Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

4

Click here to load reader

Transcript of Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

Page 1: Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

19

Bacaan Dalam Solat Disusun oleh Abu Haniff

10. Doa Sebelum Salam 10.1 Doa Pertama - (Bacaan pembukaan)

نة ، ومنلقرب ٱعذاب ومن، عذاب جهنم ذ بك منأعو إين م ه لل ا لممات، ٱلمحيا و ٱفتـنة ومن لدجال.ٱلمسيح ٱشر فتـ

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan serta kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal)

10.2 Doa Kedua

نة ذ بك منأعو و لقرب، ٱعذاب ذ بك منأعو و عذاب جهنم، ذ بك منأعو إين م ه لل ا فتـنة ذ بك منأعو لدجال، و ٱ لممات ٱلمحيا و ٱفتـ

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur, dan aku berlindung denganMu dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung denganMu dari fitnah kehidupan serta kematian)

10.3 Doa Ketiga

نة ذ بك منأعو لقرب، و ٱعذاب ذ بك منأعو إين م ه لل ا ذ بك منأعو لدجال، و ٱلمسيح ٱفتـنة لمغرم ٱلمأمث و ٱ ذ بك من أعو إين م ه لل ا لممات، ٱلمحيا و ٱفتـ

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab kubur. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah Al-Masih Dajjal. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari perbuatan dosa dan hutang yang tertunggak”. Seseorang bertanya kepada Nabi, “Mengapakah sering engkau memohon perlindungan dari hutang wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seorang lelaki apabila dia berhutang, dia bercerita lalu dia berdusta, dan dia berjanji lalu dia memungkirinya)

10.4 Doa Keempat

ل م ع أ م ـا ل م ر ن ش م و ت ل م ع ام ر ش إين أعوذ بك من م ه لل ا (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari keburukan apa yang telah aku lakukan, dan dari keburukan apa yang belum aku lakukan)

Page 2: Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

20

10.5 Doa Kelima

اري س ا ي اب س ح ين ب اس ح م ه لل ا

(Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah)

10.6 Doa Keenam

را يل، وتـوفين حلي ٱما علمت خللق أحيين ٱلغيب وقدرتك على ٱبعلمك م ه لل ا إذا اة خيـرا يل، ٱعلمت لشهادة، وأسألك كلمة ٱلغيب و ٱخشيتك يف أسألك إين م ه لل ا لوفاة خيـ

نفد، ـ، وأسألك نعيما ال ي لغىن ٱلفقر و ٱلقصد يف ٱلغضب، وأسألك ٱحلق يف الرضا و ٱلعيش بـعد ٱلقضاء، وأسألك بـرد ٱ د لرضا بـع ٱقطع، وأسألك سألك قـرة عني ال يـنأ و ة ٱ نة لشوق إىل لقائك يف ٱلنظر إىل وجهك و ٱلموت، وأسألك لذ غري ضراء مضرة وال فتـ

 ن.مهتدي ة اجعلنا هد ٱان و إلمي ٱ نة ـــنا بزيـزي م ه لل ا مضلة، (Ya Allah, dengan ilmuMu terhadap perkara-perkara yang ghaib dan kekuasaanMu ke atas seluruh makhluk, hidupkanlah aku selagi Engkau mengetahui kehidupan itu adalah lebih baik bagiku, dan ambillah nyawaku apabila Engkau mengetahui kematian itu adalah lebih baik bagiku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rasa takut terhadapMu semasa tersembunyi dan juga semasa terang-terangan. Dan aku memohon kepadaMu kalimat yang hak semasa dalam keadaan reda dan juga semasa dalam keadaan marah. Dan aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa fakir dan juga semasa kaya. Dan aku memohon kepadaMu kebahagiaan yang tidak lenyap. Dan aku memohon kepadaMu keseronokan yang tidak putus. Dan aku memohon kepadaMu reda selepas qada. Dan aku memohon kepadaMu kehidupan yang nyaman setelah mati. Dan aku memohon kepadaMu lazat memandang kepada wajahMu, serta kerinduan kepada perjumpaan denganMu dalam keadaan tanpa kemudaratan dan tanpa fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan keimanan, dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang menyampaikan petunjuk yang mendapat petunjuk)

10.7 Doa Ketujuh

را، وال يـغفر ظلمت نـفسي إين م ه لل ا نو ٱظلما كثيـ ب إال أنت، فاغفر يل مغفرة من لذ لرحيم ٱر لغفو ٱت عندك وارمحين إنك أن

(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, dan tidaklah dapat mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau. Oleh kerana itu, ampunilah aku dengan pengampunan dariMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Mengampuni, Yang Maha Mengasihani)

Page 3: Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

21

10.8 Doa Kelapan

وأعوذ بك من ،ه وما مل أعلم له وآجله، ماعلمت منخلري كله، عاج ٱأسألك من إين م ه لل ا ها منجلن ٱسألك أ و ه وما مل أعلم،له وآجله، ماعلمت منالشر كله، عاج ة وما قـرب إليـها منلن ٱبك من وأعوذ قـول أو عمل، ما خيـر أسألك و ،قـول أو عمل ار وما قـرب إليـ د م ـ حم ك ول س ر و ك د ب ع نه م ك اذ ع تـ س ٱ شر ما وأعوذ بك من ،د م حم ك ول س ر و سألك عبدك

اد ش ر ه ت ــبـ اق ع ل ع ن جت أ ر م ن أ م يل ت ي ض ا ق م ك ل أ س أ و ،صلى اهللا عليه وسلم (Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu kebaikan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku memohon kepadaMu syurga dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku berlindung denganMu dari neraka dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu kebaikan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad pohonkan kepadaMu. Dan aku berlindung denganMu dari keburukan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad mengambil perlindungan denganMu. Dan aku memohon kepadaMu apa yang Engkau tetapkan bagiku dari segala perkara bahawa engkau menjadikan kesudahannya sebagai haluan yang benar)

10.9 Doa Kesembilan

لنار ٱجلنة وأعوذ بك من ٱ أسألك إين م ه لل ا (Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu syurga, dan aku berlindung denganMu dari neraka)

10.10 Doa Kesepuluh

فــوا لــه ك يلد ومل يولد ومل يكــن لذي مل ٱلصمد ٱحد أل ٱلواحد ٱاهللا بأنك اي أسألك إين م ه لل ا لرحيم ٱر لغفو ٱت أحد، أن تـغفر يل ذنـويب إنك أن

(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, ya Allah, dengan bahawasanya Engkau, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal, yang segala sesuatu berhajat kepadaNya, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada bagiNya persamaan sesiapa pun, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengasihani)

10.11 Doa Kesebelas

رض يا ذا أل ٱلسماوات و ٱبديع ،نان م ل ا ،ال إلـه إال أنت ، حلمد ٱبأن لك أسألك إين م ه لل ا كرام، يا حي يا قـيوم إل ٱجلالل و ٱ

(Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, dengan bahawasanya bagiMu segala puji-pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Maha Dermawan, Pencipta segala langit dan bumi, wahai Yang Maha Agung dan Yang Maha Pemurah, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Dengan Sendirinya)

Page 4: Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam

22

10.12 Doa Kedua belas

نة نم ذ بك ىل أرذل العمر، وأعو أن أرد إ وأعوذ بك أعوذ بك من اجلنب، إين م ه لل ا فتـنـيا، وأعو ن عذاب القرب م ذ بك الد

(Ya Allah, sesungguhnya aku, berlindung denganMu dari sifat penakut, dan aku berlindung denganMu bahawa aku dikembalikan ke umur yang paling teruk, dan aku berlindung denganMu dari fitnah dunia, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur)

10.13 Doa Ketiga belas

على ذكرك، وشكرك، وحسن عبادتك أعين م ه لل ا (Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatiMu, dan untuk mensyukuriMu, dan untuk beribadat yang baik untukMu)

10.14 Doa Keempat belas

- (Subuh)  ال ـــبق ـت م ال م ع ، و اــبـ يـط اق ز ر ، و اع افـ ن ام ل ع ك ل أ س إين أ م ه لل ا (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, dan rezeki yang baik, dan amalan yang diterima)

10.15 Doa Kelima belas (Doa Penutup)

ا م ، و ت ف ر س ا أ م ، و نت ل ع ا أ م ، و ت ر ر س أ ا م ، و ت ر خ ا أ م و ت م د ا ق م يل ر ف غ ٱ م ه لل ا نت أ ال إ ه ل إ ، ال ر خ ؤ م ل ٱ نت أ و م د ق م ل ٱ نت أ ،ين م ه ب م ل ع أ نت أ

(Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau)