemilihan Konsep

Kajian Literatur

Reka Bentuk Konsep

Pemilihan Bahan

Proses Penilaian

Tamat

Lukisan Terperinci

dan Kos

Analisis Reka Bentuk

Gagal

Lulus

Rajah 3.2 Merupakan carta alir projek.

Page 15: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

15

3.3 KONSEP KERJA PRIME

Reka bentuk konsep ini dilakukan dengan sekadar lakaran yang menggunakan

pensil. Tujuan rekabentuk konsep ini adalah untuk mendapatkan gambaran terhadap

projek yang dibuat. Ia juga bertujuan untuk menambah baik lakaran yang sedia ada.

Rekabentuk konsep dilakukan sebanyak yang boleh bagi mengeluarkan kesemua idea

dan inovasi. Dalam pemilihan reka bentuk, lakaran dibuat bagi membezakan kelebihan

yang ada pada setiap lakaran projek. Dalam pemerhatian yang telah dilakukan tiada lagi

tong sampah yang mampu menghasilkan sisa makanan tersebut dalam kapasiti yang

lebih kecil.

Page 16: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

16

3.3.1 Pernyataan Masalah

Masalah pembuangan sisa makanan bukanlah satu isu baru yang hendak

diperkenalkan kepada rakyat di negara ini. Isu ini turut berlaku secara global dalam

dunia serba canggih pada masa kini. Hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan

Pengurusan Sisa Negara (JPSPN) terdapat 15 juta kilogram sampah sehari yang

dihasilkan di dalam negara ini. Hal ini bermakna dalam tempoh sembilan hari sahaja,

sampah yang dihasilkan boleh memenuhi satu ruang tempat pembuangan sampah yang

sedia ada.

Pada masa kini, negara Malaysia mempunyai 289 tapak perlupusan sampah dan

setiap satunya merangkumi keluasan antara 20 hingga 150 hektar. Keadaan ini pastinya

tidak dapat menampung jumlah sisa makanan yang dihasilkan ini mempunyai kadar

kitaran tarikh luput untuk digunakan. Dengan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari

adalah tidak menentu, adalah sukar untuk menjangkakan sejauh manakah keberkesanan

tapak perlupusan ini boleh digunakan kerana jumlah sampah yang dihasilkan semakin

bertambah.

Rekaan food waste recycle yang kumpulan kami bina dapat mengatasi masalah

seperti berikut:

1. Jadual kutipan sampah yang terhad 2 kali seminggu (selang 3 hari)

2. Mengundang haiwan yang tidak diingini seperti anjing dan tikus yang

menyebabkan punca penyakit

3. Tong sampah yang berbau, berair dan berulat

Page 17: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

17

3.3.2 Lakaran Awal

i. Lakaran Rekabentuk (A)

Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan

Mata pisau

(stainless

steel)

Untuk menghancurkan sisa

makanan

Menghancurkan

sisa makanan

dengan lebih cepat

Kos yang agak

tinggi

Jaring

(plastik)

Untuk menapis sisa

makanan yang telah

dihancurkan

Tidak mudah

berkarat dan kos

yang rendah

Tidak tahan lama

Paip (pvc) Untuk membuang air

lebihan sisa makanan dan

membuang gas yang

terhasil semasa proses

penghancuran sisa makanan

Tahan karat dan

jangka hayat yang

tinggi

Paip mudah patah

apabila dikenakan

beban yang tinggi

Kerangka

utama

Untuk menyimpan sisa

makanan

Tidak mudah

berkarat

Berat dan kos

yang tinggi

Rajah 3.3.2(i) Konsep A

Jadual 3.3.2(i) Konsep A

Page 18: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

18

ii. Lakaran Rekabentuk (B)

Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan

Mata pisau

(stainless

steel)

Untuk menghancurkan sisa

makanan

Menghancurkan

sisa makanan

dengan lebih cepat

Kos yang agak

tinggi

Jaring

(dawai)

Untuk menapis sisa

makanan yang telah

dihancurkan

Tahan lama Mudah berkarat

dan kos yang

rendah

Paip

(polymer)

Untuk membuang air

lebihan sisa makanan dan

membuang gas yang terhasil

semasa proses

penghancuran sisa makanan

Tahan karat dan

jangka hayat yang

tinggi

Paip mudah

patah apabila

dikenakan beban

yang tinggi

Body (high

carbon

steel)

Untuk menyimpan sisa

makanan

Sangat kuat Mudah berkarat

Rajah 3.3.2(ii) Konsep B

Jadual 3.3.2(ii) Konsep B

Page 19: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

19

iii. Lakaran Rekabentuk (C)

Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan

Mata pisau

gergaji

Untuk menghancurkan sisa

makanan

Menghancurkan sisa

makanan dengan

lebih cepat

Kos yang agak

tinggi

Jaring

(plastik)

Untuk menapis sisa

makanan yang telah

dihancurkan

Tahan lama dan

penapis boleh dicuci

berulang kali

Kadar

penyerapan

kotoran yamg

lebih tinggi

menyebabkan

penapis mudah

kotor.

Paip besi Untuk membuang air

lebihan sisa makanan dan

membuang gas yang

terhasil semasa proses

penghancuran sisa

makanan

Jangka hayat yang

tinggi

Kos yang tinggi

dan mudah

tersumbat

Rajah 3.3.2(iii) Konsep C

Page 20: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

20

Kerangka

utama

(titanium)

Untuk menyimpan sisa

makanan

Tahan karat Tidak tahan suhu

yang tinggi

iv. Lakaran Rekabentuk (D)

Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan

Mata pisau

stainless steel

Untuk

menghancurkan sisa

makanan

Menghancurkan sisa

makanan dengan

lebih cepat

Kos yang agak

tinggi

Jaring

(plastik)

Untuk menapis sisa

makanan yang telah

dihancurkan

Tidak berkarat Tidak tahan

lama

Paip (pvc) Untuk membuang air

lebihan sisa makanan

dan membuang gas

yang terhasil semasa

proses penghancuran

sisa makanan

Tahan karat dan

jangka hayat yang

tinggi

Paip mudah

patah apabila

dikenakan

beban yang

tinggi

Body (high

carbon steel)

Untuk menyimpan

sisa makanan

Sangat kuat Mudah

berkarat

Rajah 3.3.2(iv) Konsep D

Jadual 3.3.2(iii) Konsep C

Jadual 3.3.2(iv) Konsep D

Page 21: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

21

V. Lakaran Rekabentuk (E)

Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan

Mata pisau

(stainless steel)

Untuk

menghancurkan sisa

makanan

Menghancurkan sisa

makanan dengan

lebih cepat

Kos yang agak

tinggi

Kerangka utama Untuk menyimpan

sisa makanan

Tidak mudah

berkarat

Berat dan kos

yang tinggi

Pemampat Untuk memampat

sisa makanan yang

telah dihancurkan

Sisa makanan yang

dimampatkan lebih

menjimatkan ruang

Kos yang agak

tinggi

Paip (pvc) Untuk membuang

air lebihan sisa

makanan dan

membuang gas yang

terhasil semasa

proses

penghancuran sisa

makanan

Tahan karat dan

jangka hayat yang

tinggi

Paip mudah patah

apabila dikenakan

beban yang tinggi

Rajah 3.3.2(v) Konsep E

Jadual 3.3.2(v) Konsep E

Page 22: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

22

3.4 Pemilihan Idea

Penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep dengan

konsep. Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep untuk

menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Bermatrik

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4.1. Hasilnya, telah dipilih dalam bentuk

kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kekurangan ditentukan dalam konsep

reka bentuk yang dipilih boleh diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.

3.4.1 JADUAL PENILAIAN BERMETRIK

.

REKABENTUK

/ KRITERIA

REKA

BENTUK A

REKA

BENTUK B

REKA

BENTUK C

REKA

BENTUK D

REKA

BENTUK E

Kos 2 2 3 2 3

Ketahanan 2 2 2 3 3

Bahan 2 2 3 2 2

Keselamatan 2 2 2 4 1

Kestabilan 2 2 1 4 1

Jumlah 10 10 11 15 11

Jadual 3.4.1 markah yang diberikan pada setiap rekabentuk

Page 23: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

23

3.4.2 Lukisan Berbantu Komputer

Rajah 3.4.2 Lukisan isometrik projek

Page 24: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

24

3.5 PERALATAN, BAHAN DAN KOS

3.5.1 PERALATAN

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga

semasa proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini,

projek yang dilakukan tidak akan dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan

sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk membina food waste recycle adalah

seperti berikut.

PERALATAN KEGUNAAN

Vernier Caliper

Digunakan untuk mengukur

ketebalan bahan kerja dan juga

digunakan untuk mengukur diameter

lubang pada bahan kerja

Mata Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang

pada bahan kerja. Saiz mata gerudi

juga berbeza mengikut saiz lubang

yang hendak dibuat

Grinder

Digunakan untuk mengikir bahan

kerja . Kikir digunakan bagi tujuan

mengikir tempat yang mempunyai

lebihan besi selepas dipotong. Kerja

ini dilakukan bagi tujuan kekemasan

projek.

Page 25: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

25

Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur

sesuatu yang panjang.

TIG gas

Berfungsi sebagai penyimpang gas

pelindung yang digunakan untuk

proses pengelasan GTAW. Pada

pengelasan TIG ini digunakan gas

pelindung Argon, Helium atau

Argon mix dengan Helium. Saat

proses pengelasan tabung gas dibuka

beserta regulatornya kemudian gas

akan disalurkan melalui selang ke

welding torch.

cermin mata

Alat ini digunakan untuk melindungi

mata daripada terkena serpihan yang

terpercik semasa melakukan kerja.

Mesin Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang

pada bahan kerja.

Page 26: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

26

Set TIG

Digunakan untuk mengelas bahan

eksotik seperti keluli tahan karat, aloi

nikel, tembaga, titanium dan kimpal

kritikal yang mesti sempurna seperti

bahagian enjin pesawat.

3.5.2 SENARAI BARANG DAN KOMPONEN PROJEK

Antara komponen yang digunakan dalam penghasilan food waste recycle:

Aluminium composite panel

Dryer Element

Motor

Jadual 3.5.1: Peralatan dan Kegunaan

Page 27: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

27

3.5.3 ALUMINIUM COMPOSITE PANEL

Aluminium composite panel (ACP) adalah bahan yang melindungi jenis perabot

dan hiasan bahan-bahan yang ringan dengan kekuatan yang tinggi, kalis air, tidak

berubah bentuk apabila terkena haba. Bahan ini terdiri daripada aluminium.

3.5.4 DRYER ELEMENT

Pengering elektrik berfungsi dengan meniup udara suhu bilik melalui lubang-

lubang. Udara kemudian melepasi gegelung wayar nichrome yang memanaskannya,

sehingga dapat mengering sisa makanan dengan udara panas

Rajah 2.5.2

Rajah 3.5.3 Aluminium Composite Panel

Rajah 3.5.4 dryer

Page 28: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

28

3.5.5 MOTOR

Kawat coil koper dikendalikan secara menegak ke bawah dengan penyaduran

logam. Apabila elektrik digunakan, penyaduran logam bertindak sebagai elektromagnet

untuk mendapatkan poros berputar elektromagnet mesti tertakluk kepada persekitaran

dengan magnetik magnetik dan selatan. selongsong motor dipasang di sekitar

selongsong shaft. Motor mengandungi dua solenoids dan disebabkan oleh arah elektrik

yang digunakan, solenoids membuat bumi magnetik utara dan selatan. Ini pula

menyebabkan hujung utara elektromagnet bergerak dari titik utara alam yang di cipta

oleh solenoid.

Rajah 3.5.5 Motor

Page 29: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

29

3.5.6 KOS MEMBELI BARANGAN

BAHAN HARGA

PASARAN

KEGUNAAN KOS

KEGUNAAN

Bakul besi 1bakul= RM9.00 1 unit RM9.00

Batang besi 2 kaki = RM15 1.5 kaki RM12.50

Mata Pisau 1 unit = RM4.00 2 unit RM8.00

Tong sampah 1 unit = RM40.00 1 unit RM40.00

Dryer 1 unit = RM59.90 1 unit RM59.90

Suis 1 unit=RM2.00 1 unit RM2.00

Cable 1 unit=RM0.80 2 unit RM1.60

Motor 1 unit=RM60.00 1 unit RM60.00

Bush 1 kaki =RM28.00 2 inch RM6.00

Filter 1 meter = RM6.00 7x7 inch RM2.00

Skru 20 unit = RM4.00 20 unit RM4.00

Dawai 1 gulung=RM12 3 meter RM3.00

Total

RM 207.10

Jadual 3.5.6 Kos yang diperlukan

Page 30: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

30

3.6 PROSES MEMBINA “FOOD WASTE RECYCLE”

Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan

membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya

dan secara tidak langsung dapat mempermudahkan pelaksanaan kerja dalam membina

projek kami ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat

dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan lebih lancar. Dimensi projek

boleh dibuat dan juga dihasilkan.

3.6.1 MEREKABENTUK MATA PISAU

Proses merekabentukmata pisau “food waste recycle” menggunakan proses

cantuman kimpalan tig, proses ini untuk mecantumkan mata pisau. Proses kimpalan ini

digunakan adalah kerana bahagian yang dicantumkan adalah daripada stainless steel.

Bahagian tengahmata pisau dikimpal menggunakan kaedah kimpalan tig untuk

mendapatkan hasil cantuman lebih kemas dan kuat dari jenis cantuman yang lain. Jenis

cantuman ini lebih bersesuaian digunakan ke atas projek kami.

3.6.1(i) Proses mengukur mata pisau

Page 31: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

31

3.6.1(ii) Proses mengasah mata pisau

3.6.1(iii) Mata pisau yang siap di asah

Page 32: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

32

3.6.2 PROSES MEMBUAT LUBANG SALIRAN AIR

Proses pemasangan lubang saliran air ini berfungsi untuk membuang lebihan air

yang terhasil daripada proses mengisar sisa makanan. Ia terdapat pada bahagian dasar

tong.

3.6.2(i) Proses menebuk lubang

3.6.2(ii) Lubang disambung dengan hos

Page 33: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

33

3.6.3 PROSES MEMBINA PENAPIS

Proses membuat penapis bertujuan untuk mengasingkan sisa makanan dan air.

Penapis ini diperbuat daripada plastik untuk mengelakkan daripada pengaratan.

3.6.3(i) Proses memotong jaring

3.6.3(ii) Jaring dicantumkan

Page 34: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

34

3.6.4 MEREKABENTUK PENGERING

Pengering ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya di mana pengering

elektrik berfungsi dengan meniup udara suhu bilik melalui lubang-lubang. Udara

kemudian melepasi gegelung wayar nichrome yang memanaskannya, sehingga dapat

mengering sisa makanan dengan udara panas. Pengering ini diletakan di bahagian

penutup supaya dapat mengeringkan sisa makanan dengan mudah

3.6.4(i) Proses menebuk dibahagian

atas penutup untuk memasukan

dryer

Page 35: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

35

3.7 Carta Gantt

BULAN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER

MINGGU

AKTIVITI

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Pemilihan tajuk

Lakaran awal

Membuat proposal

Pembentangan

proposal

Mengenalpasti

barangan

Membeli barangan

Projek

Membuat mata

pisau

Membuat bush

Membuat Dryer

Mencantum

bahagian

Pengujian projek

Kekemasan projek

Projek siap

Petunjuk

Anggaran

Tepat

Jadual 3.7 Carta gantt

Page 36: BAB I PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com 1.1 PENGENALAN MASALAH Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak ... pembuangan sampah selain dapat menjimatkan

36

3.8 KESIMPULAN

Dengan akhirnya bab ini maka kita akan lebih mengetahui rekabentuk atau

lakaran terdahulu sebelum terhasilnya rekaan yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat

menganggarkan kos projek ‘food waste recycle. Kami berharap dengan wujudnya

kemudahan ini, produk ini dapat meningkatkan kadar peratus pengasingan sampah di

Malaysia. Disamping itu, kami juga berharap produk ini dapat memudahkan serta

menjimatkan masa bagi melakukan pengasingan sampah.