Bacaan bergred modul 4
-
Upload
mohd-nariff -
Category
Documents
-
view
239 -
download
13
Transcript of Bacaan bergred modul 4
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 1
Perkataan KV KVK
Cerek
Ini cerek.
Ini cerek air.
Ini cerek air emak.
Cerek air emak ini baru.
Cerek air emak ini mahal.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 2
Perkataan KV KVK
Tikus
Ini tikus.
Ini tikus putih.
Ini tikus putih saya.
Tikus putih saya jinak.
Tikus putih saya juga bijak.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 3
Perkataan KV KVK
Rumah
Ini rumah.
Ini rumah papan.
Rumah papan ini buruk.
Rumah papan ini sudah reput.
Rumah papan ini pasti akan roboh.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 4
Perkataan KV KVK
Jaket
Ini jaket.Ini jaket Rahim.
Rahim suka jaket itu.
Harga jaket Rahim mahal.
Rahim akan pakai jaket jika sejuk.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 5
Perkataan KV KVK
Telur
Ini telur.
Ini telur itik.
Telur itik bujur.
Telur ini belum direbus.
Telur rebus sedap dimakan.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 6
Perkataan KV KVK
Berus
Ini berus.
Ini berus cat.
Ini berus cat Kamil.
Kamil mahu cat rumah.
Kamil guna cat warna hitam.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 7
Perkataan KV KVK
Gajah
Ini gajah.Ini gajah jantan.
Gajah jantan ini besar.
Gajah jantan ini juga ganas.
Gajah jantan ini sedang mandi.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 8
Siput
Perkataan KV KVK
Ini siput.
Ini siput laut.
Siput laut ini besar.
Siput laut ini juga cantik.
Saya suka kutip siput laut.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 9
Perkataan KV KVK
Gitar
Ini gitar.
Ini gitar kapuk.
Ini gitar kapuk Jamal.
Gitar kapuk Jamal cantik.
Harga gitar kapuk Jamal mahal.
Bacaan Bergred Modul 4
Kad 10
Sabun
Perkataan KV KVK
Ini sabun.
Ini sabun mandi.
Sabun mandi ini wangi.Sabun mandi ini warna putih.
Saya suka sabun mandi putih.
DISEDIAKAN OLEH:
HAJI AHMAD RAHIM BIN HAJI SARINGGuru Pemulihan Khas
Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang43950 Sungai Pelek
SepangSelangor Darul Ehsan
B I O D A T A G U R U
NAMA: AHMAD RAHIM BIN SARINGTARIKH LAHIR: 03.07.1957
ISTERI: MARIANA BINTI MUKRISK BUKIT BANGKONG ( ASLI )
A N A KNOR’AIN BINTI AHMAD RAHIM
Kolej Poly-Tech MARANUR RAHIMAH BINTI AHMAD RAHIM
SMK Sungai PelekNUR HANIS BINTI AHMAD RAHIM
SBP Integrasi JempolNUR HIDAYAH BINTI AHMAD RAHIM
SAM Bandar Baru Salak Tinggi
PENGALAMAN BERTUGAS
. DMK SUNGAI PELEK ( 1975 ).. SMJK ( I ) SUNGAI PELEK ( 1977-1978 )
…SK BUKIT BANGKONG ( A ) (1979-1990 )….SK SUNGAI RAWANG ( 1990-2011 )
M A K T A BMAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWARPendidikan Peringkat Awal Kanak-kanak
( 1979-1981 )MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS
Program Pendidikan Pemulihan Khas( 1985 )
JAWATAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN
Guru Pemulihan Khas ( sepenuh masa 1999-2011 )
Ahli JawatankuasaPanitia Pemulihan Khas K.Lgt/Spg ( 1999-2001 )
Jurulatih Program Pemulihan KhasNegeri Selangor ( 2006-2011 )
Jurulatih Program Pemulihan KhasKebangsaan ( 2008-2011 )
Fasilinus – Numerasi ( 2009 )
Jurulatih Program Intervensi Pemulihan KhasNegeri Selangor ( 2012-2013 )
SENARAI TUGAS GURU
Ketua Panitia Program Pemulihan KhasAJK Panitia Bahasa Melayu
AJK Panitia MatematikPembimbing Guru Pelatih IPG Pemulihan
Guru Penyelaras KWAPMAJK Bimbingan dan Kaunseling
Guru Kebajikan Murid
Penolong Penyelaras Unit Pakaian SeragamGuru Penasihat Kelab Doktor Muda
Guru Penasihat Rumah Kuning
AJK Pusat Sumber Sekolah
Guru PembimbingPasukan Catur
JIKA SEORANG KANAK-KANAK..
Jika seorang kanak-kanak sentisa dikecam,Ia akan menjadi seorang yang suka mengacau.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa diseterui,Ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa dihina,Ia akan menjadi seorang yang pemalu.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi malu,Ia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa ditabahi,Ia akan menjadi seorang yang penyabar.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakan,Ia akan menjadi seorang yang mempunyai kekinan.
Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan puji-pujian,Ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.
Jika seorang kanak-kanak dilayan dengan saksama,Ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa diperlindungi,Ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi pengikhtirafan,Ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinyadan orang lain.
Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima,Ia akan menjadikan dunia initempat yang paling selesa, tenang dan bahagia sekali.
“ IF A CHILD…… ” Oleh : Dorothy Law Nolte.
‘R E N U N G A N’ ( Buatmu para guru yang dikasihi…)
Aku tidak pinta dilahirkan begini.....
Jauh sekali ingin menyusahkan dirimu.....
Aku sedar siapalah aku
Tiada membawa apa-apa makna di sisimu
Tiada tempat di hatimu
Apa lagi tidak ada apa-apa yang baik di matamu
Tapi
Hanyalah pengabaian dan penghinaan
Yang tiada batasan waktunya.
HJ. MOHD UMBAIK
Impian, Morib
02.02.2010
"Jika Ia Sebuah Cinta"
Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik. Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun
sentiasa menghampiri dengan hati. Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun
sentiasa hadir dengan sinar mata. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa
cuba memenangi. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun
hadir kerana ketentuan. Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan
kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan