Bahagian A

2
BAHAGIAN A : Analisiskan secara kritis mengenai maksud dan kepentingan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah sehingga tertubuhnya Daulah Islamiyah di Jazirah Arab dan huraikan hujah-hujah anda terhadap pandangan para Orientalis Barat mengenai tanggapan negatif mereka terhadap peristiwa tersebut. MAKSUD HIJRAH Hijrah merupakan suatu perkara penting yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat Islam. Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun dalam konteks Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan agama Islam. Peristiwa hijrah orang Islam dari kota Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat- peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya iaitu bersama Abu Bakar Al-Siddiq selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-Yahajiru-Uhjur” bermakna tinggalkan atau menjahuinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Perkara ini menjelaskan bahawa, orang Arab jahiliah hendaklah meninggalkan amalan menyembah berhala. Bagaimanapun dalam pengertian yang luas, umat islam hendaklah menjauhi segala perkara yang membawa kepada dosa seperti mengagung-agungkan harta, nama dan pangkat, membuat publisiti untuk diri sendiri, membunuh anak prempuan, kemewahan dunia (yang melupakan Allah) dan sebagainya.

description

nota

Transcript of Bahagian A

Page 1: Bahagian A

BAHAGIAN A : Analisiskan secara kritis mengenai maksud dan kepentingan peristiwa hijrah

Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah sehingga tertubuhnya Daulah Islamiyah di

Jazirah Arab dan huraikan hujah-hujah anda terhadap pandangan para Orientalis Barat

mengenai tanggapan negatif mereka terhadap peristiwa tersebut.

MAKSUD HIJRAH

Hijrah merupakan suatu perkara penting yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh

umat Islam. Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya,

perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun dalam konteks Islam,

hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk

memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan agama

Islam. Peristiwa hijrah orang Islam dari kota Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal

bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan

berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya iaitu

bersama Abu Bakar Al-Siddiq selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda

dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah memakan masa selama lebih kurang 12 hari.

Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-Yahajiru-Uhjur” bermakna tinggalkan atau

menjahuinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Perkara ini menjelaskan

bahawa, orang Arab jahiliah hendaklah meninggalkan amalan menyembah berhala.

Bagaimanapun dalam pengertian yang luas, umat islam hendaklah menjauhi segala perkara

yang membawa kepada dosa seperti mengagung-agungkan harta, nama dan pangkat,

membuat publisiti untuk diri sendiri, membunuh anak prempuan, kemewahan dunia (yang

melupakan Allah) dan sebagainya.

Dari segi istilah Zulkarnain Yunus dan Mohd Salam Kamil (2006) menyatakan bahawa

hijrah bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang

lebih baik. Hijrah juga bermaksud perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dari

Makkah ke Madinah untuk menyebarkan agama Islam (Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam

Kamil, 2006). Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam iaitu

perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah

juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku

dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku (Muhd

Bukhari Lubis, 1981).

Page 2: Bahagian A

Secara umumnya, hijrah merupakan suatu perjuangan hidup yang harus dilakukan oleh

setiap umat Islam untuk mempertahankan jati diri secara individual ataupun kelompok. Dalam

konteks luas, hijrah merupakan keupayaan untuk melakukan perubahan dan peningkatan

dalam sesuatu perkara.