Bahagian C-3a Pelaksanaan Ujian

download Bahagian C-3a Pelaksanaan Ujian

of 3

description

pelaksanaan ujian

Transcript of Bahagian C-3a Pelaksanaan Ujian

Pelaksanaan Ujian dan Peka

Saya telah mereka senaskah ujian yang mengandungi 2 bahagian yang terdiri daripada bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan objektif manakala Bahagian B terdiri daripada 1 soalan subjektif. Selain daripada itu, saya juga merancang ujian PEKA untuk dijalankan. Saya membuat keputusan untuk menjalankan ujian ke atas 20 orang murid Tahun 4A. Saya menjadikan murid Tahun 4A sebagai sasaran kerana saya ingin mengetahui sama ada murid dapat mengingati pengajaran guru iaitu pengetahuan yang mereka menimba semasa berada di Tahun 4.

Sebelum saya menjalankan ujian, saya telah mendapatkan keizinan daripada pihak sekolah untuk melakukan ujian ini. Saya telah meminta kebenaran daripada guru besar SJK(C) Chong Hwa, Sungai Ayam untuk melaksanakan ujian ini. Setelah mendapat kebenaran daripada beliau, saya telah merancang masa yang sesuai untuk melaksanakan ujian ini. Saya telah melaksanakan ujian pada tarikh dan masa yang berikut :

i. Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis)

ii. Masa : 8.30a.m.9.30a.m. (1 jam)iii. Tempat : Kelas Tahun 4A

iv. Bilangan murid : 20 orang

Saya juga telah menjalankan ujian PEKA pada hari yang sama, iaitu semasa pengajaran saya pada hari tersebut. Saya melaksanakan PEKA semasa waktu pembelajaran kerana saya mengajar kelas 4A matapelajaran Sains dan pada hari tersebut saya juga telah merancang untuk menjalankan eksperimen. Oleh itu, pelaksanaan ujian PEKA pada masa tersebut tidak menjejaskan pengajaran saya. Butirannya adalah seperti yang berikut :

i. Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis)

ii. Masa : 10.30a.m.11.30a.m. (1 jam)

iii. Tempat : Kelas Tahun 4A

iv. Bilangan murid : 20 orang