BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  ·...

74
30 BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM MUAMALAH ISLAM 2.1 Pendahuluan Musharakah mutanaqisah adalah sejenis aqd al-murakkabah atau dalam bahasa modennya disebut sebagai kontrak hibrid. Ia bukanlah suatu kontrak yang dibina di atas mana-mana kontrak dalam sistem muamalah Islam secara tunggal, sebaliknya suatu kontrak yang dibina di atas gabungan beberapa kontrak yang diharuskan oleh syarauntuk membentuk suatu kontrak baru sesuai dengan kehendak dan perubahan semasa. Oleh sebab itu, ia juga disebut sebagai aqd al-mustajiddah. Sebagai aqd al-murakkabah dan aqd al-mustajiddah, musharakah mutanaqisah masih terdedah kepada ruangan ijtihad, kreativiti dan inovasi para sarjana fiqh dan kewangan Islam. Tidak hairanlah ia memiliki konteks pemahaman yang luas, pengklasifikasian dan pengaplikasian yang versatil serta bentuk yang pelbagai. Sebahagian daripadanya dirangka bagi tujuan pembiayaan hartanah, manakala sebahagian lagi dirangka bagi tujuan pembiayaan projek, usahasama perniagaan, perdagangan dan pelbagai lagi. 1 Antara bentuk-bentuk yang dibincangkan ialah musharakah mutanaqisah bersama dengan janji pembelian, pembiayaan bersama, pemilikan saham, pembiayaan projek sedia ada, al-istisna‘, al-ijarah dan al-mudarabah. Walau bagaimanapun, bentuk yang seringkali digunakan bagi tujuan pembiayaan perumahan ialah musharakah mutanaqisah bersama dengan al-ijarah. Bab ini pula menghuraikan tentang musharakah mutanaqisah bagi tujuan pembiayaan perumahan. Ini bermakna ia menghuraikan tentang musharakah mutanaqisah bersama dengan al-ijarah. Bagi menyempurnakan tujuan tersebut, penulis membahagikan bab ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan 1 Taqi Usmani, An Introduction, 30-35; Muhammad Ayub, Understanding Islamic Finance, 339.

Transcript of BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  ·...

Page 1: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

30

BAB II

MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM MUAMALAH ISLAM

2.1 Pendahuluan

Musharakah mutanaqisah adalah sejenis ‘aqd al-murakkabah atau dalam bahasa

modennya disebut sebagai kontrak hibrid. Ia bukanlah suatu kontrak yang dibina di atas

mana-mana kontrak dalam sistem muamalah Islam secara tunggal, sebaliknya suatu

kontrak yang dibina di atas gabungan beberapa kontrak yang diharuskan oleh syara‘

untuk membentuk suatu kontrak baru sesuai dengan kehendak dan perubahan semasa.

Oleh sebab itu, ia juga disebut sebagai ‘aqd al-mustajiddah.

Sebagai ‘aqd al-murakkabah dan ‘aqd al-mustajiddah, musharakah mutanaqisah

masih terdedah kepada ruangan ijtihad, kreativiti dan inovasi para sarjana fiqh dan

kewangan Islam. Tidak hairanlah ia memiliki konteks pemahaman yang luas,

pengklasifikasian dan pengaplikasian yang versatil serta bentuk yang pelbagai.

Sebahagian daripadanya dirangka bagi tujuan pembiayaan hartanah, manakala

sebahagian lagi dirangka bagi tujuan pembiayaan projek, usahasama perniagaan,

perdagangan dan pelbagai lagi.1

Antara bentuk-bentuk yang dibincangkan ialah musharakah mutanaqisah

bersama dengan janji pembelian, pembiayaan bersama, pemilikan saham, pembiayaan

projek sedia ada, al-istisna‘, al-ijarah dan al-mudarabah. Walau bagaimanapun, bentuk

yang seringkali digunakan bagi tujuan pembiayaan perumahan ialah musharakah

mutanaqisah bersama dengan al-ijarah.

Bab ini pula menghuraikan tentang musharakah mutanaqisah bagi tujuan

pembiayaan perumahan. Ini bermakna ia menghuraikan tentang musharakah

mutanaqisah bersama dengan al-ijarah. Bagi menyempurnakan tujuan tersebut, penulis

membahagikan bab ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan

1 Taqi Usmani, An Introduction, 30-35; Muhammad Ayub, Understanding Islamic Finance, 339.

Page 2: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

31

tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah iaitu

al-shirkah dan al-ijarah. Ia merangkumi perbincangan tentang definisi, asas

perundangan, pembahagian kategori, rukun dan syarat setiap kontrak. Bahagian kedua

pula membincangkan tentang musharakah mutanaqisah itu sendiri. Ia merangkumi

perbincangan tentang definisi, pembentukan dan hukum kontrak tersebut. Bab ini

diakhiri dengan satu kesimpulan.

2.2 Al-Shirkah Dalam Sistem Muamalah Islam

2.2.1 Definisi al-Shirkah

2.2.1.1 Dari Sudut Bahasa

Al-shirkah atau (الشركة ) al-sharikah dari sudut bahasa bermaksud (الشركة )

perkongsian, persekutuan,2 syarikat atau perniagaan bersama.3 Ia lahir daripada kata

kerja )شرك يشرك ( yang bermaksud percampuran di antara dua individu yang bersekutu4

atau percampuran dua bahagian atau lebih di mana kedua-dua bahagian tersebut tidak

dapat dibezakan dan diasingkan di antara satu sama lain.5

Berdasarkan beberapa definisi di atas, al-shirkah dari sudut bahasa mempunyai

dua pengertian. Pertama, ia merujuk kepada percampuran sama ada dalam bentuk harta

benda atau individu yang bersekutu dan kedua, ia merujuk kepada perkongsian sama

ada dalam bentuk pemilikan atau kontrak perniagaan.6

2 Muhammad Idris b. ‘Abd al-Ra‘uf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi (Kuala Lumpur: Dar al-Fikr,1990), 1:320.3 Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah, al-Mu‘jam al-Wasit, cet. 3 (Mesir: Sharikat al-I‘lanat al-Sharqiyyah,1985), 1:499-500; Ruhi Ba‘albaki, al-Mawrid Qamus ‘Arabi Inklizi, cet. 7 (Beirut: Dar ‘Ilm al-Malayin,1995), 668; Mohd Khairi Zainuddin et al., al-Miftah: Kamus Moden Arab-Melayu-Inggeris, cet. 2 (ShahAlam: Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd., 2008), 1014.4 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (Kaherah: Dar al-Ma‘arif, t.t.), 4:2248.5 Abu al-Husayn Ahmad b. Faris b. Zakariyya, Mu‘jam Maqayis al-Lughah (Beirut: Dar al-Jayl, 1991),3:265; Dar al-Mashriq, al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam, cet. 24 (Beirut: Dar al-Mashriq, 1973), 384.6 ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat, al-Sharikat fi Daw’ al-Islam (Kaherah: Dar al-Salam li al-Taba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, 1989), 7; Abdullah Alwi, Sales and Contracts in Early Islamic Commercial Law,cet. 2 (New Delhi: Kitab Bhavan, 1997), 104-105; Imran Ahsan Khan, Islamic Law of BusinessOrganization: Partnership (Petaling Jaya: The Other Press, 2006), 14.

Page 3: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

32

2.2.1.2 Dari Sudut Istilah

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam memberikan definisi al-shirkah dari sudut

istilah secara umum. Sebahagiannya mengabaikan perbahasan ini dan mengambil

pendekatan menghuraikan definisi al-shirkah mengikut pembahagian yang telah

ditetapkan dalam setiap madhhab.7

Al-Zayla‘i daripada madhhab Hanafi mendefinisikan al-shirkah sebagai suatu

percampuran di antara dua bahagian atau lebih di mana kedua-dua bahagian tersebut

tidak dapat dibezakan,8 manakala Ibn ‘Abidin mendefinisikannya sebagai suatu kontrak

di antara dua pihak yang bersekutu dalam mengeluarkan modal dan memperolehi

keuntungan.9 Dalam Majallah al-Ahkam pula, al-shirkah adalah sesuatu yang

ditentukan dan diberikan hak keistimewaannya kepada beberapa individu.10

Al-Dusuqi daripada madhhab Maliki mendefinisikan al-shirkah sebagai keizinan

yang diberikan kepada kedua-dua pihak yang bersekutu untuk menggunakan harta

kedua-duanya atau kedua-dua pihak yang bersekutu memberikan keizinan kepada

sekutunya untuk menggunakan hartanya dengan mengekalkan hak penggunaan setiap

pihak yang terlibat,11 manakala al-Sawi pula mendefinisikannya sebagai suatu kontrak

yang melibatkan dua pemilik harta atau lebih dalam perniagaan secara bersama atau

7 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56; Abu al-Hasan Burhan al-Din ‘Ali b.Abu Bakr b. ‘Abd al-Jalil al-Rashdani al-Marghinani, al-Hidayah Sharh al-Bidayat al-Mubtadi’ (Beirut:Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1990), 3:3; ‘Abd Allah b. Mahmud b. Mawdud al-Musili al-Hanafi, al-Ikhtiyar li Ta‘lil al-Mukhtar (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1998), 3:11; Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:251; Shihab al-Din Ahmad b. Idris al-Qarrafi, al-Dhakhirah (Beirut: Dar al-Gharb al-Islami,1994), 8:19.8 Fakhr al-Din ‘Uthman b. ‘Ali al-Zayla‘i al-Hanafi, Tabyin al-Haqaiq Sharh Kanz al-Daqaiq (Beirut:Dar al-Ma‘rifah, t.t.), 3:312.9 Ibn ‘Abidin Muhammad Amin Afandi, Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar(Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1994), 6:466.10 ‘Ali Haydar, Durar al-Hukkam Sharh Majallah al-Ahkam (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1991),10:2, art. 1045; C. R. Tyser et al., The Mejelle: Being an English Translation of Majallahel-Ahkam-i-Adliya and a Complete Code on Islamic Civil Law (Lahore: Law Publishing Company, t.t.), 166, art.1045.11 Shams al-Din al-Shaykh Muhammad ‘Arafah al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi ‘ala al-Sharh al-Kabir(Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), 3:348.

Page 4: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

33

suatu kontrak di mana tenaga dikeluarkan dan keuntungan dibahagikan secara

bersama.12

Dalam madhhab Shafi‘i, al-shirkah ialah pensabitan hak ke atas sesuatu yang

dimiliki oleh dua pihak yang bersekutu atau lebih secara al-shuyu‘ (meluas atau sukar

untuk dibezakan).13

Dalam madhhab Hanbali pula, al-shirkah adalah sesuatu yang menghimpunkan

penyataan hak atau penggunaan.14

Perselisihan pendapat di atas berlaku disebabkan oleh beberapa perkara.

Pertama, perbezaan pandangan dalam pembahagian al-shirkah di mana majoriti fuqaha’

membahagikan al-shirkah kepada dua kategori iaitu shirkat al-milk dan shirkat al-

‘aqd,15 manakala sebahagian fuqaha’ Hanafi menambah satu lagi kategori iaitu shirkat

al-ibahah.16 Kedua, perbezaan pandangan dalam metodologi perbahasan kategori al-

shirkah di mana majoriti fuqaha’ membahaskan keseluruhan kategori al-shirkah secara

bersama,17 manakala madhhab Shafi‘i hanya membahaskan satu kategori sahaja iaitu

shirkat al-‘aqd dan mengenepikan perbahasan shirkat al-milk kecuali dalam bab-bab

fiqh yang berkaitan seperti hibah, wasiat dan pembahagian harta pusaka.18 Ketiga,

12 Al-Shaykh Ahmad al-Sawi, Bulghat al-Salik li Aqrab al-Masalik (Beirut: Dar al-Fikr, t.t.), 2:153.13 Abu Zakariyya Muhy al-Din b. Sharaf al-Nawawi et al., al-Majmu‘ (Jeddah: Maktabah al-Irshad, t.t.),14:7; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:274; Shams al-Din Muhammad b. Abu al-‘Abbas Ahmad b.Hamzah b. Shihab al-Din al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj, cetakan terakhir, (Mesir:Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, 1967), 5:3; al-Qalyubi dan ‘Umayrah, Hashiyatan al-Qalyubi wa ‘Umayrah (Mesir: Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, 1956), 2:332; Sulaymanb. Muhammad b. ‘Umar al-Bujayrimi al-Shafi‘i, al-Bujayrimi ‘ala al-Khatib (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1996), 3:444; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin fi Qism al-Mu‘amalat min Fiqh al-Shafi‘i (Musal: Maktabah Bassam, 1985), 149; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhabal-Imam al-Shafi‘i (Damsyik: Dar al-‘Ulum al-Insaniyyah, 1996), 3:217.14 Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:109; Mansur b. Yunis Idris al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘ ‘ala Matn al-‘Iqna‘ (Beirut: ‘Alam al-Kutub, 1997), 3:189.15 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:12; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 3:313; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji,3:217-218; Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:109; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:189.16 ‘Ali Haydar, Durar al-Hukkam, 10:2, art. 1045; C. R. Tyser et al., The Mejelle, 166, art. 1045; RafiqYunus al-Misri, Fiqh al-Mu‘amalat al-Maliyyah (Damsyik: Dar al-Qalam, 2005), 225; Imran AhsanKhan, Islamic Law, 16-17; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 68-69.17 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:12; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 3:313; Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:109; al-Bahuti,Kashshaf al-Qina‘, 3:189.18 Hal ini demikian kerana perbahasan shirkat al-‘aqd tidak pernah dibincangkan dalam bab-bab lain.Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:217-218.

Page 5: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

34

perbezaan pandangan dalam menentukan kategori al-shirkah yang diharuskan di mana

majoriti fuqaha’ mengharuskan hampir keseluruhan kategori shirkat al-‘aqd,19

manakala madhhab Shafi‘i hanya mengharuskan satu kategori sahaja iaitu shirkat al-

‘inan.20

Berdasarkan huraian-huraian di atas, pemilihan sebuah definisi yang tepat bagi

al-shirkah dari sudut istilah secara umum adalah sesuatu yang agak sukar untuk

dilaksanakan. Menurut Wahbah al-Zuhayli, definisi yang paling tepat dan mudah

difahami dalam permasalahan ini ialah definisi Ibn ‘Abidin.21 ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat

pula mengemukakan dua definisi lain sebagai ganti iaitu definisi sebahagian fuqaha’

Hanafi; Muhammad ‘Ala’ al-Imam dan Abu Bakr al-Haddadi di mana al-shirkah adalah

suatu perkara yang ditentukan kepada dua individu atau lebih dan definisi madhhab

Hanbali sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.22 Walau bagaimanapun,

kedua-dua pandangan di atas telah ditolak oleh Imran Ahsan Khan tanpa memberikan

sebarang cadangan terhadap definisi yang lebih tepat.23

Berdasarkan pemerhatian penulis pula, definisi-definisi yang telah dikemukakan

oleh al-Zayla‘i, Majallah al-Ahkam, madhhab Shafi‘i dan Hanbali sudah boleh diterima

sebagai definisi al-shirkah dari sudut istilah secara umum. Ia telah merangkumi dua

kategori utama al-shirkah yang menjadi medan perbahasan utama fuqaha’ dalam

perbahasan mereka iaitu shirkat al-milk dan shirkat al-‘aqd serta memenuhi syarat-

syarat yang telah ditetapkan dalam permasalahan al-ta‘rif (definisi) iaitu bersifat dengan

jami‘ (merangkumi), mani‘ (menghalang), jelas, nyata dan terpelihara daripada perkara-

19 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:57; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3-12;Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:251-255; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 3:20-49; Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:120-123 dan 137; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:189-192 dan 213-218.20 Muhammad b. Idris al-Shafi‘i, al-‘Umm (al-Mansurah: Dar al-Wafa’ li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘, 2001), 4:487; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:30; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:274-275; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:4-5; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:447; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 149-151; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:221-222.21 Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, cet. 2 (Damsyik: Dar al-Fikr, 1985), 4:792-793.22 ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat, al-Sharikat, 7.23 Imran Ahsan Khan, Islamic Law, 14-16.

Page 6: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

35

perkara yang mengelirukan.24 Definisi Ibn ‘Abidin, al-Dusuqi dan al-Sawi pula lebih

tertumpu kepada shirkat al-‘aqd sekaligus melanggar beberapa syarat yang telah

ditetapkan dalam permasalahan al-ta‘rif. Bukan itu sahaja, definisi al-Dusuqi juga

bersifat terlalu terperinci sehingga menggambarkan perihal yang berlaku dalam shirkat

al-‘aqd.

Walau bagaimanapun, penulis berpandangan definisi yang lebih tepat bagi al-

shirkah dari sudut istilah secara umum adalah suatu percampuran di antara dua bahagian

atau lebih secara meluas sama ada disebabkan oleh pemilikan atau kontrak perkongsian.

2.2.2 Asas-asas Perundangan al-Shirkah

Al-shirkah adalah suatu kontrak yang diharuskan dalam sistem muamalah Islam.

Keharusan ini berpandukan kepada dalil-dalil yang diperolehi daripada al-Qur’an, al-

sunnah, al-ijma‘ dan juga logik.

2.2.2.1 Daripada al-Qur’an

Firman Allah s.w.t.:

ن ولد فإن كان هلن ولد فـلكم الربع مم ا ولكم نصف ما تـرك أزواجكم إن مل يكن هلا أو دين وهلن الربع مما تـركتم إن مل يكن لكم ولد إن ف تـركن من بـعد وصية يوصني

ا أو دين وإن كان رجل كان لكم ولد فـلهن الثمن مما تـركتم من بـعد وصية توصون هما السدس فإن كانوا أكثـر من يورث كاللة أو امرأة وله أخ أو أخت فلكل واحد منـر مضار وصية من ا أو دين غيـ ذلك فـهم شركاء يف الثـلث من بـعد وصية يوصى

الله والله عليم حليم

Surah al-Nisa’ 4: 12

Maksudnya: “Dan bagi kamu seperdua daripada harta yangditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyaianak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu berolehseperempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudahditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan

24 Muhammad Nur al-Ibrahimi,‘Ilm al-Mantiq (Kaherah: Mustafa al-Halabi, 1938), 27-28.

Page 7: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

36

hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat daripadaharta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi,kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isterikamu) ialah seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan,sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudahdibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu lelakiatau perempuan yang tidak meninggalkan anak atau bapa dan adameninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudaraperempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanyaialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibuitu) lebih daripada seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga(dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudahditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudahdibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidakmendatangkan mudharat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukumitu) ialah ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah MahaMengetahui lagi Maha Penyabar.”25

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. telah menggunakan perkataan shuraka’ ( شركاء),

kata nama jama‘ bagi sharik yang bermaksud rakan kongsi atau sekutu.26 ,(شريك ) Ia

menjelaskan tentang beberapa hukum yang berkaitan dengan al-kalalah27 termasuklah

hukum perkongsian saudara-saudara seibu terhadap sepertiga daripada harta pusaka si

mati.28 Menurut al-Qurtubi, al-tashrik (perkongsian) dalam ayat tersebut bermaksud al-

taswiyah (perkongsian secara sama rata di antara lelaki dan perempuan).29

Firman Allah s.w.t.:

25 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, cet. 12(Kuala Lumpur: Darul Fikir, 2001), 182-183.26 Al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi, 1:320.27 Al-kalalah ialah kata nama bagi seseorang (lelaki atau perempuan) yang tidak mempunyai ayah atauanak. Pandangan ini merupakan pandangan Abu Bakr al-Siddiq, ‘Umar al-Khattab, ‘Ali b. Abi Talib, Ibn‘Abbas, Ibn Mas‘ud, Zayd b. Thabit serta majoriti mufassirin dan fuqaha’. Ibn Kathir telahmemperkukuhkan pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ia sudah mencapai martabat ijma‘.Abu Ja‘far Muhammad b. Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayy al-Qur’an, cet.2 (Kaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah, t.t.), 8:53-61; Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000), 5:51-52; Abu al-Fida’‘Imad al-Din Isma‘il b. Kathir al-Dimashqi, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Jizah: Muassasah Qurtubah,2000), 3:377-378; Muhammad ‘Ali al-Sabuni, al-Mawarith fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah fi Daw’ al-Kitabwa al-Sunnah (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1388H), 28 dan 55-57.28 Ibid.29 Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 5:52-53.

Page 8: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

37

ا غنمتم من شيء فأن لله مخسه و ساكني ي القرىب واليتامى واملللرسول ولذ واعلموا أمنعان وابن السبيل إن كنتم آمنتم بالله وما أنزلنا على عبدنا يـوم الفرقان يـوم التـقى اجلم

والله على كل شيء قدير

Surah al-Anfal 8: 41

Maksudnya: “Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapatisebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya seperlimanya(dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk rasul-Nya, dan untukkerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,serta ibn al-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu berimankepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami(Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari al-furqan iaituhari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir di medanperang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiapsesuatu.”30

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. telah menetapkan bahawa ghanimah (harta

rampasan perang) hendaklah dibahagikan kepada lima bahagian. Seperlima daripadanya

dibahagikan kepada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w. dan beberapa golongan umat Islam

sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ayat berkenaan, manakala selebihnya (empat

perlima) dibahagikan kepada tentera-tentera Islam yang terlibat dalam medan

peperangan.31

Firman Allah s.w.t.:

واجعل يل وزيرا من أهلي{} هارون أخي{} اشدد به أزري{} وأشركه يف أمري{}

Surah Taha 20: 29-32

Maksudnya: “Dan jadikanlah bagiku seorang penyokong daripadakeluargaku. Iaitu Harun, saudaraku. Kuatkanlah dengan

30 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 412.31 Dalam peperangan Badr al-Kubra, Allah s.w.t. telah menurunkan ayat pertama surah al-Anfal yangmenjelaskan bahawa segala urusan pembahagian ghanimah hendaklah diserahkan kepada Allah s.w.t. danRasulullah s.a.w.. Hukum tersebut kemudiannya telah dinasakhkan dengan penurunan ayat di atas. Walaubagaimanapun, mufassirin dan fuqaha’ mempunyai pandangan yang pelbagai dalam menentukanpembahagian ghanimah.Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 13:545-560; al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 8:3-15; Ibn Kathir,Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 7:80-90; al-Sarkhasi, al-Mabsut, 10:8-19; Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid,1:390-395; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 3:130-139; Ibn Qudamah, al-Mughni, 9:281-305; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 6:459-463.

Page 9: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

38

sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah dia turut campurbertanggungjawab dalam urusanku.”32

Dalam peristiwa di atas, Nabi Musa a.s. telah berdoa kepada Allah s.w.t. agar

tanggungjawab besar yang diamanahkan kepadanya dapat diringankan dengan

wujudnya perkongsian tanggungjawab bersama saudaranya Nabi Harun a.s..33

Firman Allah s.w.t. lagi:

قال لقد ظلمك بسؤال نـعجتك إىل نعاجه وإن كثريا من اخللطاء ليبغي بـعضهم على ا فـتـناه فاستـغفر بـعض إال الذين آمنوا وعملوا الصاحلات وقليل ما هم وظن داوود أمن

خر راكعا وأناب ربه و

Surah Sad 38: 24

Maksudnya: “Nabi Daud berkata:“Sesungguhnya ia telah berlakuzalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan)kepada kambing-kambingnya dan sesungguhnya kebanyakandaripada orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalamberbagai-bagai lapangan hidup) setengahnya berlaku zalim kepadasetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman danberamal salih, sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud(setelah berfikir sejurus) mengetahui sebenarnya Kami telahmengujinya (dengan peristiwa itu) lalu ia memohon ampun kepadaTuhannya sambil merebahkan dirinya sujud serta ia ruju‘ kembali(bertaubat).”34

Dalam ayat di atas pula, Allah s.w.t. telah menggunakan perkataan al-khulata’

sinonim kepada perkataan ,(اخللطاء ) al-shuraka’ ( ركاء الش ), yang bermaksud orang-orang

yang bercampur gaul di antara satu sama lain. Namun demikian, mufassirin,

lughawiyyin dan fuqaha’ menyatakan bahawa terdapat sedikit perbezaan di antara dua

32 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 776-777.33 Menurut pandangan majoriti mufassirin, perkongsian dalam ayat di atas merujuk kepada perkongsiantanggungjawab kenabian dan kerasulan. Nabi Musa a.s. berdoa sedemikian kerana saudaranya NabiHarun a.s. memiliki beberapa kelebihan terutamanya kepetahannya dalam berbicara.Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 16:158-160; al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 11:129-130,Muhammad b. Yusuf Abu Hayyan al-Andalusi, Tafsir al-Bahr al-Muhit (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1993), 6:223-225; Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 9:323-325; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani fiTafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, t.t.), 16:181-185.34 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 1206.

Page 10: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

39

perkataan tersebut. Dalam ayat di atas, al-khulata’ lebih menjurus ke arah percampuran

harta berbanding perkongsian harta.35

Secara umumnya, keseluruhan ayat di atas memberikan gambaran bahawa al-

shirkah adalah suatu bentuk muamalah yang diharuskan dalam Islam. Ia telah

digambarkan secara isharat al-nas di mana kefahaman tentang sesuatu pengertian tidak

terlintas berdasarkan lafaz sesuatu nas dan tidak dikehendaki daripada konteks nas

tersebut, walau bagaimanapun, pengertiannya selari dengan pengertian yang dibawa

oleh lafaz sesuatu nas.36

Selain itu, terdapat beberapa lagi ayat yang boleh dijadikan asas perundangan

kepada al-shirkah seperti dalam Surah al-Baqarah 2: 220, al-Kahf 18: 19, al-Zumar 39:

29 dan al-Qalam 68: 17.37

2.2.2.2 Daripada al-Sunnah

Dalam sebuah hadith qudsi yang telah diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a.,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

أنا ثالث الشريكني ما مل خين أحدمها صاحبه فإذا خانه خرجت من بـينهما

Maksudnya: “Aku ialah pihak ketiga bagi dua pihak yang bersekutuselagi setiap pihak memelihara daripada melakukan sebarangpengkhianatan terhadap sekutunya. Maka apabila satu pihakmengkhianati pihak yang lain, Aku tidak lagi bersama denganmereka.”38

35 Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 15:117-118; Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 14:1230; Yusuf al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, cet. 2 (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1973), 1:217.36 ‘Abd al-Wahhab Khallaf, ‘Ilm Usul al-Fiqh, cet. 8 (Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, 1956), 143-153.37 ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat, al-Sharikat, 9-11.38 Riwayat Abu Dawud, al-Hakim, al-Darqutni dan al-Bayhaqi.Al-Hakim menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Al-Darqutni pula meriwayatkan hadithtersebut dengan dua riwayat yang berbeza. Yang pertama adalah sebagaimana di atas, manakala yangkedua adalah seperti berikut:

همايد اهللا على الشريكني ما مل خين أحدمها صاحبه فإذا خان أحدمها صاحبه رفـعها عنـAbu Dawud Sulayman b. al-Ash‘ath al-Azdiyi al-Sajastani, Sunan Abi Dawud (t.tp., Dar Ihya’ al-Sunnahal-Nabawiyyah, t.t.), 3:256 (Kitab al-Buyu‘, Bab al-Sharikah, no. hadith 3373); al-Hakim, al-Mustadrak,2:67 (Kitab al-Buyu‘, no. hadith 2377); ‘Ali b. ‘Umar al-Darqutni, Sunan al-Darqutni (Beirut: Muassasahal-Risalah, 2004), 3:442-443 (Kitab al-Buyu‘, Bab al-Sulh, no. hadith 2933-2934); Abu Bakr Ahmad b.al-Husayn b. ‘Ali al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, cet. 3 (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003), 6:130(Kitab al-Sharikah, Bab al-Amanat fi al-Sharikah wa al-Khiyanah, no. hadith 11424-11425).

Page 11: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

40

Dalam hadith qudsi di atas, Allah s.w.t. bukan sahaja mengharuskan al-shirkah,

bahkan Dia menurunkan keberkatan-Nya, memelihara harta benda dan mencurahkan

rezeki ke atas setiap pihak yang bersekutu. Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah, ia

menggambarkan bahawa al-shirkah adalah suatu perkara yang mustahab (dituntut oleh

syara‘).39

Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r. ‘anhuma,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

اء والكالء والنار شركاء يف ثالث: يف املسلمون امل

Maksudnya: “Orang Islam itu bersekutu dalam tiga perkara iaitu: air,rumput dan api.”40

Dalam sebuah hadith yang lain, al-Sa’ib r.a. telah berkata:

النيب صلى اهللا عليه وسلم فجعلوا يـثـنون علي ويذكروين فـقال رسول اهللا صلى أتـيت قـلت: صدقت، بأيب أنت وأمي كنت –يـعىن به –اهللا عليه وسلم: أنا أعلمكم

،كنت ال تدارى وال متارىشريكي فنعم الشريك

Maksudnya: “Aku telah datang berjumpa dengan Nabi s.a.w., makamereka mula memuji dan memperkatakan sesuatu tentangku. LaluRasulullah s.a.w. berkata: “Aku lebih mengetahui tentangnyadaripada kamu semua.” Aku pun berkata: “Benar, aku rela menebusdirimu dengan ibu dan bapaku. Kamu ialah sekutuku dan sebaik-baiksekutu. Kamu tidak pernah menghalangku dan kamu tidak pernahbercanggahan denganku.”41

39 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, ‘Awn al-Ma‘bud Sharh Sunan Abi Dawud, cet. 2 (Madinah: Maktabah al-Salafiyyah, 1969), 9:237 (Kitab al-Buyu‘, Bab al-Sharikah).40 Riwayat Ibn Majah.Abu ‘Abd Allah Ibn Majah Muhammad b. Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, cet. 2 (Riyad: Maktabahal-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 1417H), 422 (Kitab al-Ruhun, Bab al-Muslimun Shuraka’ fi Thalath,no. hadith 2472-2473). Al-Albani menyatakan hadith-hadith tersebut adalah sahih.41 Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad, al-Hakim dan al-Bayhaqi.Terdapat percanggahan di kalangan muhaddithin berkenaan dengan al-Sa’ib dalam hadith di atas. IbnIshaq menyatakan bahawa ia ialah al-Sa’ib b. Abi al-Sa’ib yang mati dibunuh dalam keadaan kafir dalampeperangan Badar di tangan al-Zubayr b. al-‘Awwam. Ibn Hisham menyatakan bahawa ia ialah al-Sa’ibb. Abi al-Sa’ib yang telah memeluk Islam dan menyempurnakan keislamannya. Ibn Shihab menyatakanbahawa ia ialah salah seorang sahabat yang pernah berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. dan bagindapernah memberikan ghanimah kepadanya semasa peperangan Hunayn. Ahmad b. Hanbal pulamenyatakan bahawa sememangnya terdapat al-majhul (individu yang tidak dikenali) dalam hadith di atas,namun ia masih diklasifikasikan sebagai hadith sahih berdasarkan pandangan al-Haythami, al-Tabrani, al-Hakim, al-Dhahabi dan al-Bayhaqi yang meriwayatkan dan mengiktiraf kesahihan hadith tersebut.Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, 4:260, (Kitab al-Adab, Bab fi Karahiyah al-Mira’, no. hadith 4836); IbnMajah, Sunan Ibn Majah, 392 (Kitab al-Tijarah, Bab al-Sharikah wa al-Mudarabah, no. hadith 2287). Al-Albani menyatakan hadith tersebut adalah sahih; Ahmad b. Muhammad b. Hanbal, al-Musnad, (Kaherah:

Page 12: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

41

Al-Barra’ b. ‘Azib r.a. dan Zayd b. Arqam r.a. pula pernah menjadi sekutu atau

rakan kongsi perniagaan di zaman Rasulullah s.a.w.. Perkara ini telah dijelaskan sendiri

oleh al-Barra’ setelah diajukan satu soalan oleh Abu al-Minhal dengan berkata:

ا فـعلت أنا وشريكي زيد بن أرقم وسألنا النيب صلى اهللا عليه وسلم عن ذلك فـقال: م كان يدا بيد فخذوه وما كان نسيئة فـردوه

Maksudnya: Aku dan sekutuku, Zayd b. Arqam telah melakukanperbuatan tersebut (pertukaran emas dan perak secara tunai danhutang). Kemudian kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentanghal yang demikian. Baginda s.a.w. bersabda: “Jika pertukaran ituberlaku secara tunai, maka ambillah ia dan jika ia berlaku secarahutang maka kembalikanlah ia.”42

Secara umumnya, keseluruhan hadith di atas memberikan gambaran bahawa al-

shirkah adalah suatu bentuk muamalah yang diharuskan dalam Islam. Ia telah

digambarkan dalam pelbagai bentuk hadith sama ada yang bersifat qawli (perkataan),

fi‘li (perbuatan) dan juga taqriri (pengakuan).

Selain itu, terdapat banyak lagi hadith yang boleh dijadikan asas perundangan

kepada al-shirkah seperti dalam “Kitab al-Shirkah”, satu bab khusus yang

menghimpunkan pelbagai hadith yang berkaitan dengan al-shirkah oleh al-Bukhari dan

al-Bayhaqi.43

Dar al-Hadith, 1995), 12:207-210 (Musnad al-Makkiyyin, Hadith al-Sa’ib b. Abdillah r.a., no. hadith15441); al-Hakim, al-Mustadrak, 2:77 (Kitab al-Buyu‘, no. hadith 2412); al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra,6:129-130 (Kitab al-Sharikah, Bab al-Ishtirak fi al-Amwal wa al-Hadaya, no. hadith 11422); al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:444.42 Riwayat al-Bukhari dan Ahmad.Abu ‘Abd Allah Muhammad b. Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih (Kaherah: Matba‘ah al-Salafiyyah,1400H), 2:77 (Kitab al-Buyu‘, Bab al-Tijarah fi al-Bazz wa Ghayrih, no. hadith 2060-2061), 2:108-109(Bab Bay‘ al-Waraq bi al-Dhahab Nasiah, no. hadith 2180-2181), 2:207 (Kitab al-Sharikah, Bab al-Ishtirak fi al-Dhahab wa al-Fiddah wama yakun fihi al-Sarf, no. hadith 2497-2498), 3:79 (Kitab Manaqibal-Ansar, Bab Kayf Akha al-Nabi s.a.w. bayna Ashabih, no. hadith 3939-3940). Hadith di atas adalahhadith 2497 dan 2498; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, 14:429, 437-440, 442-443 dan 445-446 (Musnad al-Kufiyyin, Hadith Zayd b. ‘Arqam, no. hadith 19170-19173, 19203, 19206, 19213, 19222, 19226 dan19234).43 Al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih, 2:203-209; al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 6:129-131.

Page 13: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

42

2.2.2.3 Daripada al-Ijma‘

Keharusan al-shirkah telah diterima oleh segenap umat Islam secara ijma‘. Ia

telah diamalkan sejak zaman jahiliyyah, merentasi ‘ahd al-tashri‘ (zaman

pensyariatan)44 dan seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Allah s.w.t. dan

Rasulullah s.a.w..

Beberapa riwayat telah menyatakan bahawa Nawfal b. al-Harith b. ‘Abd al-

Muttalib ialah sekutu kepada al-‘Abbas b. ‘Abd al-Muttalib dalam al-shirkah yang kini

lebih dikenali sebagai shirkat al-mufawadah, al-‘Abbas b. Mirdas al-Sulami bersekutu

dengan Harb b. ‘Umayyah, al-‘Abbas b. Anas bersekutu dengan ‘Abd Allah b. ‘Abd al-

Muttalib (ayahanda Rasulullah s.a.w.), Hakim b. Hizam dan Sayfi b. ‘Aid bersekutu

dengan Rasulullah s.a.w. sebelum kenabian ketika dalam perdagangan ke Yaman dan

al-Sa’ib r.a. (sebagaimana dalam perbincangan terdahulu). Para pedagang dari Yaman

dan al-Hira yang sentiasa berulang-alik ke Makkah dan Madinah juga turut

diriwayatkan terlibat dengan al-shirkah sebelum kedatangan Islam.45 Ia terus diamalkan

sehinggalah ke hari ini tanpa wujud sebarang bentuk penafian terhadap keharusannya.46

Menurut Ibn Qudamah: “Seluruh umat Islam telah bersepakat menerima

keharusan al-shirkah. Perselisihan yang wujud hanyalah dalam menentukan keharusan

beberapa kategorinya sahaja”.47 Al-Mundhir pula menyenaraikan al-shirkah sebagai

salah satu permasalahan fiqh yang telah mencapai martabat ijma‘ mengikut terma dan

syarat yang ditetapkan.48

44 ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat, al-Sharikat, 11-12; Abdullah Alwi, Sales and Contracts, 104.45 Ibid.46 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:7.47 Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:109.48 Abu Bakr Muhammad b. Ibrahim al-Mundhir al-Naysaburi, al-Ijma‘, cet. 2 (‘Ajman: Maktabah al-Furqan, 1999), 137.

Page 14: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

43

2.2.2.4 Dalil Akal (Logik)

Al-shirkah adalah suatu kontrak yang memberikan kemudahan dan kesenangan

dalam kehidupan manusia. Kemampuan manusia untuk memenuhi setiap keperluan

dalam kehidupan mereka adalah begitu terbatas. Setiap individu memerlukan di antara

satu sama lain agar kehidupan dapat berjalan dengan sempurna.49

Seseorang yang memiliki harta kekayaan, berkemungkinan tidak memiliki

kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan atau mengalami masalah kekurangan

modal untuk memulakan sesebuah perniagaan atau perusahaan. Begitulah juga

sebaliknya, seseorang yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu

pekerjaan, berkemungkinan mengalami masalah kekurangan modal untuk memulakan

pekerjaannya. Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t. telah mengharuskan al-shirkah agar

manusia dapat bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain dalam

memenuhi setiap keperluan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, ia juga

merupakan salah satu instrumen yang dapat merancakkan aktiviti ekonomi serta

memaksimumkan manfaat sumber kekayaan dan kemahiran manusia.50

Menurut al-Shatibi, kontrak-kontrak seumpama al-shirkah adalah suatu

keperluan dalam kehidupan manusia yang bertaraf hajiyyat. Pengharusannya

memudahkan kehidupan manusia serta menjauhkan kemusnahan dan kesukaran

daripada kehidupan mereka.51

49 Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000), 33.50 Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:220; ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat, al-Sharikat, 12-13.51 Abu Ishaq Ibrahim b. Musa b. Muhammad al-Lakhmi al-Shatibi, al-Muwafaqat (Arab Saudi: Dar Ibn‘Affan, 1997), 2:21-22.

Page 15: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

44

2.2.3 Pembahagian al-Shirkah

Majoriti fuqaha’ membahagikan al-shirkah kepada dua kategori utama iaitu

shirkat al-milk dan shirkat al-‘aqd,52 manakala sebahagian fuqaha’ Hanafi menambah

satu lagi kategori iaitu shirkat al-ibahah.53

2.2.3.1 Shirkat al-Milk

Shirkat al-milk bermaksud kewujudan sesuatu yang dikongsi bersama oleh dua

individu atau lebih melalui salah satu cara pemilikan seperti pembelian, penerimaan

hibah, wasiat dan harta pusaka atau harta dicampurkan atau berlaku percampuran harta

di mana kadar pemilikan setiap pihak tidak dapat diasingkan dan dibezakan di antara

satu dengan yang lain.54

Ia boleh berlaku secara ikhtiyari (sukarela) atau ijbari (paksaan). Perkongsian

secara ikhtiyari berpunca daripada tindakan individu yang terlibat sama ada dengan cara

percampuran harta, pembelian, penerimaan sedekah, hibah atau wasiat, manakala

perkongsian secara ijbari tidak melibatkan sebarang tindakan daripada individu yang

terlibat dan ia berlaku dengan cara percampuran harta atau pewarisan harta pusaka.55

Dalam shirkat al-milk, setiap pihak yang bersekutu hanya dibenarkan

menggunakan bahagiannya sahaja tanpa mempunyai sebarang kuasa untuk

menggunakan bahagian pihak yang lain. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak yang

bersekutu dibenarkan untuk melaksanakan beberapa kontrak seperti jual beli, sewa,

gadai, mudarabah, musharakah dan pelbagai lagi dengan syarat ia telah dipersetujui

oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Sebarang pertambahan atau pengurangan yang

52 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:12; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 3:313; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji,3:217-218; Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:109; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:189.53 ‘Ali Haydar, Durar al-Hukkam, 10:2, art. 1045; C. R. Tyser et al., The Mejelle, 166, art. 1045; al-Misri,Fiqh al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 225; Imran Ahsan Khan, Islamic Law, 14-16; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 68-69.54 ‘Ali Haydar, Durar al-Hukkam, 10:9, art. 1060; C. R. Tyser et al., The Mejelle, 167, art. 1060.55 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 3:313;‘Ali Haydar, Durar al-Hukkam, 10:13, art. 1062-1065; C. R. Tyser et al., The Mejelle, 168, art. 1062-1065; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:218.

Page 16: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

45

berlaku hendaklah dikongsi bersama mengikut kadar pemilikan masing-masing.56

Namun demikian, pada kebiasaannya, shirkat al-milk hanya melibatkan perkongsian

hak milik ke atas sesuatu harta sahaja tanpa melibatkan sebarang usahasama untuk

memajukan atau mengeksploitasikan harta tersebut untuk sebarang tujuan keuntungan.57

Jika kedua-dua pihak yang terlibat bersetuju untuk melibatkan diri dalam sebarang

usahasama bermotifkan keuntungan, maka hukum shirkat al-milk akan berubah kepada

hukum shirkat al-‘aqd.

Dalam permasalahan shirkat al-milk ini, ‘Abd al-Sattar Abu Ghuddah telah

menggariskan beberapa hukum yang berkaitan dengannya iaitu:58

i. Seorang pemegang saham tidak dibenarkan untuk menjual, menyewa

atau terlibat dalam sebarang bentuk kontrak lain yang melibatkan saham

pemilikan sekutunya melainkan dengan kebenaran pihak yang bersekutu.

ii. Pemegang saham berhak untuk menjual saham pemilikannya sama ada

kepada sekutunya atau pihak lain walaupun tanpa kebenaran pihak yang

bersekutu.

iii. Harta perkongsian tidak boleh diguna atau dimanfaatkan oleh satu pihak

sahaja melainkan dengan kebenaran pihak yang bersekutu.

iv. Dalam kes ketiadaan atau kematian pihak yang bersekutu, pihak yang

hadir atau masih hidup dibenarkan untuk mengguna atau mengambil manfaat

daripada harta perkongsian dengan cara yang tidak merosakkan harta berkenaan.

v. Jika harta perkongsian memerlukan perbelanjaan dan salah satu pihak

belum bersedia untuk berkongsi perbelanjaan tersebut, harta akan dibahagikan

(jika boleh). Pihak yang tidak bersetuju tidak boleh dipaksa untuk mengeluarkan

perbelanjaan tetapi harta akan dibahagikan untuk membenarkan pihak lain

56 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:65; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3; ‘AliHaydar, Durar al-Hukkam, 10:10 dan 17-18.57 Ab. Mumin, Sistem Kewangan Islam, 381.58 ‘Abd al-Sattar Abu Ghuddah, Buhuth fi al-Mu‘amalat wa al-Asalib al-Masrafiyyah al-Islamiyyah(Jeddah: Majmu‘at Dallah al-Barakah, 2008), vol. 8, 39-40.

Page 17: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

46

menguruskan saham pemilikannya. Jika harta tidak boleh dibahagikan, maka

pihak yang tidak bersetuju boleh dipaksa untuk mengeluarkan perbelanjaan.

Perkongsian hak milik berakhir apabila objek atau hak penggunaan dibahagikan

antara pihak-pihak yang terlibat.

2.2.3.2 Shirkat al-‘Aqd

Fuqaha’ berbeza pandangan dalam memberikan definisi shirkat al-‘aqd.

Sebahagiannya mengabaikan perbahasan ini dan mengambil pendekatan menghuraikan

definisi setiap kategori shirkat al-‘aqd mengikut pembahagian yang telah ditetapkan

dalam setiap madhhab.59

Menurut Ibn ‘Abidin, shirkat al-‘aqd bermaksud suatu kontrak di antara dua

individu atau lebih yang bersekutu dalam mengeluarkan modal dan memperolehi

keuntungan.60 Pandangan ini disokong oleh ‘Ali Khafif dengan mengemukakan sedikit

penambahbaikan terhadap definisi tersebut iaitu suatu kontrak di antara dua individu

atau lebih yang bersekutu dalam mengeluarkan modal dan memperolehi keuntungan

atau suatu kontrak di antara dua individu atau lebih yang bersekutu dalam memperolehi

keuntungan tanpa perkongsian dalam pengeluaran modal. Kontrak yang dimaksudkan

ialah shirkat al-mudarabah.61

Fuqaha’ juga berbeza pandangan dalam pembahagian shirkat al-‘aqd.

Majoritinya membahagikan shirkat al-‘aqd kepada empat kategori iaitu shirkat al-

59 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151-152; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56-57; al-Marghinani, al-Hidayah,3:3-11; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:12-18; Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:251-255; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:30, 46, 51 dan 63; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:274-275; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj,5:4-5; al-Qalyubi dan ‘Umayrah, Hashiyatan al-Qalyubi wa ‘Umayrah, 2:332-333; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:446-447; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 149-151; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqhal-Manhaji, 3:218; Muwaffaq al-Din Abu Muhammad ‘Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad b. Qudamah,al-Kafi (Jizah: Hajr li al-Taba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa Al-I‘lan, 1997), 3:329-340.60 Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 6:466.61 ‘Ali Khafif, al-Sharikat fi al-Fiqh al-Islami Buhuth Muqaranah (t.tp., Jami‘ah al-Duwal al-‘Arabiyyah,t.t.), 19.

Page 18: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

47

abdan, shirkat al-mufawadah, shirkat al-wujuh dan shirkat al-‘inan,62 manakala

sebahagian fuqaha’ Hanafi membahagikannya kepada tiga kategori iaitu shirkat al-

amwal, shirkat al-a‘mal dan shirkat al-wujuh. Setiap kategori tersebut kemudiannya

dibahagikan pula kepada dua sub-kategori iaitu shirkat al-mufawadah dan shirkat al-

‘inan.63 Selain tu, madhhab Maliki dan Hanbali juga turut menyenaraikan shirkat al-

mudarabah sebagai salah satu kategori dalam shirkat al-‘aqd.64

Dalam madhhab Hanafi, semua kategori shirkat al-‘aqd adalah diharuskan,65

begitu juga dalam madhhab Maliki dan Hanbali. Namun demikian, madhhab Maliki

tidak mengharuskan shirkat al-wujuh dan shirkat al-mufawadah (sebagaimana yang

difahami dalam madhhab Hanafi)66 dan madhhab Hanbali pula tidak mengharuskan

shirkat al-mufawadah.67 Dalam madhhab Shafi‘i pula, hanya satu kategori sahaja yang

diharuskan iaitu shirkat al-‘inan.68

Berdasarkan huraian-huraian di atas, shirkat al-‘aqd tidak terbatas kepada

perkongsian semata-semata. Sebaliknya, ia memberikan penekanan terhadap

penglibatan bersama dalam sebarang usaha yang hendak dijalankan dan perkongsian

tersebut merangkumi pengeluaran modal serta pembahagian untung rugi.69

Secara umumnya, fuqaha’ mempunyai pandangan yang pelbagai terhadap setiap

kategori shirkat al-‘aqd. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut tidak menzahirkan

perbezaan yang ketara di antara satu madhhab dan madhhab yang lain melainkan dalam

permasalahan keharusannya sahaja.

62 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3; Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid,2:251; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:31; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:274-275; al-Ramli, Nihayatal-Muhtaj, 5:4-5; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:447; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 149-151;Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:221-222.63 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:56-57; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 3:313.64 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:351; Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:109; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘,3:189-218.65 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:151; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:57; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3-12.66 Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:251-255; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 3:20-49.67 Ibn Qudamah, al-Mughni, 7:120-123 dan 137; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:189-192 dan 213-218.68 Al-Shafi‘i, al-‘Umm, 4:487; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:31; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:274-275; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:4-5; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:447; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfatal-Talibin, 149-151; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:221-222.69 Ab. Mumin, Sistem Kewangan Islam, 381.

Page 19: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

48

Jadual 2.1Pembahagian al-Shirkah

Sumber: Diubahsuai dari pelbagai kitab fiqh.

Untuk memudahkan perbincangan dalam bahagian ini, berikut ialah huraian

setiap kategori shirkat al-‘aqd mengikut perspektif madhhab Shafi‘i:70

i. Shirkat al-abdan (perkongsian kerjaya)

Shirkat al-abdan atau al-a‘mal bermaksud suatu perkongsian di antara dua

individu atau lebih yang tidak melibatkan modal kewangan, sebaliknya kedua-dua pihak

bersekutu dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan (sama ada pekerjaan yang dilakukan

adalah serupa atau sebaliknya) dan keuntungan yang diperolehi dibahagikan kepada

setiap pihak yang bersekutu (sama ada secara sama rata atau sebaliknya).

ii. Shirkat al-mufawadah (perkongsian setara)

Shirkat al-mufawadah bermaksud suatu perkongsian di antara dua individu atau

lebih dalam mengeluarkan modal kewangan di mana setiap pihak merupakan wakil dan

70 Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:221-222.

Page 20: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

49

kafil kepada pihak lain dan keuntungan dan kerugian ditanggung secara bersama oleh

kedua-dua pihak yang terlibat.

iii. Shirkat al-wujuh (perkongsian kredit)

Shirkat al-wujuh bermaksud suatu perkongsian di antara dua individu atau lebih

yang tidak melibatkan modal kewangan mahupun pekerjaan, sebaliknya menggunakan

pengaruh, kedudukan dan pangkat pihak yang bersekutu untuk memperolehi sesuatu

secara hutang dan keuntungan yang diperolehi dibahagikan kepada setiap pihak yang

bersekutu (sama ada secara sama rata atau mengikut perjanjian yang ditetapkan).

iv. Shirkat al-‘inan (perkongsian modal)

Shirkat al-‘inan bermaksud suatu perkongsian di antara dua individu atau lebih

dalam mengeluarkan modal kewangan dan keuntungan yang diperolehi dibahagikan

kepada setiap pihak yang bersekutu.

2.2.4 Rukun dan Syarat al-Shirkah

2.2.4.1 Rukun-rukun al-Shirkah71

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan rukun-rukun al-shirkah.

Majoritinya menyatakan bahawa ia terdiri daripada tiga perkara iaitu:72

i. Al-‘aqidan (dua pihak yang berkontrak)

ii. Al-sighah (bentuk kontrak)

iii. Al-ma‘qud ‘alayh (subjek kontrak).

71 Rukun-rukun al-shirkah yang dibincangkan oleh fuqaha’ sebenarnya merujuk kepada rukun-rukunshirkat al-‘aqd. Walau bagaimanapun, sebahagian besar perbahasan tersebut boleh diselaraskan denganshirkat al-milk dalam beberapa permasalahan seperti syarat-syarat al-‘aqidan dan al-sighah.72 Menurut Muhammad Najib al-Muti‘i, rukun-rukun al-shirkah terdiri daripada empat perkara. Walaubagaimanapun, ia hanyalah khilaf lafzi semata-mata di mana al-‘aqidan dijadikan dua rukun yangberasingan. Al-Sharbini dan al-Bujayrimi pula menambah satu lagi rukun iaitu al-‘amal. Namun begitu,ia dianggap sebagai satu pandangan yang lemah.Al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:20-21; Abu Hamid Muhammad b. Muhammad b. Muhammad b. al-Ghazali,al-Wajiz fi Fiqh al-Imam al-Shafi‘i (Beirut: Dar al-Arqam b. Abi al-Arqam, 1997), 1:357-358; Abu al-Qasim ‘Abd al-Karim b. Muhammad b. ‘Abd al-Karim al-Rafi‘i al-Qazwini al-Shafi‘i, al-‘Aziz Sharh al-Wajiz (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997), 5:185-187; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:5; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:447.

Page 21: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

50

Madhhab Hanafi pula membataskan permasalahan tersebut kepada satu rukun

sahaja iaitu al-sighah.73

i. Al-‘aqidan

Dalam al-shirkah, kedua-dua pihak yang berkontrak dinamakan sebagai al-

musharik atau al-sharik (rakan kongsi). Setiap pihak hendaklah memenuhi syarat-syarat

yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, permasalahan ini tidak banyak dibahaskan

oleh fuqaha’ di mana majoritinya mengambil pendekatan menyatakan bahawa setiap

pihak yang berkontrak mestilah memiliki kelayakan untuk melaksanakan tawkil

(mewakilkan) dan tawakkul (diwakilkan). Kelayakan ini penting kerana setiap pihak

memiliki kuasa untuk menggunakan hartanya sebagai pemilik dan harta pihak yang

bersekutu sebagai wakil setelah diberikan keizinan kepadanya.74 Atas dasar ini jugalah,

sebahagian fuqaha’ menyatakan bahawa al-shirkah yang melibatkan dhimmi atau

seseorang yang tidak memelihara dirinya daripada perbuatan syubhah dan riba adalah

makruh atau tidak sah.75

Secara umumnya, syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh al-musharik adalah

sama sepertimana syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh al-‘aqidan dalam jual beli

biasa iaitu:

1. Al-‘aqil (seorang yang berakal)

Dalam al-shirkah, pihak yang berkontrak atau al-musharik hendaklah seorang

yang berakal. Syarat ini telah diterima oleh fuqaha’ secara ijma‘.76 Namun demikian,

terdapat juga sebahagian fuqaha’ menggunakan perkataan al-tamyiz (kemampuan untuk

73 Al-Marghinani, al-Hidayah, 3:3; Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 6:474.74 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:58-59; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:20; al-Ghazali, al-Wajiz, 1:358; al-Rafi‘i, al-‘Aziz, 5:186; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:6; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 152.75 Al-Marghinani, al-Hidayah, 3:4; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:13; al-Rafi‘i, al-‘Aziz, 5:186; al-Ramli,Nihayat al-Muhtaj, 5:6; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:329.76 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:135; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:153; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7-8; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.

Page 22: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

51

membezakan di antara baik dan buruk) sebagai ganti kepada perkataan al-‘aqil.77

Berdasarkan syarat ini, kontrak yang melibatkan orang gila dan kanak-kanak yang

belum berakal adalah terbatal dan tidak mendatangkan sebarang kesan di sisi syara‘.78

2. Al-baligh (sampai umur)

Al-musharik hendaklah seorang yang baligh. Syarat ini telah dipersetujui oleh

majoriti fuqaha’ kecuali madhhab Hanafi.79 Berdasarkan syarat ini, kontrak yang

melibatkan kanak-kanak yang sudah berakal atau mumayyiz tetapi belum mencapai usia

baligh adalah terbatal dan tidak sah.80

Walau bagaimanapun, al-Bahuti daripada madhhab Hanbali berpandangan

terdapat pengecualian terhadap kontrak yang melibatkan kanak-kanak yang mumayyiz

dan al-safih. Jika ia disertakan dengan keizinan daripada wali kedua-duanya, maka

hukumnya adalah sah. Begitu juga jika ia melibatkan sesuatu yang kurang bernilai dan

kurang berharga, maka hukumnya juga adalah sah walaupun tanpa keizinan wali.81

Kesemua pandangan di atas sebenarnya telah disandarkan kepada beberapa asas

perundangan yang sama tetapi dilihat menurut perspektif yang berbeza.

Firman Allah s.w.t.:

لوا اخلبيث بالطيب وال تأكلوا أمواهلم إىل أموالكم إنه وآتوا اليتامى أمواهلم وال تـتبدكان حوبا كبريا

Surah al-Nisa’ 4: 2

Maksudnya: “Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telahbaligh) itu harta mereka dan janganlah kamu tukar gantikan yangbaik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka

77 Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:354.78 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:135; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:153; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,14:13; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7-8; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshafal-Qina‘, 2:463.79 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:135; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:348; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:153; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7-8; IbnQudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.80 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:348; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:153; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,14:13; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7-8; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshafal-Qina‘, 2:463.81 Al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.

Page 23: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

52

(dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu keranasesungguhnya (yang demikian) itu ialah dosa yang besar.”82

Firman Allah s.w.t. lagi:

هم رشدا فادفـعوا إليهم أمواهلم وال وابـتـلو ا اليتامى حىت إذا بـلغوا النكاح فإن آنستم منـان فقريا فـليأكل تأكلوها إسرافا وبدارا أن يكبـروا ومن كان غنيا فـليستـعفف ومن ك

وف فإذا دفـعتم إليهم أمواهلم فأشهدوا عليهم وكفى بالله حسيباعر بامل

Surah al-Nisa’ 4: 6

Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh)sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampakdaripada keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawamereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, makaserahkanlah kepada mereka hartanya dan janganlah kamu makanharta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secaraterburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa(di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya, makahendaklah ia menahan diri (daripada memakannya) dan sesiapa yangmiskin, maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya.Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, makahendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan)mereka dan cukuplah Allah sebagai pengawas (akan segala yangkamu lakukan).”83

Dalam beberapa hadith yang telah diriwayatkan daripada Umm al-Mukminin

‘Aishah r. ‘anha dan ‘Ali b. Abi Talib r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

رفع القلم عن ثالثة: عن النائم حىت يستـيقظ وعن الصيب نون حىت حيتلم وعن احىت يـعقل

Maksudnya: “Diangkat mata pena bagi tiga golongan manusia: orangyang tidur sehinggalah ia bangun, kanak-kanak sehinggalah iabermimpi (baligh) dan orang gila sehinggalah ia kembali sedar(berakal).”84

82 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 178.83 Ibid., 180.84 Riwayat Abu Dawud, al-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim.Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, 4:139-140, (Kitab al-Hudud, Bab fi al-Majnun Yasriq aw Yusib Haddan,no. hadith 4398-4403). Hadith di atas ialah hadith 4403; Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad b. Shu‘aib b. ‘Alial-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2001), 5:265 (Kitab al-Talaq, Bab man laYaqa‘ Talaquhu min al-Azwaj, no. hadith 5596); Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, 352-353 (Kitab al-Talaq,Bab Talaq al-Ma‘tuh wa al-Saghir wa al-Naim, no. hadith 2041-2042). Al-Albani menyatakan hadithtersebut adalah sahih; al-Hakim, al-Mustadrak, 4:543-544 (Kitab al-Hudud, no. hadith 8248-8251).

Page 24: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

53

Mufassirin dan fuqaha’ berbeza pandangan terhadap nas-nas di atas. Al-Hasan,

Qatadah dan beberapa lagi menyatakan bahawa al-rushd yang dimaksudkan dalam ayat

6, Surah al-Nisa’ ialah kebijaksanaan akal dan pegangan agama yang baik. Ibn ‘Abbas,

al-Suddi dan al-Thawri menyatakan bahawa ia bermaksud kebijaksanaan akal dan

kepintaran dalam menguruskan harta benda. Mujahid pula menyatakan bahawa

perkataan al-rushd secara khususnya merujuk kepada kebijaksanaan akal fikiran. Oleh

sebab al-rushd adalah sesuatu yang bersifat subjektif, maka majoriti fuqaha’ membuat

suatu kesimpulan dengan menyatakan bahawa tahap tersebut tidak dapat dicapai

melainkan setelah seseorang itu mencapai usia baligh.85

Berdasarkan huraian-huraian di atas, penulis cenderung untuk menyatakan

bahawa pandangan al-Bahuti adalah lebih tepat dan mudah untuk dilaksanakan dalam

kehidupan seharian. Ia bukanlah secara mutlak, tetapi bergantung kepada kebenaran

wali. Jika kontrak tersebut dipersetujui, maka ia adalah sah dan jika sebaliknya, maka ia

adalah terbatal.86 Menurut al-Kibbi pula, kanak-kanak yang sudah berakal atau

mumayyiz tetapi belum mencapai usia baligh dikategorikan sebagai seseorang yang

memiliki ahliyyat al-wujub al-kamilah (kelayakan untuk melaksanakan dan menerima

sesuatu kewajipan tanggungjawab secara sepenuhnya) dan ahliyyat al-ada‘ al-naqisah

(kelayakan untuk melangsungkan atau menunaikan sesuatu pekerjaan secara tidak

sempurna atau tidak mengundang kepada sebarang bentuk perjanjian atau kesan

sampingan). Ini bermakna kanak-kanak tersebut bertanggungjawab di atas setiap

perbuatan yang dilakukannya seperti tanggungjawab membayar barang dagangan, sewa,

ganti rugi dan yang seumpama dengannya tetapi kelangsungan perbuatan tersebut

memerlukan kepada kebenaran pihak yang lain memandangkan kelayakannya masih

85 Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 7:576-578; al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 3:26; Ibn Kathir,Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3:354.86 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:135; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463; Sa‘d al-Din Muhammad al-Kibbi, al-Mu‘amalat al-Maliyah al-Mu‘asarah fi Daw’ al-Islam (Beirut: al-Maktab al-Islami, 2002), 30-44; Hamid b. Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, Dirasah Fiqhiyyah Ta’siliyyah Tatbiqiyyah (Riyad: Dar al-Miman, 2008), 105-106.

Page 25: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

54

belum sempurna.87 Permasalahan ini turut dianalisis oleh Hamid Hasan Mirah dan

beliau telah mentarjihkan pandangan yang sama.88

3. Al-rushd (kepintaran dan kecerdikan)

Al-musharik hendaklah seorang yang memiliki sifat al-rushd. Ia bermaksud

kepintaran dan kecerdikan dalam menguruskan harta benda.89 Syarat ini telah

dipersetujui oleh majoriti fuqaha’ kecuali madhhab Hanafi.90 Berdasarkan syarat ini,

kontrak yang melibatkan al-mahjur ‘alayh (seseorang yang disekat daripada pengurusan

harta) seperti al-safih (seseorang yang tidak pandai menguruskan harta benda atau

membelanjakan harta bendanya bertentangan dengan kehendak akal dan pemikiran yang

waras)91 adalah terbatal dan tidak mendatangkan sebarang kesan di sisi syara‘.92

4. Al-rida (keredaan)

Al-musharik hendaklah seorang yang melaksanakan kontrak dalam keadaan al-

rida. Syarat ini telah diterima oleh fuqaha’ secara ijma‘, namun tidak dinyatakan secara

jelas dalam perbahasan syarat-syarat al-shirkah. Berdasarkan syarat ini, kontrak yang

melibatkan paksaan atau secara fuduli adalah terbatal dan tidak sah.93

Firman Allah s.w.t.:

نكم بالباطل إال أن تكون جتارة عن تـراض يا أيـها الذين آمنوا ال تأكلوا أموالكم بـيـمنكم وال تـقتـلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما

Surah al-Nisa’ 4: 29

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamumakan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang

87 Al-Kibbi, al-Mu‘amalat, 30-33.88 Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 105-106.89 Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 7:576-578; al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 3:26; Ibn Kathir,Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3:354; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7.90 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:135; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:348; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:153; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:6; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.91 Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7; Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 107.92 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:348; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:153; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,14:13; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:6; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.93 Al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.

Page 26: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

55

salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaanyang dilakukan dengan secara suka sama suka di antara kamu danjanganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. SesungguhnyaAllah sentiasa mengasihani kamu.” 94

Dalam sebuah hadith, Ibn ‘Abbas r. ‘anhuma telah meriwayatkan bahawa

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

إن اهللا وضع عن أميت اخلطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menggugurkan daripadaumatku perbuatan yang disebabkan oleh kesalahan, lupa danpaksaan.”95

5. Al-hurriyyah (kemerdekaan).

Al-musharik hendaklah seorang yang merdeka. Syarat ini telah dipersetujui oleh

majoriti fuqaha’ kecuali madhhab Hanafi.96 Dalam madhhab Hanafi, kontrak yang

melibatkan hamba adalah sah tetapi bergantung kepada kebenaran tuannya, manakala di

sisi majoriti fuqaha’, kontrak tersebut adalah terbatal dan tidak sah.97

Berdasarkan huraian-huraian di atas, penulis berpandangan syarat-syarat yang

perlu dipenuhi oleh al-musharik hanya terdiri daripada tiga perkara sahaja iaitu al-‘aqil,

al-rushd dan al-rida. Hal ini demikian kerana syarat al-baligh adalah terlalu ketat dan

sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Ia mendatangkan kesukaran bagi

seseorang yang berakal serta memiliki kecerdikan dan kepintaran yang selayaknya

tetapi belum mencapai usia baligh. Apatah lagi, impak daripada syarat tersebut adalah

amat besar di mana sebarang bentuk kontrak yang dilaksanakan olehnya adalah terbatal

94 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 190.95 Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dan al-Bayhaqi .Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, 353 (Kitab al-Talaq, Bab Talaq al-Mukrah wa al-Nasi, no. hadith 2045). Al-Albani mengklasifikasikan hadith tersebut sebagai sahih; al-Hakim, al-Mustadrak, 2:236 (Kitab al-Talaq,no. hadith 2860); al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 6:139 (Kitab al-Iqrar, Bab man la Yajuz Iqraruhu, no.hadith 11454).96 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:135; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:4; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:13; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:153; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.97 Menurut al-Marghinani dan al-Musili, kontrak yang melibatkan hamba adalah tidak sah melainkankedua-dua pihak yang berkontrak mempunyai status yang sama. al-Marghinani, al-Hidayah, 3:4; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:13.

Page 27: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

56

dan tidak sah. Namun demikian, syarat ini tidak boleh diabaikan sama sekali

terutamanya dalam kontrak yang melibatkan barang bernilai dan berharga. Sehubungan

dengan itu, penulis mencadangkan agar syarat ini hanya dikenakan dalam kontrak yang

melibatkan barang bernilai dan berharga sahaja atau pandangan al-Bahuti diguna pakai.

Syarat al-hurriyyah pula tidak perlu dibincangkan lagi memandangkan amalan

perhambaan sudah tidak wujud lagi pada hari ini.

ii. Al-sighah

Fuqaha’ secara ijma‘ menyatakan bahawa al-sighah ialah rukun utama dalam al-

shirkah.98 Ia bermaksud beberapa lafaz dan perkataan yang lahir daripada setiap pihak

yang berkontrak bagi menggambarkan kehendak, tujuan dan keredaan setiap pihak yang

terlibat dalam kontrak yang dilaksanakan.99 Ia juga berfungsi sebagai suatu medium

yang jelas dan nyata bagi menggambarkan keredaan setiap pihak yang berkontrak

terutamanya apabila keredaan adalah sesuatu yang tersembunyi dan sukar untuk

diketahui melainkan melalui perantaraan al-sighah.100 Dalam al-shirkah, al-sighah

bermaksud beberapa lafaz dan perkataan yang jelas yang lahir daripada setiap pihak

yang bersekutu bagi menggambarkan keizinan untuk menggunakan harta tertentu bagi

tujuan perniagaan, jual beli dan pelbagai lagi.101

Al-sighah terbahagi kepada dua bahagian iaitu al-ijab (penawaran) dan al-qabul

(penerimaan). Fuqaha’ berselisih pendapat dalam pembahagian al-ijab dan al-qabul di

mana madhhab Hanafi berpandangan beberapa perbuatan tertentu yang berlaku terlebih

dahulu yang menggambarkan keredaan daripada salah seorang al-‘aqidan ialah al-ijab,

98 Al-Marghinani, al-Hidayah, 3:4; Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 6:474; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:20-21; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:153; al-Ghazali, al-Wajiz, 1:357-358; al-Rafi‘i, al-‘Aziz, 5:185-187; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:5;al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:447.99 Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:9.100 Ibid.101 Ibid., 3:223.

Page 28: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

57

manakala beberapa perbuatan tertentu yang berlaku selepasnya ialah al-qabul.102

Majoriti fuqaha’ pula berpandangan al-ijab ialah beberapa lafaz dan perkataan yang

lahir daripada pihak yang memiliki sesuatu walaupun ia didatangkan kemudian dan al-

qabul ialah beberapa lafaz dan perkataan yang lahir daripada pihak yang ingin memiliki

sesuatu walaupun ia didatangkan terlebih dahulu.103 Dalam al-shirkah, permasalahan ini

tidak timbul memandangkan lafaz al-ijab dan al-qabul boleh dikemukakan oleh mana-

mana pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.

Al-sighah boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu sarih (jelas) dan kinayah

(sindiran). Sarih adalah setiap lafaz yang petandanya adalah jelas dan nyata, manakala

kinayah adalah setiap lafaz yang mempunyai beberapa kemungkinan makna dan

maksud.104 Dalam al-shirkah, lafaz al-ijab secara sarih ialah: شاركتك يف كذا yang

bermaksud: “aku bersekutu denganmu dalam perkara tersebut” atau “aku berkongsi

denganmu dalam perkara tersebut” dan lafaz al-qabul memadai dengan berkata: “aku

terima” atau “kita telah bersekutu” atau “kita telah berkongsi”, manakala lafaz al-ijab

secara kinayah ialah: “aku serahkan kepada kamu sama sepertimana yang telah kamu

serahkan iaitu RM100,000 untuk tujuan perniagaan secara bersama”.105

Fuqaha’ juga telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipenuhi ketika

mana al-ijab dan al-qabul berlangsung iaitu:

1. Penggunaan lafaz yang jelas dan terang

Al-ijab dan al-qabul hendaklah menggunakan lafaz yang jelas dan terang. Ia

hendaklah menggambarkan keizinan untuk menggunakan sesuatu harta daripada setiap

102 Al-Musili, al-Ikhtiyar, 2:4; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:347.103 Al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:190; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:6-7; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:286; Ibn Qudamah, al-Mughni, 6:7; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:459; Wizarah al-Awqafwa al-Shu’un al-Islamiyyah, al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah, cet. 2 (Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Shu’unal-Islamiyyah, 1983), 9:11; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:347.104 Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:10.105 Al-Marghinani, al-Hidayah, 3:4; Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 6:474; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi,3:348; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:21; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:190 dan 14:13; al-Sharbini, Mughnial-Muhtaj, 2:276; ‘Abd al-‘Aziz al-Khayyat, al-Sharikat, 13.

Page 29: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

58

pihak yang berkontrak.106 Dalam madhhab Shafi‘i, lafaz tersebut perlu diperincikan

dengan menghuraikan harta yang terlibat dan tidak memadai dengan sekadar berkata:

“aku bersekutu denganmu” sahaja tanpa sebarang penjelasan terhadap harta yang

berkenaan.107 Setiap lafaz hendaklah disebut dengan jelas dan terang oleh setiap pihak

yang berkontrak sehingga didengari, diketahui dan difahami dengan sebaik-baiknya

oleh setiap pihak yang terlibat kecuali disebabkan beberapa keuzuran seperti bisu,

pekak, contracts inter absentes (kontrak yang berlangsung tanpa melibatkan pertemuan

secara fizikal seperti melalui mesin, internet, kad kredit dan lain-lain) dan yang

seumpama dengannya.

2. Ittihad al-majlis (keberadaan dalam satu majlis)

Al-ijab dan al-qabul hendaklah berlangsung dalam satu majlis dan secara terus-

menerus tanpa sebarang pemisah yang keterlaluan.108 Keberadaan dalam satu majlis

adalah mustahak agar setiap pihak yang berkontrak mendengar, mengetahui dan

memahami dengan sebaik-baiknya keseluruhan lafaz yang disebutkan dalam majlis

tersebut.

Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Hakim b. Hizam r.a.,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

ما البـيـعان باخليار ما مل يـتـفرقا فإن صدقا وبـيـنا بورك هلما يف بـيعهما وإن كذبا وكت حمقت بـركة بـيعهما

Maksudnya: “Dua pihak yang berkontrak memiliki hak khiyar selamamana mereka belum berpisah. Maka jika mereka berkata benar danberterus-terang, nescaya kontrak yang dilaksanakan diberkati Allah

106 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:3-4; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 3:5-6; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,14:13; Abu Zakariyya Muhy al-Din b. Sharaf al-Nawawi, Rawdah al-Talibin (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1992), 3:510; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:451; Salihal-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 152; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:223-224.107 Al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 14:13; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:510; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:451; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 152; Mustafaal-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:223-224.108 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:137; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:3-4; al-Sawi, Bulghat al-Salik,3:5-6; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:199; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:3-4; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:10; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:287-288; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:460; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:11; al-Kibbi, al-Mu‘amalat, 52-56.

Page 30: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

59

s.w.t.. Tetapi jika mereka berbohong dan menyembunyikan sesuatu,nescaya terhapuslah keberkatan kontrak tersebut.”109

Berdasarkan hadith di atas, syarat ini bukan sekadar mempunyai kaitan dengan

hukum khiyar al-majlis semata-mata, bahkan ia juga mempunyai kaitan dengan

keberkatan sesuatu kontrak yang dilaksanakan. Jika khiyar al-majlis tidak mempunyai

kepentingan yang tersendiri, nescaya ia tidak dinyatakan dalam hadith di atas dan

beberapa hadith yang membawa pengertian yang sama serta disertakan dengan unsur

keberkatan daripada Allah s.w.t.. Oleh sebab itu, syarat ini hendaklah diberikan

perhatian yang sewajarnya dan tidak selayaknya dipandang enteng memandangkan ia

melibatkan keberkatan sesuatu kontrak.

Ruangan majlis al-‘aqd seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin bukan

sekadar untuk mendengar, mengetahui dan memahami dengan sebaik-baiknya

keseluruhan lafaz yang disebutkan dalam majlis, bahkan untuk mengetahui, memahami,

mendalami dan bersoal jawab mengenai sebarang terma dan syarat yang berkaitan

dengan kontrak yang akan dimeteraikan. Dengan kewujudan sesi majlis al-‘aqd

seumpama ini, barulah ia menjadi kontrak yang sempurna, sah bahkan mendapat

keberkatan daripada Allah s.w.t..

3. Muwafaqat al-ijab wa al-qabul (keserasian di antara al-ijab dan

al-qabul).

Al-ijab dan al-qabul hendaklah serasi di antara satu sama lain. Sebagai contoh,

al-musharik pertama berkata: “aku bersekutu denganmu dalam perkara tersebut” dan

dijawab oleh al-musharik kedua: “aku terima” atau “kita telah bersekutu”. Jika jawapan

109 Riwayat al-Bukhari dan Muslim.Al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih, 2:92 (Kitab al-Buyu‘, Bab al-Bayyi‘an bi al-Khiyar, no. hadith 2110).Selain itu, terdapat beberapa lagi hadith yang membawa pengertian yang hampir serupa dengan hadith diatas seperti hadith 2107-2114; Abu al-Husayn Muslim b. al-Hajjaj al-Qushayri al-Naysaburi, SahihMuslim (Kaherah: Dar al-Hadith, 1991), 3:21-22 (Kitab al-Buyu‘, Bab Thubut Khiyar al-Majlis li al-Mutabayi‘ain, no. hadith 43-46).

Page 31: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

60

yang diberikan bertentangan dengan lafaz pertama seperti: “aku beli harta tersebut” atau

“aku sewa harta tersebut”, maka kontrak tersebut adalah tidak sah.110

Kontrak Secara al-Kitabah dan al-Mu‘atah

Fuqaha’ juga turut membincangkan permasalahan keharusan kontrak secara al-

kitabah (tulisan) dan al-mu‘atah (perbuatan saling menghulurkan). Al-kitabah

bermaksud suatu kontrak yang melibatkan perbuatan menulis di atas kertas atau yang

seumpama dengannya, manakala al-mu‘atah bermaksud suatu kontrak yang melibatkan

perbuatan menerima atau mengambil sesuatu selepas mengetahui harganya.

Majoriti fuqaha’ mengharuskan kedua-dua kontrak di atas terutamanya bay‘ al-

mu‘atah. Perbuatan penjual menghulurkan barang jualan, pembeli menghulurkan wang

dan kedua-duanya saling bertukaran di antara satu sama lain sudah dianggap sebagai

suatu medium yang jelas dan nyata bagi menggambarkan keredaan setiap pihak bahkan

ia merupakan suatu ‘uruf yang telah diterima secara meluas oleh masyarakat umum.111

Atas dasar ini jugalah, Ibn Qudamah menyatakan bahawa keharusan bay‘ al-mu‘atah

sudah mencapai tahap ijma‘ kerana ia telah diamalkan secara berleluasa di pasar-pasar

di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r. ‘anhum tanpa wujud sebarang bentuk

penafian terhadap keharusannya.112 Namun demikian, terdapat juga beberapa pandangan

dalam madhhab Hanafi seperti al-Karakhi yang membezakan di antara kontrak yang

melibatkan sesuatu yang bernilai dan berharga dan sesuatu yang kurang bernilai dan

kurang berharga. Pandangan ini juga turut meletakkan ‘uruf sebagai penentu kepada

keharusan kontrak tersebut.113

110 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:136; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:3-4; al-Sawi, Bulghat al-Salik,3:5-6; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:200; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:3-4; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:11; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:288; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:459; Mustafa al-Khin etal., al-Fiqh al-Manhaji, 3:11; al-Kibbi, al-Mu‘amalat, 52-56.111 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:138; al-Musili, al-Ikhtiyar, 2:4; Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:170;al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:3-4; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 3:5-6; Ibn Qudamah, al-Mughni, 6:7-9;al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:461; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:350.112 Ibn Qudamah, al-Mughni, 6:7-9.113 Al-Musili, al-Ikhtiyar, 2:4.

Page 32: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

61

Dalam madhhab Shafi‘i pula (pandangan yang masyhur), kedua-dua kontrak di

atas adalah tidak sah memandangkan ia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah

ditetapkan terutamanya syarat penggunaan lafaz yang jelas dan terang. Walau

bagaimanapun, terdapat juga beberapa pandangan seperti al-Nawawi, al-Baghawi dan

al-Mutawalli yang mengharuskan bay‘ al-mu‘atah dengan syarat ia diterima oleh ‘uruf

setempat.114

Berdasarkan huraian-huraian di atas, penulis berpandangan kontrak al-shirkah

hendaklah memenuhi keseluruhan syarat di atas iaitu penggunaan lafaz yang jelas dan

terang, keberadaan dalam satu majlis dan keserasian di antara al-ijab dan al-qabul.

Kontrak secara al-kitabah dan al-mu‘atah pula adalah diharuskan dalam beberapa

keadaan tertentu sahaja seperti lafaz al-ijab dan al-qabul sukar untuk dizahirkan secara

lisan disebabkan keuzuran seperti bisu, pekak, contracts inter absentes dan yang

seumpama dengannya atau ia melibatkan sesuatu yang kurang bernilai dan kurang

berharga serta merupakan suatu ‘uruf yang diterima secara meluas oleh masyarakat

umum. Ibn Qudamah secara tidak langsung sebenarnya telah menghuraikan

permasalahan ini dengan menyebut keharusan bay‘ al-mu‘atah kepada jual beli yang

berlaku secara berleluasa di “pasar-pasar” sahaja yang bermaksud jual beli yang berlaku

secara rutin. Wahbah al-Zuhayli pula mengemukakan satu analogi yang cukup jelas di

mana fuqaha’ secara ijma‘ telah bersetuju bahawa kontrak al-nikah hendaklah berlaku

secara lisan dan tidak memadai dengan sekadar beberapa perbuatan tertentu sahaja.

Pendirian tegas seumpama ini diambil memandangkan ia adalah suatu kontrak yang

bernilai, berharga dan berisiko tinggi.115

Maka oleh sebab itulah, selayaknya juga kontrak-kontrak yang bernilai dan

berharga pada hari ini hendaklah berlaku secara lisan dan tidak memadai dengan

sekadar menandatangani beberapa dokumen tertentu sahaja.

114 Al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:3-4; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:7-11; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:288; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:10.115 Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:350.

Page 33: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

62

iii. Al-ma‘qud ‘alayh

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan syarat-syarat al-ma‘qud ‘alayh.

Sebahagiannya mengambil pendekatan menghuraikan syarat-syarat tersebut mengikut

pembahagian kategori al-shirkah sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bahagian

terdahulu.116 Ini bermakna setiap kategori al-shirkah memiliki syarat-syarat al-ma‘qud

‘alayh yang berbeza. Walau bagaimanapun, secara umumnya, fuqaha’ telah

menggariskan beberapa syarat berikut iaitu:

1. Modal hendaklah daripada jenis yang sama.

Modal yang dimaksudkan ialah mata wang seperti dinar dan dirham. Ia

hendaklah daripada jenis yang sama supaya tidak wujud keistimewaan dan perbezaan

dalam kontrak tersebut.117 Walau bagaimanapun, madhhab Hanafi dan Hanbali

mengharuskan perbezaan jenis modal seperti dinar dan dirham118 atau dalam konteks

hari ini Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat.

Selain itu, barang dagangan juga boleh dijadikan sebagai modal. Dalam

madhhab Maliki, modal boleh berbeza jenis secara mutlak dan dinilai berdasarkan

harganya pada hari kontrak berlangsung.119 Dalam madhhab Shafi‘i, ia hendaklah

daripada jenis yang sama,120 manakala dalam madhhab Hanafi dan Hanbali pula, barang

dagangan tidak boleh dijadikan sebagai modal.121

116 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:152-155; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:58-65.117 Al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:23 dan 28; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:348-349; al-Sawi, Bulghatal-Salik, 2:154; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:511; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276-277; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:448; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:224.118 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:152; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:59; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:6;Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:330-331; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:192.119 Al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:21; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:349; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:154.120 Al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:511; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:276-277; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:448; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:224.121 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:59; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:6; al-Musili, al-Ikhtiyar, 3:15; IbnQudamah, al-Kafi, 3:330; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:191.

Page 34: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

63

2. Modal hendaklah bercampur di antara satu sama lain.

Syarat ini telah dikemukakan oleh madhhab Shafi‘i sahaja,122 manakala majoriti

fuqaha’ yang lain tidak bersetuju dengan syarat ini.123 Berdasarkan syarat ini, modal

hendaklah bercampur di antara satu sama lain sehingga tidak wujud sebarang perbezaan

pada modal tersebut. Walau bagaimanapun, majoriti fuqaha’ berpandangan memadailah

dengan setiap pihak mengetahui nilai keseluruhan modal kontrak tersebut.

3. Kadar keuntungan dan kerugian hendaklah berpandukan kepada

modal yang disumbangkan.

Kadar keuntungan dan kerugian hendaklah berpandukan kepada modal yang

disumbangkan dan tidak boleh ditetapkan sama ada dalam bentuk jumlah tertentu, kadar

tertentu atau peratusan tertentu.124 Walau bagaimanapun, madhhab Hanafi

mengharuskan perbezaan pada kadar keuntungan tetapi tidak pada kadar kerugian.

Perkara ini telah dijelaskan oleh al-Sarkhasi dengan menyatakan bahawa: “Dan tiada

perselisihan bahawasanya penetapan syarat kadar kerugian berbeza dengan kadar modal

adalah terbatal, manakala penetapan syarat kadar keuntungan berbeza dengan kadar

modal adalah sah”.125

122 Al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:511; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:277; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:449; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:224.123 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:152; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:60; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:9; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 8:26; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:349; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:154; IbnQudamah, al-Kafi, 3:331; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:192.124 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 3:354; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:157; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 3:516-517; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:289; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:452; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:225.125 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 11:156.

Page 35: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

64

2.3 Al-Ijarah Dalam Sistem Muamalah Islam

2.3.1 Definisi al-Ijarah

2.3.1.1 Dari Sudut Bahasa

Al-ijarah )اإلجارة ( dari sudut bahasa bermaksud sewa, upah126 atau gaji hari.127 Ia

berasal daripada kata nama al-ajr )األجر ( yang lahir daripada kata kerja )أجر يأجر ( atau

)أجر يأجر ( yang bermaksud balasan atau ganjaran ke atas sesuatu pekerjaan.128

Berdasarkan huraian-huraian di atas, al-ajr dan al-ijarah adalah sinonim. Namun

demikian, setiap satu daripadanya mempunyai konteks penggunaan yang berbeza. Al-ajr

dikhususkan kepada ganjaran atau pahala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada

hamba-Nya, manakala al-ijarah dikhususkan kepada ganjaran yang diberikan oleh

manusia sesama manusia.129

2.3.1.2 Dari Sudut Istilah

Fuqaha’ berbeza pandangan dalam memberikan definisi al-ijarah dari sudut

istilah. Walau bagaimanapun, definisi-definisi yang dikemukakan tidak jauh berbeza

dengan pengertiannya dari sudut bahasa,130 bahkan kesemuanya bersatu pada makna

yang dikehendaki.131

126 Al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi, 1:10.127 Noresah et al., Kamus Dewan Edisi Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 561,entri “ijarah”.128 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 1:31; Majd al-Din Muhammad b. Ya‘qub al-Fayruz Abadi, al-Qamus al-Muhit (Mesir: Matba‘ah Dar al-Ma’mun, 1938), 1:362; Ibn Faris, Mu‘jam Maqayis al-Lughah, 1:62-63;Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah, al-Mu‘jam al-Wasit, 1:6-7.129 Ibid.130 Wizarah al-Awqaf, al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah, 1:252; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:731.131 ‘Abd al-Wahhab Ibrahim, ‘Aqd al-Ijarah Masdar min Masadir al-Tamwil al-Islamiyyah, cet. 2(Jeddah: al-Bank al-Islami li al-Tanmiyyah, 2000), 21.

Page 36: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

65

Madhhab Hanafi mendefinisikan al-ijarah sebagai suatu kontrak ke atas suatu

manfaat dengan suatu pertukaran.132 Al-Zayla‘i memperkemaskan definisi tersebut

dengan menyatakan bahawa ia adalah suatu kontrak ke atas suatu manfaat yang

diketahui dengan suatu pertukaran yang diketahui sehingga ke suatu masa yang

diketahui.133 Ibn ‘Abidin dan al-Musili pula menzahirkan sedikit perbezaan di mana Ibn

‘Abidin mendefinisikannya sebagai pemilikan suatu manfaat dengan suatu

pertukaran,134 manakala al-Musili mendefinisikannya sebagai jual beli manfaat.135

Madhhab Maliki mendefinisikan al-ijarah sebagai pemilikan manfaat sesuatu

yang diharuskan dalam tempoh masa tertentu dengan suatu pertukaran.136

Dalam madhhab Shafi‘i, al-ijarah adalah suatu kontrak ke atas suatu manfaat

yang diketahui, yang ditentukan tujuannya, sedia digunakan serta diharuskan dengan

suatu pertukaran yang diketahui.137 Terdapat juga beberapa pandangan lain yang

mendefinisikannya sebagai pemilikan manfaat dengan suatu pertukaran mengikut

syarat-syarat yang ditetapkan.138

Dalam madhhab Hanbali pula, al-ijarah adalah suatu kontrak ke atas manfaat

yang diharuskan, diketahui subjek dan tempoh masanya, sama ada dalam bentuk

barangan yang ditetapkan atau mawsuf fi al-dhimmah (dibebankan ke atas seseorang

untuk memperolehinya atau mengadakannya) atau pekerjaan yang ditetapkan dengan

pertukaran yang ditetapkan.139

Berdasarkan pemerhatian penulis, definisi yang telah dikemukakan oleh

madhhab Hanbali sudah boleh diterima sebagai definisi al-ijarah dari sudut istilah yang

132 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 15:74; al-Marghinani, al-Hidayah, 3:260; Nizam al-Din et al., al-Fatawa al-Hindiyyah fi Madhhab al-Imam al-A‘zam Abi Hanifah al-Nu‘man (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi,2002) 4:409.133 Al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 5:105.134 Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 9:4-5.135 Al-Musili, al-Ikhtiyar, 2:50.136 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:2.137 Al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:427; al-Qalyubi dan ‘Umayrah, Hashiyatan al-Qalyubi wa‘Umayrah, 3:67. Pandangan di atas ialah pandangan al-Qalyubi sahaja.138 Al-Ruyani, Bahr al-Madhhab (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 2002), 9:265; al-Ramli, Nihayatal-Muhtaj, 5:261; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:560; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 235.139 Al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:229; Muhammad Zaki ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyahfi al-Madhhab al-Hanbali (‘Ard Manhaji), cet. 2 (Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, 1998), 320.

Page 37: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

66

sempurna. Ia telah merangkumi keseluruhan definisi yang terdahulu, bahkan

diperkemaskan dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam al-ijarah. Di

samping itu, ia juga telah menjelaskan setiap bentuk kontrak sama ada manfaat dalam

bentuk barangan, mawsuf fi al-dhimmah atau pekerjaan. Permasalahan ini turut

dianalisis oleh ‘Abd al-Wahhab Ibrahim dan Hamid Hasan Mirah dan mereka juga telah

mentarjihkan pandangan yang sama.140

Walau bagaimanapun, penulis berbeza pandangan berhubung dengan unsur

tempoh masa yang dinyatakan dalam definisi tersebut. Ini kerana penentuan tempoh

masa hanya diperlukan bagi al-ijarah yang melibatkan manfaat dalam bentuk barangan

sahaja, manakala bagi kontrak yang melibatkan pekerjaan, ia bukanlah merupakan suatu

syarat yang perlu dipenuhi. Menurut Hamid Hasan Mirah, unsur tersebut adalah penting

untuk membezakan di antara kontrak al-ijarah dan al-nikah (pernikahan).141 Walau

bagaimanapun, kesamaran ini sebenarnya telah dijelaskan terlebih dahulu oleh al-

Zayla‘i dengan menyatakan bahawa al-ijarah adalah berhubung dengan pemilikan

sesuatu manfaat, sedangkan al-nikah adalah berkaitan dengan keharusan menikmati

sesuatu manfaat.142 Pada kebiasaannya, manfaat tersebut sudah jelas dan nyata di

kalangan fuqaha’ iaitu manfaat persetubuhan dan yang berhubungkait dengannya.

Namun demikian, huraian tentang bentuk-bentuk manfaat sudah mencukupi untuk

membezakan kedua-dua kontrak di atas.

Kesimpulannya, penulis berpandangan definisi yang lebih tepat bagi al-ijarah

adalah suatu kontrak ke atas manfaat yang diharuskan, diketahui subjeknya sama ada

dalam bentuk barang yang ditetapkan atau mawsuf fi al-dhimmah atau pekerjaan yang

ditetapkan dengan pertukaran yang ditetapkan.

140 ‘Abd al-Wahhab Ibrahim, ‘Aqd al-Ijarah, 22; Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 55.141 Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 55.142 Al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 5:105.

Page 38: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

67

2.3.2 Asas-asas Perundangan al-Ijarah

Al-ijarah adalah suatu kontrak yang diharuskan dalam sistem muamalah Islam.

Keharusan ini berpandukan kepada dalil-dalil yang diperolehi daripada al-Qur’an, al-

sunnah, al-ijma‘ dan juga logik.

2.3.2.1 Daripada al-Qur’an

Firman Allah s.w.t.:

را فانطلقا حىت إذا أتـيا أهل قـرية استطعما أهلها فأبـوا أن يضيـفومها فـوجدا فيها جدايريد أن ينقض فأقامه قال لو شئت الختذت عليه أجرا

Surah al-Kahf 18: 77

Maksudnya: “Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabilamereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka memintamakan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu engganmenjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembokyang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jikaengkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upahmengenainya!””143

Firman Allah s.w.t.:

ر من استأجرت القوي األمني{} قال إين أريد قالت إحدامها ياأبت استأجره إن خيـأن أنكحك إحدى ابـنيت هاتـني على أن تأجرين مثانية حجج فإن أمتمت عشرا فمن

ريد أن أشق عليك ستجدين إن شاء الله من الصاحلني{}عندك وما أ

Surah al-Qasas 28: 26-27

Maksudnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua ituberkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan(menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yangayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”. Bapaperempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendakmengahwinkanmu dengan salah seorang daripada dua anakperempuanku ini dengan syarat bahawa engkau bekerja dengankuselama delapan tahun. Dalam pada itu, jika engkau genapkanmenjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah daripadakerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak

143 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 736-737.

Page 39: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

68

menyusahkanmu. Engkau akan dapati aku insya Allah daripadaorang-orang yang baik layanannya.”144

Dalam ayat-ayat di atas, Allah s.w.t. telah menggunakan beberapa perkataan

yang dibina daripada kata nama al-ajr seperti (أجرا) dan ( استأجره). Ia secara jelas

menggambarkan bahawa al-ijarah telah diamalkan sejak zaman para nabi dan rasul

terdahulu lagi di mana syariat-syariat terdahulu145 dan seluruh agama yang lain turut

mengharuskannya. Ia merupakan suatu keperluan yang mustahak dalam kehidupan

manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain.146 Selain itu, ia juga

merupakan sunnah para nabi dan wali,147 bahkan merupakan amalan yang tidak asing

lagi dalam kehidupan masyarakat terdahulu.148

Firman Allah s.w.t.:

قالوا ياذا القرنـني إن يأجوج ومأجوج مفسدون يف األرض فـهل جنعل لك خرجا على نـهم سدا نـنا وبـيـ أن جتعل بـيـ

Surah al-Kahf 18: 94

Maksudnya: “Mereka berkata: “Wahai Dhu al-Qarnain,sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj sentiasa melakukan kerosakandi bumi. Oleh itu, setujukah kamu kiranya kami menentukan sejumlahbayaran kepadamu (daripada hasil pendapatan kami) dengan syaratengkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”149

144 Ibid., 1008-1009.145 Shar‘ man qablana (syariat terdahulu) bukanlah asas perundangan yang disepakati di kalanganusuliyyin dan fuqaha’. Majoriti fuqaha’ Hanafi dan Maliki, sebahagian fuqaha’ Shafi‘i dan riwayat yangmuktabar dalam madhhab Hanbali berpandangan jika ia diiktiraf oleh asas-asas perundangan yangdisepakati serta tidak dinasakhkan hukumnya, maka ia merupakan suatu syariat terhadap umat NabiMuhammad s.a.w., manakala pandangan kedua yang terdiri daripada pandangan yang rajih dalammadhhab Shafi‘i dan satu riwayat dalam madhhab Hanbali menyatakan sebaliknya.Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 15:74; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:173; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 5:105;Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 9:4; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 5:371; Abu Hamid Muhammad b.Muhammad b. Muhammad b. al-Ghazali, al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul (Madinah: al-Jami‘ah al-Islamiyyah, 1413H), 2:435-449; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:122; Wahbah al-Zuhayli,Usul al-Fiqh al-Islami (Damsyik: Dar al-Fikr, 1986), 2:842-849; ‘Abd al-Karim Zaydan, al-Wajiz fi Usulal-Fiqh (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), 263-266; ‘Abd Allah Yusuf al-Juday‘, Taysir ‘Ilm Usul al-Fiqh (Beirut: Muassasah al-Rayyan, 1997), 167-171.146 Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 13:179.147 Ibid., 11:23.148 Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 32.149 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 741.

Page 40: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

69

Firman Allah s.w.t.:

نـيا ورفـعنا بـعضهم نـهم معيشتـهم يف احلياة الد أهم يـقسمون رمحة ربك حنن قسمنا بـيـر مما جيمعون فـوق بـعض درجات ليتخذ بـعضهم بـعضا سخريا ورمحة ربك خيـ

Surah al-Zukhruf 43: 32

Maksudnya: “(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?)Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkarakeruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmatTuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasadalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja?Mereka tidakingkarkan). Kami membahagi-bahagikan antara mereka segalakeperluan hidup mereka dalam kehidupan ini, (setengahnya Kamijadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kamitelah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi daripada darjatsetengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian daripadamereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannyadaripada (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu(yang meliputi kebahagian dunia dan akhirat) adalah lebih baikdaripada kebendaan dan keduniaan semata-mata yang merekakumpulkan.” 150

Dalam ayat-ayat di atas pula, tiada sebarang perkataan yang merujuk secara

langsung kepada al-ijarah. Walau bagaimanapun, menurut Ibn ‘Abbas r. ‘anhuma,

perkataan (خرجا) yang disebut dalam Surah al-Kahf bermaksud ganjaran yang lumayan

iaitu mereka ingin mengumpulkan harta benda mereka untuk diserahkan kepada Dhu al-

Qarnain sebagai balasan jika beliau dapat mendirikan tembok-tembok pemisah di antara

mereka dan Ya’juj dan Ma’juj.151 Al-Sarkhasi pula menjelaskan bahawa ayat ليتخذ )

menggambarkan keharusan (بـعضهم بـعضا سخريا al-ijarah di mana ia bermaksud

kemudahan yang diperolehi daripada upah sesuatu pekerjaan.152

150 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 1306-1307.151 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 9:191-192.152 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 15:74.

Page 41: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

70

Firman Allah s.w.t.:

عروف لمتم ما آتـيتم باملوإن أردمت أن تستـرضعوا أوالدكم فال جناح عليكم إذا س واتـقوا الله واعلموا أن الله مبا تـعملون بصري

Surah al-Baqarah 2: 233

Maksudnya: “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusukepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamuserahkan (upah) yang kamu patut beri itu dengan cara yang patut.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnyaAllah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”153

Firman Allah s.w.t.:

أسكنوهن من حيث سكنتم من وجدكم وال تضاروهن لتضيـقوا عليهن وإن كن أوالت محل فأنفقوا عليهن حىت يضعن محلهن فإن أرضعن لكم فآتوهن أجورهن

نكم مبعروف وإن تـعاسرمت فستـرضع له أخرىوأمتروا بـيـ

Surah al-Talaq 65: 6

Maksudnya: “Tempatkanlah (isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya)itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu danjanganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempattinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka(supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika merekaberkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada merekanafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, makaberikanlah kepada mereka upahnya, dan berundinglah di antarakamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan(sebaliknya) jika kamu (daripada kedua pihak) mengalami kesulitan,maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”154

Kedua-dua ayat di atas pula secara jelas menggambarkan bahawa pemberian

upah terhadap penyusuan bayi adalah sesuatu yang diharuskan.155 Ia telah diamalkan

secara berleluasa sejak sebelum kedatangan Islam lagi dan contoh yang paling jelas

dalam permasalahan ini ialah Halimah binti Abu Dhu’ayb daripada Bani Sa‘ad b. Bakr,

153 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 91.154 Ibid., 1526-1527.155 Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 5:71-76; al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 4:123-125 dan 21:55-57; Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an Al-‘Azim, 2:377.

Page 42: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

71

ibu susuan Rasulullah s.a.w..156 Menurut al-Shafi‘i, ayat-ayat di atas merupakan

petunjuk yang cukup jelas terhadap pengharusan upah ke atas penyusuan bayi dan

sebarang permasalahan yang seumpama dengannya.157

Secara umumnya, keseluruhan ayat di atas memberikan gambaran bahawa al-

ijarah adalah suatu bentuk muamalah yang diharuskan dalam Islam. Ia telah

digambarkan secara isharat al-nas kecuali dalam ayat 6, Surah al-Talaq. Dalam ayat

tersebut, ia merupakan ‘ibarat al-nas di mana pengertiannya dapat difahami

berdasarkan bentuk ayat dan ia merupakan maksud yang dikehendaki daripada konteks

nas tersebut.158

2.3.2.2 Daripada al-Sunnah

Dalam sebuah hadith qudsi yang telah diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a.,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

ثالثة أنا خصمهم يـوم القيامة: رجل أعطى يب مث غدر ورجل باع حرا فأكل مثنه منه ومل يـوفه أجره ورجل استأجر أجريا فاستـوىف

Maksudnya: “Tiga golongan manusia yang menjadi musuh-Ku di HariKiamat: lelaki yang bersumpah dengan-Ku tentang sesuatu, kemudianmelanggar sumpah tersebut, lelaki yang menjual orang yang merdeka,kemudian makan daripada keuntungan jualan tersebut dan lelaki yangmengupah pekerja dan pekerja tersebut melaksanakan tugasnyasedang dia tidak membayar upahnya.”159

156 Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah (Syria: Maktabah al-Turath al-Islami, 1978), 1:167-174.157 Al-Shafi‘i, al-‘Umm, 5:43-44.158 Khallaf, ‘Ilm Usul al-Fiqh, 143-153.159 Riwayat al-Bukhari, Ibn Majah dan Al-Bayhaqi.Ibn Majah dan al-Bayhaqi meriwayatkan hadith tersebut tanpa menyatakan keistimewaannya sebagaihadith qudsi serta menggunakan lafaz yang sedikit berbeza. Al-Albani mengklasifikasikan hadith yangdiriwayatkan oleh Ibn Majah sebagai da‘if disebabkan salah seorang perawinya ialah Yahya b. Sulaim.Al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih, 2:120-121 (Kitab al-Buyu‘, Bab Ithm man Ba‘a Hurran, no. hadith 2227),2:133 (Kitab al-Ijarah, Bab Ithm man Mana‘a Ajr al-Ajir, no. hadith 2270); Ibn Majah, Sunan Ibn Majah,417 (Kitab al-Ruhun, Bab Ajr al-Ajra’, no. hadith 2442); al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 6:200 (Kitab al-Ijarah, Bab Ithm man Mana‘a al-Ajir Ajrahu, no. hadith 11657-11658).

Page 43: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

72

Dalam sebuah hadith, ‘Aisyah r. ‘anha telah meriwayatkan perihal hijrah

Rasulullah s.a.w.. Antaranya beliau berkata:

يل وهو من بين استأجر رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم وأبو بكر رجال من بين الدوهو على دين كفار قـريش –اهر باهلداية واخلريت امل–ا خريتا عدي هادي ن عبد ب

لتـيهما وواعداه غار ثور بـعد ثالث ليال فآتامها براحلتـيهما صبح ثالث فدفـعا إليه راح

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr r.a. telah mengupahseorang lelaki daripada Bani al-Dil. Dia berasal daripada Bani ‘Abdb. ‘Adi, merupakan seorang penunjuk jalan yang mahir tetapi masihbelum memeluk Islam (kekal dengan agama kafir Quraish). Merekaberdua kemudiannya menyerahkan tunggangan mereka kepadanyadan berjanji untuk bertemu di Gua Thur selepas tiga malam. Makadia pun datang kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan AbuBakr r.a. pada subuh hari ketiga bersama dengan dua tungganganmereka.”160

Dalam sebuah hadith, Ibn ‘Abbas r. ‘anhuma telah berkata:

احتجم النيب صلى اهللا عليه وسلم وأعطى احلجام أجره

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. telah berbekam dan baginda s.a.w.memberikan kepada pembekam tersebut upahnya.”161

Menurut al-Nawawi, hadith di atas menggambarkan bahawa hukum upah atau

sebarang bentuk bayaran yang diterima daripada pekerjaan al-mu‘alajah (berubat)

adalah harus. Jika ia tidak diharuskan, nescaya Rasulullah s.a.w. tidak membayar upah

kepada pembekam tersebut.162

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

أعطوا األجري أجره قـبل أن جيف عرقه

160 Al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih, 2:130-131 (Kitab al-Ijarah, Bab Isti’jar al-Musyrikin ‘ind al-Darurah..., no. hadith 2263), 2:131 (Kitab al-Ijarah, Bab idha Ista’jara Ajiran Liya‘mal lahu ..., no. hadith 2264),3:69 (Kitab Manaqib al-Ansar, Bab Hijrah al-Nabi wa Ashabih ila al-Madinah, no. hadith 3905).161 Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah.Al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih, 2:137 (Kitab al-Ijarah, Bab Kharaj al-Hajjam, no. hadith 2278-2279);Muslim, Sahih Muslim, 3:1205 (Kitab al-Musaqah, Bab Hill Ujrat al-Hijamah, no. hadith 65); Ibn Majah,Sunan Ibn Majah, 372-373 (Kitab al-Tijarat, Bab Kasb al-Hajjam, no. hadith 2162-2164). Al-Albanimengklasifikasikan kesemua hadith dalam bab tersebut sebagai sahih.162 Abu Zakariyya Muhy al-Din b. Sharaf al-Nawawi, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi (Mesir: al-Matba‘ah al-Misriyyah, 1929), 10:233 dan 242.

Page 44: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

73

Maksudnya: “Berikanlah kepada orang yang bekerja itu upahnyasebelum peluhnya mengering.”163

Berdasarkan hadith-hadith di atas, Allah s.w.t. bukan sahaja mengharuskan al-

ijarah, bahkan Dia menzahirkan kemurkaan-Nya terhadap golongan yang melakukan

pengkhianatan dalam kontrak tersebut. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah melibatkan diri

dalam al-ijarah serta memberikan peringatan kepada majikan agar menyegerakan

pembayaran upah sebaik sahaja sesuatu pekerjaan itu sempurna dilaksanakan.

Secara umumnya, keseluruhan hadith di atas memberikan gambaran bahawa al-

ijarah adalah suatu bentuk muamalah yang diharuskan dalam Islam. Ia telah

digambarkan dalam pelbagai bentuk hadith sama ada yang bersifat qawli, fi‘li dan juga

taqriri.

Selain itu, terdapat banyak lagi hadith yang boleh dijadikan asas perundangan

kepada al-ijarah seperti dalam “Kitab Al-Ijarah”, satu bab khusus yang menghimpunkan

pelbagai hadith yang berkaitan dengan al-ijarah oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi. 164

2.3.2.3 Daripada al-Ijma‘

Keharusan al-ijarah telah diterima oleh keseluruhan umat Islam secara ijma‘. Ia

telah diamalkan sejak zaman jahiliyyah, merentasi ‘ahd al-tashri‘ dan seterusnya

diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat r. ‘anhum dan fuqaha’ di sepanjang masa

dan di seluruh pelusuk dunia termasuklah al-Kasani, Ibn Rushd, al-Shafi‘i, al-Mundhir,

Ibn Qudamah dan ramai lagi.165

Namun demikian, terdapat juga beberapa pandangan yang menyatakan

sebaliknya seperti Abu Bakr al-Asam, Isma‘il b. ‘Ulayyah, al-Hasan al-Basri, al-

163 Riwayat Ibn Majah. Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, 417 (Kitab al-Ruhun, Bab Ajr al-Ajra’, no. hadith2443). Al-Albani mengklasifikasikan hadith tersebut sebagai sahih; al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 6:200(Kitab al-Ijarah, Bab Ithm man Mana‘a al-Ajir Ajrahu, no. hadith 11659).164 Al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sahih, 2:130-138; al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 6:193-211.165 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:174; Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 9:4; Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:220; al-Shafi‘i, al-‘Umm, 5:44; al-Mundhir, al-Ijma‘, 144; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,15:253; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:427; Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:229.

Page 45: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

74

Qashani, al-Nahrawani dan Ibn Kisan.166 Pandangan-pandangan ini kemudiannya telah

disanggah oleh fuqaha’ dengan mengemukakan beberapa dalil dan huraian yang lebih

mendalam. Menurut Ibn Rushd, walaupun manfaat tidak dapat diserahkan pada waktu

kontrak dilaksanakan, kebiasaannya, ia akan disempurnakan selepas waktu itu. Menurut

hukum syara‘, manfaat dinilai berdasarkan sama ada ia dapat disempurnakan secara

kebiasaannya atau kadar penyempurnaannya adalah sama di antara dapat

disempurnakan atau sebaliknya.167 Ibn Qudamah pula menyatakan bahawa ia

merupakan kesilapan dan kesalahan yang tidak menjejaskan ijma‘ yang telah sekian

lama diputuskan oleh fuqaha’ terdahulu.168

2.3.2.4 Dalil Akal (Logik)

Al-ijarah adalah suatu kontrak yang memberikan kemudahan dan kesenangan

dalam kehidupan manusia. Kemampuan manusia untuk memenuhi setiap keperluan

dalam kehidupan mereka adalah begitu terbatas. Setiap individu memerlukan di antara

satu sama lain agar kehidupan dapat berjalan dengan sempurna.169

Seseorang yang memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah sekalipun, tidak

mungkin memiliki semua barangan yang ingin dimilikinya. Apatah lagi jika dia seorang

yang miskin dan tidak berharta. Dia bukan sahaja tidak dapat memiliki barangan

tersebut, bahkan jauh sekali memperolehi manfaat daripada sesuatu yang bukan

miliknya, sedangkan keperluan kepada kedua-duanya adalah begitu penting dalam

kehidupan manusia.

Seorang majikan pula memerlukan pekerja yang mahir dan berpengalaman. Dia

memiliki harta kekayaan, namun tidak memiliki sebarang kemahiran atau pengalaman

dalam bidang yang ingin diceburinya. Begitulah juga sebaliknya, seorang pekerja mahir

166 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:174; Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar, 9:4-5; Ibn Qudamah, al-Mughni,8:6; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:730; Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 35.167 Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid, 2:220.168 Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:6.169 Ibn Khaldun, Muqaddimah, 33.

Page 46: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

75

dan berpengalaman memerlukan kepada pekerjaan kerana dia tidak memiliki harta

kekayaan atau modal yang mencukupi untuk mengembangkan kemahiran dan

pengalaman tersebut secara bersendirian. Namun demikian, ia bukanlah merupakan

suatu kewajipan sama ada kepada majikan untuk memberikan hartanya atau pekerja

untuk melaksanakan sebarang bentuk pekerjaan secara percuma tanpa mengharapkan

sebarang bentuk ganjaran. Justeru itulah, Allah s.w.t. telah mengharuskan al-ijarah. Ia

selari dengan asas pensyariatan kepada pelbagai bentuk kontrak iaitu memenuhi

keperluan kehidupan manusia.170 Di samping itu, al-ijarah juga merupakan salah satu

instrumen yang diharuskan oleh Allah s.w.t. bagi manusia mencari rezeki dalam

kehidupan mereka.171

2.3.3 Rukun dan Syarat al-Ijarah

2.3.3.1 Rukun-rukun al-Ijarah

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan rukun-rukun al-ijarah.

Majoritinya menyatakan bahawa ia terdiri daripada empat perkara iaitu:172

i. Al-‘aqidan

ii. Al-sighah

iii. Al-ujrah (sewa atau upah)

iv. Al-manfa‘ah (manfaat).

Madhhab Hanafi pula membataskan permasalahan tersebut kepada satu rukun

sahaja iaitu al-sighah.173 Walau bagaimanapun, perselisihan pendapat di atas hanyalah

170 Al-Sarkhasi, al-Mabsut, 15:75; al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:174; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj,2:427.171 Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:6.172 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:2; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,15:253; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:247-252; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:427; al-Ramli,Nihayat al-Muhtaj, 5:262; al-Qalyubi dan ‘Umayrah, Hashiyatan al-Qalyubi wa ‘Umayrah, 3:67; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 235; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; ‘Abd al-Bar,ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 326.173 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:174; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 5:105; Nizam al-Din et al., al-Fatawa al-Hindiyyah, 4:409.

Page 47: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

76

khilaf lafzi semata-mata di mana al-ijarah tidak mungkin berlaku jika kesemua perkara

di atas tidak digabungkan secara bersama.174

i. Al-‘aqidan

Dalam al-ijarah, terdapat dua pihak yang berkontrak. Satu pihak di namakan

sebagai al-muajjir (pemilik perkhidmatan atau manfaat) dan satu pihak lagi dinamakan

sebagai al-musta’jir (penyewa).

Secara umumnya, syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh al-muajjir dan al-

musta’jir adalah sama sepertimana syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh al-‘aqidan

dalam jual beli biasa iaitu:

1. Al-‘aqil

Dalam al-ijarah, pihak yang berkontrak hendaklah seorang yang berakal. Syarat

ini telah diterima oleh fuqaha’ secara ijma‘.175 Berdasarkan syarat ini, kontrak yang

melibatkan orang gila dan kanak-kanak yang belum berakal adalah terbatal dan tidak

mendatangkan sebarang kesan di sisi syara‘.176

2. Al-baligh

Pihak yang berkontrak hendaklah seorang yang baligh. Syarat ini telah

dipersetujui oleh majoriti fuqaha’ kecuali madhhab Hanafi.177 Berdasarkan syarat ini,

kontrak yang melibatkan kanak-kanak yang sudah berakal atau mumayyiz tetapi belum

mencapai usia baligh adalah terbatal dan tidak sah.178

174 Wizarah al-Awqaf, al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah, 1:254.175 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:176; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:174, 181 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428;Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:7; Ibn Qudamah, al-Kafi,3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463 dan 3:230; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 327.176 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:176; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:174, 181 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428;Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:7; Ibn Qudamah, al-Kafi,3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463 dan 3:230; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 327.177 Ibid.178 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,9:174, 181 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:7; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘,2:463 dan 3:230; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 327.

Page 48: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

77

Permasalahan ini telah dibincangkan secara mendalam dalam bahagian terdahulu

dan sekali lagi penulis cenderung untuk menyatakan bahawa pandangan al-Bahuti

adalah lebih tepat dan mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Menurut

al-Bahuti, kontrak yang melibatkan kanak-kanak yang mumayyiz dan al-safih adalah sah

jika ia disertakan dengan keizinan daripada wali kedua-duanya. Begitu juga jika ia

melibatkan sesuatu yang kurang bernilai dan kurang berharga walaupun tanpa keizinan

wali.179 Ini bermakna keabsahan kontrak tersebut bukanlah secara mutlak, tetapi

bergantung kepada kebenaran wali. Jika kontrak tersebut dipersetujui, maka ia adalah

sah dan jika sebaliknya, maka ia adalah terbatal. Permasalahan ini juga turut dianalisis

oleh Hamid Hasan Mirah dan beliau telah mentarjihkan pandangan yang sama.180

3. Al-rushd

Pihak yang berkontrak hendaklah seorang yang memiliki sifat al-rushd. Syarat

ini telah dipersetujui oleh majoriti fuqaha’ kecuali madhhab Hanafi dan sebahagian

fuqaha’ Maliki.181 Berdasarkan syarat ini, kontrak yang melibatkan al-mahjur ‘alayh

seperti al-safih adalah terbatal dan tidak mendatangkan sebarang kesan di sisi syara‘.182

Madhhab Hanafi dan sebahagian fuqaha’ Maliki pula berpandangan ia merupakan

syarat luzum di mana kontrak yang dilaksanakan oleh al-safih tidak akan terlaksana

melainkan setelah mendapat kebenaran wali.183

4. Al-rida

Pihak yang berkontrak hendaklah seorang yang melaksanakan kontrak dalam

keadaan al-rida. Ia merupakan syarat yang telah diterima oleh fuqaha’ secara ijma‘ dan

179 Al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463.180 Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 105-106.181 Al-Marghinani, al-Hidayah, 3:315-316; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 5:372-374; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:174, 181 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:262; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463 dan 3:230.182 Al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 5:372-374; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:174, 181 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428;al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:262; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:7; al-Bahuti, Kashshafal-Qina‘, 2:463 dan 3:230.183 Al-Marghinani, al-Hidayah, 3:315-316; al-Qarrafi, al-Dhakhirah, 5:372-374; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244.

Page 49: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

78

syarat yang perlu dipenuhi dalam semua bentuk ‘uqud al-mu‘awadat (kontrak

pertukaran) termasuklah al-ijarah. Berdasarkan syarat ini, kontrak yang melibatkan

paksaan adalah terbatal dan tidak sah.184

5. Al-walayah (hak penguasaan ke atas harta).

Pihak yang berkontrak mestilah memiliki al-walayah ke atas subjek kontrak. Ia

boleh berlaku dalam beberapa keadaan di mana seseorang itu memiliki sesuatu

barangan dan manfaat secara keseluruhan ataupun dia diberikan keizinan untuk

menguruskannya sama ada sebagai pemilik manfaat sahaja di mana dia merupakan al-

musta’jir atau al-musta‘ir (peminjam) atau wakil yang diberikan kuasa untuk

menguruskan manfaat atau al-hakim yang mempunyai al-walayah ke atas manfaat dan

beberapa keadaan lain yang dibenarkan oleh syara‘.185

Selain syarat-syarat di atas, madhhab Shafi‘i turut menambah satu lagi syarat

iaitu al-basar (daya penglihatan).186

Berdasarkan huraian-huraian di atas, penulis berpandangan syarat-syarat yang

perlu dipenuhi oleh al-muajjir dan al-musta’jir hanya terdiri daripada tiga perkara

sahaja iaitu al-‘aqil, al-rushd dan al-rida. Hal ini demikian kerana syarat al-baligh dan

al-basar adalah terlalu ketat dan sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Ia

mendatangkan kesukaran bagi seseorang yang berakal serta memiliki kecerdikan dan

kepintaran yang selayaknya tetapi belum mencapai usia baligh atau tidak mempunyai

daya penglihatan. Apatah lagi, impak daripada syarat-syarat tersebut adalah amat besar

di mana sebarang bentuk kontrak yang dilaksanakan oleh mereka adalah terbatal dan

184 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:179; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘,9:174, 185-189 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj,5:262; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:8; Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:7; Ibn Qudamah, al-Kafi, 3:6; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:463 dan 3:230; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah,327.185 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:177; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:270-271; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:280; Hamid Hasan Mirah, Sukuk al-Ijarah, 109-110.186 Al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:174 dan 15:255; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:12 dan 428;Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:9.

Page 50: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

79

tidak sah. Namun demikian, syarat baligh tidak boleh diabaikan sama sekali

terutamanya dalam kontrak yang melibatkan barang bernilai dan berharga.

Sehubungan dengan itu, penulis sekali lagi mencadangkan agar syarat ini hanya

dikenakan dalam kontrak yang melibatkan barang bernilai dan berharga sahaja atau

pandangan al-Bahuti diguna pakai.

Syarat al-walayah pula ialah syarat yang hanya perlu dipenuhi oleh al-muajjir

sahaja tanpa melibatkan al-musta’jir.

ii. Al-sighah

Fuqaha’ secara ijma‘ menyatakan bahawa al-sighah ialah rukun utama dalam al-

ijarah.187 Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu al-ijab dan al-qabul188 dan boleh

berlaku dalam dua keadaan iaitu sarih dan kinayah.189 Dalam al-ijarah, lafaz al-ijab

secara sarih ialah: “ أجرتك” atau “ أكريـتك” yang bermaksud: “aku memberi sewa kepada

kamu” dan lafaz al-qabul memadai dengan berkata: “aku terima”, manakala lafaz al-

ijab secara kinayah ialah: “tinggallah di rumahku ini selama sebulan dengan harga

sekian” atau “aku serahkan manfaat rumahku ini kepada kamu dengan harga sekian”.190

187 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:174; al-Zayla‘i, Tabyin al-Haqaiq, 5:105; Ibn ‘Abidin, Radd al-Muhtar,9:6; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244; al-Ghazali, al-Wajiz, 1:405; al-Rafi‘i, al-‘Aziz, 6:79; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 15:253; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:247-248; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:427; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:262; al-Qalyubi dan ‘Umayrah,Hashiyatan al-Qalyubi wa ‘Umayrah, 3:67; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:561; Salih al-Kuzah Yanki,Tuhfat al-Talibin, 235; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; ‘Abd al-Bar, Ahkam Al-Mu‘amalat Al-Maliyyah, 327.188 Al-Musili, al-Ikhtiyar, 2:4; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:190; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:6-7;al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:286; Ibn Qudamah, Al-Mughni, 6:7; al-Bahuti, Kashshaf Al-Qina‘, 2:459;Wizarah al-Awqaf, al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah, 9:11; Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, 4:347.189 Al-Musili, al-Ikhtiyar, 2:4; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:9; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:286;Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; Ibn Qudamah, al-Mughni, 6:7; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:459.190 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 4:174; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Ghazali, al-Wajiz, 1:405; al-Rafi‘i, al-‘Aziz, 6:79-82; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 15:255; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:247-248; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:428; al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 5:262; al-Qalyubi dan ‘Umayrah, Hashiyatan al-Qalyubi wa ‘Umayrah, 3:67; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:286; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 235; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 327.

Page 51: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

80

Fuqaha’ juga telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipenuhi ketika

mana al-ijab dan al-qabul berlangsung iaitu:

1. Penggunaan lafaz yang jelas dan terang

Al-ijab dan al-qabul hendaklah disebut dengan jelas dan terang oleh setiap pihak

yang berkontrak sehingga didengari, diketahui dan difahami dengan sebaik-baiknya

oleh setiap pihak yang terlibat kecuali disebabkan beberapa keuzuran seperti bisu,

pekak, contracts inter absentes dan yang seumpama dengannya.

2. Ittihad al-majlis

Al-ijab dan al-qabul hendaklah berlangsung dalam satu majlis dan secara terus-

menerus tanpa sebarang pemisah yang keterlaluan. Keberadaan dalam satu majlis

adalah mustahak agar setiap pihak yang berkontrak mendengar, mengetahui dan

memahami dengan sebaik-baiknya keseluruhan lafaz yang disebutkan dalam majlis

tersebut.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, syarat ini bukan sekadar

mempunyai kaitan dengan hukum khiyar al-majlis semata-mata, bahkan ia juga

mempunyai kaitan dengan keberkatan sesuatu kontrak yang dilaksanakan. Oleh sebab

itu, syarat ini hendaklah diberikan perhatian yang sewajarnya dan tidak selayaknya

dipandang enteng memandangkan ia melibatkan keberkatan sesuatu kontrak.

Ruangan majlis al-‘aqd juga seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin

bukan sekadar untuk mendengar, mengetahui dan memahami dengan sebaik-baiknya

keseluruhan lafaz yang disebutkan dalam majlis, bahkan untuk mengetahui, memahami,

mendalami dan bersoal jawab mengenai sebarang terma dan syarat yang berkaitan

dengan kontrak yang akan dimeteraikan. Dengan kewujudan sesi majlis al-‘aqd

seumpama ini, barulah ia menjadi kontrak yang sempurna, sah bahkan mendapat

keberkatan daripada Allah s.w.t..

Page 52: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

81

3. Muwafaqat al-ijab wa al-qabul

Al-ijab dan al-qabul hendaklah serasi di antara satu sama lain. Sebagai contoh,

al-muajjir berkata: “aku memberi sewa rumah ini kepada kamu dengan harga sekian”

dan dijawab oleh al-musta’jir: “aku terima”. Jika jawapan yang diberikan bertentangan

dengan lafaz pertama seperti: “aku beli harta tersebut” atau “aku terima hadiah

tersebut”, maka kontrak tersebut adalah tidak sah.191

iii. Al-ujrah

Fuqaha’ telah menetapkan beberapa syarat dalam permasalahan al-ujrah iaitu:

1. Sewa atau upah hendaklah diketahui dengan jelas oleh setiap

pihak yang berkontrak dari sudut kadar, jenis dan sifat

pembayaran.192

Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Abi Sa‘id al-Khudri r.a.,

beliau berkata:

له أجره أن رسول اهللا نـهى عن استئجار األجري حىت يـبـني

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. telah melarang daripada pengambilan(pengupahan) seorang pekerja sehinggalah diberitahu kepadanyasewa atau upahnya.”193

2. Sewa atau upah hendaklah mempunyai nilai yang diiktiraf oleh

syara‘ dari sudut kesucian, manfaat dan keharusan.194

3. Sewa atau upah berada dalam keadaan boleh diserahkan.195

191 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:136; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Nawawi et al., al-Majmu‘, 9:200; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:247-248; al-Sharbini,Mughni al-Muhtaj, 2:11; al-Bujayrimi, al-Bujayrimi, 3:288; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 2:459; Mustafaal-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:123; al-Kibbi, al-Mu‘amalat, 52-56.192 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:193; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:249; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:430; Salih al-KuzahYanki, Tuhfat al-Talibin, 237; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:131; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:233; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 339.193 Riwayat Ahmad dan al-Bayhaqi.Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, 10:215 dan 224 (Musnad Abi Sa‘id al-Khudri, no. hadith 11592 dan11616); al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, 6:198 (Kitab al-Ijarah, Bab la Tazuj al-Ijarah hatta takunMa‘lumah, no. hadith 11652).194 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:193; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik,2:244; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:248-251; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:431; Salih al-KuzahYanki, Tuhfat al-Talibin, 239; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:130.

Page 53: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

82

iv. Al-manfa‘ah

Fuqaha’ juga telah menetapkan beberapa syarat dalam permasalahan al-

manfa‘ah iaitu:

1. Manfaat hendaklah diketahui dengan jelas oleh setiap pihak yang

berkontrak dari sudut kedudukan (tempat), sifat dan kadar

manfaat.

2. Manfaat hendaklah mempunyai nilai dan objektif yang diiktiraf

oleh syara‘.

3. Manfaat berada dalam keadaan boleh diserahkan atau mampu

disempurnakan.

4. Manfaat tidak menyebabkan kerosakan atau kemusnahan kepada

subjek kontrak.

5. Manfaat bukanlah sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan

kepada al-musta’jir seperti solat, puasa dan yang seumpama

dengannya.196

195 Al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghat al-Salik, 2:244; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin,4:251; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:430; Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 238-240; Mustafaal-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:131.196 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 5:179-180 dan 192; al-Dusuqi, Hashiyat al-Dusuqi, 4:3; al-Sawi, Bulghatal-Salik, 2:244; al-Nawawi, Rawdah al-Talibin, 4:252-263; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:431-444;Salih al-Kuzah Yanki, Tuhfat al-Talibin, 240-41; Mustafa al-Khin et al., al-Fiqh al-Manhaji, 3:124-127;al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:230; ‘Abd al-Bar, Ahkam al-Mu‘amalat al-Maliyyah, 327-330.

Page 54: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

83

2.4 Musharakah Mutanaqisah Dalam Sistem Muamalah Islam

2.4.1 Definisi Musharakah Mutanaqisah

2.4.1.1 Dari Sudut Bahasa

Musharakah dari sudut bahasa bermaksud penglibatan beberapa pihak (مشاركة )

dalam perbuatan perkongsian, persekutuan,197 syarikat atau perniagaan bersama.198 Ia

lahir daripada kata kerja )شرك يشرك ( yang bermaksud percampuran di antara dua

individu yang bersekutu199 atau percampuran dua bahagian atau lebih di mana kedua-

dua bahagian tersebut tidak dapat dibezakan dan diasingkan di antara satu sama lain.200

Mutanaqisah ,pula dari sudut bahasa bermaksud berkurangan (متـناقصة ) menjadi

sedikit atau mengecil.201 Ia dibina di atas acuan mutaf‘a‘ilah daripada kata ,(متـفاعلة )

kerja ( يـنـقص نـقص ), seterusnya menjadi ( يـتـناقص تـناقص ), yang bermaksud semakin

berkurangan sedikit demi sedikit, menjadi semakin sedikit satu demi satu202 atau terus

berkurangan secara timbal balik.203

Berdasarkan beberapa definisi di atas, musharakah mutanaqisah dari sudut

bahasa bermaksud perkongsian yang semakin berkurang204 atau perkongsian yang

semakin menurun.

197 Al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi, 1:320.198 Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah, al-Mu‘jam al-Wasit, 1:499-500; Ruhi Ba‘albaki, al-Mawrid, 668;Mohd Khairi et al., al-Miftah, 1014.199 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 4:2248.200 Ibn Faris, Mu‘jam Maqayis al-Lughah, 3:265; Dar al-Mashriq, al-Munjid, 384.201 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 6:4523; Dar al-Mashriq, al-Munjid, 832; Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah, al-Mu‘jam al-Wasit, 2:983; al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi, 1:341; Ruhi Ba‘albaki, al-Mawrid, 1187.202 Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah, al-Mu‘jam al-Wasit, 2:983.203 Abdul Rashid Dail, Bank Islam (Selangor: Pustaka Rashfa Sdn. Bhd., 1994), 140.204 Laman sesawang BNM, dicapai 13 Oktober 2013,http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2007/cp03_rencana_02.pdf.

Page 55: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

84

2.4.1.2 Dari Sudut Istilah

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam memberikan definisi musharakah

mutanaqisah dari sudut istilah. Ia juga turut dikenali sebagai musharakah muntahiyah bi

al-tamlik (perkongsian yang berakhir dengan pemilikan)205 dan dalam beberapa bentuk

tertentu yang akan dibincangkan selepas ini mudarabah muntahiyah bi al-tamlik

(pelaburan yang berakhir dengan pemilikan).206

BNM mendefinisikan musharakah mutanaqisah sebagai suatu bentuk

perkongsian apabila salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan

rakan kongsi yang lain sehingga ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian.207

Suruhanjaya Sekuriti pula mendefinisikannya sebagai suatu bentuk akad

pensyarikatan, iaitu pihak pembiaya yang merupakan antara rakan kongsi, memberikan

hak kepada rakan kongsinya yang lain memiliki aset dengan sekali atau beberapa kali

pembayaran iaitu secara beransur-ansur berdasarkan kepada syarat-syarat yang

dipersetujui oleh kedua-dua pihak.208

Selain itu, terdapat beberapa lagi definisi musharakah mutanaqisah dari sudut

istilah.

Pertama, suatu bentuk perkongsian di mana salah satu rakan kongsi berjanji

untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur

sehinggalah ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian. Definisi ini diambil daripada

Majlis al-Ma‘ayir al-Shar‘iyyah.209

Kedua, suatu bentuk perkongsian di mana bank memberikan hak kepada rakan

kongsinya untuk mengambil alih kedudukannya dalam pemilikan dengan sekali atau

205 Muhammad Solah al-Sawi, Mushkilah al-Istithmar fi al-Bunuk al-Islamiyyah (Kaherah: Dar al-Wafa’,1990), 621; Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:388, 392 dan 517; ‘Uthman Shibir, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 291; Wahbah al-Zuhayli, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 436; Ab.Mumin, Sistem Kewangan Islam, 389; Suruhanjaya Sekuriti, Keputusan Majlis Penasihat SyariahSuruhanjaya Sekuriti Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti, 2006), 16.206 Al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 236.207 BNM, Resolusi Syariah, 59.208 Suruhanjaya Sekuriti (2006), Op. Cit..209 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:392.

Page 56: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

85

beberapa kali pembayaran mengikut syarat-syarat yang disepakati bersama. Definisi ini

telah dikemukakan oleh Amirah Mashhur dalam bukunya al-Istithmar fi al-Iqtisad al-

Islami.210

Ketiga, persepakatan dua pihak untuk mewujudkan shirkat al-milk di antara

keduanya dalam suatu projek atau hartanah atau pembinaan kilang atau selain itu di

mana ia berakhir dengan perpindahan hak pemilikan satu pihak kepada pihak yang lain

secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan beberapa kontrak jual beli yang

berasingan dan berturutan. Definisi ini telah dikemukakan oleh Nazih Hammad dalam

Persidangan Akademi Fiqh Islam ke-13.211

Keempat, penglibatan bank sebagai rakan kongsi pembiaya (secara sepenuhnya

atau sebahagiannya sahaja) dalam suatu projek yang dijangka mendatangkan

keuntungan berdasarkan persetujuan rakan kongsi yang lain bahawa bank memperolehi

peratusan tertentu daripada keuntungan bersih yang sebenar dengan haknya (bank)

untuk mengekalkan bahagian yang berbaki yang diperuntukkan kepada rakan kongsi

yang lain atau mana-mana bahagian daripada keuntungan yang disepakati sebagai

bayaran tebusan untuk memiliki bahagian pemilikan bank. Definisi ini diambil daripada

Undang-undang Bank Islam Jordan (Qanun al-Bank al-Islami al-Urduni).212

Kelima, suatu bentuk kontrak perkongsian di antara dua pihak terhadap objek

tertentu di mana kedua-dua pihak bersetuju yang salah satu pihak menjual bahagian

pemilikannya kepada pihak yang lain secara berperingkat-peringkat dengan

menggunakan beberapa kontrak jual beli yang berasingan dan berturutan. Dalam masa

yang sama, menyewakan objek tersebut kepada salah satu pihak atau pihak ketiga dan

keuntungannya dibahagikan mengikut bahagian pemilikan setiap pihak. Definisi ini

210 Ibid.; ‘Uthman Shibir, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 292; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyahal-Murakkabah, 231; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 33.211 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:393; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 232.212 ‘Abd al-Sattar Abu Ghuddah tidak menyatakan sumber definisi tersebut, manakala al-‘Imrani dan al-Kawamilah menyatakan bahawa ia diambil daripada Qanun al-Bank al-Islami al-Urduni, no. 13, per. 8,tahun 1978. Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:393; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 233; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 32.

Page 57: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

86

telah dikemukakan oleh ‘Ali Hasan al-Shadhili dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam

ke-13.213

Akademi Fiqh Islam pula mendefinisikan musharakah mutanaqisah sebagai

suatu bentuk perkongsian di antara dua pihak dalam suatu projek yang mendatangkan

keuntungan di mana salah satu pihak berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan

kongsi yang lain secara beransur-ansur sama ada pembelian tersebut diambil daripada

bahagian keuntungan pihak pembeli atau daripada sumber-sumber yang lain.214

Berdasarkan pemerhatian terhadap definisi-definisi di atas, al-‘Imrani

menyatakan bahawa definisi yang paling tepat bagi musharakah mutanaqisah ialah

definisi al-Shadhili.215 Al-Kawamilah pula menyatakan bahawa definisi yang paling

tepat ialah definisi Akademi Fiqh Islam. Walau bagaimanapun, beliau mencadangkan

beberapa penambahbaikan dilakukan agar definisi tersebut menjadi lebih sempurna iaitu

suatu bentuk perkongsian di antara dua pihak atau lebih dalam suatu projek yang

mendatangkan manfaat kebendaan di mana salah satu pihak berjanji untuk membeli

bahagian pemilikan yang berbaki sama ada pembelian tersebut diambil daripada

bahagian keuntungan pihak pembeli atau daripada sumber-sumber yang lain.216

Perselisihan pendapat di atas berlaku disebabkan oleh beberapa perkara.

Pertama, perbezaan pandangan dalam penentuan sama ada ia dibina di atas dasar shirkat

al-milk atau shirkat al-‘aqd. Kedua, perbezaan pandangan dalam penentuan objektif di

sebalik pembinaan kontrak tersebut sama ada ia merupakan instrumen pembiayaan dan

pelaburan di sebelah pihak atau instrumen pembiayaan dan pelaburan bagi kedua-dua

pihak. Ketiga, perbezaan pandangan dalam penentuan kontrak-kontrak yang terlibat

dalam kontrak tersebut.

213 Al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 233.214 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:645.215 Al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 233.216 Al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 36.

Page 58: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

87

Berdasarkan huraian-huraian di atas, penulis berpandangan definisi-definisi yang

telah dikemukakan oleh BNM dan Majlis al-Ma‘ayir al-Shar‘iyyah sudah boleh

diterima sebagai definisi musharakah mutanaqisah dari sudut istilah yang sempurna.

Definisi-definisi tersebut telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam

permasalahan al-ta‘rif iaitu bersifat dengan jami‘, mani‘, jelas, nyata dan terpelihara

daripada perkara-perkara yang mengelirukan,217 manakala definisi-definisi lain

mempunyai beberapa kelemahan terutamanya penggunaan istilah yang kurang tepat

seperti “pembiaya” dalam definisi Suruhanjaya Sekuriti, “dua pihak” dan “shirkat al-

milk” dalam definisi Nazih Hammad, “al-ijarah” dalam definisi al-Shadhili, “bank” dan

“keuntungan” dalam definisi Bank Islam Jordan dan sekali lagi “keuntungan” dalam

definisi Akademi Fiqh Islam serta al-Kawamilah.

Penulis menyatakan demikian kerana penulis berpandangan musharakah

mutanaqisah sebenarnya boleh berlaku dalam kedua-dua kategori sama ada shirkat al-

milk ataupun shirkat al-‘aqd. Jika objektif kontrak tersebut adalah sebagai instrumen

pembiayaan dan pelaburan di sebelah pihak sahaja, maka ia seharusnya tertakluk di

bawah hukum shirkat al-milk dan jika objektifnya adalah sebagai instrumen

pembiayaan dan pelaburan bagi kedua-dua pihak, maka ia seharusnya tertakluk di

bawah hukum shirkat al-‘aqd. Di samping itu, penentuan kontrak-kontrak yang terlibat

dalam musharakah mutanaqisah juga turut dipengaruhi oleh kedua-dua kategori di atas.

Sehubungan dengan itu, penulis mencadangkan definisi yang lebih tepat bagi

musharakah mutanaqisah dari sudut istilah adalah suatu bentuk perkongsian sama ada

secara pemilikan atau kontrak di mana salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli

bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain sehingga ia memiliki sepenuhnya objek

perkongsian.

217 Al-Ibrahimi, ‘Ilm al-Mantiq, 27-28.

Page 59: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

88

2.4.2 Pembentukan Musharakah Mutanaqisah

Musharakah mutanaqisah adalah sejenis ‘aqd al-murakkabah atau kontrak

hibrid. Ia bukanlah suatu kontrak yang dibina di atas mana-mana kontrak dalam sistem

muamalah Islam secara tunggal, sebaliknya suatu kontrak yang dibina di atas gabungan

beberapa kontrak yang diharuskan oleh syara‘ untuk membentuk suatu kontrak baru

sesuai dengan kehendak dan perubahan semasa.

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan bentuk musharakah

mutanaqisah. Sebahagian daripada bentuk-bentuk kontrak tersebut telah dikemukakan

dan diperakui dalam Persidangan Bank Islam pertama218 dan selebihnya pula telah

dikemukakan dan diperakui dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam ke-13 dan ke-15.219

Bentuk-bentuk yang dimaksudkan ialah:

i. Musharakah mutanaqisah bersama dengan janji pembelian atau bersifat

bebas

ii. Musharakah mutanaqisah dengan pembiayaan bersama

iii. Musharakah mutanaqisah dengan pemilikan saham

iv. Musharakah mutanaqisah dengan pembiayaan projek sedia ada

v. Musharakah mutanaqisah bersama dengan al-istisna‘

vi. Musharakah mutanaqisah bersama dengan al-ijarah

vii. Musharakah mutanaqisah dengan pembiayaan bank terhadap institusi-

institusi bersekutu

viii. Musharakah mutanaqisah bersama dengan al-mudarabah.

Bentuk pertama ialah bank bersetuju dengan pelanggan dalam penentuan kadar

sumbangan setiap pihak terhadap modal perkongsian dan syarat-syaratnya. Selepas

persetujuan di atas sempurna, bank menjual bahagian pemilikannya kepada pelanggan

218 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:414-415, 461-462, 523-524 dan 585-586; al-‘Imrani, al-‘Uqudal-Maliyyah al-Murakkabah, 233-235; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 53-55.219 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:525-526; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah,234-236; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 54-57.

Page 60: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

89

dalam satu kontrak lain yang berasingan. Pelanggan berhak menjual bahagiannya

kepada bank atau pihak lain dan begitu juga bank berhak menjual bahagiannya kepada

pelanggan atau pihak lain. Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah

mutanaqisah bersama dengan janji pembelian220 atau musharakah mutanaqisah bersifat

bebas.221

Bentuk kedua ialah bank bersetuju dengan pelanggan dalam perkongsian

pembiayaan (secara sepenuhnya atau sebahagiannya sahaja) terhadap suatu projek yang

dijangka memperolehi keuntungan. Perkongsian ini dibina di atas persetujuan bank

dengan pelanggan bahawa bank memperolehi nisbah tertentu daripada keuntungan

bersih yang sebenar dengan haknya (bank) untuk mengekalkan sebahagian baki

daripada keuntungan atau mana-mana bahagian daripada keuntungan yang telah

disepakati bersama untuk diserahkan kepada bank bagi menampung jumlah pembiayaan

bank ke atas projek. Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah mutanaqisah

dengan pembiayaan bersama.222

Bentuk ketiga ialah bank dan pelanggan menentukan kadar sumbangan setiap

pihak ke atas objek perkongsian dalam bentuk saham. Setiap pihak menerima

keuntungan daripada bahagian saham masing-masing dalam perkongsian. Jika

berkehendak, rakan kongsi boleh mengambil alih saham-saham pemilikan bank dalam

jumlah tertentu pada setiap tahun sehinggalah dia memiliki sepenuhnya objek

perkongsian. Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah mutanaqisah dengan

pemilikan saham.223

220 Al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 233-234.221 Al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 53.222 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:526; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 235; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 53-54.223 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:526; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 234; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 54.

Page 61: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

90

Ketiga-tiga bentuk kontrak di atas telah dikemukakan dan diperakui dalam

Persidangan Bank Islam yang pertama.224

Jadual 2.2Gambaran Asas Musharakah Mutanaqisah

Bentuk keempat ialah pelanggan memiliki sebuah projek sedia ada dan

menghadapi masalah kekurangan modal untuk meneruskan projek tersebut. Pelanggan

mengemukakan permasalahan tersebut kepada bank dan bank bersetuju untuk menjadi

rakan kongsi pelanggan dengan menyediakan peralatan atau keperluan yang

dikehendaki. Bank memperolehi keuntungan daripada bahagiannya dan sebahagian

yang lain bagi menampung jumlah pembiayaan bank ke atas projek. Kedua-dua pihak

bersetuju bahawa bank menjual bahagiannya kepada pelanggan dengan sekali

pembayaran atau beberapa kali pembayaran sehinggalah pelanggan memiliki

224 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah,1:414-415, 461-462, 523-524 dan 585-586; al-‘Imrani, al-‘Uqudal-Maliyyah al-Murakkabah, 233-235; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 53-55.

Page 62: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

91

sepenuhnya bahagian bank. Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah

mutanaqisah dengan pembiayaan projek sedia ada.225

Bentuk kelima ialah pelanggan memiliki sebidang tanah dan menghadapi

masalah kekurangan modal untuk membangunkan tanah tersebut. Pelanggan

mengemukakan permasalahan tersebut kepada bank dan bank bersetuju untuk membina

sebuah bangunan dengan menggunakan kontrak al-istisna‘. Bank dan pelanggan

bersama-sama mengeluarkan modal untuk pembinaan bangunan. Jika pelanggan

mengekalkan hak pemilikan tanah secara bersendirian, keuntungan dibahagikan di

antara kedua-dua pihak mengikut kadar yang disepakati bersama. Dalam keadaan ini,

pelanggan membayar kepada bank modal yang dikeluarkan oleh bank dengan sekali

pembayaran atau beberapa kali pembayaran, manakala bank pula tidak berhak untuk

memiliki sebarang keistimewaan kenaikan harga bangunan. Jika pelanggan

memasukkan sekali harga tanah dalam perjanjian, maka dia merupakan rakan kongsi

bank bagi tanah dan bangunan. Dalam keadaan ini, bank berhak menikmati

keistimewaan kenaikan harga bangunan, manakala pelanggan diberi pilihan sama ada

untuk menjual bangunan atau membelinya dengan harga pasaran. Musharakah ini

dinamakan sebagai musharakah mutanaqisah bersama dengan al-istisna‘.226

Bentuk keenam ialah bank bersetuju dengan pelanggan terhadap suatu projek di

mana pelanggan berjanji untuk menyewa objek perkongsian dalam suatu tempoh

tertentu dan dengan menggunakan ujrah al-mithl (kadar sewa yang setanding). Dalam

keadaan ini, sifat pelanggan adalah sebagai rakan kongsi dan penyewa. Jika kedua-dua

pihak memilih untuk membina perkongsian di atas dasar shirkat al-‘aqd, maka

keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan yang disepakati bersama, manakala jika

kedua-dua pihak memilih untuk membina perkongsian di atas dasar shirkat al-milk,

maka keuntungan dibahagikan mengikut bahagian masing-masing dalam perkongsian.

225 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:525; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 234; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 55.226 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:525; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 55-56.

Page 63: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

92

Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah mutanaqisah bersama dengan al-

ijarah.227

Jadual 2.3Gambaran Musharakah Mutanaqisah Bersama Dengan al-Ijarah

Bentuk ketujuh ialah bank bersekutu dengan bank lain dalam mengeluarkan

pembiayaan terhadap suatu projek di mana satu persetujuan awal dicapai iaitu salah satu

bank (bank-bank) menarik diri demi kepentingan rakan kongsi (rakan-rakan kongsi)

yang lain dan keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan yang disepakati bersama.

Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah mutanaqisah dengan pembiayaan bank

terhadap institusi-institusi bersekutu.228

Bentuk kelapan ialah bank bertindak sebagai pengeluar modal dan pelanggan

bertindak sebagai pengusaha sesuatu projek. Keuntungan dibahagikan mengikut

227 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:525-526; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah,235; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 57.228 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:525; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah, 235; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 56.

Page 64: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

93

persetujuan yang disepakati bersama disertakan dengan janji pemilikan projek daripada

bank. Musharakah ini dinamakan sebagai musharakah mutanaqisah bersama dengan al-

mudarabah.229

Kesemua bentuk kontrak di atas telah dikemukakan dan diperakui dalam

Persidangan Akademi Fiqh Islam ke-13 dan ke-15.230

Secara umumnya, keseluruhan bentuk musharakah mutanaqisah di atas

mengandungi sekurang-kurangnya dua kontrak utama iaitu al-shirkah dan al-bay‘. Ia

juga mengandungi satu elemen penting yang menghubungkan kedua-dua kontrak

tersebut iaitu al-wa‘d. Dalam beberapa keadaan tertentu, ia juga turut melibatkan

beberapa kontrak lain seperti al-istisna‘, al-ijarah dan al-mudarabah. Sehubungan

dengan itu, kesemua kontrak di atas adalah tertakluk kepada rukun dan syarat setiap

kontrak yang terlibat. Ini bermakna musharakah mutanaqisah bersama dengan al-

istisna‘ hendaklah mematuhi rukun dan syarat al-shirkah, al-bay‘ dan al-istisna‘,

manakala musharakah mutanaqisah bersama dengan al-ijarah hendaklah mematuhi

rukun dan syarat al-shirkah, al-bay‘ dan al-ijarah dan begitulah seterusnya.

Selain itu, penulis mengandaikan bahawa perkembangan bentuk-bentuk

musharakah mutanaqisah tidak akan berakhir dengan kelapan-lapan bentuk di atas,

sebaliknya akan ada beberapa ijtihad dan inovasi baru yang akan menyusul sesuai

dengan kehendak dan perubahan semasa. Dalam konteks kajian ini pula, bentuk kontrak

yang akan dibincangkan ialah bentuk keenam iaitu musharakah mutanaqisah bersama

dengan al-ijarah.

2.4.3 Hukum Musharakah Mutanaqisah

Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan keharusan musharakah

mutanaqisah. Majoritinya menerima keharusan kontrak tersebut selagi ia memenuhi

229 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:526; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 57.230 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:525-526; al-‘Imrani, al-‘Uqud al-Maliyyah al-Murakkabah,234-236; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 54-57.

Page 65: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

94

hukum-hukum al-musharakah serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Antaranya ialah Nazih Hammad,231 ‘Uthman Shibir,232 Wahbah al-Zuhayli,233 ‘Abd al-

Sattar Abu Ghuddah,234 Sano Koutoub Moustapha,235 ‘Ajil Jasim al-Nashmi,236

Muhammad Taqi Usmani,237 Jasim ‘Ali Salim al-Shamsi, Ahmad Muhyiddin Ahmad,

‘Ali Hasan al-Shadhili, ‘Abd al-Salam al-‘Ubbadi238 dan Qal‘aji.239

Keharusan ini berpandukan kepada dalil-dalil berikut:

i. Dalil naqli (nas)

Musharakah mutanaqisah dibina di atas gabungan beberapa kontrak yang

diharuskan dalam sistem muamalah Islam. Antaranya ialah al-shirkah, al-bay‘, al-

ijarah, al-mudarabah dan al-istisna‘. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam

bahagian terdahulu, keharusan al-shirkah dan al-ijarah adalah berpandukan kepada

dalil-dalil yang diperolehi daripada al-Qur’an, al-sunnah dan al-ijma‘. Begitulah juga

keadaannya dengan kontrak-kontrak yang lain. Walau bagaimanapun, penulis tidak

berhasrat untuk memuatkan perbincangan mengenai keharusan kontrak-kontrak tersebut

dalam ruang yang terhad ini dan berpadalah dengan lambakan kitab-kitab fiqh yang

telah membincangkannya secara begitu mendalam dan terperinci.

Selain itu, menunaikan tanggungjawab setelah berkontrak adalah suatu

kewajipan yang jelas dan nyata berdasarkan firman Allah s.w.t.:

ا أيـها الذين آمنوا أوفوا بالعقود ي

Surah al-Maidah 5: 1

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi sertasempurnakanlah perjanjian-perjanjian...”240

231 Nazih Hammad, al-‘Uqud al-Murakkabah, 73-75.232 ‘Uthman Shibir, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 294.233 Wahbah al-Zuhayli, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 436.234 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:387-416.235 Ibid., 1:517-576.236 Ibid., 1:614 dan 619-624; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 96.237 Taqi Usmani, An Introduction to Islamic Finance, 30-35.238 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:613-642; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 96.239 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:532.240 Sheikh Abdullah Basmeih et al., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 242.

Page 66: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

95

Menurut al-Hasan, perjanjian yang dimaksudkan ialah apa yang dimeteraikan

oleh seseorang untuk dirinya daripada penjualan, pembelian, penyewaan, pernikahan,

perceraian, muzara‘ah, musalahah, pemilikan, pemilihan, pembebasan, pentadbiran dan

pelbagai lagi selagi mana ia tidak keluar daripada syariat.241 Menurut Zayd b. Aslam

pula, ia merujuk kepada enam perkara iaitu perjanjian dengan Allah s.w.t., kontrak

sumpah, al-shirkah, al-bay‘, al-nikah dan al-yamin.242 Ini bermakna apabila seseorang

itu memeteraikan kontrak musharakah mutanaqisah, maka dia wajib menyempurnakan

tanggungjawab-tanggungjawab yang telah disepakati dalam kontrak tersebut seperti

janji pembelian, pembayaran sewa dan penyerahan hak pemilikan.

ii. Penggunaan qiyas

Majoriti fuqaha’ terdahulu dan kontemporari mengharuskan penggabungan

beberapa kontrak dalam satu transaksi selagi setiap kontrak yang terlibat diharuskan

oleh syara‘ dan tiada dalil melarang perbuatan tersebut.243

Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Malik b. Anas ketika membahaskan

tentang penggabungan dua kontrak jual beli hamba dalam satu transaksi,244 al-Kasani

ketika membahaskan tentang penggabungan al-wakalah dan al-kafalah dalam shirkat

al-mufawadah,245 al-Sharbini ketika membahaskan tentang penggabungan al-bay‘ dan

al-ijarah atau al-ijarah dan al-salam246 dan al-Bahuti ketika membahaskan tentang

penggabungan al-wakalah, al-bay‘ dan al-qard.247

Menurut al-Kasani dan al-Bahuti, setiap kontrak yang diharuskan oleh syara‘

secara bersendirian, maka begitulah juga hukumnya secara berkumpulan.248 Ibn Qayyim

241 Al-Qurtubi, Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, 7:247.242 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 5:9.243 Malik b. Anas, al-Mudawwanah al-Kubra (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1994), 3:168; al-Kasani,Badai‘ al-Sanai‘, 6:58; al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:56; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:183.244 Malik b. Anas, al-Mudawwanah al-Kubra, 3:168.245 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:58.246 Al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:56.247 Al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:183.248 Al-Kasani, Badai‘ al-Sanai‘, 6:58; al-Bahuti, Kashshaf al-Qina‘, 3:183.

Page 67: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

96

al-Jawziyyah pula menjelaskan bahawa tiada larangan dalam penggabungan dua kontrak

yang setiap satu daripadanya adalah harus secara bersendirian.249

Selain itu, kontrak-kontrak gabungan atau hibrid seperti al-murabahah lil-amir

bi al-shira’ dan al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik sebenarnya telah dikemukakan,

dibincangkan dan diperakui dalam beberapa siri persidangan fiqh seperti Persidangan

Nadwah al-Fiqhiyyah Bayt al-Tamwil Kuwait yang pertama pada Mac 1987 dan

Persidangan Akademi Fiqh Islam ke-5 pada Disember 1988M/Jamadil Awwal 1409H

dan ke-6 pada Mac 1990M/Sya‘ban 1410H.250

Ia kemudiannya telah dibincangkan secara mendalam oleh Nazih Hammad

dalam bukunya, al-‘Uqud al-Murakkabah fi al-Fiqh al-Islami dan beliau telah

meletakkan musharakah mutanaqisah sebaris dengan al-murabahah lil-amir bi al-shira’

dan al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik.251

Majlis Penasihat Syariah BNM juga telah memutuskan bahawa amalan

menghimpunkan perjanjian musharakah dan ijarah dalam satu dokumen perjanjian

adalah dibenarkan selagi kedua-dua kontrak tersebut dimeteraikan secara berasingan

dan jelas serta tidak bercampur aduk di antara satu sama lain.252

Berdasarkan huraian-huraian di atas, ini bermakna hukum transaksi yang

mempunyai lebih daripada satu kontrak dilihat berpandukan kepada hukum setiap

kontrak yang terlibat secara berasingan. Apabila setiap kontrak yang terlibat diharuskan

oleh syara‘, maka keseluruhan transaksi tersebut juga adalah diharuskan.253

Maka berdasarkan penggunaan qiyas di atas, majoriti fuqaha’ menyatakan

bahawa musharakah mutanaqisah adalah suatu kontrak yang diharuskan dalam sistem

muamalah Islam.

249 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, I‘lam al-Muwaqqi‘in ‘an Rabb al-‘A lamin (Arab Saudi: Dar Ibn al-Jawziyyah, 1405H), 5:310.250 ‘Uthman Shibir, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 264-273 dan 283-284; Wahbah al-Zuhayli,al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 136-137 dan 396-413.251 Nazih Hammad, al-‘Uqud al-Murakkabah, 71-75.252 BNM, Resolusi Syariah, 44.253 Nazih Hammad, al-‘Uqud al-Murakkabah, 9-10.

Page 68: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

97

iii. Kaedah fiqh al-asl fi al-mu‘amalat al-ibahah ( ة اح ب اإل الت ام املع يف ل ص األ )

Musharakah mutanaqisah mengandungi dua kontrak utama iaitu al-shirkah dan

al-bay‘ dan satu elemen penting iaitu al-wa‘d. Dalam beberapa keadaan tertentu, ia juga

turut melibatkan beberapa kontrak lain seperti al-istisna‘, al-ijarah dan al-mudarabah.

Kesemuanya merupakan kontrak-kontrak yang diharuskan dalam sistem muamalah

Islam.

Menurut ‘Uthman Shibir, musharakah mutanaqisah tidak mengandungi perkara-

perkara yang dilarang serta tidak menyanggah kaedah-kaedah fiqh yang telah

ditetapkan.254 Menurut Wahbah al-Zuhayli, kedua-dua bentuk musharakah sama ada

thabitah (kekal) atau mutanaqisah (berkurangan) adalah harus dan dibenarkan dalam

Islam memandangkan ia tidak bertentangan dengan sebarang nas syara‘.255 Syara‘

mengharuskan penggabungan beberapa kontrak dalam sesebuah transaksi apabila setiap

kontrak yang terlibat diharuskan oleh syara‘ selagi tiada nas yang menghalang transaksi

tersebut.

Menurut Ibn Taymiyyah, dalam urusan muamalat di dunia, tiada pengharaman

melainkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. dan tiada agama melainkan apa

yang telah disyariatkan oleh-Nya.256 Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah pula, asal

hukum dalam permasalahan kontrak dan syarat adalah sah melainkan apa yang

dibatalkan oleh syara‘ atau ia melarangnya.257

Berdasarkan huraian-huraian di atas, kaedah fiqh telah menjelaskan bahawa al-

asl fi al-mu‘amalat al-ibahah yang bermaksud hukum asal dalam muamalat adalah

harus. Ini bermakna selagi mana musharakah mutanaqisah tidak mengandungi perkara-

254 ‘Uthman Shibir, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 264-273; Majma‘ al-Fiqh al-Islami,Majallah, 1:393.255 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:530.256 Ibn Taymiyyah, Jami‘ al-Rasail (Jeddah: Dar al-Madani, 1405H), 2:317; Nazih Hammad, al-‘Uqud Al-Murakkabah, 8.257 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, I‘lam al-Muwaqqi‘in, 3:107; Nazih Hammad, al-‘Uqud al-Murakkabah, 8.

Page 69: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

98

perkara yang dilarang atau bertentangan dengan syara‘ serta tidak menyanggah kaedah-

kaedah fiqh yang telah ditetapkan, maka hukumnya adalah harus.

iv. Keperluan pelabur (bank) dan pengguna (pelanggan) terhadap

musharakah mutanaqisah.

Menurut ‘Abd al-Sattar Abu Ghuddah, musharakah mutanaqisah merupakan

instrumen pelaburan dan pembiayaan yang menggambarkan sifat sistem kewangan

Islam yang berasaskan iqtisad al-musharakah (ekonomi perkongsian) bagi

menggantikan sistem kewangan konvensional yang berasaskan iqtisad al-faidah

(ekonomi riba). Ia juga merupakan instrumen terbaik bagi pelbagai bentuk al-istithmar

al-jama‘iyyah (pelaburan kolektif) sama ada kepada bank, pelanggan dan juga

masyarakat.

Selain itu, keharusan musharakah mutanaqisah juga adalah selari dengan

ketetapan Akademi Fiqh Islam yang terdahulu di mana ia berusaha untuk menghadkan

penggunaan al-murabahah li al-amir bi al-shira’ dan memperluaskan penggunaan

pelbagai instrumen berasaskan al-mudarabah dan al-musharakah.258

Menurut Wahbah al-Zuhayli, musharakah mutanaqisah memiliki nilai-nilai al-

jama‘iyyah (kebersamaan) di mana sebuah bank ialah rakan kongsi sebenar kepada

pelanggan. Ia bersama-sama dalam menyediakan modal sesebuah projek, merancang

strategi pengeluaran dan pemasaran serta memantau projek tersebut dari sudut

keuntungan dan kerugian tanpa meletakkan pelanggan dalam bebanan hutang

berasaskan riba yang perlu dijelaskan sama ada pelanggan untung atau rugi. Hal ini

demikian kerana objektif daripada musharakah ialah percambahan harta dalam keadaan

sedar bahawa sesebuah projek itu berhadapan dengan keuntungan atau kerugian.259

Menurut al-Kawamilah pula, musharakah mutanaqisah memiliki beberapa

keistimewaan antaranya ialah ia merupakan instrumen pelaburan dan pembiayaan yang

258 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:387-389.259 Wahbah al-Zuhayli, al-Mu‘amalat al-Maliyyah al-Mu‘asarah, 433.

Page 70: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

99

bebas daripada riba dan berpaksikan kepada keadilan di mana keuntungan dan kerugian

ditanggung secara bersama, ia memberikan kemudahan kepada setiap pihak yang

terlibat dari sudut pemerolehan modal, tanggungan risiko dan pembahagian untung rugi

dan ia memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak yang terlibat di mana bank

memperolehi keuntungan sepanjang tempoh musharakah dan pelanggan pula memiliki

projek tersebut di penghujung tempoh tersebut dan beberapa lagi.260

Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian fuqaha’ yang tidak menerima

keharusan musharakah mutanaqisah. Antaranya ialah ‘Ali Ahmad Salus, Husayn Kamil

Fahmi dan Salih al-Marzuqi. Pandangan ini dikemukakan setelah melihat beberapa

shubhah (keraguan) yang berlaku dalam kontrak tersebut seperti al-qard al-ribawi, bay‘

al-‘inah, al-wa‘d, bay‘ al-wafa’ dan ketiadaan unsur al-daimumah (berterusan).261

Namun demikian, ‘Ali Ahmad Salus mengharuskan kontrak tersebut jika beberapa garis

panduan yang ditetapkan dapat dipatuhi.262

Dalam kesempatan yang terhad ini, penulis tidak bercadang untuk memperhalusi

perbahasan berkaitan dengan shubhah-shubhah di atas memandangkan ia telah

dibincangkan secara terperinci dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam ke-13 dan juga

ke-15.

Berdasarkan perbincangan demi perbincangan dalam dua persidangan di atas,

penulis menyimpulkan bahawa sebenarnya permasalahan al-qard al-ribawi, bay‘ al-

‘inah dan bay al-wafa’ tidak seharusnya timbul kerana hubungan bank dan pelanggan

dalam peringkat pertama musharakah mutanaqisah adalah sebagai rakan kongsi dan

bukannya pemiutang dan penghutang dan begitu juga dalam peringkat terakhir kontrak

tersebut adalah sebagai penjual dan pembeli dan bukannya pemiutang dan penghutang.

260 Al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 49-52 dan 97-98.261 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:419-513 dan 624-628; al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 99-103.262 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:508-513 dan 624-625.

Page 71: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

100

Bagaimana mungkin berlakunya al-qard al-ribawi sedangkan tidak wujud

sebarang transaksi hutang di antara bank dan pelanggan sama ada dalam peringkat

pertama sebagai rakan kongsi, peringkat kedua sebagai pemilik perkhidmatan atau

manfaat dan penyewa (jika ia merupakan musharakah mutanaqisah bersama dengan al-

ijarah) atau peringkat terakhir sebagai penjual dan pembeli? Bagaimana mungkin

berlakunya bay‘ al-‘inah dan bay al-wafa’ sedangkan transaksi jual beli di antara bank

dan pelanggan hanya berlaku sekali sahaja iaitu dalam peringkat terakhir kontrak

tersebut?

Bukan itu sahaja, kaedah fiqh al-asl fi al-mu‘amalat al-ibahah adalah suatu

kaedah fiqh yang cukup signifikan sehingga sukar untuk seseorang menafikan

keharusan sesuatu kontrak hanya dengan beberapa shubhah yang berlaku dalam kontrak

tersebut. Apatah lagi jika shubhah tersebut boleh dielakkan dengan penetapan beberapa

garis panduan yang tertentu.

Maka oleh sebab itu, berdasarkan pemerhatian penulis terhadap justifikasi-

justifikasi yang telah dikemukakan oleh setiap pihak, penulis cenderung untuk

menyatakan bahawa dalam permasalahan ini pandangan majoriti fuqaha’ adalah lebih

tepat. Permasalahan ini turut dianalisis oleh al-Kawamilah dan beliau juga telah

mentarjihkan pandangan yang sama.263

Selain itu, penulis juga berpandangan terdapat satu lagi permasalahan yang perlu

diberikan perhatian iaitu daman al-ribh (jaminan keuntungan). Namun demikian, sekali

lagi shubhah ini tidak memadai untuk menafikan keharusan musharakah mutanaqisah

memandangkan ia boleh dielakkan dengan mengikuti beberapa garis panduan yang telah

ditetapkan oleh fuqaha’.

263 Al-Kawamilah, al-Musharakah al-Mutanaqisah, 104-116.

Page 72: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

101

Sebagai kesimpulan, berikut ialah resolusi Persidangan Akademi Fiqh Islam ke-

15 berhubung dengan musharakah mutanaqisah:264

i. Musharakah mutanaqisah ialah satu kontrak baru yang mengandungi

perkongsian dua pihak dalam satu projek yang menghasilkan keuntungan di

mana salah satu pihak berjanji untuk membeli bahagian pemilikan pihak lain

secara berperingkat-peringkat sama ada pembelian dilakukan dengan

menggunakan bahagian hasil keuntungan pembeli atau daripada sumber lain.

ii. Asas pembinaan musharakah mutanaqisah ialah satu kontrak yang

dimeteraikan oleh dua pihak dan kedua-duanya menyumbang bahagian dalam

modal perkongsian sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan selepas

penilaiannya dilakukan disertakan dengan penjelasan kaedah pembahagian

keuntungan di mana setiap pihak menanggung kerugian (jika berlaku) mengikut

kadar bahagian pemilikan dalam perkongsian.

iii. Keistimewaan musharakah mutanaqisah ialah kewujudan al-wa‘d al-

mulzim daripada salah satu pihak sahaja di mana ia akan memiliki bahagian

pihak lain dan pihak lain diberikan khiyar (pilihan) dan ia berlaku dengan cara

pemeteraian kontrak jual beli setiap bahagian pemilikan walaupun dengan

sekadar pertukaran nama melalui al-ijab dan al-qabul.

iv. Salah satu pihak dibenarkan meminta pihak lain menyewakan

bahagiannya dengan kadar sewaan yang diketahui dan tempoh masa yang

ditentukan dalam keadaan setiap pihak kekal bertanggungjawab ke atas

penyelenggaraan asas bahagian pemilikannya.

v. Musharakah mutanaqisah adalah diharuskan apabila ia memenuhi

hukum-hukum umum al-shirkah serta mematuhi garis panduan di bawah:

1. Tiada perjanjian bahawa salah satu pihak membeli bahagian

pihak lain dengan harga semasa al-shirkah berlaku kerana ia merupakan

264 Majma‘ al-Fiqh al-Islami, Majallah, 1:645-646.

Page 73: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

102

jaminan satu pihak ke atas pihak yang lain, bahkan sepatutnya harga

jualan hendaklah ditentukan berpandukan kepada harga semasa atau

berdasarkan kepada persetujuan ketika mana proses jual beli berlaku.

2. Tiada penetapan syarat bahawa salah satu pihak menanggung

perbelanjaan insuran (takaful), penyelenggaraan atau sebarang bentuk

perbelanjaan lain, bahkan perbelanjaan hendaklah ditanggung

berpandukan kepada kadar bahagian pemilikan dalam perkongsian.

3. Penetapan keuntungan hendaklah berdasarkan kepada kadar

terbuka dan tidak dibenarkan berdasarkan kepada jumlah tertentu

daripada keuntungan atau peratusan tertentu daripada jumlah sumbangan

modal perkongsian.

4. Setiap kontrak hendaklah dimeteraikan secara berasingan.

5. Tiada penetapan ke atas hak salah satu pihak untuk mengambil

kembali modal perkongsian yang telah disumbangkan.

2.5 Kesimpulan

Musharakah mutanaqisah adalah sejenis ‘aqd al-mustajiddah dan ‘aqd al-

murakkabah. Ia dianggap sebagai ‘aqd al-mustajiddah kerana kemunculannya hanya

dapat dikesan pada penghujung tahun 1980-an sahaja dan tidak pernah dibincangkan

oleh fuqaha’ terdahulu apatah lagi dimuatkan dalam kitab-kitab turath peninggalan

mereka. Ia juga dianggap sebagai ‘aqd al-murakkabah kerana pembinaannya

melibatkan sekurang-kurangnya dua kontrak utama iaitu al-shirkah dan al-bay‘. Dalam

beberapa keadaan tertentu pula, ia juga turut melibatkan beberapa kontrak lain seperti

al-istisna‘, al-ijarah dan al-mudarabah.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, musharakah mutanaqisah adalah suatu

kontrak yang diharuskan dalam sistem muamalah Islam. Ia berpandukan kepada dalil-

Page 74: BAB II MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM SISTEM …studentsrepo.um.edu.my/5164/5/Bab_2.pdf ·  · 2015-05-0731 tentang kontrak-kontrak utama yang membentuk kontrak musharakah mutanaqisah

103

dalil yang diperolehi daripada al-Qur’an, al-sunnah, penggunaan qiyas, kaedah fiqh al-

asl fi al-mu‘amalat al-ibahah dan keperluan ummah terhadap keharusannya.

Keabsahannya pula adalah tertakluk kepada pematuhan setiap bentuk kontrak kepada

rukun dan syarat setiap kontrak yang terlibat. Ini bermakna musharakah mutanaqisah

bersama dengan al-istisna‘ hendaklah mematuhi rukun dan syarat al-shirkah, al-bay‘

dan al-istisna‘, manakala musharakah mutanaqisah bersama dengan al-ijarah hendaklah

mematuhi rukun dan syarat al-shirkah, al-bay‘ dan al-ijarah dan begitulah seterusnya.

Sungguhpun terdapat beberapa shubhah seperti al-qard al-ribawi, bay‘ al-‘inah,

al-wa‘d, bay al-wafa’ dan beberapa lagi, ia tidak memadai untuk menafikan keharusan

kontrak tersebut. Dalam hal ini, kaedah fiqh al-asl fi al-mu‘amalat al-ibahah sebenarnya

memainkan peranan yang amat signifikan di mana ia memberi ruang yang cukup luas

kepada sistem muamalah Islam untuk memperlihatkan kedinamikannya dan juga kepada

sarjana fiqh dan kewangan Islam kontemporari untuk berijtihad, berkreativiti dan

berinovasi dalam menghadapi cabaran sistem kewangan semasa. Ia juga membuktikan

bahawa syariat Islam sesuai untuk diamalkan dalam apa jua keadaan sekalipun.