Bahagian A EMM

3
BAHAGIAN A Baca artikel yang bertajuk “Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu ”, oleh Profesor Datin Juriah Long. a) Nyatakan tujuan dan rasional kajian. b) Jelaskan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada artikel. Berikan pendapat anda tentang hasil dapatan kajian penulis. c) Berikan implikasi dapatan kajian dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. 1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN Artikel bertajuk “Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu” yang ditulis oleh Profesor Datin Juriah Long. Setiap artikel yang ditulis pasti ada tujuan dan rasionalnya. Begitulah juga dengan artikel ini bertujuan untuk mengetahui asas teoritis dan konsep-konsep asas pengajaran berkesan yang boleh dijadikan prinsip serta panduan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini membincangkan lebih mendalam yang tertumpu kepada aliran teori huraian dan pembelajaran bahasa serta implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuklah konsep-konsep asas, matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan amalan pengajaran berkesan. Penulis telah membuat kajian tentang penulisan hasil kajian sarjana tempatan terdahulu membuktikan

description

Amalan Berkesan Pengajaran dan Pembelajaran BM

Transcript of Bahagian A EMM

BAHAGIAN A

Baca artikel yang bertajuk Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu , oleh Profesor Datin Juriah Long.a) Nyatakan tujuan dan rasional kajian.b) Jelaskan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada artikel. Berikan pendapat anda tentang hasil dapatan kajian penulis.

c) Berikan implikasi dapatan kajian dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.

1.0 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIANArtikel bertajuk Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu yang ditulis oleh Profesor Datin Juriah Long. Setiap artikel yang ditulis pasti ada tujuan dan rasionalnya. Begitulah juga dengan artikel ini bertujuan untuk mengetahui asas teoritis dan konsep-konsep asas pengajaran berkesan yang boleh dijadikan prinsip serta panduan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini membincangkan lebih mendalam yang tertumpu kepada aliran teori huraian dan pembelajaran bahasa serta implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuklah konsep-konsep asas, matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan amalan pengajaran berkesan. Penulis telah membuat kajian tentang penulisan hasil kajian sarjana tempatan terdahulu membuktikan terdapat beberapa amalan berkesan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian ini membincangkan antara pendekatan-pendekatan yang dapat dipraktikan di dalam bilik darjah iaitu pendekatan komunikatif di mana guru memainkan peranan penting ke arah pelaksanaan pelbagai aktiviti untuk membentuk murid dalam kumpulan komunikasi yang aktif dan responsif. Menurut Hymes 1971, di dalam buku Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu oleh TuanJah Tuan Yusof PHD dan Faridah Nazir PhD, kaedah komunikatif terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif. Hal ini demikian kerana kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu,kaedah ini menitik beratkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Dalam proses melaksanakan aktiviti, guru boleh memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid. Situasi yang pelbagai dan boleh diberikan kepada murid supaya murid dapat berkomunikasi menggunakan bahas amengikut konteks yang sesuai.Selain itu, strategi pembelajaran koperatif STAD merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif. Murid digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara berkumpulan. Murid-murid juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Secara tidak langsung, murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2.0 PENDAPAT TENTANG HASIL DAPATAN KAJIAN PENULIS.