Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

11
NAMA :G.MARIYAL A/P GANAROKIAM NO IC: 771028-10-5898 UNIT SAINS PPG AMBILAN KHAS Bagaimana KSSR mampu merealisasikan elemen falsafah pendidikan di sekolah? PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan. Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia dan sebagainya. Maka, menurut Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula merupakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi

description

ppg student

Transcript of Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

Page 1: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

NAMA :G.MARIYAL A/P GANAROKIAM NO IC: 771028-10-5898

UNIT SAINS PPG AMBILAN KHAS

Bagaimana KSSR mampu merealisasikan elemen falsafah pendidikan di

sekolah?

PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan

pendidikan. Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan

hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu,

kewujudan manusia dan sebagainya. Maka, menurut Kamus Pendidikan 1979,

pendidikan pula merupakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk

memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial

yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran

sosial serta perkembangan peribadi.

Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal

yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah selari dengan

pandangan Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan

bahawa “Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi

kedudukan manusia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,

maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam

merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah

Page 2: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

pendidikan tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam

pelaksanaan pendidikan negara. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus

yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Oleh itu, sekolah juga memainkan

peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPK

menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat

mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga negara yang

cemerlang.

1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan

di Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia

dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar

Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008).

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan jumlah dana hampir empat

kali ganda bagi sekolah rendah dan lima kali ganda bagi sekolah menengah dalam

aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa kokurikulum merupakan aktiviti yang amat

relevan bagi melahirkan pelajar yang terampil.

Che Aziz Jaafar, 2002 berpandangan bahawa penambahan dana ini adalah

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang

seimbang bukan sahaja dari aspek intelek, tetapi juga dari aspek sosial, rohani dan

jasmani melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Page 3: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

2.0 KONSEP KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan

menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi

menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penanda arasan dengan kurikulum

negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding

dengan pendidikan global.

Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka

bentuk,organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan

pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara

berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 disemua sekolah rendah seluruh

negara.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,

KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR mempunyai empat

prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,

pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip

KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. Disamping itu, KSSR menyepadukan

beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih

menarik, menyeronokkan dan bermakna.

KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu

bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang

melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,

kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Page 4: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang

seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,

sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,

kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

KSSR amnya, berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru

Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat

tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know),

belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live

together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

Warganegara yang bertanggungjawab

Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;

Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika;

Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti

dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara

eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan

Menaakul).

Strategi pengajaran dan pembelajaran KSSR di peringkat sekolah rendah

menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan

Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan

pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada

pengolahan teknik dan pengolahan teknik yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Ia adalah sama

dengan strategi yang digunakan dalam KBSR.Selain itu, Strategi yang digunakan

Page 5: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

juga adalah pendekatan berpusatkan murid iaitu sesuatu P&P itu haruslah

berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai

kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.

Di dalam KSSR juga proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah

menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar atau lebih dikenali sebagai

kepelbagaian teknik. Pengajaran dan pembelajaran juga perlulah bertema ia adalah

bagi membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain. Bagi tujuan ini

perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal

persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mengcungkil daya

kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui

bermain, inkuiri, penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar

bilikdarjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme,

dan juga pembelajaran masteri. Pendekatan yang digunakan mestilah memberi

peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid dan juga mengambil kira

kepelbagaian kecerdasan murid.

KESIMPULAN

Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.

Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang

penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya

selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan

yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat

dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa

kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu,

kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang

timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan

unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara

Page 6: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka

untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada

abad ke-21.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan

dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami

perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk

kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan,

iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum

persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,

pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum

di sekolah.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh

daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum,

ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan

memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama.

Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi

memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa

depan.

Page 7: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

BIBLIOGRAFI

1. Ab. Rahman Ab. Rashid, Hajah Wan Som Mamat (1995). “Bahasa Melayu

Bahasa

Dalam Konunikasi Dan Proses Komunikasi.” Edisi Pertama. Selangor:

Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

2. Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran Profesionalisme Perguruan. Seminar

Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia. Bangi.

3. Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS

Publications & Distributor Sdn. Bhd.

4. Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002). “Perlunya Kokurikulum Dalam

Sistem Pendidikan Sekolah.” Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin

Yusof dan Borhan Yusof (2002). “Kokurikulum Peranan Dan Implikasi.” Kuala

Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

5. Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,

Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

6. Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). “Guru dan Perguruan.”

Edisi

Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka - Kementerian

Pendidikan Malaysia.

7. http://cikgurohanimu.blogspot.com/2012/10/penterjemahan-falsafah-

pendidikan.html

8. http://tzulhafizsyam.blogspot.com/2012/04/falsafah-pendidikan-

kebangsaan.html

Page 8: Bagaimana KSSR Mampu Merealisasikan Elemen Falsafah Pendidikan Di Sekolah

9. http://sksyp2.blogspot.com/2012/05/kurikulum-standard-sekolah-rendah-

kssr.html

10.http://tie4848.blogspot.com/2012/10/kbsr-dan-kssr.html

11.http://lvwc.blogspot.com/2012/05/perkaitan-fpk-dengan-matlamat-

dokumen.html