BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB)...

10
7 BAB 2 TEORI PERHUBUNGAN ETNIK Mansor Mohd. Noor 2.1 Pendahuluan Masyarakat pelbagai etnik, budaya, dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia pada hari ini. Hanya segelintir daripada lebih l80 negara yang bernaung di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bercirikan masyarakat monoetnik. Persaingan dan konflik antara etnik sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai etnik. Namun demikian, sejarah juga telah membuktikan negara ekaetnik pun tidak dapat membebaskan diri daripada kejadian sedemikian itu. 2.2 Fokus Kajian Perhubungan Etnik Bidang kajian perhubungan etnik memberikan tumpuan kepada usaha untuk memahami dan menjelaskan bentuk-bentuk yang digunakan oleh pelbagai ahli dan kumpulan etnik dalam masyarakat itu untuk berhubung dalam satu jangka waktu yang berterusan. 2.3 Persoalan Bidang Kajian Soalan asas dalam kajian perhubungan etnik ialah apakah bentuk perhubungan antara kumpulan yang wujud dalam masyarakat itu? Perhubungan etnik boleh melahirkan masyarakat yang harmoni atau berkonflik. Untuk memahami perhubungan etnik, bentuk perhubungan yang wujud antara etnik dalam masyarakat itu perlu dikenal pasti. Sarjana perhubungan etnik menggariskan empat bentuk perhubungan antara etnik yang dapat dikenal pasti: bekerjasama, penyesuaian, persaingan, dan konflik. Bagaimanakah kumpulan-kumpulan etnik ini disusun dalam stratifikasi sosial masyarakat itu dan apakah kesan bentuk susunan stratifikasi sosial kumpulan etnik yang sedemikian ke atas perhubungan antara kumpulan etnik tersebut dan masyarakat itu sendiri? Dalam setiap masyarakat wujud ketidaksamarataan sosial dalam pengagihan harta, martabat, dan kuasa hingga menyebabkan individu dan kumpulan itu menerima layanan yang berbeza. Ketidaksamarataan sosial ini tidak berlaku begitu saja tetapi terbina dan berkekalan hingga bergenerasi-generasi. Dalam kebanyakan negara yang memiliki masyarakat pelbagai etnik, struktur ketidaksamarataan sosial yang wujud melahirkan satu atau sebilangan kumpulan etnik yang berkuasa dan kumpulan etnik berkenaan akan mendapat keistimewaan daripada institusi pemerintahan dan ekonomi. Manakala kumpulan etnik minoriti pula akan berada di kedudukan sosial yang rendah dan terpinggir.

Transcript of BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB)...

Page 1: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

7

BAB 2

TEORI PERHUBUNGAN ETNIK

Mansor Mohd. Noor

2.1 Pendahuluan

Masyarakat pelbagai etnik, budaya, dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia

pada hari ini. Hanya segelintir daripada lebih l80 negara yang bernaung di bawah panji

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bercirikan masyarakat monoetnik. Persaingan dan

konflik antara etnik sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat

pelbagai etnik. Namun demikian, sejarah juga telah membuktikan negara ekaetnik pun tidak

dapat membebaskan diri daripada kejadian sedemikian itu.

2.2 Fokus Kajian Perhubungan Etnik

Bidang kajian perhubungan etnik memberikan tumpuan kepada usaha untuk memahami dan

menjelaskan bentuk-bentuk yang digunakan oleh pelbagai ahli dan kumpulan etnik dalam

masyarakat itu untuk berhubung dalam satu jangka waktu yang berterusan.

2.3 Persoalan Bidang Kajian

Soalan asas dalam kajian perhubungan etnik ialah apakah bentuk perhubungan antara

kumpulan yang wujud dalam masyarakat itu?

Perhubungan etnik boleh melahirkan masyarakat yang harmoni atau berkonflik. Untuk

memahami perhubungan etnik, bentuk perhubungan yang wujud antara etnik dalam

masyarakat itu perlu dikenal pasti. Sarjana perhubungan etnik menggariskan empat bentuk

perhubungan antara etnik yang dapat dikenal pasti: bekerjasama, penyesuaian, persaingan,

dan konflik.

Bagaimanakah kumpulan-kumpulan etnik ini disusun dalam stratifikasi sosial masyarakat itu

dan apakah kesan bentuk susunan stratifikasi sosial kumpulan etnik yang sedemikian ke atas

perhubungan antara kumpulan etnik tersebut dan masyarakat itu sendiri?

Dalam setiap masyarakat wujud ketidaksamarataan sosial dalam pengagihan harta, martabat,

dan kuasa hingga menyebabkan individu dan kumpulan itu menerima layanan yang berbeza.

Ketidaksamarataan sosial ini tidak berlaku begitu saja tetapi terbina dan berkekalan hingga

bergenerasi-generasi.

Dalam kebanyakan negara yang memiliki masyarakat pelbagai etnik, struktur

ketidaksamarataan sosial yang wujud melahirkan satu atau sebilangan kumpulan etnik yang

berkuasa dan kumpulan etnik berkenaan akan mendapat keistimewaan daripada institusi

pemerintahan dan ekonomi. Manakala kumpulan etnik minoriti pula akan berada di

kedudukan sosial yang rendah dan terpinggir.

Page 2: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

8

Bagaimanakah cara kumpulan etnik yang dominan dalam masyarakat pelbagai etnik itu

mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dalam masyarakat itu dan apakah percubaan

yang dilakukan oleh kumpulan minoriti untuk mengubah kedudukan mereka?

Kumpulan etnik yang dominan akan menggunakan cara langsung dan tidak langsung untuk

mempertahankan kedudukan harta, martabat, dan kuasa mereka. Ini bukan bermakna

kumpulan minoriti akan berdiam diri tanpa mengatur tindakan untuk memajukan lagi

kedudukan sosial mereka.

Apakah kesan jangka panjang bentuk masyarakat pelbagai etnik di atas terhadap

perhubungan etnik?

Apabila kumpulan-kumpulan etnik boleh hidup bersama dalam satu jangka masa yang

panjang, mereka mungkin bergerak ke arah penyatuan kumpulan, terus mengekalkan

perbezaan atau membesar-besarkan perbezaan di atas. Masyarakat pelbagai etnik yang

sedemikian mungkin sedang menuju ke arah integrasi atau pemisahan melalui proses

asimilasi atau pemajmukan.

2.4 Kerangka Konseptual

Konsep yang paling utama ialah kumpulan etnik dan ras.

Ciri-Ciri Kumpulan Etnik

Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada warisan

sosiobudaya seseorang itu. Antara ciri konsep etnik ialah budaya, adat, bahasa, agama, negara

asal, dan lain-lain. Kumpulan etnik ialah kumpulan yang ahlinya memiliki satu set ciri

sosiobudaya yang tersendiri ini.

Melvin Tumin (1964: 243) mentakrifkan kumpulan etnik sebagai “satu kumpulan sosial yang

wujud dalam satu sistem sosial dan kebudayaan yang besar dengan menuntut atau diperakui

dengan status istimewa dari segi satu ciri etnik yang kompleks yang ditonjolkan atau

dipercayai ada memilikinya”.

Mengikut J. Milton Yinger (1994) pula satu kumpulan wujud dalam erti kata sebenar apabila

“satu segmen dari masyarakat besar dilihat oleh orang lain sebagai berbeza dengan beberapa

kombinasi dalam ciri-ciri berikut - bahasa, agama, ras dan negara nenek moyang bersama

adat dan kebudayaan yang berkaitan; ahli-ahli kumpulan ini pun melihat diri mereka

sedemikian, dan mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang dikongsi bersama berdasarkan

asal usul keturunan atau kebudayaan yang sama (sebenar atau buatan)”. Pandangan Yinger

ini ada kaitan dengan pemerhatian umum semenjak dulu kala yang memperlihatkan ahli-ahli

keluarga sering kali serupa satu sama lain dari segi rupa paras dan tingkah laku jika

dibandingkan dengan mereka yang tiada ikatan keluarga.

Ciri-Ciri Kumpulan Ras

Pada hari ini, kumpulan atau kategori ras dirujukkan kepada warisan fizikal diri seseorang itu

seperti warna kulit, bentuk rambut, bentuk muka, dan lain-lain.

Page 3: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

9

Konsep ‘ras’ dari perspektif biologi tidak begitu diutamakan oleh sarjana sains sosial.

Perspektif sedemikian dipentingkan oleh sarjana biologi dan antropologi fizikal. Dari

perspektif sosiologi, kumpulan ras secara sosial didefinisikan sebagai satu kumpulan yang

dilihat oleh ahli-ahli kumpulan itu dan orang lain sebagai kumpulan manusia yang memiliki

ciri-ciri biologi yang tersendiri, tanpa mengira sama ada mereka itu sebenarnya merupakan

satu kumpulan biologi yang tersendiri atau tidak.

2.5 Meneliti Konsep Ras dan Etnik

Amalan mengaitkan konsep ras dengan warisan fizikal dan etnik dengan warisan kebudayaan

seseorang individu itu sudah diterima pakai secara meluas. Namun demikian perlu

diperingatkan, batas dalam sesuatu kumpulan etnik dan ras tidaklah begitu jelas dan tetap

seperti yang diandaikan oleh orang ramai. Kedua-dua konsep ini sering bertindih dan dalam

banyak perkara maknanya kabur.

Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan

menghasilkan percampuran ras. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal

sesuatu kaum, seperti warna kulit dan sebagainya, berubah.

Di Malaysia, orang Melayu ditakrifkan berdasarkan konsep etnik, bukan ras. Ciri-ciri

kumpulan etnik yang digunakan untuk mentakrifkan Melayu ialah bahasa, adat, dan agama.

Penggunaan konsep ras akan menyulitkan pengkategorian kumpulan Melayu disebabkan

berlakunya percampuran ras dengan kategori fenotaip Kaukasian seperti orang Inggeris,

Belanda, Turki, Arab, Portugis, India, dan lain-lain; fenotaip Mongoloid seperti orang Cina,

orang rumpun Melayu, orang Asli, dan lain-lain; dan fenotaip Afrika. Percampuran ras tiga

kategori fenotaip ini telah menyebabkan ciri-ciri fizikal orang Melayu menjadi kabur.

Malahan perkahwinan campur antara Cina dengan India di Malaysia pun melahirkan anak

yang menyerupai ‘orang Melayu’ dan hal ini juga memberikan kesan kekaburan kepada

batas ras orang Melayu.

Dari segi budaya juga, orang Melayu, India, Cina, Kadazan-Dusun, Iban, Bidayuh, dan

sebagainya banyak meminjam unsur budaya, seperti bahasa, pakaian, makanan, dan agama

antara satu sama lain.

Perbahasan di atas, tentang aplikasi konsep etnik dan ras di Malaysia, menjelaskan bahawa

manusia mempunyai ciri kepelbagaian yang tidak terbatas dan ciri-ciri sesuatu kumpulan itu

sering bertindih dengan kumpulan-kumpulan yang lain.

Ini menunjukkan, walaupun masyarakat awam mengaitkan konsep ras dan etnik dengan

persamaan ciri-ciri warisan fizikal dan kebudayaan, namun batas-batas kumpulan ini

sebenarnya ditentukan oleh satu set persetujuan sosial dalam masyarakat itu sendiri. Tanpa

mengira ketulenan batas fizikal dan etnik yang dapat diperhatikan, manusia akan bertindak

berlainan berbanding dengan ahli-ahli daripada kumpulan sosial itu atas sebab kepentingan

dan perkiraan sosial dalam masyarakat itu sendiri. Kelogikan analisis ini telah menyebabkan

pelajar perhubungan ras dan etnik berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa

konsep ras dan etnik lebih bersifat sosiopolitik, bukan saintifik ala biologi itu. Malah, sarjana

bidang pengajian ini diminta melupakan sahaja definisi saintifik tersebut, terutama bagi

konsep ras.

Page 4: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

10

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa walaupun konsep etnik dikaitkan dengan

warisan sosiobudaya, bukan biologi tetapi bagi orang di luar kumpulan itu, ciri-ciri kumpulan

etnik masih lagi dianggap mempunyai kaitan dengan asas biologi, bukan budaya semata-

mata.

Jadi kita perlu mengakui yang realiti sosial tentang perhubungan etnik dan ras dan

pengkategorian kumpulan wujud dalam masyarakat kita. Kita juga harus menyedari yang

kategori ini bukan dipaksakan ke atas kita oleh faktor semula jadi semata-mata.

2.6 Kerangka Teoretis

Perubahan teras kajian perhubungan ras dan etnik daripada memberi penekanan kepada

konsep ras sebagai konsep biologi ke perhubungan sosial, membuka ruang agar masalah

perhubungan ras dan etnik dikaji berdasarkan kerangka teoretis disiplin ilmu sosiologi dan

sains kemasyarakatan.

2.7 Teori Ekologi

Robert E. Park (1950) merupakan sarjana sosiologi yang pertama yang membicarakan

persoalan perhubungan ras. Beliau dipengaruhi oleh pendekatan Charles Darwin (1859)

tentang ‘kemenangan bagi yang tergagah’. Tetapi bagi Park, manusia mempunyai dua bentuk

warisan: 1) Sebagai ahli sebuah kumpulan ras dia mewarisi pusaka biologikal yang

dipindahkan melalui perkahwinan sesama kumpulan, dan 2) sebagai ahli kumpulan sosial, dia

memindahkan melalui komunikasi warisan sosial kumpulannya. Penulis masa ini

menggunakan proses evolusi organik atau biologikal bagi peringkat individu dan proses

superorganik atau evolusi sosial dan kebudayaan di peringkat kumpulan.

Teori ekologi Park boleh dirumuskan ke dalam empat usul:

Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak sama rata, manusia

yang memiliki fenotaip yang berbeza.

Dalam perhubungan persaingan, individu-individu sedar akan ciri-ciri status yang

membezakan mereka.

Manusia yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan

mereka yang memiliki status rendah; kumpulan yang kemudian ini dianggap memiliki

kategori semula jadi tersendiri dan dengan itu layak berada di tempat yang lain dalam

pembahagian buruh.

Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yang istimewa.

Prejudis juga mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur

kategori itu.

2.8 Teori Freudian

John Dollard (1937) mengaplikasikan teori Freudian dengan merujuk kepada konsep prejudis

sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih.

Usulan yang dibuat oleh Dollard ialah;

Kehidupan sosial mengakibatkan lahir pelbagai kekecewaan psikologi dalam diri

individu.

Kekecewaan itu dapat dikurangkan dengan melepaskan kekerasan.

1) Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu.

Page 5: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

11

2) Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan

yang terpendam.

3) Lagi lemah kuasa kelompok minoriti, lagi sesuai kelompok ini dijadikan

sebagai sasaran.

Di mana-mana sahaja sekiranya kekerasan diluahkan secara berterusan, luahan

tersebut akan diikuti oleh kekerasan yang melimpah sehingga menambahkan lagi

elemen irasional kepada tindakan rasional di peringkat awal tadi.

2.9 Struktur Fungsionalisme

Talcott Parsons (1975: 58-83) menjadi pelopor dalam pembentukan teori ini. Kajiannya

dikukuhkan oleh sarjana lain seperti W. Lloyd Warner (1945), Kingsley Davis (1948) dan

Gunnar Myrdal (1944).

Teori ini membayangkan individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan

denda. Individu mengejar kepentingannya tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam

satu pola yang sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai

bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.

2.10 Teori Kelas

Oliver Cox (1948) mendapati masalah perhubungan ras dan etnik di Amerika Syarikat ada

hubung kait dengan persoalan kelas dan sistem kasta. Cox berpendapat semua pertelingkahan

ras boleh dikaitkan dengan dasar dan sikap golongan kapitalis dan orang kulit putih terhadap

orang bukan kulit putih dan kelas buruh. Prejudis dan ideologi ras seperti sikap rendah diri

dipupuk dan digunakan sebagai instrumen yang bermatlamatkan politik dan ekonomi

kapitalis. Cox melihat perhubungan ras sebagai perhubungan proletariat-borjuis dan dengan

itu memaparkan masalah perhubungan kelas politik.

Usulan Cox ialah:

Apabila kapitalisme Eropah berkembang ke kawasan yang kaya dengan sumber asli,

wujud keuntungan untuk memperoleh sumber buruh yang berbeza dan ini

membolehkan mereka meletakkan buruh ini dalam kedudukan tertindas.

Dalam perhubungan yang tidak sama rata ini, terbentuk keyakinan yang mendokong

ketidaksamarataan itu. Perkara ini terbina dalam struktur masyarakat kapitalis yang

memisahkan buruh kulit putih daripada kulit hitam.

Kategori ras wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis kerana,

1) menguntungkan kelas pemerintah, dan 2) pertembungan dalam masyarakat ini

belum sampai ke tahap yang menunjukkan kedudukan sebenar sistem sosial itu dapat

dilihat dengan jelas oleh kelas buruh.

2.11 Teori Masyarakat Majmuk

J. S. Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) mengutarakan konsep masyarakat majmuk

untuk mengenal pasti masyarakat yang terdapat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai

manusia - orang Eropah, Cina, India, dan berbagai-bagai kumpulan anak tempatan:

‘Mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-

masing, kebudayaan dan bahasanya sendiri, ide dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu

mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, semasa membeli dan menjual. Wujud satu masyarakat

Page 6: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

12

plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan,

dalam unit politik yang sama. Berlaku juga dalam bidang ekonomi, di mana pembahagian

buruh berlaku mengikut garisan ras’ (Furnivall 1948: 304).

Leo Kuper (1974 dan 1977) merasakan teori struktural fungsionalisme dan Marxisme tidak

menjelaskan ciri-ciri utama masyarakat yang dipisahkan oleh batas etnik dan ras. Kuper

berpendapat kita boleh membuat deduksi tentang teori masyarakat majmuk dengan

mengandaikan teori kelas boleh menjelaskan bentuk pengkategorian ras dalam masyarakat.

Dalam hal ini, bentuk ikatan utama dan konflik yang akan timbul terbentuk hasil hubungan

kumpulan dengan cara pengeluaran dalam ekonomi.

Teori Kuper tentang hubungan ras dalam masyarakat majmuk didasarkan kepada usul:

Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang boleh

dibezakan mengikut fenotaip, berada di tempat berbeza dalam susunan ekonomi, dan

terikat dalam sektor politik di tahap yang berbeza, akan dipanggil masyarakat majmuk

dan berbeza daripada masyarakat berkelas. Dalam masyarakat majmuk, hubungan

politik mempengaruhi hubungan cara pengeluaran dan lebih berpengaruh jika

dibandingkan dengan hubungan sebaliknya.

Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut

garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.

Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan kategori

berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan.

2.12 Teori Pasaran Buruh Terpisah

Teori Edna Bonacich (1972: 549-59 dan 1973: 583-94) bermula daripada kesedaran terhadap

perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang boleh melahirkan pertelingkahan antara golongan

buruh kulit putih dan kulit hitam. Teori Bonacich boleh dibentangkan seperti berikut:

Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik, yakni kumpulan ras yang

mendapat gaji tinggi dibezakan daripada buruh murah mengikut ciri-ciri etnik (ciri-

ciri ras juga diambil kira).

Terdapat tiga kelas utama yang mempunyai kepentingan yang berbeza:

1) Ahli kelas peniaga berkehendakkan buruh murah dan lemah untuk bersaing

dengan peniaga-peniaga lain.

2) Buruh yang dibayar gaji tinggi diancam oleh kewujudan buruh murah.

3) Kelemahan kuasa kelas buruh murah menakutkan buruh bergaji tinggi kerana

mereka ini mudah dikuasai oleh kelas peniaga.

4) Kelas buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan

mereka dengan cara mendesak agar buruh murah dikeluarkan dari

kawasan/negara mereka, atau berpegang kepada susunan kasta yang

meletakkan kelas buruh murah kepada pekerjaan tertentu dan bergaji kecil.

• Pertelingkahan etnik terjadi kerana wujud persaingan berdasarkan harga buruh yang

berbeza. Pertelingkahan etnik ialah satu manifestasi konflik kelas antara yang bergaji

tinggi dengan yang bergaji rendah dalam kelas buruh.

2.13 Teori Pilihan Rasional Tentang Perhubungan Etnik

Pendekatan teoretis yang cuba meneliti realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku

manusia di peringkat individu dan kumpulan dipopularkan, antara lain oleh Thomas Sowell

(1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1997), dan Mansor Mohd. Noor (2000).

Page 7: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

13

Teori pilihan rasional tentang perhubungan etnik mengandaikan bahawa:

Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza.

Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.

Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap

kelompok sebayanya.

Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain

akan tertutup.

Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu

berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang

terlibat.

Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati, dia akan mengambil

tindakan menggembleng kekuatan kolektif, dan dalam hal ini dimensi yang dipilih

akan menggambarkan konteks sejarah-budaya masyarakat tersebut.

Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi

kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal

keagamaan dan ketuhanan.

Apabila individu memilih untuk menggembleng kolektif berdasarkan warisan

kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.

Apabila individu memilih untuk menggembleng kolektif berdasarkan warisan fizikal,

batas kumpulan bersifat terbuka.

2.14 Kerangka Konseptual Ideologi dan Etnik di Malaysia

Di Malaysia konsep ras berdasarkan ikatan darah tidak digunakan dalam memahami

hubungan antara rakyat yang pelbagai budayanya. Jika konsep ras digunakan pun,

penggunaan ini lebih bersifat peninggalan ilmu kolonial yang sudah tidak mampu

menjelaskan realiti sosial di negara ini.

Konsep yang digunakan untuk mentakrifkan kaum Melayu ialah konsep etnik; bercirikan

budaya, bahasa, dan agama. Konsep etnik telah diguna pakai di Alam Melayu sebelum

kedatangan penjajah Barat lagi. Terdapat dua peringkat konsep etnik di Alam Melayu ini.

Konsep etnik payung diguna pakai sebagai pengikat rumpun Melayu walaupun mereka terdiri

daripada ratusan subetnik. Subetnik akan terikat dengan ciri budaya, bahasa, dan agama yang

sama. Namun begitu, setiap subetnik ini pula membina batas etnik masing-masing untuk

membina identiti kumpulan mereka. Oleh sebab setiap subetnik memiliki ciri budaya rumpun

Melayu, batas etnik setiap kumpulan didapati berubah-ubah dan ini memberi kedinamikan

yang tersendiri kepada perhubungan kaum di Alam Melayu, amnya dan di Malaysia,

khususnya.

Ini bermakna pendekatan integrasi lebih menjadi amalan budaya setempat dalam

pembentukan masyarakat yang terdiri daripada kumpulan etnik yang masih mengamalkan

perantauan sebagai kaedah membina mobiliti sosial mereka. Manakala, asimilasi sebagai asas

pembentukan negara bangsa lebih bersifat amalan yang dipengaruhi oleh penjajah dan

cenderung memaksa kumpulan etnik lain lenyap dalam kumpulan mereka atau diletakkan di

status sosial yang rendah kerana perbezaan darah.

Jika integrasi etnik merupakan amalan di rantau ini, maka fenomena mengutamakan

perhubungan sesama etnik, terutama semasa berada dalam lokasi sosial yang tidak menentu

dan berisiko, menjadi satu kebiasaan dan tidak bersifat negatif atau emotif. Pemilihan

perhubungan bersifat etnik ini lebih berfungsi sebagai satu mekanisme untuk berhadapan

Page 8: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

14

dengan suasana yang mencabar. Pengelompokan etnik yang menjadi amalan pelajar di

Institusi Pengajian Tinggi, semasa belajar di luar negara atau di peringkat awal penghijrahan

ke bandar dari desa, ialah satu fenomena perhubungan yang biasa yang dapat diperhatikan di

kalangan ahli mana-mana kumpulan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, yakni

rakyatnya hidup dalam satu unit politik yang sama tetapi berasingan. Setiap segmen dalam

masyarakat ini mempunyai nilai, kepercayaan, bahasa, dan cara hidup yang tersendiri.

Dalam pengukuran batas etnik, sekiranya didapati wujud batas etnik yang nipis atau tiada

batas etnik langsung, maka individu akan mengutamakan perkiraan yang bersifat bukan etnik

yang menggalakkannya berhubung dengan individu-individu lain secara silang kumpulan.

Dalam suasana sosial yang berbentuk sebegini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan

harmoni. Justeru wacana negara idaman perlulah merangkumi Ketuanan Melayu Raya,

Ketuanan Melayu Islam, Malaysian Malaysia, dan Ketuanan Melayu dalam masyarakat

pelbagai budaya.

Namun demikian, wujud juga penggemblengan etnik dan agama dalam persaingan mengejar

ganjaran material dan kedudukan sosial. Masalah ini wujud kerana kumpulan etnik yang

terlibat mempunyai tujuan yang bercanggah dan mereka bersaing untuk mendapatkan

sumber-sumber yang terhad. Jika persaingan berlaku, kelompok-kelompok yang terlibat akan

menganggapnya sebagai satu cabaran yang boleh menggugat dan menghasilkan perasaan

benci. Soal kedudukan sosial pula timbul kerana seseorang individu dibesarkan dalam

kelompoknya sahaja, dan dengan demikian dia hanya akan menerima pendapat, sikap, dan

kepercayaan yang terdapat dalam kelompok itu. Sesebuah kelompok biasanya mempunyai

satu ideologi ataupun pandangan tertentu tentang dunia dan persekitarannya.

Selain itu, wujud juga pihak pelampau dan cauvinis etnik dan agama yang merupakan

seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan tingkah laku yang bukan sahaja egosentrik

tetapi menafikan dan menghalang hak-hak orang lain dan selanjutnya turut menghalang

integrasi etnik dalam sesebuah masyarakat.

2.15 Ideologi Perhubungan Etnik

Ideologi perhubungan etnik boleh dikategorikan kepada empat. Kategori pertama ialah

ideologi ketuanan etnik wacana pramerdeka yang terdiri daripada ketuanan Melayu Raya,

Ketuanan Melayu Islam, dan Ketuanan Melayu. Ideologi perhubungan etnik kedua

ditakrifkan sebagai ideologi kecairan etnik (melting pot) dan lebih merupakan satu utopia.

Ideologi perhubungan etnik yang ketiga ialah masyarakat pelbagai budaya yang merupakan

hegemoni satu kumpulan etnik dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya dan

agama. Manakala yang keempat ialah masyarakat multietnik di mana setiap kelompok

masyarakat sentiasa diberi ruang, sama ada peluang atau kedudukan, yang sama rata antara

kumpulan etnik.

2.16 Tahap Perhubungan Etnik

Kerangka Teoretis

Dari segi kerangka teoretis, teori masyarakat majmuk yang diketengahkan oleh Furnivall

masih dijadikan bahan rujukan untuk membicarakan perhubungan etnik di Malaysia. Namun,

kajian oleh Coppel dan Hefner telah membuktikan kumpulan etnik memang wujud tetapi

Page 9: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

15

gambaran yang mereka hidup terpisah, dan hanya bertembung semasa membeli barang di

pasar perlu diteliti kembali. Di samping memiliki parameter kumpulan etnik masing-masing,

etnik Melayu, Kadazan-Dusun, Bidayuh, Iban, Cina, India, dan lain-lain didapati telah

menerima budaya setempat dan tidak hidup terpisah seperti yang digambarkan dalam model

masyarakat majmuk Furnivall.

Amalan oleh setiap ahli kumpulan untuk terikat dengan etnik payung berdasarkan budaya,

bahasa, dan agama setempat telah mengikat dan mengurangkan jarak perhubungan antara

kumpulan etnik di negara ini, hingga di sebalik kemajmukan masyarakatnya, hubungan yang

harmoni dan bersatu padu dapat diperhatikan berlaku.

Namun begitu, kewujudan amalan hubungan berteraskan etnik di peringkat kumpulan juga

kadang kala boleh merenggangkan dan menimbulkan konflik antara mereka. Dalam suasana

ini, tidak dapat dinafikan perhubungan etnik di Malaysia lebih mudah dicorakkan oleh

hubungan politik berbanding dengan ketidakseimbangan ekonomi (Leo Kuper 1974 dan

Horowitz 1989). Di Malaysia, selain perkiraan pasaran, struktur masyarakat dan politik

negara juga meletakkan mekanisme politik sebagai alat untuk mengagihkan sumber material

dan kedudukan sosial.

Masyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa

perubahan hingga jurang pendapatan antara etnik telah dikurangkan, kemiskinan telah hampir

dibasmikan, dan budaya hidup kelas menengah telah menjadi kenyataan (Chamhuri Siwar

2005). Transformasi sosial ini telah menipiskan batas etnik di kalangan rakyat pelbagai etnik

dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan oleh perkiraan ganjaran material, status sosial, dan

ikatan sosial berbanding dengan kepentingan etnik (Abdul Rahman Embong 2001 dan Johan

Saravanamuttu 1992).

Ini bermakna batas etnik wujud tetapi bersifat sekunder. Dalam kehidupan harian, perkiraan

etnik tidak menjadi perkiraan utama. Malahan perkiraan peribadi lebih diutamakan. Senario

perhubungan etnik ini lebih dapat diperhatikan di barat Semenanjung. Di utara dan timur

Semenanjung, perkiraan agama lebih diutamakan, manakala di Sabah dan Sarawak, isu

kewilayahan lebih berpengaruh sebagai perkiraan asas kepada tindakan berbentuk kumpulan

(Mansor Mohd. Noor 2004).

Ini bermakna, tiada satu kerangka teori pun yang boleh menjelaskan peri laku perhubungan

etnik di Malaysia. Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia sudah bersifat kompleks dan

berbeza. Ini bermakna konsep etnisiti telah mempunyai kedinamikannya yang tersendiri.

Konsep etnisiti boleh menjadi penyebab dan boleh juga menjadi akibat. Jika etnisiti itu

akibat, batas etniknya nipis, dan perkiraan etnik boleh terbentuk oleh perkiraan risiko dalam

perjalanan masyarakat. Ini menunjukkan beberapa masalah yang wujud dalam perjalanan

masyarakat, seperti kesan pembangunan, tadbir urus negara, dan lain-lain yang tidak diingini

yang telah berlaku perlu diberikan tumpuan dalam kajian, bukan sekadar parameter etniknya.

Manakala jika etnisiti itu penyebabnya, ini bermakna pengaruh ilmu kolonial tentang konsep

ras masih diguna pakai dalam penganalisisan masyarakat, walhal kemampuan konsep ini

untuk menjelaskan realiti sosial hari ini sudah ditolak oleh beberapa sarjana.

Justeru kemampuan kita untuk memahami perubahan dalam masyarakat dan bukan

memahami ciri etnisiti semata-mata adalah penting bagi memastikan pemilihan kerangka

konseptual dan teoretis yang akan diguna pakai dapat menjelaskan keharmonian dan konflik

etnik di negara ini.

Page 10: BAB2 TEORIPERHUBUNGANETNIK - · PDF fileMasyarakat Malaysia selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengalami beberapa perubahanhinggajurangpendapatanantaraetniktelahdikurangkan,kemiskinantelahhampir

16

2.17 Kesimpulan

Kebanyakan kajian perhubungan etnik yang lain di Malaysia telah banyak memberikan

penekanan kepada perbezaan antara Melayu dengan Cina dan mereka telah mengabaikan

kewujudan aspek-aspek persamaan, perkongsian nilai, dan sikap saling menghormati antara

kaum ini (Fatimah Daud 1984, Raymond Lee 1989, dan Mohd. Noor Nawawi 1991). Jika

batas etnik yang nipis telah wujud dalam tingkah laku orang Melayu dan Cina dan tingkah

laku mereka lebih dipengaruhi oleh nilai-nilai bukan etnik, ini menunjukkan dua individu

daripada kumpulan etnik yang berbeza boleh membina hubungan yang tidak bersifat etnik;

hubungan mereka dikenal pasti sebagai hubungan sosial.

Kita tidak boleh menganggap semua perhubungan sosial antara orang daripada kumpulan ras

yang berbeza sebagai hubungan etnik. Perhubungan etnik hanya berlaku apabila hubungan

tertentu itu telah diwarnai oleh ciri-ciri sosial berdasarkan kesedaran dan perbezaan perkiraan

dimensi kaum. Ini menandakan hubungan silang budaya sudah wujud di kalangan masyarakat

pelbagai budaya di negara ini. Dengan kata lain, perpaduan kaum telah terbina dan

perhubungan antara kumpulan etnik adalah harmoni.