Bagaimana manusia bertemu isterinya

3
Bagaimana Manusia Bertemu Isterinya (Kejadian 2:15-24) Persediaan awal (ayat 15-17) Sebelum manusia pertama terlibat dalam proses menemukan isterinya, dia SUDAH terlebih dahulu mempunyai tiga perkara: 1. Kerja – ‘memelihara dan mengusahakan taman’ 2. Pengetahuan akan Kehendak Tuhan – tahu apa yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat 3. Komunikasi sihat dengan Tuhan – perhubungan intim dengan Tuhan Aplikasi : pastikan sebelum anda terlibat dalam perhubungan cinta/bernikah, anda (khasnya yang lelaki) SUDAH ada pekerjaan, pengetahuan tentang kehendak Allah dan mempunyai perhubungan sihat dengan Tuhan (terbukti melalui komunikasi langsung dengan-Nya). Masalah timbul (18a) Walaupun manusia mempunyai kerja dan perhubungan baik dengan Tuhan, ada sesuatu yang tidak baik mengenai keadaannya – dia seorang diri, tanpa orang untuk menolong dia (dalam tugas yang diberinya oleh Tuhan). Tuhan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini (“Aku akan . . .”). Aplikasi : Manusia lelaki memerlukan penolong untuk berjaya dalam tugas yang Allah telah berikan kepadanya. Banyak kali Allah akan mengambil inisiatif membangun penolong-penolong ini. Penyelesaian Allah (18b) Untuk masalah manusia ini (‘tidak baik seorang diri’), Tuhan berkata bahawa yang dia memerlukan penolong yang sepadan. Penolong – seorang yang akan Membantu (dari segi tenaga, kewangan, idea dan sebagainya) Melindungi (menyelamat dan merawat apabila dalam bahaya dan sakit) Memuji (memberi sokongan moral dan rohani) Walaupun begitu, penolong itu mesti sepadan dengannya. ‘Sepadan’ bermaksud: Setanding/setara Cocok/sesuai Muat Aplikasi: Manusia lelaki memerlukan penolong yang sepadan (bukannya ‘isteri’), seorang yang dapat membantu, melindungi dan memuji dia tetapi penolong itu mesti setanding dengannya, yang cocok dan ‘ngam’ dengannya. Apabila mencari penolong untuk kerja (yang diberi Tuhan untuk dilakukan), carilah penolong sepadan yang mempunyai ciri-ciri ini.

Transcript of Bagaimana manusia bertemu isterinya

Page 1: Bagaimana manusia bertemu isterinya

Bagaimana Manusia Bertemu Isterinya (Kejadian 2:15-24)

Persediaan awal (ayat 15-17)

Sebelum manusia pertama terlibat dalam proses menemukan isterinya, dia SUDAH terlebih dahulu

mempunyai tiga perkara:

1. Kerja – ‘memelihara dan mengusahakan taman’

2. Pengetahuan akan Kehendak Tuhan – tahu apa yang boleh dibuat dan yang tidak boleh

dibuat

3. Komunikasi sihat dengan Tuhan – perhubungan intim dengan Tuhan

Aplikasi: pastikan sebelum anda terlibat dalam perhubungan cinta/bernikah, anda (khasnya yang

lelaki) SUDAH ada pekerjaan, pengetahuan tentang kehendak Allah dan mempunyai perhubungan

sihat dengan Tuhan (terbukti melalui komunikasi langsung dengan-Nya).

Masalah timbul (18a)

Walaupun manusia mempunyai kerja dan perhubungan baik dengan Tuhan, ada sesuatu yang tidak

baik mengenai keadaannya – dia seorang diri, tanpa orang untuk menolong dia (dalam tugas yang

diberinya oleh Tuhan).

Tuhan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini (“Aku akan . . .”).

Aplikasi: Manusia lelaki memerlukan penolong untuk berjaya dalam tugas yang Allah telah berikan

kepadanya. Banyak kali Allah akan mengambil inisiatif membangun penolong-penolong ini.

Penyelesaian Allah (18b)

Untuk masalah manusia ini (‘tidak baik seorang diri’), Tuhan berkata bahawa yang dia memerlukan

penolong yang sepadan.

Penolong – seorang yang akan

Membantu (dari segi tenaga, kewangan, idea dan sebagainya)

Melindungi (menyelamat dan merawat apabila dalam bahaya dan sakit)

Memuji (memberi sokongan moral dan rohani)

Walaupun begitu, penolong itu mesti sepadan dengannya. ‘Sepadan’ bermaksud:

Setanding/setara

Cocok/sesuai

Muat

Aplikasi: Manusia lelaki memerlukan penolong yang sepadan (bukannya ‘isteri’), seorang yang

dapat membantu, melindungi dan memuji dia tetapi penolong itu mesti setanding dengannya, yang

cocok dan ‘ngam’ dengannya. Apabila mencari penolong untuk kerja (yang diberi Tuhan untuk

dilakukan), carilah penolong sepadan yang mempunyai ciri -ciri ini.

Page 2: Bagaimana manusia bertemu isterinya

Pelan A – binatang dan burung (19-20)

Pertama sekali, untuk membantu manusia pertama mendapat seorang penolong yang sepadan,

Allah mencipta dan membawa haiwan-haiwan ini kepada manusia untuk melakukan 3 perkara:

1. Melihat – memeriksa dengan teliti

2. Menamai – memberi identiti kepada semua ciptaan Allah

3. Mengecam penolong yang sepadan – menentukan apakah ada daripada semua haiwan

ciptaan Tuhan ini, ada satu yang sesuai diisytiharkan ‘penolong yang sepadan’

Setelah semua haiwan dinamai, jelas tidak ada satu pun yang manusia dapati sesuai. Tuhan

mempunyai satu lagi penyelesaian.

Aplikasi: Dalam usaha mencari penolong yang sesuai, banyak kali apa yang ditemukan pada mulanya

tidak sesuai dan anda harus berani berkata bahawa yang ditemukan setakat ini tidak sesuai.

Pelan B – perempuan (21-22)

Allah membangun perempuan daripada tulang manusia dan membawanya kepada manusia untuk

dilihat, dinamai dan ditentukan sama ada sesuai diterima sebagai penolong yang sepadan.

Aplikasi: Allah akan terlibat secara langsung dalam penyediaan dan pembawaan penolong yang

sepadan untuk anda. Belajar bekerjasama dengan Allah.

Respons manusia (23)

“Inilah dia” – manusia begitu gembira dia akhirnya bertemu dengan seorang yang sesuai sebagai

penolong; setelah hampir putus asa, dia begitu yakin dan gembira apa yang dibangunkan Tuhan dan

dibawa kepadanya adalah penolong yang dia perlukan.

“Tulangku” – manusia itu juga mengakui dan mengesahkan bahawa yang dibawa Tuhan itu sama

dengannya, dia sepadan.

“Perempuan” – dia kemudian menamakan apa yang dibangun Tuhan menggunakan tulangnya

perempuan; identiti diberi.

Aplikasi: Anda (lelaki) akan tahu apabila anda bertemu dengan seorang perempuan yang

mempunyai ciri-ciri seorang penolong yang sepadan dengan anda – seorang yang sama dengan anda

yang boleh membantu, melindungi dan memuji anda.

Kesimpulan (24)

Menurut Tuhan inilah sebabnya (motivasi, alasan) seorang lelaki akan mengambil seorang

perempuan menjadi isterinya dan tinggal bersamanya sehingga maut memisahkan mereka. Adam

begitu teruja dengan penolong yang Tuhan sediakan untuknya hingga dia memilih memperisterikan

penolongnya.

Apabila anda sebagai seorang lelaki bertemu dengan seorang perempuan yang mempunyai ciri -ciri

seorang penolong (membantu, melindungi, memuji) dan dia sepadan dengan anda, dia besar

kemungkinan sesuai dijadikan kekasih dan isteri.

Page 3: Bagaimana manusia bertemu isterinya

Apabila anda sebagai seorang perempuan bertemu dengan seorang lelaki yang anda senang dan

mahu menjadi penolongnya (membantu, melindungi, memuji) dan dia sepadan dengan anda, dia

besar kemungkinan sesuai dijadikan kekasih dan suami.

Soalan Diskusi

1. Mengapa anda fikir mempunyai pekerjaan dan perhubungan sihat dengan Allah, adalah

prasyarat penting bagi mana-mana lelaki yang mahu memulakan perhubungan cinta atau

bernikah?

2. Mengapa mungkin Allah berkata manusia pertama itu tidak baik seorang diri tanpa penolong?

Apakah situasinya sama untuk lelaki hari ini?

3. Apa pendapat anda tentang definisi ‘penolong sepadan’? Bagaimana boleh seorang lelaki

tentukan seorang perempuan itu mempunyai ciri-ciri ‘penolong yang sepadan’?

4. Tuhan menyediakan seorang penolong untuk manusia, tetapi manusia menjadikan penolong itu

isterinya. Apakah anda setuju bahawa calon isteri yang sesuai ialah seorang perempuan yang

boleh dan mahu berfungsi sebagai ‘penolong yang sepadan’?

5. Apakah fahaman anda tentang kesimpulan Allah dalam Kejadian 2:24? Apakah anda setuju

dengan kesimpulan nota ini? Mengapa?