Bahagian a soalan aneka pilihan

24
NAMA:__________________________ TARIKH: / / KELAS: ____ MARKAH: BAB 1 PENGENALAN 1 Skop kajian makroekonomi meliputi yang berikut kecuali A. kecekapan peruntukan dan pengeluaran dalam ekonomi pasaran. B. penentuan tingkat kegiatan ekonomi. C. kesan dasar-dasar kerajaan terhadap kegiatan ekonomi. D. faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi. 2 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan isu makroekonomi ? A. Pertambahan dalam peluang pekerjaan B. Pertumbuhan ekonomi yang lembap C. Penswastaan industri telekomunikasi D. Kenaikan dalam kadar bunga 3 Kajian tentang bagaimana pertambahan dalam kadar cukai pendapatan syarikat akan mempengaruhi kadar pengangguran adalah satu contoh A. dasar makroekonomi. B. dasar mikroekonomi. C. ekonomi positif. D. ekonomi normatif. 4 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pemboleh ubah ekonomi yang utama ? A. Keluaran negara B. Inflasi C. Kestabilan politik negara D. Pertumbuhan ekonomi 5 Keynes berpendapat guna tenaga ekonomi lazimnya kurang daripada guna tenaga penuh kerana A. tingkat harga umum terlalu rendah dalam ekonomi. B. kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna tenaga penuh. C. bekalan wang dalam ekonomi yang berlebihan. D. kadar bunga di pasaran terlalu tinggi tidak menggalakkan pelaburan. 6 Antara sebab-sebab berikut, yang manakah bukan punca pertambahan keluaran negara potensi yang berterusan ? A. Pertambahan dalam faktor-faktor pengeluaran B. Perkembangan teknologi C. Peningkatan kemahiran buruh D. Kestabilan tingkat harga umum 7 Pengangguran yang wujud dalam ekonomi semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialah A. pengangguran geseran. B. pengangguran teknologi. C. pengangguran bermusim D. pengangguran struktur. Soalan 8 dan 9 adalah berdasarkan jadual di bawah. Pe rkara Ribu orang 1. Jumlah penduduk 25 700 1

description

 

Transcript of Bahagian a soalan aneka pilihan

Page 1: Bahagian a soalan aneka pilihan

NAMA:__________________________ TARIKH: / /KELAS: ____ MARKAH:

BAB 1 PENGENALAN

1 Skop kajian makroekonomi meliputi yang berikut kecuali A. kecekapan peruntukan dan pengeluaran dalam ekonomi pasaran. B. penentuan tingkat kegiatan ekonomi.C. kesan dasar-dasar kerajaan terhadap kegiatan ekonomi. D. faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi.

2 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan isu makroekonomi ?A. Pertambahan dalam peluang pekerjaan B. Pertumbuhan ekonomi yang lembapC. Penswastaan industri telekomunikasi D. Kenaikan dalam kadar bunga

3 Kajian tentang bagaimana pertambahan dalam kadar cukai pendapatan syarikat akan mempengaruhi kadar pengangguran adalah satu contohA. dasar makroekonomi. B. dasar mikroekonomi.C. ekonomi positif.D. ekonomi normatif.

4 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pemboleh ubah ekonomi yang utama ?A. Keluaran negara B. InflasiC. Kestabilan politik negara D. Pertumbuhan ekonomi

5 Keynes berpendapat guna tenaga ekonomi lazimnya kurang daripada guna tenaga penuh keranaA. tingkat harga umum terlalu rendah dalam ekonomi.B. kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna tenaga penuh. C. bekalan wang dalam ekonomi yang berlebihan.D. kadar bunga di pasaran terlalu tinggi tidak menggalakkan pelaburan.

6 Antara sebab-sebab berikut, yang manakah bukan punca pertambahan keluaran negara potensi yang berterusan ?A. Pertambahan dalam faktor-faktor pengeluaranB. Perkembangan teknologiC. Peningkatan kemahiran buruhD. Kestabilan tingkat harga umum

7 Pengangguran yang wujud dalam ekonomi semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialahA. pengangguran geseran. B. pengangguran teknologi.C. pengangguran bermusim D. pengangguran struktur.

Soalan 8 dan 9 adalah berdasarkan jadual di bawah.

Perkara Ribu orang1. Jumlah penduduk 25 7002. Jumlah penduduk dalam lingkungan 15 – 64 tahun 12 8503. Jumlah tenaga buruh 8 9954. Jumlah guna tenaga 8 770

8 Kadar penyertaan buruh negara tersebut ialah A. 35.0 % B. 68.3 % C. 70.0% D. 72.3%

1

Page 2: Bahagian a soalan aneka pilihan

9 Kadar pengangguran negara tersebut ialah A. 2.50% B. 2.56%. C. 4.65%. D. 5.08%

10 Jadual berikut menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara pada tahun 2000-2003.

Tahun Indeks Harga Pengguna 2000 100.0 2001 105.8 2002 102.6 2003 110.0

Rumusan yang berikut adalah benar kecualiA. kadar inflasi negara tersebut pada tahun 2003 ialah 7.21%. B. berbanding dengan tahun 2001, tingkat harga umum tahun 2002 telah merosot sebanyak 3.02%. C. berbanding dengan tahun asas, tingkat harga umum tahun 2003 telah meningkat 10%. D. nilai wang tahun 2002 adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2001.

11 Antara berikut, cara yang manakah adalah betul untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi ?A. KNK potensi t1 – KNK potensi t0 X100%

KNK potensi t0

B. KNK sebenar t1 – KNK sebenar t0 X100% KNK sebenar t0.

C. KNK benar t1 – KNK benar t0 X100% KNK benar t0

D. KNK harga semasa t1 – KNK harga semasa t0 X100% KNK harga semasa t0 12 Berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi kecuali

a. mencapai guna tenaga penuh. b. mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan.c. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat. d. menjamin kestabilan harga.

13 Antara berikut, yang manakah bukan bentuk dasar kawalan langsung yang dilaksanakan oleh kerajaan ? A. Dasar harga maksimum B.Dasar fiskal C.Dasar upah D. Tarif terhadap import

14 Antara berikut, yang manakah dianggap sebagai satu dasar sebelah penawaran?A. Pelaksanaan dasar upah minimum yang akan meningkatkan perbelanjaan agregatB. Pertambahan perbelanjaan kerajaan yang akan menaikkan perbelanjaan agregatC. Pengurangan cukai pelaburan korporat untuk menggalakkan pelaburan D. Sekatan terhadap jumlah barang yang boleh diimport

15 Mengikut dasar sebelah penawaran, pengurangan cukai akan menggalakkan tenaga buruh bekerja dan firma mempunyai insentif untuk menambah pelaburan. Oleh itu, A. permintaan agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan meningkat.B. penawaran agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan menurun. C. kedua-dua penawaran agregat dan permintaan agregat akan naik, tingkat harga umum jatuh.D. penawaran agregat bertambah, permintaan agregat jatuh dan tingkat harga umum akan jatuh.

2

Page 3: Bahagian a soalan aneka pilihan

NAMA:__________________________ TARIKH: / /KELAS: ____ MARKAH:

BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

1 Keluaran Negara Bersih tidak termasuk nilai A. elaun penggunaan modal. B. perubahan inventori. C. keuntungan tidak dibahagikan.D. pendapatan perusahaan persendirian.

2 Antara berikut, yang manakah tidak diambil kira dalam penghitungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)?A. Pembinaan rumah kediaman baruB. Pelaburan membina kilang baru di negara asingC. Pembelian mesin baruD. Hasil pertanian yang dipasarkan

3 Untuk memperoleh Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) daripada Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf), kita harus A. menambah susut nilai dan subsidi.B. menambah susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negara.C. menambah cukai tak langsung dan susut nilai kemudian tolak subsidi. D. menambah pendapatan faktor bersih dari luar negara dan subsidi kemudian tolak cukai tak

langsung.

4 Keluaran Negara Kasar akan melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar apabilaA. penerimaan faktor dari luar negara melebihi bayaran faktor ke luar negara. B. bayaran faktor ke luar negara melebihi penerimaan faktor dari luar negara.C. jumlah susut nilai melebihi pelaburan bersih.D. nilai inventori pada akhir tahun melebihi nilai inventori awal tahun.

5 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada kos faktor dengan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialah A.  susut nilai. B.  susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negara. C. susut nilai dan perubahan dalam inventori. D. subsidi dan cukai tak langsung.

6 KNBkf + X = KNBhp Berdasarkan rumus di atas, X ialah

A. cukai tak langsung.B. cukai tak langsung tolak bayaran pindahan.C. cukai langsung dan cukai tak langsung.D. cukai tak langsung tolak subsidi.

7 KDNKkf – X + PFbLN = Pendapatan Negara Berdasarkan rumus di atas, X ialah

A. susut nilai. B. cukai tak langsung tolak subsidi.C. jumlah bayaran pindahan.D. perubahan inventori.

3

Page 4: Bahagian a soalan aneka pilihan

8 Antara berikut, apakah perubahan yang perlu dilakukan untuk memperoleh Pendapatan Negara daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran?

Susut nilai Pendapatan faktor bersih dari luar negara

Cukai tak langsung

Subsidi

A. Tolak Tambah Tolak Tambah B. Tolak Tambah Tambah TolakC. Tambah Tolak Tolak TambahD. Tambah Tolak Tambah Tolak

9 Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah bersamaan denganA. Keluaran Negara Kasar tambah eksport dan tolak import.B. Keluaran Negara Kasar tambah import dan tolak eksport.C. Keluaran Negara Kasar tolak pendapatan faktor bersih dari luar negara. D. pendapatan negara tambah susut nilai.

10 Pendapatan Negara adalah sama dengan A. Keluaran Negara Kasar pada kos faktor. B. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran. C. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor.D. Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran.

  11 Jadual berikut menunjukkan data statistik ekonomi sesebuah negara.

Butiran RM jutaSusut nilai peralatan sedia ada 250Pembelian peralatan baru 2 000Pembinaan rumah kediaman baru 720Pembinaan bangunan pejabat baru 680Inventori pada awal tahun 1 500Inventori pada akhir tahun 1 200

Berapakah pembentukan modal swasta bersih negara itu ? A. RM2 700 jutaB. RM2 850 juta C. RM3 700 juta D. RM4 200 juta

12 Seorang penganggur yang menerima elaun pengangguran RM3 600 setahun membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Dia membayar pekerjanya RM3 000 setahun. Pada tahun pertama, keuntungan kasarnya ialah RM12 000 tetapi susut nilai asetnya ialah RM1 000. Berapa banyakkah tambahan dalam pendapatan negara ?A. RM14 000 B. RM15 000C. RM17 600 D. RM18 600

13 Berikut menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara. Butiran RM jutaKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNKhp) 65Perbelanjaan penggunaan isi rumah 30Pelaburan kasar 25Perbelanjaan kerajaan 10Eksport 25

Berapakah nilai import negara tersebut?A. RM15 juta B. RM25 juta C. RM35 juta D. RM45 juta

4

Page 5: Bahagian a soalan aneka pilihan

14 Berikut menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara.   RM juta Bayaran pindahan 100 Upah dan gaji 860 Sewa 540 Untung yang dibahagikan 320 Untung yang tidak dibahagikan 524 Cukai keuntungan syarikat 120 Pendapatan perusahaan persendirian 106 Bunga atas pinjaman pengguna 18 Bunga kasar 35 Bunga atas pinjaman kerajaan 10  Berapakah pendapatan negara bagi negara tersebut?

A. RM1 889 jutaB. RM2 433 jutaC. RM2 477 juta D. RM2 533 juta

  15 Jadual berikut menunjukkan data pendapatan negara bagi sesebuah negara pada suatu tahun.

Butiran RM jutaSusut nilai 20 000Subsidi 13 000Cukai tak langsung 15 000Bayaran faktor ke luar negara 15 000Penerimaan faktor dari luar negara 12 000Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran 90 000

Keluaran Negara Bersih pada kos faktor negara itu ialah A. RM61 000 juta B. RM63 000 juta C. RM65 000 juta D. RM68 000 juta

16 Jadual di bawah menunjukkan peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut sektor di sesebuah negara bagi tahun tertentu.

Sektor Peratusan KDNKPertanian, penternakan dan perhutanan 30.0Perlombongan dan kuari 5.3Perkilangan 30.1Pembinaan 3.6Perkhidmatan 31.4Tolak : Bayaran perkhidmatan bank 5.2Tambah : Cukai import 4.8Jumlah 100

Jika jumlah nilai KDNK ialah RM89 200 juta, berapakah nilai sumbangan oleh sektor utama pada tahun itu? A. RM26 670.00 jutaB. RM32 449.20 jutaC. RM31 487.60 juta D. RM36 849.20 juta

 

5

Page 6: Bahagian a soalan aneka pilihan

 17 Jadual di bawah menunjukkan data ekonomi bagi sebuah negara pada tahun tertentu.

Butiran RM jutaKeluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor 2 050Cukai pendapatan syarikat 135Cukai pendapatan persendirian 225Susut nilai 110Untung tak dibahagi 345Bayaran pindahan kepada individu 235Pendapatan faktor bersih dari luar negara -25

Berapakah jumlah pendapatan boleh guna ? A. RM1 435 jutaB. RM1 445 juta C. RM1 650 jutaD. RM1 950 juta

  18 Berikut menunjukkan maklumat yang diperoleh dari sebuah negara.

Tahun Jumlah penduduk

(juta orang)

Pendapatan negara (RM juta)

Indeks harga pengguna

2002 100 400 1002003 110 440 105

Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang ekonomi negara itu?A. Pendapatan negara benar telah jatuhB. Pendapatan negara benar tidak berubahC. Pendapatan per kapita benar telah naikD. Pendapatan per kapita benar telah jatuh

19 Bayaran pindahan merujuk kepadaA. bayaran kepada seseorang walaupun tidak melibatkan diri dalam kegiatan produktif. B. beban cukai tak langsung yang dipindahkan oleh pengeluar kepada pengguna.C. keuntungan yang dipindah ke luar negara oleh pelabur asing.D. anggaran susut nilai yang perlu dilakukan untuk memperoleh pelaburan bersih.

20 Bayaran pindahan diambil kira dalam penghitungan A. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran.B. jumlah pendapatan boleh guna.C. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor.D. perbelanjaan agregat.

6

Page 7: Bahagian a soalan aneka pilihan

BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

1 Antara berikut, yang manakah merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan ? A. Perbelanjaan pelancong asing atas penginapan hotel dalam negara B. Pembelian bon-bon kerajaan C. Cukai keuntungan yang dibayar oleh syarikat swastaD. Simpanan tetap di Bank Simpanan Nasional

2 Dalam model makroekonomi tanpa campur tangan dan sektor luar negara, perbelanjaan agregat merupakan jumlah A. tabungan persendirian dan pelaburan swasta.B. tabungan persendirian dan perbelanjaan penggunaan.C. perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta. D. perbelanjaan penggunaan dan pendapatan persendirian.

3 Rajah di bawah menunjukkan fungsi penggunaan ekonomi dua sektor.

Penggunaan

C

Pendapatan

Merujuk kepada rajah di atas, pernyataan yang manakah adalah benar ?A. Nilai kecenderungan mengguna purata adalah malar B. Nilai kecenderungan mengguna purata semakin meningkat C. Nilai kecenderungan mengguna sut adalah malar D. Nilai kecenderungan mengguna sut berubah-ubah mengikut tingkat pendapatan.

4 Tabungan S

S

0 Pendapatan negara

Merujuk kepada rajah di atas, jika fungsi S beralih dari S ke S , apakah kesannya terhadap

kecenderungan mengguna sut (MPC) dan saiz pengganda (m) ?

Kecenderungan mengguna sut Saiz penggandaA. Berkurang BerkurangB. Berkurang Bertambah C. Bertambah Bertambah D. Bertambah Berkurang

7

Page 8: Bahagian a soalan aneka pilihan

5 Dalam ekonomi dua sektor, yang manakah boleh menyebabkan saiz pengganda pelaburan bertambah ? A. Kejatuhan kecenderungan menabung sut B. Kejatuhan perbelanjaan penggunaan C. Kenaikan tingkat pelaburan D. Kejatuhan kadar bunga di pasaran

6 Andaikan ekonomi dua sektor, jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, ini bermakna saiz pengganda ialah A. 2.5B. 4.0C. 5.0 D. 8.0

7 Rajah di bawah menunjukkan satu fungsi penggunaan.

Penggunaan Y=C C

450

Y Y Y Pendapatan

Berdasarkan rajah di atas, pernyataan yang manakah adalah benar?

A. Jurang inflasi wujud pada tingkat pendapatan Y

B. Kecenderungan mengguna sut pada Y adalah lebih tinggi daripada pada Y

C. Pada tingkat pendapatan Y , perbelanjaan penggunaan lebih besar daripada pendapatan.

D. Nisbah penggunaan kepada pendapatan adalah tetap di sepanjang fungsi C.

8 Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan, fungsi penggunaan ialah C= 80 + 0.7Y dan pelaburan I = 70. Tentukan tingkat keseimbangan pendapatan negara. A. 400 B. 500 C. 600D. 700

9 Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan, saiz pengganda ialah 4. Jika pelaburan bertambah sebanyak RM20 juta, tentukan pertambahan dalam perbelanjaan penggunaan (C). A. RM60 jutaB. RM70 jutaC. RM80 jutaD. RM90 juta

10 Rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan dan fungsi pelaburan dalam ekonomi dua sektor. Tabungan , pelaburan S

I

0 m n Pendapatan negara

8

Page 9: Bahagian a soalan aneka pilihan

Pada tingkat pendapatan negara yang manakah kecenderungan mengguna purata adalah sama dengan satu ? A. 0 B. m C. nD. antara m dan n

11 Diberi fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor ialah C = 54 + 0.7Y. Apakah tingkat pendapatan negara apabila tabungan isi rumah adalah sama dengan sifar?A. 180 B. 200C. 240D. 260

12 Diberi fungsi tabungan ekonomi dua sektor ialah S = -65 + 0.25Y. Jika pelaburan autonomi ialah RM35 juta, apakah tingkat keseimbangan pendapatan negara dan saiz pengganda ekonomi itu?

Keseimbangan pendapatan negara (RM juta)

Saiz pengganda

A. 100 2.5 B. 200 2.5 C. 300 4.0 D. 400 4.0

13 Berikut ialah maklumat ekonomi sebuah ekonomi tertutup.

Perbelanjaan penggunaan C = 0.6Y + RM250 juta Pelaburan autonomi I = RM300 juta Perbelanjaan kerajaan G = RM350 juta

Apakah saiz pengganda ekonomi tersebut ?A. 2.0 B. 2.5 C. 3.0D. 4.0

14 Dalam rajah di bawah, J ialah suntikan dan W ialah bocoran. J / W W

J

Y Y Y Y

Bagaimanakah keadaan ekonomi pada tingkat pendapatan negara Y ?

9

Page 10: Bahagian a soalan aneka pilihan

A. Pendapatan negara cenderung merosot sehingga Y tercapai

B. Pendapatan negara cenderung meningkat sehingga Y tercapai C. Inventori para pengeluar semakin meningkatD. Ekonomi menghadapi tekanan inflasi

15 Cukai sekali gus akan memberi kesan secara langsung terhadapA. penggunaan autonomi. B. pelaburan autonomi.C. kecenderungan mengguna sut.D. perbelanjaan kerajaan.

16 Jika kerajaan menambahkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM800 juta dan pada masa yang sama cukai dinaikkan dengan jumlah yang sama, dengan andaian pembolehubah lain tetap, tingkat keseimbangan pendapatan negara akan A. merosot sebanyak RM800 juta.B. meningkat sebanyak RM800 juta. C. tidak ada kecenderungan untuk berubah.D. meningkat sebanyak RM1 600 jika MPC ekonomi itu ialah 0.50.

17 Antara berikut, yang manakah merupakan syarat keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka?A. G -T = M-XB. I + G = S + T C. I + G + T = S + M + XD. I + G + X = S + T + M

18 Antara berikut, yang manakah bukan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi empat sektor?A. Perbelanjaan penggunaan B. Perbelanjaan pelaburanC. Perbelanjaan kerajaanD. Perbelanjaan luar negara terhadap eksport

19 Berikut ialah maklumat ekonomi sesebuah negara:

Perbelanjaan penggunaan, C = 5 + 0.8Yd Pelaburan autonomi, I = 25 Perbelanjaan kerajaan, G = 10 Cukai sekali gus, T = 5 Eksport, X = 12 Import, M = 0.2Y Tingkat keseimbangan pendapatan negara itu ialah

A. 90B. 100C. 110D. 120

20 Harga

AS

10

Page 11: Bahagian a soalan aneka pilihan

AD

AD

0 Pendapatan negara

Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan keluk AD beralih dari AD

ke AD ? A. Bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan oleh bank pusat B. Kadar pertukaran mata wang asing menurun C. Kenaikan upah buruh D. Pendapatan benar masyarakat telah meningkat

BAB 4 PERANAN WANG DALAM EKONOMI

1 Jika tingkat harga umum telah meningkat 20%, ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak A. 14.14 %B. 16.67 % C. 20.00 % D. 25.00 %

2 Orang ramai menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk wang tunai di institusi kewangan kerana wang berfungsi sebagai

A. alat pertukaran. B. alat pengukur nilai. C. alat pembayaran tertunda.D. alat penyimpanan nilai.

Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan jadual di bawah.

Jadual berikut menunjukkan data bekalan wang sebuah ekonomi

Butiran RM billion

Duit syling 15Wang kertas 75

11

Page 12: Bahagian a soalan aneka pilihan

Deposit semasa 155Simpanan tabungan di bank perdagangan 85Simpanan tetap di syarikat kewangan 35Sijil boleh niaga 20Sijil Bank Negara Malaysia 15

3 Bekalan wang M1 ( RM billion ) dalam ekonomi tersebut ialah A. 90B. 245 C. 330 D. 365

4 Wang hampir (separuh wang) dalam ekonomi tersebut ialah A. RM120 billionB. RM140 billionC. RM155 billion D. RM365 billion

5 Bank Islam Malaysia (BIMB) menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk menyimpan wang di samping membolehkan mereka mengeluarkan wang tersebut dengan mudah apabila perlu.

Kemudahan tersebut adalah berdasarkan konsep A. Al-Mudharabah.B. Al-Ijarah. C. Al-Musyarakah. D. Al-Wadiah.

6 Antara berikut, yang manakah merupakan aset yang paling cair bank perdagangan ?A. Deposit semasaB. Wang panggilan C. Sekuriti kerajaan D. Pelaburan

7 Antara berikut, yang manakah merupakan liabiliti (tanggungan) kepada bank perdagangan ?A. Bon kerajaan B. PinjamanC. Deposit D. Overdraf

8 Rizab sebenar sebuah bank perdagangan ialah RM9 000 dengan deposit semasa RM30 000 dan nisbah rizab minimum 20% . Lebihan rizab (RM) bank tersebut ialah A. RM3 000 B. RM6 000C. RM7 500 D. RM9 000

9 Jika nisbah rizab yang diperlukan ialah 12.5%, maka saiz pengganda wang ialah

A. 5 B. 6 C. 7 D. 8

10 Keupayaan sistem bank mencipta kredit terbatas apabila A. bank-bank memilih untuk menyimpan rizab melebihi yang diperlukan.

B. bank pusat menurunkan nisbah rizab yang diperlukan. C. peminjam mendeposit semula semua pinjaman di sistem bank.D. bank-bank membuat pinjaman daripada bank pusat.

12

Page 13: Bahagian a soalan aneka pilihan

11 Berikut menunjukkan Kunci Kira-kira sebuah bank.

Aset RM Liabiliti RM Rizab 50 000 Deposit semasa 150 000Pinjaman 70 000 Modal 100 000Sekuriti 30 000Hartanah 100 000

Jika nisbah rizab yang ditetapkan oleh bank pusat ialah 20%, maka dapat disimpulkan bahawa bank

tersebut mempunyai rizab lebihan sebanyak A. RM10 000 B. RM20 000 C. RM30 000 D. RM40 000

12 Dalam satu sistem bank, semua bank menyimpan 20% daripada deposit sebagai wang tunai. Salah sebuah bank menerima deposit baru sebanyak RM300 . Dengan andaian tiada bocoran wang tunai daripada sistem bank, berapakah tambahan deposit dalam sistem bank tersebut? A. RM1 200B. RM1 500C. RM2 000 D. RM2 500

13 Salah satu bank perdagangan dalam sistem bank mempunyai lebihan rizab sebanyak RM1 000 . Jika jumlah rizabnya ialah RM10 000, dengan kadar rizab 20%, deposit semasa yang dimiliki oleh bank ialah A. RM45 000 B. RM50 000C. RM55 000D. RM60 000

14 Andaikan jumlah urus niaga sebuah ekonomi dalam tempoh setahun ialah 500 dan halaju edaran wang ialah 4. Jika bekalan wang telah bertambah daripada RM250 kepada RM300, menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, tingkat harga dalam ekonomi ialah A. 2.00 B. 2.40 C. 2.80 D. 3.20

15 Jadual menunjukkan peratus pertumbuhan bekalan wang, output dan tingkat harga sebuah ekonomi antara tahun 1998 - 2003.

1998 1999 2000 2001 2002 2003

Bekalan wang 10.5 9.9 9.0 12.5 18.0 20.8Output 1.8 4.2 2.7 3.4 3.4 5.2Tingkat harga 7.1 4.5 4.8 6.9 4.2 5.6

Berdasarkan data di atas, pernyataan yang manakah adalah benar?A. Kadar inflasi meningkat apabila kadar pertumbuhan output bertambah B. Kadar pertumbuhan bekalan wang meningkat apabila kadar inflasi meningkatC. Halaju edaran wang berubah-ubah D. Kadar pertumbuhan output bertambah apabila kadar pertumbuhan bekalan wang meningkat

16 Output tahunan sebuah ekonomi telah bertambah sebanyak 4%, manakala penawaran wang bertambah sebanyak 9%. Jika halaju edaran wang adalah malar, berapakah peningkatan dalam tingkat harga ?

A. 2.00%

13

Page 14: Bahagian a soalan aneka pilihan

B. 2.25%C. 5.00% D. 6.00%

17 Kenaikan dalam kadar bunga di pasaran akan meningkatkan A. kos lepas memegang wang. B. permintaan wang untuk tujuan urus niaga. C. harga bon di pasaran. D. bekalan wang dalam ekonomi.

18 Jika kadar bunga yang ditetapkan oleh bank pusat adalah di bawah paras keseimbangan pasaran ini akan bermakna :

A. kuantiti wang yang diminta akan melebihi kuantiti bekalan wang B. kuantiti wang yang diminta akan lebih kecil daripada kuantiti bekalan wangC. bekalan wang akan bertambah dan permintaan wang akan berkurangan D. permintaan wang akan bertambah dan bekalan wang akan berkurtangan

19 Pernyataan yang manakah adalah benar ?A. Bekalan wang berhubungan secara langsung dengan kadar bunga B. Jumlah wang yang diminta berhubungan secara songsang dengan kadar bungaC. Kejatuhan kadar bunga akan meningkatkan kos lepas untuk memegang wangD. Harga bon berhubungan secara positif dengan kadar bunga

20 Dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah, yang manakah akan menyebabkan kejatuhan permintaan wang?

A. Kegiatan ekonomi semakin lembap B. Kadar bunga telah menurunC. Tingkat harga umum semakin naik D. Aliran modal asing ke dalam negara semakin meningkat

14

Page 15: Bahagian a soalan aneka pilihan

S + T

I + G

Y Y Y Y

ea

b

c

d

BAB 5 MASALAH MAKROEKONOMI DAN DASAR PENSTABILAN

1 Lompang inflasi akan wujud dalam ekonomi apabila A. perbelanjaan agregat sebenar lebih tinggi daripada perbelanjaan agregat pada guna tenaga

penuh. B. kerajaan melaksanakan belanjawan defisit dengan pinjaman dari luar negara.C. keseimbangan output benar tercapai pada keluk penawaran agregat yang anjal sempurna.D. pelaburan yang dirancang melebihi tabungan yang dirancang.

2 Pengangguran yang wujud semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialah A. pengangguran geseran dan pengangguran kitaran.B. pengangguran geseran dan pengangguran tak ketara. C. pengangguran geseran dan pengangguran struktur. D. pengangguran geseran sahaja.

3 Kadar penyertaan buruh dapat ditentukan dengan rumus :A. Jumlah tenaga buruh x 100%

Jumlah penduduk dalam lingkungan 15-64

B. Jumlah tenaga buruh x 100% Jumlah penduduk

C. Jumlah penduduk dalam lingkungan 15-64 x 100% Jumlah penduduk

D. Jumlah guna tenaga x 100% Jumlah penduduk

4 Berdasarkan rajah di bawah, lompang deflasi merujuk kepada jarak Boc oran, suntikan

A. ab B. ae C. cd D. ce

15

Page 16: Bahagian a soalan aneka pilihan

P

5 Andaikan pendapatan wang adalah RM100 ketika indeks harganya ialah 100. Jika indeks harga pada tahun berikutnya telah meningkat ke 110, ini bermaknaA. pendapatan benar telah bertambah RM10.B. pendapatan benar telah merosot sebanyak RM9.09. C. pendapatan wang telah bertambah ke RM110.D. pendapatan wang telah merosot ke RM90.

6 Inflasi tarikan permintaan berlaku kerana A. kerajaan menjual surat-surat jaminan di pasaran terbuka.B. keluk kecekapan modal sut (MEI) telah beralih ke kiri.C. barangan yang diimport mengalami kenaikan harga. D. imbangan pembayaran mencatat lebihan yang berterusan.

7 Rajah di bawah menunjukkan keadaan stagflasi yang berlaku apabila keluk penawaran agregat (AS) beralih dari AS ke AS . Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan sebab utama keluk

AS beralih ke AS ?

Y

A. Kenaikan kos-kos bahan mentahB. Kenaikan perbelanjaan kerajaanC. Kenaikan bekalan wang dalam ekonomiD. Kenaikan kadar bunga dalam ekonomi

8 Berlakunya kadar inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat adalah disebabkan oleh A. kenaikan permintaan agregat.B. kenaikan penawaran agregat.C. kejatuhan permintaan agregat.D. kejatuhan penawaran agregat.

9 Seandainya berlaku kejutan dalam penawaran agregat yang serius dan permintaan agregat kekal tidak berubah, maka akan berlaku A. kejatuhan dalam tingkat harga umum.B. pengurangan kadar pengangguran dalam ekonomi.C. pertambahan dalam output benar negara.D. pertambahan dalam kadar pengangguran dan tingkat harga umum.

10 Penstabil automatik dalam dasar fiskal bertujuan untuk A. menjadi sumber hasil cukai yang penting kepada kerajaan. B. mengurangkan turun naik kegiatan ekonomi.C. mengimbangkan belanjawan kerajaan.D. menstabilkan tingkat harga umum dalam ekonomi.

11 Berikut ialah ciri-ciri penstabil automatik dalam dasar fiskal kecuali A. penstabil automatik dapat mengalihkan keluk kecekapan modal sut. B. penstabil automatik mengurangkan turun naik kitaran perniagaan. C. penstabil automatik mengurangkan nilai kecenderungan mengguna sut.

16

P AD ASAS

Y Y

P

Page 17: Bahagian a soalan aneka pilihan

D. penstabil automatik mengurangkan saiz pengganda.

12 Sekiranya terdapat penstabil automatik dalam ekonomi, maka apabila ekonomi sedang melambung A. hasil cukai dan bayaran pindahan kerajaan akan turut merosot.B. hasil cukai dan bayaran pindahan kerajaan akan meningkat.C. hasil cukai menurun tetapi bayaran pindahan kerajaan bertambah.D. hasil cukai meningkat tetapi bayaran pindahan kerajaan akan menurun.

13 Pinjaman dari luar negara untuk membiayai belanjawan defisit cenderung menyebabkan A. pertumbuhan ekonomi diperlahankan. B. masalah inflasi. C. lompang deflasi wujud dalam ekonomi.D. kadar bunga dalam negara akan meningkat.

14 Cukai berkadar dapat berfungsi sebagai penstabil automatik kerana cukai itu memberi kesan secara langsung kepada A. penggunaan autonomi.B. tabungan dan pelaburan. C. kecekapan modal sut. D. kecenderungan mengguna sut.

15 Antara berikut, yang manakah merupakan dasar fiskal yang paling sesuai dilaksanakan untuk mengatasi inflasi tarikan permintaan?A. Melaksanakan dasar fiskal menguncup B. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar bank C. Menaikkan kadar cukai dan keperluan marginD. Memberi arahan khas kepada bank untuk mengurangkan pinjaman

16 Kenaikan perbelanjaan kerajaan dan cukai lump sum dengan jumlah yang sama secara serentak akan menyebabkan A. pendapatan negara merosot.B. pendapatan negara meningkat. C. pendapatan negara mula-mulanya meningkat kemudian berkurang.D. pendapatan negara tidak berubah.

17 Andaikan penggunaan autonomi ialah RM500 juta, pelaburan ialah RM250 juta, perbelanjaan kerajaan ialah RM350 juta dan kerajaan tidak mengenakan sebarang cukai. Jika keseimbangan pendapatan negara ialah RM4 400 juta, maka nilai kecenderungan mengguna sut ialah A. 0.60B. 0.75 C. 0.80D. 0.90

18 Apabila berlaku kemelesetan dalam ekonomi, langkah kerajaan melaksanakan dasar fiskal untuk meningkatkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi mungkin kurang berkesan disebabkanA. kenaikan kadar bunga. B. pengurangan cukai. C. pertambahan eksport.D. pertambahan bekalan wang.

19 Cara pembiayaan belanjawan defisit yang manakah akan mengembangkan kegiatan ekonomi?

17

Page 18: Bahagian a soalan aneka pilihan

A. Membuat pinjaman dalam negaraB. Mencetak wang baruC. Menaikkan kadar cukaiD. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

20 Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan fungsi tabungan dan pelaburan.

Sekiranya kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta, pendapatan negara akan meningkat sebanyakA. RM20 jutaB. RM30 jutaC. RM40 juta D. RM50 juta

BAB 6 PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA

1 Jadual di bawah menunjukkan output kereta dan televisyen per unit buruh negara A dan B.

Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)A 200 100

18

Tabungan /pelaburan (RM juta)

Pendapatan negara (RM juta)

S

I100

5001000

Page 19: Bahagian a soalan aneka pilihan

B 300 200

Sekiranya pengkhususan sepenuh dijalankan oleh kedua-dua negara,A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta B. negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta.C. kegiatan perdagangan antara kedua-dua negara hanya menguntungkan negara A.D. jumlah televisyen yang dapat dihasilkan akan berkurang.

2 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran padi dan jagung (unit) untuk negara A dan B.

Dapat disimpulkan bahawa A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang.B. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran jagung.C. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran padi. D. kedua-dua negara tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua jenis

barang.

3 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AA’ dan BB’ untuk getah dan minyak kelapa sawit negara A dan B.

Pernyataan yang manakah adalah benar?A. Negara B mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang.B. Negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran getah.C. Kedua-dua negara mempunyai kecekapan yang sama dalam pengeluaran kedua-dua jenis

barang.D. Pengkhususan dan perdagangan tidak akan menguntungkan mana-mana negara.

4 Kadar syarat perdagangan semakin menguntungkan sesebuah negara apabila A. kos untuk mengimport semakin bertambah.B. pertambahan nilai eksport adalah melebihi pertambahan nilai import.C. kuantiti eksport melebihi kuantiti import.D. kadar kenaikan harga import kurang daripada kadar kenaikan harga eksport.

5 Singapura merupakan rakan dagang Malaysia yang penting. Sekiranya kadar syarat perdagangan Malaysia bertambah buruk, ini bermaknaA. harga import Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding harga eksport Malaysia.

19

Padi Padi

Jagung Jagung

20

20

8

16

Negara A Negara B

Getah(unit)

Minyak kelapa sawit(unit)

A

A’

B

B’

Page 20: Bahagian a soalan aneka pilihan

B. harga eksport Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding dengan harga import Malaysia. C. kuantiti import Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding kuantiti eksport Malaysia. D. kuantiti eksport Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding kuantiti import Malaysia.

6 Melalui masa, indeks harga import sesebuah negara telah meningkat daripada 100 kepada 125, manakala indeks harga eksportnya meningkat daripada 100 kepada 110. Kadar syarat perdagangan negara tersebut telah A. jatuh ke 88. B. meningkat ke 113.6.C. meningkat sebanyak 13.6%.D. jatuh sebanyak 15%.

7 Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang tarif ?A. Tarif menghalang import barangan dari luar negaraB. Tarif menetapkan had maksimum sesuatu barang yang boleh diimportC. Tarif melindungi pengeluar tempatan daripada persaingan pengeluar asingD. Tarif mengurangkan import dan menambahkan eksport sesebuah negara

8 Apabila tarif dikenakan atas sesuatu barang import,A. penawaran barang itu akan bertambah.B. penawaran barang itu akan berkurang. C. permintaan barang itu akan bertambah.D. penawaran barang itu akan berkurang.

Soalan 9 hingga 11 merujuk kepada rajah di bawah.

Dd dan Sd merupakan keluk permintaan dan penawaran dalam negara untuk sesuatu barang dan Pw ialah harga antarabangsa barang itu.

9 Sekiranya terdapat perdagangan bebas dalam ekonomi dan tiada tarif dikenakan ke atas barang itu,

jumlah hasil yang diperoleh oleh pengeluar asing diwakili oleh kawasan A. c B. a dan bC. a , b, e dan fD. d,e,f dan g

10 Sekiranya tarif sebanyak PwPt dikenakan bagi setiap unit barang, pengeluar tempatan akan mengeluarkan barang itu sebanyakA. 0Q1

B. 0Q2

C. 0Q3

D. 0Q4

11 Jumlah hasil cukai yang diperoleh kerajaan ditunjukkan oleh kawasanA. a + bB. c + d

20

SdDdHarga

Pt

Pd

Pw

Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Kuantiti0

a b

c d e f

g

Page 21: Bahagian a soalan aneka pilihan

C. d + eD. f + g

12 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sekatan perdagangan ?A. Piawai kesihatan dan keselamatanB. Embargo C. Kawalan pertukaran asingD. Kawalan kredit terpilih

13 Apabila kuota import dikenakan ke atas sesuatu barang, apakah kesan yang mungkin timbul terhadap keluaran tempatan dan harga barang itu ?

Keluaran tempatan (unit) Harga barang yang diimport (RM)A. Naik Jatuh B. Naik JatuhC. Jatuh NaikD. Jatuh Jatuh

14 Imbangan akaun semasa sesebuah negara ialah perbezaan nilai antara eksport dan importA. barang dan perkhidmatan.B. barang dan perkhidmatan ditambah dengan pembelian aset di luar negara.C. barang dan perkhidmatan ditambah dengan pendapatan pelaburan serta bayaran pindahan. D. barang dan perkhidmatan dengan ditolak dengan pelaburan portfolio di luar negara.

15 Permintaan terhadap mata wang asing timbul kerana terdapat permintaan terhadap barang import. Maka, dapat disimpulkan bahawa permintaan terhadap mata wang asing ialah permintaan A. agregat.B. berkaitC. benar.D. berkesan.

16 Sekiranya rakyat Malaysia memerlukan RM100 000 untuk membeli sesuatu barang di Amerika Syarikat yang berharga USD25 000, ini bermakna kadar pertukaran untuk USD1 ialah A. RM2.50. B. RM4.00. C. RM5.00D. RM6.00

17 Rakyat Malaysia meminta mata wang asing dan menawarkan Ringgit untukA. membuat pembayaran kepada pengeksport negara asing. B. mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara lain.C. menerima dividen dan keuntungan daripada pelaburan di luar negara.D. menerima bayaran daripada pengimport luar negara.

18 Dalam sistem kadar pertukaran terapung bebas, yang manakah daripada berikut akan meningkatkan nilai pertukaran Dolar Amerika Syarikat berbanding dengan Yen Jepun ?A. Kadar bunga benar di Amerika Syarikat adalah lebih tinggi daripada Jepun B. Kadar inflasi di Amerika Syarikat adalah lebih tinggi daripada Jepun.C. Pendapatan negara Amerika Syarikat meningkat dengan kadar yang lebih tinggi berbanding

dengan JepunD. Perubahan cita rasa rakyat Amerika Syarikat yang lebih gemar menggunakan barang buatan

Jepun.

19 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti Dolar Amerika Syarikat (USD) diminta dan ditawarkan pada pelbagai kadar pertukaran.

21

Page 22: Bahagian a soalan aneka pilihan

Kuantiti USD yang diminta (unit)

Harga RM / USD Kuantiti USD yang ditawarkan (unit)

150 5.00 560250 4.50 480350 4.00 350450 3.50 285550 3.00 160

Kadar pertukaran keseimbangan ialah A. RM1= USD0.20B. RM1=USD0.22C. RM1=USD0.25 D. RM1=USD0.29

20 Berikut merupakan kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang Dollar Singapura (S$) dan Dollar Amerika Syarikat (USD).

S$1= RM2.20 USD 1= RM3.80 Kadar pertukaran antara mata wang S$ dengan USD ialah

A. S$1= USD0.58 B. S$1 =USD0.61C. S$1 =USD0.66D. S$1= USD0.71

BAB 7 PERTUMBUHAN EKONOMI

1 Konsep pembangunan ekonomi meliputi perkara-perkara berikut kecuali A. agihan pendapatan yang setara. B. kadar kemiskinan yang rendah C. kadar pengangguran yang rendah.D. tingkat harga umum yang lebih tinggi.

2 Antara berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk membuat perbandingan taraf kebajikan antara negara-negara?

A. Pendapatan negara benarB. Pendapatan negara potensiC. Pendapatan negara sebenarD. Pendapatan per kapita

3 Andaikan pendapatan per kapita sebuah negara yang sedang membangun dan negara yang maju pada sesuatu tahun ialah USD1 000 dan USD20 000 masing-masing. Jika kedua-dua negara mencatat kadar pertumbuhan 2% pada tahun berikutnya, jurang perbezaan dalam pendapatan per kapita (USD) akan bertambah sebanyak A USD150B USD270C USD380 D USD460

4 Berikut ialah kelemahan-kelemahan menggunakan pendapatan per kapita sebagai perbandingan taraf kebajikan antara negara-negara kecualiA. pendapatan per kapita tidak menggambarkan perbezaan kos hidup.B. pendapatan per kapita tidak menunjukkan agihan pendapatan masyarakat.C. pendapatan per kapita tidak mencerminkan output fizikal sesebuah ekonomi .

22

Page 23: Bahagian a soalan aneka pilihan

D. pendapatan per kapita tidak mengambil kira kesan eksternaliti negatif dalam usaha meningkatkan pendapatan negara .

5 Sebab utama produktiviti yang rendah dalam sektor pertanian di negara-negara sedang membangun ialah A. saiz tanah yang tidak ekonomikal untuk diusahakan.B. penghijrahan penduduk dari desa ke bandar. C. pemasaran hasil pertanian yang tidak sempurna.D. pelaburan dalam sektor pertanian yang berlebihan .

6 Kesemua yang berikut menghalang pertumbuhan ekonomi negara-negara miskin kecualiA. pembangunan industri penggantian import. B. kadar pertambahan penduduk yang tinggi.C. hutang negara yang tinggi.D. ketidakcekapan penggunaan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada.

7 Antara berikut, yang manakah akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ?A. Peledakan pendudukB. Pengumpulan modal tetap yang rendah C. Tingkat teknologi yang rendah D. Persediaan infrastruktur yang mencukupi

8 Apakah faktor yang menyebabkan tingkat tabungan yang rendah di negara-negara miskin?A. Penduduknya kurang berminat menabungB. Tingkat pendapatan yang rendahC. Kadar faedah yang rendahD. Agihan pendapatan yang tidak setara

9

Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran AA’ ke BB’ berkemungkinan besar disebabkan oleh A. peningkatan teknologi . B. pengaliran modal ke luar negara.C. imbangan pembayaran defisit yang berterusan.D. kadar inflasi yang tinggi.

10 Apakah faktor utama yang menyebabkan kegiatan pengumpulan modal tetap yang lembap di negara- negara sedang membangun ?A. Kekurangan sumber alam semula jadiB. Kekurangan golongan usahawan C. Kekurangan galakan kerajaanD. Tingkat teknologi yang rendah

23

Barang Y

Barang X

B

B’A’

A

Page 24: Bahagian a soalan aneka pilihan

24