Badminton Servis Tinggi

download Badminton Servis Tinggi

of 25

  • date post

    21-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    75
  • download

    13

Embed Size (px)

description

anatomi da fisiologi

Transcript of Badminton Servis Tinggi

~ISI KANDUNGAN~BILPERKARAHALAMAN

1.

ISI KANDUNGAN1

2.

PENGHARGAAN2

3.

PENGENALAN3

4.

OBJEKTIF4

5.

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON5 - 8

6.

BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT9 - 12

7.

FUNGSI OTOT YANG TERLIBAT13

8.

BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT14 - 16

9.

FUNGSI SENDI YANG TERLIBAT17

10.

BAHAGIAN TULANG YANG TERLIBAT18

11.

FUNGSI TULANG YANG TERLIBAT19 - 20

12.

MEKANISME PERGERAKAN21 -22

13

BIBLIOGRAFI23

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerana dapat menyiapkan tugasan PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi ini. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih untuk Pensyarah, En Mohamad Sobri Bin Harun kerana telah banyak membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar serta bimbingan daripada encik amatlah saya hargai.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini. Bantuan daripada rakan-rakan semua amatlah saya hargai.Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya melaksanakan kerja kursus ini secara langsung atau tidak langsung. Sumbangan kalian kepada saya amatlah besar. Tanpa kalian sudah tentu tidak akan sempurna tugasan ini. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas jasa baik kalian. Terima kasih semua.

PENGENALAN

Permainan badminton merupakan sukan yang popular di Malaysia yang mempunyai ramai pengikutnya. Badminton adalah sejenis permainan yang melibatkan banyak otot, tulang dan sendi. Dalam permainan badminton, servis merupakan kemahiran yang sangat penting kerana tanpa kemahiran servis yang betul seseorang tidak dapat memulakan permainan badminton dengan baik. Secara umumnya terdapat dua jenis servis iaitu servis tinggi dan servis rendah. Servis rendah digunakan adalah untuk melungsurkan bulu tangkis meniti bahagian atas jaring sehingga pihak lawan tidak dapat menyerang balas dengan pukulan ke bawah. Manakala servis tinggi pula biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis itu.Tugasan yang dihasilkan ini, kita akan memfokuskan kajian dalam kemahiran membuat servis tinggi dan mengenalpasti otot-otot, tulang-tulang dan sendi-sendi yang terlibat semasa membuat servis tinggi dalam permainan badminton.

OBJEKTIF

Memahami kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton Mengenalpasti mekanisme pergerakan dalam servis tinggi badminton dari segi penglibatan otot-otot, tulang dan juga sendi. Mengenalpasti fungsi-fungsi otot utama, bahagian sendi dan tulang yang terlibat dalam kemahiran servis tinggi. Melabel dan melukis tulang, sendi dan otot yang terlibat dalam permainan badminton yang difokuskan kepada kemahiran asas iaitu servis tinggi.

KEMAHIRAN ASAS BADMINTONBadminton adalah satu permainan yang melibatkan kemahiran memukul, menerima dan mambalas pukulan. Pemain pula perlu bijak menggunakan kebolehan untuk melakukan serangan balas yang biasanya serangan dibuat dengan pukulan yang kencang. Gerakan bulu tangkis adalah laju, tajam dan mengelirukan pihak lawan. Oleh itu, setiap pemain perlu menggunakan koordinasi badan yang baik semasa membuat pukulan. Ini membolehkan pemain membuat pukulan dengan tepat ke ruang kosong gelanggang lawan dan menyukarkan pukulan itu dibalas oleh pemain lawan. Selain itu, pemain juga perlu menguasai kemahiran untuk menerima dan membalas pukulan lawan sambil bergerak dengan cepat. Kemahiran ini memerlukan imbangan badan yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Imbangan badan dapat membantu pemain bergerak pantas dan bersedia untuk menerima dan membalas setiap pukulan daripada pihak lawan. Permainan badminton ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi untuk untuk bertahan dalam permainan dalam jangka masa yang panjang.

i. Cara memegang raket Setiap pemain badminton perlu mengetahui teknik memegang raket badminton yang betul sebelum memulakan permainan. Rasionalnya permainan seseorang itu bergantung kepada cara pegangan raket badminton. Cara pegangan raket yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan pemain. Terdapat tiga cara pegangan asas iaitu: 1) Pegangan depan (forehand grip)2) Pegangan kilas (backhand grip)3) Pegangan rata (flatgrip)

ii. Membuat servis Servis adalah kemahiran utama dalam permainan badminton. Servis digunakan untuk mendapatkan mata. Terdapat dua jenis servis iaitu servis rendah dan servis tinggi

a) Servis rendah depanCara melakukan servis rendah depan adalah dengan cara menolak bulu tangkis melepasi jarring.

Servis rendah depan

b) Servis rendah kilasCara servis ini memerlukan pemain berdiri berhampiran dengan garis depan petak servisnya. Badan dan kedudukan adalah hampir dengan mengiring jaring.Bahagian pemegang raket perlu mengarah ke atas jari pada pemegang raket .

Servis rendah kilas

a) Servis tinggiPemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis akan dihantar jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam. Sevis ini sesuai untuk acara perseorangan dan beregu.

Servis tinggi

KEMAHIRAN SERVIS TINGGIBAHAGIAN OTOT YANG TERLIBATDalam permainan badminton, pelbagai jenis otot yang terlibat seperti otot bahagian atas dan bahagian bawah anggota badan. Namun, otot yang penting terlibat adalah trisep, bisep, deltoid, latissimus dorsi, pektoralis major, Flexor carpi radialis dan trapezius.

Pandangan hadapan

Pandangan belakang

FASA:PERSEDIAAN (Memegang raket)JENIS PERGERAKANOTOT TERLIBAT

a) Pergerakan ekstensi dan fleksi pada otot tangan dan jari

Tangan ~ Humerus, radius, ulna, karpal, metacarpal dan falanks (tulang jari)

Otot metacarpal dan falanks bertindak meregang untuk membolehkan tangan menggenggam raket dengan posisi yang baik.

FASA:PERLAKSANAAN (Membuat servis tinggi)JENIS PERGERAKANOTOT TERLIBAT

a) Pergerakan fleksi semasa menghayunkan raket dengan kuat.

Tangan ~ Trapezius, lassitimus dorsi, pektolaralis major, deltoid, triceps dan biceps.

Otot trapezius, lasitimus dorsi dan pektolaralis major menguncup (fleksi) membolehkan lengan dihalakan ke arah hadapan bertujuan untuk memukul bulu tangkis.

Otot deltoid akan merapat atau aduksi supaya lengan dapat diturunkan kesisi badan.

Otot biceps akan mengendur manakala otot triceps akan menguncup bertujuan meluruskan lengan semasa memukul bulu tangkis.

FASA:SELEPAS SERVIS (Pukulan lajak)JENIS PERGERAKANOTOT TERLIBAT

a) Pengenduran dan penguncupan otot

Tangan ~ triceps dan biceps

Otot biceps akan mengendur manakala otot triseps menguncup supaya lengan boleh dibengkokkan.

FUNGSI OTOT YANG TERLIBATBAHAGIAN OTOT YANG TERLIBATFUNGSI

Trapezius Membantu deltoid menghalakan tangan kearah hadapan dan ke arah belakang melalui proses penguncupan atau relaksasi. Antagonis bagi pektoralis major dan latissimus dorsi.

Pektoralis Major Membantu menggerakkan tangan kearah belakang atau ke hadapan melalui proses penguncupan atau relaksasi. Antagonis bagi trapezius.

Latissimus Dorsi Otot yang membantu menggerakan tangan kearah hadapan atau ke belakang melalui proses penguncupan atau relaksasi. Antagonis bagi trapezius.

Deltoid Otot yang membolehkan lengan diangkat kearah dari sisi badan atau merapat kembali ke sisi badan ke hadapan atau kebelakang melalui proses abduksi atau aduksi.

Biceps Membolehkan tangan dibengkokkan atau diluruskan.

Triceps Membolehkan tangan dibengkokkan atau diluruskan.

BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT

SENDI LESUNG LESUNGSENDI KONDILSENDI ENGSEL

BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT KEMAHIRAN SERVIS TINGGIFASAJENIS SENDI TERLIBAT

a) Permulaan (Memegang raket)

Sendi Kondil Sendi Pelana

b) Perlaksanaan (Membuat servis tinggi) Sendi Engsel

Sendi siku

Sendi lesung

FUNGSI SENDI TERLIBATBAHAGIAN SENDI YANG TERLIBATFUNGSI

Sendi LesungSendi yang membenarkan pergerakan lengan ke arah luar dari badan sama ada ke belakang atau ke hadapan. Sendi ini membenarkan pergerakan pada semua satah.

Sendi EngselSendi yang membenarkan tangan dibengkokkan atau diluruskan dalam satu arah sahaja. Ia membenarkan pergerakan pada satu satah sahaja.

Sendi KondilSendi yang membenarkan pergelangan tangan melakukan ekstensi, fleksi atau hyper-ekstensi. Sendi kondil membenarkan pergerakkan pada dua satah.

BAHAGIAN TULANG TERLIBATKEMAHIRAN SERVIS TINGGI

FalanksMetakarpusKarpusHumerusUlnaRadiusscapulaTulang yang terlibat Humerus Skapula Radius Ulna Tulang Karpus Metakarpus Falanks

FUNGSI TULANG YANG TERLIBATBAHAGIAN TULANG YANG TERLIBATFUNGSI

a) ScapulaTulang yang bersambung dengan humerus untuk membentuk sendi lesung dan bergerak secara memanjang apabila lengan ditarik atau diturunkan.

b) HumerusTulang yang bersambung dengan scapula pada bahu dan lengan radius dan ulna pada siku serta menyokong bahagian tersebut. Terdapat dua bonggol yang disebut turberkel dikepala humerus yang berfungsi sebagai pelekatan otot dan ligamen

c) Radius dan UlnaMerupakan lengan bawah dan terdiri daripada dua batang tulang yang tersusun hamper selari serta berpaut pada dua hujungnya. Tulang ini lebih besar di bahagian bawahnya.

Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon, manakala hujung bawah bahagian bersendi dengan tulang-tulang karpus.

d) Tulang KarpusMerupakan tulang pergelangan tangan dan terdiri daripada lapan tulang kecil yang disusun dal