BABB PERKEMBANGAN DI EROPAH - gurubesar.my · Sejarah Dunia Tingkatan BABB 9 Zaman Reformation...
Transcript of BABB PERKEMBANGAN DI EROPAH - gurubesar.my · Sejarah Dunia Tingkatan BABB 9 Zaman Reformation...
1
Sejarah Dunia Tingkatan
BBAABB
9
PERKEMBANGAN DI
EROPAH
TEMA 8.4 ( HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN SEJARAH
SMA BARU
Perkembangan Di Eropah
Perubahan
Masyarakat dan
Budaya Eropah
Zaman Gelap dan ciri-
cirinya
Penemuan Jalan
Laut dan Dunia
baru
Penjelajahan Dan
Penerokaan
Revolusi Pertanian
dan Perindustrian
Imperialisme Barat
di Asia
Zaman Renaissance
Zaman Reformation
Sebab-Sebab
Penjelajahan
Kesan-kesan
Penjelajahan
Perkembangan
Bidang Pertanian
Perkembangan
Bidang
Perindustrian
Kesan Revolusi
Pertanian dan
Perindustrian
Faktor Pendorong
Kuasa barat ke Asia
Kesan Imperialisme
Ke Atas Asia
Tenggara
Pertanian sebagai
Punca Ekonomi
Peningkatan
Perdagangan
antarabangsa
Kemajuan Bidang
Pengangkutan
Kemunculan
Golongan Buruh dan
majikan
2
1.Bagaimanakah
bermulanya zaman
pertengahan bagi
masyarakat Eropah?
6283230
1. Kejatuhan Rom telah pada tahun 476 Masihi telah membawa kepada
berakhirnya zaman kegemilangan tamadun Barat.
2. Kejatuhan ini menandakan bermulanya zaman Pertengahan.
3. Zaman ini penting kerana telah menyediakan asas bagi suatu
perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya Eropah.
1. Selepas kejatuhan tamadun Rom , Eropah telah mengalami zaman
mundurny yang dikenali sebagai Zaman Gelap.
2. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan,
Zaman Pertengahan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:
a. peringkat awal kira-kira(tahun 476-1050M)
b. peringkat kemuncak kira-kira(tahun 1050-1300M)
c. peringkat akhir kira-kira(tahun1300-1450M)
3. Zaman Renaissance ( 1350 – 1600 M) telah muncul Pada peringkat
akhir zaman pertengahan.
4. Pada zaman inilah orang Eropah telah menyebarkan pengaruh
Mereka kepada dunia luar Eropah.Pengaruh barat ini diteruskan
semasa zaman Revolosi Perindustrian dan Imperialisme.
Tema 9.1 dalam Huraian sukatan pelajaran sejarah SMA Baru
2003
A Perubahan Masyarakat Dan
Budaya Eropah
Menyatakan keadaan masyarakat
Eropah pada zaman gelap.
Menerangkan maksud Renaissance dan
Reformation.
Mengetahui kesan-kesan Renaissance
dan Reformation.
Pengenalan
Perubahan Masyarakat Dan
Budaya Eropah
Perkembangan Di Eropah Bab
9
3
1. Zaman gelap ialah satu zaman keadaan masyarakat Eropah yang
kurang maju jika dibandingkan dengan pencapaiannya dalam
tamadun Rom dan Yunani.
2. Keruntuhan empyar Rom disekitar kurun ke Lima Masihi
memulakan zaman pertengahan Eropah yang berlangsung selama
lebih kurang seribu tahun.
3. Pada zaman ini, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran, tiada
institusi politik yang berkesan.
4. Pada masa tersebut dunia Islam telah tegak dengan
kemilangannya.Ini terbukti pada zaman Khulafa al-rasyidin ,Bani
Umaiyah,dan Bani Abbasiah, Orang Eropah telah mencedok banyak
ilmu daripada dunia islam demi meningkatkan pencapaian
masyarakat mereka.
5. Keruntuhan empayar Rom menyebabkan munculnya golongan
Baron (tuan tanah).Para petani terpaksa membayar cukai
perlindungan kepada tuan tanah bagi memberi perlindungan kerana
keadaan yang tidak selamat, bagi yang tidak berkemampuan ,mereka
memberi tanah mereka kepada tuan tanah dan terpaksalah mereka
menjadi hamba.
6. Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja,maka tuan
tanah terpaksalah membayar cukai kepada raja.dengan adanya
jalinan ikatan ini maka timbullah sistem feudal di Eropah.Golongan
raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara.
7. Negara kita juga mengamalkan sistem feudal pada masa dahulu.
8. Golongan raja adalah merupakan penaung utama kepada sistem
feudal yang mempunyai hak ke atas tanah secara mutlak dinegeri-
negeri masing-masing.
9. Golongan pembesar merupakan pembantu kepada raja dan mereka
berada dibawah naungan seorang raja, dan harus memberikan
khidmat kepada raja.
10. Rakyat biasa juga memberikan khidmat kepada tuan tanah dan
terdapat juga golongan hamba.
Zaman Gelap dan Ciri-
Cirinya
Hieraki sosial masyarakat feudal Eropah dan Zaman
Kesultanan Melayu Melaka
Zaman gelap ialah suatu zaman
kemerosotan atau zaman kemunduran
yang berlaku ke atas masyarakat
Eropah, ia dikenali dengan nama Dark
Ages atau zaman pertengahan selepas
kejatuhan empayar Rom pada abad ke
lima Masihi
Soalan : Zaman gelap adalah satu
zaman masyarakat Eropah berada
dalam keadaan yang tidak maju.
Manakah antara berikut boleh
dikaitkan dengan zaman gelap?
I Berlakunya perpecahan
politik.
II Keadaan ekonomi yang
merosot.
III Wujudnya golongan
bangsa.
IV Kongkongan agama
Kristian.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan :. B : I, II dan IV
Fakta : Pada zaman ini, Eropah
mengalami perpecahan politik,
kemorosotan ekonomi dan
kongkongan agama Kristian
terhadap masyarakatnya.
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Gelap dan Ciri-Cirinya di
halaman 216 Buku Teks Sejarah
Ting 4.
4
2. Mengapakah Ekonomi
Masyarakat Feudal tidak
berkembang semasa
zaman Gelap?
Cara Hidup masyarakat
Feudal di Eropah
mempunyai persamaan
dengan cara hidup
masyarakat Melayu
tradisional yang juga
mengamalkan sistem
feudal.
11. Pada zaman pertengahan pula kegiatan perdagangan tidak meluas,
mereka selalu diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan
Magyar.Mereka juga tidak dapat berdagang ke timur jauh kerana
kawasan Mediterranean di kuasai oleh orang islam.Oleh itu mereka
lebih menumpukan kepada sektor pertanian.
12. Magyar ialah suku kaum yang terbesar di Hungry yang merupakan
campuran antara suku kaum Urgila dengan Turki.Kaum ini telah
menduduki Hungry mulai abad ke kesembilan Masihi dan menjadi
ancaman kepada Eropah Barat.Mereka akhirnya dikalahkan oleh
Raja Otto 1 dalam pertempuran Lechfeil, pada tahun 955 Masihi.
13. Viking pula adalah suku kaum Norway, Sweden dan
Denmark.Mereka mulai bergerak pada abad kesembilan Masihi ke
Russia dan Eropah Utara.Pada peringkat awal mereka merompak dan
mengancam pusat-pusat pemerintahan yang ada pada waktu
itu.Kemudian mereka mula melakukan penaklukan dan penjajahan.
14. Urusan perdagangan tidak menggunakan matawang kerana jumlah
matawang di pasaran adalah terhad.
15. Zaman tersebut dianggap sebagai zaman gelap kerana pada masa
tersebut masyarakatnya adalah mempunyai cirri-ciri berikut:
a. Pusat pemerintahan yang lemah
b. Kegiatan ekonomi yang terhad
c. Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
d. Gereja mengongkong masyarakatnya.
16. Zaman kemuncak Zaman Pertengahan berlaku ketika zaman
peralihan dari zaman gelap ke Zaman Renaissance.
17. Pada zaman ini Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi
yang universal serta menjadi ejen penyatuan.
18. Dari segi Ekonomi telah berlaku perubahan yang amat ketara akibat
daripada pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan
kemunculan kegiatan perdagangan.
19. Aktiviti perdagangan telah semakin maju dan menyebabkan banyak
bandar baru telah dibuka, seperti Venice, Milan dan Florence.
20. Ini telah menyebabkan lahirnya masyarakat kelas pertengahan yang
terdiri daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankkan.
21. Oleh itu status sosial adalah tidak lagi berasaskan kepada pemilikan
tanah sebaliknya berasaskan kekayaan.
22. Rakyat pula mula terlibat dalam politik menerusi institusi parlimen
yang diwujudkan untuk memenuhi tuntutan rakyat.Ini memberikan
rakyat hak politik dan rakyat dapat menjalankan hubungan dengan
pemerintah.
Ciri-Ciri Zaman
Gelap
Pusat pemerintahan yang lemah
Kegiatan ekonomi yang terhad
Kelembapan perkembangan ilmu
pengetahuan
Gereja mengongkong masyarakatnya
Soalan : Ekonomi masyarakat
Eropah mula mengalami perubahan.
Manakah antara berikut yang
menyebabkan berlakunya perubahan
ekonomi secara pesat dan berkesan?
A. Kemunculan kegiatan
perdagangan
B. Kewujudan Bandar-bandar
perdagangan
C. Kemerosotan sistem feudal
D. Pembukaan kawasan baru
oleh orang gasar.
Jawapan : A : Kemunculan
kegiatan perdagangan
Fakta : Dari segi Ekonomi telah
berlaku perubahan yang amat ketara
akibat daripada pertambahan penduduk,
peningkatan aktiviti pertanian dan
kemunculan kegiatan perdagangan
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman Gelap
Dan Ciri-Cirinya di halaman 216
Buku Teks Sejarah Tingkatan
Empat.
5
Perubahan-perubahan
yang dibawa oleh gerakan
Renaissance telah
menyumbangkan pelbagai
kemajuan dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial
masyarakat Eropah.
1. Renaissance ialah satu perkataan dari bahas Itali iaitu renisciment
yang bermaksud “Kelahiran Semula” . Ia merujuk kepada satu
zaman pemulihan budaya yang berlaku di Eropah antara
pertengahan kurun ke 14 hingga pertengahan kurun ke 16.
2. Ia merujuk kepada penghargaan semula ilmu pengetahuan yang
telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun
Rom dan Yunani yang telah tenggelam semasa zaman gelap.
3. Kegemilangan ilmu pengetahuan pada zaman Rom dan Yunani telah
dikembangkan semua pada zaman Renaissance.
4. Pencapaian Renaissance ini didorong oleh kegiatan menguji
kebolehan semulajadi manusia dan menikmati seluruh keindahan
alam.
5. Pada zaman ini, ia menonjolkan keupayaan manusia berfikir dan
menyelesaikan masalahnya.
6. Aliran pemikiran ini menitikberatkan aspek sekular dan hal ehwal
manusia yang dikenali sebagai Humanisme.
7. Bapa Aliran Humanisme ini ialah seperti Francesco Petrarch, dan
tokoh renaissance lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovani
Bocaccio.
1. Semangat ingin tahu atau semangat inkuiri yang kuat dikalangan
masyarakat Eropah pada ketika itu untuk mencari penyelesaian
kepada masalah kehidupan dan kesediaam untuk meneroka bidang
baru.
2. Zaman ini mula berkembang di itali pada abad ke 14 dan
kemudiannya berkembang di Eropah barat sehingga abad 17.
3. Di itali munculnya Bandar terkenal seperti Venice, Genoa
Florence,Rom,dan Milan yang menjadi pusat perdagangan
antarabangsa.
4. Kedudukan Itali yang strategic kerana dikelilingi Lautan
Mediterranean menjadikan italic sebagai persimpangan utama dan
juga pusat perdagangan antarabangsa.
5. Bandar Venice dan Genoa adalah Bandar pelabuhan yang terkenal
kerana di sini berlakunya pertembungan budaya, bahasa, dan agama.
6. Ini membolehkan Itali terus manjadi pusat perkembangan idea baru.
7. Aktiviti perdagangan ini telah membawa kepada kemunculan
golongan kaya.yang telah mengunakan kekayaannya untuk
mengindahkan Bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman
dan cendekiawan.
8. Golongan ini telah menjadi penaung ( patron )kepada golongan para
pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara Patron yang terkenal
ialah Keluarga Medici di Florence.
Soalan : Renaissance adalah satu
kelahiran semula kepada
masyarakat Eropah. Pilih kenyataan
yang tepat berkaitan dengan
lelahiran semula?
A. Zaman pemulihan
B. Zaman pemulihan
kebudayaan
C. Zaman duniawi
D. Zaman kemanusiaan.
Jawapan B : Zaman pemulihan
kebudayaan
Fakta : Ia merujuk kepada satu
zaman pemulihan budaya yang
berlaku di Eropah antara
pertengahan kurun ke 14 hingga
pertengahan kurun ke 16.
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Renaissance di halaman 217 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
Zaman Renaissance ( 1350 – 1600 )
Faktor Mempengaruhi Zaman
Renaissance
Hasil-hasil seni bina pada zaman
renaissance adalah berbentuk
bebas mengikut kreativiti dan
pemikir arkitek-arkitek dan
pelukis-pelukisnya.
Bandar Florence Itali adalah
merupakan pusat kesenian dan
seni bina yang pertama di
Eropah.
6
9. Golongan Patron telah berusaha menarik seniman dan
cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke Bandar
masing-masing.
10. Ini menyebabkan berlakunya persaingan antara Bandar-bandar
di Itali untuk mendapatkan tokoh-tokoh cendekiawan.
11. Para cendekiawan ini seringa bergerak dari satu Bandar ke
Bandar yang lain bagi tujuan menyiapkan tugas mereka, dengan
sendirinya telah membantu menyebarkan idea Renaissance ke
merata tempat di Itali.
12. Paus di Rom juga turut menjadi penaung kepada para seniman
dan cendekiawan, mereka merasa cemburu melihat pencapaian
Bandar Florence yang dipegang oleh Keluarga Medici.
13. Mereka juga berhasrat untuk menjadikan Rom cantik dan
menarik seperti Bandar Florence.
14. Golongan gereja tidak bersedia untuk menaungi ahli sains dan
ahli matematik kerana bimbang golongan tersebut akan
mencabar pemikiran lama yang dibawa oleh Gereja Katolik.
15. Golongan saintis lebih menekankan kaedah pemerhatian dan
emprikal dan penggunaan akal yang logik dalam menerankan
sesuatu pekara, berbeza dengan pihak gereja yang memberikan
penekanan kepada penjelasan tradisional.
16. Perselisihan pendapat ini telah berlaku dalam kes Galileo
Galilei.( 1564 – 1642 )
17. Galileo telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicholas
Copernicus ( 1473 – 1543 ) bahawa matahari merupakan pusat
alam.
18. Ini amat bertentangan dengan pendapat gereja yang menyatakan
bumi ialah sebagai pusat alam.
19. Pertentangan ini telah menyebabkan Galileo telah jatuhkan
hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.
20. Keadaan ini telah menyebabkan pihak gereja tidak sehaluan dan
mencurigai para saintis.
Gambar: Seni bina bangunan yang terdapat
diFlorence, Itali.
Gambar : Lukisan zaman
Renaissance Soalan : Huraikan Bagaimanakah
Renaissance di katakan bermula di
Itali? (12M)
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Semangat inkuiri
2. Percaya dan yakin
3. Kemunculan bandar
4. Hubungan perdagangan
5. Kedudukan Itali Strategik
6. Kemunculan Pedagang
kaya
7. Patron
8. Paus Rom
9. Tumpuan Seni Lukis
10. Bekerja sendirian
11. Kemampuan Individu
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
man Renaissance di halaman 217 –
218 Buku Teks Sejarah Tingkatan
Empat.
Soalan : Zaman Renaissance telah
melahirkan ramai tokoh ahli sains yang
terkenal.
Mengapakan golongan ini tidak
mendapat tempat dikalangan Pihak
geraja
A. Menentang pemerintahan
kolot golongan gereja
B. Pertentangan tentang pedapat
yang berkaitan fenomena alam
C. Takut golongan saintis
merampas kekuasaan.
D. Meramaikan golongan saintis
yang berkuasa
Jawapan B -. Pertentangan tentang
pedapat yang berkaitan fenomena alam
Fakta : Pertentangan ini telah
menyebabkan Galileo telah
jatuhkan hukuman tahanan
dalam rumah pada tahun 1633
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Renaissance di halaman 218.
7
3. Bagaimanakah pelukis-
pelukis pada zaman
renaissance berjaya dal
menghasilkan karya yang
mengagumkan?
Penciptaan teknik
percetakkan pada zaman
renaissanse telah
menggalakkan lebih
banyak bahan bacaan di
terbitkan dan diedarkan ke
seluruh eropah dan ini
akan menambahkan lagi
bilangan orang yang
pandai membaca.
21. Oleh itu, pihak gereja telah memberikan tumpuankepada
kegiatansni lukis dan seni ukir sahaja.
22. Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal
seperti Leonardo dan Vinci, Raphael dan Michelanglo untuk
mencantik dan menghiasi gereja dan Katedral di Rom dengan
ukiran dan lukisan.
23. Pada masa inilah Katedral St.Peter yang terkenal telah dibina.
24. Katedral adalah merupakan gereja besar yang berada di bawah
bidang kuasa seorang Biskop.
25. Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Paus Rom ini telah
menyebabkan pusat seni Renaissance telah berpindah dari
Florence ke Rom.
26. Pada zaman ini berlaku perubahan kepada individu daripada
golongan pelukis dan pengukir kerana semasa zaman
pertengahan mereka bekerja secara berkumpulan menyebabkan
karya mereka tidak terserlah.
27. Bakat mereka mula dilihat apabila mereka bekerja secara
bersendirian dan bebas menutarakan karya sendiri tanpa terikat
kepada kumpulan atau individu lain.
28. Tokoh-tokoh seperti Leornado da Vinci, Michael Anglo, dan
Rapheal mahu mereka dikenali secara individu dan tersendiri
yang akhirnya melahirkan semangat dan amalan individualisme.
29. Amalan ini telah membawa perubahan kepada konsep
pendidikan daripada tumpuan hanya kepada satu-satu kemahiran
kepada semua aspek ilmu pengetahuan.
30. Semua pembelajaran tentang ilmu pengetahuan telah digalakkan
dikalangan individu seperti contoh yang dibawa oleh tokoh
Leornado dan Vinci dan Michael Anglo yang bukan sahaja
dikenali sebagai pelukis dan pengukir yang agung malah
disanjung tinggi kerana kemahiran mereka dalam ilmu
pengetahuan yang lain.
31. Tokoh renaissance juga telah muncul di Negara-negara Eropah
yang lain seperti England contohnya, Thomas More, Francis
Bacon, William Shakespeare.
Francesco Petrarch ( 1304 – 1374 )
1. Beliau amat berminat tentang ilmu pengetahuan yang akhirnya
membawa kepada penubuhan sebuah perpustakaan.
2. Perpustakaan ini mengandungi koleksi karya agung zaman Yunani
dan Rom yang telah diperterjemahkan oleh cendekiawan islam dan
sesetengahnya oleh paderi-paderi Katolik.
3. Hasil pembacaan dan penelitian yang dibuat, beliau mendapati
bahawa terdapat pelbagai pandangan dan pendapat yang
bercanggah.
Sumbangan Tokoh-Tokoh Renaissance
Soalan : Siapakah tokoh yang
terkenal sebagai Bapa Humanisme ?
A. Thomas More
B. Nicolo Miciavelli
C. Francesco Petrarch
D. Leornado da Vinci
Jawapan : A : Thomas More
Fakta : Bapa Aliran Humanisme
ini ialah seperti Francesco
Petrarch
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Renaissance di halaman 217 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
8
4. Beliau membuat keputusan bahawa percanggahan idea ini akan
dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik menerusi memerhati
sendiri pekara yang telah dan akan ditulis.
5. Ini menyebabkan wujudnya satu kaedah baru iaitu sistem
pemerhatian dalam penilaian atau penulisan.
Nicolo Machiavelli
1. Beliau salah seorang ahli falsafah dan tokoh terkemuka zaman
Renaissance.
2. Beliau telah menghasilkan buku “The Prince” ( Penguasa ) yang
menyarankan seseorang raja atau pemerintah harus mempunyai
kuasa mutlak.
3. Raja dan pemerintah harus ditakuti dan bukannya disayangi oleh
rakyatnya.
4. Rakyat harus memberika kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau
pemerintah kemudian barulah kepada gereja Katolik.
5. Falsafah politik Machiavelli ini telah menimbulkan kontroversi
dan ia telah mengukuhkan lagi konsep nasionalisme.
6. Ia seterusnya membuka jalan kearah pembentukkan Negara
bangsa di Eropah.
Nicolo Machiavelli
Bapa Humanisme
Francesco Petrarch
Soalan
Machiavelli adalah salah seorang tokoh
renaissance yang terkenal.Apakah kesan
daripada falsafah politik yang
diperkenalkan oleh Beliau.
A Membuka jalanke arah Sistem
Beraja berkuasa Mutlak
B Membuka jalan kearah
pembentukan Negara bangsa
C Rakyat mula menentang
golongan gereja Katolik
D Wujudnya sebuah Negara yang
rajanya amat ditakuti rakyat.
Jawapan : B - Membuka jalan kea
rah pembentukan Negara bangsa
Fakta : Ia seterusnya membuka
jalan kearah pembentukkan
Negara bangsa di Eropah.
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Renaissance di halaman 218 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
Konsep Negara bangsa ialah sebuah
Negara yang dibentuk dan didiami
oleh rakyat yang terdiri dari
golongan yang mempunyai sejarah
dan budaya yang sama, bertutur
bahasa yang sama dan mempunyai
asal-usul keturunan atau rumpun
bangsa yang sama.
Negara bangsa ini lahir dari
kesedaran kebangsaan atau
nasionalisme
9
Leornado Da Vinci
1. Beliau merupakan seorang tokoh yang serba boleh.
2. Ia menjadi contoh terbaik manusia yang idealnya dalam
membangunkan dan membina bakat seseorang.
3. Seorang yang versatile kerana kemampuannya menguasai semua
bidang ilmu termasuk seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan,
botani, falsafah, geografi serta perang dan strategi ketenteraan.
4. Leornado adalah seorang tokoh yang telah mendahului zamannya
serta mempunyai semangat inkuiri dan ingin mencari jawapan bagi
segala kejadian alam.
5. Antara kayranya yang terkenal ialah Potret Monalisa.
Tokoh-tokoh zaman renaissance dan sumbangannya.
Tokoh
Sumbangan
Francesco Petrrch
Bapa Humanisme
Karya Songbook
Johann Guttenberg
Teknik Percetakan
Erasmus
Ahli fikir Humanisme
The Praise of Folly
Nicolo Michiavelli
Ahli falsafah politik
The Prince
Thomas More
Ahli Humanisme
Utophia
Galileo Galilei
Ahli astronomi dan metematik
Teleskop
Isaac Newton
Ahli sains terkemuka
Teori Hukum Graviti
Gambar : Leornado da Vinci dan Lukisan Potret Monalisa
Leornado da Vinci
sentiasa membuat catatan
dibukunya
denganpelbagai lakaran
ciptaan teknikal.
Antaranya ialah busur
panah gergasi yang
digerakkan dengan
menggunakan roda
Tokoh-Tokoh Renaissance yang lain:
Muzik
John Sebastian Bach
Lukisan
Micheanglo
Raphael
Ukiran
Ghiberti
Sains
Nicholas Copernicus
Galileo Galilei
10
Pengajaran penting
daripada zaman
renaissance ialah kita
harus mempunyai sifat
inkuii dan berani untuk
meneroka pekara dan
bidang baru untuk
mencapai kejayaan dalam
semua jurusan.
1. Manusia pada zaman renaissance amat didorong oleh semangat
inkuiri.
2. Ini telah menyebabkan kemunculan pelbagai bidang baru seperti
seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi, dan social.
3. Dari segi politik, kesan yang penting ialah kemunculan
golongan monarki baru yang diasaskan kepada kewujudan
kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
4. Golongan monarki baru ini telah diperkukuhkan lagi dengan
amalan pembayaran cukai kepada kerajaan pusat.
5. Bertambahan kuasa raja telah menyebabkan kuasa gereja dan
golongan bangsawan semakin berkurangan.
6. Golongan monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile, dan
Aragon ( Sepanyol ), England, Perancis dan Belanda.
7. Dari segi Ekonomi pula, ekonomi sara diri kian bertambah
pupus.
8. Pada masa ini telah wujudnya sistem perdagangan tempatan dan
antarabangsa yang kemudiannya telah menimbulkan kegiatan
penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan
kemajuan dalam bidang matematik, geografi,kartografi ( teknik
melukis peta ), atronomi.
9. Ciri-ciri yang terdapat pada renaissance yang berkaitan dengan
semangat inkuiri, objektif dan eksperimen telah merintis jalan
kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains
seperti Biologi, Fizik, kimia dan perubatan.
10. Kesan dari segi sosial ialah kehidupan manusia telah mengalami
perubahan yang ketara.
11. Gaya dan cara pemikiran manusia telah memperlihatkan mereka
lebih bersedia menlahirkan emosi mereka.
12. Emosi ini telah diluahkan dalam muzik, lukisan, dan ukiran
yang dihasilkan menerusi karya-karya mereka.
13. Secara Psikologinya, unsur-unsur ini telah berjaya memupuk
dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
14. Kesan penting dari segi sosial ialah perubahan sikap masyarakat
terhadap pendidikan yang lebih menekankan pemikiran logik,
saintifik, falsafah dan metafizik.
15. Ia juga menekankan taggungjawab social seseorang individu
dalam masyarakat yang harus mempergunakan sepenuhnya
keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
Kesan Zaman Renaissance Gambar : Lukisan zaman
Renaissance Soalan : Zaman Renaissance telah membawa
banyak perubahan perkembangan
tamadun dunia. Huraikan apakah
kesan-kesanyang ditinggalkan oleh
zaman Renaissance? ( 15 M )
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Golonganmonarki baru
2. Kuasa Gereja berkurangan
3. Ekonomisara diri pupus
4. Kegiatan perdagangan
5. Penjelajahan
6. Ilmu pengetahuan
7. Pemikiran
8. Tanggungjawab individu
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
man Renaissance di halaman 219 –
220 Buku Teks Sejarah Tingkatan
Empat.
11
1. Reformation ialah satu gerakan pembaharuan agama yang
bermula di Eropah Barat pada tahun 1510 dan berakhir pada
tahun 1550an.
2. Reformation adalah berasal dari perkataan reform yang
bermaksud “melaksanakan perubahan atau pembaharuan sesuatu
yang baik atau membentuk sesuatu yang baru” .
3. Gerakan ini mempunyai kaitan dengan agama Kristian
1. Kritikan terhadap gereja Katolik sudah wujud sejak abad ke-10
Masihi lagi.
2. Penentangan ini tidak menimbulkan kesan yang mendalam tanpa
sokongan daripada gereja.
3. Usaha pihak gereja yang ingin menjadikan Rom sebagai pusat
kekuasaan yang terkuat di bahagian Tengah Itali telah
menyebabkan wujudnya banyak kepincangan, rasuah dan
penyelewengan.
4. Ini menyebabkan timbulnya kritikan dan penentangan ramai ahli
masyarakat.
5. Masyarakat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja
Katolik yang sudah tidak selari dengan apa yang dianjurkan di
dalam Bible.
6. Golongan gereja dikatakan lebih cenderung mengamalkan gaya
hidup pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan
kehidupan beragama.
7. Terdapat juga unsur penyelewengan, seperti penjualan Sijil
Indulgences, iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian
yang melakukan dosa.
8. Kegiatan penjualan Indulgences ini telah merebak ke seluruh
Eropah.
9. Penciptaan mesin cetak oleh Johannes Gutenberg telah
membantu kejayaan penyebaran idea penentangan terhadap
gereja Katolik.
10. Kita Bible telah dapat dicetak dalam masa yang singkat dan
harganya adalah murah.
11. Pada tahun 1517, Martin Luther seorang professor ilmu teologi
di sebuah universiti berhampiran Wittenburg di Jerman telah
menentang amalan Indulgences.
12. Mengikut Luther manusia seharusnya bergantung pada kekuatan
rohani.
13. Pendirian ini telah mencabar kedudukan dan intitusi padri.
Gerakan Reformation
Faktor penyetus gerakan reformation
Soalan : Terangkan mengapakah
berlakunya gerakan pembaharuan
agama Kristian di Eropah? (12M)
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Penentangan
2. Sokongan pihak gereja
3. Mempersoalkan amalan
4. Pusat kekuasaan
5. Penyelewengan
6. Indulgences
7. Mesin cetak
8. John Calvin
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
Gerakan Reformation di halaman
221 Buku Teks Sejarah Tingkatan
Empat.
Soalan : Wujudnya kritikan
terhadap agama Kristian Katolik
adalah disebabkan oleh
penyalahgunaan kuasa pentadbir
gereja. Apakah kesan kritikan
terhadap ajaran tersebut?
A. Mewujudkan perang
saudara
B. Berlakunya perang salib
C. Memecahkan perpaduan
dunia Kristian kepada dua.
D. Ramai orang Kristian
memeluk agama Islam
Jawapan : C : Memecahkan
perpaduan dunia Kristian kepada
dua.
Fakta : Gerakan ini memecahkan
perpaduan dunia Kristian kepada
dua
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Reformation di halaman 222 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
12
14. Pendirian dan ajaran Luther ini telah menyebabkan munculnya
mazhab Protestant yang berasal dari perkataan Protesting yang
bermaksun membantah.
15. Kewujudan Mazhab Protestant ini telah menandakan
bermulanya zaman Reformation yang berterusan hingga ke
pertengahan abad ke 16.
16. Mahzab Protestant pimpinan Martin Luther telah berkembang
dengan pesat ke Sweden, Denkmark, Norway dan England.
17. Di Switzerland, gerakan ini telah dipimpin oleh Huldreich
Zwingli ( 1484 – 1531 ) dan setelah kematiannya ia telah
diambil alih oleh John Calvin ( ( 1509 – 1564 )
18. Terdapat juga golongan yang masih mempertahankan gereja
Katolik.
19. Golongan ini telah mengendalikan Counter Reformation iaitu
“menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru”
sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh
gerakan Protestant.
John Gutenberg bersama dengan contoh Kitab Bible
Gambar : Martin Luther
Soalan : Martin Luther telah
mengemukakan hujah untuk menentang
amalan Indulgences. Mengapakah
Martin Luther menentang amalan
Indulgences?
A. Amalannya bertentangan
dengan prinsip ajaran Kristian
sebenar.
B. Ia adalah satu bentuk
perniagaan yang merugikan
C. Tidak puas hati hanya
segelintir sahaja yang terlibat
dalam Indulgences
D. Mahu bebas daripada ajaran
Kristian
Jawapan : A : Amalannya
bertentangan dengan prinsip ajaran
Kristian sebenar.
Fakta : Terdapat juga unsur
penyelewengan, seperti penjualan Sijil
Indulgences, iaitu surat pengampunan
bagi penganut Kristian yang melakukan
dosa.
.Bukti : Rujuk Tajuk Gerakan
Reformation di halaman 221 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
Pertikaian berlaku antara pengikut
Mazhab Katolik dengan pengikut
Martin Luther yang mengelarkan diri
mereka Lutheranism. Penindasan
pengikut Lutheranism oleh golongan
Katoklik di Jerman telah menakibatkan
bantahan oleh beberapa putera Jerman
yang pro- Martin Luther. Bantahan ini
(Protest) telah menyebabkan lahirnya
perkataan Protestant.
13
20. Salah seorang tokoh Counter Reformation yang terkenal ialah
St. Ignatius Loyola.
21. Beliau merupakan seorang bekas askar yang menjadi paderi
setelah menghabiskan banyak masa membaca buku tentang
kehidupan orang agama semasa menjalani rawatan kecederaan
ketika perang.
22. Hidupnya amat mementingkan disiplin diri dan hidup secara
sederhana..
23. Amalannya menjadi ikutan paderi muda yang lain yang dikenali
sebagai Jesuilt dan sering menjadi pemimpin dalam kerja
kebajikan dan pendidikan.
24. Salah seorang tokoh Jesult yang terkenal ialah St. Francis
Xavier ( 1506 – 1552 ) yang telah ditugaskan menyebarkan
agama ke Timur.
St. Ignatius Loyola
1. Dari Segi Agama, zaman reformation telah menyebabkan
Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab
masing-masing.
2. Antara peperangan yang berlaku ialah, Perang keagamaan
yang berlaku di Perancis antara tahun 1562 – 1598 dan
Perang 30 Tahun ( 1618 – 1648 ) yang melibatkan Sepanyol,
Jerman, Bohemia, Denkmark dan Sweden.
3. Ini menyebabkan berlakunya banyak kemusnahan dan
masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab
sahaja.
4. Kesan jangka panjangnya ialah wujudnya sikap tolerensi
antara penganut agama Kristian pelbagai mazhab dari segi
mempergiatkan pendidikan dan fahaman mereka.
5. Kesan dari segi Politik ialah Kuasa gereja mulai dicabar
oleh golongan monarki baru yang ingin membebaskan diri
dari penguasaan Paus di Rom.
Kesan Zaman Reformation
Soalan
St Ignatius Loyola adalah salah seorang
tokoh Counter Reformation yang
terkenal. Apakah yang menyebabkan
tokoh tersebut menjadi seorang tokoh
Counter Reformation?
A Membaca buku berkaitan
dengan zaman reformation
B Membaca buku tentang orang
keagamaan
C Menjadi insaf selepas tercedera
dalam peperangan
D Inginmembersihkan jiwa
daripada dosa peperangan
Jawapan : B :. Membaca buku tentang
orang keagamaan
Fakta : Beliau merupakan seorang
bekas askar yang menjadi paderi
setelah menghabiskan banyak masa
membaca buku tentang kehidupan
orang agama semasa menjalani
rawatan kecederaan ketika perang.
.Bukti : Rujuk Tajuk Gerakan
Reformation di halaman 222 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
14
4. Mengapakah Putera
Henry VIII keluar
daripada ajaran Agama
Kristian Katolik?
6. Semasa pemerintahan Raja Henry VIII, rajanya telah
menjadi ketua dengan mengistiharkan dirinya sebagai ketua
baru Gereja Protestant Anglcan.
7. Beliau juga telah memutuskan hubungan England dengan
gereja Roman Katolik kerana ingin berkahwin dengan Anne
Boleyn.
Raja Henry VIII
Carta : Perpecahan agama Kristian Katolik dan Protestant
Soalan : Raja Henry VIII telah
melakukan pembaharuan dalam
agama Kristian pada
pemerintahannya. Apakah yang
dilakukan oleh Putera Henry VIII di
dalam pembaharuan tersebut?
I Raja Inggeris memutuskan
hubungan dengan Rom.
II Orang Kristian berpeluang
untuk menjadi peniaga
III Pengaruh gereja Inggeris
semakin merosot
IV Raja Inggeris menjadi
ketua Gereja Anglican.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Jawapan : D : I dan IV
Fakta : Raja Henry VIII telah
mengisytiharkan Raja England
sebagai ketua gereja England atau
Anglican. Baginda juga telah
memutuskan hubungan dengan
Rom
Bukti : Rujuk Tajuk Zaman
Reformation di halaman 222 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat.
Agama
Kristian
Katolik Protestant
Paus Rom Martin
Luther
Zwingli
Raja
Henry
VIII
John
Calvin
15
Masyarakat Eropah pada zaman
penjelajahan begitu berani dan
sanggup menyambut cabaran
untuk mencari jalan ke Timur
setelah berhadapan dengan
masalah yang menyekat
perkembangan aktiviti dan
ekonomi mereka
1. Kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini telah bermula pada abad
ke 16 lagi dengan menjelajah ke beberapa buah kawasan di luar
Eropah.
2. Kegiatan Mereka adalah merupakan kegiatan pelaut Eropah untuk
mencari laluan baru di lautan bagi membolehkan mereka pergi ke
Timur.
3. Zaman Renaissance yang memperlihatkan banyak sains dan
teknologi dihasilkan telah membantu orang-orang Eropah
menjalankan kegiatan penerokaan dan penjelajahan.
4. Penjelajahan ke Timur adalah penting kerana semua barangan dari
Timur hanya diperolehi di Istanbul sahaja.
5. Penaklukan Istanbul ditangan Turki pada tahun 1453 telah
menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk
mendapatkan barangan melalui laluan tersebut.
6. Orang Eropah terpaksa mencari laluan lain untuk ke Timur, ini
telah mendorong mereka menerokai lautan Atlantik dan akhirnya
mereka telah berjaya menjadikan lautan Atlantik sebagai laluan
mereka ke Timur.
Sebab-Sebab Penjelajahan
1. Desakan ekonomi dan semangat kebangsaan telah mendorong
orang Eropah unutk menjalankan aktiviti penerokaan dan
penjelajahan.
2. Barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur
amat diminati dan diperlukan oleh orang-orang Eropah.
3. Raja Sepanyol dan Pertugal merupakan pemerintah yang telah
bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha
penjelajahan dan peerokaan.
1 Penjelajahan Dan Penerokaan
Menyenaraikan kuasa-kuasa Barat
yang terlibat dalam penjelajahan.
Menerangkan sebab-sebab
penjelajahan kuasa barat
Mengetahui dan mengkasifikasikan
kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa
Barat ke atas masyarakat Setempat.
Penemuan Jalan Laut dan Dunia Baru
dan Penerokaan
Soalan
Orang-Orang Eropah mula menjalankan
kegiatan penerokaan dan penjelajahan
pada abad ke 16 lagi.
Mengapakah orang-orang Eropah
terpaksa mencari laluan baru bagi tujuan
ke timur?
A Barangan Timur hanya
dibekalkan oleh orang Islam
B Kekurangan barangan Timur di
Eropah
C Penaklukan Istanbul oleh orang-
orang Turki
D Harga barangan Timu yang
terdapat di Istanbul adalah
Mahal
Jawapan :C :. Penaklukan Istanbul
oleh orang-orang Turki
Fakta :. Penaklukan Istanbul
ditangan Turki pada tahun 1453
telah menyebabkan orang
Eropah menghadapi masalah
untuk mendapatkan barangan
melalui laluan tersebut .Bukti : Rujuk Tajuk Penjelajahan
dan Penerokaan di halaman 223
Buku Teks Sejarah Tingkatan
Empat.
16
Orang Portugis telah
menjadi perintis kepada
penjelajahan kerana tidak
perlu bersaing dan
berlumba dengan pihak
lain di Eropah yang masih
menghadapi masalah
seperti peperangan dan
percakaran sesama sendiri.
4. Sepanyol di bawa pemerintahan Ratu Isabela dan Ferdinand
Aragon telah mengalakkan orang-orangnya menumpukan
penerokaan ke Amerika Latin.
5. Sementara itu, Raja Portugal iaitu Putera Henry yang terkenal
sebagai Henry Pelaut telah memberikan galakan kepada orang-
orang Portugis untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan
penjalajahan.
Putera Henry ( Raja Portugal )
6. Pelaut Portugal telah sampai terlebih dahulu ke kawasan Timur
daripada pelaut Sepanyol.
7. Kuasa Portugis juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin
yang akhirnya telah menyebabkan wujudnya persaingan untuk
mendapatkan tanah jajahan.
8. Paus di Rom terpaksa campurtangan untuk mengelakkan
persaingan menjadi lebih rumit lagi.
9. Pada tahun 1494 Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani di
antara Portugal dan Sepanyol.
10. Di dalam perjanjian tersebut, Beliau telah bertindak dengan
membahagikan dunia kepada dua kawasan pengaruh iaitu timur
untuk Portugal dan Barat untuk Sepanyol.
11. Kawasan ke Timur Verder dan Hindia Barat di Lautan Atlantik
dianggap sebagai kawasan Portugal, manakala kawasan ke
Baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol.
Soalan : Bincangkan apakah
faktor-faktor yang menyebabkan
Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke
Asia? (12M)
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Desakan Ekonomi
2. Faktor Keagamaan
3. Galakan daripada Raja
4. Persaingan
5. Perdagangan Rempah
Ratus
6. Penawanan kota
Constantinople
7. Peningkatan imu Sains Dan
Teknologi
8. Menyebarkan Kristian
9. Kemunculan Monarki Baru
10. Semangat Kebangaan
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
Sebab-Sebab Penjelajahan di
halaman 223 – 225 Buku Teks
Sejarah Tingkatan Empat
Perjanjian Tordesillas
Membahagikan Dunia Kepada
Dua Pengaruh
Kawasan ke Timur dari
Kepulauan Verder dan Hindia
Barat dianggap sebagi kawasan
Portugal
Kawasan Sebelah Baratnya
Dianggap Sebagai
Kawasan Sepanyol
17
12. Christopher Columbus adalah merupakan orang Eropah yang
pertama sampai ke Amerika.
13. Ferdinand Magellan pula telah sampai ke Timur dan beliau telah
terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina dalam perjalanannya ke
Kepulauan Maluku.
14. Faktor penting yang menyebabkan Kuasa Portugal dan Sepanyol
untuk menjelajah ke Timu ialah perdagangan rempah ratus dan
sutera.
15. Kegiatan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada para
pedagang Eropah dan Rajanya.
16. Pihak Gereja juga amat menekankan usaha untuk menyebarkan
Kristian ke Seberang Laut melalui Kuasa Sepanyol dan Portugal
yang merupakan dua buah negera Katolik dan mempunyai pengaruh
gereja yang kuat.
17. Kuasa Sepanyol yang dahulunya pernah dikuasai oleh Orang Islam
begitu semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
18. Kemunculan Monarki Baru di negera-negara Eropah yang lain
seperti England, Perancis dan Belanda turut menggalakkan kegiatan
penjelajahan dan penerokaan ke Seberang Laut.
19. Semangat Kebanggaan banggaan juga telah mendorong orang
Eropah menjelajah.
1. Dalam tahun 1490-an,
Peta : Laluan penjelajahan orang-orang Eropah
Soalan : Portugal adalah negara
yang terawal berjaya menerokai
kawasan di seberang laut.Apakah
punca penjelajahan portugis di luar
benua Eropah?
A. Untuk mencari kekayaan
dan kemegahan kuasa
perdagangan
B. Memindahkan penduduk
yang padat
C. Mencari Prestor John
D. Menghapuskan orang-
orang Islam
Jawapan : A : Untuk mencari
kekayaan dan kemegahan kuasa
perdagangan
Fakta :. Bangsa Portugis telah
menguasai jalan perdagangan di
Lautan Hindi dan membina empayar
perdagangan.
Bukti : Rujuk Tajuk Sebab-sebab
Penjelajahan halaman 223.Buku
Teks Sejarah Ting. Empat
Soalan : Putera Henry amat terkenal
sebagai seorang putera yang minat
menjelajah. Apakah usaha-usaha yang
dilakukan oleh beliau?
A. Mengalahkan orang-orang
Islam
B. Menggalakkan orang-orang
Portugis melakukan kegiatan
penjelajahan.
C. Mengelilingi dunia
D. Menakluki Melaka
Jawapan : B : Menggalakkan orang-
orang Portugis melakukan kegiatan
penjelajahan.
Fakta :. Raja Portugal iaitu Putera
Henry yang terkenal sebagai Henry
Pelaut telah memberikan galakan
kepada orang-orang Portugis untuk
menjalankan aktiviti penerokaan dan
penjalajahan.
Bukti : Rujuk Tajuk Sebab-
Sebab Penjelajahan di halaman
223 – 224 Buku Teks Sejarah
Tingkatan Empat.
Christopher Columbus
18
Matlamat penjelajahankuasa-kuasa Eropah
Dari Segi Politik
1. Penguasaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil
Eropah.
2. Ia secara langsung mengiktiraf kekuasaan dan kekuatan kuasa
Eropah.
3. Wakil-wakil ini adalah terdiri daripada syarikat Berpiagam seperti
di Belanda, Great Britain, Perancis dan Denkmark.
4. Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ), Syarikat Hindia Barat
Belanda ( WIC ) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC )
merupakan sayarikat berpiagam yang berjaya.
5. Syarikat Berpiagam Perancis dan Denmark tidak begitu berjaya.
6. Syarikat-syarikat Berpiagam Inggeris dan Belanda telah berdagang
dari Eropah hingga ke Carribean,Latin Amerika, Afrika, India, Asia
Tenggara dan Asia Timur.
Dari Segi Ekonomi
1. Daerah di luar Eropah telah menjadi pebekal kepada keperluan
masyarakat Eropah.
2. Goa dan Melaka yang merupakan Emporium dunia telah dikuasai
oleh Portugal.
3. Barangan daripada timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya
hidup masyarakat Eropah.
4. Jalan perdagangan antarabangsa juga telah dikuasai oleh oleh
Portugal termasuklah jalan perdagangan di Asia Tenggara, Lautan
Hindi, Laut China Selatan di China dan Jepun.
BANDAR PENJAJAH
Goa Portugis
Madras Inggeri
Culcutta Inggeris
Pulau Pinang Inggeris
Singapura Inggeris
Melaka Portugis/Belanda/
Inggeris
Batavia Inngeris
Macao Portugis
Soalan : Paus di Rom terpaksa
campurtangan ntuk mengelakkan
kemungkinan berlakunya pergaduhan
antara dua buah negara penganut Gereja
Katolik yang setia. Apakah kesan
campurtangan tersebut?
A. Menghindarkan berlakunya
perang antara Portugal dan
Sepanyol
B. Sepanyol bebas meluaskan
kuassa di sebelah barat
Kepuluan Tanjung Verde
C. Dunia dibahagikan kepada
dua kawasan pengaruh iaitu
Sepanyol di Barat dan
portugis di Timur
D. Sepanyol berjaya menerokai
dunia baru iaitu Amerika
Latin dan Amerika Tengah
Jawapan : C : Dunia dibahagikan
kepada dua kawasan pengaruh iaitu
Sepanyol di Barat dan portugis di Timur
Fakta :. Beliau telah bertindak dengan
membahagikan dunia kepada dua
kawasan pengaruh iaitu timur untuk
Portugal dan Barat untuk Sepanyol.
Bukti : Rujuk Tajuk Sebab-sebab
Penjelajahan di halaman 224 Buku
Teks Sejarah Ting Empat.
Matlamat
Penjelajahan Orang
Eropah
Gold Gospel Glory
Kesan – Kesan Zaman Penjelajahan
Terhadap Masyarakat Setempat
Vasco Da Gama, tokoh
penting Portugis yang
menemui jalan ke Timur
Bandar-bandar pelabuhan utama
yang terdapat di sepanjang laluan
perdagangan dari Timur ke Barat
telah dikuasai oleh kuasa-kuasa
Barat
19
Dari Segi Sosial
1. Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang
Eropah.
2. Masyarakat peribumi juga telah menerima ajaran agama Kristian
seperti di Filipina
3. Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan
kehidupan di Dunia Baru dan Asia.
4. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan
menakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec,dan
menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
5. Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah
mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
6. Kerajaan Sepanyol telah melihat daerah Amerika Latin sebagai Dunia
Baru yang banyak mempunyai emas dan Perak.
7. Manakala bagi golongan Gereja Kristian Katolik pula, Dunia Baru
adalah sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
8. Masyarakat Peribumi di Dunia Baru telah menerima ajaran Kristian
tersebut secara berleluasa.
9. Buruh-Buruh peribumi pula telah dieksploitasi untuk bekerja di
lombong dan di lading mereka.
10. Istilah bahasa Sepanyol Conquista dan Conquistadores telah diberikan
kepada penjelajahan dan penaklukan sepanyol.
11. Sementara Brazil pula telah ditakluki oleh Portugal.
12. Di sebelah kawasan Timur, tidak wujud petempatan orang Sepanyol
dan Portugal secara besar-besaran.
Kesan- kesan Zaman Penjelajahan Eropah
Soalan : Kedatangan Kuasa Barat
telah meninggalkan kesan ke atas
Masyarakat setempat. Huraikan?
( 14M)
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Perjanjian dengan Barat
2. Syarikat Berpiagam
3. Pembekal barangan Barat
4. Mengkayakan orang Eropah
5. Jalan Perdagangan di kuasai
orang Eropah
6. Gaya Hidup
7. Terima Kristian
8. Masyaraka Baru
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
Kesan-kesan Zaman Penjelajahan
Terhadap Masyarakat Setempat.di
halaman 225-226 Buku Teks
Sejarah Tingkatan Empat.
Kesan-Kesan
Penjelajahan
Perjanjian dengan
Kuasa Barat
Syarikat
Berpiagam
Pembekal kepada
Eropah
Menkayakan
Eropah
Jalan Perdagangan
di Kuasai Eropah
Terpengaruh dengan
Gaya Hidup Eropah
Menerima Kristian
Masyarakat Baru
20
1. Revolusi adalah merupakan perubahan secara besar-besarandan
mendadak dan menyeluruh.
2. Ia memberikan kesan dan perubahan kepada bidang lain atau
kehidupan manusia.
3. Berlaku juga Revolusi politik apabila terdapat satu kebangkitan
untuk menukarkan bentuk pemerintahan contohnya daripada system
colonial kepeda bentuk pemerintahan peribumi.
4. Revolusi juga boleh memakan masa yang lama dan berlaku secara
berterusan.
5. Revolusi perndustrian berlaku secara mendadak dan berterusan.
Contoh Negara pertaa di dunia yang megalami Revolusi
Perindustrian ialah Britain.
6. Sebelum itu berlaku Revolusi Pertanian yang merupakan asas bagi
revolusi peridustrian.
1. Pengeluaran makanan sebelum berlakunya Revolusi adalah secara
kecil-kecilan kerana pengeluaran secara besar-besaran tidak dapat
dijalankan.
2. Pengeluaran makanan akan dapat dijalankan secara besar-besaran
dengan wujudnya :
a. Perubahan dalam system penggunaan dan pemilikan
tanah
b. Terdapat penggunaan kaedah atau teknik saintifik seperti
penggunaan baja, peralatan tanaman dan teknik
penenaman yang sesuai
Revoluis Pertanian Dan Revolusi
Perindustrian
Menyenaraikan faktor yang
mencetuskan Revolusi pertanian dan
perindustrian.
Menerangkan kesan-kesan Revoluis
pertanian dan perindustrian.
Membahaskan perkembangan ciptaan
baru membawa kepada revolusi
pertanian dan perindustrian
I Perkembangan Bidang Pertanian
Revoluis Pertanian Dan Revolusi
Perindustrian
Contoh Revolusi Politik di Dunia
Revolusi Perancis 1789 adalah
perubahan daripada monarki kepada
demokrasi borjuis.
Revolusi China 1917 adalah
peubahan daripada monarki kepada
system Republik.
Revolusi Rusia 1917 adalah
perubahan daripada monarki kepada
Komunis.
Revolusi Indonesia 1949 adalah
perubahan daripada kolo9nial
kepada peribumi.
21
4. Mengapakah
sukarnya untuk
mendapat persetujuan
ramai untuk kegiatan
pertanian secara besar-
besaran?
c. Terdapat juga kaedah pemasaran produk pertanian
secara lebih meluas dan berkesan.
1. Revoluis pertanian yang bermula di Britain pada awal kurun ke-18.
2. Sebelum revolusi pertanian, kegiatan pertanian adalah dijalankan
secara kecil-kecilan oleh petani untuk memenuhi keperluan sendiri.
3. Pada masa tersebut terdapat sistem pemilikan tanah persendirian
dan sistem tanah untuk kegunaan awam.
4. Para petani yang bergantung hidup pada tanah awam dibenarkan
bercucuk tanam, menternak dan memburu di tanah awam tersebut.
5. Kegiatan ini bukanlah suatu masalah bagi masyarakat lama di
Britain, malah ia memberi memberi fungsi social kerana amalan ini
membolehkan rakyat biasa untuk menyara kehidupan mereka.
6. Ekoran daripada Negara Britain yang menghadapi pertambahan
penduduk, memerlukan kepada peningkatan hasil pertanian untuk
menampung keperluan makanan.
7. Kegiatan secara besar-besaran adalah terhad kerana sukar
mendapat persetujuan ramai.
8. Tuan-tuan tanah mula memanfaatkan tanah awam tersebut bagi
tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran.
9. Keadaan ini ditambah lagi denga peningkatan harga gandum.
10. Tuan-tuan tanah yang kaya mula berusaha untuk memagari tanah
awam untuk digunakan untuk kegiatan pertanian secara besar-
besaran.
11. Tuan-tuan tanah ini berpendapat sistem pemilikan tanah ini perlu
diubah dan dipagarkan bagi kegunaan persendirian.
12. Para petani yang menggunakan tanah awam perlu disekat daripada
terus menguasahakannya.
13. Tuan-tuan tanah kaya telah menuntut Parlimen Inggeris supaya
meluluskan akta bagi membenarkan mereka memagar tanah awam
untuk kegunaan sendiri.
14. Kelulusan Akta pemagaran oleh Parlimen ini telah menyebabkan
tuan tanah yang kaya dapat membeli dan memiliki tanah yang
lebih luas.
15. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500 000 ekar tanah telah
dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah Awam.
16. Akibat daripada Akta ini terdapat tanah yang luas untuk digunakan
secara besar-besaran.
17. Ini membolehkan mereka mengendalikan aktiviti pertanian untuk
pedagangan secara system perladangan.
18. Proses pemagaran tanah awam ini telah merugikan petani kecil,
yang tidak mampu untuk menampung kos pemagaran tanah yang
tinggi.
19. Banyak antara mereka telah menjual tanah mereka kepada
golongan yang kaya.
Anggaran penduduk Englad dan
Wales pada abad ke-18 dan ke-19.
Tahun Jumlah
1700 5.5 Juta
1750 6.5 Juta
1801 9 Juta
1831 14 Juta
Soalan : Mengapakah golongan
tuan-tuan tanah mula berusaha
untuk memagari tanah awam?
A. Pertanian secara besar-
besaran.
B. Mengelakkan tanahtersebut
digunakan oleh rakyat
biasa
C. Tanah amat sesuai untuk
kawasan perumahan
D. Tidak dapat membeli dan
menjual tanah tersebut.
Jawapan : A :. Pertanian secara
besar-besaran.
Fakta:.. Tuan-tuan tanah mula
memanfaatkan tanah awam tersebut
bagi tujuan pengeluaran pertanian
secara besar-besaran.
Bukti : Rujuk Tajuk Pemilikan
Tanah Persendirian di halaman 227
Buku Teksa Sejarah Tingkatan
Empat.
Perkembangan Bidang Pertanian
22
Sebelum Revolusi Pertanian,
para petani mengamalkan
sistem tanah yang yang
membiarkan tanah kosong
pada satu musim agar tanah
dapat dipulihkan semula.
Kegiatan pertanian
haruslah dijalankan secara
besar-besaran untuk
memaksimunkan
keutungan
Setiap Kemajuan yang
dicapai itu pasti
akanmengakibatkan
perubahan social yang
harus diterima dan
ditangani secara bersama
untuk menghadapi setiap
masalah yang timbul dan
akan datang.
20. Golongan petani ini telah menjadi sebahagia daripada buruh lading
yang kemudiannya telah berhirah ke Bandar semasa Revolusi
Perindustrian untuk menjadi buruh kilang.
1. Revolusi pertanian berlaku adalah disebabkan oleh perubahan
dalam kaedah dan ciptaan baru dalam bidang pertanian.
2. Kaedah dan ciptaan baru ini telah membolehkan penanaman dapat
diakukan secara besar-besaran dan mendatangkan keuntungan
yang lumayan.
3. Antara kaedah yang terkenal ialah tanaman secara bergilir iaitu
tanah dugunakan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman
yang berbezamengikut musim.
4. Tanaman yang berbeza menggunakan nutrient tanah yang berbeza,
yang menyebabkan semua tanaman dapat hidup dengan subur.
5. Pengenalan system ini menyebabkan tanah tidak lagi perlu
dibiarkan kosong untuk mengembalikan kesuburan tanah.
6. Antara teknik dan rekaan baru dalam bidang pertanian ialah :
Teknik
Nama Pencipta
Cara Penggunaan
Mesin Penyemai
Benih ( Alat
Jetrul Tul )
Jethrol Tul
Benih disemai dengan cara
yang lebih pantas dan tanah
pertanian dibajak dengan
kerap.
Tanaman Giliran
(Turnip
Townshend )
Lord Townshend
Tanah pertanian ditanam
dengan tanaman yang
berlainan dan secara bergilir-
gilir
Kesuburan tanah tidak
terjejas kerana tanaman
berlainan perlukan bahan
mineral yang berlainan.
Alat Jethrul Tull
Kaedah Dan Ciptaan baru Dalam Pertanian
23
Penciptaan kaedah dan
ciptaan baru dalam bidang
pertanian telah
membolehkan kegiatan
pertanian dapat dijalankan
secara besar-besaran yang
membawa berlakunya
Revolusi pertanian dan
seterusnya membawa
kepada perubahan yang
besar dalam kehidupan
manusia iaitu Revolusi
perindustrian
7. Salah seorang tokoh yang terkenal dalam memperkenalkan system
tanaman giliran ialah Lord Townshend ( 1674 – 1738 ) yang
merupakan seorang tuan punya lading yang luas.
8. Beliau telah mengubah kaedah perladangannya dengan mencuba
sistem penanaman secara bergilir.
9. Beliau telah medapati Semanggi, Clover dan turnip amat sesuai
ditanam secara bergilir.Turnip merupakas tanaman terbaik
berbanding Semanggi.
10. Hasilnya beliau telah memperolehi pendapatan yang lumayan.
11. Beliau telah menggalakkan petani menggunakan system ini dengan
menanam turnip sebagai salah satu tanaman yang digilirkan.
12. Sistem ini telah dibaiki oleh Thomas William Coke ( 1752 – 1842 )
1. Kegiatan pertanian yang dijalankan secara besar-besaran telah
menyebabkan berlakunya revolusi pertanian.
2. Penanaman tanaman jualan telah dijalankan akibat daripada
pemilikan tanah secara besar-besaran dan juga penggunaan kaedah
baru dalam pertanian.
3. Baja asli telah mula digunakan secara meluas yang telah
menyebabkan tanaman menjadi lebih subur dan meningkatkan lagi
hasil pertanian.
4. Ini menyebabkan berlakunya lebihan Produk yang dihasilkan untuk
keperluan harian menyebakan lebihan tersebut elah diperdagangkan.
1. Sumbangan terpenting Revolusi pertanian kepada Revolusi
Peridustrian ialah penyediaan modal.
2. Akibat daripada Revolusi Pertanian wujud ramai peladang-peladang
yang kaya.
3. Mereka telah melabur lebihan modal dalam setor Peridustrian.
4. Kesediaan ini menandakan perubahan sikap dan sanggup mengambil
risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang yang baru.
5. Revolusi pertanian juga menyediakan bahan makanan untuk
menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang
kian meningkat.
6. Britain tidak lagi perlu bergantung kepada makanan yang diimport
kerana sudah mampu menyediakan makanan sendiri.
7. Ini akan dapat membantu lagi pertumbuhan dan perkembangan
industri di dalam negara.
8. Inilah yang dikatakan Revolusi pertanian menyediakan asas kepada
Revolusi Perindustrian.
9. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti rekaan dalam bidang sains
dan teknologi, serta semangat dan kegiatan keusahawanan.
1.
Pertanian Komersial
Gambar : Alat memintal benang
Spenning Jenn. Alat ini masih
memerlukan penggunaan tangan
untuk menjalankanya tetapi dapat
memintal lapan jurai benang sekali
gus.
Perkembangan Bidang
Perindustrian
Alat pemintal Benang,
Water Frame yang telah
dicipta oleh Richard
Arkwright pada tahun 1769
telah digerakkan dengan
menggunakan kuasa
wap.Pekerjanya dapat
memintal benang dengan
lebih banyak lagi
24
Daya kreativiti, semangat
inovasi serta kegiatan
keusahawanan ini
mengambarkan usaha untuk
mencipta sesuatu, kegigihan
menyelidik yang ditunjukkan
patut diteladani oleh generasi
masa kini..
5. Bagaimanakah
pendapatan dalam
sektor pertanian dapat
digunakan dalam sektor
perindustrian?
10. Kedua-dua factor ini dapat dilihat pada tokoh James Watt dan
Boulton .
11. Pada tahun 1736 James Watt telah berupaya membaiki enjin
rekaan Thomas Newcomen.
12. Kemudian Watt telah menubuhkan syarikat bersama Matthew
Boulton dan telah berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang
lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Rekaan Baru
Pencipta
Penggunaan
Flaying Shuttle
John Kay (1733)
-Mempercepatkan kerja menenun
-Meningkatkan hasil tenunan
berlipat kali ganda
Spenning Jenny
James Hagreaves
( 1765 )
-Alat pemintal benang
Water Frame
Sir Richard
Arkwright( 1765 )
Alat Pemintal benang
Mule
Samuel Crompton
( 1790 )
Alat Pemintal benang
Gambar : Enjin berkuasarekaan James Watt
Sir Richard Arkwright Samuel Crompton
Soalan : Enjin berkuasa Wap yang
dicipta oleh Thomas Newcomen
telah digunakan dengan meluas
tetapi tidak begitu efisien. Siapakah
Tokoh yang telah membaiki enjin
tersebut?
A. James Watt
B. Newcomen
C. Mule
D. John Kay
Jawapan : A : James Watt
Fakta :. Pada tahun 1763, James
Watt telah membaiki ciptaan enjin
berkuasa wap Newcomen.
Bukti : Rujuk Tajuk
Perkembangan Bidang Perindustrian di halaman 230
Buku Teks Sejarah Ting. Empat
25
Tenaga kuda yang
digunakan untuk
mengangkut arang batu
telah ditukar dengan
lokomotif berenjin
berkuasa wap..
1. Sebelum berlakunya Revolusi perindustrian barangan yang
dihasilkan adalah secara kecil-kecilan sahaja.
2. Pengeluaran barangan secara kecil-kecilan ini dipanggil sebagai
industri desa.
3. Ia menggunakan tenaga manusia untuk menghasilkan sesuatu
barangan.
4. Apabila wujudnya kaedah dan ciptaan baru seperti alat
mesin,pengeluaran barangan dapat dilakukan secara besar-besaran
melebihi paras yang diperluka.
5. Lebihan ini telah diperdagangkan untuk mendapatkan pulangan yang
lebih lumayan,
6. Perubahan Revolusi perindustrian ini yang merangkumi teknik
pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti
mengkomersialkan barangan yang dihasilkan
1. Pengkhususan kerja telah mendatangkan faedah kepada para
majikan dan pekerja kerana mereka kian mahir dalam bidang
masing-masing.
2. Ini berlaku kerana modal yang besar digunaka untuk membeli
peralatan mesin untuk digunakan bagi industri mereka.
3. Oleh itu mereka hanya mengkhususkan hanya dalam datu bidang
sahaja untuk mengelakkan kos yang besar.
4. Kualiti barang juga akan dapat dipertingkatkan dan ia akan dapat
diperdagangkan secara meluas ke seluruh kawasan.
1. Aktiviti pertaian pada masa belum ada teknologi baru telah
dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau
air.
2. Manusia dan binatang boleh mengalami kepenatan yang
mengakibatkan kerja atau tugas tidak dapat dilaksanakan secara
berterusan
3. Mesin berkuasa wap telah digunakan untuk memudahkan segala
urusan manusia, terutamaya digunakan oleh penguasaha kilang begi
mempertinkatkatan dan memperbanyakkan hasil yang dikeluarkan
oleh kilang mereka.
4. Apabila barangan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak, maka
harga barangan menjadi lebih murah dan mudah mendapat tempat di
pasaran. Ia juga boleh dikomersialkan diperingkat antarabangsa.
Peralihan daripada Industri Desa
Kepada Perkilangan
Pegkhususan Pengeluaran
Penggunaan Teknologi
Soalan : Revolusi Perindustrian telah membawa
perubahan yang besar kepada
masyarakat Eropah. Apakah perubahan-
perubahan yang terdapat di dalam
Revolusi Perindustrian.
I. Teknik-teknik pengeluaran
II. Skala pengeluaran yang lebih
besar.
III. Pengambilan buruh yang ramai
IV. Aktiviti mengkomesialkan
barangan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan B : I, II dan IV
Fakta: Perubahan Revolusi
perindustrian ini yang merangkumi
teknik pengeluaran, skala pengeluaran
yang bertambah besar dan aktiviti
mengkomersialkan barangan yang
dihasilkan
Bukti : Rujuk Tajuk Peralihan
daripada Industri Desa Kepada
Perkilangan di halaman 231 Buku
Teks Sejarah Ting. Empat
26
Pada hari ini jentera yang
mengendalikan keretapi
api dan kapallaut
menggunakan tenaga yang
dihasilkan daripada
pembakaran Petrol bukan
lagi menggunakan arang
batu..
5. Salah satu sumber tenaga manusia yang terawal ialah tenaga wap
yang telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu.
6. Negara Britain pada masa tersebut mempunyai bekalan arang batu
yang banyak sebagai sumber kuasa.
7. Arang batu sebagai satu sumber kuasa yang penting hanya akan
dapat dilombong atau digali dengan mudah dan menjimatkan
apabila terdapat alat rekaan yang moden.
8. Alat tersebut telah direka oleh Thomas Newcomen pada tahun
1712 yang telah menafaatkan tenaga wap hasil pembakaran arang
batu.
9. Enjin berkasa wap tersebut telah digunakan secara meluas dalam
bidang perlombongan arang batu.
10. Rekaan tersebut telah dapat mengatasi masalah rembesan dan
takungan air, menyebabkan kerja melombong arang batu menjadi
lebih mudah dan kuantiti baranganyang dihasilkan telah dapat
dipertingkatkan.
11. Peningkatan penghasilan arang batu amat membantu proses
Revolusi Perindustrian di Britain.
12. Ia juga telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang
perusahaan seperti bidang pebuatan, perusahaan besi dan keluli
serta pengangktan.
Enjin berkuasa wap yang dicipta oleh Newcomen
pada tahun 1712 telah berfungsi mengepam dan
mengerinkgana di dalam lombong arang batu.
Dengan itu lombong boleh dikorek kebih dalam dan
lebihdalam dan lebih banyak arang batu dapat
dikeluarkan
Soalan : Walaupun berlaku
perubahan terhadap penggunaan
bahan api di England tetapi terdapat
masalah yang menghantui pelabur-
pelabur di England. Siapakah tokoh
yang telah berjaya mengatasi
masalah tersebut?
A. Thomas NewComen
B. James Watt
C. Matthew Boulton
D. Thomas James
Jawapan : A : Thomas NewComen
Fakta :. Pada tahun 1702 Thomas
Newcomen telah mencipta enjin
berkuasa wap dan telah digunakan
dengan meluas di lombon-lombong
arang batu.
Bukti : Rujuk Tajuk Penggunaan
Teknologi di halaman 232 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat
27
.6. Mengapakah
berlakunya perubahan
social dan ekonomi
akibat daripada
perubahan pertanian
kepada industri?
11. Kuasa wap juga telah membentu mempertinkatkan perkembangan
sistem pengangkutan seperti keretapi dan kapallaut.
12. Jentera atau enjin yang digunakan untuk mengendalikan keretapi
dan kapal laut semasa zaman perindustrian menggunaka tenaga
wap yang dihasilkan daripada pembakaran arang batu.
1. Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa
perubahan yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di
Britain.
2. Perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian membolehkan
ia menjadi sumber pendapatan ekonomi yang penting untuk
pembangunan Negara.
3. Kemajuan dalam bidang perindustrian pula telah meningkatkan
kegiatan perdagangan antarabangsa,kemajuan, dan perubahan
besar dalam bidang pengangkutan.
4. Ia juga memperlihatkan kemunculan buruh dan majikan serta
Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya.
1. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan untuk tujuan keuntungan.
Kegiatan utama tanaman pada ketika itu ialah tanaman bijirin
seperti gandun, rye, jagung dan sebagainya.
2. Hasil pertanian telah dihasilkan secara besar-besaran untuk tujuan
eksport dan ini telah membolehkan para peladang menjadi
pedagang antarabangsa.
3. Kegiatan petanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat
Britain pada ketika itu.
4. Ia telah menyedikan makanan yang mencukupi dan tenaga buruh
yang ramai untuk perkembangan perindustrian.
5. Perubahan daripada Pertanian kepada Industri menyebabkan
berlaku perubahan dalam bidang social dan ekonomi.
6. Kegiatan ekonomi utama telah mula berubah daripada daripada
pertanian kepada kegiatan pembuatan dan pengilangan.
7. Ramai rakyat Britain telah mula terlibat sebagai pekerja atau
buruh kilang
8. Sektor industri telah mulamengambil tempat sebagai punca
ekonomi baru yang sangat penting kepada Negara Britain
Kesan Revolusi Pertanian
Dan Revolusi Perindustian
Pertanian Sebagai Punca Ekonomi
Soalan :
Manakah antara berikut yang
merupakan perubahan yang berlaku
akibat daripada perkembangan pesat
bidang industri?
A Kemunculan Golongan
pekerja kanak-kanak
B Berlakunya penindasan
pekerjaan
C Kemunculan golongan
buruh dan majikan
D Kemunculan golongan
pekerja yang mahir
Jawapan : C : Kemunculan
golongan buruh dan majikan
Fakta :. Ia juga memperlihatkan
kemunculan buruh dan majikan
serta Eropah menjadi kuasa yang
kuat dan kaya.
Bukti : Rujuk Tajuk Kesan-kesan
Revolusi Pertanian dan Revolusi
Perindustrian halaman 234 Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat
28
7..Bagaimanakah
Britain menggunakan
kuasanya sebagai kuasa
Maritim untuk
mengekalkan status
Negara perindustrian?
.
1. Barangan yang dihasilkan telah dapat dipasarkan diperingkat
antarabangsa kerana lebihan hasil pengeluaran.
2. Ia dapat diperdagangkan untuk mendapatka keuntungan yang
berlipat kali ganda.
3. Kegiatan perdagangan antarabangsa dapat dijalankan dengan
lancar sesuai dengan status Bitain sebagai sebuah Negara yang
menjalankan dasar penjajahan dan kuasa maritim yang terulung
pada abad ke-18 dan ke-19.
4. Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah berkaitarapat dan saling
melengkapi iaitu eksport dan import.
5. Kegiatan perdagangan ini membolehkan Britain berkembang
dengan maju.
6. Untuk mengekalkan kemajuan tersebut, Britain terpaksa
mendapatka bahan mentah yang banyak dan berterusan.
7. Sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa telah
dipertingkatkan dan diperkembangkan.
8. Negara Britain juga telah mengeksport modalnya ke seberang laut
untuk menambahkan lagi sumber ekonominya.
1. Pengangkutan kereta kuda dan baj adalah merupakan
pengangkutan yang lama bagi masyarakat Britain.
2. Kilang-kilang banyak terletak berhampiran degan sungai, kerana
pengangkutan baj hanya sesuai digunakan di kawasan sungai.
3. Untuk menigkatkan lagi tahap kecekapan perjalanan dan
pengangkutan darat, system pembikinan jalanraya telah diperbaiki
dari masa ke semasa.
4. Perubahan besar telah berlaku akibat pengenalan keretapi
ditambah lagi dengan penggunaan kuasa wap, gerbak keretapi
boleh dipacu dengan lebih laju dan enjinnya juga boleh menarik
lebih banyak gerabak bagi memudahan pengangkutan barangan
dan juga pekerja kilang.
5. Pada peringkat awal rel keretapi diperbuat daripada
kayu,kemudian telah berubah kepada besi dan keluli.
6. Para pemodal yang melabur dalam bidang ini telah mendapat
keuntugan yang besar.
Peningkatan Perdagangan
Antarabagsa
Kemajuan Bidang Pengangkutan
Jurutera-jurutera yang banyak
memberikan sumbangan kepada
pembinaan sistem jalanraya
ialah Jack Matcalfe, John
Macadam dan Thomas Telford
Gambar : Thomas Telford
jurutera pembinaan
jalanraya.
29
50 tahun selepas
pengenalan keretapi
pertama dari Manchester
ke Liverpool, keretapi
pertama di Tanah Melayu
telah beroperasi antara
Taiping dengan Port Weld
7. Kejayaan yang dicapai dalam sektor ini adalah hasil gabungan
ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan
dalam bidang pelaburan modal.
8. Era tahun-tahun 1840-an pembinaan keretapi dan relnya telah
bermula di Eropah dan Amerika Syarikat.
9. Bagi pengangkutan laut, pengenalan kapal laut yang dikendalikan
dengan jentera bekuasa wap telah membolehkan kapal laut
bergerak dengan lebih laju.
1. Kemunculan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah
menyebabkan pengeluaran barangan adalah secara besar-besaran.
2. Bilangan rakyat yang bekerja sendiri semakin berkurangan kerana
ramai yang terpaksa bekerja sebagai buruh lading untuk tuan tanah
dan bekerja sebagai buruh kilang untuk mengendalikan mesin-
mesin.
3. Antara kilang yang terdapat pada ketika itu ialah kilang tekstil.
4. Golongan buruh yang terlibat dalam industri perkilangan tidak
mendapat layanan dan pembelaan yang sewajarnya.
5. Golongan pekerja ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan social dan ekonomi yang berlaku.
6. Golongan pekerja ini telah merusuh dengan memusnah-
musnahkan mesin dikilang tempat mereka bekerja.
7. Tindakan tersebut telah dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir
dalam penenun dan tukang jahit tradisional yang khidmat mereka
tidak diperlukan lagi ekoran daripada pengenalan mesin.
Gambar : Keretapi pertama The Rocket ciptaan
George Stephenson 182. Lokomutif ini dipacu
menggunakan enjin berkuasa wap. Ia bergerak
selaju 16 batu sejam di atas rel yang baru dibina
diantara Liverpool dan Manchester.
Soalan :
The Rocket adalah merupakan
keretapi pertama yang dicipta oleh
George Stephenson.
Bagaimanakah keretapi tersebut
bergerak di atas landasannya?
A Menggunakan kuasa elektrik
B Menggunakan petrol
C Menggunakan enjin
berkuasa wap
D Menngunakan enjin Thomas
Newcomen
Jawapan : C : Menggunakan enjin
berkuasa wap
Fakta :. Keretapi pertama The Rocket
ciptaan George Stephenson 182.
Lokomutif ini dipacu menggunakan
enjin berkuasa wap. Ia bergerak selaju
16 batu sejam di atas rel yang baru
dibina diantara Liverpool dan
Manchester.
Bukti : Rujuk Tajuk Kesan-kesan
Revolusi Pertanian dan Revolusi
Perindustrian( Kemajuan bidang
Pengangkutan )halaman 235 Buku Teks
Sejarah Tingkatan Empat
Kemunculan Buruh Dan Majikan
Pekerja mahir telah merusuh ekoran
daripada pengenalan mesin membuat
stoking, renda dan bahan pakaian yang
menyebabkan kemahiran mereka tidak
lagi digunakan.
30
Para usahawan telah
menyokong saranan yang
dibuat oleh Adam Smith
berkaitan dengan system
ekonomi bebas kerana ia
telah mempertahankan hak
majikan dalam
menentukan kadar bayaran
upah dan harga barangan
yang mereka keluaran
sesuai dengan prisnsip
ekonomi bebas.
8. Salah satu kumpulan yang menjalankan kegiatan memprotes ialah
Pergerakan Luddite.
9. Pergerakan ini telah bermula pada tahun 1810 yang membantah
penggunaan kaedah pengeluaran baru dikilang-kilang.
10. Kumpulan ini mahukan kaedah tradisional dikekalkan bagi
menjamin kedudukan mereka dikilang.
11. Pada peringkat awal zaman Revolusi perindustrian terdapat satu
akta Antipenggabungan ( Anti-Combination Act ) yang
melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau
menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau
layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
12. Pekerja yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan
hukuman yang berat oleh pihak kerajaan.
13. Larangan ini telah menimbulkan perasaan yang kurang senang dan
tidak puas hati dikalangan pekerja.
14. Pada masa itu terdapat pekerja kanak-kanak dibawah umur 10
tahun yang bekerja dikilang tekstil dan di lombong arang batu
melebihi 10 jam sehari.
15. Mereka telah dieksploitasikan sepenuhnya berasaskan kepada
falsafah ekonomi bebas yang menjadi pegangan majikan-majikan
kilang pada waktu itu.
16. Mereka juga tidak mahu kerajaan campurtangan dalam kegiatan
ekonomi yang mereka jalankan.Bagi mereka kadar upah harus
ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata.
Gambar: Pekerja merusuh dengan memecahkan mesin
Soalan : Pelaksanaan ekonomi
bebas telah menyebabkan wujudnya
eksploitasi terhadap pekerja.
Manakah antara berikut boleh
dikaitkan dengan keadaan tersebut?
A. Pekerja wanita dan kanak-
kanak bekerja lebih masa.
B. Pekerja lelaki dibayar gaji
yang lebih rendah
C. Pekerja wanita bekerja
selama 10 jam sehari
D. Kanak-kanak tidak
dibenarkan bekerja.
Jawapan : A : Pekerja wanita dan
kanak-kanak bekerja lebih masa
Fakta :. Pada masa itu terdapat
pekerja kanak-kanak dibawah
umur 10 tahun yang bekerja
dikilang tekstil dan di lombong
arang batu melebihi 10 jam
sehari.
Bukti : Rujuk Tajuk
Kemunculan Golongan
Buruh dan Majikan di
halaman 236 Buku Teks Sejarah
Ting. Empat.
Adam Smith, Tokoh yang
memperjuangkan system
ekonomi bebas atau Laisser
faire
31
8. Mengapakah golongan
wanita dan kanak-kanak
sering di tindas oleh
majikan
1. Kerajaan telah memansuhkan Akta Anti Penggabungan 1800
untuk meredakan keadaan tersebut.
2. Pekerja telah dibenarkan untuk menubuhkan kesatuan sekerja, ini
satu peluang yang baik untuk membela nasib golongan pekerja.
3. Menjelang tahun 1830, telah muncul satu pergerakan yang
memperjuangkan had masa bekerja yang lebih berpatutan iaitu
maksimum 10 jam sehari.
4. Hasilnya wujudlah Akta Kilang 1833 yang menghadkan masa
bekerja kanak-kanak tidak melebihi 9 jam sehari.
5. Kanak-kanak yang berumur sembilan tahun, telah dilarang bekerja
dan mereka dikehendaki pergi ke sekolah.
6. Dalam akta ini juga terdapat syarat yang mesti dipatuhi oleh
majikan iaitu para majikan mestilah menjamin keselamatan pekerja
di kilang mereka.
7. Pada tahun 1842 pula wujud Akta Lombong, yang melarang
penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan
arang batu.
8. Akta 10 jam pula telah diperkenalkan pada tahun 1847 yang
menghadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil
kepada 10 jam sehari.
9. Akta-akta ini diluluskan oleh parlimen untuk memastikan
kesejahteraan pekerja.
10. Para Majikan juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya
demi memburu keuntungan semata-mata.
Soalan : Akta Anti Penggabungan
1800 telah diperkenalkan di
England. Apakah kesan pelaksanaan
Akta tersebut kepada golongan
pekerja?
A. Pekerja kilang telah
merusuk dan memecahkan
mesin.
B. Wujudnya golongan kelas
pekerja yang terpilih
C. Tentangan daripada pihak
kerajaan terhadap majikan
D. Berlakunya mogok secara
besar-besaran.
Jawapan : A : Pekerja kilang telah
merusuk dan memecahkan mesin.
Fakta : Keadaan ini telah
menyebabkan para pekerja merusuh
dengan memecahkan mesin.
Bukti : Rujuk Tajuk
Kemunculan Golongan
Buruh Dan Majikan di
halaman 236 Buku Teks Sejarah
Ting Empat.
Pembelaan Nasib Golongan Pekerja
Gambar : Penindasan pekerja wanita dan kanak-kanak.
Pada tahun 1832 kerajaan telah
menubuhkan Suruhanjaya Di raja
pengambilan Buruh Kanak-Kanak di
Kilang.
Ia telah mendedahkan keadaan buruk
yang berlaku di kilang-kilang pada
masa tersebut.
32
.
MNembela
Akta Kom
Carta Minda : Akta-akta semasa revolusi perindustrian.
Akta-Akta
Perindustrian
Membela
Golongan
Majikan
Membela
nasib
golongan
pekerja
Akta
Kombnasi
1800
Menghalang
golongan
pekerja
menubuhkan
kesatuan
sekerja
Suruhanjaya Diraja
Pengambilan Buruh Kanak-
Kanak
Mendedahkan keadaan buruk yang
berlaku di Kilang-kilang.
Akta Kilang
1833
Menghadkan masa bekerja kanak-
kanak tidak lebih 9 jam sehari
Akta
Lombong
1842
Melarang penglibatan kanak-kanak
perempuan dan wanita dalam
perusahaan arang batu
Akta
Sepuluh
Jam
Menghadkan masa bekerja bagi
wanita dalam perusahaan tekstil
kepada 10 jam sehari.
Soalan : Selepas memansuhkan
Akta Kombinasi 1800 banyak lagi
usaha-usaha telah dibuat untuk
membela nasib golongan pekerja.
Terangkan? ( 15M )
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Suruhanjaya
2. Keadaan buruk di kilang
3. Akta Kilang 1833
4. Menjamin keselamatan
5. Akta Lombong
6. Melarang Kanak-kanak
7. Akta 10 jam
8. Had masa wanita.
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
Kemunculan Golongan Buruh dan
Majikan di halaman 234 Buku
Teks Sejarah Ting. Empat.
Terdapat juga majikan yang
bersimpati dengan golongan
pekerja iaitu Robert Owen.
Robert Owen merupakan
seorang majikan yang
mempunyai kilang kapas yang
telah memberi berbagai-bagai
kemudahan kepada para
pekerjanya.
Belaiu juga telah mengasaskan
penubuhan Syarikat
Kerjasama bagi kepentingan
pekerja.
33
8. Mengapakah
berlakunya perubahan
sikap kuasa-kuasa barat
sebelum dan selepas
revolusi.
1. Imperialisme ialah kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan
wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara-negara
lain. 2. Ia juga boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah Negara yang
lebih kuat terhadap Negara lain yang lemah bertujuan untuk
mendapatkan keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi
3. Zaman penjelajahan yang berlaku pada kurun ke-6 dan ke-17, telah
menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Sepanyol, Portugis,
Belanda dan Inggeris telah menguasai beberapa kawasan tertentu
bagi tujuan membolot barangan dagangan dan untuk kepentingan
ekonomi.
4. Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa-kuasa Barat
telah berubah, daripada membolot barang-barang dagangan yang
mahal kepada menguasai banyak kawasan yang boleh
membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang
perusahaan mereka.
5. Mereka mempunyai matlamat untuk mengubah ekonomi Negara
yang dijajah sepaya secocok dengan peraturan perindustrian
mereka.
6. Struktur ekonomi di Negara yang dijajah telah diubah bagi
menghasilkan bahan mentah secara komersial.
7. Mereka juga dapat memasarkan barangan hasil keluaran mereka di
negara yang mereka kuasai.
8. Imperialisme Barat wujud berdasarkan politik dan juga ekonomi.
Imperalisme Barat Di Asia
Menerangkan maksud imperialisme
Menghuraikan faktor-faktor
imperialisme Barat ke Asia
Merasionalkan keistimewaan Asia
yang menjadi tarikan imperialisme
Barat
Mengklasifikasikan kesan-kesan
imperialisme Barat ke atas Asia
I Pengertian
Soalan : Negara-negara seperti
Inggeris, Portugis dan Sepanyol terlibat
dalam imperialisme. Apakah yang anda
faham dengan konsep imperialisme?
A. Dasar melawat negara lain
B. Kegiatan meluaskan wilayah
ke kawasan yang lain
C. Kegiatan menjajah sistem
ekonomi negara lain
D. Menjadikan negara lain
sebagai negara kedua.
Jawapan : B : Kegiatan meluaskan
wilayah ke kawasan yang lain
Fakta : Kegiatan sesebuah negara
meluaskan wilayahnya dengan
menguasai negara-negara lain
Bukti : Rujuk Tajuk Imperalisme
Barat di Asiadi halaman 237 Buku
Teks Sejarah Ting. Empat.
34
9. Kegiatan imperialisme sebenarnya pernah dijalankan pada masa
yang lebih awal, seperti perluasan kuasa yang dilakukan oleh
Iskandar Zulkarnain dari Yunani. Dan perluasan kuasa Rom pada
zaman kegemilangan Rom.
Portugis Sepanyol Belanda Inggeris Perancis
1. Revolusi perindustrian telah mengubah sama sekali cara
pengeluaran barang-barang yang digunakan.
2. Perubahan ini telah membolehkan barang-barang tersebut
dikeluarkan secara besar-besaran dan memberi kesan yang
mendalam.
3. Kewujudan banyak kilang-kilang perusahaan telah menyebabkan
berlakunya permintaan yang lebih besar terhadap bahan mentah
untuk diproses.
4. Oleh itu, dengan adanya pertambahan yang pesat dalam
pengeluaran barang-barang kilang, pasaran yang lebih luas perlu
dicari untuk memasarkan barang-barang tersebut
5. Britain merupakan Negara perindustrian dan kuasa maritim yang
terkuat pada waktu itu, telah mendahului Negara-negara lain dalam
menjalankan dasar imperialisme.
6. Setelah revolusi perindustrian merebak ke Eropah, Negara-negara
seperti Jerman, Belanda, Perancis dan Itali juga telah menjadi
kuasa imperialis yang kuat.
Imperialisme
Penguasaan sesebuah Negara yang
lebih kuat terhadap Negara lain yang
lebih lemah
Negara
II Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Imperialisme
Soalan : Kuasa-Kuasa Eropah mula
menjalankan kegiatan imperialisme
selepas berlakunya Revolusi
perindustria. Huraikan apakah
faktor-faktor yang menyebabkan
imperialisme?( 12M )
Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Revolusi Perindustrian
2. Pasaran barangan
3. Alat Ciptaan Teknologi
4. Persaingan mencari tanah
jajahan
5. Tarif Cukai
6. Sebarkan pengaruh
7. Simbol kuasa
8. Tanggungjawab sebarkan
tamadun
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
Kemunculan Faktor-Faktor yang
Mendorong Kedatangan Kuasa-
Kuasa Barat Ke Asia di halaman
237 Buku Teks Sejarah Ting.
Empat.
35
7. Kewujudan alat-alat ciptaan dan teknologi baru telah
menggalakkan lagi kemunculan imperialisme Barat dan seterusnya
mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap bahan-bahan
mentah.
8. Penciptaan sistem jalan keretapi dan ciptaan kapal berkuasa wap
telah mempercepatkan perjalanan menuji ke Asia Tenggara.
9. Kewujudan alat-alat teknologi ini menyebabkan kuasa Eropah
yang teknologi mereka melebihi Negara di Asia dan Afrika
berlumba dan bersaing sesama mereka untuk mendapatkan tanah
jajahan di Asia dan Afrika.
10. Keadaan ini telah mempercepatkan imperialisme barat ke negara-
negara Asia Tenggara pada kurun ke-19 dan awal ke-20.
11. Menjelang tahun 1830 saingan daripada Negara-negara Eropah
dan Amerika Syarikat semakin betambah sengit.
12. Negara-negara tersebut telah mengenakan peraturan tarif iaitu
cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan yang
diimport bagi melindungi industri masing-masing.
13. Ini telah menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan bagi
Negara Britain kerana barangan mereka tidak lagi dapat dieksport
ke Amerika dan Eropah secara lebih mudah menyebabkan Britain
terpaksa mencari pasaran di Asia dan juga Afrika.
14. Masyarakat Barat juga amat berhasrat untuk menyebarkan
pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut.
15. Dikalangan masyarakat Eropah juga telah wujud semangat ingin
bersaing atau berlumba untuk megatasi antara satu sama lain dalam
kegiatan menakluk kawasan atau daerah diluar Eropah.
16. Mereka telah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai suatu
status atau simbol sebuah kuasa yang kuat.
17. Mereka juga menggangap tugas untuk menyebarkan tamadun
mereka di luar Eropah adalah tanggungjawab mereka.
Peta Jalan Perdagangan pada abad ke-15
Soalan : Orang Barat sering
menyebut “Tanggungjawab
menyebarkan Tamadun ” semasa
mereka menjajah negara di Asia.
Apakah konsep tersebut mengikut
pandangan masyarakat Barat?
A. Banyak beban yang
tertanggung oleh orang
Putih
B. Tugas untuk memberikan
kemajuan di negara
mundur terletak ditangan
mereka.
C. Mereka pergi membawa
kemajuan
D. Terdapat kemajuan
dinegara yang mereka
jajah.
Jawapan : B : Tugas untuk
memberikan kemajuan di negara
mundur terletak ditangan mereka.
Fakta :. Mereka juga
menggangap tugas untuk
menyebarkan tamadun mereka di
luar Eropah adalah
tanggungjawab mereka.
Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-
Faktor yang Mendorong
Kedatangan Kuasa-Kuasa Barat ke
Asia di halaman 237. Buku Teks
Sejarah Ting. Empat
. Orang Inggeris memberi alas an
menjalankan dasar perluasan kuasa
sebagai “ The White man’s burden”
Orang Perancis pula menyebut “Mission
Civilisatrice
Orang Jerman “ Sebagai tugas
meyebarkan budaya
Orang Amerika sebagai “ The blessings
of the Anglo-Saxon protection
36
1. Imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara telah membawa
perubahan yang besar ke atas Asia Tenggara.
2. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh Barat ke atas Asia
Tenggara dapat dilihat dari pelbagai aspek antaranya ialah kesan
politik, ekonomi, sosial dan tamadun.
1. Kemasukkan penjajah Barat ke Asia Tenggara telah menyebabkan
hilangnya kepentingan sistem pentadbiran tradisional.
2. Banyak kawasan di Asia Tenggara telah diperintah oleh
imperialisme Barat secara langsung, yang telah mengantikan
sistem pemerintahan tempatan dengan sistem birokrasi barat
yang dikuasai oleh Imperialis.
3. Para pemerintah tempatan telah terpaksa menerima para penasihat
dan juga pentedbir dari Barat.
4. Barat juga telah memperkenalkan undang-undang mereka; dan
menjadikan bahasa penjajah sebagai bahasa rasmi di kawasan
tersebut.
5. Persaingan kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia, Kuasa-kuasa
seperti Inggeris telah campurtangan di Tanah Melayu, Burma,
India dan China.
6. Kepulauan Melayu telah dipecahkan akibat daripada kedatangan
kuasa Barat iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di
Indonesia.
7. Kuasa Perancis menjadi saingan kepada Britain telah menjajah di
IndoChina ( Laos, Vietnam dan Kemboja ).
8. Manakala Amerika pula telah menjajah Filipina.
1. Imperialisme Barat telah menyebabkan kemajuan ekonomi di Asia
Tenggara tidak berkembang dengan seimbang.
2. Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk memberi
faedah dan manfaat kepada ekonomi Negara metropolis.
3. Di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan
bijih timah telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut
dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
4. Kuasa Barat juga telah mengimport buruh dari Negara lain untuk
menjadi tenaga kerja bagi kegiatan ekonomi komersial mereka.
III Kesan-Kesan Imperialisme Barat ke Atas Asia
Tenggara
Bidang Ekonomi
Pengenalan Sistem Pentadbiran Barat ( Politik )
Soalan : Sistem birokrasi barat
telah menggantikan pentadbiran
tradisional. Apakah kesan akibat
daripada pelaksanaan birokrasi
Barat tersebut?
A. Rakyat tempatan bangun
memberontak
B. Memberikan beberapa
jawatan baru
C. Pemerintah tempatan
terpaksa menerima
penasihat dan pentadbir
Eropah
D. Melantik orang tempatan
dalam sistem birokrasi
barat
Jawapan : C: Pemerintah
tempatan terpaksa menerima
penasihat dan pentadbir Eropah
Fakta :. Para pemerintah
tempatan telah terpaksa
menerima para penasihat dan
juga pentedbir dari Barat
Bukti : Rujuk Tajuk Kesan-Kesan
Impererialisme Ke Atas Asia
Tenggara di halaman 239 Buku
Teks Sejarah Ting. Empat.
37
1. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di kawasan
Bandar.
2. Tujuannya adalah untuk memberikan pendidikan asas dan melatih
golongan pentadbir rendah bagi keperluan British sahaja.
3. Keadaan ini telah menyebabkan system pendidikan British ini
terpaksa dibaiki oleh kerajaan Peribumi.
4. Dasar mengimport buruh dari luar juga telah menyebabkan
berlaku perubahan kepada demokgrafi dan komposisi etnik di
Negara yang dijajah oleh mereka.
5. Tiada usaha-usaha dibuat untuk mewujudkan keharmonian
hubungan antara kaum semasa penjajahan mereka.
6. Tugas tersebut terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas
merdeka.
1. Zaman Renaissance, Zaman Reformation dan Revolusi Pertanian
danPerinustrian telah berjaya membawa perubahan kepada
masyarakat Eropah yang keluar daripada zaman kegelapan.
2. Rakyat dan pemerintahnya secara bersama terus menerus
melanjutkan agenda mereka.
3. Berlaku perubahan yang besar bukan sahaja di Eropah malah di
seluruh dunia.
4. Lautan Atlantik yang dahulunya tidak diterokai telah menjadi jalan
laluan utama pelayaran dan penjelajahan mereka ke dunia yang
lain.
5. Bangsa Eropah telah menguasai semua bidang ilmu termasuklah
berjaya melakukan penjelajahanke angkasa.
Soalan : Kedatangan
Imperialisme Barat telah benyak
meninggalkan kesan ke atas
negara-negara Asia Tenggara.
Terangkan kenyataan
tersebut?(15M) Isi berdasarkan Tema-tema Penting.
1. Birokasi Barat
2. Di Pecahkan
3. Ekonomi untuk Barat
4. Bahan Untuk keperluan
Industri Barat
5. Sistem Pendidikan
6. Tenaga Buruh
7. Perubahan demografi
8. Masalah Keharmonian
Esei : Pelajar perlu menghuraikan
tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk
Kesan-Kesan Imperialisme Barat
ke Atas Asia Tenggara
di halaman 239.
Bidang Sosial
Kesimpulan
38
KBKK CARTA MINDA
BAB 9 : Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya
Terhadap Ekonomi Negara
1 Perubahan masyarakat Eropah Dan Budaya Eropah
Zaman Gelap
Zaman Pertengahan
Politik Ekonomi Sosial
Gereja mula meminkan peranan sebagai istitusi yang menjadi ejen penyatuan
Berlaku perubahan ekonomi yang akibat daripada peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan
kegiatan perdagangan
Peningkatan penduduk juga telah berlaku dengan pesat sekali
Kemunculan Bandar-bandar seperti Milan dan Florece telah membawa kepada kemunculan
golongan pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan
Berlakunya perubahan politik.
Zaman Renaissance Zaman Reformation Zaman Penjelajahan
Zaman pemulihan
kebudayaan di
Eropah yang
membawa kemajuan
kepada bangsanya
Gerakan
pembaharuan agama
yang memecahkan
Kristian kepada dua
mazhab iaitu Katolik
dan Protestant
Negara-negara Eropah
telah mula
menjalankan aktiviti
pelayaran bagi
mencari kawasan-
kawasan baru
Tidak terdapat pusat
pentadbiran yang berkesan
Kemunculan golongan tuan
tanah ( Baron )
Golongan raja merupakan
penaung utama.
Raja mempunyai golongan
pembesar yang mendapat
naungan daripada istana
Kegiatan perdagangan tidak
meluas.
Sering diganggu oleh orang
Gasar
Tumpuan kepada sektor
pertanian sahaja
Penjualan hasil pertanian
menggunakan sistem barter
Masyarakat dikuasai oleh
golongan Gereja Katolik
Melibatkan aktiviti amalan
agama dan pembelajaran
ilmu akhirat sahaja.
Gereja dianggap sebagai
mengongkong kehidupan
masyarakat Eropah
Zaman Pertengahan
39
KBKK CARTA MINDA
BAB 9 : Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya
Terhadap Ekonomi Negara
2 Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian
Revolusi Pertanian
Perubahan yang berlaku secara besar-
besaran dalam bidang pertanian
Pemagaran tanah
awam
Pertanian secara besar-
besaran
Penciptaan kaedah
pertanian baru
Kesan-Kesan Revolusi Pertanian
Revolusi Perindustrian
Faktor-Faktor
Revolusi Pertanian Rekaan sains dan
Teknologi
Kemajuan sistem
perhubungan
Kestabilan politik
Sikap rakyat Britain sendiri
Kesan-Kesan
Peningkatan
aktiviti
perdagangan
Penubuhan
intitusi
kewangan
Kemunculan
golongan buruh
dan majikan
40
KBKK CARTA MINDA
BAB 9 : Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya
Terhadap Ekonomi Negara
3 Imperialisme Barat Di Asia
Imperialisme Barat Di Asia
Maksud
Penguasaan sesebuah Negara yang lebih kuat
terhadap Negara lain yang lebih lemah
Negara Terlibat
Portugis Belanda
Sepanyol Inggeris
Perancis Faktor-Faktor
Pasaran hasil pengeluaran industri Revolusi perindustrian Bahan Mentah
Kepakaran Teknologi Revolusi Pengangkutan Kewujudan sistem pengakutan
Persaingan kuasa-kuasa Eropah Sebarkan Tamadun Sebarkan agama
Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat Barat
Kesan ke atas Asia Tenggara
Pengenalan sistem birokrasi Barat Terpecahnya kepulauan Melayu Pengenalan ekonomi moden
Pengenalan dasar pendidikan Inggeris Mengimport Buruh dari Luar Masyarakat Majmuk
41
Soalan : Bijih Timah
telah
mengalami
perkembanga
n yang pesat
pada
penghujun
abad ke-19.
Huraikan
faktor-faktor
pekembangan
tersebut? (
10M)
Isi
berdasarkan
Tema-tema
Penting.
1. Lon
g
Jaafa
r
2. Tim
buna
n
Bijih
di
Laru
t
3. Rev
olusi
4. Harg
a
5. Buru
h
Cina
6. Men
getin
mak
anan
Esei : Pelajar
perlu
menghuraika
n tema-tema
satu persatu.
Lihat Tajuk
Faktor-
Faktor
Perlombong
an Bijih
Timah di
halaman 266