BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN...

11
Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi Fakulti Sains dan Teknologi 1 / 11 BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN BAHAN BERISIKO TINGGI DI MAKMAL Berikut adalah cadangan garis panduan penggunaan dan langkah berjaga-jaga ketika menggunakan peralatan dan bahan berisiko di makmal. Penggunaan Alat dan Botol Kaca di Makmal Periksa semua barangan kaca sebelum digunakan. Buang alat radas kaca pecah, retak atau sumbing di tong sisa kaca pecah. Bawa semua bekas kaca kimia di dalam pembawa botol ketika ingin mengangkut bekas tersebut ke ruang makmal lain. Gunakan troli jika mengangkut lebih daripada dua botol. Semua tiub kaca dan rod yang dipotong hendaklah digilap api sebelum digunakan untuk mengelakkan kecederaan akibat hujung yang tajam. Berikut adalah amalan berjaga-jaga apabila memasukkan tiub kaca atau rod ke dalam penyumbat (‘stopper’): Pastikan diameter tiub itu sesuai dengan diameter penyumbat. Hujung tiub kaca perlu digilap api. Melincirkan kaca dengan air atau gliserol. Pakai sarung tangan sesuai dan pegang kaca dua inci dari hujung tiub yang ingin dimasukkan. Masukkan kaca berhati-hati dengan gerakan memusing. Sekiranya tiub tersekat, potong penyumbat dengan pisau yang tajam. Pemasangan Radas Kaca di Makmal Pasang ‘clamp’ pada alat dengan sempurna dan letakkan jauh dari tepi meja makmal. Hanya gunakan peralatan yang bebas daripada retak, sumbing atau kerosakan lain. Jika perlu, letakkan bekas takungan di bawah radas yang dipasang untuk menakung limpahan cecair sekiranya radas pecah atau bocor. Jauhkan radas dari nyalaan api atau mana-mana sumber pencucuhan lain apabila bekerja dengan cecair mudah terbakar. Gunakan pelincir pada pengunci paip (‘stopcocks’).

Transcript of BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN...

Page 1: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

1 / 11

BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN

BAHAN BERISIKO TINGGI DI MAKMAL

Berikut adalah cadangan garis panduan penggunaan dan langkah berjaga-jaga ketika

menggunakan peralatan dan bahan berisiko di makmal.

Penggunaan Alat dan Botol Kaca di Makmal

Periksa semua barangan kaca sebelum digunakan. Buang alat radas kaca

pecah, retak atau sumbing di tong sisa kaca pecah.

Bawa semua bekas kaca kimia di dalam pembawa botol ketika ingin

mengangkut bekas tersebut ke ruang makmal lain. Gunakan troli jika

mengangkut lebih daripada dua botol.

Semua tiub kaca dan rod yang dipotong hendaklah digilap api sebelum

digunakan untuk mengelakkan kecederaan akibat hujung yang tajam.

Berikut adalah amalan berjaga-jaga apabila memasukkan tiub kaca atau rod ke

dalam penyumbat (‘stopper’):

Pastikan diameter tiub itu sesuai dengan diameter penyumbat.

Hujung tiub kaca perlu digilap api.

Melincirkan kaca dengan air atau gliserol.

Pakai sarung tangan sesuai dan pegang kaca dua inci dari hujung tiub

yang ingin dimasukkan.

Masukkan kaca berhati-hati dengan gerakan memusing.

Sekiranya tiub tersekat, potong penyumbat dengan pisau yang tajam.

Pemasangan Radas Kaca di Makmal

Pasang ‘clamp’ pada alat dengan sempurna dan letakkan jauh dari tepi meja

makmal.

Hanya gunakan peralatan yang bebas daripada retak, sumbing atau kerosakan

lain.

Jika perlu, letakkan bekas takungan di bawah radas yang dipasang untuk

menakung limpahan cecair sekiranya radas pecah atau bocor.

Jauhkan radas dari nyalaan api atau mana-mana sumber pencucuhan lain

apabila bekerja dengan cecair mudah terbakar.

Gunakan pelincir pada pengunci paip (‘stopcocks’).

Page 2: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

2 / 11

Pastikan kondenser dan hos air dipasang dengan kemas dengan pengapit dan

wayar. Pastikan hos air dipasang di tempat yang sesuai supaya sekiranya

berlaku kebocoran, air yang menitis keluar dari hos tidak terpercik ke wayar

atau punca elektrik.

Sekiranya radas dipasangkan bersama “ring stand”, pastikan kedudukan radas

stabil di dalam pusat graviti.

Radas harus dipasang dengan orientasi yang membenarkan penunu api atau

tab dialihkan dengan cepat.

Radas perlu dipasang dalam kebuk wasap jika wap berbahaya akan terhasil

dari ujikaji.

Radas juga MESTI dipasang di dalam kebuk wasap apabila mengendalikan

ujikaji yang boleh menyebabkan letupan atau kebakaran.

Alat Pengempar

Beberapa jenis alat pengempar di makmal

Alat pengempar makmal atau ‘centrifuge’ yang selalunya beroperasi pada kelajuan

yang tinggi, berpotensi besar untuk mencederakan pengguna jika tidak dikendalikan

dengan betul. Rotor emparan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kecederaan

atau kematian. Kerosakan bekas sampel boleh melepaskan aerosol yang berbahaya

jika disedut.

Kebanyakan kemalangan yang melibatkan alat pengempar adalah disebabkan oleh

kesilapan pengguna. Pengendalian alat pengempar bagi setiap jenama dan model

kemungkinan berbeza. Oleh itu untuk mengelakkan kemalangan, pengguna perlu

mengetahui dan memahami peraturan pengendalian sebelum menggunakan satu-

satu alat pengempar.

Page 3: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

3 / 11

Ikuti langkah-langkah untuk penggunaan alat pengempar yang selamat:

Pastikan semua bahagian di dalam rotor dan alat pengempar serta tiub adalah

kering dan bersih.

Pastikan semua aksesori yang digunakan adalah berpadanan dengan alat

pengempar yang dioperasi.

Gunakan penutup keselamatan (‘sealed safety centrifuge cups’) untuk bahan

yang berpotensi mendatangkan tumpahan dan pembebasan aerosol.

Periksa tiub, rotor atau bekas lain untuk sebarang retak atau kerosakan lain

sebelum menggunakannya.

Elak mengisikan tiub atau bekas sampel sehingga penuh.

Memastikan rotor dimasukkan pada kedudukan yang betul pada pemacu

(‘drive shaft’).

Pastikan tiub atau bekas sampel adalah yang seimbang dalam rotor.

Jangan menggunakan kelajuan yang melebihi kelajuan maksimum rotor.

Tutup dengan sempurna alat pengempar semasa operasi.

Alat pengempar yang beroperasi hanya boleh ditinggalkan setelah anda pasti

ia beroperasi dengan selamat tanpa getaran yang kuat.

Sekiranya alat pengempar beroperasi dengan getaran, matikan pengempar

dan periksa keseimbangan tiub di dalam rotor.

Pastikan pengempar telah sempurna berhenti sebelum membuka penutup alat

pengempar untuk mengeluarkan sampel.

Sekiranya mengempar bahan berjangkit, anda perlu menunggu sekurang-

kurangnya 10 minit selepas alat pengempar berhenti sempurna sebelum

membuka penutup.

Gunakan prosedur penyahcemar dan pembersihan yang sesuai sekiranya

berlaku tumpahan dalam pengempar atau rotor.

Laporkan sebarang insiden tumpahan atau kemalangan dengan segera.

Page 4: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

4 / 11

Kebuk Wasap

Kebuk Wasap

Penggunaan kebuk wasap merupakan salah satu langkah kawalan kejuruteraan untuk

melindungi pekerja dari terhidu bahan kimia berbahaya. Penting dalam makmal untuk

menjalankan eksperimen yang membebaskan wap yang mudah terbakar, beracun,

mengkakis dan berbau. Fungsi kebuk wasap adalah untuk mengeluarkan udara yang

dicemari dengan wap-wap tersebut keluar makmal dan mengalirkan udara yang bersih

dalam makmal.

Terdapat 3 Jenis kebuk wasap di makmal FST iaitu:

1. Am

2. Asid perklorik: dibina dari bahan yang tidak mengandungi karbon atau mudah

terbakar.

3. Asid hidrofluorik: kebuk wasap jenis ini tidak diperbuat daripada bahan yang

mengandungi kaca.

Penggunaan Kebuk Wasap:

Eksperimen yang tidak melibatkan asid hidrofluorik dan asid perklorik mestilah

dilakukan dalam kebuk wasap jenis am.

Eksperimen yang melibatkan asid hidrofluorik dan asid perklorik mestilah

dilakukan dalam kebuk wasap jenis masing-masing. Wap asid hidrofluorik akan

bertindakbalas dengan pintu kebuk wasap jenis yang lain.

Kebuk wasap asid perklorik hanya dikhaskan untuk eksperimen yang

melibatkan asid perklorik sahaja:

Kebuk wasap jenis ini tidak boleh digunakan sebagai kebuk wasap jenis am;

eksperimen yang melibatkan asid perklorik sahaja yang dibenarkan di

dalamnya dan kerja sampingan hendaklah dilakukan di tempat lain

Page 5: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

5 / 11

Keselamatan kebuk wasap jenis ini memerlukan pembasuhan bahagian

dalamnya, saluran dan kipas penyedutnya pada setiap masa atau selepas

setiap eksperimen dijalankan

Semua radas yang digunakan di dalamnya tidak disalut dengan bahan-bahan

organik atau minyak pelincir/gris

Kebuk wasap BUKAN digunakan untuk menyimpan bahan kimia.

Langkah Keselamatan Penggunaan Kebuk Wasap:

1. Pastikan kipas penyedut dihidupkan terlebih dahulu untuk mengeluarkan wap-

wap bahan kimia yang tinggal di dalam kebuk wasap sebelum pintu kebuk wasap

dibuka.

2. Kipas kebuk wasap perlu dipastikan tidak menghasilkan gegaran atau bunyi

bising pada masa digunakan

3. Peralatan atau radas yang dipasangkan di dalam kebuk wasap tidak

mengganggu pembukaan atau penutupan pintu kebuk wasap

4. Jangan memasukkan badan anda ke dalam kebuk wasap semasa eksperimen

dijalankan

5. Jalankan eksperimen pada jarak 6 inci untuk mengelakkan wap terbebas keluar.

6. Rendahkan pintu kebuk wasap semasa menjalankan eksperimen.

7. Kebuk wasap hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Sebarang tumpahan dan

percikan hendaklah dicuci dengan segera

8. Halaju udara pada permukaan kebuk wasap semasa pembukaan penuh pintu

kebuk wasap hendaklah tidak kurang daripada 0.50 m/s untuk mengeluarkan

udara yang tercemar dan 0.75 – 1.00 m/s untuk mengeluarkan wap-wap atau

bahan-bahan yang sangat beracun Atau 100 kaki/m pada paras satu (1) kaki

pembukaan pintu kebuk wasap

9. Halaju pada permukaan pintu kebuk wasap hendaklah disemak dari semasa ke

semasa

10. Apabila selesai menjalankan eksperimen, perlu dipastikan pintu kebuk wasap

ditutup terlebih dahulu sebelum dimatikan kipas penyedut. Ini adalah untuk

mengelakkan wap bahan kimia terhasil semasa eksperimen tidak memasuki ke

dalam kawasan makmal

11. Semua peralatan elektrik perlu disambung dari luar kebuk wasap untuk

mengelakkan percikan api yang boleh bertindak dengan bahan kimia mudah

terbakar atau mudah meletup.

Page 6: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

6 / 11

Peralatan Bersuhu Tinggi

1. Beberapa contoh peralatan yang bersuhu tinggi yang terdapat di makmal ialah

‘furnace’, ‘oven’, ‘internal mixer’, ‘hot press moulding machine’, ‘hot plate stirrer’

dan lain-lain.

2. Pengguna perlulah berhati-hati ketika mengendalikan alat-alat ini dengan

memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai seperti kot makmal dan

sarung tangan rintang haba.

3. Peralatan ini hendaklah dikendalikan mengikut prosedur operasi piawai

(‘standard operating procedure’) yang betul bagi mengelakkan kemalangan

dan kecederaan

4. Semua pengguna mesti dilatih dan memahami cara penggunaan alat yang

betul sebelum menggunakannya.

Peralatan Berhampagas (Vakum)

‘Rotary evaporator’

‘Vacuum Desiccator’

‘Furnace’ ‘Oven’ ‘Hot Plate Stirrer’

Page 7: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

7 / 11

1. Sebelum menggunakan peralatan berhampagas seperti ‘vacuum desiccator’,

‘rotary evaporator’, ‘vacuum evaporator’, ‘extraction column’, ‘vacuum oven’,

‘ultracentrifuge’ dan lain-lain, pengguna mestilah terlatih dan memahami cara

pengendalian alat yang betul dan selamat.

2. Peralatan perlu diperiksa daripada sebarang kecacatan, kerosakan atau

keretakan SETIAP KALI SEBELUM menggunakannya.Ini untuk memastikan

ia tidak meletup (‘implode’) ketika digunakan.

3. Semua sambungan peralatan dipastikan telah disambung dengan sempurna

sebelum memulakan operasi. Nilai vakum yang digunakan hendaklah tidak

melebihi had yang dibenarkan bagi satu-satu alat.

4. Setelah selesai digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama

dengan tekanan atmosfera sebelum dibuka.

Peralatan Bertekanan Tinggi

Autoklaf

1. Peralatan bertekanan tinggi seperti autoklaf, ‘high pressured homogenizer’,

‘broiler’ dan sebagainya hanya boleh digunakan oleh orang yang terlatih dan

memahami cara pengendalian alat yang betul dan selamat.

2. Peralatan perlu diperiksa SETIAP KALI SEBELUM digunakan untuk

memastikan ia tidak meletup (‘explode’) ketika digunakan.

3. Semasa pengoperasian, JANGAN buat sebarang pengubahsuaian.

4. Setelah selesai digunakan, pastikan tekanan di dalam peralatan tersebut sama

dengan tekanan atmosfera sebelum dibuka.

Page 8: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

8 / 11

Gas Termampat

Penggunaan gas termampat di makmal adalah untuk pelbagai tujuan. Gas termampat

merupakan sebarang campuran atau bahan di dalam bekas dengan samada tekanan

mutlak melebihi 40 psi pada suhu 70°C atau pada 100°F. Silinder gas termampat

ditempatkan di dalam atau di luar makmal. Di antara jenis gas termampat adalah;

Oksigen (O2), Hidrogen(H2), Helium(He), Karbon Dioksida (CO2), Asetilena (C2H2),

Gas Asli Cecair atau LPG (CH4) dan sebagainya.

Gas termampat berpotensi untuk mendatangkan bahaya kimia dan/atau juga

mekanik. Setiap gas mempunyai ciri fizikal yang berbeza seperti mudah terbakar,

boleh meletup, bersifat mengkakis, beracun, lengai malahan terdapat gas yang

mempunyai gabungan pelbagai bahaya. Oleh itu, setiap penggunaan gas termampat

hendaklah merujuk MSDS bagi mengetahui maklumat terperinci berkaitan gas yang

digunakan. Pengendalian silinder adalah berisiko dan boleh menyebabkan

kemalangan disebabkan impak yang terhasil dari tenaga keupayaan dan kandungan

tekanan dalam silinder.

Langkah keselamatan semasa mengendalikan silinder gas adalah seperti berikut;

a. Penyimpanan silinder termampat samada kosong atau penuh hendaklah diikat

dengan rantai atau tali secara kukuh pada dinding /kabinet/ pendokong.

b. Silinder termampat hendaklah ditandakan dengan distensil

c. PPE yang bersesuaian hendaklah dipakai semasa pengendalian

d. Silinder hendaklah ditempatkan/dikumpulkan berdasarkan jenis gas dan

diasingkan berdasarkan keserasian

e. Silinder yang masih penuh hendaklah diasingkan dari silinder yang telah

kosong

f. Gas mudah terbakar hendaklah diasingkan dari gas tidak mudah terbakar

Page 9: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

9 / 11

g. Tidak boleh disimpan pada suhu melebihi 125°F atau didedahkan kepada

cahaya matahari secara langsung atau di luar julat suhu yang ditetapkan oleh

pengilang

h. Injap silinder hendaklah ditutup semasa tidak digunakan

i. Penutup hendaklah dipasang pada silinder di sepanjang masa kecuali semasa

silinder digunakan

j. Silinder hendaklah dilindungi dari sebarang gangguan dan kerosakan

k. Silinder tidak boleh diletak berhampiran bahan mudah terbakar

l. Silinder tidak boleh diisi semula kecuali oleh pembekal sah dan berdaftar

m. Nyalaan secara terbuka dan merokok adalah tidak dibenarkan di kawasan

penyimpanan oksigen. Papan tanda ‘Dilarang Merokok (No Smoking)’ dan

‘Tiada Nyalaan Terbuka (No Open Flames)’ hendaklah dipamerkan di kawasan

penempatan.

n. Silinder tidak boleh digunakan atau ditempatkan di bilik sejuk atau di ruangan

tertutup tanpa pengaliran udara atau ventilasi.

Bagi tujuan pelupusan, silinder hendaklah dipulangkan semula kepada pihak

pembekal

Cecair Kriogenik

Cecair kriogenik adalah cecair yang mempunyai suhu yang sangat rendah iaitu di

bawah -150°C. Contoh cecair kriogenik yang biasa digunakan di makmal adalah

helium, hidrogen, nitrogen, oksigen, argon dan karbon dioksida. Suhu lampau sejuk

cecair kriogenik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Oleh itu, pengguna

mestilah dilatih terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Page 10: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

10 / 11

Risiko yang boleh dihadapi oleh pengguna cecair kriogenik dan langkah berjaga-jaga

ketika bekerja dengannya adalah:

i. Kebakaran dan/atau letupan.

Cecair kriogenik seperti nitrogen dan oksigen tidak boleh digunakan untuk

menyejukkan bahan-bahan mudah terbakar kerana ia berpotensi untuk

bertindakbalas dan membentuk kebakaran dan letupan.

Cecair kriogenik mudah terbakar seperti hidrogen perlu digunakan dalam

ruang pengudaraan yang baik untuk mengelakkan kebakaran

ii. Letupan

Letupan boleh terhasil apabila berlaku peningkatan tekanan sekiranya cecair

kriogenik diisikan secara maksimum di dalam bekasnya. Oleh itu, gas cecair

kriogenik hendaklah disimpan dalam bekas yang dapat membendung

perubahan suhu yang cepat dan tidak diisi melebihi 80% daripada kapasiti

maksimum bekas tersebut.

iii. Kerosakan tisu

Suhu yang terlampau sejuk boleh menyebabkan kebakaran kulit dan

kerosakan mata apabila bersentuhan, sama seperti kesan haba. Oleh itu,

sarung tangan khas kriogenik dan gogal perlu sentiasa digunakan ketika

mengendalikan cecair kriogenik.

iv. Kelemasan

Gas yang terhasil daripada cecair kriogenik adalah sangat sejuk dan lebih

berat dari udara. Gas ini tidak merebak dengan baik dan akan berkumpul di

lantai serta boleh mengambil alih ruang udara. Kekurangan oksigen akan

menyebabkan kelemasan dan kematian boleh berlaku.Oleh itu, pengendalian

cecair kriogenik perlu dilakukan di tempat terbuka atau tempat dengan

pengudaraan yang baik.

Page 11: BAHAGIAN B - PERATURAN KESELAMATAN …exam.web-berjaya.com/wp-content/uploads/2015/10/BAHAGIAN-B... · Nota Tahun Akhir eSUKeM V2 Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan

Nota Tahun Akhir eSUKeM V2

Bahagian B: Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan dan Bahan Berisiko Tinggi

Fakulti Sains dan Teknologi

11 / 11

Penggunaan Penunu Bunsen di Makmal

Penggunaan penunu Bunsen berpotensi untuk menyebabkan kebakaran. Sebagai

langkah keselamatan, setiap pengguna hendaklah mengikuti panduan penggunaan

yang selamat dan sekiranya berlaku kebakaran hendaklah mengaktifkan loceng

kebakaran yang berdekatan, memaklumkan semua pengguna makmal dan

melakukan pengungsian bangunan dengan kadar segera.

Langkah Penggunaan Penunu Bunsen

1. Tempatkan penunu Bunsen menjauhi rak, peralatan dan lampu sekurang-

kurangnya 12 inci

2. Jauhkan dan alihkan sebarang kertas, buku nota, bahan yang mudah terbakar

dan bahan kimia yang berlebihan dari ruang kerja penunu Bunsen

3. Ikat rambut panjang, barang kemas tergantung atau pakaian yang longgar

untuk mengelakkan disambar api.

4. Periksa hos untuk sebarang kebocoran atau keretakan dan pastikan hos

adalah sesuai dan selamat pada injap gas dan pembakar.

5. Ganti hos yang retak, bocor atau mengalami sebarang kecacatan sebelum

digunakan.

6. Menggunakan pemetik api yang selamat untuk menghidupkan api. JANGAN

gunakan nyalaan api dari sumber kertas dansebagainya untuk menghidupkan

api.

7. Laras penunu bunsen untuk menghasilkan api yang sesuai dalam eksperimen

(kebiasaan api biru sederhana)

8. JANGAN biarkan nyalaan api terbuka tanpa pengawasan dan JANGAN

tinggalkan makmal semasa api dihidupkan.

9. Tutup injap gas dengan sempurna setelah selesai penggunaan.