Bahagian B Pemahaman Soalan Dan Skema

4
Teknik Memahami Soalan yang Berbunyi “ Bincangkan pernyataan di atas ”. Soalan 1 a. Ayat “ Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, ” membawa maksud kepentingan/kebaikan teknologi pengkomputeran kepada manusia. b. Ayat namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan” bermaksud keburukan komputer c. Perkataan ” walaupun...... namum” membawa maksud kontras d. Jadi soalan ini meminta pelajar memberikan ” kebaikan dan keburukan ” komputer kepada kehidupan manusia. e. Kebaikan termasuk memudahkan urusan harian manusia, wujud peluang pekerjaan dan R & D. Keburukan komputer adalah mengganggu kesihatan dan masalah penyebaran maklumat tidak benar. 2 “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1) Soalan 2 a. Ayat “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara” meminta kebaikan sektor pelancongan.

Transcript of Bahagian B Pemahaman Soalan Dan Skema

Teknik Memahami Soalan yang Berbunyi Bincangkan pernyataan di atas .

Soalan 1a. Ayat Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, membawa maksud kepentingan/kebaikan teknologi pengkomputeran kepada manusia.b. Ayat namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan bermaksud keburukan komputerc. Perkataan walaupun...... namum membawa maksud kontrasd. Jadi soalan ini meminta pelajar memberikan kebaikan dan keburukan komputer kepada kehidupan manusia.e. Kebaikan termasuk memudahkan urusan harian manusia, wujud peluang pekerjaan dan R & D. Keburukan komputer adalah mengganggu kesihatan dan masalah penyebaran maklumat tidak benar.

2 Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1)Soalan 2a. Ayat Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara meminta kebaikan sektor pelancongan.b. Ayat sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya jelas meminta pelajar memberikan kesan negatif sektor pelancongan.c. Soalan 2 mengkehendaki pelajar menjawab kebaikan dan keburukan sektor pelancongan.d. Kebaikan termasuk mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan negara dan pembangunan setempat. Keburukannya seperti pencemaran budaya dan kemusnahan alam sekitar.4 Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.Jelaskan penyataan ini. (1997- soalan 3)

Soalan 4a. Ayat Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. membawa maksud kepentingan sains dan teknologi .b. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan bermakna kepentingan seni dan kemanusiaan kepada negara.c. Soalan 4 meminta kepentingan sains dan teknologi dan seni & kemanusiaan kepada sesebuah negara.d. Kepentingan sains & teknologi adalah menggalakkan usaha R & D dan menghasilkan peralatan yang canggih. Kepentingan seni & kemanusiaan termasuk menyumbangkan dari segi aspek kerohanian serta mengekalkan warisan seni dan budaya bangsa. (2004-Soalan 2)

Bahagian CPanduan Menjawab Bahagian CContoh soalan Exel 1 JPS5 (a). Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu mempastikan hubungan baik ini berkekalan dan semangat tolak ansur menjadi pegangan kehidupan seharian supaya generasi masa depan dapat mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini demi kemakmuran serta keamanan negara (Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)(i) Apakah yang anda faham tentang teras perpaduan?Bahagian C (Pemahaman)

Jawapan ( i )Teras perpaduan bermakna sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini. (jawapan kurang baik kerana tidak menggunakan ayat sendiri)Teras perpadauan bermaksud kaum-kaum berlainan di Malaysia saling memahami cara hidup, budaya dan agama masing-maisng.( Jawapan lebih baik )(ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah untuk merealisasikan perpaduan di negara kita.Jawapan ( ii ) Kerajaan boleh memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan. Penubuhan sekolah wawasan memberi peluang kepada pelajar berbilang kaum berinteraksi dan memahami budaya antara satu sama lain. Selain itu, amalan rumah terbuka diadakan semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Keadaan ini memberi peluang kepada rakyat berbilangan kaum saling memahami budaya dan memupuk intergasi. ( 50 pp)