BAB I.doc

31
BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan matlamat untuk melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Penerapan nilai dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah salah satu bentuk usaha membangunkan akhlak diri murid-murid. Bermula dengan peringkat sekolah rendah, penerapan nilai dalam Pendidikan Islam dijangka dapat membantu pembentukan diri murid-murid apabila meningkat dewasa. Istilah melentur buluh biar dari rebungnya adalah satu pepatah yang tepat merujuk kepada penerapan nilai dalam diri murid-murid perlu bermula

Transcript of BAB I.doc

Page 1: BAB I.doc

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di

peringkat sekolah rendah dan menengah dengan matlamat untuk melahirkan insan soleh

yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Penerapan nilai dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam adalah salah satu bentuk usaha membangunkan akhlak diri murid-

murid. Bermula dengan peringkat sekolah rendah, penerapan nilai dalam Pendidikan

Islam dijangka dapat membantu pembentukan diri murid-murid apabila meningkat

dewasa. Istilah melentur buluh biar dari rebungnya adalah satu pepatah yang tepat

merujuk kepada penerapan nilai dalam diri murid-murid perlu bermula dari peringkat

awal agar nilai tersebut menjadi pegangan hidup apabila meningkat dewasa. Penerapan

nilai keagamaan dalam kalangan murid-murid seharusnya dipupuk dari sekolah rendah

agar dapat dihayati dan diamalkan. Amalan ini akan menghindarkan murid-murid dari

melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama. Senario pada hari ini banyak

menunjukkan murid-murid kurang mengamalkan dan menghayati kepentingan agama

dalam kehidupan dan situasi ini telah mendorong kepada berlakunya kegiatan yang tidak

menunjukkan akhlak Islam seperti lumba haram, hubungan seks luar tabii, memakai

Page 2: BAB I.doc

pakaian yang menjolok mata dan sebagainya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)

yang mengkaji Dasar Pelajaran Negara 1979 (Perkara 36) telah mengajukan murid yang

beragama Islam wajib untuk mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar di

sekolah. Matlamatnya supaya murid lebih berdisiplin, dapat mengawal emosi dan

meningkatkan ketajaman mental untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

Sehubungan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai Ad-Din,

bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah

diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada

Allah S.W.T. Masalah disiplin dan keruntuhan moral dalam kalangan murid sekolah

rendah dan menengah kini sering dikaitkan dengan mutu pendidikan yang diterima di

sekolah. Guru berperanan dalam meningkatkan mutu pengajaran yang dijalankan agar

dapat menarik minat murid-murid mengikuti mata pelajaran yang diajar. Pelbagai kaedah

dan juga teknik boleh digunakan oleh guru-guru dalam usaha untuk menarik minat

murid-murid. Menurut Mohamad Kamal (1988), Pendidikan Islam pada hakikatnya

bukanlah mata pelajaran yang bertujuan untuk menyampaikan satu maklumat yang

sempit dan kaku, tetapi sebaliknya iaitu merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk

prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan

kehidupan manusia sepenuhnya. Maklumat yang disampaikan kepada murid-murid

adalah untuk dijadikan amalan dalam kehidupan harian mereka kerana Islam merupakan

satu cara hidup yang menggunakan prinsip-prinsip yang berpandukan Al-Quran dan As-

Sunnah. Realiti pada hari ini jika dilihat kepada konsep pedagogi Pendidikan Islam lebih

menekankan kepada keupayaan dan kebolehan murid mengetahui dan menghafal.

Kegagalan untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai satu amalan dan perlu dihayati

2

Page 3: BAB I.doc

menyebabkan murid-murid hanya memahami tentang isi kandungan agama tetapi tidak

mengetahui bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan harian sebagai seorang

yang beragama Islam. Murid-murid mungkin boleh mengaji dengan baik tetapi sekiranya

apa yang dibaca tidak difahami dengan baik, maka pengetahuan dalam mengaji tersebut

tidak boleh menyekat murid-murid dari melakukan tingkah laku yang menyalahi syariat

Islam.

Masalah yang sering menjadi masalah adalah murid-murid tidak memahami dan

menghayati asas prinsip Pendidikan Islam dan mempelajari Pendidikan Islam dengan

berkesan. Keadaan ini menyebabkan murid akan cepat merasa bosan kerana tidak

memahami apa yang ingin disampaikan. Menurut Wan Mohd Zahid Mohd Nordin

(1993) satu perkara yang amat ketara dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan

Islam masa kini ialah tumpuan yang berlebihan kepada bidang kognitif. Penumpuan

dalam bidang kognitif hanya menggalakkan murid-murid untuk belajar sahaja mata

pelajaran Pendidikan Islam tetapi bukan untuk mengaplikasikan pelajaran tersebut dalam

kehidupan harian mereka. Kadang kala, terdapat juga pandangan bahawa Pendidikan

Islam yang diajar di sekolah adalah untuk menjawab soalan peperiksaan dan ini

menyebabkan murid-murid mempelajari mata pelajaran tersebut hanya untuk lulus di

dalam peperiksaan sahaja. Kegagalan untuk menjadikan Pendidikan Islam sebagai

amalan dan dihayati terjadi apabila bidang afektif dan psikomotor kurang diberikan

perhatian, malahan dalam bidang kognitif tumpuan ialah kepada pengumpulan maklumat

dan hafalan. Peranan guru adalah membantu murid-murid menjiwai isi kandungan yang

terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam untuk meningkatkan sensitivity

terhadap mata pelajaran tersebut. Murid-murid tidak diberikan pendedahan tentang

merasai kepentingan beragama dan usaha meningkatkan daya berfikir, analisis, sintesis,

3

Page 4: BAB I.doc

kreatif dan pemikiran tinggi mungkin juga kurang diberikan perhatian malahan mungkin

juga diabaikan kepentinganya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum

perlu memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik

berpaksikan ilmu pengetahuan, teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan

mengikut kebolehan dan keupayaan murid (Kementerian Palajaran Malaysia 2002).

Sistem pengajran yang berorientasikan teori sahaja akan melahirkan pelajar yang tinggi

dari aspek pengetahuan dan kefahaman tetapi mungkin akan rendah dari aspek aplikasi.

Contohnya, seorang murid sedar bahawa solat itu merupakan tiang agama tetapi

sekiranya murid tersebut hanya setakat mengetahui tentang kepentingan solat tetapi tidak

mengamalkannya dalam kehidupan seharian maka pengetahuan tersebut hanya menjadi

teori yang dipelajari tetapi bukan untuk diaplikasikan. Terdapat usaha untuk membawa

kepada perubahan yang dapat membawa peningkatan pencapaian standard yang

diharapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dapat dimulakan dengan pedagogi

pendidikan iaitu dengan melaksanakan teknik bercerita sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Kebanyakkan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman pengelibatan

peribadi, aktiviti “hands- on” dan peluang untuk penemuan kendiri (Pusat Perkembangan

Kurikulum 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada

guru tetapi adalah berpusatkan murid, kerana fokus utama dalam pendidikan adalah

berpusatkan murid baik secara individu atau kumpulan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan

Othman 2003). Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi seperti teknik

bercerita amat perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Keupayaan guru mempelbagaikan pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi

4

Page 5: BAB I.doc

mampu meningkatkan keupayaan dan penguasaan prestasi akademik murid, di samping

menjadi pemangkin kepada perubahan sikap dan minat murid kepada sesuatu mata

pelajaran jika diterapkan di dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

guru. Perubahan gaya hidup dalam kalangan murid-murid berlaku dengan ketara seiring

dengan perubahan sosial yang melanda dunia pada hari ini. Perubahan sosial murid-

murid telah mengubah nilai keagamaan yang menjadi pegangan dalam kehidupan.

Kemunculan nilai-nilai baru menerusi interaksi sosial yang berlaku dalam kehidupan

menjadikan manusia hidup dalam keadaan yang pebuh keseronokan sehingga

mengabaikan kepentingan beragama. Untuk membentuk peribadi manusia yang unggul,

adalah penting untuk membawa kembali manusia untuk kembali semula kepada agama.

Oleh itu, mata pelajaran Pendidikan yang diajar di sekolah adalah salah satu

usaha untuk menerapkan nilai dalam diri murid-murid di awal peringkat usia mereka.

Kesimpulannya jika dilihat kepada tuntutan terhadap perkembangan pendidikan dan

komitmen pihak kerajaan sendiri terhadap perkembangan kualiti pendidikan negara,

semestinya para pendidik sama-sama perlu menyahut cabaran tersebut untuk membentuk

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, dan terkini agar murid yang

dihasilkan nanti mempunyai nilai-nilai amalan dan pengahayatan yang tinggi terhadap

mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam bilik darjah..

1.2 Penyataan Masalah

Bahasa merupakan teras dalam perkembangan murid kerana bahasa memungkinkan

murid berkomunikasi dan memahami butiran dalam kehidupan sehari-hari. Apabila

seseorang murid bertutur, mendengar, membaca dan menulis, dia sudah dianggap

5

Page 6: BAB I.doc

mempunyai kunci kepada ilmu pengetahuan dan berpeluang meneroka peradaban

manusia dengan sendirinya. Untuk berbuat demikian, murid tersebut mestilah

mempunyai panduan untuk meneroka bahasa terlebih dahulu. Pengalaman yang dialami

oleh murid banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran memberikan input awal kepada

pemerolehan bahasa khususnya dalam keluarga ataupun dalam asuhan penjaga. Satu

teknik yang dirasakan sesuai untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa

adalah sangat perlu dilaksanakan. Pengajaran Pendidikan Islam berbantukan teknik

bercerita didapati berupaya meningkatkan perkembangan kognitif murid, termasuk

meningkatkan kefahaman, penguasaan dan keupayaan untuk mengingati bahan

pengajaran serta meningkatkan daya pemikiran murid. Walaubagaimanapun, guru-guru

masih belum didedahkan dengan persediaan untuk melaksanakan teknik bercerita

terhadap murid-murid untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam Bahasa Arab.

Usaha yang giat perlu dilakukan untuk memastikan guru-guru sedar tentang pentingnya

penggunaan teknik yang bersesuaian sewaktu proses pengajaran berlangsung. Minat

murid-murid juga perlu dititikberatkan kerana mata pelajaran Pendidikan Islam bukan

sahaja untuk dipelajari tetapi diamalkan dengan sepenuh hati.

Pengajaran Pendidikan Islam dalam menggunakan teknik bercerita adalah

bertujuan untuk meningkatkan minat dan penguasaan serta daya berkomunikasi murid

tahun 4 dalam Bahasa Arab. Guru Pendidikan Islam merupakan agen pelaksana

kurikulum yang memainkan peranan penting dalam soal menentukan tahap kejayaan

dalam sesuatu mata pelajaran. Menerusi teknik yang dijalankan, murid-murid dijangka

dapat meningkatkan kefahaman dalam Bahasa Arab dengan cara yang lebih mudah.

Kesukaran untuk memahami teknik yang digunakan seringkali menjadi penyebab yang

boleh membawa kegagalan murid-murid untuk memahami isi kandungan sebenar dalam

6

Page 7: BAB I.doc

Bahasa Arab. Minat murid-murid juga akan menurun apabila apa yang dipelajari tidak

difahami dengan jelas. Menyedari hakikat ini, adalah wajar satu teknik pengajaran yang

berkesan perlu dicari untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan murid

Tahun 4.

Dari segi sejarah, sebelum merdeka pendidikan umat Islam lebih tertumpu di

pondok-pondok dan madrasah bagi meneruskan kesinambungan Pendidikan Islam

kepada anak-anak mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan, perubahan dalam

sistem pendidikan berlaku. Pelaksanaan Pendidikan Islam di dalam sistem Pendidikan

Kebangsaan berdasarkan perkara-perkara yang terkandung di dalam Penyata Razak

(1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Setelah Akta Pendidikan (1961) digubal,

pengajaran mata pelajaran Agama Islam mula diperkenalkan secara formal. Menurut

Hj.Zainal Abidin bin Hj.Abdul Kadir (1993) pada peringkat awalnya mata pelajaran

Pengetahuan Agama Islam telah diajar di luar waktu persekolahan (waktu petang) dan

pada tahun 1962 mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam mula dimasukkan ke dalam

jadual waktu rasmi sekolah dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran

sebanyak 120 minit seminggu. Menerusi sistem pendidikan yang formal, teknik dan

kaedah baru dibentuk untuk memantapkan peguasaan murid-murid dalam mata pelajaran

tersebut. Namun, adakah teknik yang digunakan dapat diaplikasikan oleh guru-guru? Ini

menunjukkan keperluan terhadap persediaan dan pelaksanaan oleh guru-guru perlu

dikenalpasti dengan lebih jelas dan terperinci.

Perakuan-perakuan di dalam ketiga-tiga Penyata/Akta telah memperuntukan

supaya Pendidikan Islam atau mata pelajaran Agama Islam hendaklah diajar di mana-

mana sekolah yang didaftarkan bila mana terdapat sekurang-kurangnya 15 orang

murid/pelajar beragama Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam pada permulaannya

7

Page 8: BAB I.doc

dikenali sebagai “Pengetahuan Agama Islam”, ketika itu kandungan kurikulumnya lebih

tertumpu kepada aspek keagamaan dan menghafal. Buku teks pula berjudul Pengetahuan

Agama Islam, kini Pengetahuan Agama Islam telah diubah kepada “Pendidikan Islam”

begitu juga isi kandungannya berubah mengikut kesesuaian keadaan semasa, tidak lagi

menekankan kepada menghafal sahaja bahkan lebih kepada penghayatan dengan

memberi penekanan kepada pembinaan kemahiran, pemikiran jasmanai, rohani dan

emosi murid.

Pada tahun 1987, sistem pendidikan negara mempunyai Falsafah Pendidikan

Negaranya yang amat unik dan pendekatan sepadu dalam pendidikan mula

diperkembangkan. Matlamat menghasilkan insan seimbang dan harmonis menjadi

tunjang falsafah dan pendidikan Islam. Sesungguhnya sejak Kurikulum Pendidikan Islam

diperkenalkan bagi menggantikan kurikulum pendidikan zaman penjajah, ianya telah

mengalami banyak perubahan besar melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) 1982 dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) 1989. Proses semakan semula kurikulum juga telah dilakukan dan dilaksanakan

pada tahun 2003. Pelaksanaan kurikulum pada hari ini lebih terkini dan berpandukan

kepada perkembangan semasa. Murid-murid sudah mampu untuk berfikir dengan baik

dan meneroka dunia menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis. Peranan guru

adalah menghasilkan satu teknik yang berkesan yang mampu untuk meningkatkan

kemahiran berfikir murid-murid.

Mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM telah membawa satu reformasi yang

cukup besar di dalam dunia pendidikan negara, khususnya di dalam bidang pendidikan

agama. Di peringkat menengah di mana ianya telah dijelaskan tentang Falsafah,

Matlamat dan juga Hasrat Pendidikan Islam. Begitu juga dengan struktur dan isi

8

Page 9: BAB I.doc

kurikulumnya serta kaedah pengajaran dan pembelajaran jauh berbeza dari mata

pelajaran Pengetahuan Agama Islam sebelumnya (KLSM). Apabila KBSM mula

dilaksanakan pada tahun 1989, mata pelajaran Pendidikan Islam telah diletak di dalam

kumpulan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid yang beragama

Islam. Menurut Hj.Zainal Abidin Hj.Abdul Kadir (1993) Pendidikan Islam KBSM

memerlukan guru-guru yang memiliki kemahiran dan kebolehan/skill yang tinggi di

dalam penyampaian pengajarannya. Guru Pendidikan Agama Islam bukan sekadar

menyampaikan ilmu atau pengetahuan tetapi hendaklah membimbing, membantu,

mengasuh mendakwah, menunjuk, menjadi contoh dan pemimpin kepada murid.

Peringkat awal umur memerlukan suatu gambaran yang jelas agar mudah untuk

memahami isi kandungan yang diajar. Teknik bercerita yang disampaikan mampu untuk

memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang dipelajari agar memudahkan pelajar

memahaminya.

Muhammad Uthman el-Muhammadi (2003) pula menyebut bahawa di dalam

profesion perguruan, tugas guru bukan sahaja mengajar sesuatu mata pelajaran tertentu

tetapi guru juga berperanan sebagai pendidik manusia, guru seharusnya memiliki ciri-ciri

profesionalisme untuk menguasai ilmu-ilmu teras dan ilmu pedagogi sebagai asas kepada

etika dan profesion perguruan. Penggunaan teori di dalam proses pengajaran tidak akan

membantu pelajar kerana pelajar perlu didedahkan dengan sesuatu yang menarik untuk

menggalakkan mereka untuk belajar. Justeru itu seorang guru yang professional sentiasa

mencari jalan dan memikirkan bagaimana pendekatan yang terbaik dari segi

penyampaian ilmu dan maklumat serta kemahiran kepada muridnya. Pelaksanaan

menggunakan kaedah dan teknik yang bersesuaian membuktikan guru menitikberatkan

bahan batu mengajar sewaktu proses pengajaran berlangsung. Guru mesti

mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang

9

Page 10: BAB I.doc

unggul bagi menjadikan diri mereka sebagai pendidik yang berwibawa,mampu

membangunkan sistem pendidikan negara yang berkualiti dan bertaraf dunia (world

class).

Pendidikan Islam KBSM memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menekan kepada amalan dan penghayatan Islam. Murid diberi pengetahuan dan

pengetahuan tersebut hendaklah dijelmakan dalam bentuk amalan dan seterusnya amalan

tersebut dihayati secara berterusan. Bruce Joyce dan Marsha Weil (1986) menyatakan

bahawa kaedah bercerita memberi faedah kepada murid seperti pembelajaran akan lebih

menarik kerana murid mudah memahami tajuk-tajuk yang diajar, berminat dan seronok

untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi hari ini banyak yang

menginginkan keseronokan, oleh itu sewaktu di dalam kelas juga tidak salah untuk guru

menggunakan teknik yang dapat membangkitkan rasa seronok dalam diri murid-murid

untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan. Murid juga dapat berinteraksi antara

mereka dengan baik seterusnya dapat menghasilkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga akan dapat maklum

balas hasil pembelajaran secara mendalam serta mengikuti proses pembelajaran melalui

penggunaan pancaindera mereka sendiri.

Satu inovasi ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok murid dengan melibatkan diri secara

aktif perlu dilaksanakan. Penekanan terhadap penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai telah

menuntut kepada perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah

bercerita adalah salah satu model yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum untuk meningkatkan kemahiran mengajar guru-guru. Seringkali timbul

permasalahan apabila guru pendidikan Islam kurang menekankan kaedah penceritaan

10

Page 11: BAB I.doc

dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengajaran yang dijalankan oleh guru-

guru lebih banyak berfokus kepada teori tanpa memasukkan unsur penceritaan bagi

membantu mewujudkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. Pengajaran tidak akan

berkesan tanpa adanya kaedah yang sesuai dan menarik minat pelajar. Kesesuaian

kaedah tersebut pula perlu diteliti supaya tidak membebankan guru dan tidak pula

membosankan pelajar.

Oleh itu, masalah utama kajian ini ialah untuk mengumpul maklumat berkaitan

dengan penggunaan teknik bercerita dalam pengajaran Pendidikan Islam dalam kalangan

guru kepada murid-murid Tahun 4 dalam usaha untuk meningkatkan amalan pengajaran

Pendidikan Islam di sekolah rendah. Menerusi dapatan kajian yang dijalankan, pengkaji

mengharapkan masalah penggunaan teknik yang sesuai dapat diatasi dengan berkesan

dan seterusnya mewujudkan satu keseragaman pelaksanaan kaedah bercerita di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam .

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat persediaan dan pelaksanaan guru menggunakan

teknik bercerita dalam Pendidikan Islam dalam proses pengajaran Pendidikan Islam di

dalam bilik darjah. Di samping itu, kajian ini dijalankan untuk melihat penguasaan

Bahasa Arab, kemahiran berkomunikasi dan minat murid-murid Tahun 4 terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam setelah pelaksanaan guru yang menggunakan teknik

bercerita. Kajian ini dilakukan kepada guru-guru pendidikan Islam daerah Kerian yang

terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan sebagai sampel kajian.

Manakala bagi sampel murid-murid pula seramai 80 orang telah dipilih menerusi kaedah

11

Page 12: BAB I.doc

sampel rawak mudah yang melibatkan 40 orang murid lelaki dan 40 orang murid

perempuan.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut :

1.4.1 Sejauhmanakah persediaan guru menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

1.4.2 Sejauhmanakah pelaksanaan guru menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

1.4.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan teknik bercerita terhadap pengajaran Pendidikan Islam.

1.4.4 Sejauhmanakah teknik bercerita boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan murid Tahun 4

1.4.5 Sejauhmanakah teknik bercerita boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab di kalangan murid Tahun 4

1.4.6 Adakah terdapat perhubungan antara penguasaan Bahasa Arab, kemahiran komunikasi dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam melalui teknik bercerita.

1.5 Hipotesis Kajian

Terdapat enam hipotesis enam hipotesis kajian yang telah dibentuk.

1.5.1 Tidak terdapat perbezaan min persediaan guru menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang signifikan antara sekolah.

1.5.2 Tidak terdapat perbezaan min pelaksanaan menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang signifikan antara sekolah.

1.5.3 Tidak terdapat perbezaan min persediaan menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang signifikan antara kelulusan akademik.

12

Page 13: BAB I.doc

1.5.4 Tidak terdapat perbezaan min pelaksanaan menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang signifikan antara kelulusan akademik.

1.5.5 Tidak terdapat perbezaan min penguasaan Bahasa Arab, kemahiran berkomunikasi dan minat melalui teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

1.5.6 Tidak terdapat korelasi yang signifikan antara penguasaan Bahasa Arab, kemahiran komunikasi dan minat murid-murid setelah mengikuti teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian tentang penggunaan teknik bercerita dalam pengajaran Pendidikan Islam harus

dijalankan supaya sebarang kelemahan dan kelebihan pengajaran dapat dikesan untuk

dimanfaatkan oleh pihak yang berkenaan bagi tujuan meningkatkan penguasaan, minat

dan komunikasi dalam Bahasa Arab. Aspek guru diberi tumpuan kerana guru merupakan

pihak yang memainkan peranan penting sebagai pengguna dan pelaksana yang

sememangnya dapat menentukan tahap kejayan penguasaan murid-murid dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam.

Pelaksanaan teknik bercerita dalam merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran amat kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah selama ini,

sedangkan ianya merupakan salah satu model pengajaran penting bagi membantu guru

membimbing murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Biasanya sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkualiti adalah sangat berkaitan

dengan isi kandungan kurikulum dan strategi pelaksanaan yang berkualiti. Kajian ini

diharapkan memberikan input kepada guru-guru sekolah rendah dalam pelaksanaan

teknik bercerita terhadap murid-murid. Murid-murid tahun 4 masih terholong dalam

13

Page 14: BAB I.doc

peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan satu perkara yang boleh dijadikan asas

untuk menarik minat mereka mengikuti proses pengajaran yang berlangsung.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan akan memberi manfaat kepada para guru

dalam mengemaskini dan memurnikan lagi teknik pengajaran bercerita mereka,

membantu guru mengatasi masalah murid yang cepat bosan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam. Maklumbalas daripada hasil kajian juga akan dapat

memberi panduan dan bimbingan kepada guru sekolah rendah untuk menjadikan teknik

yang dikaji kesesuaian sebagai satu salah satu kemahiran pedagogi yang patut

dilaksanakan.

Manakala bagi murid, model pengajaran ini memberi peluang yang lebih luas

kepada mereka untuk lebih memahami apa yang sedang mereka pelajari. Pembelajaran

Pendidikan Islam diharapkan akan dapat menarik minat murid seterusnya membimbing

mereka ke arah pencapaian dalam memahami dan amalan praktikal serta akademik yang

lebih cemerlang. Akhirnya murid akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang

telah dipelajari dalam kehidupan mereka.

Murid juga boleh memainkan peranan yang berkesan ke arah keberkesanan dan

kecemerlangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bercerita di dalam bilik darjah.

Sokongan, minat yang tinggi serta usaha gigih murid diperlukan untuk menjayakan

matlamat dan cita-cita serta wawasan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan

insan yang cemerlang dan aktif, di samping mereka dapat memberi sumbangan kepada

agama, bangsa dan negara.

14

Page 15: BAB I.doc

1.7 Kerangka Teori Kajian

Reiser dan Dick (1996) mencadangkan di dalam merancang proses pengajaran, perkara

pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti matlamat, diikuti dengan

mengenalpasti objektif, seterusnya merancang aktiviti pengajaran, memilih media

pengajaran, membina persoalan, proses pelaksanaan pengajaran dan semakan pengajaran

atau pembaikan. Mengenal pasti matlamat mengikut kerangka teori kajian pengkaji

adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan penggunaan teknik bercerita dalam

pengajaran Pendidikan Islam dalam kalangan guru kepada murid Tahun 4. Ianya

merangkumi Persediaan Guru Dalam Kemahiran Teknik Bercerita dan Cara Pelaksanaan

Guru Dalam Kemahiran Teknik Bercerita.Manakala Tahap Penguasaan, Kemahiran

Berkomunikasi dan Minat Murid Tahun Empat Terhadap Pendidikan Islam yang telah

disasarkan akan dikaji dan dikenalpasti pencapaianya, begitu juga penggunaan bahan-

bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan adakah terdapat

kesesuaian bagi topik-topik tertentu atau sebaliknya.

Sehubungan itu, tenaga pengajar yang benar-benar mempunyai kepakaran dan

pengalaman yang sesuai perlu dijadikan pilihan utama dalam pelaksanaan teknik

bercerita ini. Adalah diharapkan dengan terlaksananya teknik bercerita ini nanti akan

dapat melahirkan murid yang memahami tajuk-tajuk yang diajar, berminat dan seronok

untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dan murid dapat berinteraksi antara

mereka dengan baik seterusnya dapat menghasilkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan berkesan. Berdasarkan model pengajaran Reiser dan

Dick tersebut, maka pengkaji telah menggabungkan teknik bercerita oleh Bruce Joyce

dan Marsha Weil ke dalam aktiviti pengajaran mengikut rasional dan pandangan

15

Page 16: BAB I.doc

pengkaji supaya ianya lebih berkesan dengan memberi penekanan kepada perkara-

perkara yang berkaitan.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan kumpulan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan

Islam Tahun 4 lelaki dan perempuan di lapan buah sekolah di Daerah Kerian, Perak.

Kajian ini menfokuskan kepada tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam Tahun 4

yang menggunakan teknik bercerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam, dan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Islam KBSR. Kajian ini terbatas hanya kepada pelajar yang beragama Islam

dan mempelajari mata pelajara Pendidikan Islam di sekolah. Lokasi sekolah yang dikaji

berdasarkan kawasan luar bandar dan bandar. Pemilihan sampel secara rawak yang

melibatkan 20 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan seramai

80 orang murid-murid tahun 4 terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini juga memfokuskan kepada persediaan yang dilakukan oleh guru

sebelum proses pengajaran berlangsung disamping melihat cara pelaksanaan guru

Pendidikan Islam dalam penggunaan kemahiran teknik bercerita yang dilaksanakan.

Selain itu, kajian ini memfokuskan kepada tahap penguasaan Bahasa Arab murid,

kemahiran komunikasi dan minat murid-murid Tahun 4 terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam yang diajar oleh guru dalam bilik darjah dengan menggunakan teknik

bercerita. Peningkatan dalam penguasaan berbahasa Arab dapat dilihat menerusi ujian

yang dijalankan. Peratus markah yang tinggi akan menunjukkan penguasaan yang tinggi

terhadap Pendidikan Islam. Lokasi dan masa menjalankan kajian selama 3 bulan dan

maklumat yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS 10.0.

16

Page 17: BAB I.doc

1.9 Definisi Istilah

Untuk tujuan kajian, istilah berkaitan didefinisikan seperti yang berikut:

1.9.1 Pengajaran

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti-aktiviti yang

ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku

dalam kalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi aspek perancangan,

penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan

untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan. Manakala bagi mencapai objektif untuk

mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang

dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya. Antara

perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis penguasaan murid-murid terhadap

apa yang diajarkan, kemahiran berkomunikasi dan minat murid-murid. Pengajaran

bermaksud aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya

melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran murid-murid.

1.9.2 Guru

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk

menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.

Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan

ilmu yang berguna dalam bidangnya. J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang

berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran

mengajar seperti:

17

Page 18: BAB I.doc

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia

Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta

mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid

menjalankan aktiviti pembelajaran mereka

1.9.3 Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran

dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap,

kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah

mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

1.9.4 Teknik Bercerita

Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk

disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa

menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan

memberi kesan. Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan

bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia.

Oleh yang demikian, sewajarnya cerita yang dipilih itu adalah cerita yang baik dan

banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat dijadikan

teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar pada sahsiah

18

Page 19: BAB I.doc

guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai. Ia adalah satu kaedah yang

berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam pengajaran. Tujuan teknik ini adalah

melatih kemahiran mendengar di kalangan murid di samping mengulang sebut fakta

daripada cerita yang disampaikan oleh guru.

1.9.5 Murid-murid

Murid haruslah dididik dengan kasih sayang. Pada peringkat asas, seseorang murid itu

belum lagi perlu untuk mempelajari sesuatu yang "jauh" dari mereka. Mereka bukan

sahaja belum mengalami perkembangan kognitif yang lengkap sehingga umur mencecah

11 tahun (itulah pandangan umum para pakar teori perkembangan kanak-kanak), malah

kurikulum yang di luar lingkungan bukan sahaja sukar tetapi tidak dapat menarik

perhatian serta motivasi pembelajaran kanak-kanak. Albert Einstein pernah berkata:

"Jika ditanya pada anda apakah maksud pendidikan? Maka jawablah, pendidikan ialah

perkara-perkara yang masih tertinggal di dalam ingatan seseorang apabila beliau sudah

melupakan hampir semua perkara yang dipelajari semasa di sekolah dahulu".

19

Page 20: BAB I.doc

1.10 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan permasalah yang timbul menyebabkan penyelidik ingin

membuat penyelidikan. Di antara objektif kajian ini adalah untuk mempastikan kaedah

pengajaran bercerita digunakan oleh guru penddikan Islam boleh meningkatkan

penguasaan bahasa Arab dan Pardu Ain murid. Kajian ini dibatas pada murid daerah

kerian dan guru yang mengajar. perkara-perkara asas tentang teknik bercerita dalam

usaha meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Model

Pengajaran yang disediakan menjadi penentu kepada peningkatan minat murid dan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

20