bab1 pengenalan kepada ekonomi asas

12
PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1. Pengertian ekonomi. 1.1 Definasi : - mengkaji cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidah terhad. 1.2 Kehendak manusia : a. keinginan individu memiliki sesuatu barang / perkhidmatan. b. kehendak barang spt makanan ,kereta barang kemas dsb. c. kehendak perkhidmatan spt telefon, pembantu rumah dsb. 1.3 Sumber ekonomi: a. factor-faktor pengeluaran / input untuk mengeluarkan barang / perkhidmatan /output. b. 4 jenis factor pengeluaran : buruh(B) , tanah(T), modal (M) , Usahawan(U) c. BURUH: - tenaga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal / mental. - menerima ganjaran berbentuk upah. - buruh mahir (spt jurutera ,peguam) - buruh tidak mahir (spt petani , buruh kasar) d. TANAH: - merupakan anugerah alam semula jadi dan terhad penawarannya. - dlm ekonomi tanah meliputi sumber di permukaan bumi / di dalam bumi. - sumber yg boleh diperbaharui spt sumber hutan / laut. - Sumber yg tidak dapat diperbaharui spt bahan galian. - Ganjaran pemilik tanah ialah sewa. e. MODAL: - alat /wang yang dicipta oleh manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran - Contoh : jentera dan bahan mentah. - Ganjaran pemilk modal ialah faedah. f. USAHAWAN: - individu yang menggabungkan dan menyelaraskan factor- faktor pengeluaran(BTMU) untuk menghasilkanbarang dan perkhidmatan. - ganjaran bagi usahawan ialah keuntungan (kerana menaggung risiko)

description

bab 1

Transcript of bab1 pengenalan kepada ekonomi asas

PENGENALAN KEPADA EKONOMI1. Pengertian ekonomi.

1.1 Definasi :- mengkaji cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi

kehendak manusia yang tidah terhad.

1.2 Kehendak manusia : a. keinginan individu memiliki sesuatu barang / perkhidmatan.b. kehendak barang spt makanan ,kereta barang kemas dsb.c. kehendak perkhidmatan spt telefon, pembantu rumah dsb.

1.3 Sumber ekonomi:a. factor-faktor pengeluaran / input untuk mengeluarkan barang / perkhidmatan /output. b. 4 jenis factor pengeluaran : buruh(B) , tanah(T), modal (M) , Usahawan(U)c. BURUH: - tenaga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal / mental.

- menerima ganjaran berbentuk upah. - buruh mahir (spt jurutera ,peguam) - buruh tidak mahir (spt petani , buruh kasar)

d. TANAH: - merupakan anugerah alam semula jadi dan terhad penawarannya. - dlm ekonomi tanah meliputi sumber di permukaan bumi / di dalam bumi.

- sumber yg boleh diperbaharui spt sumber hutan / laut.- Sumber yg tidak dapat diperbaharui spt bahan galian.- Ganjaran pemilik tanah ialah sewa.

e. MODAL: - alat /wang yang dicipta oleh manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran

- Contoh : jentera dan bahan mentah.- Ganjaran pemilk modal ialah faedah.

f. USAHAWAN: - individu yang menggabungkan dan menyelaraskan factor- faktor pengeluaran(BTMU) untuk menghasilkanbarang dan perkhidmatan.

- ganjaran bagi usahawan ialah keuntungan (kerana menaggung risiko)

AKTIVITI:Buat nota ringkas dengan kaedah peta minda.LATIHAN:1. a. Apakah ekonomi? b. Terangkan maksud ekonomi dari sudut individu dan masyarakat.2. a. Nyatakan 4 sumber ekonomi. b. Terangkan factor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu barang / perkhidmatan.

2. i. Masalah Ekonomi:a. kekurangan – sumber ekonomi terhad ttp kehendak manusia tidak terhad.b. pilihan – memilih yang tebaik berdasarkan keutamaan.c. kos lepas – pilihan kedua terbaik kerana memilih yang terbaik.

ii. Unit-unit ekonomi:a. individu /isi rumah /penggunab. firma / pengeluarc. kerajaan.

iii.Cara unit-unit ekonomi menghadapi / menyelesaikan masalah ekonomi:

MASALAH EKONOMI

UNIT-UNIT EKONOMIISI RUMAH FIRMA KERAJAAN

kekurangan - sumber pendapatan / wang terhad ttp kehendak terhadap barangan tidak terhad.

- contoh: Individu inginkan jam dan sepasang kasut yang kedua-duanya berharga RM100 ttp memiliki wang hanya RM100.

- sumber factor-faktor pengeluaran (BTMU) terhad ttp kehendak terhadap keluaran / output tidak terhad.

- contoh: Firma ingin mengeluarkan pakaian dan buku yang kedua-duanya memerlukan modal RM10000 sedangkan firma memiliki modal RM10000.

-- sumber hasil kerajaan terhad ttp kehendak terhadap projek tidak terhad.

-contoh: kerajaan ingin menyediakan sekolah dan klinik kesihatan yang kedua-duanya bernilai RM2 juta sedangkan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta sahaja.

pilihan - memilih barang yang terbaik / paling diutamakan yang dapat memberi kepuasan maksima.

-contoh: individu memilih sepasang kasut kerana ia memberi kepuasan maksima.

- memilih keluaran /output yang terbaik yang dapat memberi keuntungan maksima.

-contoh: firma memilih mengeluarkan pakaian kerana ia memberi keuntungan maksima.

- memilih projek yang terbaik yang dapat memberikan kebajikan maksima kepada masyarakat.

-contoh: kerajaan memilih membina sekolah kerana ia memberi kebajikan maksima kpd rakyat.

Kos lepas - pilhan barangan kedua terbaik.

- contoh: kos lepas individu ialah jam.

-pilihan keluaran /output kedua terbaik.

-contoh: kos lepas firma ialah mengeluarkan buku.- sumber factor-faktor pengeluaran (BTMU) terhad ttp kehendak terhadap keluaran / output tidak terhad.

-pilihan projek kedua terbaik.

-contoh: kos lepas kerajaan ialah projek klinik kesihatan.

AKTIVITI:a. Dengan kaedah peta minda, sediakan nota ringkas tentang masalah ekonomi.

LATIHAN:a. Nyatakan tiga masalah ekonomi.b.Sebutkan tiga unit ekonomi.c. Terangkan cara unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah asas ekonomi.

3. JENIS BARANGANi. Tiga jenis barangan:

a. barang percuma – sumber semulajadib. barang awam - disediakan oleh kerajaanc. barang ekonomi - disediakan oleh swasta

ii. Sifat setiap jenis barangan / perbezaan antara barang percuma, barang awam dan barang ekonomi.Aspek/

sifatBARANG PERCUMA BARANG AWAM BARANG EKONOMI

Pengeluar Barang percuma merupakan barang anugerah Tuhan / sumber semula jadi.

Barang awam dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Barang ekonomi dikeluarkan oleh pihak swasta.

Penawaran Barang percuma mempunyai penawaran yang tidak terhad.

Barang awam mempunyai penawaran yang terhad

Barang ekonomi mempunyai penawaran yang terhad

Kos lepas Barang percuma tidak melibatkan kos lepas.

Barang awam mempunyai kos lepas

Barang ekonomi mempunyai kos lepas

Bayaran Barang percuma tidak perlu dibayar (percuma) untuk penggunaannya .

Barang awam tidak perlu dibayar (percuma) untuk penggunaannya .

Barang ekonomi perlu dibayar untuk penggunaannya.

Penggunaan Setiap individu tidak boleh dikecualikan drp menggunakannya.

Setiap individu tidak boleh dikecualikan drp menggunakannya.

Individu yang mampu membayar akan menggunakannya / individu boleh dikecualikan drp menggunakannya.

Contoh Cahaya matahari , air hujan Lampu lalu lintas , pekhidmatan bomba.

Rumah , alatan elektrik

AKTIVITI:Bina nota ringkas dengan menggunakan kaedah peta minda.

LATIHAN:a. Sebutkan tiga jenis barangan dalam ekonomi.b. Terangkan barangan elektrik dari aspek ekonomi.c. Bezakan di antara barang percuma dengan barang awam.d. Bezakan di antara barang ekonomi dengan barang percuma.e. Terangkan persamaan dan perbezaan barang awam dengan barang percuma.

2. MASALAH ASAS EKONOMIi. Empat masalah asas ekonomi:

a. Apa yang hendak dikeluarkan.- proses penetuan jenis barang yg dikeluarkan.- berdasarkan permintaan masyarakat.

b. Berapa hendak dikeluarkan- proses menentukan kuantiti / jumlah barangan dikeluarkan.- berdasarkan jumlah permintaan masyarakat.

c. Bagaimana hendak dikeluarkan- proses menentukan kaedah / cara / teknik pengeluaran barangan.- cara pengeluaran sama ada intensif buruh / intensif modal.- intensif buruh – kaedah pengeluaran yang menggunakan lebih banyak factor buruh berbanding factor modal.-intensif modal – kaedah pengeluaran yang menggunakan lebih banyak factor modal berbanding factor buruh.- berasaskan teknik pengeluaran yang paling cekap yang dapat memaksimakan keuntungan atau meminimakan kos.

d. Untuk siapa dikeluarkan.- proses menentukan corak agihan barang.- berasaskan agihan pendapatan wang / kuasa beli / kemampuan.- yang berpendapatan tinggi memperolehi lebih banyak barangan- yang berpendapatan rendah memperolehi sedikit barangan

AKTIVITI:Buat nota ringkas dengan kaedah peta minda.

LATIHAN:a. Nyata masalah asas ekonomi.b. Terangkan bagaimana individu menghadapi masalah asas ekonomi.c. Terangkan bagaimana setiap masalah asas ekonomi diselesaikan.

3. SISTEM EKONOMI DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI

i. SISTEM EKONOMI- merupakan gabungan peraturan yang diamalkan oleh pihak pengeluar dan pengguna dalam sesebuah

Negara.- diwujudkan bertujuan memuaskan kehendak individu yang tidak terhad dengan menggunakan sumber

yg terhad.- 4 sistem ekonomi :

a. sistem ekonomi kapitalis /pasaran bebas /laisez faireb. sistem ekonomi perancangan pusat / sosialisc. sistem ekonomi campurand. sistem ekonomi Islam

ii. Ciri-ciri sistem ekonomi / perbezaan antara sistem-sistem ekonomi:Ciri-ciri/

aspekS.E. KAPITALIS S.E. P.PUSAT S.E. CAMPURAN S.E. ISLAM (S.E.

Campuran yang berlandskan syariat

Islam)Definasi -segala aktiviti

ekonomi dilakukan oleh pihak swasta tanpa campurtangan kerajaan.

-segala aktiviti ekonomi dilakukan oleh pihak kerajaan tanpa campurtangan swasta.

-kegiatan ekonomi dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta.

-aktiviti ekonomi dijalankan oleh individu ,swasta dan kerajaan mengikut prinsip Islam.

Pemilikan sumber

-sumber ekonomi / BTMU dimiliki oleh pihak swasta.

-sumber ekonomi /BTMU milik mutlak kerajaan .

-individu / swasta bebas memiliki sumber ekonomi.-kerajaan juga boleh memiliki sumber spt tanah.

-sumber ekonomi milik mutlak Allah & manusia hanya pemegang amanah. Individu /pengeluar bebas mencari kekayaan.

Pembuat keputusan

-Segala keputusan ekonomi ditetapkan oleh pengguna dan pengeluar(swasta).

-Segala keputusan ekonomi ditetapkan oleh kerajaan.

-swasta bebas membuat keputusan ekonomi bagi pengeluaran barang swasta.-Kerajaan membuat keputusan barang awam / barangan yang tidak mampu dikeluarkan oleh swasta.

-keputusan ekonomi ditetapkan oleh pengguna / pengeluar berasaskan hukum Islam.-kerajaan campurtangan untuk kesejahteraan masyarakat dan kestabilan ekonomi.

Pilihan -Pengeluar bebas memilih keluaran untuk mendapat untung maksima & pengguna bebas memilh barang untuk mendapat kepuasan maksima / pengguna dianggap sebagai raja.

-tidak wujud kebebasan memilih barang / pekerjaan kerana penggunaan factor-faktor pengeluaran ditetapkan oleh kerajaan.

-swasta (pengeluar) / pengguna bebas membuat pilihan terhadap barangan.-kerajaan berkuasa mengawal barang yang tiada manfaat.

-individu dan pengeluar bebas membuat pilihan barangan / pekerjaan berdasarkan hukum Islam.-kerajaan berkuasa mengawal barang yang tiada manfaat /halal

Penentu harga

-harga barangan ditentukan melalui mekanisma harga.

-harga barangan ditetapkan oleh kerajaan.

-harga barangan swasta ditentukan melalui mekanisma harga.-harga barang awam ditetapkan oleh kerajaan.

-harga barangan ditentukan melalui kuasa pasaran / mekanisma harga.-kerajaan campurtangan jika berlaku ketidakadilan.

Persaingan -pengeluar bebas bersaing dengan teknik pengeluaran yang paling cekap / kos minima.

-tidak wujud persaingan antara pengeluar kerana kerajaan pengeluar tunggal.

-pengeluaran barang swasta persaingan wujud antara pengeluar.Pengeluaran barang awam tiada persaingan kerana kerajaan pengeluar tunggal.

-pengeluaran barang swasta yang halal wujud persaingan yang sihat / adil antara pengeluar.-pengeluaran barang awam tiada persaingan kerana kerajaan Islam pengeluar tunggal.

motif -motif pengeluar untuk memaksimakan keuntungan.

-motif utama kerajaan untuk memaksimakan kebajikan masyarakat.

-motif pengluaran pihak swasta ialah untung maksima.-motif pengeluaran kerajaan yang mengeluarkan barang awam ialah memaksimakan kebajikan masyarakat.

-motif utama pengeluar utk mendapatkan keredhaan Allah (kebahagian di dunia & di akhirat)-pengeluar bebas menerima keuntungan yang munasabah.

AKTIVITI:Dengan menggunakan kaedah peta minda, buat nota ringkas tentang ciri-ciri setiap system ekonomi.

LATIHAN:a. Terangkan system ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia.b. Bezakan system ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi perancangan pusat. c.Huraikan ciri-ciri system ekonomi Islam.

iii. PENYELESAIAN MASALAH-MASALAH ASAS EKONOMIMasalah

AsasEkonomi

SISTEM EKONOMI

Kapitalis Perancangan Pusat Campuran Islam

Apa yang hendak dikeluarkan

-jenis barang ditentukan berasaskan mekanisma harga / permintaan / pengguna dan pengeluar.

-jenis barang dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan.

-jenis barangan swasta ditentukan melalui mekanisma harga.-jenis barangan awam ditentukan oleh kerajaan.

-jenis barang swasta yang halal ditentukan melalui mekanisma harga mengikut prinsip Islam.- barang awam dikeluarkan oleh kerajaan.

Berapa hendak dikeluarkan

-kuantiti barang ditentukan oleh mekanisma harga / permintaan dan penawaran.

-kuantiti barang awam ditetapkan oleh kerajaan.

-kuantiti barang swasta ditentukan melalui mekanisma harga.-kuantiti barang awam ditentukan oleh kerajaan.

-kuantiti barang ditentukan melalui mekanisma harga yang selaras dengan prinsip Islam.-kerajaan camputangan jika wujud gangguan / ketidakadilan dalam ekonomi.

Bagaimana hendak dikeluarkan

-teknik yang ditetapkan ialah yang paling cekap iaitu yg memberi untung maksima / kos minima.-pilih intensif buruh aiat intensif modal mana-mana yang memberi untung maksima / kos minima.

-teknik pengeluaran ditetapkan oleh kerajaan iaitu yang berasaskan kebajikan maksima kepada rakyat. Contoh :semasa pengangguran kerajaan pilih teknik intensif buruh.

-barangan swasta – teknik pengeluaran ditetapkan melalui kaedah paling cekap : untung maksima / kos minima.- barang awam – teknik pengeluaran ditetapkan oleh kerajaan berasaskan kebajikan kepada rakyat.

- teknik pengeluaran yang paling cekap : yang memberi untung maksima / kos minima serta selaras dengan prinsip Islam.-kerajaan boleh campurtangan jika berlaku ketidakadilan.

Untuk siapa dikeluarkan

-pengagihan barang bergantung kepada kuasa beli / agihan pendapatan.-yang kaya mampu beli banyak barang dan yang miskin membeli sedikit barang.

-pengagihan barang ditetapkan oleh kerajaan secara adil dan saksama krn kebajikan masyarakat diutamakan.

-barangan swasta – pengagihannya bergantung kepada kuasa beli / agihan pendapatan.- barang awam - pengagihannya ditetapkan oleh kerajaan.

- pengagihan barang bergantung kepada kuasa beli / agihan pendapatan.-Individu yg tidak mampu diberkan keperluan asas berdasarkan prinsip Islam-zakat membantu agihan pendapatan lebih adil.

AKTIVITIa.Buat nota ringkas cara setiap system ekonomi menyelesaikan masalah asas ekonomi (guna peta minda)

b.Nyatakan sisten-sistem ekonomi yang mempunyai ciri- ciri berikut:Ciri-ciri System ekonomi

1.pengguna dianggap sebagai raja (ada kuasa keagungan pengguna)2. Kerajaan tidak campurtangan dalam urusan ekonomi. 3. mekanisma harga mengagihkan barang dan perkhidmatan dalam ekonomi.4. kegiatan ekonomi dijalankan dengan berlandaskan hokum syarak.5. pengguna dan pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang diinginkan.6. pihak swasta bergabung dengan kerajaan

LATIHAN:a. Senaraikan masalah asas ekonomi.b. Terangkan cara Malaysia menyelesaikan masalah asas ekonominya.c. Bezakan cara system ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi perancangan pusat menyelesaikan masalah asas ekonomi masing-masing.d. Bagaimana system ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi. e. Jelaskan perbezaan antara system ekonomi kapitalis dengan system ekonomi campuran dari segi cara menyelesaikan masalah asas ekonomi. e. Huraikan perbezaan antara system ekonomi perancangan pusat (sosialis) dengan system ekonomi campuran dari segi cara menyelesaikan masalah asas ekonomi.

Zainal bin SudinGuru Ekonomi AsasSMK.Kuala Kubu Bharu.