Bahagian 7:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBagi Program Sains Politik, Prof Dr. Jayum...

15
BIDANG 7: PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM 7.1 Mekanisme Pemantauan dan Semakan Program Maklumat Berkenaan Standard Asas 7.1.1 Jelaskan bagaimana jabatan menilai program ini. Program menilainya dengan dua cara, iaitu melalui Penilaian Dalaman dan Penilaian Luaran. Penilaian dalaman dijalankan pada dua peringkat iaitu peringkat kualiti dan peringkat pelajar. Penilaian kualiti dijalankan dari masa ke semasa di mana audit pengawasan kualiti menyemak Program dengan melihat fail-fail kursus bagi Program Sains Politik. Audit swa-akreditasi juga dijalankan bagi memastikan kurikulum Program Sains Politik yang dinyatakan dalam dokumen selaras dengan amalan kakitangan akademik dan pentadbiran. Penilaian dalaman juga dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar tahun akhir dan graduan selepas menamatkan pengajian mereka. Di peringkat Pusat Pengajian, satu Jawatankuasa Penasihat Pusat yang dianggotai oleh beberapa tokoh akademik tanah air telah dibentuk bagi memberi pandangan terhadap kurikulum yang ada dan memberi maklum balas bagi memantapkan kurikulum tersebut. Bagi Program Sains Politik, Prof Dr. Jayum Jawan telah dipilih menganggotai Jawatankuasa ini. Tanggungjawab terakhir bagi menggubal dan menilai pelaksanaan PEO siswazah UKM Program Sains Politik wujud di bawah Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. PEO dibincang dan dipersetujui oleh majoriti daripada ahli Fakulti. PEO Program Sains Politik dinilai lima (5) tahun sekali oleh Jawatankuasa Penasihat Pusat yang dilantik berdasarkan kepakaran. Jawatankuasa Penasihat Pusat adalah seperti berikut: Jawatankuasa Penasihat Pusat Prof. Dr. Jayum Jawan Timbalan Dekan (Siswazah) Universiti Putra Malaysia Prof. Dr Abdullah Zakaria Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Jawankuasa OBE dan Kurikulum Pusat Penasihat : Prof. Dr. Hazita Azman Pengerusi : Prof. Madya Dr. Sity Daud Ahli-ahli : Dr. Rahilah Omar (Ketua Program Sejarah) Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail (Ketua Program Sains Politik) Prof. Madya Dr. Zarina 132

Transcript of Bahagian 7:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBagi Program Sains Politik, Prof Dr. Jayum...

BIDANG 7: PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM

7.1 Mekanisme Pemantauan dan Semakan Program

Maklumat Berkenaan Standard Asas

7.1.1 Jelaskan bagaimana jabatan menilai program ini.

Program menilainya dengan dua cara, iaitu melalui Penilaian Dalaman dan Penilaian Luaran. Penilaian dalaman dijalankan pada dua peringkat iaitu peringkat kualiti dan peringkat pelajar. Penilaian kualiti dijalankan dari masa ke semasa di mana audit pengawasan kualiti menyemak Program dengan melihat fail-fail kursus bagi Program Sains Politik. Audit swa-akreditasi juga dijalankan bagi memastikan kurikulum Program Sains Politik yang dinyatakan dalam dokumen selaras dengan amalan kakitangan akademik dan pentadbiran. Penilaian dalaman juga dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar tahun akhir dan graduan selepas menamatkan pengajian mereka.

Di peringkat Pusat Pengajian, satu Jawatankuasa Penasihat Pusat yang dianggotai oleh beberapa tokoh akademik tanah air telah dibentuk bagi memberi pandangan terhadap kurikulum yang ada dan memberi maklum balas bagi memantapkan kurikulum tersebut. Bagi Program Sains Politik, Prof Dr. Jayum Jawan telah dipilih menganggotai Jawatankuasa ini.

Tanggungjawab terakhir bagi menggubal dan menilai pelaksanaan PEO siswazah UKM Program Sains Politik wujud di bawah Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. PEO dibincang dan dipersetujui oleh majoriti daripada ahli Fakulti. PEO Program Sains Politik dinilai lima (5) tahun sekali oleh Jawatankuasa Penasihat Pusat yang dilantik berdasarkan kepakaran. Jawatankuasa Penasihat Pusat adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Penasihat Pusat

Prof. Dr. Jayum Jawan Timbalan Dekan (Siswazah) Universiti Putra Malaysia

Prof. Dr Abdullah Zakaria Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Jawankuasa OBE dan Kurikulum PusatPenasihat : Prof. Dr. Hazita AzmanPengerusi : Prof. Madya Dr. Sity DaudAhli-ahli : Dr. Rahilah Omar

(Ketua Program Sejarah) Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail

(Ketua Program Sains Politik)

Prof. Madya Dr. Zarina Othman

132

(Ketua Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa)

2 wakil dari setiap program

Penilaian luar termasuk oleh penilai antarabangsa telah dilakukan sejak tertubuhnya Program ini dan ia dilakukan setiap tiga hingga lima tahun sekalia berdasarkan kepada keperluan. Program ini telah melantik penilai luar untuk memastikan pengajian di Program ini sejajar atau setara dengan perkembangan mutakhir ilmu Sains Politik di peringkat antarabangsa. Di antara penilai luar yang dilantik ialah:

Prof. Dr. James Chin Monash University

Prof. Dr Omar Farouk Hiroshima City University Jepun

Prof. Dr Agus Pramusinto Dekan Siswazah Universitas Gadja Mada Masalah kurikulum yang dikenalpasti akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Pusat Pengajian. Hasil mesyuarat akan diambil tindakan seterusnya. Setelah itu Pusat Pengajian akan memastikan pelaksanaan perubahan kurikulum berjalan seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.

Selain itu, Fakulti juga menilai Program ini melalui maklum balas dari para pensyarah untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan. Pensyarah juga boleh menganggotai sebarang jawatankuasa seperti jawatankuasa penerbitan, hal ehwal pelajar, persidangan, penyelidikan dan infrastruktur. Jawatankuasa tersebut membincang perkara yang berkait dengan isu-isu yang relevan. Keputusan dan cadangan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa dimajukan seterusnya ke peringkat Fakulti.

Pusat Pengajian membentuk Jawatankuasa Siswazah Pusat bagi membantu Pengerusi Pusat Pengajian untuk menguruskan proses penilaian program Sarjana Sains Sosial (Sains Politik) sekurang-kurangnya 3 tahun sekali. Rajah di bawah menunjukkan carta alir prosedur penilaian dan penambahbaikan Program di Pusat Pengajian. Penilaian bermula dengan input daripada pihak berkepentingan dan dibincang dalam Mesyuarat Pusat. Keputusan mesyuarat dibawa kepada mesyuarat di peringkat lebih tinggi sehingga akhirnya diluluskan oleh Senat Universiti.

7.1.2 Bagaimanakah prestasi dan kemajuan pelajar dianalisis dalam hubungannya dengan objektif program?

Program Sains Politik direkabentuk bertujuan untuk mencapai objektif program pembelajaran (PEO) berikut:

133

PEO 1: mempunyai kemahiran dalam menganalisis ilmu dan perkembangan dalam disiplin Sains Politik.

PEO 2: mempunyai daya apresiasi terhadap ilmu politik sebagai satu disiplin yang saintifik.

PEO 3: mempunyai kebolehan menjalankan penyelidikan dalam ilmu

politik secara ilmiah berpandukan kepada teori sains politik.

PEO 4: mampu menganalisis isu-isu politik semasa secara saintifik. PEO 5: mempunyai kemahiran intelektual sesuai dengan matlamat

negara memasuki fasa K-ekonomi untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran saintifik dan memiliki sikap inkuiri yang tinggi.

PEO 6: mempunyai kemahiran generik yang bersifat bolehpindah

(transferable skills) seperti kemahiran berkomunikasi, menulis, menyelidik dan menguruskan pelbagai jenis maklumat sesuai dengan keperluan semasa.

PEO 7: memahami kedinamikan perkembangan dan transformasi politik di peringkat nasional, serantau dan global.

Prestasi pelajar yang dinilai berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran program (HPP) boleh dirujuk melalui Buku Panduan Siswazah dan setiap proforma kursus. Kaedah penilaian setiap kursus diperincikan dalam setiap proforma kursus.

Untuk memastikan bahawa setiap pelajar yang mengikuti kursus-kursus program telah memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang dinyatakan dalam objektif program dan hasil pembelajaran, proses penilaian pencapaian pelajar dinilai sepanjang kursus melalui tutorial, kuiz, pembentangan dan tugasan individu atau berkumpulan. Kaedah penilaian yang dijalankan oleh Program Sains Politik adalah berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang dikendalikan sepanjang tempoh pengajian pelajar yang merangkumi kursus yang ditawarkan, kerja makmal, kerja lapangan, tesis sarjana dan lawatan. Kepelbagaian aktiviti tersebut mempunyai hubungan kepada pencapaian PO seperti yang ditunjukkan dalam berikut.

Penilaian Pelajar daripada Pelbagai DimensiAktiviti Kaedah Penilaian

1. Kursus: Kuliah dan Tutorial

Pembentangan kerja kursus, tutorial, soal-jawab ketika kuliah, laporan/esei, kuiz, peperiksaan.

2. Projek/esei berkumpulan

Pemerhatian ketika di lapangan, laporan kerja lapangan

3. Tesis Sarjana Penilaian hasil akhir tesis sarjana4. Lawatan/field work Pemerhatian ketika sesi dialog,

laporan5. Kajian kes Pemerhatian ketika sesi pembentang,

laporan

Proses pengukuran program akan melibatkan pemberian markah dan gred

134

kepada pelajar berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. Pemberian markah dan gred tersebut boleh dilakukan menggunakan beberapa cara seperti di bawah:

i. Pemberian nilai gred pada setiap semester untuk kerja kursus dan penilaian lain yang diadakan di sepanjang semester dan peperiksaan akhir semester.

ii. Pemberian nilai gred untuk sesuatu kursus yang ditawarkan oleh program selain daripada kursus-kursus tanpa peperiksaan akhir semester adalah dengan cara penilaian berasaskan kerja kursus dan/atau peperiksaan pertengahan semester (30–70 peratus) dan peperiksaan akhir semester (70-30 peratus).

iii. Gred dan nilai gred yang diberikan kepada sesuatu kursus seperti mana yang telah ditetapkan.

7.1.3 Huraikan proses, tatacara dan mekanisme pemantauan dan penyemakan kurikulum.

Pihak Program Sains Politik menjalankan penilaian pengajaran kursus-kursus yang ditawarkan. Penilaian kursus dinilai berdasarkan persepsi pelajar Program Sains Politik berdasarkan tiga kategori iaitu pengendalian kursus, kandungan kursus dan prasarana dan peralatan. Semua rekod penilaian disimpan oleh tenaga pengajar. Pada akhir setiap semester mesyuarat penyelarasan markah akan diadakan untuk memastikan bahawa kaedah penilaian telah dilaksanakan dengan betul.

Pengawasan kurikulum dilakukan oleh Fakulti melalui mekanisme dan jawatankuasa berikut:

i. Mesyuarat Fakultiii. Mesyuarat Ketua-ketua Bahagianiii. Mesyuarat Pusat Pengajianiv. Jawatankuasa Pengajian Prasiswazahv. Jawatankuasa Pemeriksa Prasiswazahvi. Jawatankuasa Pengajian Siswazahvii. Jawatankuasa Pemeriksa Siswazahviii. Jawatankuasa Penaksiran Soalanix. Kumpulan bidang tujahan/kursus/kelompok sub-bidangx. Bengkel pemantapan program

Penilaian program dan semakan kurikulum bagi Program Sains Politik dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan ini memastikan Program Sains Politik yang ditawarkan memenuhi kualiti dan piawaian yang tinggi. Maklum balas daripada pelbagai sumber disemak oleh jawatankuasa yang sesuai.

135

7.1.4 Huraikan hubungan antara proses pemantauan dan penyemakan kurikulum dan pencapaian hasil pembelajaran program.

Pemantauan dan semakan kurikulum yang berkala akan memastikan pencapaian hasil pembelajaran program. Contohnya, melalui pemantauan, jika berlaku perubahan dalam isu-isu semasa politik, kandungan rangka kursus yang berkaitan akan diubah dan pelajar akan mengikuti kursus tersebut berdasarkan kandungan baru kursus. Program ini dirangka untuk menghasilkan graduan yang profesional seperti mana yang terkandung di dalam Hasil Pembelajaran Program (HPP).

Hasil Pembelajaran Program (HPP) Sarjana Sains Politik adalah seprti berikut:

i. menguasai ilmu yang cukup dalam disiplin Sains Politik.

ii. mempunyai tahap profesionalisme, nilai sikap dan tingkah laku beretika dalam menganalisis isu-isu politik.

iii. mempunyai akauntabiliti sosial dan peka terhadap isu-isu semasa dan persekitaran.

iv. menguasai kemahiran teknikal dalam ilmu sains politik termasuk teknologi maklumat dan komunikasi.

v. cekap berkomunikasi dan bekerja dalam satu pasukan.

vi. berupaya menilai dan menginterpretasi secara kritis isu-isu semasa.

vii. mempunyai kemahiran kepimpinan dan keusahawanan.

viii. berkemahiran melakukan penyelidikan secara saintifik, berfikiran kreatif dan kritis serta bijak dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Prosedur dan pemantauan yang terlibat di dalam penyemakan kurikulum ini mempunyai yang hubungan yang rapat dengan Hasil Pembelajaran Program (HPP) kerana pemantauan dan semakan ini dilakukan oleh pakar dan jawatankuasa yang berkaliber dan berkelayakan dalam bidang:

i. HPP disediakan dan disemak secara dalaman oleh Program Sains Politik melalui pelbagai mekanisme yang dirancang oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan Akademik (JPPA) Universiti dan Fakulti.

ii. HPP digubal oleh kakitangan akademik Program serta dibantu oleh Jawatankuasa Penasihat Program.

iii. HPP yang dibentuk adalah berasaskan Manual Jaminan Kualiti

136

Jabatan Pengajian Tinggi dan Kerangka Kelayakan Malaysia yang disesuaikan dengan PEO.

7.1.5 Huraikan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi memanfaatkan maklum balas dari penyemakan program untuk pembangunan program tersebut.

Apabila mendapat maklum balas tentang penyemakan Program dari para penilai, pihak Universiti akan mengarahkan Program untuk menambahbaik kandungan setiap kursus, menyemak hasil pembelajaran kursus, menambahbaik tahap taksonomi Bloom, meningkatkan mekanisme penilaian Program serta membentuk kursus-kursus program yang relevan dengan tuntutan terkini. Maklum balas yang diterima ini perlu melalui beberapa peringkat perbincangan sebelum sampai kepada peringkat pengesahan dan pelaksanaan secara menyeluruh.

7.1.6 Huraikan struktur dan kaedah kerja jawatankuasa penyemakan program.

Kaedah penyemakan Program dibuat dengan beberapa kaedah berikut:

i. Penubuhan jawatankuasa pemantapan kurikulum Pusat.

ii. Pemantauan kualiti oleh JPPA peringkat Fakulti.iii. Pelantikan panel penilai daripada industri dan

organisasi luar.iv. Maklum balas daripada bekas pelajar dan pihak

majikan melalui trace study.

7.1.7 Huraikan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam perjanjian kerjasama.

Pihak yang terlibat dalam perjanjian kerjasama mempunyai tanggungjawab tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai sebahagian sumbangan mereka kepada Program Sains Politik. Contoh perjanjian kerjasama (seperti MoU) antara UKM dengan Universitas Andalas. Antara tanggungjawab yang diwujudkan adalah termasuk menyumbang buah fikiran dan berkongsi kepakaran penyelidikan dan pengajaran melalui maklum balas dan pandangan yang diberikan dalam membantu meningkatkan kualiti Program Sains Politik di Pusat Pengajian.

Dari masa ke semasa, maklum balas pihak berkepentingan luar diperlukan dan akan dibincang di peringkat Pusat Pengajian. Sekiranya terdapat keperluan untuk mewujudkan program baru melalui input dari perjanjian kerjasama, proses pembentukan program akan dilaksanakan seperti mana Rajah berikut.

137

Kurikulum Baru Disediakan oleh Jawatankuasa Pengajian

Peringkat Program

Terima

Terima

Terima

Tanggungjawab lain pihak yang terlibat dalam perjanjian kerjasama ini adalah untuk bekerjasama bagi melakukan penyelidikan, persidangan dan penerbitan bersama, juga untuk bersetuju dengan program pertukaran pelajar dan pensyarah bagi meningkatkan lagi pengalaman pelajar dan pensyarah di universiti masing-masing. Dalam kes MoU Program Sains Politik dengan Universitas Andalas, pensyarah dari UKM telah terlibat untuk mengajar di Andalas.

138

Terima

Terima

Tolak

Cadangan Kurikulum dibentangkan di Pusat Pengajian

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik Fakulti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Fakulti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik Universiti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Senat Universiti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Lembaga Pengarah Univeriti

Terima

Program/ Kurikulum Baru dihantar ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk

kelulusan akhir

TolakTolak

Tolak

Tolak

Tolak

Tolak

Tolak

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

7.1.8 Bagaimanakah proses semakan kendiri membantu mengenal pasti kelemahan dan seterusnya menambah baik program?

Salah satu contoh semakan kendiri adalah maklum balas pelajar terhadap kursus pada setiap akhir semester. Pada setiap akhir semester, pelajar akan diminta membuat penilaian terhadap kursus yang mereka ikuti sebelum dibenarkan mendaftar kursus baru untuk semester berikutnya. Pelajar diminta menilai sesuatu kursus secara dalam talian (www.ukm.my/sppk) dan penilaian adalah merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar juga boleh memberi maklum balas secara kualitatif. Pensyarah boleh melihat keputusan penilaian melalui SPPK (Sistem Penilaian Pengajaran Kursus) pada setiap akhir semester untuk setiap kursus yang mereka ajar. Rajah di bawah menunjukkan komponen purata penilaian kursus Program Sains Politik. Penambahbaikan yang sesuai akan dibuat ke atas kursus tersebut berdasarkan komen dan maklum balas pelajar.

Program memantau bilangan pelajar siswazahnya yang ramai, Program mentor-mentee disediakan kepada pelajar. Ini bemakna pelajar siswazah yang mendaftar disediakan mentor-mentee masing-masing untuk membantu dan menasihati pelajar dalam pencapaian akademik masing-masing. Selain itu, Penyelia Akademik juga dilantik bagi membantu kemajuan akademik pelajar. Program juga kerap terlibat mengadakan mesyuarat untuk memantau kemajuan penyelidikan pelajar. Program juga turut terlibat dalam mesyuarat pemantauan pelajar di peringkat Pusat dan Fakulti.

139

7.1.9 Huraikan mekanisme yang digunakan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi dalam memantau prestasi siswazah. Bagaimanakah mekanisme ini membawa kesan kepada proses penyemakan kurikulum?

Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Program bagi memantau prestasi siswazah. Selepas pendaftaran pada Semester Pertama pelajar berada di Program, setiap pelajar akan diberi seorang mentor untuk membantu mereka dalam menyesuaikan diri dari segi persediaan akademik dan sosial di universiti. Data statistik yang dikumpulkan hasil daripada proses pembelajaran pelajar sepanjang semester akan disemak pada akhir semester semasa Mesyuarat Lembaga Pemeriksaan peringkat Fakulti diadakan. Data tersebut akan diberi kepada Penyelaras Sarjana untuk proses pemantauan di peringkat Pusat melalui proses yang sedia ada seperti melalui sistem mentor-mentee. Di peringkat Fakulti pula, hasil pencapaian akademik semua pelajar akan disenaraikan mengikut pencapaian PNGK masing-masing.

Dari segi pencapaian dalam Hasil Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (HPP), prestasi pelajar dipantau melalui laporan PNGK dan PNGS pelajar pada setiap akhir semester, yang akan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti. PNGK pelajar digunakan sebagai syarat untuk menentukan bilangan unit maksimum yang pelajar boleh mendaftar pada semester berikutnya. Pelajar yang mendapat PNGS atau PNGK kurang dari 3.0 akan dipantau. Hasil penilaian semua ukuran prestasi pelajar akan dibawa ke Mesyuarat Pusat Pengajian untuk proses semakan kurikulum dan penambahbaikan program. Laporan menyeluruh akan diberikan dengan menggunakan carta, graf dan statistik untuk melihat taburan pencapaian pelajar setiap tahun. Pelajar yang rendah tahap pencapaiannya akan dipanggil untuk menyertai bengkel-bengkel kecemerlangan.

Di pihak Fakulti pula, beberapa rancangan pemantapan pelajar dilaksanakan berasaskan keperluan semasa. Di antaranya adalah:

i. Meneruskan pelaksanaan pemantauan pelajar di bawah rancangan 5P supaya jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang akan meningkat.

ii. Meneruskan pelaksanaan pemantauan dan pemulihan pelajar lemah.

iii. Menjadikan projek penyelidikan Fakulti sebagai bahan dalam kerja kursus dan projek pelajar prasiswazah dan siswazah

7.2 Penglibatan Pihak Berkepentingan

Maklumat Berkenaan Standard Asas

7.2.1 Pihak berkepentingan manakah yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan program? Huraikan bentuk penglibatan pihak berkepentingan ini.

140

Terdapat pelbagai pihak yang berkepentingan dalam Program Sains Politik yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan Program. Senarai pihak berkepentingan ini adalah seperti di Jadual berikut:

Kaedah Penglibatan Pihak BerkepentinganPihak berkepentingan Kaedah Penglibatan

Bakal majikan graduan Kajian pasaran, tesis sarjanaRakan organisasi Mencadangkan kaedah dan teknik yang

sesuai dilaksanakan secara praktikalKakitangan akademik Secara langsungKementerian Pendidikan Tinggi

Kawalan kualiti, laporan kepada Kementeriaan

Penaja pelajar Soal selidikPelajar Soal selidik, komen lisanInstitusi penyelidikan Penyelidikan dan perundinganMasyarakat umum Soal selidikPentadbir UKM Secara langsung kepada Pusat

Pembangunan Akademik

Penglibatan mereka dalam perkembangan program berada dalam tahap yang tinggi terutamanya dalam mendapatkan pengiktirafan, maklum balas kajian pasaran dan prestasi siswazah Fakulti. Mekanisme formal adalah melalui:

i. Soal Selidik Dan Dapatan Kajian ii. Kajian Penilaian Kendiri iii. Maklum Balas Penilai Luar iv. Maklum Balas Majikan v. Saranan Pembaikan

Mekanisme tidak formal pula adalah melalui:

i. Liputan Media ii. Temu Bual Tidak Formal

Secara khusus, pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses pemantauan dan penyemakan program ialah:

i. Pelajar: menilai program secara tidak langsung melalui penilaian kursus dan pengajaran pada setiap semester (melalui laman Sistem Penilaian Pengajaran Kursus).

ii. Majikan dan bakal majikan: Majikan menilai program secara tidak langsung melalui penilaian mereka terhadap prestasi graduan dalam kerjaya. Bakal majikan menilai program melalui maklum balas yang diberi daripada latihan penyelidikan pelajar di organisasi masing-masing.

iii. Kerajaan: menilai program secara umumnya melalui pemberian kelulusan program yang dilaksanakan dan pengiktirafan terhadap ijazah yang ditawarkan.

141

iv. Agensi-agensi kerajaan (seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Penerangan Malaysia, PDRM, dan lain-lain) – menilai Program Sains Politik melalui penerimaan graduan sebagai kakitangan mereka dan menghantar kakitangan mereka untuk mengikuti program di UKM.

v. Industri dan pihak berkaitan: menilai Program Sains Politik dengan penerimaan pelajar sebagai pelatih mereka, graduan sebagai kakitangan mereka dan menghantar kakitangan mereka untuk mengikuti program di UKM.

vi. Masyarakat umum: menterjemahkan penilaian mereka terhadap Program melalui pelbagai cara (antaranya melalui pilihan untuk memasuki Program) dan pengiktirafan diberi kepada program secara khusus daripada MQA.

7.2.2 Jelaskan bagaimana pandangan pihak berkepentingan ini dipertimbangkan.

Pandangan pihak berkepentingan dipertimbangkan melalui beberapa cara. Antaranya, sekiranya komen dan pandangan pihak berkepentingan relevan kepada keperluan penambahbaikan program, maka ia akan dibawa dalam Mesyuarat Pusat Pengajian untuk semakan dan perbincangan. Selepas itu, maklumat tersebut akan dibincang dalam bengkel-bengkel semakan dan penambahbaikan Program untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan.

Maklum balas disalur kepada jawatankuasa bertanggungjawab untuk perkembangan Program. Hasil perbincangan tentang prestasi pelajar digunakan sebagai input bagi penambahbaikan program. Proses merancang dan menilai kursus Program bermula dengan mengambil kira keperluan visi dan misi universiti yang disesuaikan dengan keperluan negara dan tuntutan ilmu. Proses ini melibatkan aktiviti semakan dan penilaian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Semakan Akademik, penilai luar dan penasihat. Di samping itu, pandangan dan input daripada majikan, pelajar, alumni dan ibu bapa pelajar juga diambil kira.

Hubungan yang wujud antara FSSK dengan pihak berkepentingan adalah selaras dengan misi dan objektif Pusat Pengajian, Fakulti dan Universiti dari segi perancangan dan pelaksanaan program pendidikan, penyediaan sumber, kemudahan pengajaran dan kakitangan. Beberapa kerjasama secara langsung telah diwujudkan bagi memberi peluang kakitangan menjalankan penyelidikan, meningkatkan aktiviti profesionalisme, dan melaksanakan urusan pengajaran yang relevan. Pentadbir FSSK bertanggungjawab secara langsung dalam memantau hubungan dengan semua pihak berkepentingan di Pusat Pengajian, Fakulti dan universiti bagi memastikan semua tindakan adalah selaras dengan keperluan semasa negara.

Kajian jaminan kualiti kepada pihak berkepentingan (pelajar, ibubapa dan majikan) juga dilakukan untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap rekabentuk kurikulum, kandungan kurikulum, etika dan kemanusiaan,

142

pengurusan program, hubungan luar dengan pihak berkepentingan, kaedah penilaian dan, hubungkait penilaian dan pembelajaran. Secara keseluruhan, pihak berkepentingan memberi persetujuan yang amat baik terhadap program-program yang ditawarkan oleh Fakulti. Hasil kajian ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Persepsi Responden Terhadap Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian

Persepsi Responden Terhadap Kandungan Kurukulum

Persepsi Responden Terhadap Etika dan Kemanusiaan

Persepsi Responden Terhadap Pengurusan Program

143

Persepsi Responden Terhadap Hubungan Luar dengan Pihak Berkepentingan

Persepsi Responden Terhadap Kaedah Penilaian

Persepsi Responden Terhadap Hubungkait Penilaian dan Pembelajaran

Berdasarkan persepsi dan pandangan yang diberikan oleh pihak berkepentingan luar, Program akan bertindak untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dengan mengadakan mesyuarat dan bengkel bagi memantapkan lagi kurikulum yang ada. Bengkel dan mesyuarat yang telah diadakan oleh Program, Pusat Pengajian dan Fakulti

144

untuk mempertimbangkan pandangan pihak berkepentingan luar telah pun dijelaskan sebelum ini.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

7.2.3 Jelaskan bagaimana jabatan menyampaikan hasil penilaian program kepada pihak berkepentingan dan bagaimana pandangan mereka terhadap laporan berkenaan dipertimbangkan untuk pembangunan masa depan program.

Pada setiap sesi akademik, hasil penilaian Program seperti maklumat prestasi pelajar akan disampaikan kepada pihak berkepentingan. Ini dilakukan menerusi pertemuan semasa lawatan badan–badan NGO dan ahli politik ke Program, mesyuarat dengan penilai Program dari dalam mahupun luar negara, dan menerusi pertemuan dengan majikan dan bakal majikan.

Maklum balas yang diberikan oleh pihak berkepentingan daripada sesi perbincangan tersebut akan dipertimbangkan untuk tindakan selanjutnya oleh Pusat Pengajian, Fakulti dan universiti.

Pandangan pihak berkepentingan dipertimbangkan untuk pembangunan masa depan Program apabila pandangan tersebut boleh membantu: (i) Program untuk terus kekal mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negara, (ii) menjadikan graduan UKM berdaya saing di peringkat kebangsaan dan global, (iii) memastikan bakal graduan mencapai ciri kritikal yang perlu ada pada seorang siswazah, (iv) membaiki aspek teknikal Program seperti kandungan kursus, dan (v) meningkatkan kepakaran intelektual ahli Program seperti berinovasi, kreatif, mampu berkomunikasi dengan efektif, semangat kerja berkumpulan, dan berkepimpinan.

7.2.4 Jelaskan bagaimana maklum balas yang diperoleh daripada pihak berkepentingan diterima pakai dalam penyemakan program.

Maklum balas yang diperoleh daripada pihak berkepentingan, misalnya majikan dan bekas pelajar diterima pakai dalam penyemakan Program dengan cara berikut:

i. menggubal rangka kursus baru untuk dimasukkan dalam senarai kursus Program.

ii. menambahbaik kandungan kursus sedia ada.iii. menambahbaik kaedah pengajaran dengan mengutamakan

pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning).

iv. menyediakan peluang lebih luas untuk mobiliti pelajar – seperti peluang membuat latihan di luar negara atau pertukaran pelajar.

145

7.2.5 Bagaimanakah badan-badan dan persatuan-persatuan profesional dilibatkan dalam pemantauan dan penyemakan program?

Program Sains Politik tidak melibatkan badan-badan dan persatuan-persatuan profesional dalam pemantauan dan penyemakan Program. Jini kerana lulusan Sains Politik tidaklah perlu berdaftar dengan mana-amana badan profesional yang ada di negara seperti Bar Council dan MMA. Jika ada pun badan luar yang banyak berhubung dengan Program, ia adalah agensi-agensi kerajaan, parti-parti politik atau NGO. Ini kerana badan-badan ini mahu mendapatkan kepakaran Program bagi menjadi perunding, penasihat politik, penulis modul dan penceramah tentang isu-isu politik dan pentadbiran semasa kepada kakitangan mereka.

146