Bagaimana Bercinta Cara Islam

3
8/14/2019 Bagaimana Bercinta Cara Islam http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-bercinta-cara-islam 1/3 Bagaimana Bercinta Cara Islam? www.iLuvislam.com oleh: umairzulkefli* Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai. Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh". Masyarakat Sudah Lari Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya. "Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau. Konsep Meminang Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua- dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan

Transcript of Bagaimana Bercinta Cara Islam

Page 1: Bagaimana Bercinta Cara Islam

8/14/2019 Bagaimana Bercinta Cara Islam

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-bercinta-cara-islam 1/3

Bagaimana Bercinta Cara Islam?www.iLuvislam.comoleh: umairzulkefli*

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidakmungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin

disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jikamanusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telahditurunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat

disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalankemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi

dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah

seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu buktibahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau

mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahanantara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan

panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah

memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa caramasyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang

sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan denganseorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu

berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masukmeminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa denganempunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta,

berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsungtidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin

melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkanpelbagai alasan,” terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin

sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepadaibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untukmengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-

dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insantadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM

perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullahs.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki

dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan

Page 2: Bagaimana Bercinta Cara Islam

8/14/2019 Bagaimana Bercinta Cara Islam

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-bercinta-cara-islam 2/3

adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudahbersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan

tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan

adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya

sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan." 

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan

lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri.

Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannyauntuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-

duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap duainsan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti

yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itudidapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan

bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini

tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskansecara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. 

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai.

Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ danmacam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam

masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri.Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk

menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. danSiti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika

mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliaumerasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan

suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannyakepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda

bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yangdiajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia,

menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda

Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jikaseorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah

kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut.

Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihaksetuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup

Page 3: Bagaimana Bercinta Cara Islam

8/14/2019 Bagaimana Bercinta Cara Islam

http://slidepdf.com/reader/full/bagaimana-bercinta-cara-islam 3/3

teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat danperkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada

pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulahfitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah

dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudahurusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susahmencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya.

Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkankecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai

muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlahsesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah

sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikultanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka

bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripadamereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah

cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan,bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya

adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa

yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "TentangCinta"