bahagian b

14
BAHAGIAN A Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui oleh pengkaji. Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilih pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik. Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula, dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga dengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dijalankan.

Transcript of bahagian b

Page 1: bahagian b

BAHAGIAN A

Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui

oleh pengkaji. Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilih

pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu

pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi

pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa

yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik.

Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan

dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula,

dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh

mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga

dengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang

dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi

gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses

triangulasi dijalankan.

Page 2: bahagian b

BAHAGIAN B

Pendekatan kualitatif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidang

penyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadap

kesahan, keputusan dan fakta.

Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatan

manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka.

Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif

responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikan

dan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidak

menentu yang humanistik.

Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibat

dan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkan

maksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminat

pada kesimpulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi baru

dan keputusan yang berbentuk kependidikan.

Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif

adalah seperti jaringan yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu

jugalah penyelidikan kualitatif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisional

terhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualitatif diklasifikasikan

melalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis dan

penerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidik

memperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkan keperluan

menjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktiviti

responden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat dan

mendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkan

oleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik.

Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahan

statistik tetapi lebih kepada penerangan penyelidikan, ini mungkin memberikan

faedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara

Page 3: bahagian b

mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yang

canggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagi

menguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang sama

memperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka.

Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut:

1. Keaslian (Naturalistik)

Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan data

dan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlah

masa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakan

seperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan dan

lain-lain.

2. Penerangan Ringkasan Data (Description Data)

Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidak

dalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, nota

kerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi.

3. Mengutamakan Kaedah Proses

Penyelidik kualitatif mengutamakan kaedah atau proses daripada

mendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikan

berkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanan

kaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif boleh

diterjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian.

4. Induktif

Penyelidikan kualitatif menganalisa data secara induktif bermaksud

mendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang dan

membuat beberapa andaian sehingga berjaya membuat keputusan

muktamad.

Page 4: bahagian b

5. Bermakna (Meaning)

Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orang menyarankan

kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka.

BAHAGIAN C

Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Kualitatif

Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah:

1. Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian

yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan

peserta kajian (Taylor & Bodgan), dan dengan pendekatan ini membolehkan

pengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagai

kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi

dan hipotesis.

2. Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalan

kajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengan

konteks kajian yang lengkap dan mendalam (Glense & Peshkin 1992).

3. Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi

dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina

rumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987).

4. Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumen

membolehkan proses triangulasi dilakukan. Dengan proses triangulasi

dapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripada

pelbagai maklmuat (Yin 1994).

5. Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap

apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui

(Strauss & Corbin 1990).

6. Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapat

menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam.

7. Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak

langsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang

Page 5: bahagian b

diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku

peserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen.

BAHAGIAN D

Pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan boleh dilakukan menerusi

pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak

mengutamakan data-data berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraian

makna terhadap perkara yang dikaji.

Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedah

pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan yang dibuat

semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakala

temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikan

semasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan bukti dokumen pula

membolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi

daripada pemerhatian dan temubual.

Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakan

atau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebih

lagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat.

Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif

Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur dan

lebih kepada penghuraian ‘makna’ terhadap perkara yang dikaji. Ia tidak

mengutamakan data-data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepada

proses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil dan

penghuraian data bersifat deskriptif.

Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajian

berasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan bukti

atau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif

misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian

Page 6: bahagian b

dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati

(Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), “Penyelidikan yang menggunakan

pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang

perlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alat

penyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada peserta

dan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusia

adalah alat yang sebaik-baiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapat

menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apa

yang dikaji dengan bermakna.

Pemilihan Tempat Kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatan

kualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan dengan

itu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat dan

lain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorang

penyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984),

Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalam

memilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii)

kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji dan

peserta kajian boleh terjalin.

Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan

jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatan

dengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangkan pengkaji perlu menggunakan

akal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukan

tempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjamin

mutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat seperti

dengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamin

dapatan data yang berkualiti.

Page 7: bahagian b

Pemilihan dan Penentuan Peserta Kajian

Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsip

persetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukan

berasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalah

berasaskan tujuan dan soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal.

Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang mengajar

sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yang

diamalkan. Menurut Patton (1990) tidak ada satu peraturan tertentu untuk

menentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun pada

umumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dan

dipilih secara bertujuan atau purposeful sampling.

Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif

1. Pemerhatian

Pemerhatian berasal daripada kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari

perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta kajian sendiri. Pemerhatian

merupakan satu cara untuk mendapatkan data penyelidikan secara terus dan

semulajadi dan ia boleh dilakukan menerusi tiga cara iaitu:

1. Pemerhatian Tidak Turut Serta : Pengkaji hanya melakukan pemerhatian dan

mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta

kajian dan persekitarannya.

2. Pemerhatian Turut Serta : Memerlukan penglibatan pengkaji dalam

persekitaran dan aktiviti peserta kajian.

3. Pemerhatian Separa Turut Serta : Menggunakan ciri-ciri pendekatan kedua-

dua kaedah.

Mohd Majid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan

untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa

pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh

peserta kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi

Page 8: bahagian b

maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi

seandainya dilakukan secara objektif. Penglibatan lama oleh pengkaji dalam

pemerhatian akan menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai. Menurut Jacob

(1988) pemerhatian boleh dilakukan untuk merakamkan pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas dalam keadaan semulajadi.

2. Pemerhatian tanpa turut serta

Pemerhatian tidak turut serta atau non-partisipative observation membolehkan

pengkaji mempelajari bagaimana rasa dan perasaan apabila berada dalam

kehidupan sebenar peserta kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu kekal

sebagai orang luar bagi membolehkan pengkaji membuat laporan penyelidikan yang

tepat. Menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta pengkaji tidak melibatkan diri

atau hadir sama dalam perkembangan tingkah laku peserta kajian atau bergaul

secara langsung dengan mereka.

Kelebihan dan kekuatan penggunaan kaedah pemerhatian

Antara kelebihan keadah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah:

i. Pengkaji dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian.

Selain itu, pengkaji juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya

sendiri untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apa

yang berlaku di tempat kajian.

ii. Pengkaji dapat merapatkan lagi hubungan dengan peserta kajian bagi

menjelaskan hasil pemerhatian yang dilihat dengan lebih tepat.

iii. Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah

kerana pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagai

contoh, seorang guru sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi murid-

muridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid serta

murid dan murid.

iv. Pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan

murid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses pemerhatian,

pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh

prasangka terhadap peserta kajian.

Page 9: bahagian b

3. Pemerhatian Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Berstruktur

Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian berstruktur

dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua-dua kaedah ini perlu dibantu dengan alat

pemerhatian tertentu. Pemerhatian berstruktur boleh menggunakan senarai semak

pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur pula menggunakan catatan

nota lapangan dan dibantu dengan alat perakam yang merakam segala aktiviti yang

berlaku dalam pemerhatian tersebut. Data yang diperolehi daripada nota lapangan

ini akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif iaitu dengan cara

memerihalkan semula apa yang terdapat dalam nota lapangan. Antara soalan-soalan

yang boleh digunakan oleh pengkaji semasa melakukan pemerhatian ialah:

i. Apa yang hendak diperhatikan: Berdasarkan matlamat penyelidikan maka

pengkaji perlu menentukan aspek apakah yang perlu diperhatikan seperti

jenis, turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan pengetua, pensyarah

atau guru. Perkara ini perlu spesifik dan dinyatakan secara eksplisit.

ii. Mengapa pemerhatian tersebut dilakukan.

iii. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan tempoh masa diperlukan.

4. Temubual

Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara

terus dengan peserta kajian. Berdasarkan kaedah temubual, kita dapat memperolehi

maklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan maklumat-maklumat lain yang

diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa atau

kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal

selidik. Temubual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data

yang sangat bermakna kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah

mesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi

soalan terbuka dan mendapatkan maklumat peserta kajian secara terperinci.

Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang boleh

digunakan dalam pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual

Page 10: bahagian b

separa berstruktur, dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temubual memerlukan

suasana yang mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perlu

dipatuhi bagi menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yang

ikhlas dan fakta yang tepat.

Temubual berstruktur memerlukan soalan-soalan yang ditujukan kepada peserta

kajian dirancang bagi mendapatkan respons yang spesifik. Temubual tidak

berstruktur pula memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umum

apabila menyoal. Peserta kajian pula digalakkan memberi respons secara bebas.

Seterusnya soalan tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa.

Temubual separa berstruktur pula akan menggabungkan ciri-ciri temubual

berstruktur dan tidak berstruktur.

Hitchck dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankan

temubual dengan berkesan iaitu:

a. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkan

peserta kajian menjawab soalan-soalan secara aktif serta menghargai

pendapat peserta kajian.

b. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dan

tidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian.

c. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa meyakinkan peserta

kajian bahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas

memberi apa sahaja pandangan dalam respons.

Kelebihan dan kekuatan teknik temubual

i. Data yang diperolehi daripada temubual bersifat fleksibel dan kemungkinan

besar tidak dapat diperoleh menerusi soal selidik.

ii. Penemubual boleh mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepada

peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dan menyeluruh.

iii. Sesi temubual boleh dibuat secara semulajadi, bersahaja dan penemubual

boleh menyesuaikan situasi menerusi hubungan erat atau rapport dan saling

percaya mempercayai antara satu dan lain. Jawapan temubual tersebut boleh

Page 11: bahagian b

menggambarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta kajian boleh

diambilkira oleh pengkaji (Gay 1981).

5. Bukti dan analisis dokumen

Penggunaan bukti dokumen juga merupakan salah satu lagi cara pengumpulan data

dalam pendekatan kualitatif. Merriam (1998) membahagikan dokumen kepada tiga

jenis iaitu dokumen atau rekod awam, dokumen peribadi dan bahan-bahan

berbentuk fizikal (artifak). Dokumen atau rekod awam bertulis seperti dokumen rasmi

sekolah, minit mesyuarat panitia, majalah sekolah, buku rekod mengajar dan bahan

bantuan mengajar seperti cara dan pengurusan grafik. Penganalisisan dokumen

rasmi seperti buku rekod mengajar membolehkan pengkaji menyemak sendiri apa

yang ditulis oleh peserta kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan. Begitu juga dengan penganalisisan minit mesyuarat dapat memberi

input mengenai apakah rancangan pengajaran yang telah dirangka atau

dilaksanakan oleh peserta kajian.

Dokumen peribadi pula adalah dokumen yang dihasilkan oleh seseorang (Bogdan &

Biklen 1988). Contoh dokumen peribadi ialah bahan bantuan yang disediakan oleh

peserta kajian, buku rujukan, buku catatan, buku latihan pelajar dan buku teks.

Penganalisisan rekod peribadi membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan

pengesahan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh peserta kajian dalam

pengajaran di bilik darjah. Setiap dokumen yang digunakan boleh direkodkan dengan

cara menamakan terlebih dahulu dokumen itu, konteks dokumen dan perkaitannya

dengan dokumen lain, kepentingan dokumen dan rumusan kandungan dokumen

(Miles & Huberman 1994).

Dokumen berbentuk artifak pula merupakan bahan maujud yang boleh menjadi bukti

dalam sesuatu kajian. Ia mempunyai maklumat mengenai sesuatu persitiwa dan

budaya serta sesuai dijadikan bahan kajian. Ahli sejarah telah menggunakan bahan

ini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan

peradaban melalui penelitian terhadap artifak purba seperti bangunan. Pelbagai

bahan artifak yang ditemui pengkaji telah dapat menjawab persoalan kajian yang

ditentukan. Begitu juga pada masa yang sama terdapat artifak yang dapat memberi

Page 12: bahagian b

pengetahuan baru atau persoalan baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji.

Di sekolah tedapat bahan artifak seperti bangunan bengkel, perpustakaan, brosur

sekolah, perancangan lima tahun sekolah, senikata lagu, visi dan misi sekolah.

Proses Pengumpulan Data Kualitatif

Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting untuk

menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif. Hal ini

disebabkan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji merupakan instrumen kajian

utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung

dengan manusia di sekelilingnya (Marohaini 2001).

Kajian Rintis

Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan sebagai

persediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh pengkaji sebelum

memasuki kajian sebenar. Hal ini diakui oleh Glesne dan Peshkin (1992) yang

mengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji dapat belajar mengenai proses

kajian, jadual temubual dan teknik pemerhatian. Dapatan kajian rintis ini

membolehkan pengkaji menyemak semula rancangan kajian.

Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran

Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asal

semasa pengumpulan data dilakukan. Antara catatan nota lapangan dalam

pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan dan

aktiviti yang berlaku semasa berlangsungnya pengajaran. Tujuan pengkaji

mencatatkan perasaan dan luahan hati peserta kajian semasa melaksanakan

pengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai amalan

pengajaran guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam dua bentuk iaitu secara

verbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun catatan secara deskriptif lebih

diutamakan kerana butir percakapan secara verbatim peserta kajian boleh diperolehi

daripada pita rakaman. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan

Page 13: bahagian b

pengajaran guru sejak awal sehingga tamat pengajaran boleh dicatat seberapa

banyak yang termampu oleh pengkaji.

Temubual Mendalam dan Rakaman Audio atau Video

Semasa pemerhatian dijalankan pengkaji tidak boleh berinteraksi secara langsung

dengan peserta kajian malahan segala amalan dan tingkah laku peserta kajian

termasuk perkataan yang dikeluarkan oleh mereka dicatat atau dirakamkan sahaja.

Kesemua butir-butir temubual antara pengkaji dan peserta kajian telah dirakamkan

dengan alat perakam audio. Selain mencatat secara umum isi perbualan, pengkaji

juga turut mencatatkan gaya percakapan, nada suara, pergerakan mata, mimik muka

peserta kajian bagi tujuan meneroka isi hati dan perasaan peserta kajian berhubung

dengan isu yang diperkatakan. Langkah ini amat penting dilakukan dalam kajian

berbentuk kualitatif bagi mendapatkan gambaran holistik dan tepat mengenai

maksud jawapan peserta kajian.

Dokumen Pengajaran

Antara dokumen yang boleh digunakan dalam kajian adalah seperti buku rekod

mengajar guru, minit mesyuarat panitia, bahan bantu mengajar seperti pengurusan

grafik, hasil tugasan pelajar dan buku teks. Kesemua dokumen ini perlu diambil oleh

pengkaji sebelum, semasa atau sebaik sahaja tamat pemerhatian. Walau

bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pengumpulan dokumen pengajaran yang

diperlukan terpaksa dilakukan pada hari bukan pemerhatian dijalankan.

Page 14: bahagian b

RUJUKAN

Akhbar Ibrahim. 1992. The A-Level Examination: Qualitative and Quantitative

Data in The Context of Perfomance Monitoring System : Thesis PhD

University of New Castle Upon – Tyne

Bogdan, R. C & Biklen, S K. 1989. Qualitative research in education: An

Introduction to theory and method. Boston : Allyn & Bacon Inc.

Crawson, R L. 1987. Qualitative research methods in higher education. Dlm

smart J. C (pynt), higher education: Handbook of theory and research.

Volume III, halaman 1-55, New York : Agathon Press Inc.

Creswll. J W 1998. Qualitative inquiry and research design choosing among five

traditions. Thousand Oasks: Sage Publications.

Fraenkel. J R & Wallen. N. E. 1993. How to Design and Evaluate Research in

Education. Ed. Ke 3 New York: Mc Graw-Hill Inc.

Glesne, C. & Peshkin, A. 1992. Becoming Qualitative Researchers. An

Introduction. New York: Longman