Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

2
Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa Setiap bangsa mempunyai hasil sastera yang boleh dikagumi dan dibanggakan. Dan sastera setiap bangsa mempunyai kelainan sekiranya dibandingkan dengan bangsa yang lain. Hal ini dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa serta cara penyampaian sesuatu karya. Dengan ini, bolehlah kita katakan bahawa sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa. Persoalannya, bagaimanakah sesuatu sastera itu membentuk tamadun sesuatu bangsa? Pembentukan tamadun sesuatu bangsa melalui penulisan sastera dapat dibuktikan kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa merupakan wahana dan lambang peradaban yang utama bagi sesuatu bangsa. Hal ini kerana kelainan dan keunikan sesuatu bangsa itu bukan sahaja dapat dilihat pada budayanya malah pada bahasa sehariannya juga. Nilai ataupun ketinggian bahasa sesuatu sastera dan karya mampu menambahkan rasa hormat bangsa lain menyebabkan mereka menjangkakan karya baru yang lebih bagus dan berkualiti daripada bangsa tersebut. Selain itu, bahasa turut digunakan untuk menyampaikan pemikiran seseorang kepada pihak yang lain sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab agama, penulisan kreatif atau pertuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau pernyataan perasaan. Penyampaian ilmu yang efektif dan dapat diterima umum menjadi bukti sesuatu bangsa itu bertamadun tinggi. Walau bagaimanapun, penyampaian ilmu ini haruslah proaktif dan berterusan melalui apa-apa wadah sekalipun. Contoh tamadun yang mengamalkan budaya ini adalah tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia. Seterusnya, bahasa digunakan untuk merekodkan riwayat dan hukum yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu kawasan. Contohnya, hukum Hamurabbi di Mesir dan Vagavad Gita di India. Hal ini menunjukkan bangsa itu mempunyai peradaban dan tamadun yang besar kerana mempunyai garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan menjalankan hukuman kepada pesalah. Sebagai contoh, kitab suci Al- Quran menggambarkan peradaban dan tamadun Arab yang menggunakan bahasa Arab lahiah yang tulen dan menjadi panduan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Transcript of Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

Page 1: Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

Setiap bangsa mempunyai hasil sastera yang boleh dikagumi dan dibanggakan. Dan sastera setiap bangsa mempunyai kelainan sekiranya dibandingkan dengan bangsa yang lain. Hal ini dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa serta cara penyampaian sesuatu karya. Dengan ini, bolehlah kita katakan bahawa sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa. Persoalannya, bagaimanakah sesuatu sastera itu membentuk tamadun sesuatu bangsa?

Pembentukan tamadun sesuatu bangsa melalui penulisan sastera dapat dibuktikan kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa merupakan wahana dan lambang peradaban yang utama bagi sesuatu bangsa. Hal ini kerana kelainan dan keunikan sesuatu bangsa itu bukan sahaja dapat dilihat pada budayanya malah pada bahasa sehariannya juga. Nilai ataupun ketinggian bahasa sesuatu sastera dan karya mampu menambahkan rasa hormat bangsa lain menyebabkan mereka menjangkakan karya baru yang lebih bagus dan berkualiti daripada bangsa tersebut.

Selain itu, bahasa turut digunakan untuk menyampaikan pemikiran seseorang kepada pihak yang lain sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab agama, penulisan kreatif atau pertuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau pernyataan perasaan. Penyampaian ilmu yang efektif dan dapat diterima umum menjadi bukti sesuatu bangsa itu bertamadun tinggi. Walau bagaimanapun, penyampaian ilmu ini haruslah proaktif dan berterusan melalui apa-apa wadah sekalipun. Contoh tamadun yang mengamalkan budaya ini adalah tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.

Seterusnya, bahasa digunakan untuk merekodkan riwayat dan hukum yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu kawasan. Contohnya, hukum Hamurabbi di Mesir dan Vagavad Gita di India. Hal ini menunjukkan bangsa itu mempunyai peradaban dan tamadun yang besar kerana mempunyai garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan menjalankan hukuman kepada pesalah. Sebagai contoh, kitab suci Al-Quran menggambarkan peradaban dan tamadun Arab yang menggunakan bahasa Arab lahiah yang tulen dan menjadi panduan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa itu dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa mahupun dalam bentuk kreatif. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan jiwa kepada sesuatu bangsa. Nilai-nilai luhur seperti kesopanan, kesusilaan, kejujuran, kebertanggungjawaban dan kekeluargaan yang terpancar daripada hasil karya sastera bermutu tinggi akan membentuk pemikiran, nilai dan budaya masyarakat maju yang seimbang. Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa sastera mampu menyuburkan nilai-nilai luhur yang menjadi tunjang dan sumber kekuatan masyarakat bertamadun sejak zaman-berzaman.

Akhir sekali, kesusasteraan mampu memberi pengajaran dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa tiada karya kesusasteraan yang memberi impak negatif kepada pendengar dan pembacanya. Kesusasteraan ini dapat membentuk sahsiah dan keperibadian individu yang unggul hasil daripada mesej yang disampaikan. Bangsa yang bertamadun hanya dapat dicapai sekiranya penduduk bangsa tersebut berkeperibadian tinggi dan mulia. Lantas, kesusasteraan boleh dianggap sebagai cermin masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Page 2: Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

Deduksinya, bicara kesusasteraan tidak dapat lari dari kebijaksanaan sasterawan memanipulasi bahasanya yang tersendiri. Hal ini kerana, hasil sastera memerlukan minda yang bertenaga dan imaginatif dalam seni pengucapan bermutu. Kesannya, hasil yang berkualiti ini mampu memberi impak yang mendalam dalam membentuk bangsa yang bertamadun sejak generasi terdahulu lagi. Justeru, setiap masyarakat haruslah berganding bahu memartabatkan karya kesusasteraan bagi menyambung pembangunan bangsa yang bertamadun.