Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

40
PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Transcript of Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Page 1: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Page 2: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Pertumbuhan penduduk merujuk kepadaperubahan sama ada pertambahan atau pengurangan penduduk di sesuatu kawasan dalam tempoh tertentu yang melibatkankadar kelahiran, kadar kematian dan kadar migrasi bersih.

Page 3: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Kadar kelahiran iaitu peratus/nisbah kelahiran dala tempoh masa tertentu.

ii. Kadar kematian iaitu peratus/nisbah kematian dala tempoh masa tertentu.

iii. Migrasi bersih iaitu perbezaan antara migrasi masa dengan migrasi keluar dalam tempoh tertentu.

Page 4: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah maka pertumbuhan penduduk akan bertambah dengan pesat – pertumbuhan positif.

ii. Jika kadar kelahiran rendah dan kadarkematian tinggi maka pengurangan penduduk akan berlaku pertumbuhan negatif.

Page 5: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Amalan perkahwinan pada usia muda iaitu di sekitar belasan tahun dan awal 20-an juga meningkatkan kelahiran. Ini meningkatkan kadar fertiliti dalam kalangan wanita.

ii. Kegagalan amalan perancangan keluarga sesetengah negara seperti India dan Pakistan menyebabkan kadar kelahiran bertambah dengan cepat. Ini disebabkan oleh halangan agama,adat dan taraf pendidikan yang masih rendah terutamanya dalam kalangan penduduk luar bandar.

Page 6: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Kegagalan amalan perancangan keluarga sesetengahnegara Benua Afrika. Hal ini kerana halangan agama,adat dan taraf pendidikan yang masih rendah terutamanya dalam kalangan penduduk luar bandar.

ii. Amalan perkahwinan pada usia muda iaitu di sekitar belasan tahun dan awal 20-an masih tinggi di Afrika .Ini meningkatkan kadar fertiliti dalam kalangan wanita yang cenderung meningkatkan kadar kelahiran.

iii. Keperluan buruh keluarga khususnya dalam sektor pertanian di luar bandar. Di Somalia, Uganda dan China pergantungan kepada tenaga buruh keluarga am tinggi bagi menjimatkan kos pengeluaran. Kesannya kadar kelahiran meningkat.

Page 7: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Tahap pendidikan tinggi dalam kalangan penduduk negara-negara Eropah menyebabkan mereka mengawal kelahiran melalui kaedah perancang keluarga, lambat kahwin dll.

ii. Pertambahan wanita berkerjaya. Kesannya mereka lambat kahwin kerana tertumpu kepada pendidikan, dan pembinaan kerjaya masing-masing. Ini akan menjejaskan tahap fertiliti/kesuburan wanita berkenaan seterusnya mengurangkan kelahiran.

iii. Kos sara hidup yang tinggi. Kesannya setiap keluargaterpaksa menghadkan bilangan anak untuk memastikankos sara hidup dapat dijimatkan. Ini bertujuan untukmemastikan setiap anak mendapat peluang pendidikanyang lebih baik.

Page 8: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Kegagalan amalan perancangan keluargasesetengah negara seperti India dan Pakistan. disebabkan oleh halangan agama,adat dan taraf pendidikan yang masih rendah terutamanya dalam kalangan penduduk luar bandar.

ii. Amalan perkahwinan pada usia muda iaitu di sekitabelasan tahun dan awal 20-an. Ini meningkat kadar fertiliti dalam kalangan wanita yang cenderung meningkatkan kadar kelahiran.

iii. Keperluan buruh keluarga khususnya di sektor pertanian di luar bandar. Di India, Indonesia pergantungan kepada tenaga buruh keluarga amat tinggi bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Page 9: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Meningkatkan bekalan buruh dalam negara untuk mamajukan pelbagai sektor ekonomi seperti pertani an,pembinaan,perindustrian, perkhidmatan can lain-lain. Penduduk yang ramai menjadi aset tenaga kerja profesional can bukan profesional kepada sesebuah negara.

ii. Memperluaskan saiz pasaran melalui pertambahan penduduk. Pasaran domestik menjadi semakin besar clan kuasa beli pengguna tempatan juga boleh bertambah.

Page 10: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Kekurangan sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan yang tidak sepadan dengan jumlah penduduk yang ramai. Ini boleh menyebabkan kebuluran.

ii. Masalah kemiskinan dan kemunduran. Peluang pekerjaan yang terhad berbanding dengan jumlah penduduk yang ramai akan menyebabkan pengganguran, pendapatan perkapita yang kecil, miskin dan taraf hidup penduduk yang rendah.

iii. Kualiti hidup penduduk yang rendah. Kerajaan tidak mampu menyediakan akses pendidikan dan kesihatan yang baik untuk keperluan penduduk yang ramai. Ini boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti penularan wabak penyakit serta masalah keciciran dan buta huruf dalam pelajaran.

Page 11: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil seperti di negara China yang melaksanakan polisi 1 keluagra 1 anak. Tindakan denda/kompaun, menaikkan cukai pendapatan,memotongpemberian subsidi can lain-lain boleh dikenakan kepada keluarga yang memiliki bilangan anak melebihi had yang ditetapkan.

ii. Melewatkan had umur layak kahwin. Misalnya dari belasan tahun kepada pertengahan 20-an. Ini dapat mengurangkan fertiliti/kesuburan di kalangan wanita.

iii. Melaksanakan program perancangan keluarga untuk menjarakkan kelahiran seperti penggunaan kondom, pil perancang, kaedah AUD dsb.

iv. Meningkatkan peluang dan jumlah wanita berkerjaya dalam bidang profesional. Ini akan melewatkan wanita berkahwin can seterusnya mengurangkan fertiliti/ kesuburan.

Page 12: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Trend pertumbuhan penduduk bandar di Malaysia bertambah dengan pesat disebabkan migrasi masuk penduduk dari desa. Migran yang masuk terdiri daripada golongan muda, yang mempunyai kadar fertiliti yang tinggi apabila mereka berkahwin yang menyebabkan kelahiran bertambah dengan cepat di bandar.

ii. Trend pertumbuhan penduduk luar bandar pula mengalami trend semakin menurun disebabkan oleh migrasi keluar penduduk muda. Yang tinggal ialah penduduk tua yang sudah tamat kadar fertilitinya.

Page 13: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Pembangunan ekonomi menjadi lembabkhususnya dalam bidang pertanian akibat kekurangan buruh/ tenaga kerja muda yang telah berhijrah ke bandar. Golongan tua yang tinggal tidak lagi produktif.

ii. Saiz pasaran luar bandar juga semakin mengecil kerana kekurangan penduduk dan kuali beli penduduk desa juga menjadi semakin rendah.

Page 14: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Penduduk optimum bermaksud jumlah penduduk seimbang dengan daya tampung sumber alam semasa berbanding dengan tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimum. Keadaan optimum berlaku apabila bilangan penduduk sepadan denganpenawaran sumber dan negara memiliki tahap teknologi yang tinggi.

Page 15: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Kadar kelahiran yang rendah dan kadar kematian juga rendah. Ini disebabkan oleh keberkesanan program perancangan keluarga, tahap pendidikan penduduknya yang tinggi serta kemajuan perubatan moden.

ii. Jangka hayat penduduk yang tinggi sehingga melangkaui 80 tahun. Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan kesihatan penduduknya adalah tinggi, diet pemakanan yang seimbang, amalan gaya hidup sihat serta teknologi perubatan yang canggih.

iii. Kualiti hidup penduduknya yang tinggi–berpendapatan tinggi, mewah can gaya hidup kosmopolitan.

Page 16: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Melalui program kawalan penduduk yang terancang dengan keberkesanan amalan perancangan keluarga disamping meningkatkan kualiti hidup rakyatnya seperti tahap pendidikan yang tinggi, nilai moral yang tinggi dll.

ii. Melalui kemajuan teknologi yang mencipta banyak peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang tinggi kepada rakyatnya khususnya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. Teknologi moden juga telah menjana pengeluaran makanan yang banyak bagi menampung keperluan penduduk. Justeru wujud keseimbangan antara jumlah penduduk dengan penawaran sumber makanan.

Page 17: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Penduduk kurangan bermaksud sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yang kurang berbanding dengan daya tampung sumber alam

ii. Lebihan penduduk ialah jumlah pendudukmelebihi kemampuan penawaran sumber yang a la dalam sesebuah negara.

Page 18: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Amalan perancangan kurang berkesan kerana tahap pendidikan penduduknya yang rendah, faktor halangan agama, adat, sikap, dan status quo masyarakat.

ii. Keperluan tenaga buruh keluarga bagi mengusahakan sektor pertanian – bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Page 19: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Dasar ini amat berjaya mengawal pertumbuhan penduduk negara China yang sedia ramai kerana tindakan tegas daripada kerajaan seperti mengenakan denda, menarik batik keistimewaan seperti pembelajaran percuma, biasiswa dll.

ii. Namun begitu dalam jangka masa panjang, populasi golongan muda negara China semakin berkurangan sebaliknya penuaan penduduk pula semakin bertambah. Ini merugikan negara dalam jangka mass panjang.

Page 20: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Ini kerana negara Singapura sedang mengalami kekurangan penduduk kesan dasar saiz keluarga kecil yang telah diamalkan semenjak tahun 1970-an lagi.

ii. Singapura juga mengalami krisis kekurangan tenaga buruh tempatan di samping saiz pasaran domestik yang semakin mengecil.

Page 21: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Bagi menambahkan bekalan tenaga buruhdi samping memperluaskan saiz pasaran domestik agar tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing.

ii. Sumber semula jadi dalam negara masih banyak untuk menampung keperluanpenduduk seperti sumber tanah, pertanian, perikanan dll yang masih belum dijana sepenuhnya.

Page 22: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Kadar pengganguran mungkin meningkat dengan ketara jika pertumbuhan penduduk ticak diimbangi dengan keperluan pekerjaan yang baik khususnya dalam sektor ekonomi moden.

ii. Boleh berlaku masalah lebihan penduduk seperti kekurangan sumber makanan, perumahan – yang boleh mewujudkan persetingganan, peningkatan masalahsosial dll.

Page 23: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Ketersediaan masyarakat/penduduk untuk memiliki anak yang ramai dalam keadaan kos hidup yang terlalu tinggi. Ini membebankan keluarga dan boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat.

ii. Teknologi untuk menjana sumber alam yang ada masih rendah bagi meningkatkan pengeluaran – menampung keperluan penduduk jika berlaku pertumbuhan yang pesat.

Page 24: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

i. Memberikan kemudahan cuti bersalin bergaji penuh kepada kakitangan awam selama tiga bulan bagi menggalakkan kadar kelahiran. Kerajaan juga menyediakan kemudahan rawatan percuma kepada ibu-ibu yang mengandung dan barn melahirkan anak.

ii. Meningkatkan kualiti hidup penduduk khususnya dalam konteks peningkatan pendapatan perkapitaagar mampu memiliki/menyara anak yang lebih ramai. Contohnya melaksanakan dasar gaji minima (RM: 900.00), memperbanyakan peluang pekerjaan dalam sektor industri, perkhidmatan dan perniagaan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan dan tetap dsb.

Page 25: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Kadar Kelahiran yang tinggi dan Kadar Kematian yang rendah disebabkan oleh:1. Peningkatan kemudahan kesihatan.2. KegagaIan/kurang berkesan program perancangan

keluarga.3. Kahwin awal.4. Keperluan buruh/tenaga manusia. 5. Kualiti hidup penduduk disesetangah negara meningkat.

Teknologi pengeluaran masih rendah dan faktor kerajaan/ Governan.1. Kelemahan kerajaan/ faktor politik.2. Teknologi untuk meneroka,menjana dan

mempelbagaikan sumber pengeluaran yang ada bagimenampung keperluan penduduk masih rendah.

Page 26: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Sesebuah negara akan mengalami lebihanpenduduk (rujuk kembali kepada soalan) kerana peningkatan kemudahan kesihatan(hospital/ klinik) sistem dan peralatanperubatan moden serta doktor. (1m) Peningkatan kemuahan kesihatanmenyebabkan kadar kematian bagi menurunpelbagai penyakit dapat diubati sepertihepatitis B. Ini menyebabkan kadar kematianbayi yang baru lahir dapat dikurangkan danmenurunkan kadar kematian. (1m)

Page 27: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Peningkatan kemudahan kesihatan(hospital/ klinik) sistem dan peralatanperubatan moden serta doktor. (1m) Peningkatan kemuahan kesihatanmenyebabkan kadar kematian bagi menurunpelbagai penyakit dapat diubati sepertihepatitis B. Ini menyebabkan kadar kematianbayi yang baru lahir dapat dikurangkan danmenurunkan kadar kematian. (1m) Kesannya, sesebuah negara akan mengalami lebihanpenduduk. (rujuk kembali kepada soalan)

Page 28: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

KegagaIan/kurang berkesan program perancangan keluarga untuk menjarakkan kelahiran –akibat halangan agama, adat dan status quo serta tarafpendidikan yang rendah di sesetangah masyarakat.

Kahwin awal. Perkahwinan pada usia muds meningkatkan kadar fertiliti. Tahap kesuburan wanitaialah antara umur (15 – 45 tahun). Amalan kahwin awal, kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelumtamat kesuburan.

Keperluan buruh/tenaga manusia. Di sesetangahnegara seperti India tenaga buruh untuk sektorpertanian datangnya daripada ahli keluarga. Anak yang ramai kos buruh menjadi lebih murah.

Page 29: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Kualiti hidup penduduk disesetangah negarameningkat. Pendapatan perkapita meningkat mampu untukmenyara keluarga yang ramai. Amalan pemakanan berzat/ seimbang dan penjagaan kesihatan yang baik meningkatkanjangka hayat penduduk – mengurangkan kadar kematian.

Kelemahan kerajaan/ faktor politik. Ketidakcekapankerajaan untuk mengawal kelahiran, menyebabkan inovasi/ pendidikan kekeluargaan, masalah ketidakstabilan politik/ negarabergolak yang menyebabkan dasar kependudukan tidak dapatdilaksanakan. Contoh di Sudan.

Di sesetengah negara teknologi untuk meneroka,menjanadan mempelbagaikan sumber pengeluaran yang ada bagimenampung keperluan penduduk masih rendah. Sumber terbiarsebagai stok atau diguna secara membazir. Keperluan makanan, tempat tinggal dan pekerjaan penduduk tidak dapat dipenuhi. Banyak berlaku di negara yang mengalami lebihan pendudukmutlak.

Page 30: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Kesan negatif

1. Kadar pengganguran yang tinggi

2. Kemiskinan dan kemunduran

3. Kualiti hidup rendah

4. Masalah kekurangan makanan

5. Masalah social bertambah

Page 31: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Kesan positif

1. Bekalan tenaga buruh ramai

2. Saiz pasaran besar

3. Pertahanan negara kukuh.

Page 32: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Lebihan penduduk kebiasaanya memberikesan negatif terhadap sosioekonomi sesebuahnegara iaitu berlaku kadar pengganguran yang tinggi. Aras penduduk tidak boleh ditampungdengan kemampuan sumber pekerjaan yang terhad/tidak dipelbagaikan. Persaingan untukmendapatkan pekerjaan tinggi dan ini akanmenyebabkan pengganguran ketara mendorongkepada masalah sosial dan migrasi. Disesetengahnegara kadar pengganguran

melebihi 3% seperti di Indonesia.

Page 33: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Lebihan penduduk kebiasaanya memberikesan positif terhadap sosioekonomi sesebuahnegara iaitu perluasan saiz pasaran domestik. Ini kerana jumlah penduduk yang ramai akanmenambahkan saiz pasaran domstik di dalamsesebuah negara. Selain itu, kuasa beli yang tinggi juga membantu meningkatkan pasaranterhadap produk di dalam sesebuah negara. Contohnya negara China mempunyai pendudukmelebihi 1.8 billion yang mampu menjadipembeli kepada produk negara itu.

Page 34: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Soalan BINCANGKAN perlu ada

KESIMPULAN

Page 35: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Kesimpulannya lebihan penduduk bolehmemberi kesan positif dan kesan negatifterhadap sosioekonomi sesebuah negara.Antara kesan positifnya ialah bekalan tenagaburuh yang ramai, saiz pasaran yang besar danpertahanan negara semakin kukuh. Manakalakesan negatifnya ialah kadar penggangguranyang tinggi, kewujudan fenomenan kemiskinandan kemunduran, kualiti hidup yang rendah,masalah kekurangan bekalan makanan danmasalah social bertambah.

SENARAIKAN SEMUA KESAN YANG TELAH

DIBINCANGKAN

Page 36: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

BENUA ASIA

BENUA EROPAH

BANDING DALAM

PERENGGAN YANG SAMA

BOLEH JUGA DIBANDINGKAN DALAM BENTUK

JADUAL

Page 37: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Aspek perbandingan1. Pertumbuhan penduduk

1. Asia – pesat/semakin meningkat2. Eropah – perlahan/stabil

2. Kadar penuaan1. Asia – masih rendah/kematian golongan tua

tinggi.2. Eropah – tinggi/jangka hayat meningkat.

3. Komposisi umur1. Asia – kelompok muda ramai.2. Eropah – jumlah penduduk tua ramai.

Page 38: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Trend pertumbuhan penduduk antara benua Asia dengan Eropah pada abad ke 20 dan 21 menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari aspek pertumbuhan penduduk, benua Asia menunjukkan pertumbuhan penduduk yang pesat dan semakin meningkat yang disebabkan oleh kegagalan perancangan keluarga, berkahwin pada usia yang muda dan keperluan tenaga buruh yang ramai untuk sektor pertanian. Sebaliknya di benua Eopah, pertumbuhan penduduknya agak perlahan/stabil kerana amalan perancangan keluarga, mementingkan kerjaya di kalangan wanita dan peningkatan taraf hidup.

Page 39: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

Benua Asia Benua Eropah

Kadar penuaan penduduk masih rendah kerana kadar kematian golongan tua masih tinggi. Ini kerana tahap kesihatan dan kemudahan kesihatan masih rendah untuk merawat penyakit golongan tua seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Selain itu, amalan penjagaan kesihatan penduduknya masih rendah.

Kadar penuaan penduduknya tinggi kerana jangka hayat penduduknya. Ini kerana tahap kesihatan dan kemudahan kesihatan dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya. Amalan penjagaan kesihatannya juga tinggi dan penduduknya mengamalkan gaya hidup sihat,

Page 40: Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK

1. Tekanan terhadap sumber alam.

2. Kepupusan/kehabisan sumber alam.

3. Pencemaran sumber.

4. Kemusnahan/kerosakan sumber.

5. Berkurangnya sumber-sumber makanan.

6. Pembangunan sumber alam meningkat.