Bahagian b

24
BAHAGIAN B Saya memang tidak bersetuju dengan pernyataan “pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu di sekolah rendah tidak ditekankan”. Di sekolah rendah memang guru-guru memberi penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur sepertimana yang ditetapkan dalam standard kurikulum KSSR. Dalam KSSR kemahiran mendengar dan bertutur diajar sepenuhnya selama 1 jam seminggu. Jadi, guru-guru tidak boleh mengabaikan kemahiran ini. Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu. Kemahiran Mendengar Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu, mendengar pasif dan mendengar aktif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. Manakala mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.

description

LDP

Transcript of Bahagian b

Page 1: Bahagian b

BAHAGIAN B

Saya memang tidak bersetuju dengan pernyataan “pengajaran kemahiran mendengar

dan bertutur dalam bahasa Melayu di sekolah rendah tidak ditekankan”. Di sekolah rendah

memang guru-guru memberi penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur sepertimana

yang ditetapkan dalam standard kurikulum KSSR. Dalam KSSR kemahiran mendengar dan

bertutur diajar sepenuhnya selama 1 jam seminggu. Jadi, guru-guru tidak boleh mengabaikan

kemahiran ini.

Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran

mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan

aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran

yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh

memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar,

pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara

atau situasi yang dialaminya ketika itu.

Kemahiran Mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu, mendengar pasif dan mendengar aktif.

Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang

disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna

keseluruhan ujaran yang diterima. Manakala mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua

hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang

diterima atau didengar.

Page 2: Bahagian b

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MEMAHAMI

Berdasarkan rajah di atas, ia menerangkan tentang peringkat kemahiran mendengar yang

terdiri daripada aras rendah dan aras tinggi. Melalui rajah tersebut juga, kita dapat melihat antara

contoh-contoh yang berkaitan dengan perlakuan individu yang menguasai peringkat aras yang

berbeza.

Aktiviti Kemahiran Mendengar

Antara aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar yang dijalankan oleh guru adalah seperti di

dalam rajah berikut:

Peringkat Kemahiran MendengarAras Rendah-Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.-Mengenal maklumat khusus.-Mengesan urutan.-Mengenal sebab dan akibat.-Mengenal perhubungan orang- orang yang berinteraksi.-Mengenal sikap dan perasaan orang .-Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.-Mengenal maklumat khusus.-Mengesan urutan.-Mengenal sebab dan akibat.-Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi.Tinggi-Mengenal isi-isi penting.-Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap.-Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.-Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.-Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.

Page 3: Bahagian b

RAJAH 4 : AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

Oleh hal yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa kemahiran mendengar merupakan

kemahiran asas yang sangat penting bagi seseorang individu yang diajar secara serentak dengan

kemahiran bertutur atau kata nama lainnya kemahiran lisan. Terdapat dua aras yang terlibat

dalam kemahiran mendengar iaitu aras tinggi dan aras rendah. Guru-guru mengajar kemahiran

ini melalui dua peringkat berdasarkan aras kesukaran tugasan dan fungsi kemahiran tersebut

diaplikasikan. Hal ini dapat menguji sejauh mana keberkesanan atau kecekapan seseorang

individu terutamanya murid-murid dalam proses mendengar. Berikut adalah teknik-teknik

pengajaran kemahiran lisan yang diamalkan oleh guru-guru bahasa.

AktivitiMengenal dan mengecamMengenal dan mengecamMengecam sebutan bakuMembuat inferensMenerangkan sebab sesuatu perkaraMenganalisis maklumatMencari makna perkataan Membuat rumusanMemberi pandangan Membuat penilaianMemberi pandangan atau pendapat

Page 4: Bahagian b

BAHAGIAN C

a) BAGAIMANA KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DIPERKEMBANGKAN

DI SEKOLAH.

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR

1) Memandang kepada pengucap

2) Berprasangka baik

3) Niat yang betul

4) Tumpuan yang tinggi

5) Perhatikan apa yang ditulis

6) Fokus apa yang ditunjuk

7) Latih diri banyak mendengar dari bertutur

Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran

mendengar di kalangan pelajar:

a. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti

perbualan, ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.

b. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan

mental dan emosi pelajar.

c. Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan

oleh guru serta memberi jawapan yang betul.

d. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar

dalam kalangan pelajar.

Page 5: Bahagian b

Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi percakapan

(bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh dijalankan dalam

pelajaran bahasa Melayu :

i. Mendengar bunyi alamiah.

- Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain secara berasingan atau

dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau digangguioleh bunyi latar belakang.

- Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang didengar.

- Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks pendengaran.

- Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu.

- Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi.

- Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-sama dengan bunyi

lain.

ii. Kefahaman mendengar (percakapan)

- Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.

- Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti.

- Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.

- Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan, perbahasa, ceramah

dan perbualan.

- Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih dahulu ataupun tidak.

- Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan, pendapat dan

sebagainya.

- Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak.

- Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang.

- Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.

- Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan.

- Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan ragam penuturnya.

- Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara penutur.

- Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam sesuatu perbalahan pendapat.

Page 6: Bahagian b

Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur

Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti

cadangan yang berikut:

a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan

1. Murid menyampaikan cerita.

2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.

3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.

4. Murid menyanyi.

5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid berlakon atau

berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.

6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru.

7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang datang

mengajar di kelas mereka.

8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah dibacakan oleh Tuanku

Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.

b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.

1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.

2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang cara membuat

sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak sesuatu masakan.

3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya, tentang rancangan

atau jadual kokurikulum.

4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan sesuatu projek

sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.

5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan di sekolah.

6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan berkaitan dengan

sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya,

murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk

mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei.

c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.

1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.

2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.

Page 7: Bahagian b

3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu persatuan yang diwakilinya

di sekolah.

4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau mencuba sesuatu barang

baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau

penyedut habuk.

d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.

1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang

berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau

wang di bilik darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau mencalarkan

kereta guru.

2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang melalui aktiviti

di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan

perpustakaan dan sebagainya.

Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur dan

membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau

forum adalah terhad.

3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu perbicaraan. Kes yang

dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru

mengadakan simulasi perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai

mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang yang dituduh atau

didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai saksi, pegawai polis dan juri.

4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka menjadi guru

pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka

bercakap dan berunding tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.

5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga yang cuba

mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan cara berunding supaya kedu-

duanya berbaik semula.

Page 8: Bahagian b

6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu parti pembangkang

dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu

yang dibincangkan mungkin masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.

b) KEPENTINGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

  Kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur atau juga dikenali sebagai kemahiran lisan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan orang lain

secara tepat bagi menyatakan kehendak ,perasaan, pengalaman dan berupaya mengutarakan pendapat dan

pandangan yang jituserta berkesan. Contohnya dalam aktiviti perbincangan kumpulan, murid yang telah

menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur akan mudah melakukan perbincangan

kumpulan dengan cara memberikan buah fikiran yang bernas berdasarkan pengalaman yang sedia ada pada

murid tersebut melalui kemahiran bertutur dan mendengar yang telah dikuasainya. Ini secara tidak langsung akan

memberikan kesan yang positif kepada proses perbincangan disamping dapat membantu rakan-rakan dalam

kumpulan perbincang memahami isi-isi perbincangan dengan memberikan pendapat serta contoh yang mudah

difahami.

Kepentingan yang seterusnya adalah membolehkan murid-murid menyebut perkataan atau ayat

dengan betul, jelas dan tepat. Apabila murid-murid mendengar cikgu bahasa melayu mereka menyebut perkataan,

mereka akan berusaha untuk menyebut perkataan tersebut dengan gaya, sebutan serta intonasi yang sama dengan

apa yang guru mereka sebut. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan sebutan murid-murid tersebut dan

akhirnya akan menyebabkan murid-murid dapat menyebut ayat dengan betul, jelas dan tepat. Ini akan

memudahkan murid-murid dalam proses berkomunikasi dengan individu lain ataupun melancaran proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukan hanya tertumpu kepada kelas bahasa melayu malahan semua

subjek yang dipelajari oleh murid-murid.

Page 9: Bahagian b

Kepentingan yang ketiga adalah membolehkan murid-murid bertutur menggunakan ayat yang

tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang lebih luas. Contohnya dalam kelas bahasa melayu,

cikgu Abu mengajar murid-muridnya bagaimana menggunakan ayat yang tersusun dengan perkataan yang tepat

ketika bercakap. Melalui kemahiran mendengar secara aktif, murid-muridnya akan mendengar apa yang

diujarkan oleh Cikgu Abu yang menggunakan bahasa yang betul dengan penggunaan ayat yang tepat. Secara

tidak langsung murid-muridnya akan mengusai kemahiran bertutur dengan menggunakan ayat dan perkataan

yang tepat.

 

Selain itu, murid-murid juga akan memperkayakan penguasaan kosa katanya melalui bertutur dan

mendengar ketika di dalam kelas. Kepentingan kemahiran lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa melayu juga adalah dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri serta menjadikan murid-murid

berani bercakap, menyatakan perasaan dan pendapat. Di dalam kelas, cikgu akan mengajar dengan menggunakan

bahasa melayu yang tepat dan sesuai. Apabila murid mendengar dengan aktif, mereka akan belajar menggunakan

bahasa yang sesuai dengan mahir. Apabila telah mahir, murid-murid akan lebih berani dan lebih yakin untuk

bersuara lebih-lebih lagi apabila guru bertanyakan soalan.

Malahan sudah pasti jawapan yang diberikan adalah merupakan pendapat atau idea-idea yang bernas

kerana mereka sudah menguasai kemahiran bertutur. Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri

untuk bersuara ini akan mempunyai ramai kawan kerana senang berkomunikasi dengan orang lain serta

pendapatnya mudah difahami melalui pertuturan yang jelas dan tepat. Kepentingan yang terakhir adalah melatih

murid-murid mendengar dan memahami pertuturan dengan baik. Kemahiran mendengar secara berkesan dapat

mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara duahala dan menghasilkan

persefahaman secara optimum.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar

supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam

pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses

pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan lancar. Di dalam kelas, cikgu akan memberikan arahan tentang

sesuatu tugasan. Kemahiran mendengar amat diperlukan di dalam situasi ini. Sekiranya murid mendengar dengan

teliti, ini akan membantu murid-murid memahami kehendak arahan cikgu tersebut.

Apabila faham dengan arahan barulah mudah untuk murid-murid melaksanakan arahan yang telah

diberikan dengan tepat dan jayanya. Barulah proses pemerolehan ilmu berjalan dengan berkesan. Selain itu, ia

secara tidak langsung juga akan meningkatkan kemahiran mendengar seterusnya memahami pertuturan dalam

kehidupan seharian murid-murid. Daripada kepentingan-kepentingan yang telah dinyatakan diatas, dapat

Page 10: Bahagian b

disimpulkan kemahiran lisan amat penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajar

bahasa melayu.

MASA YANG DIPERUNTUKKAN

Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran kemahiran bertutur dan mendengar adalah satu jam.

Kemahiran ini diajar seminggu sekali.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DI KELAS

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru

menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud

berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran

bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu

kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur

yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti

dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.

Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

1)    Kaedah terus

2)     Kaedah fonetik/ linguistik

3)   Kaedah eklektik

4) Kaedah audio-lingual

5)   Kaedah komunikatif

  

KAEDAH TERUS

Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa

pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus

Page 11: Bahagian b

bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur

adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari.

Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan

objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang

diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu

pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan

topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama +

kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Contoh ayat :

•      Saya minum (ayat sebelumnya)

•      Saya minum susu (ayat baru)

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan

bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah,

kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-

murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK

Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian

diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan

bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini

kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa

tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [Əma?] untuk perkataan emak. Nahu atau

tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu

dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui

kaedah ini juga murid –murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca

  

Page 12: Bahagian b

KAEDAH EKLEKTIK

Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya.

Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada

pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran

bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek

tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan

kuat dan bersoal jawab.

KAEDAH AUDIO –LINGUAL

Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan

kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa

alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan

yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana

misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui

kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman).

Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa

dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya

akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan.

Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan

murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang

dengan rakan-rakan.

KAEDAH KOMUNIKATIF

Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang

melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan

Page 13: Bahagian b

bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan

bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna

terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru

melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang

bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif

ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

Page 14: Bahagian b

5.1 Teknik Pengajaran Kemahiran Lisan

Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka

untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan.

Berikut adalah beberapa teknik yang melibatkan teknik lisan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa.

5.1.1 Bercerita

Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan

pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat

gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami

sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat

untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, serta mementingkan aspek-aspek bahasa yang yang hendak

disampaikan sebagai tumpuan utama.

5.1.2 Bersyarah

Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-

prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan

menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu

hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah

Page 15: Bahagian b

menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang

tercetak di dalam teks itu.

Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan

pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir

dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan

merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi konsep,

perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga harus menyediakan dan

memberikan kepada murid rangka teks sebagai panduan kepada mereka.

5.1.3 Perbincangan

Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan

komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan

aktifdalam menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui

teknik ni murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka

dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk

lebih cergas, berani da tegas.

5.1.4 Soal Jawab

Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini

dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak

balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa

yang diajar.

5.1.5 Main Peranan

Page 16: Bahagian b

Melalui teknik ini, murid dapat gambaran terhadap suatu situasi atau pengalaman secara

spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap suatu situasi atau

keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa skrip.Teknik ini mementingkan interaksi individu

serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi berkumpulan.

5.1.6 Teater Pembaca

Teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca sebuah skrip. Teknik ini

mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Teknik ini dapat

membantu murid untuk memahami, menghayati, dan merasakan cerita yang dibaca seolah-olah

berlaku di hadapan mereka. Teknik ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre drama,

cerpen dan prosa klasik.

5.1.7 Teater Bercerita

Teater bercerita pula melibatkan seorang pencerita dan juga beberapa orang pelakon yang

akan melakonkan watak dalam skrip yang diberikan. Tugas pencerita ialah menyampaikan cerita

kepada audiens, manakala pelakon pula perlulah melakonkan situasi yang berlaku mengikut

watak mereka yang terdapat dalam skrip. Guru mestilah menyediakan skrip yang bersesuaian

dengan tahap murid. Teknik ini juga sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre drama, cerpen

dan prosa klasik.

Page 17: Bahagian b

Dapatan Temubual

Berdasarkan temubual yang dibuat daripada 3 orang guru bahasa Melayu di sekolah

saya didapati mereka menyatakan pendapat yang sama dimana mereka masing- masing

mengutamakan kemahiran mendengar dan bertutur di kelas. Mereka berpendapat kemahiran

mendengar dan bertutur merupakan kemahiran paling asas dan tunjang yang harus dikuasai oleh

setiap murid bagi menguasai kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan menulis.

Daripada dapatan temubual 3 orang guru bahasa Melayu didapati salah seorang guru

menggunakan kaedah terus dimana murid-murid lebih cenderung menggunakan bahasa ibunda.

Jadi, melalui kaedah ini guru-guru dapat membantu murid-murid untuk menguasai kosa kata.

Selain itu, mengikut pendapat seorang guru lagi beliau menggunakan kaedah mendengar

pertuturan guru dan diikuti oleh murid-murid, murid-murid bertutur dengan guru, murid-murid

memberi respon apabila guru bertutur bersoal jawab serta mendengar perbualan rakaman. Guru

yang ketiga mengatakan bahawa beliau akan menggunakan kaedah pengamatan dimana meneliti

lakonan murid melalui simulasi dan pada masa dapat mengenal pasti sebutan, nada, jeda, intonasi

dan sebagainya.

Seperkara lagi, dapatan daripada ketiga-tiga orang guru didapati mereka menggunakan

pelbagai teknik untuk penilaian. Antaranya, guru membaca petikan dan murid-murid mendengar,

mengajukan soalan berpandukan petikan, memberi imlak kepada murid-murid, mendengar lagu

sebagai didik hibur, lakonan, simulasi, temu ramah, berdiolog dan sebagainya. Kesimpulannya,

ketiga-tiga orang guru yang telah ditemu bual menyatakan bahawa mereka memberi keutamaan

dan penekanan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur.