BAHAGIAN B.docx

5

Transcript of BAHAGIAN B.docx

BAHASA BERBUNGAGAMBARAN PERSEKITARAN

1. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa2. Sang Bayu berpuput lembut3. Purnama mengambang4. Dedaun kering berguguran ditiup angin5. Sang Mentari memancarkan sinarannya yang indah6. Deruan ombak yang asyik kedengaran7. Sang Rembulan bersinar indah menghiasi malam yang gelap-gelita8. Pepohon kelapa melambai-lambai seolah-olah menggamit pengunjung pantai9. Pemandangan pantai yang indah nian ciptaan Tuhan10. Pantai yang bersih mendamaikan hati setiap pengunjung yang datang11. Pengalaman yang indah tidak akan pudar dalam memori12. Malam yang indah dihiasi sinaran rembulan

GAMBARAN FIZIKAL MANUSIA

1. Tubuhnya tinggi lampai2. Rambutnya hitam panjang mengurai3. Rambut hitam ikal mayang4. Raut wajahnya bujur sirih5. Alis matanya menawan kalbu6. Hidung mancung bak seludang7. Pipi bagai pauh dilayang8. Bibir bak delima merekah9. Senyumannya manis bak limau seulas10. Giginya tersusun putih bersih11. Butir bicaranya menawan setiap orang yang mendengar12. Suara merdu bak buluh perindu

KARANGAN CONTOH 1TAJUK : INSAN YANG DISAYANGI

Setiap orang mempunyai insan yang amat disayangi, begitu juga dengan saya. Insan yang paling saya sayang ialah ibu saya. Nama ibu saya Puan Maria binti Adam. Ibu saya berumur 30 tahun. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu sebagai puteri sulung kepada Encik Adam dan Puan Suria. Beliau bekerja sebagai kerani di pejabat guaman di Kota Bharu.

Ibu saya sangat istimewa. Tubuh badan beliau tinggi lampai. Beliau mempunyai rambut yang hitam ikal mayang. Raut wajahnya bujur sirih. Alis matanya menawan kalbu. Pipi ibu saya bagai pauh dilayang. Bibirnya pula bak delima merekah dan senyumannya bagai limau seulas. Tiada yang dapat menandingi kecantikan ibu saya. Beliau ibarat bidadari yang baru turun dari kayangan.

Di pejabat, ibu saya sering dipuji oleh tuannya kerana keikhlasan beliau terhadap kerjanya. Beliau seorang yang amat menepati masa dengan sering datang awal ke pejabatnya. Beliau juga seorang yang peramah. Setiap butir bicara ibu menawan hati setiap orang yang mendengar.

Walaupun penat setelah seharian bekerja, ibu masih bertanggungjawab terhadap keluarga. Ibu sering menghidangkan kami juadah yang istimewa. Masakan ibu sangat sedap dan menyelerakan kami sekeluarga. Saya sangat bertuah kerana dikurnai seorang insan yang sangat istimewa.

Ibu saya mempunyai satu keistimewaan yang luar biasa iaitu kelancaran membaca dan menghafal cerpen dalam masa yang singkat. Beliau pernah memecahkan rekod Malaysia pada tahun 1999. Setakat ini, banyak pihak sering menemuramah ibu untuk mengetahui teknik yang digunakan oleh beliau untuk membaca dan menghafal cerpen dalam masa 204 saat.

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini ialah sikap keprihatinan ibu. Pada suatu hari, ketika saya berumur tujuh tahun, saya telah ditinggalkan oleh pemandu bas sekolah kerana kecuaian saya. Ibu saya berasa amat risau dan segera menelefon pihak sekolah untuk bertanyakan keadaan saya. Setelah memastikan saya selamat, beliau segera bergegas ke sekolah untuk mengambil saya. Ibu tiba di sekolah sepantas kilat. Sebaik sahaja tiba di sekolah, ibu terus memeluk saya. Peristiwa ini tidak dapat saya lupakan.

Saya bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang, bertanggungjawab dan prihatin seperti beliau. Saya selalu memanjatkan doa kepada Ilahi agar hubungan kami berkekalan hingga ke syurga.

KARANGAN CONTOH 2TAJUK : PENGALAMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG

Pada 28 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015 yang lalu, saya telah menyertai lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Pulau Pinang. Lawatan yang disertai oleh 50 orang murid dan 5 orang guru pengiring bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid dengan guru-guru.

Seawal jam 7:00 pagi, saya dan murid-murid yang lain berkumpul di tapak perhimpunan. Apabila bas tiba, kami beratur dengan tertib untuk menaiki bas. Sepanjang perjalanan, saya berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan melalui cermin tingkap bas. Kawan-kawan saya asyik berbual sesama sendiri dan ada juga yang tertidur.

Setelah lima jam melalui perjalanan yang amat indah dan mengasyikkan, akhirnya kami tiba di destinasi pertama kami iaitu Butterworth. Di Butterworth, kami perlu menaiki feri untuk ke Seberang Prai. Saya dan kawan-kawan berasa amat teruja kerana ini merupakan kali pertama kami menaiki feri. Apabila tiba di Seberang Prai, rombongan kami melawat ke Kota Cornwallis. Di situ, kami berpeluang melihat selaras meriam Belanda Seri Rambai yang sangat besar dan unik.

Hari keesokannya, rombongan kami dibawa melawat ke Tokong Kuan Yin. Di situ, kami berpeluang melihat bumbung tokong yang memanjang dengan tembok di atasnya. Saya sempat merakam gambar bumbung tokong tersebut.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, rombongan kami berehat di Pantai Batu Ferringgi. Di pantai tersebut, saya dan kawan-kawan dapat melihat keindahan pantai sambil mendengar deruan ombak yang mengasyikkan. Ketika itu Sang Bayu berpuput lembut dan pepohon kelapa melambai-lambai seolah-olah menggamit kami ke pantai itu. Pantai yang bersih itu mendamaikan hati kami semua.

Tepat jam 7:00 malam, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kami tiba di sekolah lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Walaupun penat, namun saya berasa sangat gembira kerana lawatan ini memberikan banyak manfaat kepada saya. Saya berharap agar lawatan sebegini akan diadakan pada masa-masa yang akan datang.

Karangan Berformat:

Surat Kiriman Rasmi Surat Kiriman Tidak Rasmi Syarahan Dialog Laporan Berita Ucapan Perbahasan Catatan HarianKarangan Tidak Berformat:

Cerita Melengkapkan cerita Keperihalan gambaran Fakta Auto biografi Biografi Gambar

66PANDUAN MENJAWABBaca soalan dengan teliti.Pilih tajuk atau soalan yang benar-benar dikuasai.Fahami tajuk soalan dan kenal pasti sama ada jenis berformat atau sebaliknya.Garisi kata kunci atau kehendak soalan.Buat rangka karangan. Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi mencari isi. (kaedah peta minda, kaedah soalan, kaedah perkataan atau kaedah rangka)Susun rangka karangan.Tulis karangan mengikut format yang dikehendaki. Setiap satu isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya sekali.Semak tatabahasa.Pastikan tulisan kemas dan bersih.68BAHAGIAN BKARANGAN30 markahTidak kurang 80 patah perkataanDiberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

KaranganBerformatKarangan TidakBerformat

62