Bab10.B.conton.rph.P.moral

3

Click here to load reader

description

test

Transcript of Bab10.B.conton.rph.P.moral

  • Bab 10 (B):

    CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun 5

    Mata Pelajaran: Pendidikan Moral

    Tahun : 5 Arif

    Tarikh : 28 Februari 2008

    Masa : 8.00-9.00 pagi

    Bil. Murid: 20 orang

    Bidang Pembelajaran: 4. Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Alam Sekitar

    Nilai: 4.2 Menyayangi alam sekitar

    Tema: Sumber alam sumber berharga

    Tajuk: Sumber alam digunakan sebaik mungkin

    Amalan bersederhana dalam penggunaan sumber-sumber alam yang bernilai Projek mengurangkan sisa, mengguna dan mengitar semula sisa

    Isu/ Situasi: Fikir Dahulu Sebelum Buang

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat;

    1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua cara penggunaan sumber alam dengan betul.

    2. Menghuraikan sekurang-kurangnya dua kesan kepupusan sumber alam dengan jelas.

    3. Menyatakan kadar kemarahan mereka terhadap tindakan membazirkan penggunaan sumber

    alam.

    4. Menghasilkan satu bekas meletak alat tulis dengan menggunakan botol minuman.

    Peng. Sedia Ada: Murid selalu makan atau minum daripada makanan yang dibungkus

    atau ditinkan.

    Pendekatan: Pemupukan Nilai

    Alat Bantu Mengajar: Buku teks (m.s 92-95), Buku Latihan, Komputer/ LCD

    (Gambar Hasil Kraftangan), jambangan bunga, tin/ botol minuman, gam dan

    \ gunting.

    Kemahiran Generik: KBKK (membanding-beza), KMD

  • Langkah P&P/

    masa

    Isi Pelajaran

    Aktiviti P&P

    Catatan (Kaedah/ teknik, ABM, Nilai, ICT,

    KBKK, KMD) Set Induksi

    (5 minit)

    Lagu `Elakkan Pembaziran

    Guru memaparkan seni kata lagu di layar putih.

    Murid diminta menyanyi lagu `Elakkan Pembaziran bersama-sama.

    Murid diminta memberi maksud beberapa perkataan dalam seni kata lagu.

    Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.

    - Sumbangsaran - Nyanyian - Seni kata lagu (rujuk buku teks m.s 95). - Cintai dan hargai alam sekitar.

    Langkah 1 (15 minit)

    Fikir Dahulu Sebelum Buang - Cara penggunaan sumber alam. - Kesan kepupusan sumber alam

    Murid diminta merujuk buku teks m.s 92-93

    Murid membaca petikan.

    Guru dan murid berbincang berdasarkan soalan dalam buku teks.

    Murid diminta Menyenaraikan cara penggunaan sumber alam dan kesan kepupusan sumber alam.

    - Perbincangan kelas. - Buku teks m.s 92-93 - Menjana idea

    Langkah 2 (10 minit)

    Fikir Dahulu Sebelum Buang Betul - Kongsi kereta - Menggunakan kenderaan awam - Menutup dapur gas selepas memasak - Menutup pili selepas mencuci kereta Salah - Membiarkan air melimpah - Membuang sampah merata.

    Murid berbincang secara berpasangan tentang penggunaan sumber alam yang betul atau salah.

    Mengisi borang `GO.

    Meluahkan perasaan terhadap tindakan seseorang yang membazirkan sumber alam.

    - Perbincangan dan pembentangan. - Rasional - Buku teks m.s 92-93 - `GO Banding Beza - KMD (perasaan)

  • Langkah 3 (20 minit)

    Menghasilkan bekas alat tulis dengan menggunakan tin atau botol minuman terpakai/ terbuang.

    Murid diminta bersedia untuk melakukan projek.

    Guru memaparkan contoh hasil kraftangan yang telah siap.

    Guru menunjukkan cara membuat bekas alat tulis.

    Murid melakukan aktiviti.

    Guru meminta murid mempamerkan hasil masing-masing.

    - Demonstrasi Projek - Komputer/ LCD - Kreativiti

    Langkah 4 (5 minit)

    Pengukuhan Murid diminta menjawab soalan latihan dengan menandakan ( ) pada ruang yang betul.

    - Latihan bertulis -Buku teks m.s 95) - Buku Latihan - Yakin

    Penutup (5 minit)

    Rumusan Murid diminta menyanyikan semula `Elakkan Pembaziran.

    Dua orang murid diminta membuat kesimpulan pembelajaran hari ini.

    Guru meminta murid membawa tin botol minuman ke sekolah untuk projek seterusnya.

    - Nyanyian - Komputer/LCD - Cintai dan hargai alam sekitar.

    [sumber: Dr. Abd Shatar Che Abd Rahman]