Bahagian A

9
1 BAHAGIAN A Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR), terdapat pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang boleh diguna pakai. Pendekatan yang sesuai ialah pendekatan Objektivisme, Konstruktivisme, Kontekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek. Banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan bersesuaian dengan strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Bagi strategi pemusatan murid, kaedah dan teknik seperti lawatan, perbincangan, simulasi, projek, koperatif, permainan dan pembelajaran masteri. Tambahan lagi, bagi strategi pemusatan guru pula, kaedah dan teknik demonstrasi atau tunjuk cara, syarahan atau kuliah serta bercerita sesuai digunakan. Akhir sekali, bagi strategi pemusatan bahan, guru boleh menggunakan Bahan/ Alat Bantu Mengajar bagi menyumbang kepada pencapaian objektif pelajaran. Melalui Bahan Bantu Mengajar ini, murid dapat memahami konsep dan fakta, menguasai kemahiran dan memupuk interaksi sosial yang baik. Bahan yang boleh digunakan ialah seperti slaid, modul, carta, perisian kursus pembelajaran, laman web dan peralatan.

description

Kerja Kursus RBT

Transcript of Bahagian A

Page 1: Bahagian A

1

BAHAGIAN A

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

(KHSR), terdapat pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang boleh diguna

pakai. Pendekatan yang sesuai ialah pendekatan Objektivisme, Konstruktivisme,

Kontekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek. Banyak kaedah dan teknik yang boleh

digunakan bersesuaian dengan strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan

bahan.

Bagi strategi pemusatan murid, kaedah dan teknik seperti lawatan, perbincangan,

simulasi, projek, koperatif, permainan dan pembelajaran masteri. Tambahan lagi, bagi

strategi pemusatan guru pula, kaedah dan teknik demonstrasi atau tunjuk cara, syarahan

atau kuliah serta bercerita sesuai digunakan. Akhir sekali, bagi strategi pemusatan bahan,

guru boleh menggunakan Bahan/ Alat Bantu Mengajar bagi menyumbang kepada

pencapaian objektif pelajaran. Melalui Bahan Bantu Mengajar ini, murid dapat memahami

konsep dan fakta, menguasai kemahiran dan memupuk interaksi sosial yang baik. Bahan

yang boleh digunakan ialah seperti slaid, modul, carta, perisian kursus pembelajaran, laman

web dan peralatan.

Rajah 1: Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Murid

lawatan projeksimulasikoperatifpermainanpembelajaran masteriperbincangan

Kaedah dan Teknik bagi Strategi

Pemusatan Murid

Page 2: Bahagian A

2

Rajah 2: Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Guru

Rajah 3: Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Bahan

Kaedah dan Teknik bagi

Strategi Pemusatan

Guru

Demonstrasi/ Tunjuk Ajar

BerceritaSyarahan/ Kuliah

Kaedah dan Teknik bagi

Strategi Pemusatan Bahanslaid

carta

modul

laman web

peralatan/ bahan

perisian kursus pembelajaran

slaid

Page 3: Bahagian A

3

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, saya mendapati terdapat lima kaedah atau

teknik yang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah/ Rekabentuk dan Teknologi. Antaranya ialah kaedah dan teknik projek,

koperatif, simulasi, demonstrasi dan menggunakan bahan.

Simulasi (Modul Reka Bentuk dan Teknologi, 2012) merupakan satu situasi yang

diwujudkan menyerupai keadaan sebenar. Kaedah ini mengkehendaki murid-murid

melakukan sesuatu perkara secara olok-olok dalam satu keadaan yang teratur. Simulasi

boleh digunakan untuk menguasai kemahiran membina pemikiran kritis dan dapat

mengaitkan simulasi tersebut dengan isi pelajaran supaya lebih mudah difahami serta aktiviti

PdP akan lebih efektif. Misalnya dalam tajuk 1 Tahun 4 iaitu Organisasi dan Keselamatan

Bengkel, teknik simulasi bagi strategi pemusatan murid boleh digunakan. Setelah murid

dapat menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan carta yang diterangkan oleh

guru, mereka diberikan soalan berbentuk masalah untuk diselesaikan dalam masa 15 minit.

Dalam aktiviti ini, mereka dikehendaki untuk memainkan peranan sebagai formen,

penolong formen dan ahli kumpulan mengikut jadual tugas. Situasi yang diberikan berkaitan

dengan bengkel yang semak setelah aktiviti projek kayu dan semua pelajar dikehendaki

untuk mengemas bengkel sebelum meninggalkannya. Oleh itu, mereka perlu melantik

formen dan ketua formen dan membahagikan pelajar lain mengikut kumpulan. Setiap

kumpulan mempunyai tugasan masing-masing seperti kumpulan A perlu menyapu lantai dan

membuang sampah dan kumpulan B perlu mengelap dan menyusun meja.

Secara tidak langsung, objektif pembelajaran iaitu menyediakan jadual tugas

berdasarkan berpandukan struktur organisasi bengkel disediakan sendiri oleh pelajar.

Apabila sesi simulasi sedang berjalan, guru berperanan sebagai pemerhati. Setelah itu,

perbincangan antara guru dan murid diadakan di peringkat akhir untuk mencapai satu

rumusan. Tambahan lagi, tujuan simulasi digunakan ialah untuk membawa situasi sebenar

ke dalam bilik darjah dan supaya murid dapat menguasai kemahiran seperti kemahiran

komunikasi dalam kumpulan. Bertepatan kata pujangga Kung Fu Tze, “Saya dengar- saya

lupa, saya lihat – saya ingat,saya buat– saya faham”.

Selain itu, kaedah dan teknik yang kedua ialah projek. Kaedah projek (Modul Reka

Bentuk dan Teknologi, 2012) adalah suatu kaedah yang mana murid-murid melakukan

kegiatan dalam keadaan sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil. Murid-murid belajar

melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Bagi tajuk 3 Tahun 4 iaitu reka bentuk,

kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan.

Pada awal PdP, guru perlu memastikan segala bahan dan peralatan yang diperlukan

disediakan atau mudah untuk diperoleh oleh murid-murid seperti gergaji, tukul dan paku.

Page 4: Bahagian A

4

Semasa projek dijalankan, guru hendaklah membimbing murid-murid dalam memilih dan

melaksanakan projek mereka. Setelah projek telah siap, murid dan guru diberi peluang

untuk menilai hasil projek mereka. Kaedah ini melibatkan domain afektif, kognitif dan

psikomotor. Di samping murid dapat belajar melalui pengalaman, mereka dapat

mengembangkan sikap tanggungjawab, nilai kepimpinan dan inisiatif. Contohnya, setelah

murid menggunakan gergaji kayu, dia akan mengembalikan alatan tersebut pada tempat

asalnya kerana memahami jika dibiarkan merata-rata, kemalangan mungkin akan berlaku.

Melalui kaedah ini, murid bukan sahaja dapat melibatkan diri secara langsung dengan PdP,

bahkan menambahkan minat dan motivasi mereka.

Kemudian, bagi kaedah seterusnya yang sesuai digunakan dalam PdP KHSR ialah

koperatif. Pembelajaran koperatif (Modul Reka Bentuk dan Teknologi, 2012) ialah murid

belajar secara kerjasama, biasanya dalam bilik darjah. Murid berinteraksi dan saling bantu-

membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi

cemerlang. Kaedah ini sesuai dengan tajuk 5 Tahun 6 iaitu teknologi pertanian. Pada awal

PdP guru menyampaikan pelajaran baru iaitu tentang hidroponik diikuti dengan murid

membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif pelajaran yang disampaikan

oleh guru. Guru boleh membuat pertandingan hasil yang terbanyak antara kumpulan bagi

menggalakkan lagi kerjasama antara ahli kumpulan. Dengan ini, murid akan melibatkan diri

secara kolaboratif dan aktif dalam pembelajaran kumpulan serta mereka dapat dilatih

dengan akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi bahkan menerima pendapat masing-

masing. Dalam situasi ini, mereka akan bersungguh-sungguh menjaga tanaman bagi

menuaikan hasil yang banyak. Secara tidak langsung, murid-murid dapat memupuk

semangat kebergantungan positif dalam diri mereka.

Seterusnya kaedah PdP menggunakan peralatan dan bahan berdasarkan strategi

berpusatkan bahan. Bahan pelajaran (Modul Reka Bentuk dan Teknologi, 2012) yang

digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua

kategori utama, bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah alat

bantu mengajar untuk digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan pembelajaran pula

seperti buku teks dan alatan yang digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti

pembelajaran.

Dalam tajuk 2 Tahun 5 iaitu asas teknologi, alatan tangan di dalam bengkel dijadikan

sebagai bahan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran murid boleh menyatakan

nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model,

murid haruslah diberi peluang untuk mengenali fungsi alatan serta kaedah penggunaan

bahan tersebut secara praktikal semasa PdP berlangsung. Misalnya, ketika aktiviti

Page 5: Bahagian A

5

memasang komponen kit model, murid harus menggunakan alatan tangan untuk

menyiapkan projek mereka. Tambahan lagi, memasang komponen kit model memerlukan

kemahiran menggunakan alatan tangan.

Seandainya PdP berkenaan tajuk ini diajarkan oleh guru secara teori, maka murid

sukar untuk memahami nama alatan serta fungsinya dalam melaksanakan tugasan

memasang dan membuka kit model. Komponen-komponen penting di dalam kit model

adalah termasuk gear, gandar, tali sawat dan lain-lain. Murid mestilah memasang

komponen-komponen tersebut menggunakan alatan tangan seperti playar muncung tirus

dan screwdriver. Kemudian, setelah berjaya memasang semua komponen, mereka

dikehendaki untuk membuka semula kit model menggunakan bahan atau alatan yang

bersesuaian dengan PdP. Dengan ini, murid dapat belajar bukan sahaja secara teori malah

secara praktikal juga.

Seterusnya, kaedah dan teknik yang terakhir ialah demonstrasi atau tunjuk cara.

Tunjuk cara atau demonstrasi (Modul Reka Bentuk dan Teknologi, 2012) merupakan suatu

kaedah pengajaran di mana seseorang guru menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan,

prooses atau cara di hadapan murid-murid. Bagi menggunakan teknik ini, tujuan

demonstrasi dan hasil-hasil yang diharapkan perlulah dijelaskan kepada pelajar. Selain itu,

pelajar-pelajar hendaklah dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya pelajar dapat

mendengar dan melihat dengan jelas. Seandainya terdapat kekeliruan dalam kalangan

pelajar, demonstrasi haruslah diulang.

Bagi tajuk 5 Tahun 5 iaitu teknologi pertanian, guru dicadangkan menggunakan

teknik demonstrasi supaya memudahkan murid-murid untuk mendapat gambaran aktiviti

yang mereka akan lakukan. Pada awal demonstrasi, guru hendaklah memilih biji benih yang

sesuai untuk ditanam. Penerangan ini boleh dibuat melalui bahan bantu mengajar seperti

Prezi dan Pow Toon. Kemudian, guru memperkenalkan alatan tangan pertanian dan

fungsinya kepada murid-murid. Setelah guru menunjukkan kaedah penyediaan medium

tanah yang sesuai, tanah tersebut diisikan ke dalam bekas semaian dan biji benih disemai.

Setelah itu, murid-murid akan menyemai biji benih mengikut kumpulan masing-masing

dengan mudah berpandukan prosedur yang dibekalkan oleh guru.

Menurut Modul Reka Bentuk dan Teknologi (2012), kaedah demonstrasi amat

berkesan dalam pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Tambahan lagi, tunjuk

cara amat berkesan dalam mata pelajaran teknikal di mana guru dapat menunjukkan

langkah-langkah yang sistematik terutamanya dalam menghasilkan sesuatu. Hal ini

disokong oleh beberapa kebaikan yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah kaedah ini

melibatkan pelbagai deria iaitu murid-murid dapat melihat, mendengar dan merasa apa yang

Page 6: Bahagian A

6

ditunjukkan oleh guru, dapat mengekalkan tumpuan murid-murid serta kaedah ini

memudahkan murid-murid untuk memahami perkara yang hendak disampaikan oleh guru.

Rajah 4: Kaedah Dan Teknik Yang Sesuai Di Aplikasikan Dalam PdP KH/ RBT

Rajah 4 menunujukkan kaedah dan teknik yang sesuai diaplikasikan dalam PdP KH/

RBT seperti yang telah saya jelaskan di atas. Walaubagaimanapun, murid yang berjaya

dalam pembelajaran didorong oleh guru yang berjaya mengaplikasikan pelbagai

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Oleh itu

pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk

menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) / Rekabentuk

dan Teknologi yang lengkap dan berkesan. Kemahiran pengurusan bengkel serta pemilihan

bahan bantu mengajar juga turut membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan.

Kaedah dan Teknik Yang

sesuai di aplikasikan

dalam PdP KH/ RBT

projek

demonstrasi

simulasikoperatif

penggunaan bahan