BAB Peranca

download BAB Peranca

of 5

Transcript of BAB Peranca

BAB 7 : PERANCA

7.1

Pengenalan

Pelantar ataupun binaan sementara yang dipanggil peranca hendaklah dibina apabila struktur bangunan yang hendak dibina berada dalam ketinggian 1.5m pada paras tanah. Peranca dibina bertujuan untuk menyokong beberapa pelantar pada ketinggian berbeza daripada tanah. Selain itu juga, peranca dibina bagi memudahkan pekerja berkerja dalam keadaan selamat. Peranca juga dibina bagi menempatkan barang-barang binaan. Di samping itu juga, Peranca digunakan bagi kerja yang tidak selamat dilakukan dengan hanya menggunakan tangga sahaja. Kegunaan peranca sangat penting dalam memudahkan kerja-kerja pembinaan.

100

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk pembinaan peranca adalah kayukayu bulat dan juga besi berbentuk bulat. Besi berbentuk buat ini disambung dengan menggunakan skru penjodoh yang diketatkan dengan bolt dan klip. Peranca terdiri daripada penegak-penegak, belebas, beluti, perembat dan juga pengalas. Papan pelantar disusun rapat dan di satu penghujung, papan disusun menegak. Kadangkala buluh-buluh juga digunakan terutamanya di Hong Kong. Terdapat pelbagai jenis peranca yang biasa digunakan iaitu :Pembinaan peranca hendaklah dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Peranca Satu Peranca dua Peranca menjulur Peranca bergerak Peranca pasang siap

7.1.1 Peranca Satu

Peranca satu biasanya digunakan untuk dinding atau tembok bata, di mana sebahagian daripadanya disokong oleh bangunan. Peranca satu mengandungi barisanbarisan penegak disebelah luar dan dibawahnya diletakkan dengan pengalas untuk mengelak daripada berlaku pengenapan.

Bahagian-bahagian mendatar, iaitu belebas dipasangkan

kepada penegak-

penegak yang selari dengan permukaan dinding. Bahagian-bahagian ini disambungkan dengan bolt dan klip. Bahagian-bahagian yang melintang diikat kepada belebas dan 101

pelantar-pelantar kemudiannya disusun diatas kayu. Perembat-perempat membujur akhirnya dipasangkan untuk mendapatkan rangka yang lebih teguh dan kukuh.

7.1.2 Peranca Dua

Peranca dua mengandungi dua barisan penegak. Penegak di sebelah dalam ditempatkan berdekatan dengan bangunan, kira-kira 230mm 300mm jauhnya, peranca jenis ini diikat kepada bangunan. Barisan penegak di sebelah luar pula di tempatkan 600mm 900mm jauhnya, bertentangan kepada penegak disebelah dalam. Belebas diikatkan pada penegak-penegak dan kemudian pada bahagian-bahagian yang melintang. Kayu diikatkan di atas belebas yang telah diikat pada kedua-dua penegak. Pelantar-pelantar ditempatkan diatas beloti untuk memikul beban bahan-bahan binaan dan pekerja.

Perempat-perembat bujur diikatkan untuk mengukuhkan lagi peranca-peranca ini. Sistem berselang-seli ini berbentuk rangka H yang mengandungi dua penegak yang disambungkan oleh belebas.

7.1.3 Peranca Menjulur

Peranca menjulur mengandungi dua barisan penegak. Penegak sebelah dalam diikat berdekatan kepada dinding, kira-kira 300mm jaraknya. Penegak-penegak sebelah luar ditempatkan berjarak antara 600mm-700mm. berbeza dengan peranca 102

dua, bagi peranca menjulur, penegak-penegak tidak diletakkan di atas tanah tetapi ditupangkan kepada bangunan yang dibina. Peranca menjulur biasanya digunakan pada bangunan-bangunan tinggi.

7.1.4 Peranca Bergerak

Peranca bergerak merbahaya jika ia dibina terlalu tinggi dan perkerja terpaksa menjaga keseimbangan. Kegunaan peranca bergerak adalah untuk kerja-kerja mengecat, pemasangan sistem pendawaian elektrik dan pemasangan siling. Contoh peranca bergerak ialah kuda-kuda bebas dan kuda-kuda bebas beroda.

7.1.5 Peranca Pasang Siap

Peranca pasang siap diperbuat daripada besi keluli. Peranca jenis ini lebih tahan lama berbanding dengan peranca jenis lain. Selain itu juga, peranca pasang siap lebih kuat, teguh dan boleh didirikan pada ketinggian yang lebih. Paku dan bolt tidak digunakan dalam penyambungan peranca-peranca ini tetapi digunakan pin penyambung ( joint pin). Rujuk ( Gambar 7.1.5.1 : Peranca Pasang Siap )

103

Gambar 7.1.5.1 : Peranca pasang siap

Peranca pasang siap mengandungi tiga bahagian iaitu unit lantai, unit tiang, unit perembat. Di tapak pembinaan Klinik Desa, peranca pasang siap digunakan kerana peranca jenis ini mempunyai lebih kebaikan.

104