Bab I.docx

9
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Al-Qur an al-Karim adalah sebuah kitab suci Allah yang telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia dan alam semesta ini agar sentiasa berpandukan kepada landasan syariat Islam yang sebenar. Kitab Allah iaitu al-Qur an adalah bimbingan yang dapat memandu manusia ke arah kebenaran seperti yang telah dijanjikan oleh Allah. Hasil tulisan di dalam sebuah buku daripada penulisan oleh Ammar Fadzil yang bertajuk Anatomi al-Quran: Mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan al-Quran telah menjelaskan bahawa di dalam al- Qur an, Allah mengajak manusia untuk mengenal keperibadian yang dimiliki secara fitrah (Ammar Fadzil 2007: 1). Selain itu, tulisan oleh Ahzami Samiun Jazuli di dalam bukunya iaitu Kehidupan Dalam Pandangan al-Quran menerangkan bahawa al-Qur an merangkumi segala peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk seluruh umat manusia supaya dapat hidup berlandaskan kepada syariat Allah yang benar (Ahzami Samiun Jazuli 2006: 510). Di samping itu, menurut Ammar Fadzil di dalam bukunya juga ada menyatakan tentang peringatan-peringatan yang terdapat di dalam al-Qur an kepada manusia agar tidak meremehkan segala ajaran agama yang tersedia di dalamnya supaya tidak tersesat dalam kehidupan ini. Sekiranya manusia berpaling dari ajaran Allah iaitu

description

ok

Transcript of Bab I.docx

Page 1: Bab I.docx

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Al-Qur’an al-Karim adalah sebuah kitab suci Allah yang telah diturunkan kepada

Rasulullah S.A.W. sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia dan alam semesta

ini agar sentiasa berpandukan kepada landasan syariat Islam yang sebenar. Kitab

Allah iaitu al-Qur’an adalah bimbingan yang dapat memandu manusia ke arah

kebenaran seperti yang telah dijanjikan oleh Allah.

Hasil tulisan di dalam sebuah buku daripada penulisan oleh Ammar Fadzil

yang bertajuk Anatomi al-Quran: Mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan al-Quran

telah menjelaskan bahawa di dalam al-Qur’an, Allah mengajak manusia untuk

mengenal keperibadian yang dimiliki secara fitrah (Ammar Fadzil 2007: 1). Selain itu,

tulisan oleh Ahzami Samiun Jazuli di dalam bukunya iaitu Kehidupan Dalam

Pandangan al-Quran menerangkan bahawa al-Qur’an merangkumi segala peraturan

dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk seluruh umat manusia supaya

dapat hidup berlandaskan kepada syariat Allah yang benar (Ahzami Samiun Jazuli

2006: 510).

Di samping itu, menurut Ammar Fadzil di dalam bukunya juga ada

menyatakan tentang peringatan-peringatan yang terdapat di dalam al-Qur’an kepada

manusia agar tidak meremehkan segala ajaran agama yang tersedia di dalamnya

supaya tidak tersesat dalam kehidupan ini. Sekiranya manusia berpaling dari ajaran

Allah iaitu al-Qur’an menurut beliau maka akan sesat manakala manusia yang

mengikuti ajaran yang terdapat di dalamnya pula tidak akan sesat dan menyimpang

Page 2: Bab I.docx

2

dari jalan kebenaran (Ammar Fadzil 2007: 2). Penulis juga telah menjelaskan bahawa

al-Qur’an akan membawa kita kepada jalan yang paling mulia di dalam menjalani

kehidupan (Ammar Fadzil 2007: 2).

Di dalam kajian ilmiah ini, penulis membuat kajian menyeluruh terhadap

manhaj, susunan ayat dan huraian serta perbezaan yang terdapat di antara kitab

tejemahan oleh Abdullah Yusuf Ali iaitu The Holy Quran Text and Translation dan

The Meaning of The Glorious Quran Text and Translation oleh Marmaduke Pickthall.

Kedua-dua buah kitab akan dibandingkan antara keduanya oleh penulis di dalam

kajian ini.

Oleh itu, penulisan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti serta

membuat perbandingan di antara dua buah kitab terjemahan yang diterjemah oleh

Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall di dalam menterjemahkan al-Qur’an ke

dalam bahasa Inggeris.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Berdasarkan kepada latar belakang kajian ini ialah merujuk kepada kajian kitab

terjemahan yang diterjemahkan oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall.

Kitab yang diterjemahkan oleh mereka akan dikaji dari suatu sudut untuk melihat

kepada kaedah penafsiran yang dilakukan oleh mereka terhadap surah-surah yang

terdapat di dalam al-Qur’an di dalam kitab terjemahan mereka iaitu Abdullah Yusuf

Ali iaitu The Holy Quran Text and Translation manakala The Meaning of The

Glorious Qur’an Text and Explanatory Translation oleh Marmaduke Pickthall.

Di dalam penulisan ini, penulis juga akan mengkaji tentang manhaj serta

susunan ayat yang telah diterjemahkan oleh mereka di dalam kitab terjemahan

masing-masing. Tambahan pula penulis juga akan mengenalpasti sama ada kedua-dua

orang tokoh ini mempunyai persamaan atau perbezaan di dalam kitab terjemahan

mereka yang tersebut.

Page 3: Bab I.docx

3

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Antara permasalahan kajian ialah:

1. Untuk mengenalpasti manhaj, susunan ayat dan huraian yang dilakukan oleh

Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall di dalam tafsir mereka iaitu

berdasarkan kepada surah al-Baqarah.

2. Untuk mengenalpasti dari suatu sudut sama ada terdapat perbezaan atau

persamaan di antara kedua-dua terjemahan al-Quran.

3. Bagi mengenalpasti dari sudut penghasilan terjemahan al-Quran oleh Abdullah

Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall sekiranya terdapat perbezaan ataupun

persamaan di antara keduanya.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:

1. Menganalisa metode pentafsiran yang terdapat di dalam tafsir yang diterjemah

oleh kedua-dua orang tokoh iaitu Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke

Pickthall.

2. Membandingkan metode tafsiran yang dilakukan oleh mereka di dalam kitab

terjemahan al-Qur’an.

3. Dapat mengkaji penghasilan kitab terjemahan yang dilakukan oleh Abdullah

Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall di dalam kitab tafsir mereka.

4. Melihat kesan dan pengaruh kitab terjemahan Abdullah Yusuf Ali dan

Marmaduke Pickthall terhadap umat Islam.

1.5 LIMITASI KAJIAN

1. Limitasi masa

Tempoh kajian bagi latihan ilmiah ini adalah selama dua semester.

Page 4: Bab I.docx

4

2. Limitasi tempat

Kajian ini meliputi beberapa tempat di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan

Malaysia terutamanya di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Kolej Keris Mas, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Pengajian Islam UKM. Selain itu juga,

rujukan yang di rujuk di dalam membuat kajian ini adalah bertempat di Universiti

Malaya, Kuala Lumpur dan Perpustakaan Awan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya

adalah bertujuan untuk memperolehi serta mendapatkan bahan-bahan kajian untuk

penyelidikan. Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan oleh penulis di dalam

mengkaji latihan ilmiah ini ialah buku-buku ilmiah dan artikel-artikel yang berkaitan

dengan masalah yang akan dibincangkan di dalam penulisan ini.

3. Limitasi bidang kajian

Di dalam penulisan ini, penulis akan menghadkan skop kajian ilmiah ini dengan

menumpukan kepada terjemahan al-Qur’an oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke

Pickthall. Di samping itu, penulis juga menumpukan kajian tafsir tersebut berdasarkan

kepada satu surah yang terdapat di dalam al-Qur’an yang diterjemahkan oleh kedua-

dua orang tokoh tersebut dengan mengkaji surah al-Baqarah. Melalui kitab terjemahan

tersebut, penulis juga turut menghadkan skop kajian ilmiah tersebut dengan

melakukan kajian perbandingan antara kitab terjemahan Abdullah Yusuf Ali dan

Marmaduke Pickthall yang terdapat di dalam surah tersebut iaitu surah al-Baqarah

sama ada terdapat perbezaan atau persamaan yang terkandung di dalam kitab tafsir

mereka.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, penulis menggunakan dua kaedah iaitu kajian kepustakaan dan

kajian analisis kandungan.

Page 5: Bab I.docx

5

1. Kajian kepustakaan

Penggunaan kaedah kepustakaan seperti mencari bahan-bahan yang bersumberkan

primer dan sekunder. Antara bahan-bahan tersebut ialah kitab-kitab tafsir yang

berkaitan dengan kajian yang dilakukan.

2. Kajian analisis kandungan

Penggunaan kajian analisis kandungan seperti menganalisis segala bahan-bahan yang

dicari. Kajian ini perlu bagi memperoleh dan menganalisis bahan-bahan kajian ke atas

terjemahan al-Qur’an yang dihasilkan oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke

Pickthall. Selain itu, penulis juga akan membuat perbandingan di antara metodologi

yang digunakan di dalam kedua-dua kitab tafsir ini.

1.7 KAJIAN TERDAHULU

Kajian literatur ini dibuat adalah bertujuan bagi melihat kajian-kajian lepas yang telah

dibuat oleh penulis-penulis terdahulu mengenai kajian-kajian yang berkaitan dengan

kajian ini.

Kajian yang dibuat oleh Nur Jumiza binti Mohammad Rosdi (2012) berkaitan

dengan Kitab Tafsir Pedoman Muttaqin karangan Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor.

Kitab tafsir ini merupakan kitab tafsir terbaru yang dihasilkan oleh ulama’ Malaysia

dan sehingga kini hanya dua jilid yang telah diterbitkan. Kajian terhadap kitab tafsir

ini belum pernah dilakukan, justeru itu, penulis melihat ianya perlu kepada

pendedahan awal tentang biografi pengarang serta metode yang digunapakai oleh

beliau dalam menghasilkan kitab tafsir ini. Kajian ini menggunakan kajian

kepustakaan dan kajian analisis kandungan. Di mana dua jilid kitab tafsir ini telah

dikaji satu persatu bagi melihat metode yang digunapakai oleh pengarang. Hasil kajian

mendapati bahawa pengarang menggunakan metode tafsir bi al-ma’thur dengan

Page 6: Bab I.docx

6

penafsir al-Quran dengan al-Quran, al-Quran dengan Hadith Rasulullah, al-Quran

dengan pedapat para sahabat dan al-Quran dengan pandangan para tabi’in. selain itu,

pengarang juga menggunakan metode tafsir bi al-ra’yi dalam mentafsir kitab tafsir ini.

Dalam mentafsir kitab ini, Dr. Abdul Hayei lebih banyak menumpukan metode tafsīr

bi al-ma’thur berbanding metode tafsīr bi al-ra’yi dalam mencorakkan hasil tafsiran

beliau.

Selain itu, kajian yang dibuat oleh Muhammad Azhan bin Ismail (2002) yang

membuat kajian tentang menganalisa ayat daripada surah al-Baqarah iaitu berdasarkan

kepada beberapa ayat bermula dari ayat 219 sehingga 229. Analisa ini bertujuan untuk

mencungkil dan menganalisa sebahagian larangan-larangan dan ketetapan-ketetapan

Allah di dalam al-Qur’an al-Karim. Huraian ayat-ayat tersebut berdasarkan kepada

dalil-dalil daripada hadith dan dikemukakan juga pendapat-pendapat para ulama’

berkaitan perkara yang dibincangkan. Melalui kajian ini, didapati bahawa setiap

larangan dan ketetapan dari Allah S.W.T itu ada hikmah disebaliknya kerana ianya

datang dari Yang Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dialah jua yang menjadikan

manusia dan peraturan alam ini. Hasil daripada kajian ini, ianya dapat memberi

kefahaman yang mendalam terhadap larangan dan ketetapan mengenai perkara

tersebut tang tidak lari dari realiti kehidupan umat manusia masa kini. Ianya juga

sebagai panduan untuk manusia menghadapi kehidupan yang penuh mencabar di

muka bumi ini kerana al-Qur’an itu diturunkan sebagai panduan untuk seluruh umat

manusia.

Di samping itu, kajian yang lain berkaitan dengan surah al-Baqarah oleh Nurul

Adiya binti Mohd Nazlan (2012) ialah berkaitan dengan ayat-ayat hukum yang

terdapat di dalam surah tersebut. Di dalam kajian yang dilakukan oleh beliau adalah

berdasarkan kepada tafsir ayat-ayat hukum atau tafsīr fiqhī merupakan salah satu

pendekatan dalam mentafsirkan al-Qur’an. Para pentafsir menggunakan manhaj yang

pelbagai ketika mentafsirkan ayat-ayat hukum. Mereka yang memiliki kepakaran

dalam bidang fiqh akan mentafsirkan ayat-ayat hukum dengan panjang lebar

berbanding ayat-ayat yang lain, di samping membincangkan permasalahan dan

perbezaan pendapat fuqaha’ tentang sesuatu hukum. Manhaj ini mewarnai

kebanyakan kitab-kitab tafsir turath, malah turut menempias sebahagian kitab-kitab

Page 7: Bab I.docx

7

tafsir moden. Kajian penulis ini dilakukan untuk mengenalpasti manhaj yang sahih

dalam tafsīr fiqhī dan menganalisis metodologi yang digunakan oleh Tuan Guru Haji

Abdul Hadi Awang dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum serta mengetengahkan

ketokohan beliau dalam tafsir al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan

dengan menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Dokumen yang dirujuk ialah

buku “Kuliyyah Tuan Guru Abdul Hadi Awang Tafsir Surah al-Baqarah Siri 1 hingga

6” dan dengan menggunakan surah al-Baqarah sebagai sampel kajian beliau di dalam

kajiannya. Oleh itu, kajian ini mendapati Haji Abdul Hadi Awang membahaskan ayat-

ayat hukum secara ringkas. Beliau menggunakan kaedah pentafsiran tafsīr bi al-

ma’thur, dan menjelaskan pandangan dan pendapat ulama atau imam-imam mazhab

fiqh secara ringkas. Kajian ini akan menjadi bahan kepada pelajar atau sesiapa sahaja

yang ingin mengetahui sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tafsir

al-Qur’an, khususnya manhaj beliau dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum.

Tambahan pula, Zamzuri bin Idris di dalam kajiannya yang bertajuk Metode

Syeikh Abdullah Basmeh Dalam Tafsir Pimpinan Al-Rahman iaitu kajian yang

membincangkan metode yang digunapakai oleh beliau menerusi karyanya iaitu Kitab

Tafsir Pimpinan al-Rahman. Di dalam kajian ini, penulis memfokuskan penyelidikan

terhadap metode yang digunapakai oleh beliau di dalam surah al-Anfal iaitu juzu’

yang kesembilan. Di samping itu, kajian penulis juga adalah untuk memahami dan

menerokai apakah metode yang digunakan oleh beliau di dalam surah tersebut.

Dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap tafsir beliau adalah

Syeikh Abdullah Basmeh menunjukkan penafsiran beliau di dalam surah al-Anfal

adalah menggunakan metode ijmali iaitu beliau hanya menerangkan secara ringkas

sahaja terhadap sesebuah ayat.

Di samping itu, kitab terjemahan The Meaning Of The Glorious Quran Text

and Translation (T.th.) oleh Marmaduke Pickthall. Kitab ini adalah terjemahan al-

Qur’an di dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris oleh beliau. Di dalam kitab ini

terdapat 114 surah yang terkandung di dalamnya iaitu surah-surah yang terdapat

dalam al-Qur’an yang telah diterjemahkan oleh Marmaduke Pickthall.

Page 8: Bab I.docx

8

The Holy Qur’an Text and Translation (1994) oleh Abdullah Yusuf Ali juga

adalah merupakan salah seorang maulana yang telah menterjemahkan al-Qur’an ke

dalam bahasa Inggeris bersama dengan terjemahan beliau di dalam setiap surah yang

terkandung di dalam al-Qur’an yang berbahasa Arab.

Pada sorotan ringkas yang dilakukan oleh penulis, didapati masih belum

dijumpai kajian terdahulu yang melakukan kajian terhadap kedua-dua orang tokoh ini

iaitu Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall. Walaubagaimanapun hanya

terdapat kajian terdahulu yang mengkaji tentang surah al-Baqarah menurut kitab

Tafsir Pedoman Muttaqin dan beberapa ayat al-Qur’an yang terdapat larangan dan

ketetapan yang terdapat di dalam surah al-Baqarah.

1.8 KESIMPULAN

Di dalam kajian ini, penulis akan mengjelaskan tentang kedua-dua orang tokoh yang

mengarang kitab terjemahan al-Qur’an dari bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris

iaitu Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall.

Kesimpulan yang dapat diperhatikan adalah penulis dapat melihat bahawa

terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan di antara kedua-dua kitab

terjemahan tersebut. Perbincangan yang menjadi kajian terhadap penulis adalah

melalui metode penafsiran yang digunakan di antara kedua-dua kitab terjemahan al-

Qur’an yang telah diterjemahkan oleh kedua orang tokoh iaitu Abdullah Yusuf Ali

dan Marmaduke Pickthall. Selain itu, penulis akan menjalankan kajian mengenai kitab

terjemahan oleh tokoh-tokoh mufassir tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti

manhaj, susunan ayat dan huraian yang dilakukan oleh Abdullah Yusuf Ali dan

Marmaduke Pickthall di dalam tafsir mereka iaitu berdasarkan kepada surah Al-

Baqarah.

Oleh itu, penulisan latihan ilmiah ini ditulis oleh penulis adalah bertujuan

untuk mengenalpasti sama ada sekiranya terdapat perbezaan atau persamaan di dalam

kitab terjemahan yang diterjemahkan oleh Abdullah Yusuf Ali iaitu The Holy Quran

Text and Translation manakala The Meaning of The Glorious Quran Text and

Page 9: Bab I.docx

9

Translation oleh Marmaduke Pickthall. Di samping itu, penulis juga dapat melihat

tentang kesan dan pengaruh kitab terjemahan tersebut terhadap umat Islam di dunia

ini.