BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan...

11
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123 2 BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN 1. Pilih takrifan PALING TEPAT mengenai tamadun Islam. A. Kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman B. Kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya C. Pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan D. Kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam 2. Istilah tamadun mula diperkenalkan oleh ___________ A. Jurji Zaidan B. Ibn Khaldun C. Syed Mohd Naquib D. Muhammad Farid Wajdi 3. Mengapakah Ibn Khaldun dianggap sebagai bapa ilmu ketamadunan? A. Seorang sarjana paling tersohor di zamannya B. Banyak menghasilkan karya tentang ilmu ketamadunan C. Pengajian ilmu ketamadunan tidak lagi wujud pada zaman sebelumnya D. Merupakan sarjana pertama membicarakan secara ilmiah persoalan tamadun 4. "Ketundukan dan kepatuhan kepada Allah adalah dalam lingkungan menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya" Pernyataan adalah berkaitan dengan pandangan semesta tamadun Islam yang menepati konsep _____________ A. Keimanan B. Keikhlasan C. Kekuasaan D. Kemanusiaan

Transcript of BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan...

Page 1: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

2

BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN

1. Pilih takrifan PALING TEPAT mengenai tamadun Islam.

A. Kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman

B. Kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya

C. Pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan

D. Kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam

2. Istilah tamadun mula diperkenalkan oleh ___________

A. Jurji Zaidan

B. Ibn Khaldun

C. Syed Mohd Naquib

D. Muhammad Farid Wajdi

3. Mengapakah Ibn Khaldun dianggap sebagai bapa ilmu ketamadunan?

A. Seorang sarjana paling tersohor di zamannya

B. Banyak menghasilkan karya tentang ilmu ketamadunan

C. Pengajian ilmu ketamadunan tidak lagi wujud pada zaman sebelumnya

D. Merupakan sarjana pertama membicarakan secara ilmiah persoalan tamadun

4. "Ketundukan dan kepatuhan kepada Allah adalah dalam lingkungan menurut segala

perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya"

Pernyataan adalah berkaitan dengan pandangan semesta tamadun Islam yang menepati konsep _____________ A. Keimanan

B. Keikhlasan

C. Kekuasaan

D. Kemanusiaan

Page 2: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

3

5. Nabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan

tamadun Islam di Mekah pada peringkat awal perutusan baginda sebagai Rasulullah

s.a.w. Apakah antara kejayaan baginda Rasulullah s.a.w?

I. Membentuk akhlak

II. Membebaskan hamba

III. Meningkat ekonomi perdagangan

IV. Merubah kepercayaan dan akidah

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

6. Apakah peranan UTAMA manusia menurut Islam?

A. Membina tamadun B. Menguasai alam dunia C. Beribadat kepada Allah swt D. Membentuk kesejahteraan dalam kalangan manusia

7. Al-Quran merupakan sumber utama tamadun Islam, manakah berikut berkaitan dengan Al-Quran? I. Mengandungi prinsip-prinsip asas ajaran Islam dan ilmu pengetahuan II. Wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril III. Menolak sebarang bentuk penggunaan akal yang waras dalam memajukan

tamadun IV. Kandungannya meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi

ramuan kepada pembinaan tamadun A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

8. Manakah antara berikut kerajaan Islam terakhir sebelum kejatuhan tamadun Islam?

A. Ayubiyyah B. Abbasiyyah C. Ummaiyyah D. Uthmaniyyah

Page 3: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

4

9. Jihad adalah penting bagi umat Islam kerana ____________.

I. dapat menegakkan keadilan II. memelihara keselamatan dan keharmonian III. menjadikan umat Islam yang mampu bersaing IV. mengangkat kedudukan bangsa agar digeruni

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

10. Masyarakat Melayu sudah bertapak di Asia Tenggara sejak __________

tahun dahulu.

A. 2,000

B. 3,000

C. 5,000

D. 6,000

11. Manakah antara berikut empayar kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam di Alam Melayu? I. Funan II. Melaka III. Srivijaya IV. Majapahit

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

12. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan sebagai ___________.

I. beragama Islam II. mewarisi tradisi Melayu III. lazimnya berbahasa Melayu IV. mengamalkan adat istiadat Melayu

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Page 4: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

5

13. Faktor interaksi yang paling penting membantu penerimaan awal Islam di Alam Melayu ialah _____________. A. budaya B. geografi C. perkahwinan D. perdagangan

14. Manakah berikut karya persuratan Melayu Islam pada zaman kegemilangan Islam di Alam Melayu?

A. Sang Kancil B. Tajul Salatin C. Puteri Mahsuri D. Puteri Santubong

15. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu pernah menganuti agama berikut KECUALI _____________.

A. Hindu B. Budhha C. Kristian D. Animisme

16. Berikut merupakan keunggulan Islam dalam proses perkembangan Islam di Alam Melayu.

I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan keseimbangan dalam kehidupan III. Agama yang mudah dipelajari dan difahami IV. Agama yang boleh disesuaikan dengan semua keadaan

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Page 5: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

6

17. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah meletakkan asas yang kukuh dalam

pembinaan tamadun Melayu. Apakah asas-asas tersebut?

I. Keluhuran akhlak II. Kemajuan kebendaan III. Kepercayaan beragama IV. Adat dan istiadat Melayu

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

18. Manakah berikut BUKAN kaedah ukuran yang digunakan untuk mengukur sesuatu?

A. Hasta B. Cupak C. Relong D. Jengkal

19. Masyarakat India terbahagi dua iaitu Indo-Arya dan Dravida. Apakah bahasa utama Indo-Arya?

A. Urdu B. Tamil C. Telegu D. Sanskrit

20. Bhagavadgita merupakan sebahagian daripada epik Mahabrata yang mengandungi ajaran dalam bentuk falsafah. Apakah perkara yang ditekankan?

I. Mengawal nafsu II. Menyerah diri kepada Tuhan III. Mendisiplinkan rohani semata-mata IV. Menjalankan tanggungjawab mengharapkan balasan

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Page 6: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

7

21. Berikut adalah alat muzik bagi masyarakat India Utara KECUALI ____________. A. Sitar B. Tabala C. Veena D. Sahnai

22. Manakah berikut BUKAN simbol identiti masyarakat Sikh?

A. Sikat B. Cincin C. Gelang D. Seluar jerut

23. Manakah berikut dua pusat pertumbuhan awal tamadun Cina?

A. Huang He, Yangtze B. Yangtze, Heilongjiang C. Huang He, Chang Jiang D. Chang Jiang, Heilongjiang

24. Pernyataan di atas merujuk ajaran falsafah ______________.

A. Moisme B. Daoisme C. Legalisme D. Konfusianisme

25. Siapakah pengasas falsafah Daoisme?

I. Laozi II. Mo Zi III. Zhuangzi IV. Kung Fu Tze

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Ajaran ini menekankan amalan nilai dan sifat mulia iaitu kemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao)

Page 7: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

8

26. Sesebuah drama Cina yang dipersembahkan mempunyai mesej penting. Apakah mesej utama yang dapat disampaikan?

A. Menggalakkan masyarakat meminati drama B. Sesiapa yang berbuat baik akan peroleh ganjaran C. Mempertahankan dinasti daripada serangan musuh D. Rakyat berhak menikmati keseronokan melalui hiburan

27. Apakah ciri-ciri politik dan pemerintahan tradisional Cina?

I. Bersifat feudal II. Berteraskan dinasti III. Dipengaruhi aliran falsafah IV. Menguasai kesenian dan sastera

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

28. Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai fenomena globalisasi? A. Penguasaan eknonomi syarikat korporat ke negara-negara lain B. Penyebaran maklumat berlaku secara mudah, meluas dan pantas C. Negara-negara kecil menghadapi serangan budaya dari negara maju D. Rakyat dari mana-mana negara bebas bergerak ke mana-mana sahaja

29. Apakah isu UTAMA yang perlu diberi perhatian dalam dialog peradaban?

I. Interaksi antara tamadun yang terhad II. Mengenal pasti tamadun yang unggul dan benar III. Langkah mengurangkan prasangka antara tamadun IV. Tanggapan salah terhadap terhadap sesuatu tamadun

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Page 8: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

9

30. Mengapakah dialog antara tamadun dianggap penting dalam menyelesaikan pelbagai isu hubungan kaum di Malaysia?

I. Mereka menganut kepercayaan yang berbeza II. Rasa curiga masih wujud antara kaum di Malaysia III. Mereka mengamalkan budaya hidup yang berbeza IV. Kaum bumiputera perlu mengekalkan kepimpinannya

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

(JUMLAH: 30 MARKAH)

Page 9: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

10

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR

1. Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri ketamadunan tersendiri yang tiada pada tamadun lain. Tuliskan LIMA (5) antara ciri tamadun Islam.

(5 markah)

2. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan secara menyeluruh kepada kehidupan manusia. Terangkan TIGA (3) antara sumbangan tersebut.

(6 markah)

3. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang tertumpu di suatu wilayah atau kepulauan Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama. Nyatakan EMPAT (4) nama-nama tersebut.

(4 markah)

4. Terdapat beberapa kerajaan kesultanan Melayu Islam muncul selepas kedatangan Islam. Nyatakan LIMA (5) kerajaan tersebut.

(5 markah)

5. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mencorakkan pandangan semesta masyarakat Melayu berasaskan ajaran Islam. Nyatakan EMPAT (4) nilai amalan masyarakat Melayu yang anda ketahui dan terangkan

(8 markah)

6. Ashrama Dharma adalah susun lapis kehidupan dalam tamadun India. Nyatakan EMPAT (4) susun lapis tersebut.

(4 markah)

7. Kemukakan EMPAT (4) kasta utama yang wujud dalam masyarakat India serta peranan

setiap kasta. (4 markah)

8. Masyarakat Cina mempercayai kewujudan Tian yang mempunyai kuasa. Kemukakan

EMPAT (4) fahaman mereka terhadap Tian. (4 markah)

Page 10: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

11

9. Dalam masyarakat tradisional Cina, terdapat beberapa amalan dalam perkahwinan. Nyatakan EMPAT (4) daripada amalan tersebut.

(4 markah)

10. Kegagalan manusia mematuhi syariah akan mendatangkan masalah dalam kehidupan bermasyarakat. Nyatakan TIGA (3) kesan negatif pengabaian maqasid syariah dan terangkan.

(6 markah)

(JUMLAH: 50 MARKAH)

Page 11: BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN PALING TEPAT · PDF fileNabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun ... I. Membentuk akhlak manusia II. Menekan

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

12

BAHAGIAN C : SOALAN ESEI

Jawab SATU (1) soalan sahaja.

Soalan 1

a. Terdapat tiga teori berserta hujah-hujah yang membahaskan tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu. Huraikan.

(10 markah)

b. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu dalam aspek akidah, sosial dan ekonomi. Huraikan

(10 markah)

Soalan 2

Agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam adalah empat agama utama yang wujud dalam ketamadunan India dan setiap agama mempunyai ciri-ciri dan ajaran-ajarannya yang tersendiri. Huraikan.

(20 markah)

Soalan 3

Globalisasi yang didominasi oleh Barat memberi kesan kepada tamadun Islam dan tamadun Asia dalam beberapa aspek. Bincangkan.

(20 markah)

(JUMLAH: 20 MARKAH)

KERTAS SOALAN TAMAT