Menjadi Tuan Rumah di Negeri Sendiri - Fauzil Hamdi (CEO The Wali)
Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New · PDF filesempadan keraian, dengan satu...
Transcript of Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New · PDF filesempadan keraian, dengan satu...
Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya
Usain Bolt, New York ePrix ialah
Peluang untuk Cabar, Menang dan Rai!
NEW YORK, 16 Julai 2017/PRNewswire/ --
Sebagai rakan kongsi rasmi litar perlumbaan motor Formula E baharu
yang mengujakan, Maison Mumm membawa semangat istimewanya Cabar
Menang Rai ke Bandar New York hujung minggu lalu, untuk perlumbaan
kesembilan dan kesepuluh dalam kalendar ePrix tahun ini.
Penyertaan Mumm lebih bertenaga dengan kehadiran maya CEO (Ketua
Pegawai Hiburan) baharu, Usain Bolt. Lelaki terpantas di dunia
ini memberi penghormatan kepada masa depan perlumbaan motor dalam
dua acara yang berani, mengukuhkan reputasi Mumm sebagai ikon
kemenangan yang inovatif.
Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila
klik:https://www.multivu.com/players/uk/8138551-maison-mumm-u
sain-bolt-new-york-eprix/
Cabar
Pada malam Jumaat, Maison Mumm menyajikan tetamu di Brooklyn
Harbour dengan pertemuan mendebarkan antara dua ikon moden
kelajuan: perlumbaan Formula E dan Usain Bolt. Ketua Pegawai
Hiburan baharu Mumm merupakan bintang filem baharu yang berani,
yang menghiburkan para tetamu pesta apabila ia dipaparkan pada
permukaan bangunan yang menghadap ke litar perlumbaan. Dalam
animasi video yang menakjubkan ini, Usain mendapat bantuan
daripada kereta Formula E apabila dia menyahut cabaran Mumm:
menangkap gabus champagne terbang sebelum ia menyentuh tanah.
Dalam perlumbaan berkelajuan tinggi ini, Usain mewakili
nilai-nilai utama Maison: berani, unggul dan dahagakan
kemenangan.
Menang
Sebagai ikon kemenangan, Mumm merupakan kehadiran yang
dibanggakan di podium pemenang di New York, di mana Sam Bird, Felix
Rosenqvist dan Nick Heidfeld minum ucap selamat kemenangan
mereka dengan menyemburkan cuvée Mumm Grand Cordon legenda Maison
dari botolnya. Botol itu sendiri mempunyai reka bentuk
revolusioner oleh pereka berwawasan Wales Ross Lovegrove, tanpa
label hadapan dan tanda utama selempang merah yang dilekukkan
terus pada kacanya. Dengan buih-buih riang, kilauan warna emas
dan kuasa Pinot Noir, Mumm Grand Cordon ialah iringan yang luar
biasa dan terbaru untuk semua kejayaan hidup.
Rai
New York ePrix juga merupakan peluang bagi Mumm untuk menolak
sempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan
bertenaga tinggi dan inovatif bagi sambutan tersebut. Di litar
sepanjang hujung minggu, pelawat boleh memasuki Holobox: sebuah
kiub hitam di mana mereka boleh mengambil foto mereka untuk
berkongsi suasana pesta dengan hologram seakan hidup Ketua
Pegawai Hiburan Mumm, Usain Bolt. Usain juga hadir secara maya
pada keraian selepas perlumbaan, di mana hologram beliau
mengujakan orang ramai dengan paparan campuran maya! Pesta ini
diteruskan di sebuah kelab yang terletak di Manhattan bagi pesta
selepas Formula E yang rasmi, di mana pemandu Formula E dan tetamu
Mumm menari sepanjang malam.
Sepanjang hujung minggu ePrix, Maison melangkah lebih jauh
daripada keraian kemenangan tradisional bagi membawakan hiburan
dan keseronokan baharu kepada Formula E. Dengan sumbangan mereka
yang berani di New York, Mumm dan Usain memberi penghormatan
kepada dunia canggih Formula E - perlumbaan masa hadapan - dan
meletakkan Mumm di podium inovasi champagne.
Adakah anda cukup pantas untuk menangkap gabus terbang Mumm?
Saksikan Usain Bolt menyahut Cabaran Mumm di sini.
SILA MINUM DENGAN BERTANGGUNGJAWAB.