Bahagian A

18
MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU BAHAGIAN A

description

assgiment

Transcript of Bahagian A

Page 1: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

BAHAGIAN

A

Page 2: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

SOALAN BAHAGIAN A: KEPENTINGAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING DALAM MEMBANTU PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Mengikut Crow and Crow (1983) yang dipetika dari buku Pengurusan

Bimbingan dan kaunseling oleh Mok soon Sang (2008), bimbingan di bawah konteks

pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul

kepada murid yang berkenaan. Murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi

intelek, rohani, emosi ataupun sosial merupakan Murid yang memerlukan proses

bimbingan yang tertentu. Biasanya di sekolah terdapat dua masalah yang boleh

dikenalpasti iaitu masalah akademik dan masalah sosia-emosi. Justeru, langkah-

langkah bimbingan yang berprosedur dijalani agar dapat membantu murid yang

mengalami masalah yang berkenaan iaitu dengan memberikan nasihat dan panduan

yang sewajarnya agar murid dapat mengatasi masalah kendiri dengan bijak.

Istilah kaunseling menurut sabariah saron (2004) pula bermaksud proses

yang memberi implikasi bahawa kaunseling bukan satu peristiwa sahaja tetapi

melibatkan tindakan dan praktik yang berturutan dan bergerak ke arah matlamat

yang ditetapkan. Kaunseling juga dapat didefinisikan sebagai suatu proses

perhubungan yang dicipta dimana individu berusaha membantu individu lain untuk

memahami dan menyelesaikan masalah penyesuaian. Kaunseling telah digunakan

untuk melambangkan satu siri prosedur termasuk memberi nasihat, galakan,

maklumat dan interpretasi ujian.

Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang

yang mengalami masalah melalui perbincangan secara peribadi antara murid dan

guru. Menurut Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam

profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas.

Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri murid, minat, sikap dan matlamat

dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat.

Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang guru akan menggunakan potensi yang ada

dalam diri murid untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses

menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang

telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu,

Page 3: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi membolehkan

sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah

murid secara professional. Di sekolah, proses kaunseling ini biasanya dijalankan

oleh guru khas kaunseling di mana mereka mendapat latihan daripada mana-mana

institusi bagi mengenalpasti dan membantu murid yang menghadapi masalah.

Sebagai seorang guru, pengaplikasian kemahiran asas kaunseling perlu

dikuasai untuk Kecekapan dalam mengatasi masalah yang ingin diselesaikan oleh

murid. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika

berhadapan dengan murid yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan

psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran

membina perhubungan, kemahiran menggalakkan murid bercakap, kemahiran

membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa,

kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran

berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat

refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi,

kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,kemahiran

berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, dan lain-lain lagi.

Sebagai seorang guru eloklah kiranya dapat menguasai kemahiran asas

kaunseling bagi membantu murid menyelesaikan permasalahan yang dimiliki

semasa proses pembelajaran. Tidak semua murid memiliki kesediaan diri dalam

menerima pengajaran dan pembelajaran yang diberi, dengan memiliki pengetahuan

asas kaunseling, seorang guru dapat mengaplikasi kemahiran tersebut dan

seterusnya dapat memahami serta membantu murid keluar daripada kelompok

permasalahan yang dimilikinya.

Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah

murid, tetapi membimbing dan membantu murid membina sikap serta kemahiran

yang baik untuk mengatasi masalahnya.  Oleh itu, secara tidak langsung guru dapat

membina satu hubungan yang baik dengan muridnya. Kemahiran asas kaunseling

juga harus diaplikasi didalam bilik darjah atau semasa berlakunya proses pengajaran

dan pembelajaran. Kemahiran ini dijadikan kelebihan yang nyata kepada seorang

guru dalam menganani konflik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Berikut

merupakan kepentingan asas kaunseling dalam bilik darjah:

Page 4: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

a) Kemahiran Mendengar

Menurut Ivey dan Ivey (1999), kemahiran melayan digunakan bagi membantu

murid meluahkan cerita atau permasalahan mereka.Kemahiran mendengar

merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.

Ianya boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di mana seorang guru

dapat mengetahui masalah yang diutarakan oleh muridnya melalui ungkapan yang

dinyatakan oleh murid. Biasanya dalam kemahiran mendengar, guru perlu lebih

banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk  percakapan murid

(murid). Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh murid,

Guru perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk

mendengar semua percakapan murid tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri

murid semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa

segala tingkah laku murid itu turut memainkan peranan yang penting dalam

menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Melalui kemahiran mendengar,

guru dapat memahami dan mengetahui masalah yang di hadapi oleh murid

sekiranya murid tidak membawa buku, datang lewat, menganggu rakan yang lain,

kemurungan dan lain-lain. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru

perlu sopan. Guru harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata

apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus

berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya, apabila guru

hendak menegur murid yang bercakap semasa guru sedang mengajar,dia boleh

berkata ‘Perbualan kamu menyukarkan pengajaran saya Hamid’ dan bukan ‘Hamid,

kamu ini bising sangat’. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas dan

spesifik. Misalnya, apabila Hamid bercakap semasa cikgu sedang mengajar, dia

mengalihkan perhatian cikgu dan menyukarkan pengajaran. Sekiranya guru berkata,

‘Kamu ni kurang ajar’, kenyataan ini umum dan tidak diberitahu Hamid masalah yang

sebenarnya dan bersifat menghina.

Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik

untuk tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang

murid bertambah baik, guru boleh berkata ‘Usaha kamu telah membawa kepada

Page 5: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

kejayaan ini,tahniah!’ dibanding dengan ‘Tahniah kamu dapat markah

tinggi!’.Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam

menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang murid akan berasa dirinya

dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian kepada pandangannya.

Semasa mendengar, guru perlu sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh murid dan

memberikan respon yang wajar. Memberikan respon dengan cepat semata-mata

supaya guru boleh meneruskan kerjanya boleh menyebabkan guru terlepas pandang

perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh murid.Maka guru mesti sabar dan

memberikan respon seperti mengangguk kepala, mengerut dahi dan menjawab ‘Aha’

atau ‘Oh’, memfrasa semula apa-apa yang dikatakan oleh murid misalnya, ‘Maksud

kamu..’ atau ‘Jadi kamu sebenarnya..’. Apabila guru memberikan respon, murid

akan terdorong untuk meluahkan rasa hati kerana dia merasakan guru berminat

dengan perkara yang hendak dikatakannya. Justeru, melalui kemahiran mendengar

yang baik, murid tidak segan silu untuk menyatakan masalah yang dihadapinya.

b) Kemahiran Berempati

Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang.

Dengan adanya kemahiran berempati ini, guru dikatakan berkeupayaan untuk

memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ murid

tersebut. Empati merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk

atau dunia murid. Menurut Ee Ah Meng (2000), Empati bermaksud keupayaan

sesorang untuk berfikir dan berasa seperti orang lain. Empati juga ialah proses

membenarkan diri kaunselor mengalami proses mental dan emosi yang dialami

murid sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini. Di dalam

proses kaunseling, komponen ini penting bagi memudahkan kaunselor membantu

murid menyelesaikan permasalahannya.

Dengan ini, murid akan merasakan bahawa guru itu memang seorang

pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya

kerana guru berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi

seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai

Page 6: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

kemahiran ini terlebih dahulu, guru perlu berupaya untuk membezakan antara emosi

dan sikap.

Sekiranya diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biasanya

guru memberi kesedaran dan penegasan dalam memahami rakan-rakan sekelas

yang lain dimana guru sebagai penyampai dan penegur kepada perlakuan yang baik,

seperti sekiranya terdapat murid yang tertinggal pensil, guru harus memberitahu dan

menyatakan kepada murid lain agar berempati supaya dapat membantu

meminjamkannya pensil. Guru juga harus menyatakan akibat sekiranya murid tadi

tidak dapat dipinjamkan, murid tadi tidak akan dapat menulis seperti mana murid lain.

Hal ini dapat memberikan murid lain kemahiran berfikir dengan mendalam akibat

berada pada tempat murid tadi.

Sebagai seorang guru atau guru bimbingan yang baik, perlulah menunjukkan

sikap empati yang sepatutnya ditunjukkan dan guru juga boleh membawa

pengalaman perasaan muridnya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi

memahami muridnya. ringkasnya, memahami diri murid memerlukan satu penilitian

yang mendalam.

           

c)    Kemahiran Refleksi Isi

Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh guru mengenai idea yang

disampaikan oleh murid. Idea ini dinyatakan semula oleh guru dengan menggunakan

perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Contoh sekiranya murid mengalami

masalah Akademik, sebagai seorang guru perlulah mendengar segala isi yang telah

disampaikan oleh murid dengan teliti kerana dengan refleksi isi yang tepat

membolehkan murid berasa bahawa dia didengari dengan betul dan difahami. Akan

tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh guru tersebut. Contohnya jangan

Page 7: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang

sama berulang-ulang kali kerana murid akan berasa bosan.

c) Kemahiran Interpretasi

Kemahiran Interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh guru

untuk memberikan maklum balas atau “feedback” kepada murid supaya murid

berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi

digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej

murid. Oleh yang demikian, guru perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih

dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan

betul. Ini adalah kerana sekiranya guru membuat interpretasi yang salah, ia boleh

menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu.

Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan

memberi fokus ke atas masalah murid.

Sekiranya ada murid di dalam kelas gemar membuat kerja lain seperti

bermain-main, menganggu rakan-rakannya dan membuat bising, tidak membuat

tugasan yang diberikan oleh guru dan suka ke kafe cyber menghabiskan masa

dengan melayari laman sosial “facebook” guru tidak boleh terus membuat tafsiran

yang negatif sebaliknya berusaha untuk mengetahui punca berlakunya masalah ini.

Guru juga perlu menggunakan kemahiran ini untuk menghuraikan kepada murid

tentang apa yang telah diceritakan oleh murid dengan melihat peristiwa yang berlaku

dari perspektif yang berlainan. Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, guru akan

menambah kenyataan yang dibuat oleh murid, terutamanya setelah guru dapat

memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana

murid sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja atau tidak

sengaja.Apabila murid memberikan maklumat kepada guru mengenai masalah

murid, tafsiran daripada guru boleh menimbulkan celik akal murid.

d) Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Guru perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling

berjalan. Guru perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan murid

Page 8: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan

satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada guru dan murid untuk

memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.Selain itu, ia juga

memberikan peluang kepada murid yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi

berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali

sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah

fikirannya.

Seperti masalah disiplin yang oleh sesetengah murid seperti ponteng sekolah

dan bertindak kasar terhadap guru, guru tidak boleh terlalu terburu-buru untuk

bertanya soalan atau  terburu-buru ingin mengetahui sebab berlakunya masalah

kerana pada waktu ini kemahiran kesenyapan digunakan sebagai alternatif untuk

mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada murid tersebut. Dikhuatiri jika

guru terburu-buru akan menyebabkan ketenangan emosi murid terganggu. Guru juga

perlu menghadapi sebarang keadaan dengan tenang dan jangan panik. Ini adalah

penting untuk mengekalkan keyakinan murid terhadap guru.

Di samping itu, memberi peluang kepada guru untuk mendengar apa yang

dikatakan oleh murid dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri murid

dengan lebih teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan muridnya

dengan lebih baik serta lain-lain lagi. Walaupun begitu, guru haruslah mengelakkan

kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita

yang diperbincangkan tadi.

Page 9: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

SOALAN BAHAGIAN B: LAPORAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN

ASAS KAUNSELING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

Laporan Pengintegrasian Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 6 Harmoni

Tarikh : 03 Mac 2015

Hari : Selasa

Masa : 12.40 Tengahari Hingga 1.40 Tengahari

Tempat : Kelas Tahun 6 Harmoni

Pada tarikh 3 mac 2015 iaitu pada hari Selasa, guru telah mengajar subjek

Pendidikan Moral tahun 6 Harmoni dimana murid terdiri daripada 14 orang dan

dalam pelbagai keupayaan. Dalam mengintegrasikan kemahiran kaunseling dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya terdedah dengan penguasaan sedia

ada kemahiran asas kaunseling dalam menentukan kelicinan dan kelancaran proses

Pengajaran dan Pembelajarannya. Semasa pengajaran perancangan pengajaran

Pendidikan Moral, kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi

perangsang kepada murid supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor

mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan

menunjukkan kemesraan kepada murid.

Pada sesi permulaan pengajaran guru hendaklah menjalinkan hubungan yang

mesra supaya dapat meneruskan lagi proses perhubungan yang positif agar murid

berasa selesa untuk memberikan sebab alasan terhadap permasalahan yang di

hadapi. Di samping itu, set induksi yang dilaksanakan haruslah mampu menarik

minat murid dalam mewujudkan suasana yang gembira dan menjadikan murid

semakin minat untuk menjalankan sesi pembelajaran. Dalam tajuk Kebersihan

Page 10: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

Kearah Kesejahteraan Bersama, murid dikehendaki melihat tayangan Video

berkenaan dengan Alam sekitarku, dulu dan kini. Guru menggunakan teknik

perbincangan dalam kumpulan bagi membincangkan pendapat yang tersurat dan

tersirat, kemudian guru juga menggunakan teknik sumbangsaran bagi menjana idea

murid dalam membuat kesimpulan mengenai klip video yang di tonton. Guru

merangsang murid melalui soalan yang guru ajukan dan nilai murni yang perlu

disenaraikan murid, aplikasi melalui bimbingan serta sedikit rumusan nilai. Menurut

McAhsan (1981:45), sebagaimana dikutip oleh Mulyasa (2003:38) mengemukakan

bahwa kaunselor perlu membimbing murid ke arah pembentukan sikap

bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Hal ini bermakna, guru perlu

membimbing sikap dan sifat postif murid kerana murid bertanggungjawab

mempamerkan sikap yang perlu ditunjukkan dan diamalkan sepanjang masa.

Ekspresi muka turut dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak

disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk mempamerkan ekspresi muka

atau wajah yang dapat menyakinkan murid. Wajah atau mimik muka adalah hasil

kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka, hidung dan

riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang pertama

ditekankan ialah, Pembentukan suasana yang kondusif. Pembentukan suasana yang

kondusif merujuk kepada keselesaan bagi guru atau murid. Keselesaan ini

dikhususkan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan

perabut, susun atur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang murid dari

melihat guru.

Kedua, Pembentukan suasana yang teraputik. Bagi pembentukan suasana

yang teraputik pula, suasana yang kondusif, suasana yang aman dan tenang tanpa

ganguan haruslah dicapai terlebih dahulu barulah suasana teraputik akan wujud

dengan sendirinya, suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan,

penghayatan perasaan dan penglahiran idea tanpa rasa terancam, suasana ini

adalah suasana yang teraputik. Berdasarkan daripada ini, guru boleh menjalankan

aktiviti pdp di luar kelas. Suasana yang tenang dan dekat dengan hutan menjadikan

pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk Alam Sekitar mampu membuatkan murid

lebih menghayati dan mendalami istilah tersebut.

Page 11: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

Pada langkah pertama pengajaran, iaitu penerangan tentang alam sekitar.

Murid diminta untuk mengeluarkan buku teks Pendidikan Moral Tahun 6 m/s 98 dan

99. Murid dikehendaki membaca dengan jelas menggunakan nada dan intonasi yang

betul mengikut watak yang telah diberikan. Guru turut membimbing murid dengan

memperbetulkan ejaan murid ketika membaca untuk tujuan penilaian. Guru

menggunakan kemahiran mendengar bagi membuat penelitian penilaian ,menurut

Rogers (1951) dalam buku Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling oleh Mok Soon

Sang (2008) mengatakan “tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa

kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Mengikut Amir Awang 1981,

mendengar dalam konteks kaunseling adalah proses yang aktif bagi bertindakbalas

pada mesej secara menyeluruh. Hubungan menolong yang baik adalah guru

membantu interaksi muridnya sehingga menjadi berkesan melalui pendengarannya

yang teliti dan rapi. Dalam menggunakan kemahiran mendengar, guru lebih banyak

mendengar daripada berucap atau memberi respons terutamanya memberi peluang

kepada murid untuk berfikir dan mengeluarkan kefahaman dan bakat yang

terpendam melalui pembacaan secara mekanis dengan nada dan intonasi yang

betul.

Guru juga menggunakan teknik perbincangan dan kolaborasi dalam kumpulan

iaitu murid akan berbincang untuk menggunakan nada dan intonasi yang betul. Pada

langkah pengajaran ini, guru menggunakan kemahiran kesenyapan, dimana guru

memberi peluang kepada murid untuk berfikir. Penghentian sementara boleh

digunakan dalam pelbagai erti. Kemahiran ini memberi peluang kepada murid untuk

mengadakan penerokaan diri, mencari idea dan perasaan semasa melaksanakan

aktiviti. Dalam kemahiran ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk

menjana idea dan menghubungkaitkan pengalaman sedia ada ke dalam aktiviti yang

diberikan.

Selain daripada kemahiran mendengar, Kemahiran memberi tumpuan juga

digunakan pada langkah kedua. Murid dikehendaki untuk membuat perbincangan

hasil penerangan yang diberikan oleh guru iaitu Jenis-jenis pencemaran alam

sekitar . Melalui penerangan berkenaan guru mengemukakan soalan berkenaan

dengan Apakah sebab berlakunya pencemaran alam sekitar, teknik

perbincangan secara koperatif digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di

Page 12: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

dalam kumpulan untuk murid mengutarakan dan bertukar-tukar pandangan sesama

murid. Hasil perbincangan tersebut akan dirumuskan sendiri oleh guru bagi membuat

refleksi terhadap permasalahan yang berlaku.

Pada langkah yang ketiga, guru membuat penerangan tentang cara

mengatasi pencemaran alam sekitar. Dalam langkah ini, guru menggunakan

kemahiran interpretasi iaitu membuat tafsiran atau penjelasan tentang makna,

tujuan, dan implikasi sesuatu. Melalui interpretasi, guru menyemak persepsinya dan

meminta pengesahan dari murid. Interperstasi juga perlu menjauhi dari bersifat

penilaian. Guru yang mahir akan membuat pernyataan interpretasinya secara tentatif

atau kemungkinan sahaja. Interperasti juga boleh dinyatakan sebagai satu bentuk

hipotesis atau gerak hati (haunch) guru. Guru kemudiannya membuat interpretasinya

tersendiri. Melalui kemahiran ini, guru membina fakta berdasarkan permasalahan

yang berlaku pada hari ini berkenaan dengan alam sekitar sekiranya tiada usaha-

usaha untuk membendung, apakah yang akan terjadi?.

Pada langkah keempat, Murid dibahagikan kepada 3-4 orang dalam satu

kumpulan dan turut diedar sebuah sampul surat yang mengandungi puzzle untuk

murid mencantumkan sehingga menjadi sebuah gambar. Gambar tersebut

merupakan salah satu jenis pencemaran Alam sekitar. Berdasarkan daripada

gambar jenis pencemaran Alam sekitar yang mewakili setiap kumpulan, murid-murid

haruslah melakonkan cara mengatasi masalah tersebut. Untuk mencapai perubahan

diri, murid dirangsang untuk melalui zon kurang selesa iaitu dengan membuat

lakonan. Guru ‘mencabar’ murid secara berhemah dan terus terang bagi

membolehkan murid bertindakbalas secara tidak defensif. Melalui cabaran kesan

lakonan yang dilakukan kepada kumpulan yang lain akan menggalakkan murid

melihat percanggahan atau ketidakselarasan dirinya dalam keadaan yang selamat

dan tidak terancam. Pada masa yang sama, guru memodelkan kepada murid

bagaimana untuk ‘mencabar’ orang lain secara asertif, berjaga-jaga dan penuh

hormat. Ini adalah disebabkan penilaian yang dilakukan oleh murid yang lain

terhadap keberkesanan lakonan yang ditonjolkan oleh murid dalam sebuah

kumpulan akan menyebabkan murid yang lain juga ingin menunjukkan bakat yang

ada sekaligus melahirkan daya persaingan yang sihat diantara kumpulan dengan

kumpulan yang lain.

Page 13: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

Akhir sekali di bahagian penutup pula, guru menggunakan kemahiran

penyoalan. Guru akan menggunakan soalan untuk meransang secara aktif pemikiran

dan tindakan murid. Pada bahagian ini, guru menyoal tentang keseluruhan isi

pelajaran yang telah dipelajari seperti. :

“Apakah yang telah murid pelajari pada hari ini?”

“Apakah yang berlaku sekiranya pencemaran alam sekitar semakin

meningkat“

“apakah langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengelakkan

daripada berlakunya pencemaran alam sekitar”

Kemahiran menyoal digunakan guru adalah untuk mengukuhkan lagi

pengetahuan murid disamping membantu murid untuk mengingat kembali isi

pelajaran yang telah mereka pelajari dan juga bagi mencapai objektif pembelajaran.

kesimpulannya, kemahiran asas kaunseling yang telah dijalankan dapat

membantu guru dalam menangani dan berhadapan dengan sebarang masalah

tingkahlaku murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Selepas pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan kemahiran asas kaunseling, guru

mendapati objektif pengajaran dapat disampaikan dengan lebih mudah dan dapat

diselitkan dengan unsur penyelesaian masalah akademik dan peribadi murid

disamping turut memasukkan elemen merentas kurikulum yang membantu

meningkatkan sahsiah murid.

Page 14: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

RUJUKAN

Page 15: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

RUJUKAN

Ee Ah Meng. (2000). Bimbingan Dan Kaunseling 2. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Kamaruzzaman Bin Jalaluddin. (2010). Unsur-Unsur Kaunseling Terdapat Dalam

Proses kelompok Berstuktur Dan Peranan Kaunselor Dalam Amalannya.

Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Lee Keong Cheong et al. (2014). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor:

Okford Fajar Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Bimbingan & kaunseling. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.

Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication

& Distribution Sdn Bhd.

Zainal Abidin et. al. (2006). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Open

University Malaysia (OUM).

Zuraidah Abdul Rahman.(1997). Menterjemahkan buku Robert B. Myrick, Bimbingan

& Kaunseling Perkembangan Pendekatan yang kritis.Selangor: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Page 16: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

LAMPIRAN A

(RPH)

Page 17: Bahagian A

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

LAMPIRAN B

(BUKTI

RUJUKAN)